Bersama Berjuang

Showing posts with label azmin ali. Show all posts
Showing posts with label azmin ali. Show all posts

Friday, August 21, 2015

#DEIG: APA KAITANNYA DENGAN QUALITY HOTEL DAN BRISDALE HOTEL???


Jika penjualan aset negeri secara terus dan rakus sangat popular dalam era pemerintahan Khalid Ibrahim, alasan bankrap ke atas aset-aset anak syarikat negeri pula menjadi semakin popular sejak Azmin Ali mengambilalih kuasa pentadbiran selaku Menteri Besar Selangor. Suratan atau kebetulan, akhirnya ia juga membawa kepada amalan yang serupa; jual.

Baca seterusnya DISINI

#DEIG : Pendedahan Dari Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Berkenaan Darul Ehsan Investment Group


Episod 1 - 'Conflict of Interest' Tahap Tertinggi

1. MBI tubuh Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sebuah syarikat yang fokus kepada pelaburan bagi memperoleh pendapatan daripada syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Selangor seperti PKNS, PNSB, Kumpulan Perangsang, KDEB dan banyak lagi.

2. Dalam perkara ini, terlibat tiga peringkat dan pihak yang terlibat iaitu MBI > DEIG > GLC Selangor

3. Menurut dokumen rasmi SSM, DEIG hanya mempunyai dua orang pemilik iaitu:-
a) Raja Shahreen Raja Othman (Biru - Rujuk Gambar)
b) Soffan Affendi Aminuddin (Ungu - Rujuk Gambar)

4. Bukti penubuhan DEIG oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali ini adalah 'Conflict of Interest' tahap tertinggi adalah Raja Shahreen memegang jawatan CEO di MBI dan DEIG, manakala Soffan pula memegang jawatan COO di MBI dan DEIG.

5. Lebih parah, Raja Shahreen dan Soffan turut memegang jawatan di 4 buah GLC Selangor, KESEMUANYA sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH iaitu di :-
a) Kumpulan Perangsang 
b) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 
c) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 
d) Kumpulan Hartanah Selangor

6. Adakah ini bukan 'conflict of interest' namanya? Sudah terang lagi bersuluh.

7. Soalnya, siapakah dan apakah latar belakang Raja Shahreen Raja Othman dan Soffan Affendi Aminuddin sehingga memegang banyak jawatan termasuk di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor?

8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jatinya dalam bidang korporat? Adakah sudah tiada anak Selangor lain sehingga anak negeri lain (Soffan) dilantik memegang pelbagai jawatan di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor? Kroni?

9. Nantikan Episod 2 pendedahan #DedahDEIG untuk mengetahui lebih lanjut.
--
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia

#DEIG: Bimbang GT Bimbang... Engkau Hilang Bawa RM6.7 Billion!


Dalam keghairahan pakatan pembangkang menyerang Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya dilihat memakan diri apabila berjaya mencipta kontroversi mereka sendiri di sebalik penubuhan DEIG yang diletakkan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang cukup meragukan.

Jika dilihat secara kasar dan dasarnya, penubuhan entiti pelaburan ini dilihat sama seperti penubuhan syarikat-syarikat lain yang mana ia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1967. Namun penubuhan DEIG dibawah akta itu menjadikan entiti tersebut menikmati status bebas daripada diaudit oleh mana-mana pihak termasuklah membentangkan kedudukannya untuk pengetahuan atau dibincangkan di peringkat DUN Selangor.

Seolah-olah penuh dengan agenda tersirat, kewujudan DEIG itu sendiri mencetuskan seribu persoalan dari segi keperluan sebenar penubuhannya sama ada ia benar untuk meningkatkan prestasi pelaburan negeri atau hanya untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata.

Ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan DEIG dilihat mencetuskan persoalan dan kebimbangan yang munasabah seperti:

1. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994.

Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan ‘invisible’ yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri.

Keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan DEIG terdedah kepada percanggahan dan/atau penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan khususnya dan lain-lain keputusan secara amnya, selain tiada pemantauan boleh dilakukan terhadap aktiviti syarikat itu dalam menandatangani sesuatu kontrak atau atas nama usahasama pelaburan.

2. Jika benar maklumat yang diterima Menteri Besar Selangor merupakan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan juga DEIG. Persoalan yang timbul seterusnya adakah DEIG sudah menjadi anak syarikat MBI?

3. Penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab urustadbir harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan yang di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan ‘vehicle’ sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan.

Selain itu, kewujudan DEIG turut diliihat mencetuskan kekeliruan dan sedikit sebanyak pertindihan hak dan tanggungjawab dengan peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC) dalam usaha mempromosi serta bantuan teknikal melibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini.

4. Kewujudan DEIG sudah tentunya memerlukan pertambahan kos dalam menampung operasi entiti itu (capital expenditure) yang sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan kewangan MBI.

5. Cadangan pemindahan asset MBI berjumlah sekitar RM6.3 bilion kepada DEIG turut mengundang kepada kos dan risiko yang amat tinggi sama ada berpunca daripada faktor ketidaktentuan pasaran atau terdedah kepada salahlaku aktiviti pelaburan dan perdagangan kerana tiadanya pemantauan yang khusus boleh dibuat ke atas syarikat itu.

