Bersama Berjuang

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Malaysia Pesat Membangun Dgn Kadar Inflasi Rendah - Moody's Investor Service


Malaysia sebelum ini telah menerima amaran dari Fitch Ratings iaitu agensi penarafan kewangan yang membuat penilaian kurang memberangsangkan berkenaan kedudukan hutang negara.  Dari situ, kerajaan telah mengambil langkah-langkah drastik seperti mengurangkan subsidi bagi memulihkan kedudukan Malaysia di mata pelabur asing. 

Penilaian dari Fitch seharusnya dilihat hikmah di mana ia berjaya membantu kepimpinan mengambil langkah awal untuk memulihkan keadaan. 

Hari ini, ternyata kepimpinan telah berjaya melonjakkan penarafan kewangan Malaysia sepertimana yang direkodkan oleh Moody’s Investor Service, iaitu satu lagi agensi penarafan kewangan antarabangsa. Penilaian Moody dikategorikan kepada 9 tahap iaitu Aaa, Aa, A, Baa, Ba, B, Caa, Ca dan C dengan tahap ketepatan yang dinilai dari nombor 1, 2 atau 3.

Moody telah menilai Malaysia di tahap A3 dalam kedudukan bon asing sekali gus menukar penarafan dari stabil kepada positif.   Bon tukaran asing jangka panjang dan deposit pula masing-masing berada di tahap siling A1 dan A3.  Kadar risiko tukaran tempatan pula berada pada tahap siling A1.

Bersandarkan mandat yang diperolehi kerajaan BN melalui PRU yang lalu, Malaysia dijangka akan mengalami kesukaran untuk kekal kukuh dari segi kewangan.  Ini ditambah lagi dengan percubaan demi percubaan dari berbagai pihak untuk mencetuskan ketidakstabilan melalui demonstrasi dan provokasi kaum dan agama yang tidak kunjung henti. 

Bagaimanapun, terbukti Malaysia berjaya mengharungi semuanya dan kini kedudukan kewangan Malaysia kekal kukuh.  Apa yang berlaku membuktikan kebijaksanaan kerajaan dan juga kematangan rakyat negara ini. 

Langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak sebelum ini dilihat sebagai faktor utama yang membawa kepada laporan positif Moody. 

Selain itu, agensi tersebut juga menerima baik langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST dalam masa terdekat.  Secara dasarnya, Moody meletakkan keyakinan terhadap Malaysia untuk mengurangkan defisit yang mana akan turut menstabilkan jumlah hutang negara. 

Dari laporan Moody, adalah didapati bahawa Malaysia merupakan negara yang pesat membangun dengan kadar inflasi yang rendah berbanding semua negara lain yang mendapat taraf A. 

Pendapatan Kasar Dalam negara telah mencatatkan peningkatan sebanyak 5.1% iaitu yang tertinggi di antara semua negara bertaraf A.  Malaysia juga memperlihatkan peningkatan dalam pelaburan swasta dengan kadar purata 17% dari 2010-2012 iaitu lebih tinggi dari tempoh 5 tahun sebelumnya.   Di masa yang sama, Malaysia juga memperlihatkan pembayaran yang sihat. 

Moody turut menyatakan bahawa rekod cemerlang Malaysia ini antara lainnya berpunca dari  kecekapan Bank Negara. 

Secara dasarnya, kedudukan kewangan di Asia Pasifik dijangka stabil sehingga 12 bulan akan datang. Namun, Malaysia tidak harus leka kerana laporan Moody mengenai perkembangan yang dijangka akan semakin perlahan di China mungkin akan menjejaskan kita. 

Setakat ini, Australia dan Indonesia telah mengalami sedikit kesan dari keadaan ekonomi China ini apabila China mengurangkan import bahan semulajadi. 

Bagaimanapun, kita pasti kerajaan sedia maklum akan perkara ini dan akan mengambil langkah awal bagi mengelak sebarang kesan ke atas Malaysia. 

