Bersama Berjuang

Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts
Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Kisah Pilu Suami Nurul Izzah Dizahirkan Di Laman Twitternya... Tajam Menikam!!!


Bukan kepalang rindu si suami,
Mengharap kasihnya seorang isteri,
Sayang dan kasih disangka bersemi,
rupanya hujan di tengah hari...

Ikuti luahan rasa suami Nurul Izzah yang menghidu akan kehilangan isterinya.

Wednesday, July 17, 2013

WOWWW... Apa Hubungan Vivian Lee Dengan Wan Azizah??? Adakah Nurul Izzah Sepupu Vivian Lee???


Vivian Lee yang mengajak umat Islam berbuka dengan Bak Kut Teh serta bangga mempertontonkan aksi lucahnya di internet, pernah bergambar bogel dengan memegang bendera BN dalam usaha provokasi PRU-13.

Tidak lama selepas itu, gambar beliau bersama Nurul Izzah pula tersebar.  Jelas dari gambar tersebut, mereka begitu mesra sekali.   Tidak mustahil mereka sudah kenal lama dan saling berhubung kerana Nurul Izzah merupakan pejuang kebebasan mutlak atas nama hak asasi manusia.   Oleh itu, tindakan Vivian bolehlah dibela atas nama hak asasinya.

Apa yang menarik ialah, apabila isu Bak Kut Teh meletup, tiba-tiba saja ada usaha di laman-laman sosial untuk menunjukkan yang Vivian dan Alvin, pasangannya, sebagai penyokong Barisan Nasional. Ini berdasarkan snapshot laman sosial mereka yang konon menyatakan sokongan kepada konsep 1Malaysia.

Namun, snapshot tersebut tidak mampu menandingi impak dari gambar Vivian bersama Nurul Izzah.  Malah, provokasi yang dilakukannya dengan memegang bendera BN sambil berbogel membuktikan bahawa Vivian adalah penyokong pembangkang, bukan BN.

Usaha pembangkang untuk memperlihatkan Vivian sebagai penyokong BN membuktikan yang mereka sememangnya pencetus kepada budaya biadap ini dan mereka menjadi bimbang yang ianya sudah berada di luar kawalan.

Vivian bukan orang pertama yang menghina atau mencabar orang-orang Melayu Islam.  Malah, sebelum beliau sudah berpuluh-puluh lagi yang melakukannya tanpa dikenakan tindakan.  Paling hebat, Namewee yang menjadi pelopor kegiatan ini bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tetapi dinobatkan pula sebagai ikon serta diberi peluang berkarya yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh karyawan lain yang setia dan taat pada Raja dan Negara.

Hari ini, Namewee mungkin mengaku menyokong konsep 1Malaysia juga, tetapi percayakah kita kepadanya?

Apabila kerajaan tidak mampu mengambil tindakan terhadap mereka, kita mengharapkan PAS sebagai pembangkang akan bangun mendesak kerajaan agar berbuat sesuatu.  Bukankah itu tugasnya pembangkang iaitu menegur dan mengkritik kelemahan kerajaan?  Namun, pelik sekali kerana ini tidak berlaku, malah PAS bagai tidak tersentuh sangat dengan perbuatan mereka-mereka yang menghina Islam.


Nampaknya PAS lebih gusar jika hati DAP yang tersentuh, pastinya kerana semua yang menghina Islam itu adalah penyokong-penyokong DAP.

Sebenarnya, apa yang dilakukan Vivian dan Namewee adalah sama saja tahap kebiadapannya.  Namewee mempermainkan azan dalam ‘karyanya’ dan Vivian pula mengajak kita berbuka puasa dengan babi.   Tetapi, Namewee mendapat pembelaan MCA manakala Vivian pula turut ditempelak oleh MCA dan juga DAP. Malah, DAP turut membuat kenyataan mendesak agar beliau dan pasangannya dikenakan tindakan.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa pemimpin kaum Cina juga semakin gusar dengan tindakbalas orang Melayu terhadap kebiadapan penyokong mereka dari produk SJKC.   Namun, itulah realitinya bahawa anak-anak produk SJKC memang biadap!   Dan mereka yang biadap inilah yang menyokong pembangkang.

Jika kalah PRU juga penyokong pembangkang begitu biadap, bayangkanlah sekiranya mereka menang dan menjadi pemerintah.  Agak-agak apakah jenis penghinaan yang akan mereka lakukan terhadap Islam dan Melayu?

Dan jika belum berkuasa juga kita tidak punya kuasa untuk menghukum mereka, bayangkan sekiranya mereka berkuasa.  Agak-agak apalah agaknya yang produk SJKC ini akan lakukan kepada kita?  Tentulah lebih dahsyat lagi mereka bermaharajalela. 

