Bersama Berjuang

Friday, July 22, 2011

PANASSS... MESTI BACA: SELAMATKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA!!! (Siri - 3)

Ikuti dengan teliti.  Ini siri ke 3.  Selamatkan PDRM!!!

minggu lepas,pihak kami telah melontarkan beberapa isu pengenalan mengenai permaslahan serius yang sedang berlaku di unit IT bukit aman.

PDRM dan bukit aman tidak salah dalam pendedahan ini,yang menjadi punca rosaknya nama bukit aman apabila ada '3 anai-anai dalam unit IT'  bukit aman yang tidak menjalankan kerja mereka dengan sikap profesionalisme dan transperansi yang berkualiti tinggi.

SIAPA '3 ANAI-ANAI DALAM UNIT IT BUKIT AMAN' ?

mereka adalah DSP AMXX ,ACP FAXXX dan SUPT NIK MURXXXX.

jika ' 3 anai-anai bukit aman' ini tidak berkualiti tinggi, adakah ini bermaksud mereka berkualiti rendah ? 

minggu lepas kami dedahkan nama syarikat yang terlibat dalam persetubuhan mereka dengan '3 anai-anai bukit aman'. 

bukan sekadar itu pihak kami juga telah mendedahkan bagaimana sebuah syarikat yang jelas tiada punyai kredibel pengurusan (tiada untung syarikat dan saham rendah) boleh dianugerahkan projek IT bernilai jutaan ringgit oleh 'anai-anai dalam bukit aman'.

PENDEDAHAN SETERUSNYA..

“PERKHIDMATAN MENAIKTARAF PUSAT DATA SISTEM LAPORAN POLIS (PRS) DAN PEMBANGUNAN APLIKASI SIASATAN TRAFIK DALAM PRS UNTUK PDRM” KDN/PL 27/2011-PTM.  sila rujuk di bawah.

di bawah pula latarbelakang syarikat kelisa. lihat bawah.

projek ini cukup meragukan. kenapa kami berkata demikian ?

biar kami bagi contoh mudah. adat masuk meminang, biarlah hajat disampaikan dengan tertib,rombongan datang dengan hormat lalu disampaikanlah maksud mahu menyunting bunga di taman.

ide budaya ini sebenarnya sedikit sebanyak telah diimplementasikan dalam budaya kerja kita. apatahlagi apabila ianya bersangkutan dengan penganugerahan projek penting.

projek di atas tidak melalui prosedur biasa.. ia menggunapakai kaedah jalan belakang.

proses yang biasa diamalkan dalam mana-mana penganugerahan projek adalah seperti berikut.

1) PROSES KELUAR SURAT NIAT.
2)PROSES RUNDINGAN HARGA DENGAN KONTRAKTOR.
3)BILA PERSETUJUAN DITERIMA,PIHAK KEMENTERIAN (KDN) AKAN MENGELUARKAN SURAT SETUJU TERIMA.

namun jika nilaian projek itu besar jumlahnya, maka ia perlu melalui satu lagi proses saringan dan kelulusan di kementerian kewangan. 

malangnya perlaksanaan ini tidak dilakukan dalam pemberian projek di atas. tiada transperansi,tiada ketelusan dan ia melalui jalan belakang.

apa sudah jadi wahai KSU KDN ?
KSU KDN sudah pandai main magik kah ?

benarkah ada cerita mengenai tangan ghaib dari pejabat MDN atau dari pejabat perolehan yang melakukan arrangement ? atau ACP unit IT bukit aman terlibat sama ?

kabarnya setelah syarikat kelisa (di atas) mendapat projek tersebut (setuju terima ) terus ACP unit IT di bukit aman melancarkan kick off dengan bermain golf di starxxxxx.

Terdapat proses yang meragukan dalam penganugerahan  projek ini kepada syarikat adik beradik Kelisa Technology Sdn Bhd.  

meragukan kerana alamat  syarikat di atas mempunyai persamaan.

bukan sekadar itu. kami juga ingin bertanya , apa perlunya '3 anai-anai unit IT bukit aman' menghabiskan masa bermain golf ,berscuba diving dan melancong keluar negara.

SOALAN UNTUK ISU GOLF ?

-ACP unit IT bukit aman bermain golf dengan wakil syarikat adik beradik ?

-pada 25 jan 2011 jam 2 petang dan 18 may 2011 jam 2.30 petang ACP unit IT bukit aman main golf kat mana ? kat nilai spring ke ?

-DSP 2 jumaat yang lepas nampak macam main golf di awana genting, tak kerja ke DSP ? main dengan siapa ya ? encik taufik vendor tu ke ?

SOALAN UNTUK ISU ?

- apa kejadahnya SUPT unit IT bukit aman menghabiskan masa  menyelam di pulau redang,perhentian dan sipadan ? siapa sponsor wahai SUPT , pakai duit gaji sendiri ke ? banyak nya gaji ya....

ADAKAH BILIK MESYURAT UNIT IT BERHANTU ?

pelik, adakah bilik mesyuarat unit IT bukit aman berhantu hingga memaksa  ACP bermesyurat dengan kontraktor di luar kuala lumpur seperti di awana kijal,kota kinabalu,tawau dll...

manakala Timbalan nya pula iaitu Tuan SUPT Nik Murtxxx sejak sekian lama akan meminta pihak pembekal bermesyuarat di luar KL untuk beliau pergi scuba diving dimana tempat kegemarannya ialah ke Pulau Perhentian, Tawau (Sipadan) dll.

pendedahan kami sebelum ini telah menerobos kepada isu projek,syarikat adik beradik yang mendapat projek, 3 anai-anai di bukit aman,kredibel syarikat yang mendapat projek. 

syarikat bumiputra di atas adalah keldai dan pelaksana kaedah ali baba sahaja. siapa di belakang syarikat ali baba ini ? 

siapa SH LIM ?

kenapa singapura ada 'tangan ' dalam sebuah projek IT yang paling penting di bukit aman ?

bukankah unit IT merupakan satu rahasia negara yang tidak boleh dilacorkan ?

kami kasihan kepada seluruh anggota PDRM,IGP dan dato zul...kamu tidak bersalah dalam hal ini tetapi memandangkan perangai dan sikap tamak haloba '3 anai-anai' ini , maka arakiannya terpaksalah kami membersihkan segala anasir yang bisa merosakkan nama bukit aman.

pendedahan seterusnya bakal menggoncangkan unit IT bukit aman !
 
Tunggu pendedahan seterusnya, esok...

1 comment:

  1. GT.
    AKU SEBAGAI RAKYAAT KECIL, SANGAT SETUJU PENDEDAHAN INI TERUS DIBONGKAR DEMI KEBAIKAN PDRM KHASNYA.
    PELAKU MISTI DIHUMBAN DIPENJARA, SIA-SIA PDRM MEMBELA ANAI-ANAI PEROSAK, JIKA TIDAK DILUPUS SEGERA AKAN MENJADI BARAH YG LEBIH SERIUS SEHINGGA SUKAR HENDAK TANGANI.

    KESALAHAN INI TIDAK HARUS MENJADI BEBAN IGP DAN PEGAWAI DIKELILINGNYA SUPAYA BERUSAHA MENGENAL SARANG ANAI-ANAI KEAKAR UMBI YG BERTABURAN DISELURUH NEGARA.

    TINDAKAN BERANI DAN TEGAS AKAN DISANJUNG OLEH RAKYAAT SUPAYA PERATORAN UNDANG2 TIDAK DIREMEHKAN OLEH PIHAK YG MENANGUK DIAIR KEROH.

    SELAMAT BERTUGAS

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...