Bersama Berjuang

Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Bapak Ekstremis Yang Pengecut!!! Ptuuuuiiihhhhhhh!!!!


Entah kenapa terasa loya tekak apabila membaca blog Kit Siang pada 16 Februari lalu yang menyeru rakyat Malaysia agar “Cintai Malaysia, Selamatkan Malaysia” (Love Malaysia, Save Malaysia).  Kit Siang menyeru sedemikian kononnya untuk menentang sekumpulan kecil rakyat ‘tidak berjiwa Malaysia, yang giat menyemarakkan semangat perkauman. 

Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang murni, namun, kita mempunyai masalah untuk mencernanya kerana Kit Siang itu sendiri langsung tidak berjiwa Malaysia. 

Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus rusuhan kaum 13 Mei.  Sehingga kini, Kit Siang tidak pernah merasa bersalah ataupun menyesali tragedi itu, malah menafikan pula penglibatannya serta berusaha mengubah sejarah. 

Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini sehingga ke tahap enggan mengiktiraf kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara.  Parti Kit Siang enggan menerima hakikat bahawa teras identiti negara adalah bangsa dan budaya Melayu, yang merupakan penduduk asal.  Kit Siang lebih selesa berbahasa Inggeris dan lebih gemar memperjuangkan Bahasa Mandarin.  Kit Siang inginkan perpecahan antara kaum kekal melalui sekolah-sekolah vernakular.  Kit Siang juga terus mempertikai Hak Istimewa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi formula perpaduan terbaik, sekali gus, tonggak identiti Malaysia. 

Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah sejak Akta Hasutan dihapuskan di mana penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu giat memprovokasi, mencabar dan menghina Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di laman-laman sosial mereka.   

Pendek kata, tiada apa-apa yang ‘Malaysia’ di dalam diri Kit Siang melainkan Cina dan Cina semata-mata. Oleh itu, apabila Kit Siang berkata ‘cintai Malaysia’, kita terasa begitu loya. 

Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP ialah mereka gemar menggunakan ayat samar atau umum dalam memperkatakan sesuatu isu.  Sekiranya mereka ingin mengutuk Melayu, mereka akan merujuk kepada UMNO dan jika mereka ingin memperjuangkan Cina, mereka merujuk diri mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians).  Dengan cara ini, mereka boleh menafikan bahawa tindakan mereka adalah rasis sekiranya diserang balas. 

Apa jua strategi mereka, matlamat DAP hanya satu, iaitu merampas kuasa politik Melayu. 

Dalam usaha itu, parti ini telah dengan sengaja menyemarakkan isu kalimah Allah. Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut Sabah dan Sarawak yang majoriti penduduknya adalah Kristian.  Maka, saban hari isu ini dimainkan di semua media pembangkang seolah-olah ia merupakan isu hidup dan mati penganut Kristian. Kononnya, kerajaan tidak memberi kebebasan beragama, UMNO parti rasis manakala pemimpin UMNO pula tidak menepati slogan kesederhanaan. 

Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah, Kit Siang dan partinya mengambil sikap tidak peduli dengan undang-undang dan terus menyemarakkan keadaan dengan berbagai tuduhan terhadap kerajaan, UMNO, Melayu dan umat Islam.  Setiap kali melancarkan serangan, Kit Siang bersembunyi di sebalik nama ‘Malaysian’, dan bukan Cina - sambil mengutuk ‘UMNO’, dan bukan Melayu. 

Justeru, apabila orang Melayu bertindak balas dengan mensasarkan kepada DAP dan orang-orang Cina, maka Kit Siang akan menuduh UMNO sebagai rasis, orang Melayu sebagai pengganas manakala orang Islam itu ekstrem.

Namun, apapun label yang Kit Siang berikan kepada orang-orang Melayu, ia tidak mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah penyokong DAP, begitu juga dengan anak-anak muda Cina yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan bangga.  Ia juga tidak mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi isu sehingga pihak Kristian menuntut penggunaannya dan mencabar undang-undang. 

Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau Melayu yang menghina Injil, Jesus atau perayaan dan agama orang-orang Cina di laman-laman sosial.  Bukan orang Islam yang menghalang orang Cina atau Kristian untuk mengamalkan agama mereka.  Bukan pemimpin Melayu Islam yang merampas tanah dan perniagaan bangsa lain. 

Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru dan penyanyi Islam membuka tudung sekiranya ingin bekerja dengan mereka.  Orang bukan Islam yang melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan. Pemimpin bukan Islam yang menindas orang Melayu Islam dengan merampas tanah dan perniagaan mereka.

Justeru, pihak manakah yang ekstrem atau pengganas di sini?  Islam atau bukan Islam?

Jelas sekali, pihak bukan Islamlah yang sengaja ingin mencetuskan ketegangan bagi mengumpan tindak balas dari orang Islam.  Umpan tersebut akhirnya membawa hasil apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan kepala khinzir diletakkan di masjid. 

Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua ini dan tidak mustahil ia adalah angkara pihak ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum berlaku di negara ini. 

Namun, angkara siapapun ia, sedarkah kita bahawa semua ini tidak akan berlaku jika orang-orang bukan Islam yang sependapat dengan Kit Siang benar-benar menghayati identiti Malaysia serta akur kepada undang-undang dan perlembagaan. 

Malang sekali, Kit Siang adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan pengecut. Beliau hanya berani membaling batu dari belakang komputernya sambil membuat provokasi dan mencabar kerajaan melalui rangkaian dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama, beliau menyembunyikan tangannya.  Kini, apabila keadaan semakin getir, beliau pula yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan dengan BN, konon untuk ‘bekerjasama demi perpaduan dan keamanan negara’.   

Untuk pengetahuan Kit Siang, rakyat tidak sebodoh penyokong-penyokong DAP. Majoriti rakyat boleh membaca strategi DAP melalui blognya.  Apa yang jelas, DAP adalah sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa politik Cina. 

Monday, February 10, 2014

Kit Siang Asyik Sebut 13 Mei... 13 Mei... 13 Mei... Apa Maknanya?


Jika kita membaca blog Lim Kit Siang semenjak dua menjak ini, maka kita terasa seolah-olah masalah perkauman di Malaysia benar-benar meruncing dan rusuhan kaum boleh berlaku bila-bila masa.  Mana tidaknya jika sejak hampir sebulan lalu, zikir harian Kit Siang hanya 13 Mei, 13 Mei, 13 Mei…

Kit Siang mengajak kerajaan BN bekerjasama dengannya untuk menghalang 13 Mei, kerana menurutnya ada pihak rasis di kalangan penyokong UMNO yang bersungguh-sungguh cuba mencetuskan 13 Mei berdasarkan tindakbalas terhadap ADUN PKR dalam isu kangkung dan kini dalam isu video Teresa Kok pula. 

Kit Siang menyalahkan pihak yang bertindak balas itu kerana telah menjadikan ‘gurauan’ atau ‘satira’ pemimpin Pakatan Rakyat sebagai isu perkauman dan menyalahkan DAP. Sedangkan, menurut Kit Siang, tindakan kedua pemimpin PR itu bukannya bermotifkan perkauman. 

Apa yang Kit Siang tidak faham ialah, rakyat sudah semakin matang dan telah mengenali siapa Kit Siang dan siapa DAP iaitu sebuah parti yang wujud atas semangat komunis dan hidup atas semangat ketuanan Cina.  Rakya dapat membaca apa di sebalik semua kejadian ini. 

Lim Kit siang adalah salah seorang pencetus 13 Mei.  Biarpun beliau cuba menafikan sejarah, namun sejarah tidak pernah menipu.  Yang menipu adalah Kit Siang.  Kit Siang bukan sahaja tidak pernah merasa bersalah kerana mencetuskan 13 Mei, malah menafikan penglibatan beliau -  seolah-olah penyapu yang diikat di kenderaan dalam peristiwa tersebut bukanlah simbol untuk menghalau Melayu, tetapi sekadar untuk mencuci jalanraya. 

