Bersama Berjuang

Tuesday, April 30, 2013

Bilik Gerakan BN Kawasan Batu Dibakar!!!


Setelah Bilik Gerakan BN di Penang di bom... kini rakan-rakan seperjuangan di Parlimen Batu pula dilanda dugaan...

Pasti ada penjelasan di sebalik kejadian ini...

Bersabar wahai sahabatku sekalian...

Monday, April 29, 2013

PRU 13: Adlin Aman Ramli Berkempen Bikin Pesuruhjaya PAS Meru Sasau!!!




Adlin Aman Ramli, nama yang tak perlu GT terangkan akan watak dan gaya komunikasinya. 

Pedas, sindir dan makan dalam, itu ciri-ciri yang beliau bawa sewaktu berceramah membantu BN di N42 Meru. Waima sedemikian, tiada kata dusta atau carut marut yang diperlukan beliau untuk yakinkan pengundi bahawa BN adalah pilihan tepat. 

Dalam ceramah kelompok ini, kehadiran Adlin benar-benar mengejutkan para pengundi kerana tiada yang menyangka kehadiran beliau dalam program kecil-kecilan ini. 

Ini gaya politik BN, tanpa caci maki, fitnah dan sebagainya.  

Terima kasih Adlin lu mmg terbaeeek bro... jom campak Rani ke longkang... 

Monday, April 22, 2013

PRU 13 - Nik Aziz Risau Anaknya Tidak Dapat Jadi MB Besar Kelantan Seumur Hidup Sepertinya Gara-Gara Tok Him !!!



Mimpi indah Nik Mohammad Abduh, anak lelaki kesayangan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengambil kesempatan dalam pertarungan tiga penjuru di Parlimen Pasir Mas akhirnya berkecai apabila calon BN, Che Johan Che Pa tidak menghantar borang pencalonan.

Che Johan dalam satu kenyataannya secara terbuka memohon maaf di atas tindakannya itu sambil menjelaskan ia dilakukan selepas mengambil kira betapa pentingnya dielakkan pertandingan tiga penjuru yang sekiranya berlaku hanya akan menguntungkan PAS.

Berikutan senario itu, Nik Abduh terpaksa berdepan cabaran satu lawan satu menentang calon Bebas, Ibrahim Ali yang pastinya menjanjikan pertarungan cukup sengit yang menjadikan Pasir Mas sebagai satu lagi kerusi panas yang menjadi tumpuan ramai.

Perkembangan saat akhir penamaan calon ini memang mengecewakan Nik Abduh dan ayahandanya yang sebelum ini cukup yakin PAS akan meraih kemenangan mudah hasil dari pertandingan tiga penjuru itu. 

Andai diketahui ini yang berlaku pastinya keputusan asal meletak Nik Abduh bertarung di kerusi selamat, Parlimen Rantau Panjang dikekalkan manakala penyandangnya pula yang merupakan pemimpin muslimah PAS iaitu Siti Zailah Mohd Yusof dibiarkan terkontang konteng di Pasir Mas.

Namun apa yang berlaku ketentuan takdir Illahi, sama ada Nik Abduh mahu pun Nik Aziz perlu menerima hakikatnya dan tidak guna merungut menyalahkan sesiapa. 

Yang penting rakyat Kelantan agak teruja untuk mengetahui siapa yang akan muncul sebagai pemenang dan siapa pula yang akan tumbang.

Diambil kira dari segi pengalaman dan hubungan rapat dengan penduduk setempat, tidak syak lagi Ibrahim Ali yang juga adalah Presiden PERKASA memiliki kelebihan terbaik dalam PRU-13 ini untuk mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU-12 2008.

Nik Abduh pula hanyalah orang luar yang sekelumit jasa bakti pun tidak pernah dilakukannya untuk kepentingan penduduk Pasir Mas. Kiranya aspek itu yang menjadi pertimbangan para pengundi memang sukar sekali untuk putera MB Kelantan itu menang.

