Bersama Berjuang

Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Pemuda UMNO Selangor Mulakan Langkah Pertama!!! Tahniah!!!


Sedang berlangsung sidang media Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor di Tingkat 9, Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam.

Sidang media ini adalah untuk menyelar kebiadapan YB Datuk Wee Ka Siong Ketua Pemuda MCA Malaysia mempertikaikan titah DYYMM Tuanku Sultan Selangor berhubung ketetapan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan di Malaysia melainkan oleh umat Islam sahaja.

Allahuakbar... Allahuakbar...Allahuakbar...

Daulat Tuanku... Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...

Sunday, October 13, 2013

Khairy Jamaluddin, Kak Jat dan Mas Ermieyati Raikan Kemenangan!!!


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khari Jamaluddin Abu Bakar yang mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda serta Mas Ermieyati Samsudin, muka baharu yang menang Ketua Pergerakan Puteri UMNO, meraikan kemenangan tidak rasmi mereka tengah malam tadi.

Walaupun keputusan rasmi dijangka hanya akan diumumkan oleh ibu pejabat UMNO sekitar 3 pagi ini, namun ketiga-tiga ketua sayap UMNO itu telahpun meraikan kemenangan dengan masing-masing menjulang tangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ini berikutan, laporan daripada bahagian-bahagian menunjukkan ketiga-tiga calon tersebut memperoleh kemenangan besar iaitu melebihi jumlah sebahagian daripada 191 bahagian yang bersidang dan melakukan pemilihan semalam.

Ketiga-tiga calon itu dijangka mengadakan sidang akhbar di PWTC di sini pada bila-bila masa. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, September 17, 2013

P.A.U: Gua Musang Bergelora.... Ku Li Dicabar "Anak Buah" Sendiri...


Setelah sekian lama kedudukan sebagai Ketua UMNO Gua Musang yang disandang oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak dicabar oleh sesiapa, pemilihan UMNO Oktober ini menyaksikan beliau bakal ditentang 'anak buah' sendiri.

Ku Li bakal ditentang Datuk Bazlan Baharuddin (gambar)  yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang.

Utusan melaporkan Bazlan sendiri mengesahkan perkara tersebut.

Menurut Bazlan, walaupun beliau amat menghormati Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai tokoh politik yang disegani, namun keputusan tersebut dilakukan atas hasrat bagi membawa perubahan dan nafas baharu kepada UMNO bahagian tersebut.

''Saya mendapat pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan ini kerana ia bukanlah mudah memandangkan Tengku Razaleigh cukup berpengaruh dan dihormati.

''Bagaimanapun setelah membuat kajian dari sudut sokongan khususnya di peringkat akar umbi, saya mendapati ada keperluan untuk saya mencabar beliau dalam pemilihan kali ini,'' katanya.

Bazlan yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Gua Musang sejak 2001 berkata, beliau percaya Tengku Razaleigh akan bersikap terbuka menerima hasrat beliau memandangkan bekas Menteri Kewangan itu merupakan antara pemimpin yang bercakap soal melakukan perubahan dalam parti demi meraih sokongan rakyat.

Ditanya adakah beliau akan berupaya menumbangkan Tengku Razaleigh memandangkan sokongan kepimpinan bahagian sudah pasti akan menyebelahi Ahli Parlimen Gua Musang tersebut, Bazlan berkata, beliau tidak membuat ukuran terhadap sokongan terbuka yang dizahirkan tetapi lebih yakin kepada kumpulan 'majoriti senyap' termasuk dalam kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Bazlan berkata, dalam usaha meraih sokongan daripada perwakilan, beliau akan membentangkan visi dan misinya dalam melakukan perubahan demi mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dan BN di Parlimen Gua Musang.

''Kita harus ingat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, pengundi muda akan menjadi pengundi majoriti, oleh itu UMNO perlu memberi isyarat kepada mereka bahawa parti itu bukanlah sebuah parti yang membenarkan seseorang itu menjadi ketua bahagian dulu, kini dan selamanya tanpa dicabar,'' katanya.

Menjawab satu soalan, Bazlan berkata, beliau bersedia menerima apa juga risiko politik berikutan keputusannya menentang Tengku Razaleigh kerana apa yang penting niat beliau ikhlas untuk membawa perubahan dalam kepimpinan UMNO Gua Musang.