Antara Vivian Lee, Wan Azizah dan Nurul Izzah tiada apa-apa hubungan persaudaraan. Mungkin apa yang bisa menghubungkan mereka ialah persamaan dari segi soal moral yang bejad secara total!

Thursday, March 28, 2013

Video Seks Nurul Izzah: Puddin Gerutu Punya Hal, UMNO Pula Yang Salah???



Tidak semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang.  UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.  

Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.  Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.  

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya.  Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.  

Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan?  Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?  

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.  

Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO.  Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.  

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.  Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota.  Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.  

Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR.  Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.  

Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez.  Kita tahu Azmin menentang Khalid.  Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin.  Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya.  Kita tahu Anwar sayang semuanya.   Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.  

Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN.  Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja.  Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.  

Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri.  Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.   

Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka?  Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?  

Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.  

Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik?  

Tuesday, February 19, 2013

Untungnya Nurul Izzah Kerana V T Singham!!! Siapa V T Singham???




Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013.  Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan.  Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara.  Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara.  Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.

Sikap ‘tidak serupa bikin’ pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara.  Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus.

Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri.  Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah.  Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang.  Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya.

Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat.  Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka.  Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.

Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia.  Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu.  Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.

Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah.  Antaranya:

1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.

2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri.  Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.

3.Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011  melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya.  Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah.

Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT.  Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita.

Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.   


Monday, November 12, 2012

Transformasi Nurul Izzah Ke Arah Irshad Manji.. Mungkin Juga Salman Rushdie!!!



Sama ada secara sedar atau sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada agenda Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil dari kesedaran dan kebangkitan umat Islam membantahnya.

IFC adalah lanjutan daripada IRC, matlamat dan tujuan penubuhannya adalah sebagai badan berkanun yang berkuasa penuh untuk mengubah ajaran sesuatu agama khususnya Islam dengan menerima desakan atau tuntutan agama lain.

Dengan kata mudah sekiranya IFC dibenarkan bebas bergerak, maka peranannya akan setara dengan SUHAKAM. Bezanya, IFC akan mencampuri urusan agama khasnya Islam, manakala SUHAKAM memantau aduan berkaitan hak kemanusiaan.

Apabila anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu menyatakan persetujuan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhadap kepada orang bukan Melayu sahaja sebaliknya perlu juga meliputi orang Melayu, jelas sejelasnya ada persamaan dengan perjuangan IFC.

Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai mungkin sahaja tidak kisah pandangannya begitu berbahaya kepada akidah umat Islam sementelah lagi diakuinya sendiri yang beliau sudah terbiasa belajar di Sekolah Kristian Assunta di Petaling Jaya.

Namun, bagi orang Melayu yang agamanya wajib berakidahkan Islam sebagaimana disebut oleh Perlembagaan Negara dalam Artikel 160 (2), tetap sama sekali tidak dapat menerima pandangan serba liberal yang kini sedang meracuni fikiran anak perempuan Anwar Ibrahim itu.

Wan Azizah sebagai ibunya mungkin boleh terus bermain dengan sentimen air mata biawak sekalipun, hakikatnya ia tidak dapat menyembunyikan bahawa kenyataan Nurul Izzah itu sudah seumpama cubaan menyemarakkan kembali agenda IFC.

Antara tuntutan-tuntutan IFC termasuklah;-

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
       
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
       
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
       
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
       
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
       
6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
       
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
       
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
       
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
       
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
       
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
       
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
       
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
       
14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah. 

Kesemua tuntutan IFC di atas itu senada dengan dakyah Yahudi Nasrani dalam usaha mereka untuk menghancurkan akidah umat Islam melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mengisytiharkan Deklarasi Hak Manusia Sejagat.

Dalam Artikel 18, Deklarasi Hak Manusia Sejagat itu, antaranya menuntut  supaya hak individu untuk bebas menukar agama dan kepercayaan serta kebebasan berfikir perlu dihormati tanpa sebarang halangan. 

"Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance" (Article 18, Universal Declaration Of Human Rights, United Nations).

Bagaimanapun pengisytiharan PBB di atas jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang secara rasmi memutuskan orang melayu wajib beragama Islam, di masa yang sama melindungi setiap orang Islam dari dakyah agama lain.

Akan tetapi, melihat pada sikap liberal anak beranak keluarga puaka yang menguasai PKR itu, tidak mustahil seandainya negara ini berjaya dikuasa oleh PR, ada kemungkinan semua peruntukkan dalam perlembagaan yang melindungi agama Islam dan penganutnya akan tergugat.