Monday, October 7, 2013

Rukun Negara Dijadikan Panduan Untuk Serang Negara... Siapa Punya Angkara???


Secara ilmiahnya, senario ini sedang menghakis salah satu prinsip negara, iaitu kesopanan dan kesusilaan. Tidak ada lagi nilai-nilai murni orang timur.

Itu adalah permulaan, di mana selepas itu, kita dapat lihat apabila pihak berkuasa sering dicabar oleh mereka. Demonstrasi jalanan bermaharajalela. Undang-undang diketepikan, tanpa punya rasa tanggungjawab terhadap majoriti yang menghormatinya.

Bukankah tingkat prinsip Rukun Negara yang seterusnya adalah kedaulatan undang-undang?

Baca seterusnya DISINI

Monday, July 22, 2013

Pihak Kristian Gunakan Kontroversi Alvin-Vivian Untuk Beri Tekanan Kepada Kerajaan... Harbi Enggan Mengalah!


Kes 30,000 Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah kini di dalam proses rayuan di mana kerajaan yang bertindak menyekatnya telah kalah pada ‘pusingan pertama’ di mahkamah.  Walaupun ia membuatkan umat Islam ‘panas hati’ tetapi ia membuktikan betapa kerajaan Malaysia langsung tidak masuk campur dengan perjalanan mahkamah. 

Berikutan itu, PERKASA telah menyarankan agar Injil tersebut dibakar sahaja sebagaimana biasa dilakukan terhadap buku-buku yang ingin dihapuskan.  Saranan tersebut turut dipersetujui oleh Tun Mahathir Mohamad.  Akibatnya, kedua-dua mereka menjadi sasaran pihak Kristian bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak berlaku adil. 

Kononnya, apa yang mereka sarankan telah menyentuh sensitiviti pihak Kristian sama seperti yang dilakukan oleh pasangan Alvin-Vivian yang menyentuh sensitiviti Umat Islam dengan mengajak berbuka puasa dengan Bak Kut Teh. 

Dengan menggunakan hujah yang sama, DAP dan media-media pro-pembangkang seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini mula menyerang kerajaan sebagai bersikap berat sebelah.   

Jelas, pihak yang membela Kristian cuba memanipulasi isu Injil dengan Kalimah Allah dengan cuba membalikkan peluru kepada kerajaan Islam Malaysia.  Sedangkan di dalam isu ini, sensitiviti umat Islam yang disentuh terlebih dahulu, bukannya Kristian.  Hati umat Islam telah terguris akibat desakan Kristian yang tidak berasas ingin menggunakan nama Tuhan umat Islam untuk kitab agama mereka.   

Dan saranan agar membakar sahaja Injil berbahasa Melayu tersebut hanyalah tindakbalas dari hati yang terguris itu. 

Sekiranya, Kristian tidak dengan sengaja mengguris hati umat Islam dengan menimbulkan provokasi melalui nama Tuhan didalamnya, pastinya tiada siapa yang akan menyarankan agar Injil tersebut dibakar. 

Dalam kata lain, pihak Kristian telah dengan sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam dan kemudiannya menyalahkan umat Islam apabila mereka bertindak balas.  Ini merupakan taktik kotor yang tidak seharusnya diterima oleh mana-mana agama, termasuk Kristian. 

Apatah lagi, apabila sehingga kini, tiada sesiapa di pihak Kristian yang mampu menjelaskan kenapa mereka ingin atau perlu menggunakan nama Allah untuk menggantikan ‘Father’ iaitu Tuhan Bapa mengikut agama mereka.   

Kenapa Kristian tidak menggunakan nama Dewa-dewa Hindu bagi Injil berbahasa India atau ‘Buddha’ bagi Injil berbahasa Cina?    Atau kenapa Kristian tidak ingin  menggunakan nama Allah dalam Injil semua bahasa termasuk Inggeris?  

Kenapa hanya bahasa Melayu yang menjadi sasaran sedangkan bagi ‘Allah’ adalah nama Tuhan sejagat, bukan hanya untuk umat Melayu yang bertutur bahasa Melayu. 

