Bersama Berjuang

Showing posts with label LYNAS. Show all posts
Showing posts with label LYNAS. Show all posts

Monday, November 12, 2012

LYNAS OK... Kemenangan Fakta Ke Atas AUTA!



Mahkamah Tinggi telah memutuskan semalam bahawa Lynas Advanced Material Plant (LAMP) boleh memulakan operasi sekali gus menolak permohonan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut.

Pihak yang menentang Lynas yang menamakan diri mereka sebagai ‘penduduk Kuantan’ diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, menyatakan akan membuat rayuan supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP dalam masa dua hari.

Yang menghairankan ialah ‘penduduk Kuantan’ ini terdiri secara majoritinya dari kaum Cina.   

Manakala, kumpulan pekerja dan penyokong Lynas pula majoritinya adalah Melayu.   Ketika keputusan diumumkan, kira-kira 500 orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan Hakim, Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.

Ramai di antara kalangan pekerja tersebut menangis dan menadah tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin periuk nasi mereka tidak terjejas.

Secara logiknya, pekerja-pekerja di sesebuah kilang adalah merupakan penduduk di sekitar kawasan berdekatan.  Ini kerana objektif sesebuah pelaburan adalah juga untuk memberi pekerjaan kepada penduduk setempat, selain membangun kawasan itu dan menjana kewangan negara.  

Justeru, siapakah mereka yang menentang Lynas dan memakai nama ‘penduduk Kuantan’ itu jika mereka bukan terdiri dari penduduk sekitar?   Dan apakah sebenarnya motif mereka?

Selama ini yang menjadi juara isu Lynas adalah PKR dan kaum Cina.  Kesungguhan mereka menentang Lynas dan menolak bukti-bukti saintifik yang dibentangkan oleh pakar antarabangsa, menimbulkan kehairanan dan syak wasangka.  Mereka telah melakukan berbagai-bagai usaha di merata tempat secara tersusun sekali gus membuktikan terdapat penaja atau dalang di belakang mereka.  Namun, dengan segala usaha dan dana yang ada, pihak mereka masih tidak dapat membentangkan hujah balas atau bukti saintifik juga bagi mengesahkan tuduhan mereka bahawa Lynas tidak selamat.  

Maka jelas sekali bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah satu penentangan kosong, kalau pun tidak mempunyai agenda atau motif tersirat.  Ia bukan berkenaan alam sekitar, jauh sekali prihatin terhadap kesihatan penduduk Gebeng.  Lagipun, sejak bila kita mendengar kaum kiasu ini prihatin terhadap nasib kaum lain?   Apakah niat mereka sebenarnya?

Penulis bukan berniat untuk menjadi prejudis perkauman, tetapi sikap kiasu kaum ini sudah terbukti di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan juga di Singapura.  Selain itu, sesiapa sahaja yang pernah melalui pengalaman bekerja di bawah golongan ini pasti tahu apa yang penulis maksudkan.

Namun, sikap mereka bukanlah isu.  Isunya ialah kenapa dan mengapa mereka sanggup berhabis-habisan, mengerahkan tenaga dan masa untuk menegakkan sebuah auta?  

Apakah benar ia hanya strategi mencari publisiti bagi politik PKR atau PR?  Atau apakah ia ada kena mengena dengan ancaman kilang ini terhadap dominasi negara China sebagai pengeluar nadir bumi terbesar?  

Melihat dari apa yang berlaku, tampak seolah-olah PKR atau PR hanya menumpang isu untuk menghentam kerajaan dan tidak lebih dari itu.  Apa yang lebih jelas ialah ia merupakan satu agenda kaum Cina untuk menggagalkan operasi kilang ini sekali gus memburukkan imej kerajaan Malaysia selain mengganggu kestabilan dalam negara.   

Motif?  Sukar dipastikan.  Tetapi jika ia adalah untuk menjaga kepentingan negara China, maka tidak hairanlah kenapa kesetiaan mereka terhadap negara ini masih menjadi tanda-tanya.  

Buat masa ini, kita turut tumpang bergembira dan bersyukur kerana kilang itu sudah boleh beroperasi dan ini bermakna ramailah yang bakal berpeluang mencari rezeki.

Thursday, September 13, 2012

Fuziah Salleh DiTORON Anwar.... Abislah Kau Fuziah Oiiii...!!!



Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Pakatan Rakyat telah benar-benar ketandusan isu untuk menghadapi PRU-13.  Segala isu yang dikitar semula seperti hudud juga nampaknya memakan diri sendiri.   Malah, isu yang dicipta contohnya, fitnah-fitnah terhadap Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah juga tidak membawa ke mana.  Habisnya, mereka yang kantoi dan seluruh agenda dan dalang di belakang mereka terbongkar.  Antaranya, kes mengenai cincin yang kononnya berjuta-juta, pembunuhan Altantuya, rasuah dalam pembelian scorpene serta latarbelakang SUARAM.  

Kini, apa yang PR mampu lakukan untuk terus berdiri sementara menunggu PRU ialah menebalkan muka untuk terus menafikan segala apa yang telah terkantoi, serta terus memainkan isu-isu tersebut seolah-olah ia masih relevan dan belum selesai.  

Dan inilah yang PR sedang lakukan dalam isu kilang Lynas di Gebeng yang dijuarai oleh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen PKR Kuantan.  Fuziah terus berdegil menentang Lynas, walaupun kilang tersebut telah pun dibuktikan oleh segala macam pakar dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, sebagai tidak merbahaya untuk manusia, haiwan dan alam sekitar.  

Fuziah telah bertindak menolak segala laporan saintifik dengan menggunakan air-liurnya.  

Sedangkan, membahaskan isu mengenai bahan radioaktif, kimia dan nuklear tidak boleh hanya berdasarkan pendapat, contoh terasing, gerak hati dan juga emosi.  Ini kerana, ia adalah isu saintifik yang mana permasalahannya boleh dibentangkan secara terperinci serta dibuktikan, jika perlu, tanpa boleh dimanipulasi.  

Difahamkan, Fuziah telah diarahkan untuk terus menghidupkan isu Lynas dan memastikan Lynas tidak beroperasi walau apapun terjadi.  Anwar Ibrahim sendiri memberitahu Fuziah agar menjaga ‘air muka’ PR dan terus menjadikan Lynas satu isu besar sehingga PRU nanti.  

