Bersama Berjuang

Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Monday, October 28, 2013

DAP Itu Mak Bapak Lim Guan Eng Punya!!! Tak Faham2 Ke???


Kemelut dalaman Parti DAP berterusan dan bertambah kusut dari sehari ke sehari.  Parti yang sering mendabik dada sebagai lebih cekap, lebih telus, bijak dan amanah berbanding Barisan Nasional itu ternyata tidak mampu menyaingi BN walaupun sebesar hama.  Bayangkanlah pemilihan parti yang hanya melibatkan lebih kurang 2,000 orang sahaja kelam kabut sehingga terpaksa dikira semula dan kemudiannya dibuat pemilihan semula.

Itupun belum juga selesai lagi.

Sana-sini terdengar rungutan dari pihak ahli biasa sehinggalah ke pemimpin-pemimpin peringkat negeri. Yang tidak merungut hanyalah pemimpin CEC. 

Rungutan mengenai tidak menerima notis mesyuarat, kehilangan misteri para perwakilan dan juga perjumpaan khas yang hanya melibatkan orang-orang terpilih adalah antara aduan yang dibuat. Bagaimanapun, aduan yang paling mengejutkan ialah berkenaan pemilihan semula yang dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti. 

Akibatnya, DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat telah bertindak menghantar surat aduan kepada ROS supaya menyiasat pemilihan CEC pada 29 September lalu.

Swee Huat berkata, aduan tersebut terpaksa dibuat selepas ramai ahli DAP tidak berpuas hati dengan CEC baru kerana pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti, bukan Kongres Khas sepertimana yang berlaku.

Persoalannya, apakah Lim Guan Eng sebagai Setiuasaha Agong tidak tahu perlembagaan parti?

Sudahlah tidak tahu mengira, tidak tahu menggunakan komputer dan kini tidak tahu perlembagaan parti sendiri pula.   Apa jenis pemimpin yang menerajui DAP ini?

Hanya ada dua kemungkinan penjelasan mengenai apa yang berlaku iaitu sama ada Lim Guan Eng benar-benar bodoh atau beliau benar-benar jahat.

Kemungkinan besar ia adalah sebenarnya gabungan kedua-duanya iaitu bodoh dan jahat yang lahir dari sikap bodoh-sombongnya.

Kita percaya, pemimpin DAP bukan tidak tahu mengira undi tetapi sengaja mengumumkan tersalahkira kerana ingin memanipulasi keputusan agar orang-orang tertentu sahaja yang menang.  Bukan mereka tidak tahu menggunakan komputer tetapi perlu menyalahkan komputer bagi mencapai tujuan mereka untuk memanipulasi keputusan undian. 

Bukan juga mereka tidak tahu perlembagaan parti, tetapi sengaja tidak peduli kerana bagi mereka, DAP adalah milik Dinasti Lim dan tidak perlu mengikut undang-undang jauh sekali tunduk kepada mana-mana pihak berkuasa.

Pendek kata, mereka mengambil sikap DAP itu adalah milik mutlak Lim Guan Eng yang kemudiannya menyifatkannya sebagai ‘mak-bapaknya yang punya!’.

Justeru, ahli-ahli dan para pemimpin DAP di semua peringkat wajib memahami perkara ini. 

Ahli-ahli DAP boleh merungut atau mengadu, meletakkan jawatan, keluar parti ataupun membunuh diri sekali pun.  Namun, untuk mengharapkan pemimpin DAP memberi perhatian dan memperbaiki diri serta cuba berlaku adil kepada mereka, sama lah dengan mengharapkan Israel berhenti menceroboh Palestin.

Ini kerana perjuangan DAP bukanlah untuk mengsejahterakan rakyat.  Perjuangan DAP hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Melayu Islam.  Itu saja.

Di celah-celah itu, DAP turut berusaha  untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin melalui syarikat-syarikat besar yang diberi kontrak dan projek supermega.  Bak kata orang, sambil membina terowong di dalam laut, sambil minum air laut.

Untuk itu, Dinasti Lim perlu kekal berkuasa dengan apa jua cara. 

Wednesday, October 31, 2012

Perjanjian Rahsia DAP-PKR-PAS... PAS Paling Pariah?



Kata orang politik itu kotor.   Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik.  Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.   

Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.   Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat.  

Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.  Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan  Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua.  

Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik.   Tentunya, ini adalah pelik.  

Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP.  Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.    Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Aljuburi’ untuk Anwar.   Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim.  

Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen.  Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen.  Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin.  Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu.  

Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu PAS dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan.   Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik.    Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP.  

Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan PAS mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah.  

Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.   Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan.  Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi.  

Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka.  Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR.  Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat.  

Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar.  Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.   Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih.  

Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP.  Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP.  

Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali.  Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular.   

Sedangkan PAS pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah ‘dos’ agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP.  

DAP dan PAS kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar.   Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama?   Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah PAS walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu.  

Ini kerana pemimpin PAS telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP.  Lebih buruk lagi, apabila PAS sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding PAS.  Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan PAS-DAP dilaksanakan.  

Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah.  Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka.   

Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus.   Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.   

Kesudahan nasib kita tidak perlulah penulis nukilkan di sini kerana penulis pasti anda semua dapat fikirkannya sendiri.  

Tuesday, October 9, 2012

PAS Guna Surau dan Masjid, DAP Guna Gereja... Sama Kan?



KUALA LUMPUR : Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdialog dengan kira-kira 300 pemimpin gereja di Pulau Pinang baru-baru ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, selain mengukuhkan kedudukan sebagai Ketua Menteri, tindakan itu juga dilakukan oleh Guan Eng bagi mengekalkan Dinasti Lim dalam kancah politik.

Tegas beliau, kedudukan pakatan pembangkang akan difikirkan kelak selepas merasakan kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu stabil dan mendapat sokongan dalam kalangan pemimpin-pemimpin gereja.

''Itu merupakan tujuan tunggal Guan Eng iaitu menyelamatkan kedudukan peribadi beliau. Beliau juga mahu menyelamatkan Dinasti Lim dalam politik.

''Jika telah mendapat kedudukan dan sokongan, baru Guan Eng mahu memperbetulkan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Protal berita propembangkang, Malaysiakini kelmarin melaporkan Guan Eng dalam program dialog di Pulau Pinang menyeru penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun berasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah.'

Guan Eng berkata, walaupun penganut kristian bertanggungjawab di hadapan tuhan, adalah penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' - slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang.

Tambah Choo Keong, usaha Guan Eng itu juga dilihat sebagai satu tindakan untuk menanam semangat politik kebencian antara kaun dan penganut yang berkemungkinan akan mencetuskan masalah perkauman.

Katanya, tindakan itu satu yang tidak sihat dan boleh menimbulkan suasana huru hara dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mengulas isu yang sama, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan memberi ceramah atau berdialog di gereja sememangnya menjadi perkara biasa buat pemimpin DAP.

Katanya, ia jelas terbukti semasa pilihanraya umum Serawak pada 2011 apabila beberapa ahli parlimen pembangkang yang beragama Kristian menggunakan gereja dan kekuatan rumah ibadat untuk berkempen.

"Perkara ini telah menjadi kebiasaan kepada mereka. Oleh itu rakyat perlu faham sekiranya ia tidak dijaga dan ditanggani dengan baik, institusi keagamaan akan runtuh.

"Kempen atau program yang dilakukan di rumah ibadat itu bukan ke arah keagamaan sebaliknya ke arah politik," katanya.

Sementara itu, bekas pemimpin DAP, Tat Tuan Tat berkata, tindakan Guan Eng itu sesuatu yang tidak baik.

Katanya, tindakan mendekati pemimpin gereja itu dilihat salah satu cara untuk menarik penyokong menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Guan Eng tidak perlu bersusah payah jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum akan datang. Apa yang penting beliau perlu menjaga kebaikan akar umbi terlebih dahulu," katanya. - Utusan Malaysia

Friday, May 18, 2012

Dua Diktator Fuckatan Saling Bermuka, Rakyat Yang Menanggung Padah!



Parti PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua, berbanding dengan PAS.   

Persefahaman antara mereka cukup utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Republik, berfahaman plural, berpegang kepada prinsip liberal sekali gus menolak Islam sebagai agama rasmi, menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak istimewa bumiputera.  

Bagaimanapun, menyedari yang mereka tidak mungkin dapat meraih sokongan ramai jika mempromosi matlamat tersebut secara terang-terangan dan drastik maka cara halus dan perlahan-lahan digunakan untuk merombak fikiran rakyat.  Ini dilakukan dengan berbagai cara menggunakan berbagai wajah seperti BERSIH, Seksuality Merdeka, SUARAM, SUHAKAM dan termasuklah menjemput Irshad Manji, lesbian tersohor dunia untuk mengasak minda muda-mudi kita agar menerima pemikiran ini.  

Seharusnya dengan persefahaman yang sedemikian, PKR dan DAP sudah boleh bergabung sebagai satu parti.   Lagipun, kedua-duanya sama-sama mempromosi diri sebagai parti berbagai kaum.  Tidak lupa juga, kedua-dua mereka merupakan parti pengamal nepotisme dan kronisme yang nyata kerana diterajui oleh keluarga dan sahabat handai pemimpin tertinggi.      

Justeru, jika matlamat, prinsip, pegangan dan hala tujunya sama, kenapakah mereka masih menjadi dua komponen berasingan?  

Jawapannya, kerana pemimpin-pemimpin mereka gila kuasa, ingin bergelar Ketua dan tidak sanggup menjadi orang nombor dua.   Walaupun DAP secara lahirnya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri tetapi umum tahu bahawa DAP mempunyai kuasa penuh ke atas Anwar kerana menyimpan segala bukti rahsia gelapnya.  

