Khalid Ibrahim membuktikan bahawa sesungguhnya dia mmg tidak layak bergelar Melayu di bumi Selangor. Ini bukanlah sesuatu yang baru apabila Khalid cuba mencipta isu dari apa yang termaktub di dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri.
Tragedi UiTM yang cuba "diliwat" haknya sebenarnya membuka mata seluruh rakyat Selangor tentang fahaman yang dianuti oleh Khalid. Rentetan dari peristiwa itu, byk lagi isu yang melibatkan hak Melayu dipermainkan. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Persoalannya, siapakah Khalid sebenarnya? Apakah motif sebenar Khalid yang cuba menyuntik racun pembunuh kepada satu formula yang dibina untuk mempertahankan Islam, institusi Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu / Bumiputera di Selangor? Apakah cukup sukar untuk Khalid mentelaah sejarah bangsa dan negaranya sendiri?
Terbaru, Khalid telah mengutarakan suara DAPnya dalam kenyataannya di sebuah akhbar berbahasa Inggeris, mengatakan bahawa dia percaya bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri tidak semestinya dari orang Melayu. Berita ini juga ada disiarkan oleh TV3 malam tadi.
Inilah masalahnya apabila Selangor ditadbir oleh MB yang kononnya dari dunia keparat korporat, yang tidak pernah menyelusuri sejarah politik bangsanya. Kebebalannya itu terserlah sehinggakan kenyataannya ini jelas bertentangan dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor. Adakah Khalid tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu? Apakah Khalid cukup bodoh untuk tidak mengetahui implikasi kenyataannya itu?
Apapun alasannya, sejarah membuktikan bahawa orang Melayu telah cukup bertolak ansur dengan kaum2 lain demi keharmonian bersama. Banyak yang telah "dikorbankan" oleh orang Melayu demi persahabatan. Dan hari ini, orang Melayu tidak mampu utk terus bersikap dermawan, kerana pihak tertentu semakin rakus tanpa menghiraukan sensitiviti orang Melayu.
Lebih dahsyat, kerakusan dan kemahuan mereka diterjemahkan oleh si lembu yang dicucuk hidung, Khalid Ibrahim yang mgkin berbangsa Eskimo!!!
Satu masa dulu negeri Johor mempunyai SUK wanita yg telah dilantik oleh Sultan ketika itu.
ReplyDeleteKemudian, perlantikan itu memberi banyak masalah. Antaranya, majlis-majlis resmi berunsurkan agama Islam yang mana SUK perempuan itu tidak dapat mengambil bahagian bersama.
Selepas itu, SUK lelaki terus dipilih.