Jika tidak, Anwar khuatir rakyat mula membuka mata bahawa PR sengaja mempolitikkan Lynas untuk memburukkan kerajaan sedangkan kilang tersebut jelas tidak merbahaya. 

Kerana itulah walaupun media pro-PR iaitu Free-Malaysia-Today (FMT) telah terpaksa mengaku kalah dan meminta maaf kepada Lynas kerana menulis bahawa Lynas adalah merbahaya, PR tetap tegar membuat tuduhan yang sama.  Harapan mereka, rakyat akan terlupa akan permohonan maaf FMT dan percaya bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah berasas.  

Apabila Lynas mendapat lesen beroperasi sementara, Anwar dikatakan berang dan menyalahkan Fuziah atas kegagalan PR menghalangnya.  Maka Fuziah dipaksa untuk meneruskan rayuan di mahkamah untuk menghentikan terus operasi Lynas.  

Memandangkan sejak dari awal lagi Kumpulan Anti Lynas tidak mampu berhujah dengan fakta dan bukti bagi meyakinkan mahkamah bahawa Lynas adalah merbahaya, maka tidak hairanlah jika rayuan mereka kalah lagi.  

Fuziah dan PKR serta Anwar tahu bahawa mereka tiada kredibiliti dan tiada asas untuk terus menentang Lynas tetapi apakan daya, mereka perlu terus memainkan isu yang tidak ada demi memastikan parti mereka kelihatan relevan di mata rakyat.  

Sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar telah memarahi Fuziah dengan teruk sekali kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.  Dan Fuziah pula berazam untuk memulihkan imejnya di mata Anwar dan ingin membuktikan bahawa beliau bukannya seorang ‘loser’.  

Oleh itu, sepertimana BERSIH diteruskan walaupun hampir semua dari tuntutan BERSIH telah diterima kerajaan, begitulah juga Fuziah akan meneruskan tentangan terhadap Lynas.  Untuk ini, Fuziah perlu terus berlakon bodoh, pekak badak dan buta tuli seolah-olah tidak memahami ayat mudah bahawa ‘kilang Lynas tidak merbahaya’.  

Dari satu segi, benarlah kata Anwar bahawa Fuziah adalah ‘loser’.  Ini kerana hanya seorang ‘loser’ sahaja yang sanggup terus berlakon bodoh demi satu matlamat yang bodoh juga iaitu menghentikan operasi kilang yang bakal memberi keuntungan kepada penduduk sekitar dan juga negara. 

Friday, September 7, 2012

Menitiknoktahkan Isu LYNAS - FULLSTOP!!!



Selepas berbulan-bulan operasi kilangnya cuba disabotaj oleh pemimpin pembangkang dengan pelbagai tohmahan akhirnya Lynas dibenarkan juga untuk beroperasi secara bersyarat di bawah Lesen Pengendalian Sementara (TOL).

Kelulusan berlesen yang diperolehi dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) itu bermula 3 September lalu dan akan berakhir pada 2 September 2014. 

Mengikut jadual asal, Lynas sepatutnya sudah beroperasi sejak Mei tahun ini tapi berikutan putar belit fakta dan polemik isu yang dimainkan oleh pembangkang menyebabkannya terpaksa ditangguhkan sementara.

Mengikut fahaman yang sebarkan oleh pembangkang jika kilang Lynas beroperasi kesan radioaktifnya akan menyebabkan masalah pada kesihatan dan alam sekitar untuk jangka waktu pasang.

Rentetan dari propaganda sedemikian, timbullah cerita ikan berkepala dunia, mati kerana kanser dan lain-lain kisah rekaan untuk menakutkan penduduka setempat dan rakyat Malaysia seterusnya menolak pembangunan kilang bahan nadir bumi itu.

Turut dipropagandakan konon harga tanah di sekitar kilang Lynas tersebut akan jatuh merudum, sedangkan sebenarnya hebahan palsu sedemikianlah langsung tiada asasnya kerana kilang Lynas bukannya loji nuklear sebaliknya hanya kilang yang memproses bahan nadir bumi untuk kegunaan pelbagai alatan dan barangan kegunaan harian kita semua..

Realitinya bahan nadir bumi yang mereka potretkan sebagai 'hantu' itu sebenarnya sudah lama mereka pegang dan guna. Pelbagai jenis peralatan elektronik dan gadget terkini semuanya memanfaatkan bahan nadir bumi dalam teknologi pembuatan mereka.

Baik telefon mudah alih, Ipad, Iphone, Galaxy Tab malah beberapa komponen kereta yang kita sering guna pun turut menggunakan bahan nadir bumi.

Tapi dalam pada para penyokong dan NGO pro pro pembangkang menghebahkan kisah rekaan termasuklah membuat tohmahan kilang Lynas adalah loji nuklear, namun tidak pula mereka ini semua mencampak buang ke dalam longkang segala gadget dan peralatan elektronik yang mereka sedang gunakan sekarang.

Kan hipokrit namanya tu. Halang pengoperasian kilang Lynas yang akan memproses bahan nadir bumi tapi dimasa yang sama saban minit dan tiap hari dengan selambanya menggunakan alatan elektronik seperti komputer, Iphone dan lain-lain.

Apapun, serentak dengan perkembangan terbaru ini, Lynas dijangkakan akan mula menghasilkan pengeluaran pertamanya pada awal Oktober 2012 nanti. 

Jika semuanya berjalan lancar, syarat dan aspek teknikal dipenuhi tidak mustahil selepas ini Malaysia akan menjadi salah satu pengeluar utama bahan nadir bumi. Impak positifnya bukan sahaja memakmurkan ekonomi negara malah ramai rakyat yang akan gembira dengan perkembangannya. 

Kesan lainnya, pengeluaran dan penghasilan bahan nadir bumi dunia yang sekarang sedang dimonopoli oleh syarikat-syarikat di negara China tentunya akan terencat berikutan saingan baru dari Lynas.

Inilah yang sebenarnya ditakuti oleh ramai penyokong dan pemimpin pembangkang khususnya dari DAP dan PKR kerana kita tahu, gerakan anti Lynas yang mereka jalankan selama ini pun segala urusan kewangan untuk menampung aktiviti mereka ditanggung oleh syarikat-syarikat dari China.