''Saya serah kepada perwakilan untuk membuat keputusan dan menghormati apa juga keputusan mereka kerana sama ada menang atau kalah saya tetap akan berbakti dalam UMNO dan memastikan kecemerlangan BN di Gua Musang berterusan dalam pilihan raya umum akan datang,'' katanya.-16/9/2013

Monday, September 9, 2013

Siapa "Transformers" Pada Perhimpunan Agong UMNO 2013 ???


Transformasi politik, itulah ungkapan yang dinihari terpaut di bibir-bibir rakyat Malaysia, menandakan kadar kecelikan politik yang tinggi di kalangan rakyat. Tsunami 2008, dan Tsunami Cina PRU13 adalah punca kadar celik politik meningkat dengan mendadak. Sehubungan dengan itu, suara akar umbi semakin berpengaruh, untuk terus mengekal status kelangsungan politik satu-satu parti politik.

Untuk itu, UMNO telah bertindak merubah perlembagaannya, dari segi menentukan kepimpinan parti. Sentuhan “empowerment” dan “authority” diberikan kepada kepimpinan akar umbi, untuk membuat keputusan penting – memilih nakhoda pelayaran bagi sebuah perjuangan.

Baca selanjutnya DISINI

Sunday, February 26, 2012

Foto2 Sekitar Bantahan Pemuda BN Terhadap Anwar Sokong Israel






Tahniah kepada Pemuda BN.  Berdemo depan HQ PKR.  Baru ada "jantan"! Wakil PKR tidak mahu menerima memorandum bantahan dari Pemuda BN.  

Sah-sah penyokong Zionis laknatullah!!!

Terima kasih sahabat yang kirimkan gambar.

Wednesday, November 23, 2011

Misi Memecahkan Monopoli "Pihak-Pihak Tertentu". Jom Sertai!!!


Jelajah Francais 1 Malaysia bakal berada di tempat anda.  Kepada yang berminat, jangan lupa hadir untuk dapatkan peluang terbaik untuk anda berniaga.  

Untung-untung, anda dapat untung, dan boleh pula pecahkan monopoli "pihak-pihak tertentu" yang selama ini lupa untuk berterima kasih.  

Peluang tak datang berkali-kali bro....

Ada kemahuan?

Ada cita-cita? 

Ada bran? 

Ada jalannya...  KLIK SINI

Tuesday, November 1, 2011

Video Anwar Kena Smash Berdebat... Satu Malaysia Tgk Tuu.. Live!! Muahahahaha..

Dengan KJ pun tak lepas... Ada hati nak berdebat dengan DS Najib.  

Oppsss.. mesti la nak berdebat dengan DS Najib, sebab nak buat "damage control" setelah dimalukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia...  

Nasib ko le Nuar, nak bohong pun dah tak boleh.. terKANTOI.. manjang..hehehehe..

Jom layan video ini...

Tuesday, September 13, 2011

PANASSS... Selangor Milik Mutlak Fuckatan Pada PRU 13 Mengikut Tafsiran Unit Media Baru UMNO!!!


Fuhhhh...  Ini merupakan kenyataan pahit yang harus ditelan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri.  

Bukan mahu memperkecilkan kekuatan jentera UMNO Selangor, akan tetapi pendapat dari blogger UMB Pergerakan Pemuda UMNO harus diambil kira dalam isu ini kerana bukan mudah untuk menyatakan perkara yang pastinya tidak menyenangkan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.  

Jawapan yang pendek, dan tepat ke sasaran menjadi kesimpulan untuk sama-sama direnungi oleh UMNO Selangor, sementara ruang waktu yang masih ada sebelum PRU 13. 

Baca pendedahan esklusif ini oleh sahabat blogmaster, DISINI

Saturday, July 9, 2011

TERKINI!!! Arahan Terbaru Mahaguru Omardin dan Foto-Foto Aksi Berani PATRIOT Si Baru Merah!!!














Sumber Foto:  PapaGomo, Double Y, MIK, dan MatSabu.Com... muahahahahaha...

Tabik Dengan PATRIOT yang berbaju Merah!  Pihak Polis telah mengarahkan PATRIOT untuk bersurai dan berudur.  Apabila berkeras, gas pemedih mata jadi santapan PATRIOT!!!

Adusssssss....!!!

Mahaguru Omar Din telah menasihatkan PATRIOT untuk menuruh arahan itu.  Tujuannya tidak mahu melihat Melayu bertempur dengan Melayu seperti mana mesej dari Biawak LGE.  Dan pembuktikan bahawa Bersih berjaya "melembukan" orang Melayu, lihat saja gambar-gambar penyokong mereka!

