Bersama Berjuang

Thursday, February 3, 2011

AL-FATIHAH: DATO' AJIB AHMAD


Al-Fatihah.

Bekas Menteri Besar Johor, Dato' Ajib Ahmad telah meninggal dunia pada jam 4.40 petang tadi di Hospital Pakar Damansara.  Allahyarham berusia 64 tahun, meninggal dunia akibat sakit jantung.  

Datuk Abdul Ajib bin Ahmad dilahirkan pada 13 september 1947 di Segamat, Johor. Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar dan bekas penuntut Kolej Kuala Kangsar. Dato’ Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).

Beliau pernah berkhidmat di Kementeria Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato’ Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
(Sumber:  Pejabat Menteri Besar Johor)

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. 

Al Fatihah...

1 comment:

  1. Al Fatihah.... Besar sungguh jasa2nya..

    mohon dipautkan.. http://rakyattranung.blogspot.com/

    tq

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...