Cukuplah dan sudah-sudahlah bertelagah dan menipu orang ramai demi memenuhi tembolok sendiri. 

Kalau betul semua pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka masih mahu teruskan juga gerakkan anti Lynas konon kerana takut radioaktif, eloklah pakat campak semua telefon, ipad atau kereta masing-masing ke dalam lombong.

Ada berani? Ceh. Dalam himpunan hijau anti Lynas yang disertai penyokong pembangkang itupun ramai yang guna pelbagai gadget elektronik yang memanfaatkan bahan nadir bumi. Jadi jangan haraplah mereka akan campak semua gadget tersebut. Hipokrit.

Thursday, July 19, 2012

LYNAS: Radioaktif Rupanya Keluar Dari Kepala Fuziah Toron... She is a LOSER!



Pada 14 Julai lalu, sebuah NGO yang menamakan diri mereka Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) telah mengadakan undian di 19 buah bandar dan pekan di seluruh Malaysia bertujuan untuk mencari jumlah sokongan terhadap usaha mereka menentang operasi kilang Lynas di Kuantan.  

Kesemuanya 28 lokasi di Malaysia yang dijadualkan menyertai program tersebut tetapi hanya 19 tempat sahaja yang mengadakan undian manakala tempat-tempat lain mengadakan aktiviti seperti mengumpul tandatangan, piket dan ‘flash mob’.  

Undian yang  yang bermula pada jam 5 petang dan ditutup pada jam 9 malam mendapati 20,194 orang mengundi menentang Lynas sementara hanya 6 yang menyokong.  

Berdasarkan pengiraaan ini, SMSL di dalam laman web rasmi mereka telah secara tidak langsung seolah-olah mengisytiharkan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang Lynas!

Persoalannya, bagaimana SMSL mengira 20,194 sebagai majoriti sedangkan rakyat Malaysia keseluruhannya ialah 28 juta orang?    Secara pecahannya pula, dari keseluruhan 19 kawasan membuang undi dan SMSL hanya mampu mendapat sokongan dari lebih kurang 20,000 orang bermakna, secara puratanya tidak sampai 1,000 orang yang menentang Lynas di satu-satu tempat.   

Justeru, apakah layak dikatakan 1,000 sebagai suara majoriti setempat?  Berapa ramaikah penduduk di setiap tempat membuang undi tersebut?   

Hakikatnya, 20,000 dari 28 juta adalah angka yang memalukan bagi SMSL.  Lebih buruk, undian juga menunjukkan dari kelompok bangsa yang sama iaitu Cina iaitu tidak menggambarkan pendirian realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 

Lebih dari itu, apakah jaminan yang proses pengundian yang dijalankan oleh SMSL adalah adil?  Bagaimana kita memastikan yang tiada ahli-ahli SMSL yang membuang lebih dari satu undi?   Apakah mereka menggunakan dakwat kekal? Sistem Biometrik? Atau menggunakan prosedur apa?   

Siapakah yang memantau proses pengundian SMSL?   Kenapakah undian dibuat secara ‘main pondok-pondok’ sedangkan di masa yang sama sebahagian besar pihak penganjur memakai baju kuning BERSIH yang kononnya amat mementingkan sistem pengundian yang bersih?   Di manakah prinsip undian yang bersih yang dilaungkan mereka jika tiada pemantau dan tiada prosedur rasmi yang diwartakan?  

Dan bolehkah kita mempercayai SMSL jika program pengudian tersebut juga dicampur aduk dengan isu kematian Teoh Beng Hock, di mana gambar mendiang menghiasi banner dan kotak undi di dalam program ini?   Sedangkan Teoh Beng Hock bukannya meninggal dunia kerana terdedah kepada radioaktif Lynas tetapi kerana terjebak menjadi ‘kunci’ yang boleh membongkar skandal rasuah DAP di Selangor. 

Lalu, bagaimana kita mempercayai pihak yang sanggup mempolitikkan kematian ‘orang mereka sendiri’ demi untuk menutup skandal rasuah yang dilakukan oleh parti politik yang disokong mereka?

Semua ini menunjukkan yang SMSL bersikap dwi-standard, tidak adil, tiada integriti, tiada moral sekali gus, tidak layak mempersoalkan apa-apa jua termasuk Lynas.   

Kesimpulannya kini, terbuktilah sudah bahawa HANYA 20,000 ORANG YANG MENENTANG LYNAS berbanding 28 juta rakyat Malaysia. Dengan itu, secara rasminya diisytiharkan bahawa SMSL telah kalah atau telah gagal sama sekali.   Dan jika benar SMSL memperjuangkan Malaysia yang “adil dan selamat” seperti yang tertulis di banner mereka, maka mereka perlu menerima keputusan demokrasi ini dengan matang dan tenang.  Kata orang, dah kalah, buat cara kalah, jangan lagi terkinja-kinja membuat bising, mengganggu semua orang.

Thursday, June 21, 2012

LYNAS: Skandal Terkutuk Lagi Busuk Oleh Pakatan Rakyat!


Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.  

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan.  Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu.  Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat.  Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya.  Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.  

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.  

Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat.  Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong.  Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.  

Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas.   Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.  

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara.  Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.  

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.  

Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.” 

Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.   

Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.  

Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”.   Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara.  Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.  

Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.


Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya.  Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.  

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur.  Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.  

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.   

Monday, May 14, 2012

LYNAS: Dr. A Rahman Omar, Doktor Falsafah Fizik Nuklear Buktikan Fuziah Salleh Sebodoh-bodohnya Manusia!


SAYA terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses. Untuk pengetahuan pembaca, thorium juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah). Di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains sejagat.

Thorium secara semula jadi mempunyai satu isotop (Thorium 232) dan ia mempunyai separuh hayat 14 bilion tahun. Ia mereput dan menghasilkan zarah alfa dan zarah itu mempunyai tenaga empat MeV. Tiada keraguan tentang fakta-fakta tersebut. Di sini saya ingin menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut.