Hari ini Kit Siang kembali bercakap tentang 13 Mei, tentang kononnya ada usaha dari pihak orang-orang Melayu, khususnya penyokong UMNO untuk mengulanginya.  Namun, Kit Siang tidak pula menyebut bahawa sekiranya apa yang dikatakannya itu benar, maka ia adalah hasil dari provokasi pihaknya juga. 

Kit Siang tahu bahawa isu kalimah Allah akan mengguris hati orang-orang Melayu, tetapi DAP terutamanya anak Kit Siang sendiri, iaitu Lim Guan Eng, sengaja menimbulkannya.  Kit Siang tahu bahawa penindasan ke atas orang-orang Melayu termasuk peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang mencabar kesabaran orang Melayu, tetapi anak Kit Siang, Lim Guan Eng tetap merampas tanah dan perniagaan mereka juga.  Kit Siang juga tahu bahawa segala provokasi pejuang siber DAP yang tidak henti-henti menghina Melayu, Islam, kerajaan dan Raja-raja akan menyakitkan hati orang-orang Melayu tetapi Kit Siang tetap membiarkannya. 

Hari ini, Kit Siang membela Teresa Kok biarpun video pemimpin DAP itu menaikkan kemarahan orang-orang Melayu. 

Nampaknya Kit Siang bukannya ingin menghalang 13 Mei, tetapi beliau sebenarnya ingin mengulanginya. 

Secara tidak langsung, Kit Siang seolah-olah memberi pilihan kepada orang-orang Melayu sama ada untuk membiarkan diri mereka diejek, dihina, ditindas dan dipijak oleh DAP atau bertindak balas.  Jika bertindak balas, maka Kit Siang akan menyalahkan orang-orang Melayu dan kerajaan kerana enggan memberi perhatian kepada amaran awalnya. 

Bagaimanapun, apa yang Kit Siang gagal fahami ialah, tidak semua orang-orang Cina berada di belakangnya.  Orang-orang Cina menolak BN dalam PRU yang lalu bukan kerana suka kepada cara Kit Siang, tetapi kerana teruja dengan janji-janji DAP untuk menghapuskan kuasa politik Melayu.  Namun, lebih dari itu, orang-orang Cina juga sebenarnya lebih mengutamakan ‘untung’ dari segala-galanya.   

Mengulangi peristiwa 13 Mei tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa, termasuk orang Cina.  Malah, orang Cina mungkin menjadi pihak yang paling rugi.  Lihat sahaja apa yang berlaku di Indonesia apabila rakyat melepaskan dendam yang terpendam ke atas orang-orang Cina dalam Reformasi Indonesia 1996-1999.  

Kita percaya, orang-orang Cina tidak mudah terpedaya dengan Kit Siang.  Semakin hari, semakin ramai di kalangan ahli-ahli DAP sendiri yang ‘serik’ dengan Kit Siang anak beranak.  Ini terbukti apabila seorang demi seorang dari ahli dan pemimpin parti itu yang tampil membuat aduan, mendedahkan salah laku dan juga keluar dari parti.

Selain itu, secara dasarnya, orang Cina di Malaysia sudah terbiasa dengan cara terbuka dan lembut kerajaan BN dan tidak boleh menerima cara pemerintahan Kit Siang anak beranak yang ‘ala komunis’, kalaupun tidak ala diktator Maharaja Cina dahulu kala.  Oleh itu, kita percaya bahawa orang Cina juga tidak akan mudah dihasut untuk mencetuskan 13 Mei.  Hari ini, semakin ramai yang bangkit menyatakan tidak senang dengan tindakan DAP, terutama Teresa Kok. 