Anwar pula, lebih rela menjadi boneka kepada DAP asalkan di atas kertas, jawatannya tertera sebagai orang nombor satu.  Baginya, sekurang-kurangnya tanpa bergabung dengan DAP, dapatlah juga beliau mendabik dada sebagai Ketua yang sebenar iaitu kepada  juak-juak dalam partinya yang akan sentiasa setia buta tuli kepadanya.    Jika bergabung dengan DAP, pasti semua juak-juaknya menjadi keliru perintah mana yang perlu diikut, perintah Ketua Boneka atau Ketua yang sebenar? 

Masalah yang lebih besar dari sekadar hirarki jawatan ialah sifat Anwar dan juga keluarga Lim itu sendiri iaitu mereka semua mempunyai sifat diktator tegar.  

Anwar adalah seorang Ketua yang tidak demokratik, kerana itu beliau sanggup memanipulasi undi dalam pemilihan parti untuk memastikan hanya ‘orang-orangnya’ yang kekal di jawatan tertinggi.  Walaupun PKR mempunyai Presiden iaitu isteri beliau sendiri, tetapi Presiden PKR hanyalah ilusi, atau bayang yang tidak wujud secara nyata.   Keputusan parti dibuat seratus-peratus oleh Anwar tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan orang lain.  Kerana itu, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya setelah menyedari bahawa mereka hanyalah alat yang diambil dan ditolak ke tepi mengikut keadaan semasa dan mengikut nafsunya.     

Sifat diktator Lim Guan Eng pula sudah menjadi pengetahuan umum.  Beberapa kali sifat tersebut mengheret beliau ke dalam konflik, krisis dan keadaan memalukan.   Kes sPICE misalnya, telah membuka luas karektor kuku-besinya yang keterlaluan.   

Namun, seperti juga Anwar, Guan Eng terlalu angkuh untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan.   Mereka sering mempersetankan segala kritikan dan membawa keangkuhan mereka ke tahap lebih tinggi setiap kali dikritik, sehingga akhirnya menyerlahkan sifat zalim.  

Kerana itu Guan Eng tega meranapkan kampung-kampung dan perniagaan Melayu dan India yang baginya tidak menyokongnya.  Tetapi para peniaga Cina yang dianggap penyokongnya dibela dan perniagaan mereka tidak diganggu walaupun berniaga di kawasan yang dilarang serta menghalang lalu-lintas.  

Semua ini didedahkan oleh Tunku Aziz, serentak dengan pengumuman beliau untuk keluar dari DAP.   Bagi Tunku Aziz, Guan Eng adalah dari jenis yang berlainan dari bapanya yang tidak berpegang kepada integriti dan membuat sesuatu dengan hanya mengikut emosi dan ego sendiri.   

Mungkin Tunku Aziz sudah terlalu lama berkawan dengan Kit Siang atau mungkin juga beliau terlalu lurus dan mudah percaya sehingga gagal melihat bahawa Kit Siang adalah borek, dan Guan Eng adalah rintik.   Siapa lagi yang mengajar Guan Eng, jika bukan Kit Siang agar tidak perlu menghormati sesiapa?  Keluarga Lim ini hidup dengan beraja di mata, bersultan dihati.  Orang lain adalah hamba, dan bangsa lain adalah anjing yang boleh disenyapkan, disepak-terajang atau dibunuh jika perlu.  

Justeru, dengan dua orang diktator berada dalam satu pakatan, bagaimana kita mengharapkan yang mereka dapat bekerjasama dengan baik jika menjadi pemerintah?   Pemerintahan dua orang diktator pastinya menjanjikan kezaliman dan penindasan dua kali ganda juga.   

Seperti yang kita lihat hari ini, keangkuhan mereka membuatkan mereka sering berbuat silap dan merugikan diri serta parti.  

Maka, jika dua diktator ini menjadi pemerintah sekali gus, pasti kesilapan yang dilakukan mereka juga akan berganda sehingga akhirnya akan menyebabkan negara kerugian dengan berlipat kali ganda juga

Tuesday, April 3, 2012

Penjualan Tanah Masjid Bayan Mutiara - Di Mana Suara Mat Sabu?



Sudah diperlihatkan dengan jelas di hadapan mata, bagaimana rasis dan chauvinisnya DAP, khasnya Lim Guan Eng dalam memerintah Pulau Pinang. Begitu juga dengan sifat kuku-besi dan tidak telusnya sehingga suatu ketika dahulu membawa kepada perletakan jawatan Tan Boo Chang, kounselor MPPP yang mewakili PKR, akibat tidak puas hati dengan isu sPICE.

Kini, satu lagi bukti ketidaktelusan dan sifat kuku-besi Guan Eng terserlah apabila beliau bertindak menjual projek pembangunan Bayan Mutiara kepada pemaju swasta. Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid.

Pembangunan Bayan Mutiara seluas 103 ekar direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan PDC Consultancy. PDC juga mempunyai anak syarikat pembinaan iaitu PDC Nusabina yang mampu melaksanakan pembangunan ini.

Namun, entah atas alasan apa dan sebab apa, kesemua perancangan yang bakal memberi manfaat dan keuntungan lumayan kepada PDC dan rakyat ini tiba-tiba dibantutkan oleh Guan Eng apabila beliau menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion. Untuk makluman, Nilai Pembangunan Kasar projek ini ialah RM10 billion.