Satu perkara lagi yang perlu direnungkan oleh pihak Kristian ialah, walaupun Injil dianggap kitab suci dalam agama mereka, namun mereka sendiri tidak meletakkannya di tempat yang setahap dengan AlQuran bagi umat Islam.  Ini kerana, Islam tidak membenarkan AlQuran diubah sejak dari diturunkan.  Ayat-ayat AlQuran adalah ayat Allah SWT serta tidak pernah ditukar, ditambah atau dikurangkan walau satu perkataan pun. 

Manakala, Injil telah melalui beberapa versi perubahan sejak zaman berzaman.  Menurut Islam, Injil yang asal iaitu di zaman Nabi Isa A.S akan mengesahkan bahawa Nabi Isa adalah manusia bertaraf Nabi, bukan anak Tuhan dan bukan Tuhan.  Namun, Injil itu tidak lagi dapat dijumpai hari ini, kecuali satu atau dua yang didakwa disimpan di Turki dan Vatican namun dinafikan dan diragui oleh pihak Kristian sendiri sebagai Injil asal.  Ini kerana Kristian tahu bahawa Injil mereka telah ditukar beberapa kali dan mereka sendiri tidak tahu yang manakah versi asal.  Secara dasarnya, mereka sendiri percaya yang ianya tidak wujud lagi. 

Dengan kedudukan Injil yang ditukar dan diubah, maka ia bolehlah dianggap sebagai sebuah buku biasa karya manusia.  Oleh itu, saranan untuk membakar Injil yang telah dengan sengaja menyentuh sensitiviti agama lain, adalah saranan yang tidak seharusnya menyentuh sensitiviti sesiapa.

Monday, October 8, 2012

Dana Asing Guling Kerajaan; Kertas Putih Akan Dibentang Di Parlimen???



Pendedahan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang Suaram telah menerima sejumlah dana asing sehingga RM100 juta dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sangat memeranjatkan rakyat. GAPS yakin penyaluran dana asing ini adalah bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.

Ia merupakan satu perkara yang sangat serius yang boleh mengancam kedudukan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini. Ancaman penderhakaan kepada negara ini disebut dalam perkara 149 Perlembagaan Persekutuan iaitu membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang Di-Pertuan Agong atau kerajaan dalam persekutuan serta usaha untuk mendapatkan perubahan secara tidak sah.

GAPS yakin JMM mempunyai bukti yang kukuh sehingga boleh mengaitkan Suaram membawa masuk sejumlah wang yang sangat besar yang dibiayai oleh anasir subversif asing.

Selain itu syarikat-syarikat dan individu yang menggunakan topeng NGO untuk melaksanakan kepentingan agenda asing ini juga wajar didedahkan kepada rakyat. NGO-NGO dan parti-parti politik yang mendapat tajaan dana asing juga wajib diumumkan.

Selain dari pihak Polis, Pendaftar Syarikat dan Bank Negara yang sudah terlibat menyiasat perkara ini, GAPS juga mencadangkan Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Audit Negara serta lain-lain agensi yang berkaitan juga wajar menyiasat penyaluran masuk dana asing yang berniat jahat ini.

Oleh yang demikian GAPS mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat secara menyeluruh pengaliran masuk dana asing ini yang mahu menghancurkan sistem pemerintahan demokrasi negara sekali gus menghuru-harakan keamanan dan ketenteraman awam, kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran ekonomi negara ini.

Kerajaan juga wajib membentang laporan suruhanjaya ini di Parlimen sebagai Kertas Putih mengenai usaha terancang campur tangan asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi dinegara ini.

Mereka yang terlibat menjadi agen dan talibarut anasir asing ini wajar dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. Tiada kompromi kepada mereka yang menjadi penderhaka kepada negara Malaysia yang merdeka.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
5 Okt 2012
Shah Alam.