Nasihat kita kepada Kit Siang, berhentilah berpura-pura baik dengan mengajak kepada perpaduan.  Lakonan itu tidak lagi mampu menipu sesiapa.  Justeru, berjuanglah dengan cara yang betul melalui pilihanraya yang sah.  Amatlah kejam sekali bagi seorang pemimpin tertinggi parti untuk mengharapkan kepada rusuhan kaum semata-mata untuk merampas kuasa. 

Namun sebelum itu, selesaikanlah dahulu isu CEC dan pastikan DAP tahu mengira sehingga 2,000 dahulu sebelum bermimpi untuk memerintah negara. 

Friday, November 8, 2013

Tuduh Media Spin Kenyataan Karpal Singh, Kit Siang Harus Saman Msiakini dan Msian Insider!!!


Menyedari akan keterlanjuran dan kesilapan yang dilakukan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan kontroversinya semalam, Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dengan pantas menarik ‘hand break’ bagi membetulkan keadaan bagi menjaga hati rakan sekutunya Pas. 

Karpal semalam dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftaraannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latarbelakang keturunan. Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.

Bertindak untuk menjernihkan suasana, Kit Siang mendakwa bahawa kenyataan ahli parlimen Tasik Gelugor itu telah diputarbelitkan dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak media. Menurut Kit Siang lagi, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The Herald.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan itu juga, Karpal dan DAP dilihat mula tertekan ekoran kecaman demi kecaman yang dilemparkan khususnya dari kalangan pimpinan Pas yang jelas tidak berpuas hati dengan pandangan itu. Mereka menyifatkan pandangan tersebut sebagai serius dan merbahayakan.

Tambah membimbangkan mereka, apabila hampir kesemua kepimpinan tertinggi Pas menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang turut dilabelkan sebagai politik sempit seorang peguam dan ahli politik.

Tambah membimbangkan Kit Siang ialah, kumpulan pro-ulama dan liberal Pas dilihat saling bergabung untuk tidak bersetuju dengan kritikan pedas tersebut. Maka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak menguntungkan, Kit Siang terpaksa men‘mengalah’ dengan meletakkan kesalahan kepada pihak media. 


Sedangkan selain media arus perdana, media-media pembangkang juga dilihat begitu berminat untuk menyiarkan kenyataan Karpal itu. Antaranya ialah portal Malaysia Insider, Malaysiakini dan sebagainya. Sekiranya Kit Siang mendakwa kenyataan tersebut telah diputar-belitkan, apakah dia bermaksud, media-media pembangkang sebenarnya telah tersilap dalam laporan yang dikeluarkan?

Atau dalam bahasa lain, media pembangkang telah tersalah ‘spin’ kenyataan Karpal sehingga menyebabkan rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang saling bergaduh antara satu sama lain. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa media pembangkang adalah merupakan media yang suka ‘spin’ bagi menanamkan sentimen kebencian rakyat kepada pihak kerajaan.

Kesimpulannya, sekiranya apa yang didakwa oleh Kit Siang mempunyai kebenarannya, dia sepatutnya menasihatkan Karpal agar mengemukakan saman fitnah terhadap Malaysiakini dan Malaysiainsider. Tambahan pula Karpal sebagai seorang peguam yang kononnya hebat sepatutnya tahu akan haknya memandangkan ini bukanlah kes yang pertama berhubung media. Malah menurut rekod dia juga pernah berulang kali mengemukakan saman sama ada bagi pihaknya atau anak guamnya. Jadi tidak timbul sebarang isu tersalah tafsir atau sebagainya

Wednesday, July 31, 2013

Menyamakan Filem The New Village Sebagai Patriotik Adalah Sama Seperti Mengakui Lim Guan Eng Itu Khalifah!


Berikutan keputusan untuk menangguh filem The New Village, FINAS menyeru semua pihak agar jangan menyalahkan pertubuhan itu kerana meluluskannya.  Menurut FINAS, tugasnya bukanlah untuk meluluskan tayangan tetapi hanya menetapkan tarikh tayangan.