Melihat kepada kemungkinan ini serta betapa bersungguhnya gerombolan puak liberalisme dan pluralisme yang semakin berjaya menguasai halatuju parti-parti politik dalam PR, amatlah wajar umat Islam segera bangkit dari lena untuk menepis ancaman yang sedang bergentayangan di tanahair kita ini.

Nurul Izzah Liabiliti Kepada Agama, Bangsa Dan Negara... Just Like Her Father!



Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya  yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.

Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.

Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.

Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!

Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.

Lagak Nurul seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri.

Sebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk "Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya pada 3 November lalu.

Tidakkah Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan 'aman dan damai'?

Ini bermakna Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak agama lain yang disamakan dengannya.

Pemahaman Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, 'bapa borek anak rintik' atau 'di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'.

Nurul adalah anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama dengan Anwar.

Jika Anwar percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya, Nurul juga membawa pemikiran yang sama.

Jika Anwar menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian, Biseksual, Peliwat dan Pondan (LBGT) maka tidaj hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan pendirian yang sama.

Jika Anwar mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini sudah ketinggalan zaman atau 'archaic, Nurul juga pernah menyokong kenyataan ayahnya itu.

Jadi Nurul bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik, ekonomi, pendidikan malah agama.

Sebab itu Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Begitulah taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan yang sama.

Hakikatnya kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Bukan sahaja badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik, para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan 'Puteri Reformasi' dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.

Apa pula kata ibunya, Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan jahil anaknya itu?


Apakah seperti Anwar, 'Kak Wan' akan turut menyokong dan berdiri teguh di belakang Nurul atas rasa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak walaupun si anak telah jauh tersasar dalam pandangannya mengenai kesucian dan kedudukan agama Islam?

Walaupun PAS mahu mendengar penjelasan dari Nurul tetapi pimpinan tertinggi PKR sehingga kini masih membisu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Masakan PKR berani kerana mereka tahu kenyataan Nurul itu tidak boleh dipertahan mahupun dijustifikasikan.

Jika PKR menyokong Nurul maka seluruh struktur PKR akan dilabel sebagai sebuah parti yang menyokong pluralisme dan LBGT, sesuatu yang mereka tidak akan lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

DAP pula memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati umat Islam walaupun secara diam-diam parti cauvinis itulah paling lantang menentang Islam dan menyokong sepenuhnya penularan budaya LBGT di negara ini. 

Friday, November 9, 2012

Nurul Izzah Gadai Agama... Ulamak PAS Jadi Syaitan Bisu!



Muka depan Sinar Harian hari ini memaparkan gambar pelakon airmata terhebat, Datin Seri Wan Azizah yang memulakan karier lakonannya pada tahun 1998 iaitu sejak suaminya dipecat dari kerajaan kerana meliwat.  Kali ini, Wan Azizah melakonkan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya, Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang ‘politically incorrect’ bagi partinya, berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam. 

Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme.  

Nurul Izzah sebelum ini mendakwa akan menyaman akhbar-akhbar yang dituduh memutarbelit kenyataannya.   Namun, seperti juga bapanya ketika menuduh media memutarbelit kenyataannya mengenai sokongan terhadap Israel sebelum ini, mereka hanya memilih untuk menyaman akhbar berbahasa Melayu atau pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia.  

Dalam kes bapanya itu, yang mula-mula menyiarkan kenyataannya adalah The Wall Street Journal dan dalam kes Izzah, adalah Malaysiakini tetapi nampaknya Izzah dan bapanya langsung tidak berminat untuk menyaman media tersebut, malah tidak langsung menafikan laporan mereka.   

Sedangkan, akhbar pro-kerajaan hanya memetik laporan dari sana, kemudian menyiarkan ulasan, pandangan serta pendapat berbagai pihak terhadap kenyataan mereka pula yang menjadi sasaran serangan mereka.   

Walaupun tiada putar-belit, tiada manipulasi dalam laporan yang dibuat media ini, tetapi Izzah nampaknya menjadi tidak tentu arah sekali.  Risau sekali Izzah dan keluarganya apabila terserlah pendiriannya yang ‘longgar’ terhadap soal murtad.

Melihat laporan ala novel sedih di Sinar Harian mengenai Wan Azizah, tidak salah jika dikatakan bahawa Izzah benar-benar tertekan.   Manakan tidak tertekan, apabila sebelum ini, suaminya sering menafikan yang beliau terlibat dalam pluralisme dan liberalisme, tetapi kini anaknya pula seolah-olah mengesahkannya.  