Thursday, September 6, 2012

Sang Saka Malaya Bikin Pemimpin Fuckatan Saling Bertelagah... Aikkk!!! Takkan Cuak Kot!!!



Tidak sukar untuk kita jangkakan PRU 13 kelak bukan sahaja akan menjadi medan tempur politik yang paling mencabar dan paling mendebarkan untuk dihadapi oleh pihak pakatan pembangkang yang bernaung di bawah PR. 

Ditambah pula dengan segala kesilapan strategi dan kontroversi yang sengaja diundang, tak mustahil PRU itu nanti akan menjadi kubur besar noktah penamat untuk kerjaya politik ramai pemimpin PR.

Ketika masih ramai khalayak umum masih tergiang-giang telinganya dengan kontroversi melalut Mat Sabu yang memuja muji Mat Indera Komunis akhir tahun lalu, tahun ini pembangkang mengulangi lagi kontroversi dengan mencabar kehormatan panji negara.

Saat rakyat masih lagi segar ingatannya dengan hinaan YB DAP yang sengaja menghina dan memperlekehkan Jalur Gemilang dan lebih mendaulatkan bendera DAP, kini amarah rakyat dibakar lagi dengan kibaran sang saka Malaya di malam kemerdekaan negara yang ke 55.

Berpuluh tahun panji negara, Jalur Gemilang berkibar megah tanda kedaulatan dan kemerdekaan tanahair tercinta ini, tiba-tiba timbul idea gila si pemuda yang terlalu memuja Ketua Umum PKR tampil mahu mengubah dan menukar panji kebanggaan anak bangsa.

Bukankah ini jelas menonjolkan sikap tidak patriotik dan seperti sengaja dirancang untuk mencabar kehormatan panji serta sejarah kemerdekaan negara?

Bila isu ini semakin menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap pakatan pembangkang, mulalah masing-masing di pihak PR berbelit lidah mencipta alasan demi alasan untuk mengasingkan diri dari terpalit dengan perbuatan biadap dan tidak patriotik tersebut.

Shamsul Iskandar, Ketua AMK PKR dalam satu kenyataan misalnya telah berkata yang rekaan bendera tersebut langsung tiada kaitan dengan AMK mahupun PKR, sedangkan umum mengetahui pencipta asal bendera sang saka Malaya adalah Najwan Halimi yang sekarang ini adalah Timbalan Ketua Penerangan AMK PKR.

Manakala AJK PAS Pusat, Idris Ahmad pula dalam pada menafikan hasrat PR untuk menukar bendera Jalur Gemilang, tidak pula secara terbuka berani mengecam tindak tanduk liar yang ditunjukkan oleh peserta Janji Demokrasi yang mengibarkan bendera sang saka Malaya.

Sama ada PKR mahupun PAS, sekarang masing-masing mahu mencuci tangan tidak mahu mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan, walhal idea menukar panji negara untuk diubah kepada 'sang saka Malaya' datangnya anak didik mereka sendiri.

Sekarang mereka saling bertelagah menuding jari tidak mahu mengakui segala kontroversi yang berlaku itu datangnya dari doktrin mereka yang terlalu mendahulukan politiking kepartian sehingga melupakan peri pentingnya mempertahankan kehormatan panji kemerdekaan tanahair.

Justeru itu, janganlah sampai menangis tidak berlagu bila kelak rakyat yang semakin meluat dengan permainan kontroversi yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang akhirnya membulatkan tekad menghumban mereka dalam pilihanraya akan datang.

Ini Bendera Tanah Melayu? Agak-Agaklah Kalau Nak Bodohkan Rakyat Pun...



Shah Alam: Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

"Namun majoriti orang melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

"Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

"Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya.

Sumber: Berita Harian

Tuesday, September 4, 2012

Sang Saka Malaya Ditiru Dari Bendera Putera Komunis??? Wow...!!!



Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut.  Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi. 

Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007.  Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.

Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.

Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun.  Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.

PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.

Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.

PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya.  Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM.

Sang Saka Merah Putih



Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa.  Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar merah dan bintang kuning. 

Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah ‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa?  Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme?

Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.

Dan apa yang ironi di sini ialah, Anwar juga dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini.  Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu konfrontasi pula. 

Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu memanjangkan idea Pak Sako iaitu menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan Melayu rantau ini? 

Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja ‘menjemput’ negara asing menjajah kita  sedangkan pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah?  Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari kita seperti Indonesia. 

Kita tidak dapat membayangkan adanya sebarang penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya ini.  PR boleh terus menafi, tetapi kerosakan telah pun berlaku.  Rakyat kini telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.

Monday, September 3, 2012

Republik Malaysia??? Macam Gampang Jer Bunyinyer!!!



Merubah sistem negara, itulah gambaran terbaik untuk kita labelkan kepada segelintir rakyat Malaysia yang hilang rasa hormat kepada Jalur Gemilang.

Apa yang ditunjukkan ialah kebencian, atau protes kepada panji negara.

Apa yang sebenarnya berlaku? Tidakkah mereka-mereka itu faham dan mengerti maksud tersirat di sebalik Jalur Gemilang.  Rasanya, kita telah terdidik dengan jelas dari sekolah rendah lagi, akan pengertian pada setiap butiran yang ada pada bendera Malaysia.

Entah di mana silapnya, sehinggakan pemikiran radikal ini menyelinap masuk ke akal fikiran rakyat Malaysia, sehingga tergamak menyekutukan panji negara.

Baca seterusnya DISINI

Tuesday, December 13, 2011

Foto2 Sambutan Rakyat Sejurus Sebelum Pertabalan YDPA Tuanku Sultan Kedah!












Foto lagi... sori pada semua pembaca. Rasanya dah seminggu tak update blog Gerakan Timur.

Beban kerja telah menghadkan GT mengeluarkan artikel-artikel seperti biasa.  Nak jenguk blog pun tak sempat!  Foto-foto ni pun sebab at the right time, at the right place.  Apapun, berkongsilah warna-warni pagi tadi bersama anda...

Ok, nak sambung kerja.  Cari rezeki halal, untuk anak dan isteri.  Barakallah..

Insyaallah, GT akan bersiaran seperti biasa selepas ini. 

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Foto: Warna Warni Keberangkatan Tuanku Sultan Mizan Ke Kuala Terengganu Semalam!






















Foto2 untuk tatapan anda semua. 

Meriah!

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

LIVE: Lintas Langsung dari Dataran Parlimen

GT sedang bersiatan secara langsung dari Jalan Parlimen menantikan ketibaan Tuanku Sultan Kedah, sempena pertabalan baginda sebagai YDPA.

Gerakan Timur menjunjung kasih, berdoa agar Tuanku meneruskan kesinambungan gemilang Tanah Berdaulat ini.

Teruskan bersama GT utk bersama2 rakyat meraikan majlis pertabalan YDPA yg baru.

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!


Published with Blogger-droid v2.0

Thursday, November 17, 2011

LIVE: Harimau Muda Bakal Membaham Si Garuda!!!


GT ucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Muda!!!  Bersiaran secara langsung dari Gelora Bung Karno sebentar lagi...

Pastikan Garuda patah sayap..

Pastikan Garuda berparuh di bumi..

Pastikan Garuda tertunduk layu..

Ayuhhh... Kita Ganyang GARU... daaa...  apa daaaa...

Wednesday, October 5, 2011

MESTI TONTON: Video Ayahanda Tun M Belasah Yahudi!!!



Perhatikan Mat Salleh tu.. terkebil-kebil menahan emosi.  Mgkin tak sangka Tun M sebegitu tegas dan berani, kerana rakaman ini diadakan di London.  

Kalau lah Nik Aziz.. pastinya dia sekadar mampu berkata "Nate mu... "  hehehehe...

Tuesday, October 4, 2011

PANASSS... Bajet 2012 Anwar Petang Ini Berdasarkan Maklumat "Orang Dalam"?