Sekiranya akiviti pelaburan dan perdagangan tersebut memerlukan DEIG membuat pinjaman, sekiranya prestasi pelaburan yang dijalankan berhadapan dengan risiko ketidaktentuan pasaran satu sebagainya, maka ianya akan mempengaruhi kadar hutang yang ditanggung oleh entiti itu.
Malah, keadaan tersebut dibimbangi akan melibatkan campur tangan daripada MBI atau kerajaan negeri termasuklah kemungkinan berlaku penjualan aset milik MBI atau milik anak-anak syarikat lain bagi menampung liabiliti tersebut. Hal ini akan selanjutnya melibatkan kehilangan aset milik MBI kerana terdedah dengan pendedahan kewangan yang tidak perlu (unnecessary financial exposures).

6. Penubuhan DEIG juga dilihat merencatkan persaingan sihat di antara anak-anak syarikat kerajaan negeri ekoran pelaksanaan konsolidasi pelaburan yang diletakkan di bawah DEIG sekaligus menjadikan entity itu bersifat hegemoni dalam aktiviti pelaburan anak-anak syarikat milik negeri.

7. Bagaimanakah status aset, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diurus oleh DEIG (Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965) dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG pula membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI. Jika status DEIG berterusan seperti yang sedia ada tertera didalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka sudah tentu DEIG boleh cuci tangan dan mendapat aset MBI tanpa perlu usaha yang keras.

Inilah kebimbangan kita yang sebenar!!!

YB Budiman Mohd Zohdi
Setiausaha Adun BN Selangor

Wednesday, March 5, 2014

Khalid Ibrahim VS Azmin Ali - Berpatah Arang Berkerat Rotan! #PKRKacauBilau


Isu ‘perang dalaman’ yang melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya semakin memeningkan kepala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Walaupun dia sebelum ini dikatakan mampu menyelesaikan konflik tersebut, namun perkembangan terkini isu tersebut nampaknya semakin sulit untuk ditangani. Malah Ketua Strategi parti itu, Rafizi Ramli sebelum ini turut mengakui antara sebab utama mantan Adun Kajang meletakan jawatan adalah bagi membolehkan Anwar bertanding sekali gus menyelesaikan konflik tersebut.

Melalui pendedahan yang dilakukan sebelum ini, masalah dalaman yang melibatkan parti itu bukanlah perkara baru. Ia sebenarnya telah bermula sejak awal tahun lalu dan berterusan sehingga kini.

Isu ini bermula apabila Khalid dikatakan pro kepada kumpulan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, manakala Azmin dilihat tetap berdiri teguh di belakang Anwar. Bermula dengan episod sindir menyindir, perbalahan antara keduanya semakin berlarutan apabila keduanya saling ‘membogelkan’ dan menghentamkan secara terbuka antara satu sama lain.

Pelbagai kritikan pedas turut dilemparkan oleh Azmin sehinggakan Khalid dilihat lemah dan tidak cekap mengurus dan mentadbir negeri Selangor. Namun dengan sokongan kuat yang diberikan oleh Azizah, Khalid bingkas bangun dan membalas kembali serangan Azmin yang akhirnya menyebabkan Adun Bukit Antarabangsa itu dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS.

Tidak cukup dengan itu, Khalid turut meminta agar beliau dilantik sebagai Pengarah pilihanraya PKR bagi PRK Kajang. Sedangkan sekiranya mengikut amalan biasa, jawatan tersebut sepatutnya di sandang oleh Azmin yang juga merupakan Pengerusi PKR negeri Selangor.

Terbaru, Khalid turut mengumumkan akan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei ini.

Ekoran perbalahan yang semakin memuncak itu, Anwar terpaksa mengambil jalan selamat dengan menyokong kedua-dua kumpulan bagi mengelakkan para penyokong mereka memboikot kempennya di Kajang.

Malah portal pro-pembangkang turut mengambil pendekatan menyiarkan berita kononnya Azmin dan Khalid telah bersetuju untuk melakukan ‘gencatan senjata’ sehingga PRK Kajang selesai.

Pemilihan PKR yang akan diadakan ini, bakal menyaksikan pertembungan hebat antara dua kumpulan ini apabila masing-masing turut membawa calon pilihan mereka untuk bersaing merebut semua jawatan tertinggi parti.

Menurut sumber, Khalid dipercayai akan bergandingan dengan Nurul Izzah dan Tian Chua sebagai regu utamanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib. Bagi jawatan Ketua Wanita pula, kumpulan Khalid akan bergandingan dengan Adun Batu Tiga Rodziah Ismail dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sebagai Timbalan Ketua Wanita.

Bagi kumpulan Azmin pula, dia dikatakan akan menyokong ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin bertanding jawatan naib presiden. Shamsul yang sebelum ini merupakan Ketua Pemuda PKR Pusat dikatakan akan mengosongkan jawatan tersebut bagi membolehkan lebih ramai penyokong Azmin diserapkan di dalam jawatan tertinggi parti.

Untuk kerusi Ketua Wanita PKR pula, Azmin dikatakan akan memberikan sokongan penuh terhadap ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin yang juga merupakan penyandang bagi jawatan tersebut.

Seterusnya bagi jawatan Ketua AMK pula, Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari akan bergandingan dengan Adun Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin sebagai Timbalan Ketua AMK dilihat sebagai calon pilihan Azmin.

Kesimpulannya pemilihan PKR pada kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara dua kumpulan yang saling tamak dan dahagakan kuasa. Walaupun secara dasarnya PKR akan mendakwa pemilihan pada kali ini adalah merupakan sebahagian dari proses demokrasi parti, namun pada hakikatnya graf sokongan Anwar semakin kian menyusut.