Bagaimana pun satu faktor yang tidak boleh dipandang remeh oleh Ibrahim Ali ialah Nik Abduh sebagai anak lelaki paling disayangi Nik Aziz pastinya akan berusaha keras menjual nama bapanya bagi menarik perhatian pengundi.

Ia pernah berjaya dilakukan dalam usahanya merebut jawatan parti, jadi tentu sahaja ia berpeluang untuk memanfaatkannya sekali lagi. Soal kerja buat untuk rakyat itu kemudiannya punya cerita, yang penting Nik Abduh adalah anak bapak , bukan begitu?

Sekiranya faktor kekeluargaan dijadikan asas dan saki baki pengaruh Nik Aziz diambil kira, jelas sekali Ibrahim Ali bukan lawan Nik Abduh. Dari sudut ini ternampak seperti sukar untuk Nik Abduh ditumbangkan.

Apatah lagi PAS Kelantan juga tidak akan membiarkan Nik Abduh semudah itu diratah oleh Ibrahim, justeru itu sepanjang kempen pilihan raya ini PAS akan mengerahkan segala jenteranya berkubu menggempur Pasir Mas demi memastikan air muka Mursyidul Am PAS terjaga.

Nik Aziz pula dikhabarkan akan memberi perhatian khusus di Parlimen Pasir Mas dengan memanfaatkan pengaruhnya dan akan lebih kerap berulang alik berceramah serta menyertai pelbagai aktiviti kempen demi memastikan anaknya menang kali ini.

Persoalannya, mampukah Ibrahim Ali menghadapi semua cabaran ini sekali gus menumbangkan anak Nik Aziz? Buat masa ini sukar ditentukan, tapi jika semarak Gelombang Merah UMNO Merentah gagal dicegah oleh PAS, ada harapan untuk tengok seorang anak MB terjelepok  dalam longkang.

PRU 13 - Fuckatan Harami Bergolak... Rupanya Anwar Tidak Dipandang Hormat!



Semalam, calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding 73 kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan DAP 102.  

Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan.  Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN - Dato’ Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal, Bersama - Hasaman Sagaran, dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil, Mamat Barhana, Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg.  Hindi.    

Kalabakan pula, BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes, dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie Japat dan Mohd Manuke.

Beberapa kawasan lain turut menyaksikan pertentangan sesama sendiri antara sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen Labuan Wilayah Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir. 

Secara dasarnya, PKR dilihat berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan dominasi parti itu selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR.  

Namun, PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim.  Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga. 

Di masa yang sama, PAS turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat.  Ini kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi.  

DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang ‘masuk akal’ untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan mereka.  DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS tersebut dalam soal agama Islam.   

Justeru, walaupun tiada pertembungan DAP-PAS tetapi hakikatnya, berlaku pertarungan hebat antara keduanya dari segi mental dan juga spiritual.  

Pertindihan kerusi dan juga perselisihan yang berlaku di sana sini antara sesama sekutu PR adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam politik pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.   

Anwar ditolak mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung tidak menghormatinya.  Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan.  

Selama ini juga, Anwar tidak pernah mempunyai kuasa khas yang mampu memberi kata putus atas apa saja kemelut yang dihadapi oleh PR.  Biarpun DAP bergelut dengan masalah pemilihan CEC, biarpun PAS berpeluh menahan malu akibat skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar.  

Ini kerana siapalah Anwar untuk memberi komen mengenai skandal seks atau ketidaktelusan kerana beliaulah Raja segala skandal di dunia.  

Oleh itu, walaupun kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh pemimpin dan penyokong PR sendiri tetapi, dari segi skandal, kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar seorang pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu memimpin melalui tauladan.  Jika tidak, tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya.  

PRU 13 - P. Uthayakumar Buktikan Fuckatan Harami Tidak Boleh Diharap!



Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam PRU-13 ini di Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4 penjuru yang turut melibatkan BN, PAS dan seorang lagi calon Bebas. 

Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.