Anwar dikhabarkan akan mengadakan sidang akhbar petang ini, atau dalam waktu terdekat berkenaan dengan Bajet 2012.  

Jangan terpedaya seandainya ia berkonsepkan retorik buku Jin-Gay.  Sekadar berjanji bulan dan bintang tanpa ada fakta tentang dari mana datangnya sumber pendapatan itu.  

Namun GT tidak hairan, kerana pembohongan itu Anwar, dan Anwar itu pembohong.  

Yang menjadi resah gelisah, mengikut sumber yang boleh dipercayai, Anwar telah mendapat maklumat awal tentang Bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri.  

Dari mana Anwar dapat maklumat itu?  Dari gunting dalam lipatan.  

Dan sidang akhbar yang akan dibuat adalah menawarkan bajet yang lebih baik dari apa yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri. 

Taktik seperti ini juga dipraktikkan oleh PKR sewaktu menghadapi PRU 2008 apabila menggunakan sistem SMS Blaster bagi menyampaikan maklumat kepada penyokong-penyokong mereka bagi menafikan sebarang laporan akhbar.  

Apa juga tajuk akhbar yang merugikan Anwar esok pagi, sms akan dihantar pada tengah malam sehari sebelum bagi menafikan berita tersebut, atau melabelkannya sebagai fitnah.  Itu adalah sindrom penafian yang telah lama ditanam di hati sanubari totok PKR.

Sumbernya dari golongan yang sama, gunting dalam lipatan.

Kali ini, bajet pula menjadi sasarannya.  Belum pun ianya diumumkan, Anwar sudah merangka strategi untuk memperlihatkan bahawa dirinya satu langkah ke hadapan berbanding DS Najib. Walhal, ia sekadar janji demi membuat "damage" kepada Bajet 2012 Malaysia.

GT jangkakan bajet Anwar itu sedikit lebih baik dari bajet PM untuk nampak rasional dan bukan sekadar gula-gula politik, kerana Anwar tahu rakyat menolak kandungan "tidak masuk akal" Buku Jin-Gay!

Masihkah anda ingat ungkapan "Saya bagi 1 minggu, kalau tidak selesai, ini bukan Anwar Ibrahim"?

Begitulah mudahnya andai sekadar berkata-kata dan manis berjanji, hakikatnya Kg Buah Pala sudah lama terkubur...

Friday, September 2, 2011

Jalur Gemilang Berkibar Di Bumi Somalia Tanda Hormat Mereka Kepada Malaysia!


Jalur Gemilang berkibar di bumi Somalia, mematrikan perjuangan sahabat-sahabat dalam misi kemanusiaan.  

Saksikan gambar-gambar yang meruntunkan jiwa, yang diambil dari blog sahabat pejuang DISINI.  Dan Allah memberi kita peluang untuk menilai, mentafsir agar kita faham erti syukur atas rahmat dan nikmat yang dikurniakanNYA kepada sebuah bumi bertuah bernama Malaysia!

Jangan hancurkan sebuah kedamaian...

Thursday, September 1, 2011

MESTI TONTON: Dr Ridhuan Tee Dedahkan Langkah Pertama Ke Arah Perpaduan Islam & Melayu!!!


Cari titik pertemuan untuk langkah pertama, dan bukannya sentiasa berpegang kepada perbezaan.  

Dan seperti yang GT laungkan, selagi blog ini terus berkarya, idea perpaduan Islam dan Melayu tidak akan pernah pudar...

Kerna akhirnya, kita semua, sujud kepada satu kiblat yang sama!!!

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

Hidup Melayu!!!

Wednesday, August 31, 2011

Mampukah Kita Mewariskan Kemerdekaan Kepada Generasi Seterusnya?


Salam Kemerdekaan Yang Ke 54 kepada semua rakyat Malaysia.  

Negara kita masih baru, andai dibandingkan dengan beberapa buah negara, terutamanya negara maju, yang menjadi kiblat sesetengah pihak sebagai benchmark yang wajar untuk Malaysia capai.  