Separuh hayat selama 14 bilion tahun bererti separuh daripada thorium yang ada akan mereput dalam masa 14 bilion tahun. Separuh lagi masih utuh. Kalau Lynas dikatakan akan memproses 22,000 tan galian dan kandungan thorium adalah 10 peratus, mengikut anggaran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Bermakna akan wujud 2,200 tan thorium. Separuh daripadanya (1,100 tan) akan mereput. Sekiranya reputan berlaku dalam 1 bilion tahun, purata reputan harian adalah tiga miligram (mg). Sekiranya reputan berlaku dalam 10 bilion tahun, purata reputan harian adalah 0.3 mg.

Kesimpulannya daripada 22,000 tan yang diproses, purata yang mereput adalah kurang daripada 0.3 mg sehari. Angka 0.3 mg adalah tiga gram dibahagi dengan 10,000. Adakah amaun ini boleh membunuh atau memusnahkan alam sekitar?

Fakta seterusnya, zarah alfa yang dipancarkan mempunyai tenaga sebanyak empat MeV. Zarah ini boleh merentasi udara sejauh 2.5 sentimeter atau satu inci. Ini bererti udara setebal satu inci sudah cukup menjadi perisai untuk melindungi kita dari thorium yang mereput. Thorium yang tidak mereput adalah tidak berbahaya.

Dalam air, sinaran alfa merentasi kurang daripada satu mikron. Angka ini merujuk kepada satu milimeter dibahagi dengan 1,000 dan ia terlalu nipis. Zarah alfa dari reputan thorium tidak akan dapat menembusi kulit kita (andaian bahawa kandungan badan manusia adalah 90 peratus air). Kalau sinaran itu tak sampai kepada kita dan jikalau sampai pun, ia tidak dapat menembusi kulit kita, jadi apa masalahnya?

Saya memohon kepada sesiapa yang menulis tentang keburukan thorium, tolonglah tulis berlatarbelakangkan fakta. Cerita mesti konsisten dengan fakta sains. Saya mengakui bahawa setiap pembaharuan mempunyai risiko. Saya bersedia untuk berganding bahu dengan SMSL memantau loji Lynas di Gebeng dan saya akan menjadi orang pertama untuk menyatakan kepada khalayak ramai sekiranya ada pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Akan tetapi saya tidak akan berdiam diri sekiranya rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan.

Satu fakta lagi yang perlu di nyatakan adalah thorium wujud dalam bentuk sebatian kimia thorium dioksida, thorium sulfat dan beberapa bentuk lain. Sebatian ini didapati tidak larut dalam air dan ketumpatannya adalah sekitar 10 kali ganda ketumpatan air. Mencampurkan sebatian ini dengan air adalah seperti mencampurkan besi dengan air. Besi terus mendap ke bawah. Air yang digunakan Lynas di Gebeng akan disimpan beberapa hari sebelum dilepaskan. Ini bermakna sebatian thorium akan mendap.

Saya ingin penjelasan daripada SMSL. Sains dan teknologi apa yang boleh menyebabkan perairan di Laut Cina Selatan menjadi seperti apa yang berlaku di Fukushima, Jepun? Bagaimanapun, saya mengakui 'habuk' daripada bijih atau galian dari Australia itu boleh membawa risiko. Garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menekankan keselamatan semasa pengangkutan dan pemprosesan berlaku. Saya pasti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengenakan syarat yang ketat dalam hal ini.

Dalam wacana ilmiah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 Mac 2011, Pengerusi AELB, Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani menyatakan sekiranya Lynas melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan, AELB akan mengeluarkan perintah 'Hentikan Operasi'. 

Harus diingatkan ketumpatan udara adalah lebih sedikit daripada ketumpatan gas nitrogen yang berat molekulnya 28 gram (gm) per mol. Berat molekul thorium dioksida adalah (232 + 32 >264) gm per mol. Berdasarkan angka 264 gm per mol berbanding 28 gram per mol sudah pasti habuk thorium dioksida tidak akan wujud lama sebagai habuk dalam udara. Lebih cepat penurunan kewujudan habuk thorium sekiranya hujan. Kajian mengenai kanser paru-paru harus dijalankan untuk mengetahui kesan thorium kepada kesihatan. Kajian darah yang dicemari oleh thorium juga harus dilakukan sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.

Saya tertarik dengan langkah Himpunan Hijau yang berkunjung menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada Mac lalu. Di dalam memorandum yang diberi, mereka meminta kerajaan Singapura menyatakan kebimbangan terhadap Lynas. Himpunan Hijau juga menyatakan kebimbangan makanan laut dari Kuantan yang dihantar ke Singapura akan mengandungi unsur radioaktif. Ironinya, Perdana Menteri Singapura pernah berhasrat membina janakuasa nuklear berasaskan bahan api thorium iaitu 'Liquid Fluoride Thorium Reactor (LFTR)' dengan alasan ia tidak berbahaya dan efisien. Cadangan itu dimasukkan dalam pelan induk pembangunan tenaga republik itu. Cuba layari artikel "Thorium for Singapore" di www.thoriumsingapore.com.

SMSL mahukan zon penampan Lynas adalah 30 kilometer (km) daripada penempatan penduduk. Oleh kerana susah hendak mencari mana-mana kedudukan di republik itu yang jauhnya melebihi 30 km dari Malaysia, saya cabar mereka membuat demonstrasi di sepanjang Selat Tebrau, Johor bagi menyatakan pendirian membantah janakuasa nuklear tersebut.

Jadi, apakah pendirian Himpunan Hijau sekarang. Masihkah hendak menyembah pemimpin Singapura untuk menyelesaikan masalah thorium di Gebeng?

Loji Lynas adalah kilang kimia dan ia sangat kecil jika dibandingkan dengan janakuasa nuklear yang akan dibina oleh Singapura. Thorium dari Australia adalah 1,900 bahagian per sejuta (ppm) atau 0.19 peratus tulen. Nanti di Singapura, thorium yang diguna adalah 100 peratus tulen. Adakah Himpunan Hijau akan diam seribu bahasa? 

Perbuatan mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura adalah paling melucukan. Saya ingin juga menarik perhatian kepada mereka yang menggunakan lampu minyak gas. Mentol yang digunakan menggunakan thorium. Saya ingin tahu apakah pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong SMSL setelah mengetahui fakta ini. Lampu minyak gas inilah yang menerangi kota, desa dan pelbagai jenis kediaman lebih daripada satu abad. Thorium yang digunakan dalam mentol ini 99 peratus dan thorium di Gebeng nanti tak sampai satu peratus.