Cina dan India bertepuk riang!

Thursday, June 30, 2011

PANASSS... " Harga Saifuddin Nasution Hanya 99sen !!!" - PATRIOT

Sewaktu Saifuddin Nasution menggembar-gemburkan bahawasanya PATRIOT hadir di Tropicana untuk membakar ibupejabat PKR, GT hanya tersenyum.  Walhal, ianya adalah satu psywar "nakal" dari Pemuda UMNO yang taat kepada kedaulatan undang-undang.

Rakyat perlu tahu bahawa Saifuddin adalah leftenan paling kanan Anwar yang berjaya meniru cara politik pembohongan seperti bossnya.  Auta dan bikin gempaknya hampir menyerupai Al Jub.  Cume effectnya kepada rakyat, kureng, gara-gara tiada wibawa padanya.

Rujuk kembali kepada beberapa siri autanya, spt dakwaannya kononnya punya bukti pembayaran jutaan ringgit kepada wakil rakyat fuckatan yang lompat parti.  Sehingga hari ini, masih tiada apa-apa bukti, skadar politik gempak untuk meraih publisiti murahan.  

Dan Saifuddin bakal disaman diberikutan tuduhannya bahawa PATRIOT ingin membakar IbuPejabat PKR di Tropicana itu.  Perkara ini diberitahu oleh wakil PATRIOT siang tadi, selepas peristiwa kecoh di hadapan Ibu Pejabat PKR.  

“Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin,” kata Lokman Nor Adam dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.
Malam Isnin lalu, kira-kira 600 ahli  Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR.
Lokman dan beberapa yang lain memberi ucapan yang disifatkan oleh PKR sebagai provokasi kepada mereka.
Lokman mendakwa ibu pejabat PKR itu bukan milik Anwar sebaliknya milik ahli perniagaan bernama Datuk Soh Chee Wen.
Beliau turut menafikan dakwaan Saifuddin bahawa ucapannya adalah bertujuan memberi arahan untuk membakar ibu pejabat PKR.
“Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand,” katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.


Akibat suka berbohong demi publisiti murahan, akhirnya Mat Muka Bulan terima akibatnya.  5 hari untuk MMB keluarkan video seperti yang didakwanya, atau bersedia disaman di mahkamah!!!  

Ambik kau!!!

UPDATES: PEMUDA UMNO VS AMK DI TROPICANA!!! MANA SHAMSUL KETOT???

Polis terpaksa meleraikan pertembungan yang menyebabkan huru di perkarangan ibu pejabat PKR di Tropicana yang membabitkan Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tengah hari tadi.


Enam kereta polis yang turut berlegar-legar di kawasan ibu pejabat PKR itu.

Ketua Balai Polis Damansara, Thomas Long kelihatan berbincang dengan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Kekecohan bermula apabila sekumpulan ahli Pemuda Umno yang diketuai Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertembung dengan anggota AMK yang menunggu di hadapan ibu pejabat PKR. AMK pula melaungkan kata-kata provokasi kedatangan Pemuda Umno seperti ‘mamak balik’.

Selepas itu, Pemuda Umno yang turut digelar ‘Patriot’ hadir jam 12.50 tengah hari, untuk membuat laporan polis di balai polis Tropicana.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda Umno, Exco Pemuda Lokman Adam dan turut serta Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia-Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Wilayah Rizalman Mokhtar,ketua pemuda Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal.

Laporan itu berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismial yang mendakwa Pemuda Umno mengugut membakar ibu pejabat PKR.

“Saifuddin Nasution pada 27 Jun lalu kata saya berada di pejabat PKR dan keluarkan ugutan bahawa akan membakar pejabat terbabit.

“Beliau (Saifuddin) juga berkata kami (Pemuda) bertindak akan mencederakan (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S Ambiga sekiranya perhimpunan Bersih tetap diadakan,.

“Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin,” katanya dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.

“Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand,” katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.


Reezal Merican yang ditemui pula kecewa dengan kata-kata provokasi yang sering dilaungkan anggota AMK iaitu ‘mamak’ dan disifatkannya sebagai satu penghinaan.

“Teriakan mamak satu provokasi. Kami datang ibu pejabat ini kenapa? Kerana niat Bersih yang menjadi petualang untuk gulingkan kerajaan dengan haram.

“Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pernah berkata jika tidak boleh gulingkan kerajaan secara pilihan raya kita akan guna jalan raya dan akan kuburkan perlembagaan,” kata ketua penerangan Pemuda Umno itu.