Dari kenyataan Izzah, sekali lagi segala bukti mengenai fahaman Anwar dibangkitkan.  Ucapan-ucapannya yang kontroversi yang jelas menyatakan bahawa ‘semua agama adalah sama’, kembali dipaparkan oleh para blogger.  Rakan-rakannya di dalam ABIM yang telah lama meragui dan menghentamnya berkenaan isu ini boleh saja muncul membuat kenyataan mengesahkan fahamannya.   Pendek kata, begitu banyak bukti dan saksi yang mampu membuktikan fahaman plural dan liberal Anwar.  

Mungkin menyedari betapa sukarnya untuk membela diri dari tuduhan menganut fahaman pluralisme dan liberalisme, maka strategi keluarga ini bagi memulihkan pandangan ramai terhadap Izzah hanyalah dengan meraih simpati.  Untuk itu lah maka Wan Azizah pelakon handalan, perlu memainkan peranan di muka depan. 

Strategi ini mungkin berkesan jika tujuannya adalah untuk meraih simpati untuk Wan Azizah, tetapi lebih dari itu ia hanya menunjukkan betapa lemahnya Nurul Izzah.  Nurul Izzah yang selama ini menonjolkan diri sebagai politikus lantang dan tidak berfikir panjang untuk menyerang tiba-tiba memperlihatkan dirinya sebagai wanita yang lemah, tidak berdaya atau mangsa kerakusan politik lawan.  

Sedangkan, hakikatnya, Nurul Izzah bukan mangsa, beliau adalah ahli politik dan pemimpin.  Beliau bukan bermain ombak atau membuat rumah di tepi pantai, tetapi beliau sedang berenang di tengah lautan atas pilihannya sendiri dengan berani sekali.  

Justeru, jika beliau membuat kenyataan, beliau wajib bertanggungjawab ke atasnya.  Jika beliau mempunyai pendirian bahawa Umat Islam perlu bebas menukar agama, maka beliau wajib mempertahankan pendiriannya, dengan tegas dan lantang juga biar apa jua kritikan, kecaman mahupun hukuman yang bakal diterima.  

Nurul Izzah pernah menuduh dengan lantang dan keras kononnya Perdana Menteri terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam yang kemudiannya berkait dengan pembunuhan.  Ini adalah tuduhan yang amat berat.  Ketika itu, adakah Nurul Izzah terfikir akan apakah kesannya ke atas orang yang dituduhnya?  Tidak.  Apakah Perdana Menteri meminta simpati rakyat agar mempercayai beliau dan bukan tuduhan Nurul Izzah serta kuncu-kuncunya?  Tidak juga.  

Ini adalah kerana Perdana Menteri tidak gentar kerana tuduhan tersebut tidak benar.  Perdana Menteri juga faham ini adalah mainan politik kotor Nurul Izzah, bapa Nurul Izzah serta kuncu-kuncu mereka.  Justeru, Perdana Menteri sabar memberi keterangan dan penjelasan tanpa jemu kepada rakyat mengenainya.  Beliau juga bersumpah sebanyak 3 kali mengikut cara Islam sebagai usaha membela diri.   Akhirnya, pihak Perancis sendiri tampil membongkar penipuan rangkaian yang berkait rapat dengan parti Nurul Izzah sendiri.  

Melihat bagaimana Nurul Izzah gabra dan gentar tidak seperti Perdana Menteri apabila dituduh dengan tuduhan sebegitu berat, rakyat boleh membuat kesimpulan sendiri bahawa Izzah bukan mangsa putar belit sesiapa, tetapi beliau benar-benar berpendirian sepertimana yang dinyatakannya.  Iaitu bahawa Umat Islam wajar diberi hak untuk menukar agama sepertimana penganut agama lain.  

Kini, tidak boleh disangkal lagi bahawa Nurul Izzah mewarisi fahaman bapanya yang mendokong pluralisme dan liberalisme.  Selama ini beliau berselindung di sebalik tudung dan baju kurung konon keluarganya dididik sebagai Muslim sejati, sedangkan di masa yang sama menyebarkan agenda plural dan liberal bagi pihak ‘tuan-tuan mereka’ di barat.  

Kita ingin menyarankan kepada Nurul Izzah agar berterus terang saja dengan fahamannya dan keluarganya serta berdiri teguh atas pendirian itu.  Sekurang-kurangnya kita boleh menghormatinya sebagai pemimpin yang berani, walaupun kita tidak boleh menghormatinya sebagai seorang Muslimah sejati.   Dengan tidak berani berkata yang benar dari hatinya, maka Izzah adalah sama saja dengan bapanya, yang pengecut dan membawa imej talam bermuka-muka, menjadi warak, liberal, plural, komunis, demokrat,  neo-con dan apa saja yang mampu memberi keuntungan politik kepada mereka.  