Di laman sesawang pihak Singapura itu kita akan mendapati kata-kata aluan "Welcome to the Future".

Adakah kita akan menolak hakikat ini hanya berdasarkan hujah harga hartanah di Kuantan akan merudum hingga tiada nilainya. Harga hartanah di Singapura adalah beratus atau beribu ganda lebih tinggi berbanding nilai hartanah di Kuantan.

Loji nuklear akan dibina di tengah bandar raya Singapura, sedangkan Lynas di Gebeng. Kalau menggunakan ukuran 30 km dari kediaman yang dituntut SMSL, mana Singapura nak cari tempat sedemikian.

Pandangan rakyat dan kerajaan Singapura nampaknya berbeza sekali dengan pihak pembangkang. Oleh itu, benarkah kita ini lebih maju dalam pengetahuan sains berbanding dengan mereka?

DR. A. RAHMAN OMAR ialah lulusan Doktor Falsafah (PhD) Fizik Nuklear daripada Kansas State University, Amerika Syarikat.

GERAKAN TIMUR:
Itu penjelasan teknikal, dan ilmiah dari seorang yang berlatarbelakangkan Fizik Nuklear.  Apakah mungkin kita mendengar penjelasan sebegini dari Fuziah Toron?  

Jangan harap...!

Sedang Himpunan Hijau berkiblatkan Singapura, rupanya Himpunan Hijau menyembunyikan fakta bahawa Singapura itu sendiri mempunyai smber nuklear.  

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Himpunan Hijau, NGO yang dianggotai oleh kebanyakkan Cina DAP, kecuali Fuziah Toron, sedangkan manfaat yang besar dan kadar risiko yang rendah oleh LYNAS bakal dinikmati oleh rakyat Malaysia, khususnya Pahang.  

Apakah terdapat strategi "economic warfare" dalam hal ini?

Ralat:  Terdapat kekhilafan GT apabila terdapat salahfaham tentang gambar empunya diri, iaitu Dr. A Rahman Omar.  Gambar terdahulu bukanlah individu yang menulis artikel ini.  Nama yang sama menjadi punca kesilapan GT.  Maaf kepada empunya gambar terdahulu, dan terima kasih atas teguran dan pembetulan dari yang punya diri.  

Tuesday, April 17, 2012

MESTI BACA: Bukti Anti-LYNAS Dibiayai Oleh Harbi Laknatullah!!!



Sin Chew Daily baru-baru ini menyiarkan iklan di muka surat 8, dan Guong Ming Daily di muka surat 9 dengan memaparkan seorang ibu, Lai Kwan mencium anaknya 30 tahun, Cheah Kok Leong dengan kata-kata ‘Saya belum mahu mati!’. Kok Leong yang menderita kecacatan fizikal serta perkembangan mental terbantut baru saja meninggal dunia 18 hari yang lalu. Mendiang telah dilahirkan di Perak di mana ibunya pernah bekerja di kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Berikutan dengan itu, Jawatankuasa Selamatkan Malaysia memohon sumbangan RM10 bagi membiayai kos undang-undang bagi menghentikan projek nadir bumi oleh kilang Lynas yang dikatakan menyamai ARE. Semua sumbangan akan dimasukkan ke Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan.

Persoalannya di sini, dari manakah datangnya dana untuk menempah ruang iklan di akhbar utama bahasa Cina seperti Sin Chew dan Guong Ming yang secara kasarnya akan memakan kos berjumlah RM100,000? Persoalan keduanya ialah jika pihak berkenaan mampu menempah ruang untuk tujuan memburukkan Lynas, tentulah mereka juga mampu membiayai kos untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lynas. Justeru, kenapa perlu dirayu sumbangan orang ramai?

Jelas di sini bahawa tujuan laporan dan iklan tersebut ialah tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bermain politik dan meraih publisiti melalui rayuan sumbangan semata-mata, kerana hakikatnya, wang bukanlah masalah langsung bagi mereka.

Selain iklan di dalam akhbar, pihak yang membantah Lynas juga dilihat mempunyai dana yang cukup banyak untuk menggerakkan demonstrasi, mengedar T.Shirt, risalah, poster, banner dan sebagainya. Ini belum lagi diambil kos logistik untuk siri-siri demonstrasi yang diadakan.

Mengimbas kembali kronologi kes kilang ARE di Bukit Merah, kita akan mendapati bahawa ARE tidak boleh diambil sebagai contoh perbandingan dengan Lynas kerana Lynas hanyalah sebuah kilang pemrosesan kimia biasa. Kilang yang sama seperti Lynas telah lama beroperasi di China yang mendominasi bekalan nadir bumi dunia sebanyak 97%, dan juga Australia, Amerika dan beberapa negara lagi.

Selain itu, siasatan terhadap kilang ARE di Bukit Merah juga memperlihatkan beberapa kecuaian atau lepas pandang dalam menangani sisa buangan toksik. Bagaimanapun, sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Lai Kwan atau pihak pendakwa gagal membuktikan secara saintifik bahawa kecacatan yang menimpa anaknya, Kok Leong berpunca dari kilang ARE.

Lebih meragukan lagi ialah tiada orang lain selain Kok Leong yang didakwa mengalami kecacatan akibat dari ARE.

Namun, itu bukan soalnya kerana kilang Lynas dan kilang ARE adalah berbeza sama sekali. ARE menggunaka monazite sebagai bahan mentah sementara Lynas tidak menggunakan monazite. Radioaktif yang dikeluarkan oleh Lynas adalah 60 kali kurang dari ARE dan 500 kali (0.002mSv setahun) kurang dari had yang dibenarkan oleh AELB (1mSv setahun).

Kesemua bukti-bukti saintifik ini menunjukkan bahawa Lynas adalah selamat dan sebaliknya kesemua tindakan yang diambil oleh pihak penentang Lynas menunjukkan yang mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Lynas adalah pemangkin ekonomi negara di masa depan, sekali gus bakal pencabar terbesar negara China dari segi pengeluaran nadir bumi. Justeru, menghalang operasi Lynas samalah dengan mengsabotaj ekonomi negara sendiri.