Apa yang jelas, Anwar semakin hilang cengkaman pengaruhnya terhadap parti yang diasaskannya ini.

Monday, January 27, 2014

Azmin Ali Vs Khalid Ibrahim: Bak Kata Yus Jambu "Aku mencintainya... Kau Apa Hal?"


Pertelingkahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah tidak boleh dibendung lagi dan kini sudah menjadi perang mulut secara terbuka.

Malangnya ketua umum PKR, Anwar Ibrahim gagal menunjukkan kepimpinan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah dalaman partinya sehingga membarah ke peringkat sekarang.

Jika Anwar tidak mampu memimpin sebuah parti yang kecil, bagaimana hendak menjadi nakhoda kepada pakatan pembangkang apatah lagi memimpin negara sebagai perdana menteri?

Isu berlaga angin antara Menteri Besar dan Azmin bukannys perkara baru.

Ia bermula sejak pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila Khalid di angkat oleh Anwar sendiri sebagai menteri besar.

Jawatan itu sememangnya menjadi idaman Azmin tetapi beliau dikecewakan oleh bos kesayangannya sendiri apabila tidak menjadi pilihan.

Perasaan dendam yang membuku di hati Azmin akhirnya terkeluar juga apabila tekanan demi tekanan dipaksa ke atas Khalid sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor.

Jadi berlakulah senario di mana Selangor mempunyai dua 'menteri besar' - satu yang dilantik secara rasmi dan satu lagi berlagak seperti menteri besar.

Namun cara mana sekali pun Azmin cuba memalukan Khalid dengan apa jua cara pun, menteri besar tetap berdiri teguh.

Jawatan Azmin menerajui PKR Selangor tidak lebih daripada posisi politik yang kosong tanpa kuasa ekonomi yang dipegang  erat oleh Khalid.

Jadi Azmin dan kuncu-kuncunya bolehlah menyalak sekuat hati mengkritik sehebat mana terhadap menteri besar tetapi sedikit pun ia tidak menggugat atau menggoncang kedudukan Khalid.

Yang menjadi masalah apabila ahli politik bergaduh, penjawat awam yang menjadi mangsa.

Apabila timbalan presiden PKR itu digugurkan sebagai anggota lembaga pengarah PKNS semua jari menuding kepada Khalid tetapi ini dinafikan beliau.

Khalid menjelaskan itu bukan kerja beliau dan merujuk perkara ini kepada pengurus besar dan penasihat undang-undang PKNS.

Anwar pun masuk campur dan berkata tidak bersetuju dengan tindakan terhadap Azmin tetapi setakat itu saja lah yang termampu oleh penasihat ekonomi Selangor itu seperti melepaskan batuk di tangga.

Apa pun Setiausaha Kerajaan Negeri telah berkata keputusan memecat Azmin dari PKNS adalah muktamad dan tidak boleh dipertimbangkan lagi.

Akhirnya dua pegawai tinggi PKNS tersebut menjadi mangsa kemelut politik Khalid-Azmin dan mereka ditukarkan serta merta ke SUK.

Persoalan utama yang patut ditanya oleh semua pihak bukannya tindakan PKNS menggugurkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah tetapi mengapa tindakan drastik dan mengejut itu diambil.

Pernah satu ketika Azmin merajuk dalam pertikaiannya dengan Khalid sehingga memaksa beliau menghantar surat perletakan jawatan dari PKNS namun setelah dipujuk Anwar surat itu ditarik balik.

Jadi sebenarnya Azmin tidak kisah pun samada beliau berada di dalam PKNS kerana pernah berhasrat untuk berhenti.

Jadi kenapa pula kali ini apabila benar-benar hasrat beliau termakbul mahu buat bising pula?

Apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir dan juga di dalam bilik mesyuarat lembaga pengarah PKNS sehingga tindakan tersebut diambil.

Khalid dikenali ramai sebagai seorang yang kedekut dan mentadbir Selangor seperti badan korporat kerana pernah menjadi CEO Guthrie sebelum menceburi politik dahulu.

Azmin pula dikenali sebagai ahli politik yang licik, rakus dan bercita-cita besar dan dengarnya makan pun besar.

PKNS merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang terbabit secara aktif dalam pembangunan hartanah di Selangor sejak ia ditubuhkan.

Jawatan ahli lembaga pengarah PKNS adalah bagai bulan jatuh ke riba kerana sesiapa pun menjadi ahli lembaga pengarah akan terbuka kepadanya banyak peluang untuk mengaut kekayaan.

Adalah ini puncanya Azmin di pecat apabila menteri besar yang 'telus' dan 'transparent' itu telah menghidu Azmin telah melakukan sesuatu bagi kepentingan dirinya di belakang beliau?

Mungkin maklumat telah sampai kepada Khalid daripada orang kuatnya, Faekah Husin yang kini diletakkan sebagai bos nombor satu di MBI bagi mengawal semua anak-anak syarikat termasuk PKNS?

Adalah Azmin telah melakukan penyelewengan kuasa di dalam PKNS sehingga informasi ini dijadikan senjata untuk menyahkan beliau dari organisasi itu?

Seharusnya menteri besar, Faekah dan PKNS bersikap telus dan transparent di dalam isu pemecatan Azmin.