Selain itu, perjanjian pembelian ini juga menimbulkan persoalan konflik kepentingan kerana kedua-dua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan iaitu Ketua Menteri Inc. (CMI) dan PDC, diketuai oleh Guan Eng sendiri.

Jika Guan Eng ikhlas ingin membantu rakyat dan menjana pendapatan negeri, tentu beliau tidak akan membuat keputusan sebegini. Jelas, ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang. Sekali gus, slogan CAT atau (Cekap, Amanah dan Telus) langsung tidak memberi erti.

Lebih menyedihkan ialah kelulusan asal projek ini adalah termasuk dengan pembinaan masjid. Dengan penjualannya, maka tapak masjid tersebut juga dijual bersama. Lanjutan dari itu, beberapa pemimpin UMNO telah tampil untuk mendesak Lim Guan Eng supaya menjelaskan hal yang sebenar dan mengembalikan tapak masjid berkenaan kepada Majlis Agama Islam negeri.

Sekretariat Selamatkan Tapak Masjid di Bayan Mutiara akan ditubuhkan jika terbukti Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid seperti yang terdapat dalam pelan pembangunan asal kepada syarikat pemaju swasta.

Maka satu lagi persoalan timbul, iaitu di manakah pemimpin-pemimpin PAS dalam isu ini? Tidakkah mereka juga sensitif mengenai penjualan tapak masjid Bayan Mutiara ini? Tidakkah mereka ingin memperjuangkan Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan selama ini?

Yang pastinya, skandal Bayan Mutiara ini bukan sahaja membuktikan ketidaktelusan DAP, tetapi juga membuktikan sifat hipokrasi PAS dalam mempertahankan kedaulatan Islam.

Selama ini juga PAS tidak pernah mengambil pusing soal pembinaan masjid atau platform dakwah yang kukuh untuk menyebar dan mendaulatkan Islam sama ada dari segi tarikat mahupun syariat. Buktinya, selama 22 tahun memerimtah Kelantan, hanya satu masjid yang dibina oleh PAS dan selebihnya adalah dibina atas usaha UMNO. Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah dari segi slogan dan pakaian semata-mata. Oleh itu, apalah erti tapak masjid Bayan Mutiara ini bagi PAS.

Dengan sikap DAP yang rasis, tidak telus dan kuku-besi, serta sikap PAS yang tidak mengambil pusing nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam, kita menjangkakan yang kaum Melayu Pulau Pinang akan terus tertindas di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung, kaum-kaum lain juga akan terjejas kerana nampaknya kerajaan negeri langsung tidak meletakkan kepentingan negeri dan rakyat dalam membuat keputusan.

Sebagai rakyat marhaen, kita hanya mampu bertanya mungkinkah ada sesuatu antara Lim Guan Eng dengan Tropicana Ivory Sdn Bhd?

Tetapi jangan lupa, sebagai rakyat marhaen juga, kita punya kuasa untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negeri dan juga negara.

Wednesday, March 14, 2012

LGE Angkat Bendera Putih??? Psycho jer tuh...!!!



Keangkuhan Lim Guan Eng akhirnya goyah juga apabila beliau semalam mengakui yang beliau merasa bimbang yang Pakatan Rakyat akan kehilangan kuasa di Pulau Pinang. Kenyataan beliau di dalam akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau semalam jelas menunjukkan ketidakyakinan beliau dalam menghadapi pilihanraya akan datang. 

Kebimbangan beliau berpunca dari kesungguhan BN bekerja dalam memulihkan sokongan rakyat negeri itu, yang menyaksikan lawatan yang kerap dari pemimpin-pemimpin tertinggi BN ke kawasan-kawasan panas di sekitar negeri itu. Selain itu, beliau juga merasa bimbang mengenai insiden-insiden keganasan yang berlaku kerana isu-isu tertentu. 

Menurut beliau lagi, adalah sukar bagi PR untuk menandingi BN dari segi jentera, wang dan media atau 3M (machinery, money and media) di mana BN mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat. Sasaran kini, katanya adalah untuk memenangi 100 dari 222 kerusi sudah dikira mencukupi bagi PR kerana ia pasti menimbulkan huru-hara di dalam UMNO. Apabila BN kehilangan 2/3 majoriti, Dato’ Seri Najib pasti akan dicabar dan pencabarnya akan membantu melemahkan BN secara tidak langsung. 

Itu adalah kenyataan dari mulut Guan Eng sendiri. Yang pasti, kebimbangan Lim Guan Eng bukan terhad kepada beberapa faktor yang disebutnya di atas sahaja. Tetapi, faktor yang paling kritikal ialah dirinya sendiri. 

Sebelum berkuasa di Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau DAP secara keseluruhan sememangnya sinonim dengan imej rasis dan chauvinis. Hakikat bahawa DAP adalah pencetus 13 Mei tidak mungkin dapat dipadamkan daripada sejarah walau bagaimana licik pun mereka berusaha mengubah sejarah. 