Jika Izzah takut untuk menghadapi semua ini, kembalilah saja ke daratan agar tidak perlu lagi dilambung ombak di lautan.  

Thursday, November 8, 2012

Nurul Izzah Merengek Kena Balun Dengan Hassan Ali.. Muahahah..



KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI
PRESIDEN JATI, MALAYSIA


Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility? Anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).

Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.

Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang. 

JATI, Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam. 

Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.

Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya. Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.

Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.

Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.

Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.

Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya  sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan.

Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.

Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan? 


Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
5 November 2012

Friday, June 8, 2012

Anak Papa "Pancit" Di Lembah Pantai, Tetapi Papa "Hebat" Mendayung Sampai Nibong Tebal!!!



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak nyenyak tidur kebelakangan ini.

Punca utamanya ialah kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diserang saban hari oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan sebarang hasil.

Ini amat mengecewakan Anwar dan kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mengharapkan kerajaan BN akan semakin lemah dan sokongan terhadap terhadap Perdana Menteri pula bertambah menurun.

Apa yang berlaku ialah sebaliknya; sokongan rakyat kepada pimpinan Datuk Seri Najib menunjukkan lonjokan yang memberangsangkan, malah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau semuanya diterima baik oleh setiap peringkat masyarakat.

Anwar mahu melihat rakyat memboikot program-program anjuran kerajaan tetapi apa yang berlaku rakyat semakin menaruh keyakinan terhadap keikhlasan kerajaan membantu meringankan bebanan hidup mereka terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini.

Anwar pening kepala bagaimana hendak berdepan dengan populariti BN dan Perdana Menteri yang sudah pulih dan semakin meningkat semenjak pilihan raya umum 2008 dahulu.

Parti pimpinannya dalam keadaan kucar kacir; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang dalam siasatan kerana didakwa memiliki harta, wang tunai dan aset yang jauh lebih besar daripada kemampuannya sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar satu ketika dahulu.

Rakyat biasa pun boleh membuat kesimpulan sendiri bagaimana Azmin yang bergaji kira-kira RM2,400 sebulan boleh mengumpul khazanah menimbun melebihi RM30 juta.

Itu harta yang diketahui, bagaimana pula dengan aset lain yang disembunyi?

Kalau anak buah pangkat rendah sudah boleh menjadi hartawan setakat menjadi setiausaha sulit, bagaimana pula simpanan harta bosnya pula?

Anwar juga pening memikirkan masa depan politik anaknya, Nurul Izzah di Lembah Pantai.

Sejak memenangi kerusi parlimen itu empat tahun lalu tidak banyak kemajuan yangg di bawa oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu.

Semua pembangunan yang wujud di kawasan itu samada projek pembinaan perumahan rakyat PPR, gerai serta kedai bagi peniaga kecil semuanya diperjuangkan oleh Menteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai.

Nurul Izzah gagal sebagai wakil rakyat kerana tidak ada bukti sedikit pun beliau membawa sebarang pembangunan di situ.

Hakikat pahit bahawa Nurul Izzah hanya pandai cakap kosong tetapi gagal menjalankan tugasnya disedari oleh Anwar.

Bagaimana pun perasaan kasih sayang terhadap seorang anak tetap menyebabkan seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk memyelamatkan karier anaknya itu.

Kira-kira dua bulan dahulu, semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi.

Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang.

Ini kerana beliau melihat PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ.

Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu.

Nibong Tebal diwakili oleh ahli parlimen Tan Tee Beng yang menjadi salah satu anak muda 'kesukaan' Anwar, sebelum ia meninggalkan PKR menjadi anggota bebas.

Untuk menyelamatkan anaknya, kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu.

Apa hal pun Anwar mesti selamatkan keluarga dan kepentingannya dahulu sebelum memikirkan hal parti dan pemimpin PKR yang lain.

Wednesday, April 4, 2012

EDISI DEDAH: Insiden Ditumbuk Adalah Drama Lakonan Rupanya! Cehhh..!

Semalam GT ada menulis berdasarkan sentimen kemarahan rakyat terhadap kebiadapan Adam Adli, mahasiswa sewel yang mengabaikan pelajaran untuk berpolitik. 

GT terima maklumat dari sahabat Unit Amal PAS, bahawa Adam Adli sebenarnya ditumbuk oleh puak PKR sendiri yang tidak berpuas hati dengan performance anak papa, si Nurul Izzah yang sibuk dengan "urusan luar", termasuklah bergelumang dengan Adam Adli sehingga mengenepikan kepentingan pengundi Parlimen Lembah Pantai. 