Menurut Reezal,‘Patriot’ akan tetap turun 9 Julai ini untuk mempertahankan tanah air.

Selain Reezal dan Lokman, Ketua Pemuda Wilayah, Rizalman Mokhtar dan Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal hadir sama. - fmt

TERKINI!!! PANASSS... PEMUDA UMNO VS AMK dan PAS SEDANG BERTEMPUR DI 2 LOKASI!!! PATRIOT ALERT!!! PATRIOT ALERT!!!


GT baru terima sms dari pada seorang pejuang yang memberitahu bahawa Pemuda UMNO sedang bertempur dengan AMK di hadapan Ibupejabat PKR di Tropicana!!!  

PATRIOT... ini masa terbaik!!! Seranggggggg.............

Lokasi kedua di Pejabat SPR Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam, suasana tegang menyelubungi ruang pejabat itu apabila pemimpin UMNO DUN Meru sedang bertikam lidah dengan PAS Selat Klang dan Meru berhubung dengan isu daftar pemilih DUN Meru.

GT ada menulis tentang keengganan jentera Kak Limah Selat Klang membayar gantirugi seperti yang diarahkan oleh SPR selepas memfitnah rakyat, juga berhubung isu yang sama, daftar pemilih!!!  

Agak2 anda berada di kawasan berhampiran, singgah2 dan "hulur"kan salam jari genggam berlima kepada pengkhianat negara, kalau perlu!

Tuesday, June 28, 2011

Apabila Si Penyakit Anjing Gila Mahu Orang Lain Jaga Tingkah Laku.. Hahahahaha...


Kehkehkeh.... 

GT tergelak apabila Tian Chua membuat kenyataan agar UMNO mengawal tindak tanduk Pergerakan Pemudanya melalui PATRIOTIK yang baru sahaja menggemparkan senario politik tanahair apabila "menyerang" Ibupejabat PKR.  

Tian Chua mahukan agar perhimpunan PATRIOTIK tidak menimbulkan huru-hara nanti.  Untuk makluman, PATRIOTIK tidak didalangi oleh politik jalanan seperti yang dilaungkan oleh Ketua AMKnya sebagai cara untuk mengguling kerajaan demokrasi yang dipilih rakyat.  Maka, istilah keganasan tidak wujud dalam PATRIOTIK.  Juga, PATRIOTIK tidak berlanskapkan fahaman Komunisme, yang berorientasikan keganasan, juga salah satu pendukung kuat BeerShit 2.0.  

Kejantanan PATRIOTIK yang tidak diduga oleh Fuckatan ini sememangnya menggusarkan mereka.  Bukan itu sahaja, keberanian ini jelas membuatkan Tian Chua dan Nurul Izzah cukup marah, dan merasa terhina!   Apatah lagi mereka melihat Pemuda UMNO sudah tidak bermaya untuk berfungsi, tiba-tiba pula bangkit!

Seharusnya Tian Chua bermuhasabah diri, andai tidak faham, tanyalah ostat2 PAS apa itu muhasabah.  Dia yang didenda RM2000 sehingga statusnya sebagai MP dipertikaikan perlu maklum, bahawa dialah si penggigit laksana anjing, yang ganas menjadikan polis sebagai mangsanya!  

Rasanya dia sendiri perlu mendapatkan dos penenang secukupnya, agar tidak menggonggong atau menyalak, malah lebih bahaya lagi terus-terus menggigit mangsanya, gara-gara penyakit anjing gilanya!

GT Nak Tabik Spring Kepada PATRIOT !!! Lu Orang Mmg Gempak Bro!!!


Fuhhh... dah lama GT tunggu kejantanannya.

Akhirnya, sudah sedikit kelihatan.  Syukur... dari tiada apa-apa langsung, sekurang-kurangnya ini adalah detik permulaan bagi sebuah kebangkitan (GT harap).  

Pemuda UMNO yang sering digelar lesu dan tidak bermaya, mula menunjukkan taring.  Harap2 ia berpanjangan sehinggalah kita sapu habis BeerShit 2.0 aka IFC ini.  

PATRIOT, nama yang cukup WOW pada pengamatan GT.  Berani Berubah, Berani Bertempur, Berani Gugur adalah antara ciri-ciri yang harus ada pada seorang PATRIOT.  

Tahniah kepada Pemuda UMNO W/P dan Selangor yang menggempur Ibu Pejabat PKR di Tropicana malam tadi!!!  Tersenyum "girang" si Rozan Azen, tersipu-sipu, nasib baik tidak terkencing dalam seluar seperti Abg Sam K!

