Bersama Berjuang

Tuesday, October 4, 2011

PANASSS... Bajet 2012 Anwar Petang Ini Berdasarkan Maklumat "Orang Dalam"?



Anwar dikhabarkan akan mengadakan sidang akhbar petang ini, atau dalam waktu terdekat berkenaan dengan Bajet 2012.  

Jangan terpedaya seandainya ia berkonsepkan retorik buku Jin-Gay.  Sekadar berjanji bulan dan bintang tanpa ada fakta tentang dari mana datangnya sumber pendapatan itu.  

Namun GT tidak hairan, kerana pembohongan itu Anwar, dan Anwar itu pembohong.  

Yang menjadi resah gelisah, mengikut sumber yang boleh dipercayai, Anwar telah mendapat maklumat awal tentang Bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri.  

Dari mana Anwar dapat maklumat itu?  Dari gunting dalam lipatan.  

Dan sidang akhbar yang akan dibuat adalah menawarkan bajet yang lebih baik dari apa yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri. 

Taktik seperti ini juga dipraktikkan oleh PKR sewaktu menghadapi PRU 2008 apabila menggunakan sistem SMS Blaster bagi menyampaikan maklumat kepada penyokong-penyokong mereka bagi menafikan sebarang laporan akhbar.  

Apa juga tajuk akhbar yang merugikan Anwar esok pagi, sms akan dihantar pada tengah malam sehari sebelum bagi menafikan berita tersebut, atau melabelkannya sebagai fitnah.  Itu adalah sindrom penafian yang telah lama ditanam di hati sanubari totok PKR.

Sumbernya dari golongan yang sama, gunting dalam lipatan.

Kali ini, bajet pula menjadi sasarannya.  Belum pun ianya diumumkan, Anwar sudah merangka strategi untuk memperlihatkan bahawa dirinya satu langkah ke hadapan berbanding DS Najib. Walhal, ia sekadar janji demi membuat "damage" kepada Bajet 2012 Malaysia.

GT jangkakan bajet Anwar itu sedikit lebih baik dari bajet PM untuk nampak rasional dan bukan sekadar gula-gula politik, kerana Anwar tahu rakyat menolak kandungan "tidak masuk akal" Buku Jin-Gay!

Masihkah anda ingat ungkapan "Saya bagi 1 minggu, kalau tidak selesai, ini bukan Anwar Ibrahim"?

Begitulah mudahnya andai sekadar berkata-kata dan manis berjanji, hakikatnya Kg Buah Pala sudah lama terkubur...

3 comments:

  1. Laporan dan dokumen Bajet 2012 telah digazetkan diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA) dan akan dibentang Jumaat ni. Anwar telah copypaste bajet ni, ubah suai sana sini lepas tu kata ini adalah idea dia dan idea buku Jinggay!

    Gamaknya siapakah yang mempunyai akses dan boleh membocorkan maklumat ini pada Anwar?...hehehe 'jangan jolok sarang tebuan' ye!

    ReplyDelete
  2. Anwar sekok ni dah Gila sasau agak nya. Belum jadi Perdana Menteri lagi dah kira nak buat bajet. Rumah pun tk ada lagi. Dah dok siap nak beli periuk, belanga, rempah cabai, garam belacan. Bajet atas kertas la katakan. Mcm kata Mat Sabu kata masa dulu dulu..

    ReplyDelete
  3. ANWAR Puki Mak (Anwar PM)October 4, 2011 at 9:50 AM

    Anwar membohong dulu kini dan selama2nya sampai mampos!

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...