Bersama Berjuang

Friday, August 26, 2011

PANASSS.. Hatta Wahari Kata JASA Hutang Blogger Gerakan Timur 1 Tahun Gaji?


Ini satu lagi penjilat tegar al jub yang suka menuduh kerajaan tanpa bukti.  

Mgkin Hatta Wahari ini juga terlupa apa yang dia ingin sampaikan.  Lucunya, dia menuduh bahawa blogger pro kerajaan suka membuat tuduhan tidak berasas dan fitnah liar dan tanpa bukti.  

Walhal, dalam kenyataan yang sama, dia menuduh bahawa blogger pro kerajaan dibayar oleh JASA, satu Jabatan Khas Kementerian Penerangan.  Bolehkah Hatta Wahari buktikan perkara ini???

Datuk Seri Rais Yatim harus ambil peduli dakwaan ini, kerana ia adalah tuduhan yang liar dan berbentuk fitnah. 

Walhal, kita tahu politik fitnah pembangkang.  Isu Altantuya, isu Suhardi mati hidup semula, isu cincin RM24 juta, dan banyak lagi isu terbukti fitnah dan tidak berasas sama sekali.  

Bagaimana pula dia boleh berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno?

Malangnya, dia sekadar berkata-kata, dan andai keldai boleh berkata-kata, keldai juga akan sekadar berkata-kata.  Sekadar berkata-kata, bukan mengemukan fakta dan bukti.

Sepanjang berjuang di arena blogosphere, GT tidak pernah mendapat atau mendengar berita blogger menerima bayaran daripada JASA seperti dakwaan Hatta Wahari ini. 

Begitu juga sahabat-sahabat yang lain, semua menafikan apa yang dikatakan oleh mamat yang mukanya hampir sama dengan Samsul Ketot.  Sudahlah wajahnya seakan hampir, perangainya sudah mula menunjukkan persamaan!

Hatta Wahari wajib mengemukakan bukti atas apa yang didakwanya!!! 

Dan andai benar, maka seperti Blogger MPP dan Parpukari, GT juga ingin menuntut 1 tahun gaji berserta bonus dari JASA!!!  

Kwang.. Kwang.. Kwang..

2 comments:

  1. Bro kt mana nk amik gaji ni? Hahahaha....

    ReplyDelete
  2. untungnya kalau ada orang nak bayar kami ni... tak payah lagi nak pinjam duit kengkawan. Muahaha..

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...