Apabila Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, rakyat telah diberi amaran berkenaan sikap rasis dan chauvinis DAP. Ternyata apa yang ditakuti menjadi nyata apabila Lim Guan Eng dengan selamba memungkiri janji kepada kaum India dengan merampas tanah kampung mereka dan dengan angkuh menghalau dan merobohkan kedai-kedai dan kampung milik kaum Melayu. 

Para pemerhati politik dan mereka-mereka yang berfikir dapat melihat dengan jelas bagaimana Lim Guan Eng menghalau kaum-kaum lain secara sistematik dan licik menggunakan kuasa dan undang-undang ke atas mereka yang lemah. Tanah-tanah kampung yang dirampas, didirikan rumah-rumah dan pusat komersial berkos tinggi bagi memastikan kaum Melayu dan India yang majoritinya terlalu jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina tidak akan mampu memilikinya hatta terpaksa keluar dari Pulau Pinang. 

Selain itu, sikap diktator Guan Eng juga semakin terserlah sehingga tidak lagi disenangi bukan sahaja oleh kaum bukan Cina, tetapi kaum Cina sendiri. 

Antaranya, Lim Boo Chang, bekas ahli MPPP telah bertindak keluar parti atas alasan khusus iaitu ‘sikap diktator dan autokratik’ Lim Guan Eng yang menggunakan taktik mengugut dan menekan dalam pemberian projek sPICE. Sikap itu juga sekali gus menunjukkan yang Guan Eng tidak telus atau korup dalam pemberian projek-projek kerajaan negeri. 

Guan Eng juga tidak mampu menyembunyikan kebenciannya yang meluap-luap terhadap Melayu dan sikap inilah yang sering menimbulkan ketegangan antara beliau dengan pegawai-pegawai kerajaan berbangsa Melayu. Bagi melakukan ‘damage control’ apabila sikapnya berjaya dihidu media, beliau terpaksa berbohong dan berbohong mengenai apa yang sebenarnya berlaku. 

Malangnya, Melayu tidak sebodoh yang Guan Eng sangka. Satu demi satu pembohongannya didedahkan seluas-luasnya sehingga beliau kini digelar sebagai Ketua Menteri lidah bercabang. 

Sikap kepimpinan tertinggi DAP juga tidak mampu membantu Guan Eng dalam meraih sokongan rakyat. Walaupun sibuk melaungkan keterbukaan, menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan media tetapi kepimpinan DAP sendiri tidak bersikap terbuka. DAP terkenal dengan budaya memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyeru boikot terhadap media yang mengkritik mereka. Bayangkan, bagaimana Guan Eng boleh mengharapkan sokongan rakyat jika beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin?

Itu belum lagi dikira amalan kronisme dan nepotisme dalam DAP di mana hanya mereka-mereka yang punya pertalian atau yang rapat dengan kepimpinan atasan sahaja yang akan diberikan jawatan. Sikap komunis yang sentiasa prejudis dan tidak mempercayai orang luar begitu menebal menjadikan DAP sebagai parti yang ‘dingin’ dan tidak mesra rakyat. 

Semua ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan Lim Guan Eng hilang keyakinan untuk menang dalam PRU akan datang. Mungkin Guan Eng enggan mengakui semuanya tetapi kita yakin yang jauh di sudut hatinya dia tahu setakat mana kebolehannya untuk mentadbir negeri. Seorang yang angkuh selalunya akan banyak berbuat silap kerana enggan menerima teguran dan nasihat. 

Walaubagaimanapun, ‘jatuh’ atau tidak Pulau Pinang kali ini bukan bermakna PR akan selamat. 100 kerusi sasaran PR boleh dikatakan satu cita-cita yang terlalu tinggi dengan keadaan Selangor yang dipenuhi sampah dan berlubang di sana-sini akibat korupsi kerajaan negeri. Apa lagi dengan keadaan pentadbiran Kedah yang terumbang-ambing dan Kelantan yang seolah-olah ‘koma’ selama-lamanya. 

Oleh itu, kebimbangan Guan Eng sebenarnya amatlah bertepatan sekali dengan perkembangan politik hari ini. Rakyat tidak lagi marah dengan BN sepertimana tahun 2008 dahulu. Rakyat kini marah dengan PR pula, kerana belum pun sampai sepenggal, sudah dilanda berbagai-bagai skandal. 

Thursday, September 29, 2011

Lepas Xavier Jayakumar, Orang Johor Kena Pulak Dgn Biawak Guan Eng!!!


Mmg dasar pembelit, lidah bercabang.  

Depan tunjuk mesra rakyat, belakang kasi hantam cukup-cukup.  Itulah teknik ampuh yang telah membutakan ramai terutamanya orang Melayu.  

Sedang lakonannya menjadi, berderet juak-juak PAS bingkas bangun mempertahankan kalipa mereka.  

Mujur ada rakaman yang telah mengkantoikan si biawak ini.  Dan GT tidak hairan, kerana sikap bermuka-muka memang cara laknatullah untuk memecahbelahkan umat Islam.  