Lebih menarik lagi di kerusi yang sama, seorang bekas pemimpin PKR, Kottappan A/L Suppaiah serta mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup sengit.

Pada PRU 12 2008 yang lalu, Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR, masing-masing dengan majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN ketika itu.

Namun kemudiannya, pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR, antara faktor pendorongnya ialah isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR.

Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan semata-mata untuk kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat India.

Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas, jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat PR. PRU kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk meraih undi masyarakat India.

Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013, agak ketara tanda-tanda kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran mereka amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak besar jumlahnya bersama BN.

Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah dan PR bakal berdepan tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang berlaku ini. Jika ia berterusan, nescaya khabar buruk itu bakal menjadi igauan bila mana kelak banyak kerusi PR terbang melayang.

PRU 13 - Azizan Razak Bakal "DITALQINKAN" Oleh Sepupu Sendiri !!!



Antara yang menarik dalam penamaan calon semalam ialah berita mengenai YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah bakal berhadapan dengan sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali di DUN Sungai Limau pada PRU-13.    Mohd Fadzillah telah lama menempa nama sebagai Arkitek yang berjaya di Alor Setar dan rumahnya juga tidak jauh dari rumah kediaman Azizan sendiri di Jalan Sultanah iaitu rumah pusaka ibu mertua beliau.    

Lebih menarik ialah Mohd Fadzillah merupakan adik kepada Dato’ Mohd Fuad Mohd Ali yang juga Pegawai Kewangan Negeri Kedah.  Dato’ Fuad telah pun berkhidmat dengan kerajaan negeri sejak di zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi.   Perkhidmatannya disambung terus walaupun PAS telah mengambil-alih negeri Kedah. 

Walaupun Azizan dan Dato’ Mohd Fuad adalah sepupu, tetapi perbezaan ketara di antara mereka adalah dari segi sikap dan keperibadian.  

Keluarga Dato’ Mohd Fuad, termasuk adiknya Mohd Fadzillah, terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun.  Mereka jarang sekali meninggikan suara yang mana merupakan sifat yang amat bertentangan dengan Azizan.   Mereka juga dikatakan antara ahli keluarga Azizan yang tidak jemu berusaha memberi nasihat dan teguran atas segala kepincangan pentadbiran negeri, tetapi sering diketepikan sahaja oleh Azizan.  

Mungkin atas kekecewaan kerana gagal menasihati abang sepupu merekalah maka, Mohd Fadzillah bertindak menyahut cabaran menentangnya dalam PRU kali ini.  

Rakyat Kedah, secara umumnya sedia maklum bahawa kaum kerabat Azizan rata-ratanya adalah penyokong UMNO.  Maka tidak hairanlah beliau mengambil pendekatan yang cukup mesra dengan UMNO yang mana memeningkan kepala kepimpinan PAS.  

Namun, kerana pendekatan yang samalah maka ramai di kalangan rakyat Kedah berpendapat jika Azizan bijak mengurus negeri, maka soal UMNO atau PAS sudah tidak penting lagi.  

Silapnya Azizan ialah beliau tidak pandai mentadbir, enggan mengambil peduli segala rungutan rakyat serta menafikan segala masalah yang berlaku.   Keangkuhan dan ‘egonya’ adalah terlalu tinggi, sama seperti semua Ulama-ulama PAS yang lain.  Akibat enggan mendengar nasihat, maka keadaan ekonomi Kedah semakin hari semakin parah.  

Keadaan ini menyebabkan ramai yang mula bangkit untuk menentang beliau termasuk ahli keluarga sendiri demi untuk menyelamatkan negeri.  

Dari segi ‘trend’, rakyat Kedah bukanlah jenis taksub seperti Kelantan.  Rakyat Kedah sukar dijangka kerana apa saja isu mampu menukar fikiran mereka dengan sekelip mata.   Walaupun secara umumnya, Kedah masih jauh ke belakang dari segi sosial dan ekonomi, sekali gus mentaliti, tetapi itu bukanlah ukuran kebijaksanaan dalam menentukan undi.  