Ketiga-tiga pihak itu harus memberitahu rakyat mengapa Azmin dipecat.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sentiasa mewar-warkan nilai-nilai keadilan dan ketelusan dan segala tindak tanduknya inilah masa untuk berbuat demikian.

Waima hendak dipecat, Khalid tetap disokong teguh oleh pengikutnya, yang tentunya bukan dari kem Anwar. 

Penyokong Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor ketika ini boleh sahaja bersuara seperti Yus Jambu seperti di dalam rancangan Karoot Komedia X - "Aku mencintainya, kau apa hal?" 

Friday, January 18, 2013

Azmin Ali Lubang Najiskan Majlis Syura PAS... Ada Brani PAS Counter???



Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.  

Nampaknya, ‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas.  Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.   

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri.  Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.  

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.  

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:    

1.       Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2.       Sah bahawa PKR membawa fahaman plural 

3.       Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4.       Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.  

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP.  Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?  

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini.  Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam.  Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.  

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.  

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir.  Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar.   Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.  

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar?  Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?    

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan.   Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu.   Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya.  Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.  

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.  

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur.  Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan.   Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.  

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri.  Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara.   Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.  

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan.  Amin.  

Monday, October 8, 2012

BOOM!!! Gelora PKR Selangor Semakin Tidak Boleh Dikawal!!!



Dahsyat... itu yang boleh GT rungkaikan.  

Masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk "memfaraidkan harta rampasan perang" di Selangor. Setakat ini, itulah motif terbaik. 

Gelora PKR Selangor terus menggelegak... sepanas aksi video Chinadoll dan aiskrim jamban!!!  

Friday, October 5, 2012

CEPUMAS: Sanggupkah Rakyat Selangor Terima Bintang Porno Sebagai Menteri Besar???



Nampaknya Khalid Ibrahim terpaksa juga mula belajar menerima hakikat dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR setelah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuka mulut membuat kenyataan, kemungkinan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru selepas selesai PRU 13.

Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi 'jual beli aiskrim' di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu.

Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin.

Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar.

Mahu tidak mahu, Khalid sudah boleh menguburkan terus hasratnya menyambung khidmat sebagai MB untuk penggal kedua selepas PRU 13 nanti. Mungkin sementara menanti PRU 13 bermula secara rasmi, Khalid boleh memulakan tabiat seperti Anwar pula dengan berangan-angan untuk menjadi Menteri.

Dalam kenyataan kepada media itu juga, Azmin turut mengesahkan perkara tersebut telah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR namun belum ada kata putus.

Ini bermakna, dikalangan ramai pemimpin PR sendiri kelihatannya lebih condong untuk meminggirkan Khalid dari jawatan MB walaupun seringkali bekas CEO Guthrie itu dipotretkan sebagai MB yang cemerlang khidmatnya.

Barangkali masing-masing juga sudah terlalu penat dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak Khalid menerajui Selangor, disebabkan itu spekulasi ini sengaja ditimbulkan.

Keterlanjuran Khalid dalam isu air dengan memfokuskan tumpuan pada perihal penyusunan semula pengurusan bekalan air sehingga mengambil langkah songsang menangguhkan loji Langat 2 dan PPAMPS juga dipercayai turut mempengaruhi pandangan ramai pemimpin PR untuk cenderung melucutnya dari jawatan MB.

Kasihan Khalid, belum pun penggal pertama sebagai MB berakhir, orang-orang kuat parti sudah ramai yang naik menyampah dengannya.

Apapaun, kenyataan Azmin itu jelas membayangkan PKR masih menyimpan sisa-sisa harapan yang negeri itu akan kekal dalam genggaman pakatan pembangkang sekalipun realiti semasa dan mood khalayak umum di Selangor adalah sebaliknya.

Tak salah kalau Azmin pun mahu turut berangan, apatah lagi sambil berilusi strategiknya kali ini akan membolehkannya ditabalkan sebagai MB baru Selangor, walau hakikatnya saat ini majoriti rakyat Selangor lebih berminat untuk mencampak terus semua pemimpin PR ke dalam longkang.

Dengan mengetepikan senario dan realiti semasa serta kecenderungan pengundi di Selangor tika ini, kita andaikan saja PR benar-benar masih diberi peluang memerintah Selangor, itu bermakna seorang MB baru pastinya akan dilantik datangnya dari salah satu parti dalam gabungan PR. 

Jika itu terjadi, maksudnya bakal MB Selangor yang baru nanti tentulah seorang bekas pelakon video seks yang terbabit secara langsung melakukan urusan jual beli 'aiskrim' dalam tandas. Sanggupkah rakyat Selangor menerimanya?

Wednesday, September 19, 2012

ADOIYAA..!!! Anwar Ibrahim Minta Ammar Tunjuk P******* Kat Dia!!! KehKehKehKeh..


Satu lagi sentuhan sarkastik politik untuk tatapan semua...


Muahahahahahahahaha....

Wednesday, July 18, 2012

Adusssss... Dia Sudah Lari Pulak Dah!!! Camner Nih???



April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.

Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.

Jikalau tidak, tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Sebetulnya ramai pihak tertanya-tanya kenapa sehingga kini Azmin tidak membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mengetahui kebenaran foto tersebut.

Bukannya sesuatu yang sukar untuk melakukannya, cukup sekadar meluangkan sedikit waktu untuk ke Balai Polis berdekatan dan mengadu pada polis yang dirinya telah sengaja dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.