Kewujudan dana yang besar serta usaha yang berterusan serta bersungguh-sungguh dari pihak penentang, terutamanya kaum Cina dengan disokong dan didokong hebat oleh akhbar-akhbar Cina menambahkan syak wasangka kita terhadap mereka

Walau apapun agenda mereka, tindakan parti-parti politik pembangkang yang menangguk di air keruh dalam isu ini telah mengukuhkan lagi imej pembangkang sebagai pengkhianat kepada negara sendiri.

Dan persoalannya, mengapakah ramai pendemo terdiri dari masyarakat Cina?  Apakah mereka takut 80% penguasaan Negara China terhadap nadir bumi berkurangan gara-gara kilang LYNAS yang lebih kompetitif dari segi harga pasaran yang ditawarakan nanti?  

GT sedang mencari jawapan itu...

Tuesday, April 10, 2012

Jom Demo Bantah LYNAS Di Gereja!



Umum sedia maklum bahawa kaum Cina yang paling kuat menentang operasi kilang Lynas sehinggakan Lim Guan Eng sendiri dengan megah menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu ini.   

Dan sebagai hamba abdi yang setia lagi dungu, puak-puak PAS dan PKR pun turut sama menunjuk sokongan terhadap para pengkhianat Cina yang tegar melindungi kepentingan negara asal nenek moyang mereka dalam memonopoli pengeluaran nadir bumi.  

Untuk yang masih kabur mengenai punca sebenar penentangan terhadap Lynas, sila ambil maklum bahawa Negara China merupakan pengeluar nadir bumi terbesar iaitu 97% dari bekalan dunia dan pembukaan kilang Lynas di Malaysia akan menjejaskan monopoli mereka.  

Sehubungan dengan itu, Himpunan Hijau, pencinta alam dan risiko pendedahan radioaktif semuanya hanyalah ‘gimmick’ semata-mata kerana mereka sebenarnya tahu bahawa kilang Lynas adalah kilang kimia biasa yang telah menepati standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa.  

Namun, demi semangat keChinaan DAP dan semangat mengampu Cina puak-puak PAS dan PKR pun berikrar untuk terus menentang Lynas.   Seperti biasa, masjid menjadi pilihan mereka untuk membuat demonstrasi untuk tujuan ini.   Dan seperti biasa juga, masa demonstrasi yang paling digemari ialah selepas solat Jumaat dan kali ini, ialah pada 13 April, Jumaat ini.  

Pelik sekali kerana yang paling kuat menentang Lynas adalah kaum Cina, tetapi kenapakah demonstrasi ini tidak diadakan di gereja atau di tokong Cina?  Kenapa masjid yang menjadi pilihan mereka untuk membuat kekecohan?  

Apakah kerana kaum Cina tidak akan sekali-kali membenarkan tempat sembahyang mereka dicemarkan dengan politik kerana mereka sendiri tahu bahawa isu Lynas adalah isu politik dan bukannya isu kemanusiaan atau alam sekitar?

Jelas sekali bahawa puak-puak PAS dan PKR tidak menghormati masjid dan dengan sengaja menggunakan solat Jumaat sebagai alat mengumpul orang ramai untuk tujuan berpolitik.   Sekali gus, tindakan ini juga menjadikan mereka sebagai bersubahat dengan pengkhianat yang ingin mengsabotaj ekonomi negara sendiri.   

Dunia sedang bergelut mencari bekalan nadir bumi.  Di Amerika sahaja permintaan bagi sumber ini adalah antara 15,000 dan 18,000 tan setahun.   Nadir bumi digunakan untuk membuat berbagai-bagai alatan termasuk magnet paling berkuasa sehinggalah kepada teknologi tinggi seperti telefon bimbit dan alatan komputer.  

Sumber nadir bumi adalah penyebab kenapa barangan elektronik boleh dihasilkan dalam saiz yang teramat kecil.  Ia juga digunakan untuk membuat mesin atau produk yang mesra alam antaranya, sebiji bateri dalam Toyota Prius mengandungi lebih 20 paun elemen lanthanum dari nadir bumi.   Selain itu, ia juga digunakan untuk menghasilkan keperluan ketenteraan seperti teropong dengan pandangan malam (night-vision goggles), peluru berpandu dan berbagai-bagai senjata lagi. 

Maka, terbuktilah bahawa nadir bumi merupakan sumber semulajadi yang amat penting di zaman ini, sama seperti  minyak dan gas.   Sekali gus menunjukkan bahawa menentang operasi kilang Lynas adalah sama seperti menolak rezeki iaitu satu tindakan yang amat bodoh sekali.   

Kaum Cina punya agenda sendiri untuk menjaga kepentingan negara asal nenek moyang mereka, tetapi kaum Melayu dari PAS dan PKR yang terhegeh-hegeh berdemonstrasi demi kepentingan orang lain sehingga mencemarkan masjid, tempat ibadah sendiri adalah manusia yang paling baghal kalaupun tidak jahil.  

Hakikatnya, kilang Lynas adalah tidak merbahaya dan ia telah pun disahkan oleh badan-badan antarabangsa.  Belum ada sejarah di mana kilang-kilang yang memproses nadir bumi di Amerika, Rusia, Perancis, Australia, India mahupun China sendiri yang pernah mengalami bencana sehingga menyebabkan pencemaran radioaktif di negara mereka.  

Justeru, bukankah ini membuktikan bahawa penentang-penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda tersendiri yang melangkaui publisiti politik?   

Monday, April 9, 2012

Pembohongan Tanpa Sempadan Dlm Isu LYNAS Oleh Pembangkang!



Isu kilang Lynas masih belum reda walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan beserta dengan bukti-bukti saintifik, lengkap dengan kelulusan dari Atomic Energy Licensing Board (AELB) dan International Atomic Energy Agency (IAEA) yang mengesahkan bahawa kilang tersebut adalah selamat.  

Pihak-pihak yang menentang Lynas nampaknya mengambil sikap ‘pekak badak’ iaitu menutup telinga sambil mulut tidak habis-habis membuat bising.   Bagi sesiapa yang pernah bekerja dengan puak chauvinis dan rasis, pasti sudah biasa berhadapan dengan sikap ‘pekak badak’ sebegini.   Apabila dikritik, atau apabila sifat rasis mereka terdedah, mereka hanya akan ‘buat-buat bodoh’ sahaja seolah-olah tidak bersalah dan tidak terlibat langsung.   