Rakyat Kedah hanya menginginkan pemimpin yang ikhlas dan berkelayakan untuk membawa mereka ke hadapan.   Justeru, penampilan Mohd Fadzillah dari kalangan professional di kawasan yang sekian lama dikuasai Azizan, untuk berhadapan dengan pengundi yang terdiri dari ahli keluarga dan kaum kerabat mereka sendiri, mungkin mampu membuktikan pendapat penulis mengenai sentimen sebenar rakyat Kedah yang sudah muak dengan politik murahan.  

Sedikit ‘gangguan’ yang mungkin berlaku ialah kewujudan dua calon Bebas yang turut bertanding di kawasan berkenaan.  

Walaubagaimanapun, kita yakin yang Mohd Fadzillah mampu menarik hati pengundi dengan menawarkan mereka perkhidmatan yang lebih baik dan lebih cekap dari apa yang mampu dilakukan oleh abang sepupunya.  

Sunday, April 21, 2013

PRU 13 - Fuyyooooo.... Calon BN Seri Serdang Guna ParaGlider Untuk Turun Ke Pusat Penamaan Undi!!!



Masih lagi berlegar kepada kisah penamaan undi yang berlangsung semalam. 

Calon BN Seri Serdang, iaitu Mohd Yusof Mohd Yassin (berbaju Melayu di foto di atas) nampaknya terkesima dengan gimik yang dibuat oleh Jentera BN Puchong apabila ParaGlider BN berlegar-legar di ruang angkasa Dewan MPSJ Puchong Indah sebagai tanda menyambut kedatangan calon BN di pusat penamaan undi. 

Kelibat ParaGlider BN itu disambut dengan tepukan gemuruh dari calon dan juga penyokong BN yang hadir. Gempak beb!!!  

Mohd Yusof adalah Setiausaha UMNO Bahagian Puchong, dan salah seorang tokoh pemimpin yang dihormati di DUN Seri Serdang. Lebih menarik, pencalonannya direstui oleh ketua bahagiannya, merangkap mantan wakil rakyat, Dato' Satim Diman. 

Bagi GT, Dato' Satim memang gentleman. Faham kehendak dan suasana politik semasa.  Sedikit pencerahan, Dato' Satim masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat di Seri Serdang. Mujur Dato' Satim mengutamakan parti berbanding kepentingan peribadinya. 

GT doakan yang terbaik buat Mohd Yusof Mohd Yassin.  

Hehehe... tajuk artikel ini gempak jer... Mohd Yusof tak turun dari paraglider tu pun.. hehehehe..

Saturday, April 20, 2013

PRU 13 - Khalid Ibrahim Di Pusat Penamaan Calon... Serabai Betullah Dia Nih..!!!




Di antara Khalid Ibrahim dan serabai memang tidak boleh dipisahkan lagi. Memang serabai....

Setelah menjadi cacian dan makian rakyat di Ijok, Khalid Ibrahim kini melarikan diri ke DUN Pelabuhan Klang, untuk menjual janji-janji persis manifesto 2008. 

Khalid bakal ditentang oleh Dato' Nasaruddin M. Zin, Naib Ketua UMNO Bahagian Klang.  Nasa adalah suara akar umbi, yang lama bergerak "on the ground" mendengar denyut nadi rakyat.  Nasa lebih dekat dengan rakyat. 

Sementara Khalid adalah penipu rakyat.  Dan ini bukanlah fitnah, kerana satu Selangor tahu bagaimana seorang MB yang gagal tunai janji Manifesto 2008. 

Pengundi DUN Pelabuhan Klang khususnya, dan rakyat Selangor perlu meneliti video ini, terutamanya pada minit 1:40 ke atas... 

Layan dan sebarkan...

PRU 13 - Gelombang Biru Merisaukan Pesuruhjaya PAS Selangor Di DUN Meru!!!


GT baru terima sms dari kenalan di N42 Meru. 