Lagipun jika sudah begitu yakin langsung tak terlibat dengan aktiviti 'jual beli aiskrim' di dalam tandas, apa nak ditakutkan sangat dengan risiko dituduh membuat laporan polis palsu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa maklumat dari sumber-sumber tertentu menyebut wanita 'peminat aiskrim' yang dikaitkan dengan Azmin Ali kini sudah lari dari Malaysia, betulkah?

Wanita tersebut dikatakan sengaja dihantar ke luar negara oleh seseorang demi mengelakkan kebarangkalian disiasat oleh pihak berkuasa disamping untuk melindungi lelaki yang dikaitkan dengan dirinya.

Setakat ini tiada kesahihan yang pasti berhubung maklumat tersebut, harapnya ia hanya sekadar khabar angin semata-mata. Maklumlah, entah-entah wanita itu cuma keluar melancong seketika bercuti merehatkan minda, mungkin juga.

Apapun, diharapkan Azmin Ali dapat mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk segera membuat laporan polis supaya kebenaran dapat diketemui dan lelaki 'penjual aiskrim' itu dapat segera dikenalpasti.

Sunday, June 10, 2012

Video Zahid Md Arip Confirmkan PKR Tempat Longgokan Punca Segala Maksiat!!!


Muahahaha... mantap betul Mursyidul Am nih...

Salehuddin Ayob, jangan marah aarrr.... hehehehe...



Tuesday, June 5, 2012

Azmin Ali Terus Membisu Soal Harta, Siapa Bertepuk Tangan ???



SEJAK Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan dokumen-dokumen rahsia, hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salah laku rasuah Azmin pada 1995, nampaknya sedikit sahaja yang keluar dari mulut Azmin untuk mempertahankan dirinya.  Itupun kalau boleh dipanggil ‘keluar dari mulut’, sebab setakat yang nampak ini hanya mesej twitternya saja yang mewakilkan dirinya menafikan terlibat dalam soal tersebut.

Sama ada dia sendiri atau orang lain yang menulis mesej itu bagi pihaknya, tidaklah diketahui.

Tapi yang nyata, sekali lagi Azmin memilih jalan susah untuk menunjukkan dirinya bersalah.  Dalam soal seumpama ini, sepatutnya Azmin dan Shamsidar boleh cepat-cepat mengistiharkan hartanya sekeluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau benarlah tidak ada pendapatan luar biasa yang nak disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Apa yang susah sangat dengan isytihar harta?  Setakat jawab dalam twitter saja, mana cukup untuk menyakinkan rakyat.  Lagipun memang resmi manusia, mana pernah mengaku salah, apatah lagi salah jenis yang besar macam ini.  Rakyat perlu sesuatu yang lebih kukuh untuk percaya dengan penafian Azmin.

Agak pelik bila Azmin memilih jalan berliku untuk mensucikan namanya bilamana jalan senang, mudah dan lapang sudah ada di depan mata.

Macam kes derhaka dengan ibunya jugalah, apa yang susah sangat pergi rumah orang tua itu, peluk cium ibunya dan kemudian ambil gambar besar-besar, nescaya selesailah masalah itu.  Kalau tak selesai dari segi hubungan anak beranak, sekurang-kurangnya rakyat yang dibawah ini boleh diyakinkan bahawa hubungan kedua mereka tidak ada masalah seperti yang digembar  gemburkan.

Tapi sehingga kini, Azmin masih gagal melakukan perkara semudah itu walaupun khabarnya, jarak rumahnya dengan ibunya tidaklah sampai sepelaung.  Malah Azmin juga adalah Ahli Parlimen dalam kawasan tersebut, kalau takpun, Azmin masih perlu round kawasan itu sebulan sekali untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.  Ambillah peluang untuk jumpa ibunya waktu itu, tapi itupun tak mampu dibuat.

Atau Azmin tak pernah round aka tak menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen?

Seseorang pernah memaklumkan bahawa Azmin ini orangnya sombong.  Dia rasa dirinya sudah terlalu kuat, lebih-lebih lagi sejak dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan Nasional 2010 yang penuh huru hara itu.  Mungkin kesombongan ‘dalaman’ Azmin ini terbawa-bawa diluar, dalam keadaan dimana dia perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang sekalipun.

Bagi orang biasa yang tidak melakukan kesalahan, sedikit sebanyak terganggu juga kita bila dihadapkan dengan segala bukti yang menunjukkan ada benda salah yang kita pernah buat dulu, tapi dengan Azmin lain pulak fesyennya.  Nak kata rilek, tidak juga, tapi lebih dari itu dia kelihatan terlalu yakin, seolah-olah tidak akan ada satu pun tuduhan yang mampu mengaitkkannya dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa, tak kiralah sekuat mana pun buktinya.

Inilah yang berlaku kepada Azmin sekarang.

Tapi Azmin silap, dia fikir dia untouchable?  Kalau Anwar pegang jawatan tinggi dalam kerajaan macam dulu, mungkin ya, tapi keadaan sudah jauh berbeza.  Orang dah naik jelak dengan pelbagai tuduhan yang menjurus kepada salah guna kuasa dan korupsi yang membabitkan Azmin – lebih lagi bila semua tuduhan tersebut tidak dijawab olehnya.

Cantik modus operandi ini, dari pendedahan "aiskrim" yang dikaitkan dengan dirinya, kini muncul pula isu siasatan BPR (SPRM) tentang pemilikan hartanya.  

