Kasihannya menilai mentaliti Dewan Pemuda PAS. Mereka masih lagi meroyan, setelah diceraikan talak 121 oleh beberapa wakil rakyat mereka sendiri setelah tidak tahan "diliwat" oleh dalaman Fuckatan sendiri.
Sambil mendakwa BN merampas Perak dengan cara tidak terhormat, Pemuda PAS harus muhasabah diri sendiri dan melihat kepincangan yang wujud di dalam Fuckatan.
Apakah mereka terlupa, siapakah yang ingin menggunakan taktik ini pada mulanya? Dicanangkan di seluruh maya bahawa 16 September adalah "hari kiamat" bagi BN.
Tidak cukup dengan itu, pemegang kunci syurga, Nicky Arjis sendiri mengizinkan "lompat parti" ini berlaku berikutan amalan demokrasi di Malaysia, sekaligus membenarkan apa yang sedang diusahakan oleh Anwar.
Mengapa mempersoal tindakan wakil rakyat mereka sendiri untuk mengamalkan demokrasi seperti kata-kata Nicky Arjis itu?
Dan BN tidak perlu mengheret sekelian rakyat untuk turun membuat huru-hara hanya kerana terdesak mendapatkan kuasa.
Tuduhan BN kononnya merampas Perak dengan cara lebih teruk dari Revolusi adalah pandangan desperado, yang sekadar memperlihatkan betapa sangapnya Pemuda PAS terhadap kuasa. Tidak perlu untuk bercerita soal melanggar prinsip atau undang-undang demokrasi, kerana demokrasi tidak pernah memaksa!
Dan PAS sendiri tidak pernah menghalang Anwar dalam menggapai impian 16 September, kerana tahu PAS bakal diberi "tulang" untuk menggonggong dan menyalak, sekaligus menikmati kuasa yang didambakan.
Malangnya, strategi Anwar memakan diri, dan lebih mendukacitakan, strategi ini telah mengorbankan seorang Menteri Besar dari parti PAS!
Dan Dr. Raja Al Hiss telah memalukan Dewan Pemuda PAS Perak atas kedangkalannya berhujah!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!