Katanya, seluruh jentera Gelombang Biru Meru sudah bersiapsedia untuk turun ke medan tempur untuk memastikan BN merampas kembali DUN Meru dari PAS. 

Lebih meyakinkan, tiada sebarang sabotaj atau boycott dari kalangan jentera, yang sudah sepakat "party comes first". Bukan itu sahaja, calon yang dipilih juga bersendikan "denyut nadi rakyat", iaitu anak tempatan. 



Calon BN untuk DUN Meru ialah Tn Hj Sukaiman Ahmad, Bendahari UMNO Bahagian Kapar, yang juga bekas Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional. Beliau juga berjawatan sebagai Timbalan Penyelaras Persekutuan DUN Meru yang kerap turun ke kawasan untuk berkhidmat kepada rakyat. 

Kenalan GT memberitahu, sepanjang 5 tahun Dr. Rani memegang jawatan sebagai wakil rakyat, tiada kesan signifikant terutamanya dari segi pembangunan. 

Masalah sampah, longkang tersumbat, banjir kilat dan jalan rosak gagal ditangani dengan baik oleh Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Sambil berseloroh, kenalan GT memberitahu apa yang boleh warga Meru banggakan berwakilrakyatkan Dr. Rani ialah pemasangan kain rentang, dan juga signboard PAS dan kerajaan negeri yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. 

Malah, ada suara-suara nakal yang memberitahu, Dr. Rani bukanlah YB Meru, tetapi yang YB Luar Negeri, berikutan kecenderungannya untuk ke luar negeri. Akibatnya, warga Meru terbiar.  

So, selamat berjuang, rakan-rakan di Meru. Doa GT mengiringi anda.... Allahuakbar!!!

SAH!!! Herman Tino VS Noh Omar di Tanjung Karang!!!



PRU 13 sememangnya membawa warna-warni yang tidak pernah diduga oleh mana-mana pihak.  Pagi tadi, SPR telah mengumumkan calon-calon bertanding di Parlimen Tg Karang.  Sememangnnya ramai yang tahu, siapa calon BN untuk kerusi parlimen dan DUN. 

Namun, seperkara yang mengejutkan, Herman Tino @ Pak Herman telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas.  Ramai yang terpinga pagi tadi dengan kehadiran Pak Herman di pusat penamaan calon, Dewan Dato' Hormat, Tg Karang. 

Oowalah Pak Herman, riko iki kenang opo? Kok gujuk-gujuk gawei tindakan sak slera ne... Opo wes lali kambek parti ne dewek? Opo wes lali sumbangan sak kabehanne? 

Waima opo sekalipun, Gerakan Timur nyuwun mugi-mugi riko di parengi waras, mugi-mugi terus-terusan berkarya. 

Politik? Sampeiyan udhuk nang kono...  Ojo kesandung yo!!! 


All the best sedulur-sedulur nang Tg Karang...

AC di mana? AC bersama BN!!!

AC di mana?

Foto ini diambil pada penamaan calon pagi tadi di Gombak.

AC di mana? AC bersama BN!!! Peace Yo!!!

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 17, 2013

Thursday, April 4, 2013

Tuduh SPR Tidak Telus Tetapi Pemimpin PR Konfiden Menang... Macam Haram Kan?



Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin PR yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil.

Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh PR dari hal undi pos, daftar pemilih, proses pengundian, pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil, tidak telus dan berat sebelah.

Pendek kata bagi pembangkang, SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN. 

Itu realiti pandangan yang sudah berakar umbi dalam fikiran pemimpin dan penyokong PR.

Peliknya di sebalik segala tohmahan itu, dalam masa yang sama boleh pula pemimpin PR mengwar-warkan kepada umum bahawa PRU 13 akan dimenangi oleh PR malah dengan yakin menyatakan 125 kerusi Parlimen dan 7 buah negeri bakal dikuasai mereka.