Puak PKR tempatan seringkali dianaktirikan, sungguh pun mereka merupakan barisan hadapan jentera yang memenangkan Nurul Izzah pada PRU 2008.  

Namun, GT lebih realistik kepada artikel ini.  Masihkah anda ingat tentang kejadian seorang brader yang bernama Ruslan Mokhtar?  Adam Adli hampir ditumbuk olehnya.

Dan atas insiden itulah, Adam Adli, atas nasihat "seseorang", merancang plot terbarunya seperti DISINI

Friday, February 10, 2012

Thursday, November 17, 2011

PANASSS... Nurul Izzah Punya Dana USD 70 Juta Di Bank Israel Dilaburkan Untuk Penempatan Zionis di Palestine?


GT sangat teruja dengan pembongkaran ini.  Benarkah kata seorang sahabat, Anwar akan menuduh seseorang itu dengan pelbagai tuduhan.  

Dari mana dia dapat idea itu?  Idea itu berpunca dari sikap dan kelakuannya sendiri.  Sebarang perkara yang menyalahi undang-undang, yang pernah dilakukannya, maka dia akan menggunakan pengalaman itu untuk membuat tuduhan kepada orang lain.  

Kronisme, nepotisme dan rasuah adalah tuduhan terawal yang dilontarkan kepada UMNO, apabila ditendang keluar dari Parti Keramat Orang Melayu itu.  

Saban tahun berlalu, pendedahan demi pendedahan telah dibuat, dan membuktikan betapa Anwarlah bapak segala rasuah, kronisme, dan nepostisme.  

APCO adalah senjata ampuh dari kem Anwar.  Ia digunakan untuk menunjukkan betapa UMNO berhubung kait dengan Israel.  Dan strategi itu cukup dipercayai oleh penyokong-penyokong mereka, walhal sewaktu pembahasan tentang APCO di Parlimen, juak-juak Fuckatan telah lari, sebelum menjadi beruk jadi-jadian!  Pengecut... mengapa takut untuk berbahas???  Takut penipuan akan didedahkan???

Kali ini, pendedahan istimewa ini dapat menerangkan, bagaimana hubungan baik Anwar dengan proksi-proksi Yahudi terjalin sekian lama. 

Kita masih ingat, sekitar tahun 90-an, bagaimana sejumlah wang yang banyak telah dilarikan oleh Anwar ke luar negara.  Dokumen itu telah ditandatangani oleh Timbalan Gabenor Negara pada waktu itu, yang akhirnya menyesal tak sudah gara-gara mengikut arahan dari Anwar.  Bukan itu sahaja, Timbalan Gabenor Negara sempat menjadi tetamu istimewa di PENJARA!  

Apakah wang yang berada di dalam Bank of Israel, wang yang telah dilarikan ke luar negara itu?  Sekian lama wang itu dipercayai tidak dapat dikesan.  

Pendedahan tentang Fixed Deposit di Israeli National Bank milik Nurul Izzah benar-benar telah membuka mata semua, siapakah yang menjadi ejen Zionis di Asia Tenggara ini.  

Mungkin juga duit itu digunakan oleh Israel untuk membina penempatan haram Yahudi di Palestine!!!  Haram jaddu!!!  

Siapa tahu?  Andai benar, secara tidak langsung, anak si papa hebat ini telah menyumbang kepada penindasan dan rampasan tanah umat Islam Palestine!!!  SIAL...!!!!

KLIK SINI untuk lihat dokumen-dokumen yang didedahkan!!!

Tuesday, November 15, 2011

Monday, October 31, 2011

Strategi Anwar: Nurul Izzah Bakal Perdana Menteri???


Strategi Anwar.

Anwar membiarkan dirinya menjadi "punching bag".  Dia tahu bahawa kes liwat akan menghadiahkan pakej percutian ke Bamboo River.  

Lebih2 lagi setelah mengarut dan melalut di mahkamah, dengan strategi pengecut apabila tidak mahu disoalbalas oleh pihak pendakwa.  

Sedar tak sedar, Anwar sebenarnya sedang memikirkan siapa yang harus dijadikan "proksi" perdana menteri at all cost, seandainya dia ke Bamboo River.  

Lim Kit Siang?  Tak boleh.. dia akan tikam belakang sebab chauvinist terbukti tidak boleh dipercayai.