Dan kali ini dia memburukkan Johor, kerana telah menarik FDI dengan jumlah tertinggi.  Dan dia tercabar kerana gagal di Pulau Pinang.

Politik yang cukup menjengkelkan, apabila memburuk-burukkan negara sendiri hanya kerana sifat iri hati atas kejayaan negeri lain.  

Perkara ini tidak berlaku apabila delegasi dari Persekutuan ke luar negara untuk mempromosikan potensi yang ada di Malaysia, tanpa mengira samada negeri itu ditadbir oleh BN atau pun Fuckatan.  

Buktinya?  MITI berjaya membawa masuk nilai pelaburan jutaan ringgit ke Penang.  Itu belum dikira kejayaan MITI menarik pelaburan ke Selangor. 

Seperkara lagi yang perlu anda ketahui adalah, Biawak Guan Eng menciplak hasil teknik mentornya nun dari seberang tambak, yang memburukkan Johor dengan isu jenayah.  

Butakah kita untuk menilai hubungan ini? 

Tuesday, September 6, 2011

Persoal Cuti PM di Australia, Kenapa Malaysiakini Tak Cover Story Tntg Cuti Lim Guan Eng Pulak?


Bila PM bercuti ke Australia pada perayaan berkembar Hari Raya dan Hari Kemerdekaan, ramai yang tuduh PM tidak patriotik.  Walhal, PM mengambil inisiatif untuk "bercuti", yang sebenarnya membawa maksud rawatan terapi akibat dari pembedahan lutut.  

Yang LGE ini apa hal pula? Sambut 31 Ogos di China?  Opsss.. nak jumpa atok sedara kat China kot?... Kan ke Pan Kaigo tu pakcik LKS.  Maknanya... Maksudnya... Maka... Samalah ertinya, bahawasanya Pan Kaigo itu pakcik LGE.

Kenapa berita LGE cuti di China pada 31 Ogos tiada di Malaysiakini ya???  Hanya story pasal cuti PM je...


KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berada di China pada 31 Ogos setelah berlepas dari negara ini pada hari berkenaan sekitar jam 10 pagi bersama keluarganya untuk tujuan bercuti di negara kuasa besar Asia itu.

Menurut sumber yang rapat dengan Setiausaha Agung DAP itu, ini merupakan amalan biasa Guan Eng ketika musim cuti perayaan terutama Aidilfitri kerana kebanyakan pekerja dan sahabat-handainya turut mengambil cuti yang panjang.

“Guan Eng balik dari China semalam, hari ini berada di Pulau Pinang untuk menghadiri beberapa program termasuk sambutan Aidilfitri,” kata sumber itu yang enggan namanya disiarkan.

Hari ini, laman Malaysiakini.com menyiarkan berita yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kelihatan ketika negara meraikan perayaan berkembar – Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu kerana berada di Australia.

Najib kononnya menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara kerana bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan.

Dalam pada itu, pembantu khas Perdana Menteri menjelaskan kepada mynewshub.my, Najib berada di Perth, Australia bukan untuk tujuan bercuti, sebaliknya mengambil kesempatan sempena cuti perayaan untuk menjalani terapi sukan ekoran pembedahan lututnya baru-baru ini.

“Perdana Menteri mengambil cuti pendek sementelah tiada sambutan Hari Kebangsaan rasmi pada 31 Ogos yang lalu dan kebanyakan rakyat sedang bercuti perayaan bagi menjalani terapi intensif di Australia yang terkenal dengan rawatan terapi sukan terbaik,

“Perdana Menteri menjalani program pemulihan terapi itu setiap hari di Perth, Australia,” katanya.

Sumber:  MyNewsHub

Friday, July 1, 2011

Ezam Di "ISA" kan Gara-Gara Bantah Lim Guan Eng Yg Anti ISA?


Seluruh negara akan melihat kepada karenah dan tingkah Hisham Amaran!  

Ini berikutan kebangkitan rakyat Penang dengan menunjukkan bantahan mereka kepada kezaliman dan sikap perkauman "Chauvinist" yang memecahbelahkan bukan sahaja orang Melayu, malah India juga.  

Andai KDN bersikap gentleman, sudah sampai masanya untuk menggunakan ISA terhadap BeerShit 2.0.  GT ada terdengar di radio tadi bahawa pihak PDRM tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan perhimpunan haram DAN MUNGKIN AKAN MENGGUNAKAN ISA!  

GT ingin tegur, bahawa ISA adalah "preventive measure" dalam bahasa JAWA, dalam bahasa Melayunya bermaksud cara untuk mengelak kejadian dari terjadi.  Apalah gunanya anda huru hara dan kekacauan telah berlaku, baru ISA digunakan?  

Apakah Hisham "berani" melihat Kuala Lumpur tenggelam dalam lautan darah merah, baru ingin mengutuk dan bertindak ke atas BeerShit 2.0?  