Orang yang waras akalnya tentu terdetik untuk bertanya, jika SPR adalah kuda tunggangan BN, tidak telus, tidak adil dan tidak bebas, kenapa pula pemimpin PR sibuk mahu bercakap mengenai kemenangan dan tawan negeri itu dan ini?

Yang akan mengendalikan PRU 13 tetap juga SPR, jadi ikut logik akal jika begitu buruk dan teruk kaedah pilihan raya yang dikendalikan SPR, apa gunanya lagi untuk PR berangan untuk menggapai kejayaan, bukan begitu?

Hakikatnya PR sudah lama menerima hakikat bahawa SPR sememangnya telus, adil dan saksama sedari dulu lagi. Jika SPR benar-benar pincang, tiada seorang pun pemimpin PR yang akan bertanding dalam PRU 13 dan sebelumnya. 
Tentu ada agendanya maka sebab itu SPR sering dijadikan punching beg dan dijadikan sebagai kambing hitam oleh pemimpin pembangkang.

Tak mustahil agenda PR dalam isu mempersoalkan kredibiliti SPR lebih kepada untuk menutup kelemahan sendiri kerana gagal menawan hati majoriti pengundi. Itu faktor utama yang tidak boleh disangkal sama sekali.

Kemungkinan lain, ada kebarangkalian ianya untuk melindungi penipuan yang ingin dilakukan oleh PR misalnya melalui manipulasi dakwat kekal dengan mencalit dakwat itu kepada pengundi berusia konon untuk tujuan demonstrasi.

Perkara sebegini boleh berlaku bila dilihat pada modus operandi penyokong pembangkang selama ini yang pernah mengutip kad pengenalan golongan tua bagi menghalang pengundi keluar menunaikan tanggungjawab ketika hari pengundian.

Atau kemungkinan juga untuk mengelakkan tumpuan umum kepada gerakan jentera PR yang sebelum ini giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan yang diyakini boleh dikuasai melalui kaedah tersebut seperti mana pernah dilaksanakan oleh PAS Kedah dan PAS Kelantan.

Malah semenjak SPR memperkenalkan pendaftaran pengundi yang dikenali sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) terdiri dari agen parti-parti politik, uniknya semenjak itu berlumba-lumba PR mendedahkan 'kepincangan' daftar pemilih mempertikaikan orang itu tak layak mengundi dan orang ini datanya diragui.

SPR pernah mengumumkan seramai 332 orang penolong pendaftar pemilih ditamatkan perkhidmatan kerana cuai atau sengaja mendaftarkan pengundi dengan maklumat yang meragukan.

Sebelumnya SPR pernah menolak permohonan seramai 71,184 pengundi yang didaftarkan oleh PPP kerana pelbagai kesalahan antaranya mendaftarkan pengundi yang telah berdaftar, warganegara yang belum layak mengundi, bukan warganegara dan pelbagai lagi kecuaian.

Menariknya kebanyakan kesilapan daftar pengundi baru yang ditolak oleh SPR ini didaftarkan oleh wakil-wakil PR dan tak mustahil ada antara puluhan ribu permohonan pengundi baru yang didaftarkan oleh PR ini yang terlepas pandang oleh sistem semakan dan digunakan pula untuk memburukkan imej SPR.

Di lihat pada sejarah PR, beberapa perkara yang didedahkan di atas tak mustahil berlaku dan tidak salah untuk kita membuat spekulasi kemungkinan PR sedang merancang untuk menipu dalam pilihan raya.

Tindakan mereka mengkambing hitamkan SPR sebelum ini hanyalah strategi serampang dua mata, pertama untuk membunuh imej dan kredibiliti SPR di mata umum dan kedua untuk melindungi penipuan yang sedang PR laksanakan.

Sedangkan dalam pemilihan CEC DAP dan pengundian dalaman PKR sendiri wujud penyelewengan, dan PAS pula penah aktif memindah pengundi ke sana ke mari, jadi apa sangatlah untuk mereka merancang penipuan dalam PRU.