Hadi Awang?  Tak boleh.. sebab dia tahu Anwar hanyalah liabiliti kepada PAS.  Sudah berada di puncak kuasa, mana mungkin diserahkan kepada saki baki kaum Luth.. tgk pattern si Nicky sudahlah, berjawatan MB untuk dulu, kini dan selamanya... kot!

Wan Azizah?  Tak boleh, perempuan nih jenis menggelabah dan emo tak tentu pasal, waima sekadar menjawab soalan media.  

Akhirnya Nurul Izzah yang terbaik, kerana tanpa disedari, dia mendapat protection dari papa hebatnya.  Adalah satu dua isu, apabila dia membuka mulutnya, tetapi jarang.  

Berita yang dibawa oleh angin lalu, Kit Siang sudah bersetuju untuk mengangkat Nurul sebagai PM in the making.  

PAS?  Apa lagi yang perlu GT katakan.  Sedang berkhalifahkan Lim Guan Eng dan Ambiga harbi laknatullah pun mereka sanggup, inikan pula Nurul Izzah!  

Dan Anwar sedang mencari kerusi selamat untuk barbiedollnya.  Tekaan GT, Kelana Jaya ataupun Pematang Pauh.  

Dan pabila barbie doll nya menjadi Perdana Menteri, pastinya segala usaha akan dibuat untuk memendekkan percutiannya di Bamboo River... 

Thursday, August 4, 2011

Nurul Izzah Dakwa PM Hilang Kawalan!!! Hakikatnya Nafsu Bapaknya Yg Tidak Boleh Dikawal!!!


Anak puaka mahu turus tunjuk terer.

Seperti semalam, serangannya ditujukan terus kepada Perdana Menteri.  Kononnya hebat la tuh.  Ye la, nak tutup kegagalannya berkhidmat untuk rakyat di Lembah Pantai, kena lah cari sasaran yang besar.  Baru rakyat boleh terlupa yang dia tak buat keje.  

Laporan media dari Msiakini dijadikan bukti, walhal kita sudah tahu permainan fitnah dan persepsi durjana mereka.  Apatah lagi isu mykad mismah menyebabkan habis bogel Msiakini dikerjakan tanpa seurat benang, persis seperti si pelaku seks di video xxx yang didedahkan oleh Datuk T.

Anak puaka kena terus menampilkan isu, kerana berhajat untuk bertanding pada PRU yang akan datang.  Dan dia tahu, Lembah Pantai cukup berisiko untuk ditandingi semula.  

Dah berkali-kali GT perhatikan si anak puaka ini.  Cakap merapu-rapu, gara-gara inginkan persepsi yang dia intelligent.  Intelligent kepala bapak hang!

Hang jaga pak hang lagi baguih... jgn kasi dia "hilang kawalan" memanjang, asyik nak menutoh ja!

GT bet yang anak puaka ini akan bertanding di kg halaman si puaka, di Permatang Pauh!

Tuesday, August 2, 2011

Nurul Izzah Kata Bapak Dia Lebih Bermoral Dari Najib ? Muahahahahahaha...


Nurul Izzah terus meroyan.  

Kali ini dia cuba mengeluarkan "fatwa" haram pula.  Nak jadi ustazah kot...hehehehehe...  Alasannya, dia mahukan transformasi pilihanraya, walau hakikatnya dia telah mengalahkan iron lady dalam UMNO, iaitu Kak Jat di Parlimen Lembah Pantai.  Bukan sekadar itu, Kak Jat juga tewas tatkala memegang portfolio sebagai menteri!

Kak Jat bukanlah calang-calang pemimpin.  Dan beliau terkenal sebagai pemimpin yang turun padang, dan cukup prihatin di kawasannya.  Tanyalah orang lembah pantai, apakah Kak Jat tidak perform?  

Namun, pilihanraya di negara ini memang bersih.  Dan kerana itulah, Nurul Izzah dapat menewaskan Kak Jat di Lembah Pantai, hanya berbekalkan janji-janji manis semata-mata.  

Apa lagi yang sebenarnya dimahukan oleh Izzah?  Bukankah kemenangan luar dugaannya menunjukkan ketelusan sistem pilihanraya di Malaysia?  

Seperkara yang melucukan, anak puaka ini berkata selagi tiada reformasi kepada pilihanraya, adalah haram dan TIDAK BERMORAL untuk Perdana Menteri untuk memanggil PRU.  

Hahahaha.. lucu bila Nurul Izzah berani berkata soal MORAL.  Pilihanraya di Malaysia, andai dinilai dari penguasaan Nik Aziz di Kelantan, Lim Kit Sial, Karpal Singh dan keputusan luar jangkaan seperti tumbangnya beberapa buah negeri ke tangan mereka, sudah cukup menunjukkan ketelusan dan bersihnya sistem pilihanraya itu sendiri.  