Kuasa untuk meluluskan tayangan berada di tangan Lembaga Penapisan Filem (FCB).  Ini bermakna FCB yang perlu menjawab masalah ini.  Namun, sehingga kini masih tiada apa-apa komen dari FCB.  Ada juga menteri yang menyatakan bahawa tidak adil untuk menghukum filem tersebut berdasarkan trelernya.

Lucu kerana kita tidak mendengar kenyataan yang sama terhadap filem Tanda Putera apabila masyarakat Cina, iaitu kemungkinan besar di kalangan para pensimpati komunis, ‘mengamuk’ apabila treler filem tersebut dipromosikan.  Akibatnya, filem tersebut ditahan penayangan dan hampir dibatalkan.

Ironinya, Tanda Putera ialah sebuah filem sejarah dan dibuat melalui pengkajian yang teliti.  Sekiranya ada yang tersinggung dengan kisah tersebut, maka kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana begitulah caranya kita berlajar dan meneruskan hidup.  Kita tidak boleh memadam atau menukar sejarah semata-mata untuk tidak menyinggung mana-mana pihak berkenaan apa yang nenek moyang mereka telah lakukan.  Malah, semua rakyat Malaysia dari semua kaum wajib menghayati sejarah yang pahit ini.  Inilah satu-satunya cara untuk kita menerapkan semangat patriotik dan nasionalis dalam generasi muda.

Filem The New Village pula adalah berbeza dengan Tanda Putera.  Filem ini dibuat dari kacamata komunis, iaitu musuh.  Apakah patut mana-mana kerajaan atau menteri yang waras yang akan meluluskan filem yang mampu menggugat semangat patriotik yang telah sedia rapuh di kalangan rakyat negaranya?  Apatah lagi di ketika kita semua hampir tenggelam dalam masalah perkauman.

Kita sedia maklum bahawa terdapat usaha berterusan dari anak-anak atau cucu-cucu para komunis untuk menukar sejarah bagi memperlihatkan bapa atau datuk mereka sebagai wira.  Generasi baru ini berada dalam sindrom penafian bahawa bapa dan datuk mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut, musuh serta pembelot kepada negara dan sebaliknya ingin sekali percaya bahawa mereka itu adalah pejuang kemerdekaan.

Tidak kira betapa kuatnya mereka cuba menafikannya, fakta yang kekal ialah komunis ingin mengambilalih negara ini daripada penguasaan penjajah, dan juga dari penduduk asalnya.  Ini menjadikan komunis sebagai penjajah juga, bukan pejuang kemerdekaan.

Entah bagaimana generasi baru ini tidak tahu akan kisah sebenar atau mungkin juga sengaja enggan mempercayai laporan rasmi.  Minda mereka telah terlalu lama diracuni dengan kebencian terhadap kerajaan Melayu.  Mereka percaya bahawa sejarah telah direkodkan dengan penuh prejudis terhadap bangsa di mana komunis digambarkan sebagai jahat kerana mereka terdiri dari majoriti Cina.   Jelas darah rasis begitu pekat di kalangan mereka ini sehingga mereka melihat segala-galanya dari segi ‘kaum’.

Generasi baru Cina harus belajar melihat sejarah dengan minda yang terbuka.  Komunis bukan wira. Komunis menentang British bukan untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajahnya.  Sementara British memerintah dengan membawa ketamadunan, komunis pula membawa keganasan dan sama kejam sahaja dengan Jepun.

Tahukah mereka bahawa komunis berpeluang memerintah Malaya selama 14 hari apabila Jepun menyerah kalah.  14 hari itu bagaikan neraka di mana sesiapa yang telah melaluinya tidak mungkin akan melupakannya.

Dalam tempoh itu, komunis (PKM) melalui MPAJA menguasai bandar, balai-balai polis dan pejabat kerajaan.  MPAJA memperkenalkan cukai kepala, harta dan tanah.  MPAJA menghukum sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan Jepun. Mereka menangkap dan menyiksa orang Melayu yang disyaki bekerja dengan Jepun.  Mereka membunuh Cina yang enggan bekerjsama dengan mereka.  Mereka merompak dan merampas hartabenda rakyat sesuka hati.