Begitulah halnya apabila puak penentang Lynas ini  dijemput melawat kilang tersebut, mereka telah menolaknya.  Apabila diminta membawa perkara ini ke mahkamah untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang operasi, pihak penentang Lynas enggan pula.   Malah AELB dan IAEA, iaitu badan tertinggi antarabangsa dalam soal atom dan nuklear juga dituduh mereka sebagai penipu atau korup belaka.  

Puak ini nampaknya lebih selesa membuat bising di jalanan, membuat demonstrasi besar-besaran dan terus memainkan isu kononnya kilang Lynas berisiko membawa pencemaran radioaktif di dalam media, terutama media yang berbahasa Cina.  

Maka jelaslah bahawa penentangan mereka mempunyai motif tersirat.   Bagi memahami motif ini, kita harus terlebih dahulu mengetahui siapakah sebenarnya mereka ini.  

Penentang Lynas memakai topeng pencinta alam dan bergerak atas nama Himpunan Hijau.  Namun, semua ini hanyalah penyamaran semata-mata.  Mereka sebenarnya terdiri dari pembangkang terutamanya DAP atau lebih tepat lagi kaum Cina.  Ini kerana, terdapat beberapa golongan di dalam MCA juga mengambil pendirian yang sama dengan DAP serta enggan menerima penjelasan saintifik dari pihak-pihak yang berkenaan.   Selain MCA dan DAP, PKR juga memainkan peranan penting dalam isu ini sebagai balaci setia pengampu kaum Cina demi undi dan publisiti.  

Tetapi, kenapa kaum Cina yang begitu beria-ia dengan Lynas berbanding kaum lain?  Kenapa Lim Guan Eng sendiri dengan bangga menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu Lynas?  Kenapa?  

Kerana ia ada kena mengena dengan semangat cintakan negara asal nenek moyang mereka, iaitu China.  Negara China merupakan pengeluar terbesar nadir bumi iaitu membekalkan 95% - 97% dari keperluan dunia.   Dengan pembinaan kilang Lynas di Malaysia, dominasi pengeluaran nadir bumi oleh negara China akan terpecah dan inilah yang menjadi masalah bagi kaum Cina.    

Tidak mustahil adanya gerakan sepadu antara pihak di China dengan kaum Cina di Malaysia untuk memastikan kepentingan negara China dipertahankan.  Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kaum Cina telah sepakat untuk menghalang Lynas dari beroperasi dengan apa cara sekali pun. 

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa isu Lynas adalah lebih dari satu lagi ‘political stunt’ bagi pembangkang meraih publisiti dan undi.   Isu Lynas telah membongkar sikap sebenar majoriti kaum Cina di Malaysia yang tidak pernah mencurahkan kesetiaan kepada negara ini dan masih mengikat diri mereka kepada negara asal. 

Bukan mereka tidak tahu bahawa Lynas akan menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM8 billion setahun dengan peningkatan yang pasti setiap tahun.  Justeru, tindakan mereka menentang Lynas bolehlah ditafsirkan sebagai mengsabotaj ekonomi negara sendiri atau dalam ertikata lain, sebagai pengkhianat.  

Logiknya, jika kilang memproses nadir bumi begitu merbahaya, kenapakah China sebagai pengeluar utama tidak pula mengalami apa-apa masalah sama ada dari segi bantahan penduduk mahupun bencana radioaktif selama ini?  

Begitu juga dengan Australia, Perancis, India, Amerika dan Russia yang juga mempunyai kilang yang sama di negara mereka, tidak pernah lagi mengalami bencana yang berpunca dari pemrosesan nadir bumi.  Malah, bantahan dari penduduk juga tidak didengari.  

Lalu, kenapakah hanya apabila ia dibuka di Malaysia dengan kemampuan untuk menyaingi China maka memproses nadir bumi tiba-tiba menjadi sesuatu yang amat kontroversi?  

Sesungguhnya, akal yang waras akan mampu melihat bahawa tidak mungkin kepimpinan Barisan Nasional begitu bodoh akan membenarkan sebuah kilang yang merbahaya dibuka di Malaysia.   Adalah tidak masuk akal bagi kerajaan BN untuk sengaja merisikokan alam sekitar dan kesihatan rakyat hanya untuk menambah pendapatan negara - terutamanya ketika negara sedang mengalami demam pilihanraya.  

Hakikatnya, BN telah terbukti sebagai kerajaan yang bertanggungjawab selama ini dan ini sudah cukup untuk meyakinkan ramai bahawa penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda jahat yang tersirat. 

Friday, March 30, 2012

LYNAS: Dana Asing Terlibat Dalam Anti-Lynas The Movie?



Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.

Beruang Biru & Pola Bear

Thursday, March 29, 2012

PANASSS...LYNAS: Video Karam Singh Cadang Robohkan Pejabat Fuziah Toron Kerana Radiasi!



GT pertontonkan lagi video-video seperti dibawah, bagi membuktikan betapa Fuziah tergolong dalam golongan BODOH MELANTUN-LANTUN!!!















Sebarkan untuk manfaat seluruh ummat!

Wednesday, March 21, 2012

LUCU!!! Pembangkang Ajak Rakyat Berdemo, Tetapi Tidak Berani Perjuangkan Secara Ilmiah!


Isu pembangkang keluar dari Parlimen bukanlah baru.  Ia sudah menjadi trend bagi mereka untuk menutup kebenaran dari diketahui oleh rakyat.  

Tidak lama dulu, kita masih ingat, bagaimana pembangkang menggunakan isu APCO bagi mempengaruhi rakyat.  Isu berkenaan dimainkan di segenap ruang media yang ada sehingga ramai yang terpedaya.  

Apa yang mengejutkan adalah, sewaktu sesi pembahasan isu APCO di Parlimen, pembangkang enggan berhujah dan berbahas, sebaliknya mengambil keputusan untuk keluar dari sidang rakyat.  

Apa yang terjadi bukanlah spontan, kerana ini sudah dirancang.  Ia berdasarkan dengan placard yang ada pada tangan pembangkang, yang telah disiapkan sejak awal lagi.  Pembangkang tahu, seandainya isu APCO dibahas, mereka tidak akan mampu menjawab dengan fakta, sekaligus akan menyebabkan rakyat mengetahui hal yang sebenar.  