Andai begitu, selayaknya Hisham bertukar portfolio, mgkin sebagai pemandu ambulans, yang hanya akan bertindak sekiranya terdapat mangsa kemalangan atau rakyat yang dalam kesakitan!


Bodoh punya Hisham!!! 

Monday, May 23, 2011

KORANG MASIH TAK NAMPAK KE MOTIF SI LGE LAKNATULLAH INI???


Pendirian GT cukup mudah, GT sokong segala bentuk subsidi yang meringankan beban rakyat.  Poket kena jaga bro...

LGE menyalak lagi.  Katanya, jangan potong subsidi gula, biar kurang untung Felda.  Alasannya, demi rakyat.  Oklah, GT terima.

Tetapi, 

Kenapa dia berdiam kenaikan harga sayur-sayuran?

Kenapa dia berdiam kenaikan harga tepung?

Kenapa dia berdiam kenaikan harga barang pembinaan?

Kenapa dia berdiam kenaikan harga ayam dan ikan?  

Mengapa tidak LGE buat kenyataan jangan naikkan harga barang, biar kurang untung tauke berkenaan?  

Sebab kenaikan harga barang pada sektor di atas menguntungkan tauke Cina yang rata-ratanya mengawal bekalan.  Dan tentunya dia akan melanggar sifat chauvinistnya andai tidak menguntungkan bangsanya semata-mata.  Tentang rakyat, anggaplah ini kegagalan BN mengawal harga.  

Felda adalah entiti Melayu dan pastinya LGE menggunakan segala peluang yang ada untuk memburukkan institusi berkenaan dengan menggambarkan kerajaan sebagai zalim.  Akhirnya, orang Melayu sendiri yang berlaga dengan entiti dan asset Melayu.

Persoalannya, mengapa kepentingan Melayu terus diserang, manakala kepentingan Cina tidak pula dipersoal?  Andai kepentingan Melayu, itu kroni, pilih kasih.  Andai kepentingan Cina, alasannya orang Cina pandai berniaga.

Dan yang memilukan, ramai pula orang Melayu yang "termakan" dengan kata-kata ini... 

Korang nampak tak motif si laknatullah ini???  Korang ingat dia ikhlas ke buat statement ini?

Saturday, March 12, 2011

PANASSS.. ANCAMAN KRISTIANISASI, PAS SOKONG KALIPA LGE???


Berita gempar!!! Berita ini lebih dahsyat kalau nak dibandingkan dengan keadaan yang telah berlaku di Negara Jepun. 

Ianya lebih gempar dari gempa bumi dan tsunami di Negara Matahari Terbit itu. Dan kalau kita terlepas pandang dan membiarkannya, kemungkinan keadaan akan bertambah parah.

Semut terbaca twitter yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP Pusat mengenai perkara ini.


Berani dia desak Kerajaan Malaysia agar segara melepaskan Kitab Injil dalam bahasa Melayu yang telah ditahan oleh Kerajaan sebelum ini?

Malah Semut juga sempat membaca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh si Lim Guan Eng dalam laman Facebooknya.


Dia jelas sengaja menyalah-gunakan Perlembagaan serta membuat tafsiran menyeleweng untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat di Malaysia ini.

Konon kata dia, rampasan yang dibuat sebelum ini menghalang amalan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan.

Dia juga cuba mempengaruhi serta mengukuhkan pandangannya dengan menyatakan bahawa rampasan itu juga turut membelakangkan dasar Kerajaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Semut mula tertanya - tanya. Apa siginifikasinya mereka beria - ia mahukan Bible dalam Bahasa Malaysia ini dikeluarkan?

Dimanakah relevannya? Dan soalan yang paling membimbangkan ialah untuk siapa mereka buat Bible dalam Bahasa Melayu ini sebenarnya?

Siapa 'audiance target' mereka? Kalau nak kata dari kalangan masyarakat Cina, sudah ada Kitab Injil dalam bahasa tersebut. Begitu juga dengan kaum India.

Jadi adakah Kitab Injil dalam Bahasa Melayu ini hendak ditujukan kepada mereka yang terdiri dari kalangan masyarakat yang berbangsa Melayu?

Di mana pendirian PAS dalam soal ini? Bukankah mereka juga yang mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu merupakan bangsa terawal memeluk Islam di Malaysia?

Adakah ketika itu Kitab Al - Qur'an dikeluarkan dalam Bahasa Melayu? Sudah tentu tidak sama sekali. 

Pergilah ke mana Negara sekali pun, Kitab Suci Al - Qur'an tetap ditulis dalam Bahasa Arab. Boleh pulak orang memahaminya. Tak perlu ada dalam bahasa Melayu atau sebagainya pun.

Jadi, apa perlunya Kitab Bible ini dikeluarkan dalam bahasa Melayu kalau bukan untuk memesongkan aqidah serta kefahaman Islam dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia?

Tidakkah perkara ini boleh dianggap sebagai ancaman kepada agama Islam serta umatnya di Malaysia? Kenapa tak de orang sedar akan tipu muslihat mereka ini?