Antara kejadian yang direkod:

-  Di Batu Pahat, penghulu dibunuh kerana disyaki bekerja dengan Jepun.
-  Pegawai Daerah dibunuh ketika cuba berbincang degnan PKM
-  PKM menanam seorang imam hidup-hidup kerana bimbang beliau mampu menggerakkan pemberontakan
-  Di Jelebu, masjid dan surau dicemar dengan sengaja
-  PKM membakar rumah-rumah penduduk Kg. Bakor dan Sg. Manik
-  Balai polis Bukit Kepong dibakar bersama dengan polis dan keluarga mereka termasuk anak kecil.

Dalam kata lain, kekejaman komunis menyebabkan British kelihatan seperti penyelamat apabila kembali dan membantu rakyat melawan komunis.

Bahagian sejarah yang ini iaitu 14 hari di neraka ini, menjadikan usaha pihak tertentu untuk menobatkan komunis sebagai wira wajib dikecam.  Usaha mereka ini adalah merepek dan tidak masuk akal sama sekali.

Sekiranya ada yang prihatin terhadap perasaan anak cucu komunis apabila filem Tanda Putera dipromosikan, maka bayangkanlah perasaan anak cucu mereka-mereka yang terkorban dan disiksa oleh komunis apabila filem The New Village mendapat kelulusan tayangan.

Ingatlah bahawa satu dari filem ini adalah berdasarkan fakta sejarah yang mana amat penting untuk pendidikan, manakala satu lagi adalah berdasarkan fakta yang dimanipulasi.  Satu mampu menyemarakkan semangat patriotik, dan satu lagi hanya akan menjadikan keadaan yang sedia tegang menjadi semakin buruk.

Tidakkah ini semua merupakan alasan yang cukup kukuh supaya mempercepatkan tayangan Tanda Putera, dan mengharamkan terus The New Village?  Apakah logik untuk membuka ruang perdebatan lagi?

Monday, July 15, 2013

PRK Kuala Besut: "Menate Bewok Ni Mari Jugok... Hok Alooohhh.."


Sekiranya sebelum ini, pakatan pembangkang begitu berbangga dengan kerjasama yang terjalin antara DAP-Pas-PKR yang dikatakan telah berjaya membentuk satu pakatan yang kuat dalam pilihan raya umum yang lalu. Mereka juga sebelum ini begitu mendabik dada kononnya pakatan yang dibentuk ini berjaya mengembalikan keyakinan rakyat yang dikatakan telah mula menyisihkan BN/Umno.

Namun ternyata semua yang dikatakan itu adalah dusta semata-mata, ini kerana pada hakikatnya rakyat masih lagi menolak pakatan pembangkang khususnya DAP yang begitu tebal dengan semangat kecinaan atau lebih dikenali sebagai parti ‘ultra kiasu’.

Sebagai contoh, ketika perarakan penamaan calon di pilihan raya kecil Kuala Besut ramai di kalangan pengikut dan penyokong Pas nyata tidak begitu senang dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Malah ada di kalangan mereka yang turut memberikan komen negatif sebaik sahaja kelibat Kit Siang terlihat di tempat proses penyerahan borang pencalonan.

Antaranya ‘Menate Ni Mari Jugok’ (Binatang Ni Datang Juga) yang diluahkan oleh salah seorang pengikut Pas tegar. Apabila ditanya beliau dengan jelas mengatakan tidak pernah percaya dengan keikhlasan, mana-mana pemimpin DAP yang jelas begitu anti-Islam. Malah menurutnya lagi, walaupun mereka berulang kali mengatakan berjuang atas nama rakyat, tetapi nawaitu jelas diragui.

