Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menggantung gelaran "Datuk" kepada Tan Sri Chan Kong Choy sementara menunggu keputusan kes mahkamah yang dihadapinya berhubung kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Istana Selangor juga membatalkan anugerah Datuk kepada bekas pengerusi eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing, yang diisytiharkan muflis olah Jabatan Insolvensi pada 29 Oktober tahun lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Khusrin Munawi berkata tuduhan yang dihadap Chan adalah serius kerana membabitkan kepentingan negara dan awam.
Anugerah Datuk kepada Chan akan dibatalkan sekiranya dia didapati bersalah, tetapi akan dikekalkan jika didapati tidak bersalah.
Istana Selangor juga membatalkan anugerah Datuk kepada bekas pengerusi eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing, yang diisytiharkan muflis olah Jabatan Insolvensi pada 29 Oktober tahun lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Khusrin Munawi berkata tuduhan yang dihadap Chan adalah serius kerana membabitkan kepentingan negara dan awam.
Anugerah Datuk kepada Chan akan dibatalkan sekiranya dia didapati bersalah, tetapi akan dikekalkan jika didapati tidak bersalah.
GT berpendapat ianya adalah satu amalan yang baik demi untuk mengelakkan tercemarnya imej institusi raja-raja Melayu. Penganugerahan darjah kebesaran yang diberikan adalah simbol penghargaan dan pengiktirafan keatas umbangan mereka kepada masyarakat. Sebarang pengkhianatan atau salahlaku, maka wajarlah anugerah itu ditarik balik.
Semoga ini menjadi contoh tauladan kepada penerima-penerima anugerah dari Tuanku Sultan Selangor.
DAULAT TUANKU!!!
Bila nak gantung gelaran2 yg ada pada Nuar Berahi?
ReplyDeleteRealitinya Anugerah Gelaran Datuk dan sewaktu dengannya ini, sudah lama jadi bahan persenda rakyat Malaysia. Tak payah malulah. Tak payah nak nafilah. Malahan ada yang bergelar Datuk pun turut mempersendakan Datuk yang lain. Rata-rata kerana gelaran ini dan seumpamanya begitu mudah didapati dan dianugerahkan pada hampir sesiapa yang ramai dilihat sebagai tidak layak atau belum layak atau tidak wajar.
ReplyDeleteGelaran yang satu ketika dulu adalah satu penghormatan yang mulia pada pemakainya kini sudah jadi terlalu murah dan tidak dilihat mulia kerana pemakainya atas sebab dilihat orang sebagai tidak layak. Ia sudah jadi bahan lawak.
Saya tak mahu komen penarikan yang ini, tetapi saya sanjung keputusan Sultan dan Lembaga yang membuat keputusan itu kerana mereka lebih layak dan lebih tahu.
Cuma kalau boleh saya nak sarankan, ditarik balik atau dinilai kembali semua pemakai bermula dari yang terbaru dianugerah dan menyorot kebelakang. Adakan KPI dan Standard Baru bagi anugerah seterusnya. Contohnya ada ahli politik yg baru sepenggal pun belum habis dan ada yang berjawatan MB tidak sampai 12 bulan dah di gelar Datuk Seri. Apakah gelaran diberi pada pemegang pangkat atau jasa pemegang pangkat? Contoh saja, mungkin ada banyak lagi contoh.
So saya sokonglah proses penarikan dilakukan secara serius dan berkala dengan segera bagi mengembalikan kelayakan dan status pemakai. Satu lagi, ada juga orang yang kemarok hingga berusaha mendapatkan gelaran serupa di sebuah kesultanan berdekatan diluar Malaysia dan dan tidak segan silu menggunakannya dalam gaya yang mengelirukan bagi yang tidak tahu asal usul anugerah tersebut. Ada yang mahu dia di panggil dengan gelaran Datuk itu, walaupun ianya boleh memperdayakan orang seoalah-olah dia dianugerahkan oleh Raja dari Negara ini, tujuannya? Status?