Bertepuk-tepuk tangan.... bertepuk jangan segan.... 

Thursday, May 31, 2012

Tangisan Ibu Azmin Ali Mula Menunjukkan Kesan "CASH & CARRY"!!!



Kenapa PKR Masih Kekalkan Azmin?

SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa.  Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra  Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu.

Pencacai PKR sudah mula memainkan teori serangan peribadi untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari pelbagai kes yang melilit Azmin sekarang ini.  Ini adalah taktik biasa PKR kalau ada kelemahan dari kalangan pemimpin mereka yang didedahkan.  Ambil contoh macam kes video seks Anwarlah, yang dipertikaikan soal Anwar berzina dengan pelacur cina tersebut, sebaliknya yang lebih menjadi isu dikalangan pemacai PKR, rambutlah, perutlah dan sebagainya.

Secara peribadi, ramai yang tidak begitu peduli dengan semua masalah Azmin sekarang kerana Azmin memang bukan bersih pun, malah kerana dia dan Anwar galak menyalahgunakan kuasa di Kementerian Kewangan dahulu, menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

Yang perlu difikirkan ialah kenapa dalam semua kekecohan ini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada Azmin?  Nak dokumen, dah ada dokumen, nak gambar, dah ada gambar , nak video?  Itu tunggu dulu kot.  Walaupun tidak sampai ketahap memecatnya dari parti tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan lain yang lebih tegas seperti gantung sehingga siasatan selesai, diarah bercuti dan sebagainya.

Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

Macam mana PKR nak berlaku adil kepada rakyat Malaysia kalau dalam keadaan PKR belum berkuasa pun sekarang, kesalahan orang-orang tertentu (yang rapat dengan Anwar) sewenang-wenangnya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ia adalah konspirasi?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun.  Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya.  Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.

Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat.  Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP.  Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan.  Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Ini petanda bahawa akan terjadi, Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati.  Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.

Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya.

Tuesday, May 15, 2012

Azmin Ali Meraban dan Jiwa Kacau!!! Muahahaha... Relax Arrr.. Baru Sikit Jer Tuh..


Muahahaha... rupanya Azmin Ali panas bontot gara-gara senyuman sinikal dan girang dari Khalid Ibrahim.  Tiba-tiba pula Perdana Menteri yang diserang oleh Azmin Ali, bagi mengalihkan isu. 

Baca sindrom "jiwa kaco" Azmin DISINI.   Muahahahahahaha...

Friday, May 11, 2012

WAJIB TONTON: PANASSS... Video Pendedahan Siapa Wanita Aiskrim Assmin Alee Oleh Idola GT!!! Yeehaaaa...!!!


Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip Berkata Wanita Itu Doktor Timbalan Presiden PKR,Yb Azmin Ali.

Beliau Menjawab Mengenai Isu Dalam Gambar Menyerupai Timbalan Presiden PKR Dan Juga Ahli Parlimen Gombak,Yb Azmin Ali.

Beliau Berucap Di Batu Caves,Gombak Dalam Roadshow Pertama Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).  

Dan memang, GT akui, Zahid Md Arip antara individu yang sangat berpengaruh dalam terbinanya blog Kalam Timur yang "syahid", kemudian dikenali sebagai Gerakan Timur.  

Terbaeeeekkkk... dari Mursyidul Am TIBAI!

Wednesday, May 9, 2012

Adakah Kamera Yg Dipegang Ini Punca Azmin Ali Enggan Membuat Laporan Polis???



ADA hikmahnya juga dari terbongkarnya banyak kes-kes salah laku seks melibatkan pemimpin pembangkang tertentu kebelakangan ini, terutama yang membabitkan Timbalan Presiden PKR sekarang, Azmin Ali.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Azmin ini pada penulis sangat berat kerana melibatkan maruah dan intergriti sebagai pemimpin politik.  Justifikasi bagi menyokong tuduhan tersebut juga lengkap (ada gambar dan video).  Semua ini memerlukan satu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berwajib bagi menentukan pihak mana yang salah, pihak mana yang benar.

Azmin dari segi perundangannya patut membersihkan diri dari semua dakwaan tersebut, bermula dengan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.  Tapi kenapa Azmin sampai sekarang enggan buat laporan polis?  Itu yang ramai dari kita musykilkan.

Nak kata Azmin tak tahu? Mustahil. Nak kata Azmin tak diberi nasihat perundangan secukupnya? Tak mungkin. Ada segerombolan besar peguam disekeliling Azmin, yang bersedia pada bila-bila masa membelanya di mahakmah tanpa bayaran (pro bono), atau dibayar tapi menggunakan wang rakyat Selangor – seperti kes ADUN Seri Muda kerana menghina Sultan Selangor.

Yang kita cakap ini, laporan polis sahaja pun, bukan teknikal mana sangat.  Kata tak terlibatkan, jadi apa yang susah sangat nak buat laporan polis.

Alasan penyokong Azmin seperti Shamsul Iskandar dan Zuraida Kamarudin bahawa tidak guna membuat laporan polis kerana akhirnya akan menerima nasib seperti Anwar dalam kes video lucah dengan seorang pelacur dari cina, tidak boleh diterima sama sekali.  

Dalam kes Anwar, laporan polis yang dibuatnya berjaya menyebabkan pelaku yang menayangkan video tersebut dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman.  Tindakan perundangan yang bakal dikenakan Anwar pula kerana dalam laporan polis sama, dia menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam rakaman tersebut, sedangkan kajian pakar menunjukkan 99.9% dialah lelaki itu. 