Apa pun jika segala kemungkinan di atas tidak menepati senario sebenar, seeloknya PR hentikan sahaja propagandanya yang memperlekeh atau mempertikaikan kesungguhan SPR dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan PRU 13 kelak berjalan lancar.

Kiranya PR masih sibuk mempertikaikan SPR, itu salah ini tak betul, lebih baik pemimpin PR cermin diri sendiri untuk melihat betapa besarnya hipokrasi dalam diri masing-masing.

Atau jika pemimpin PR masih ada harga diri, kenapa tidak untuk julung kalinya, sebagai tanda protes dan ketidakyakinan dengan SPR, maka jangan sesekali walau seorang pun pemimpin PR bertanding dalam PRU 13 ini? Ada berani?

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Dibubarkan!!!

Semboyan telah dibunyikan. GT mohon seluruh pejuang alif ba ta bersiap sedia! Ayuh ke medan tempur, demi bumi bertuah ini. Allahuakbar!!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 2, 2013

Bila Penyokong Bodoh Melantun-Lantun, Pemimpin PR Yang Untung!!!



Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.

Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk.

Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.

Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.

Pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad bayaran tol 'touch n go'.

Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut.

Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke Putrajaya.

Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar lebih suka berceramah ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia.

Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.

Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk kawasan Gelang Patah.

Seorang lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula, kononnya dia berasal dari kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.

Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang.

Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan diri pembangkang sendiri.

Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang.

Bagaimana harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang.

Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model.

Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina kekayaan bagi mereka.

Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja.

Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa, Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya.

Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah fikiran.

Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat baginya.

Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN menjelang PRU ke 13.

Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik.

Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka, kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.

Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar, Kit Siang, Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.

Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa: AMK Rela Digelar Angkatan Muda KELDAIAN!



Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.

Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu.

Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll, mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar.

Kini masing-masing terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak pemimpin yang dipuja-puji selama ini. Mereka tahu wajah yang mirip Anwar itu memang sah milik Anwar.

Senario ini agak membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR, lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk pimpinan PKR.

Tambahan pula rata-rata di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan rakyat sejak akhir-akhir ini, dari hari ke hari kedatangan penyokong PKR dan juga juga semakin berkurangan. Itu petanda jelas semakin ramai yang menjauhi PKR dan PR.

Jika ia berlanjutan demikian, bermakna lambat laun ahli parti sendiri akan mula bangkit mempersoalkan akhlak dan morak Anwar seterusnya ia akan meletakkan PKR dalam keadaan bahaya menjelang PRU 13. 

Apatah lagi tika ini kepercayaan PAS terhadap Anwar juga kelihatan kurang meyakinkan apabila sebahagian pemimpin dan penyokongnya sudah berani menolak Anwar sebagai Perdana Menteri disebabkan faktor akhlak dan moral yang melingkari sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Selain itu, penggerak-penggerak PAS yang menguasai masjid dan surau juga seboleh mungkin cuba mengelakkan penyertaan Anwar dan pemimpin PKR yang lain dalam sebarang majlis munajat dan solat hajat kerana masing-masing bimbang ia akan memberi impak buruk terhadap imej PAS.

Bila ahli parti sendiri semakin meragui akhlak dan moral pemimpinnya ditambah lagi dengan kesangsian rakan sepakatan, kelihatan agak sukar untuk Anwar dan PKR meraih semula kepercayaan sebahagian ahli dan penyokong mereka.

Mungkin tertekan dengan keadaan inilah mendorong jentera propaganda PR mula sibuk merekayasa cerita untuk mengaitkan penyebaran video itu dengan UMNO dengan harapan dapat meraih simpati umum. 

Tak cukup dengan propaganda sebegitu, PKR cuba pula membuat video palsu bagi mencipta persepsi umum kononnya semua video dan gambar-gambar Anwar sebelumnya adalah rekaan semata-mata. Mungkin kaedah ini mampu menipu penyokong totok PR, tapi orang ramai tidak semudah itu untuk menerimanya bulat-bulat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...