Taktik yang sama dilakukan oleh pembangkang di dalam isu penubuhan PSC Lynas ini, apabila masing-masing keluar dewan sebagai tanda kononnya tidak bersetuju. 

Agak lucu apabila pemimpim pembangkang telah mengerahkan penyokong mereka untuk turun berdemo di Kuantan berhubung dengan Lynas tempoh hari, tetapi takut dengan penubuhan PSC yang bertujuan mendapatkan pandangan-pandangan pakar dalam hal ehwal nadir bumi.  

Jadi, apa tujuan mereka berdemo kononnya untuk selamatkan rakyat dari Lynas?  Bukankah ianya hanya untuk kepentingan politik mereka semata yang berdasarkan pembohongan?  Siapa mereka untuk tentukan Lynas tidak selamat?  Apakah mereka pakar seperti Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS?  

Pembangkang harus bersikap professional, dengan turut serta dalam PSC ini, dalam mencari fakta sebenar, demi kesejahteraan rakyat. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, wakil pembangkang boleh memantau kesahihan data, dan bukannya menjadi pengecut dan bacul dengan tidak mahu menyertai PSC ini.  

Kebenaran cuba disembunyikan, itulah niat pembangkang!

Dan pembangkang sama sekali tidak menguntungkan rakyat!

Thursday, March 15, 2012

Wujudnya Dana Asing Di Sebalik Program Anti Lynas!!! Lucutkan Kerakyatan Mereka!!!

26 Februari lepas satu demonstrasi Hijau telah di adakan di Kuantan, Kuala Lumpur & Pulau Pinang sebagai protes terhadap pembangunan kilang pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Kilang & loji pemprosesan milik syarikat Lynas Coporations LTD itu dikatakan akan menghasilkan radioaktif yang membahayakan kesihatan & boleh memberi kesan buruk terhadap manusia & alam sekitar.

Protes tersebut adalah lanjutan kepada beberapa siri bantahan sebelum ini yang dipelopori oleh ahli parlimen Kuantan, Dr. Fuziah Salleh dari PKR.

Demonstrasi yang sama juga berlaku di Taiwan yang dihadiri oleh rakyat Malaysia keturunan Cina yang belajar & bekerja di sana.

Bagaimanapun menurut sumber, penentangan terhadap kilang nadir bumi di Gebeng, Kuantan itu sebenarnya digerakkan oleh pihak luar yang bermotifkan penguasaan ekonomi & kawalan monopoli terhadap bahan nadir bumi untuk keperluan pasaran dunia.

Bahan nadir bumi diketahui unsur penting dalam industri elektronik terutama sekali untuk penghasilan barangan seperti Ipad, komputer, Galaxy Tab, kipas helikopter, telefon mudah alih, turbin angin dan lain-lain.


Mengikut data ekonomi, sebahagian besar bahan nadir bumi diimport dari China bagi memenuhi 90% hingga 97% permintaan industri elektronik di seluruh dunia yang semakin berkembang pesat.

Sumber itu turut menjelaskan, sekurang-kurangnya 2 kali pemindahan dana bernilai jutaan dolar Amerika telah dilakukan bagi menggerakkan penentangan besar-besaran terhadap projek kilang pemprosesan nadir bumi milik syarikat Lynas.

Patutlah apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dari PAS menjelaskan bahawa operasi kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng adalah selamat dan tidak mendatang mudarat, terus mengundang reaksi negatif dari pemimpin politik & NGO yang menyokong gerakan anti-Lynas.

Tidak syak lagi beberapa siri demonstrasi anti-Lynas yang berlaku dalam negara sejak setahun lalu bukan saja bermotifkan politik sempit semata-mata malah lebih dari itu rupanya ada udang di batu.

Keadaan yang sama juga pernah berlaku kepada industri-industri yang lain, seperti getah asli, dan minyak kelapa sawit.  Terdapat usaha memburuk-burukkan produk Malaysia di luar negara.  Cuma, ia berlegar di luar negara.  Namun, sekarang, "mereka" sudah mempunyai proksi yang boleh menjalankan kerja-kerja kotor berkenaan.  Lebih malang, ia dilakukan dari dalam, bukan dari luar negara seperti kebiasaannya.  

Of course, with LYNAS, there will be no more monopoly, or total control of the product.  It means they have a competitor now.  And "they" do not like competitor.  

In Javanese language, we conclude the scenario above as an economic warfare.  But somehow, their proxies can gain political mileage as well.  Win-Win situation for the "master" and its "slaves".  

When a subject or subjects, combining with outsiders, to bring down the economy of the nation, and also to bring down the government, they shall, be unfit to longer earn the citizenship.

Revoke them!!!

Tuesday, March 13, 2012

GEMPAR!!! Manipulasi Fakta LYNAS Oleh Pembangkang Didedahkan!!! Kilang Proses Nadir Bumi Wujud Di Australia!!!


Pembangkang berhujah, mengapa Malaysia memilih Lynas, sedangkan Lynas kononnya tidak dibenarkan pembinaannya di Australia.  

Pembangkang menambah, ianya adalah kerana pemprosessan nadir bumi (rare earths) tidak selamat untuk manusia.  

GT nak tanya, betul ke Australia tidak mahu ada pemprosessan nadir bumi di negara mereka?  Betul ke pemprosessan nadir bumi tidak selamat, maka Australia telah menolak idea pembinaan Lynas?

Kat bawah ni, apa?  
Klik Pada Imej
Syarikat di atas dikenali sebagai ARAFURA Resources Limited, berpangkalan di Australia, dan telah beroperasi sejak November 2003!!!

Ini adalah bukti bahawa di Australia juga terdapat kilang pemprosessan nadir bumi.  Dan pendedahan ini pastinya telah mematahkan hujah pembangkang, yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan LYNAS berdasarkan faktor tambahan iaitu keengganan Australia membina LYNAS di sana.  

LYNAS ditolak oleh Australia kerana di sana sudah ada kilang pemprosessan nadir bumi.  ITU JAWAPANNYA!!!

KLIK SINI untuk keterangan lanjut berkenaan ARAFURA Resources Limited, syarikat yang bercita-cita untuk menjadi teraju utama pembekalan nadir bumi di dunia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...