Dan GT cabar PATRIOT untuk turunkan seramai mungkin ahli pada 9 Julai ini bagi membuktikan peristiwa besar malam tadi bukanlah hangat-hangat tahi ayam semata-mata!!!

GT tertanya-tanya sejak bila Pemuda UMNO buat "giler" camni.... rupanya...


Orang "giler" ni pun ader juga...hahahahaha.... Kau peluk je si skema tu... gugur air kencing nanti...Tahniah pada semua yang BERANI !!!

Errrrr... Armand, ada stock baju lagi tak?  GT rasa "ganas" kalau dapat pakai baju tuu.... hehehehe...

KLIK SINI untuk foto2 gegar PKR!!!

Friday, May 27, 2011

KJ BERBANGGA MENJADI TREND SETTER KEPADA SITI NURHALIZA DAN JAC VICTOR?


Siti Nurhaliza dan Jac dikhabarkan akan menyertai Askar Wataniah dalam masa terdekat.  Tahniah GT ucapkan kepada mereka berdua, atas semangat yang ditunjukkan.

Fuhhh... mesti KJ berbangga bila artis popular mengikuti jejak langkahnya.  

Kata orang muda, "trend setter".  

Baguslah, dah sampai masanya untuk KJ terjun di dunia glamour kot.  Pasni, kalau nak wat fashion show pun boleh.  Takde hal punya.

Bolehlah lepaskan jawatan KP Umno Malaysia.  Mgkin boleh melobi pula jawatan Presiden FDAM atau SENIMAN lepas nih.

GT ucapkan selamat berjaya kepada KJ!

Friday, May 20, 2011

TERIMA KASIH PEJUANG BERHATI WAJA!!! MANA SAM KETOT???




GT ingin menjunjung kasih, mengucapkan jutaan salam perjuangan kepada pejuang hebat yang turun di medan tempur, mempertahankan Islam, Melayu dan Malaysia.

Hebat! Memang hebat walaupun GT tidak berkesempatan untuk bersama dengan pejuang-pejuang hebat.  Jangan diperkecil Melayu itu, jangan dipijak Agamanya, Bangsanya dan Negaranya.  Dan jangan kau bangkitkan Amarahnya, kelak di amuk seluruh negara. 

Mana Sam Ketot?  Mana Sam Ketot dan angkatannya?

Mana AMK yang beriya-iya mahu turun berentap dengan PERKASA, GAPS dan PEMUDA UMNO? 

Cakap berdegar-degar, guruh berdentum kalah gegaknya.  Akhirnya kecut telurnya. 

GERAKAN TIMUR.... TIDAK GENTAR!!!

Tuesday, March 15, 2011

VIDEO DEMO DESAK ANWAR OLEH PEMUDA BN KEDAH!




Saksikan demonstrasi mendesak Anwar menyerahkan darah untuk ujian sampel DNA oleh Pemuda BN di Kedah.  

Pemuda negeri lain camna plak???

Friday, March 11, 2011

PANASSSS... TUN FAISAL TIDAK LAYAK BERCAKAP PASAL BLOGGER???


Seorang nak balun bloggers pro kerajaan kerana  teguran blogger terhadap sikapnya yang condong kepada fahaman anwarista.  Politik baru katanya.  

Seorang lagi dikhabarkan selalu bercakap bagi pihak blogger namun mengikut sahabat blogmaster Medan Info Kita, dia tidak layak.  

Apa???  Kenapa Pengerusi Unit Media Baru tidak layak untuk "menjaga blogger"? Tapi, mengapa dia dilabelkan sebagai "tidak layak"?  

Dimana pula kedudukan Soberi Shafii, blogger yang tiba-tiba muncul menghentam blogger pro kerajaan dan memuji2 UMB tinggi melangit sampai tak ingat bumi?

Jawapannya ada DISINI.

Friday, February 25, 2011

PRK MERLIMAU: JENTERA PEMUDA UMNO SEMAKIN BERSEMANGAT!!!


Jentera Pemuda UMNO di PRK Merlimau kali ini akan bertambah kekuatannya dengan penubuhan cawangan baru di Kg Chinchin dengan penyertaan seramai 78 ahli baru Pemuda.  

Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin.

Tahniah GT ucapkan kepada Pemuda UMNO Melaka atas kejayaan ini.  Kerahkan sepenuh kekuatan untuk memastikan PAS hilang wang deposit di Merlimau!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...