Sibuk beramuk pasal Politik, jangan sampai kita abaikan perkara ini. Sedar - sedarlah wahai umat Islam dan bangsa Melayu Malaysia. Musuh yang jelas sudah ada depan mata. Kenapa kita masih bertengkar sesama sendiri?
Sumber:  Semut Hitam
GERAKAN TIMUR:
Bagi GT mudah, orang Melayu itu beragama Islam.  Dan orang Melayu tidak menghalang penganut-penganut lain dari melaksanakan upacara agama masing2.

Tapi, apa motif penyebarannya bible dalam bahawa Melayu?  Siapa yang cuba menjadi golongan sasaran?  orang India?  Cina?

Kalaulah UMNO membenarkan penyebaran Bible versi Melayu ini, GT pasti PAS akan membuat roadshow ke serata kawasan Melayu dgn menjual obat bahawa UMNO menyokong gerakan kristianisasi ini. UMNO kafir laungnya.

Hari ini, Kalipa mereka yang menentang usaha kerajaan untuk menghalang kemasukan bible ini.  

Apa kata PAS?  Dimana suara Dewan Pemuda PAS yg sibuk nak berdemo BERSIH?  Adakah PAS cukup jantan untuk membuat demo menentang kenyataan LGE ini?  
Atau telur mereka kecut akibat dijentik2 oleh kafir Harbi DAPig laknatullah, Khalid Samad dan yang sehina dengannya?

Thursday, December 16, 2010

KHALIFAH LGE PAS PIS PUS MAIN API LAGI!!!


Khalifah LGE yang lebih tinggi martabatnya dari Harun Din di sisi Pas mengutuk Melayu buat sekian entah berapa kalinya!!!  

Ternyata, kenyataan ini pasti diterima oleh bAhlul Pas dgn tawa'duk kerana wali selipar tidak bangga menjadi Melayu.  Ini membuktikan bahawa Pas bukan orang Melayu, tetapi mgkin serpihan orang Portugis atau Belanda dimana tuan garu guru mereka masih gagal berbahasa melayu dengan baik apabila menyebut Islam sebagai Isle.  

GT sgt - sgt emosi apabila puak pendatang sedarah dengan namaweebabi nih mengutuk kaum Melayu... UMNO, dah tentu Melayu dan Islam.  

LANCAU LU LIM GUAN BIAWAK!!! KLIK SINI untuk mengetahui kesahihan berita ini!!!

Wednesday, September 22, 2010

MATEMATIK -- BIAWAK + MANUSIA = LIM GUAN ENG. BETUL TAK?

LIM GUAN ENG ni lahanat yang kena reject dengan orang Melaka, lari ke Penang  dan di agung2kan oleh orang Penang, lebih tepat, kambing2 fuckatan Penang.  Lahanat ni mmg bermulut biawak, kaki kelentong, kaki pembohong dan busuk punya kaki. Mendapat pengiktirafan "Khalifah" oleh Wali Selipar yang dah tua nyanyuk dan dianggukkambingkan oleh bAhlul pas, terkemudian mendapat status "Father" oleh pihak gereja. 

insiden fitnahnya kepada Nik Ali, penipuan jumlah bantuan sekolah agama rakyat spt yg disebarkan di PRK sibu dll telah menampakkan wajah sebenar mangkuk ayun nih.  

Anda boleh mengikut perkembangan si pembohong ni secara langsung dengan Bloggers2 Penang spt:

PISAU.NET

Insiden tamparan hikmat nusa bangsa oleh Pak Ali, membuktikan ada orang Penang yang masih ada telur....  Terbaru, Pisau.Net menjadi sasaran fitnah lidah biawak LGE.  Namun, LGE pula yang tiada telur... report polis la klu betul Pisau.Net fitnah.  Ini lapor SKMM... Ini tahap IQ pemimpin Fuckatan yang x faham bahasa kebangsaaan.  Oleh itu, anda bayangkan tahap IQ penyokong2 mereka pulak...ishhhh... kasihaaaaannn...

untuk Orang Selangor, masih tak amik pengajaran ke??? 

Tuesday, August 24, 2010

CONFIRMED- TIADA NAMA YDPA, HANYA LGE DI KHUTBAH JUMMAT!!!


Confirmed!!!  Khatib amPAS di Pulau Pinang mengaku tidak memasukkan nama Yang Dipertuan Agung selaku ketua agama Islam negeri itu dalam doanya!!!  Sebaliknya, nama kalipa sesat anugerah N.ajis yang disebutnya!!!  Akhirnya mengaku juga, setelah berkali2 dinafikan oleh kambing2 Fuckatan sebelum ini.  Apa kata kambing2 yang mempertahankan kononnya perkara itu satu fitnah?  Apa kata Sheikh Anwar Al-Juburi yang membuat dakwaan bahawa ini adalah fitnah dari UMNO?  Haaa... berbohong? menipu? 

Pak Sheikh dan kambing2nya harus bertaubat...  PAS sudah semakin sesat...  lagi menyesatkan!!!

Pendedahan di Berita Harian, KLIK SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...