Selain dari itu, beliau turut menjelaskan ramai di kalangan pemimpin ulama di dalam Pas tidak begitu senang dengan calon yang diputuskan oleh Pas pusat ini. Ini kerana ramai di kalangan mereka mengharapkan agar Nik Zawawi Nik Salleh diberikan peluang berdasarkan sumbangan dan penglibatan beliau dalam Pas selama ini.

Tambahan pula Zawawi adalah merupakan bekas wakil rakyat yang pernah memenangi kerusi tersebut. Untuk makluman pada PRU 1999, Nik Zawawi Nik Salleh (PAS) mendapat 4,426  manakala Wan Zakaria Bin Abd Rahman (BN) 3,9,39. Ustaz Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi.

Menurut sumber yang meminta agar identiti beliau dirahsiakan itu, turut menjelaskan calon Pas PRK Kuala Besut, Azlan Jusuh  adalah merupakan calon ‘cari makan’ dan tidak mesra dengan pengundi khususnya kepimpinan dan ahli Pas di kawasan.

Tambah menarik, Azlan dikatakan langsung tidak membantu jentera parti dalam pilihanraya umum yang lalu. Dia dikatakan lebih banyak meluangkan masa dan tenaga bagi membantu Naib Presiden Pas, Husam Musa.

Walaupun menyandang jawatan sebagai Bendahari Pas Kawasan Besut, Azlan yang dikenali sebagai Che Long langsung tidak memberi kerjasama kepada calon Pas pada PRU 13, Napisah Ismail, sehingga calon wanita itu kalah teruk kepada BN.

Kesimpulannya, calon Pas yang membawa tagline ‘cari makan’ ini sedang berdepan dengan tentangan hebat dari kumpulan pro-ulama dan muslimah Pas.

Wednesday, March 27, 2013

Lim Kit Siang Di Gelang Patah Bukti Chua Jui Ming Adalah Sampah Di Mata Anwar!



Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan. 

Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.

Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.

Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang. 

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.

Teoh yang sudah sekian lama dikenali kerana rekod khidmatnya yang cemerlang dan rapat dengan ramai pengundi di sini, sudah tentu merupakan sandaran kukuh untuk BN mengekalkan penguasaan di Gelang Patah. 

Tindakan Kit Siang beralih kawasan sempena PRU 13 dengan bertanding di Gelang Patah sebenarnya boleh diibaratkan seperti menggali kuburnya sendiri. Kekuatan DAP di kawasan Parlimen itu ditambah dengan pengaruh peribadinya sukar untuk meruntuhkan kubu BN di sana.

Malah kekuatan DAP yang kian suram di kawasan ini khususnya di DUN N48 Skudai yang dimenanginya dengan majoriti besar 12,854 undi pada PRU 12 tahun 2008 dulu, meletakkan DAP bukan dalam keadaan selesa untuk merampas Parlimen Gelang Patah dari BN.

Berdasarkan trend terkini menunjukkan pengaruh DAP di DUN Skudai sudah semakin suram dan ada kemungkinan parti itu bakal kehilangan kerusi tersebut. Paling tidak pun DAP cuma berupaya mempertahankannya dengan majoriti kurang dari 2,000 undi, mana-mana satu yang berlaku ia tetap berita buruk untuk DAP.

Sementara satu lagi DUN dalam Parlimen gelang patah iaitu N49 Nusajaya yang dimenangi BN melalui calon UMNO dengan majoriti 7,384 undi pada PRU yang lepas, hampir pasti akan kekal di tangan BN dengan undi majoriti yang lebih tinggi. 

Berdasarkan senario ini, sudah pasti PRU 13 bakal menjadi igauan buruk untuk DAP dan nyawa politik Kit Siang akan tamat di Gelang Patah dek kerana terbunuh di tangan Teoh.

Rakyat Johor tidak sabar menantikan saat itu bagi memberi pengajaran supaya politikus kaki panjang seperti Kit Siang yang gemar berpindah randah sana sini untuk kepentingan kerjaya politik sendiri tidak terus dijadikan ikutan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...