Ringkasnya, Anwar buat laporan palsu, nafi kata pelaku itu dia sedangkan kajian pakar menunjukkan sebaliknya.  Adakah Azmin juga berada dalam situasi sama sehinggakan dia takut untuk membuat laporan polis tersebut?

Apa sekalipun, selepas ini Azmin jangan salahkan masyarakat kalau keengganan membuat laporan polis ini dianggap membuktikan semua tuduhan ke atas Azmin itu adalah benar belaka.  Yang dia memang individu lelaki yang didakwa sedang melakukan aktiviti kelucahan melampau dengan seorang wanita dalam video tersebut.  Enggan buat laporan polis sebab takut polis siasat dan jumpa kebenaran.

Itu saja alasan yang terfikir oleh penulis kenapa Azmin enggan buat laporan polis, setelah alasan takut menerima nasib seperti Anwar itu, tidak boleh diterima langsung.

Tuesday, May 8, 2012

Khalid Tersenyum Girang.... Hambik Kau Azmin Oiii..!!!



Seperti yang penulis congak melalui senario politik dalaman PKR, memang telah wujud usaha untuk menjatuhkan Azmin Ali sejak sekian lama.  Cuma, rakyat dihidangkang dengan pelbagai skandal dalaman PKR, sehingga isu kamera di bilik menteri besar menjadi bualan hangat.
“Trend” atau “pattern” nya, kepada yang mungkin tidak sedar, menjurus kepada sesiapa yang cukup rapat, atau boleh dipanggil kroni kepada Khalid Ibrahim.  Dan isu kamera cukup untuk kita sedar, terdapat usaha untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dari dalam parti itu sendiri.
Senyuman penuh bermakna dari Khalid Ibrahim apabila diajukan soalan tentang foto yang sedang tersebar luas menceritakan segala-galanya.  Secara tidak sedar, itu adalah bahasa tubuh, yang sama sekali menggambarkan betapa kepuasan hakiki politik tercapai atas usaha tanpa jemu, semenjak 2008 sering menjadikan Khalid & Co mangsa sindiket dalaman.
Baca seterusnya DISINI

Monday, May 7, 2012

Azmin Ali Tuduh Ibu Terima Habuan, Hikayat Si Tanggang Yang Tonggeng!



Azmin Ali, si Tanggang zaman moden atau mungkin lebih tepat dipanggil si Tonggeng, nampaknya nekad untuk meneruskan permusuhan dengan keluarganya termasuk ibunya.   Ibunya, yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Mak Tom sudah buntu dalam usahanya untuk mengembalikan Azmin ke pangkal jalan. 

Kerana itu, sebagai usaha terakhir Mak Tom muncul dalam televisyen, merayu anaknya agar ‘membersihkan’ diri.  Beliau sanggup menanggung malu, berhadapan dengan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan anaknya insaf sebelum terlambat. 

Mak Tom tahu dan Mak Tom malu apabila segala kelakuan gelap Azmin, dari segi korupsi, skandal seks mahupun kedayusannya bukan lagi rahsia.  Apatah lagi, dengan tindak-tanduk Azmin sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala tuduhan tersebut adalah benar belaka. 


Sebagai respon kepada tindakan Mak Tom yang muncul di kaca TV, Azmin Ali sebagai seorang politikus tulen membuat kenyataan menafikan yang dia telah berlaku derhaka kepada ibunya.  Namun, saranan Mak Tom agar mengemukakan saman terhadap pihak yang berkenaan serta bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya dari tuduhan skandal seks terbaru langsung tidak diambil pusing oleh Azmin.

Malah, Azmin tergamak menuduh ibunya sebagai dibeli UMNO.  Begitu rendah sekali diletakkan martabat ibu sendiri iaitu sebagai wanita tiada harga diri, tiada maruah dan tiada pendirian.  Azmin seolah-olah meletakkan taraf ibunya sama dayus dan sama murah seperti dirinya yang sanggup berbuat apa saja demi kemewahan. 

Sudahlah Azmin menghancurkan hati Mak Tom dengan bercakap kasar, dan enggan menjenguk beliau sekian lama, kini setelah Mak Tom membuat rayuan terbuka, Azmin bukannya cuba memperbaiki keadaan tetapi menambah lagi penderhakaannya dengan menuduh ibunya sebagai wanita yang boleh dijual-beli dengan wang. 

Tidak cukup dengan itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga turut menghentam Mak Tom, menuduh beliau dengan tuduhan yang sama, iaitu dibeli UMNO. 

Azmin tahu hal ini dan Azmin tidak peduli jika ibunya dihentam atau dituduh apa saja, asalkan beliau dapat terus bersama Anwar dan dapat hidup mewah di samping Shamsidar walaupun isterinya itu bukan miliknya secara mutlak. 

Sampai bilakah drama penafian Azmin ini akan berakhir?   Sampai mati? 

Penulis bukan berniat untuk mencuba menginsafkan Azmin dengan penulisan kali ini.  Lagipun, jika ibu sendiri gagal menginsafkannya apakah daya kita orang yang tiada kena mengena. 

Mungkin Azmin sudah tidak ingat mati lagi.  Ataupun, sangkanya, wang boleh membantunya di liang lahad.  Sedangkan, wang tidak  boleh digunakan untuk memudahkan nyawa bercerai dari badan jauh sekali untuk melepaskan diri dari soalan kubur, memudahkan penitian titi siratulmustaqim atau menambahkan berat timbangan pahala di akhirat.   