Mereka lebih suka kononnya berstandardkan Amerika, internasional katanya.  Maka wujudlah pertubuhan yang mengambil bulat-bulat cara Amerika untuk diaplikasikan, terutamanya apabila menyentuh politik.  

Atas nama kebebasan, mereka mendesak agar Malaysia patuh, dan mengenepikan keunikan negara ini, samada dalam kepelbagaian kaum mahupun asas pembinaan negara bangsa.  

Mengakui mereka sebagai rakyat Malaysia, tetapi politik mereka sebenarnya menghancurkan negara ini.  Kuasa asing dijemput hadir campurtangan, satu bukti akan sifat tidak pernah belajar dari sejarah bangsanya sendiri.  Harbi laknatullah dijulang sebagai pemimpin demonstrasi, tanda mereka tidak pernah belajar dari sejarah agamanya sendiri.  

Dan mereka cuba mengubah sejarah, bahawa "keunikan" yang ada pada negara ini adalah anugerah, yang diberikan atas "pengorbanan".  Apatah lagi, keunikan tersebut tidak pula dihormati, atau disyukuri.  Dasar harbi yang didorong oleh zionisme, selagi negara ini tidak dikuasai, selagi itu mereka tidak berpuas hati.  Dan pastinya duit bukanlah masalah bagi mereka, kerana funder-funder yang "dihalalkan" kononnya mempromosi kebebasan, demokrasi dsb.  

Dan kita adalah benteng terakhir, untuk memastikan kemerdekaan yang bermaksud merdeka; bebas dan mampu membuat keputusan sendiri. Merdeka dari segi pemikiran, merdeka dari segi perlaksanaan, dengan aturcara negara kita tanggungjawab kita.  Dan asas bina negara jangan pernah dilupa.  

Perhatikan sensasi politik terbaru, apabila ada orang Melayu yang sanggup menafikan perjuangan polis bukit kepong, dan mengangkat komunis sebagai idolanya!  

Fahaman ini telah menyerap ke dalam pemikiran orang Melayu yang beragama Islam, dan suatu hari nanti, sejarah akan diubah, dan merdeka hanya tinggal ucapan semata-mata!  

Jangan kita menyesal nanti, kerana tidak mampu mewariskan erti kemerdekaan sebenar kepada anak cucu kita.  

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!


Sunday, August 28, 2011

Pengkhianat!!! Video Mat Sabu Hina Pejuang Bukit Kepong... DAP Jua Bertahkta Di Hati...




KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.-Utusan
 
GERAKAN TIMUR:
Pisau.Net mmg tajam menusuk... Terima kasih atas video pendedahan si penjilat tegar DAP ini!!!  

Perjuangan Islam bukan, perjuangan untuk Bangsa Dan Negara pun tidak, itulah pemimpin pilihan ahli PAS.   

Apa perjuangan PAS yang sebenarnya???

Monday, August 22, 2011

Foto2 Program Kibarkan Jalur Gemilang Bersama Dato' Fuad Hassan!!! Korang Dah Kibar Ke Belum?











Ini komitmen GT kepada sambutan hari kemerdekaan.  Raya, raya gak.... hari kemerdekaan jangan pula dilupa...!!!

Soalan pada semua, sudahkah anda mengibarkan Jalur Gemilang samada di rumah mahupun di kenderaan anda?  

Panji kita tu bro... andai dalam perang, jangan sampai ia jatuh tersungkur menyembah bumi...  

Sedihnya, ada pula golongan yang mempermainkan dengan menerbalikkan kibaran dengan sengaja, dan lebih kurang ajar, ada pula yang membakarnya!!!  

Kalau dah tak suka sangat dengan negara ini, GT rasa lebih baik jadi warganegara negara lain.  Contohnya, Bangladesh ataupun Somalia bagus untuk diorang nih kot..

Tak payah tunjuk kurang ajar dengan panji sendiri... jaga maruah lu bro...

So, SELAMAT HARI RAYA MERDEKA!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...