Bila sentuh soal moral, lebih baik kita BERSIHkan ahli politik yang bermasalah.  Anuwar puaka adalah contoh terbaik pemimpin yang tidak bermoral.  Depan belakang semua hantam.  Jantan betina dia sebat.  Itu belum kira lagi Ayatollah Mat Sabun dan Din Puduraya yang punya skandal ahh.. ahh.. uhh.. uhh...  Mungkin itu kriteria terbaru ahli PAS, mesti ada skandal seperti di Selising dan Perupuk!  

Apa ada hal, jumpa je Nicky Arjis, mesti dosa boleh terhapus punya!!!

Sudahlah Nurul Izzah, BERSIHkan bapak kau dulu, kemudian mak kau... dasar keluarga PUAKA!!!

Thursday, July 7, 2011

GEMPAR!!! Nurul Izzah Dilihat Makan Makanan HARAM??? Perrghhh..!!!


Peeerrrgghhh!!!  

Tak cukup dengan papanya yang terkenal dengan sama rata sama rasa, depan belakang sama saja, akhirnya Nurul Izzah sudah pandai menikmati KEHARAMAN itu.  

Bukan main hebat kalau berceramah, dialah yang paling alim, kononnya!  Papanya "ma'sum" ibaratnya.  

Yang benda HARAM kau dok melantak, APA KE JADAHNYA???  

Wooiii.. tak malu ke?  Ingat orang tak perasan ke?  

Harami sungguh!!!... KLIK SINI

Friday, July 1, 2011

Hahahahahaha... Anwar Mengamuk Sakan!!! Wan Azizah Meroyan!!! Habislah Kau!!! Habislah!!!


Berita yang sampai ke handset GT cukup mengujakan.  Kebenaran sudah terserlah!!!

Anwar mengamuk sakan!!!

Azizah meroyan!!!

Nurul Izzah hilang pedoman!!!

Satu keluarga sedang huru - hara!!!

Keluarga Puaka!!!

Hahahahaha... Habislah!!!  Habislah!!!  KLIK SINI

Friday, June 24, 2011

Video: Anak Puaka Nak Jadi Ustazah? Tarbiyah Bapak Kau Dulu Lah... Hahahahaha..


Ini anak puaka.  Like father like daughter, asyik jual nama Yusuf Qaradhawi.  

Henti2kanlah jual nama orang... lebih baik kau tarbiyah bapak kau dulu, ambil kisah dari kaum Nabi Luth, itu yang paling jelas.

Sudahlah tuuuuu.... Zul Noordin dah dedahkan segalanya, yang bapak puaka kau itu manipulasi ulama tuu... lain kali, dedahkan segala butir, baru adil untuk beliau beri pendapat!  

Tak percaya?  Kau tanyalah Zul Nordin, bekas panglima perang bapak puaka kau tu...

Wednesday, June 22, 2011

PANASSS... Nurul Izzah Minta Papa Hebatnya Undur Diri ???


Stail politik pembangkang adalah menggunakan kuasa luar untuk menekan kerajaan.  Dasar pecacai kuasa asing! 

Berjalan-jalan di Turki membuahkan pujian melangit kepada negara itu, dengan dakwaan kononnya pilihanraya mereka telus.  Satu pujian yang ada makna, sebagai safe box andai ingin melarikan diri.  Dan sebagai counter terhadap lawatan PM tidak beberapa lama dulu.

Disebalik pujian tersebut, Nurul Izzah terlupa satu perkara tentang senario politik di Turki, iaitu rakyatnya menolak pemimpin yang punya skandal seks.  Dan ahli politik Turki selalunya bertindak gentlemen dengan mengundurkan diri.  

Ini jelas berbeza dengan sikap tidak tahu malu papanya, malah satu keluarga yang terus-terusan bersandiwara di hadapan rakyat.  Andai ahli politik Turki mengundurkan diri gara-gara skandal bersama wanita, papa Nurul Izzah lebih dasyat, skandal sesama jenis!  Harrrrkkkk... ptuiihhhh..!!!

Dan andai Nurul Izzah menjadikan Turki sebagai role model politik, selayaknya dia harus memohon agar papanya berundur diri dari dunia politik.  

Apakah dia sanggup berbuat demikian?  Demikianlah anak Al Jub melontarkan hujah, tanpa melihat perspektif keseluruhan politik di Turki.  Akhirnya, hujahnya memakan diri, simbolik pendek akal. 

Like daughter like father!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...