Nampaknya, Azmin lupa bahawa wang tidak membawa apa-apa erti bagi para malaikat.  Mungkin bagi Azmin, syurga itu dibawah telapak kaki Anwar Ibrahim!

VIDEO: Tangisan Seorang Ibu Apabila Syurga Dibawah Tapak Kaki Anwar Ibrahim !!!



(rakaman video di bawah artikel ini)

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.

Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.

Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.

Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.

Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.

Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.

Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.

Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.

” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.

Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.

“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom

Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.

” Saya tak pandang, saya tak nampak, kalau tak buat benda tak baik, kenapa tak nak menentang, kenapa tak nak buat sumpah laknat di masjid, berani kerana benar, takut kerana salah,” kata Che Tom.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.

” Parti Keadilan…di mana keadilan itu, dengan orang lain dia boleh ambil berat, dengan ibunya sendiri yang mengandungkannya, dia buat macam ni,” kata Che Tom.

” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.

Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.

” Saya yang mengandungkannya betapa punya susah, saya yang melahirkannya betapa punya sakit, mendidik dia dari tapak tangan dua jari hingga dewasa. 

” Tetapi kalau nak balik pertama pulanglah ke pangkal jalan, bertaubat dan berhentilah dari kumpulan itu.

” Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok, saya hidup pun tak nak tengok, nak mati baru nak tengok…tak payahlah,”  katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my)

Video Luahan Seorang Ibu..

Friday, May 4, 2012

BERSIH 3.0: A, A & A Wajib Didakwa Demi Rakyat!



Sehingga ke hari ini, rakyat masih belum puas bercakap mengenai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang paling kotor walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya.   Rata-rata meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri.  

Tindakan peserta-peserta BERSIH 3.0 yang cedera dan ingin memohon simpati juga dipandang sinis oleh majoriti rakyat.   Menurut mereka, bukan peserta-peserta tersebut tidak diberi amaran mengenai risiko berdemonstrasi malah mereka juga telah ditawarkan tempat yang selamat untuk berdemonstrasi.    Kenapa mereka dengan sengaja ingin mencederakan diri?

Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0.  

Kita tidak pasti berapa ramai pula lembu-lembu yang sedia dikorbankan dalam siri menghuru-harakan negara oleh BERSIH seterusnya.  Tetapi yang pastinya, penganjur BERSIH langsung tidak prihatin dengan nasib lembu-lembu penyokong mereka.  Sahlah bahawa penyokong-penyokong mereka sememangnya tidak bernilai di mata mereka dan boleh dikorbankan bila-bila masa.  

Pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab.   Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa.  

Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga.  

Atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya.  

Mana-mana pilihan pun, ia akan tetap memberi kelebihan kepada kerajaan.  

Namun, jika diikut sentimen rakyat hari ini, majoritinya inginkan agar Ambiga, Anwar dan Azmin diambil tindakan tegas, begitu juga dengan semua peserta yang terlibat.  

Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan.  Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969. 

Tindakan tegas terhadap 3-A ini juga dilihat penting sebagai menyatakan bahawa negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang.  Sesiapa yang melanggar undang-undang wajib ditangkap.  Telah begitu jelas bahawa ketiga-tiga mereka telah mengenepikan undang-undang sejak dari mula lagi, iaitu dengan menolak untuk mengadakan perhimpunan di dalam Stadium Merdeka.  

Mereka juga mempermainkan undang-undang apabila mendapat kelulusan untuk membuat protes ‘Duduk Bantah’ tetapi kemudiannya langsung tidak ‘duduk’ tetapi berarak dan membuat kecoh di jalanan.  

Tidak cukup dengan itu, kemuncak pelanggaran undang-undang oleh pihak BERSIH 3.0 ialah apabila peserta cuba menceroboh Dataran Merdeka yang dari awal lagi diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh polis.   Penganjur boleh menafikan yang pencerobohan itu dilakukan atas arahan mereka, tetapi itu bukan soalnya.  Soalnya, perhimpunan tersebut tidak harus dilakukan di sana tetapi di dalam Stadium di mana mereka kelulusan diberikan.  

Ini bukan kali pertama 3A ini membuat ancaman anarki sebegini.   Selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, rakyat akan meragui kesungguhan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang.   Selain itu, ia juga akan memberi semacam ilham dan keberanian kepada lebih ramai pengkhianat seperti mereka untuk berbuat yang sama di masa hadapan.  

Selepas BERSIH 3.0 tumbuh berbagai kumpulan laman sosial yang bertujuan menunjukkan tentangan terhadap penganjurnya.   Dari forum-forum dan komen-komen dalam kumpulan tersebut, tampak jelas yang majoriti rakyat menunggu dalam keresahan saat di mana pengkhianat 3A ini akan ditangkap.   Rakyat mendambakan ketegasan dan inginkan kesudahan atau penutup bagi siri drama BERSIH yang memualkan.  

Justeru, 3A perlu dikenakan tindakan yang tegas bukannya sekadar kritikan dan kecaman yang tidak berkesudahan di dalam akhbar.   

Jangan biar keresahan rakyat berpanjangan kerana ia akan bertukar menjadi keraguan di mana akhirnya pasti bertukar lagi menjadi bosan terhadap kerajaan.    

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...