Bersama Berjuang

Showing posts with label perpaduan. Show all posts
Showing posts with label perpaduan. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Isu NG MUN TATT: Siapa Yang Terhina? Penghina Agama Atau Pihak Berkuasa?


Setelah PAS bersekongkol dengan DAP, kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia semakin lemah. Walaupun kerajaan masih lagi diterajui UMNO, perpecahan Melayu menyebabkan UMNO juga seolah-olah tidak begitu mampu menahan asakan perpaduan kaum Cina.

Ditambah pula dengan sikap pemimpin yang ‘segan’ untuk membela Melayu kerana bimbang dituduh rasis sedangkan kaum Cina pula langsung tidak segan untuk mendesak dan menuntut apa saja atas dasar rasis.

Bermula dari Namewee yang biadap tetapi akhirnya dijulang sebagai ikon oleh kerajaan, orang-orang Melayu terus memendam kemarahan.  Walaubagaimanapun, orang Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dalam PRU-13 yang lalu kerana bimbang keadaan yang lebih teruk menimpa Melayu di tangan pembangkang.

Bertitik-tolak dari Namewee, semakin ramai kaum Cina yang secara terbuka menghina Islam dan Sultan-sultan di laman-laman sosial mereka.  Namun, apa yang berlaku ialah, hari ini mereka dilaporkan, esok mereka disoal-siasat, dan lusa mereka lepas bebas.

Kitaran ini berulang-ulang menjadikan mereka semakin hari semakin melampau dan benar-benar percaya yang undang-undang tidak mampu mengapa-apakan mereka.   Kemarahan yang diluahkan oleh rakyat terhadap mereka di laman-laman sosial menjadikan mereka bertambah teruja.

Sememangnya, itulah matlamat mereka iaitu membuat orang-orang Melayu/Islam marah.

Dalam keterujaan, mereka menjadi semakin lupa diri maka terjadilah kes mengajak orang Islam berbuka puasa dengan Bak Kut Teh.

Namun, orang-orang Melayu sudah tidak lagi mengharapkan apa-apa dari kerajaan untuk membela Islam dan mempertahankan maruah orang-orang Melayu.  Orang Melayu tidak lagi menjangkakan yang pasangan Bak Kut Teh Alvin dan Vivian akan dikenakan tindakan.

Oleh yang demikian, nama dan alamat mereka kini disebarkan di internet, pastinya dengan niat menunggu adanya seorang Melayu yang berani menjalankan hukuman ke atas mereka.   Khabarnya, mereka juga sudah menerima ancaman bunuh.

Dalam penantian itu, dengan tidak disangka-sangka rupanya sudah ada yang menerima hukuman atas kesalahan menghina Islam.  Beliau dikenalpasti sebagai penjaga cybercafé, Ng Mun Tatt 24 tahun, yang diculik, dibogelkan dan ditinggalkan di tepi jalan dengan tubuhnya diconteng “Saya Hina Agama Islam”.

Beliau bagaimanapun tidak cedera dan barangan peribadinya juga diserahkan kepada teman wanitanya.

Kejadian ini membawa dua pengertian iaitu 1.  orang Melayu itu ada kesabaran dan hanya memberi amaran walaupun kes penghinaan terhadap agama Islam dan Melayu sudah berpuluh kali berlaku, dan 2. kesabaran itu pasti ada hadnya.

Cara orang Melayu melepaskan kemarahan juga boleh terjadi dengan dua kemungkinan iaitu 1.  mengamuk terhadap sesiapa sahaja yang berani menghina Islam dan Melayu lagi selepas ini, dan 2. menolak UMNO yang dilihat lemah dan tidak mampu membela Islam dan Melayu lagi.

Justeru, apa yang terjadi kepada Mun Tatt sebenarnya bukan sahaja merupakan amaran terhadap kaum Cina yang biadap, tetapi juga amaran terhadap kerajaan dan pihak berkuasa agar lebih tegas.  Tidak mustahil keadaan akan menjadi lebih buruk jika semua yang menghina agama Islam tidak dikenakan tindakan.

Apapun, kes ini tidak harus dipandang remeh atau diketepikan sebagai ‘kes orang Melayu yang emosi’. Sesungguhnya hanya orang yang paling bodoh dan tidak bermaruah sahaja yang sanggup mengangkat orang yang menghinanya sebagai ikon!

Oleh itu, atas dasar cinta kita pada UMNO dan BN, inilah diingatkan bahawa kemarahan orang-orang Melayu terus memuncak dan mungkin akan meletup menjelang PRU-14 nanti.  Pada waktu itu, pemberian BR1M berjumlah RM5000 seorang juga tidak akan mampu melembutkan hati mereka lagi.    

Wednesday, September 19, 2012

Filem Innocence Of Muslims: Ketepikan Seketika Ideologi Politik Anda!!!



Sudah banyak bantahan dan demonstrasi di seluruh dunia dilakukan sebagai bantahan terhadap filem Innocence of Muslims, sebuah filem kos rendah yang sudah tiga kali bertukar tajuk yang isi ceritanya menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam.

Seluruh dunia sekarang sedang hangat membicarakannya walau pada awal kemunculan filem itu langsung tidak menarik perhatian ramai, namun kini kebanyakan orang sibuk memperkatakannya.

Dalam salah satu rusuhan dan bantahan berdarah di Libya, empat orang dilaporkan telah terbunuh termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Steven. Manakala di Pakistan, seorang dilaporkan turut terbunuh.

Korban disebalik bantahan itu memperlihatkan betapa marahnya umat Islam terhadap penghinaan sedemikian rupa tapi di masa yang sama ia tidak membantu ke arah memperbaiki imej Islam di mata dunia.

Meluahkan bantahan dalam apa jua isu terutama sekali melibatkan maruah kesucian Islam sewajarnya dilakukan secara tertib dan berhikmah untuk mengelakkan sangka buruk dari terus menguasai minda masyarakat dunia.

Jika gagal mengawal keadaan sebaliknya mengundang pula huru hara disebabkan bantahan dan kemarahan yang tidak terkawal, musuh Islam yang menyokong dan menerbitkan filem Innocense of Muslims pula yang bertepuk tangan gembira meraikannya.

Di Malaysia bantahan secara kecil-kecilan sudah bermula sejak Jumaat lalu dan dijangkakan akan lebih besar selepas solat Jumaat minggu ini apabila dua parti utama yang 'bermusuhan', iaitu UMNO dan PAS kemungkinan akan bergabung tenaga untuk membantah filem tersebut.

Sayap kanan pemuda kedua-dua parti dilaporkan sedang menimbang saranan tersebut dalam usaha meneruskan tekanan ke atas penerbit filem Innocense of Muslims serta mendesak pihak berkuasa Amerika Syarikat supaya mengambil langkah perlu sesegera mungkin.

Sebelum ini, beberapa NGO seperti Pembela, Perkasa, JATI dan beberapa NGO lain telahpun menyuarakan pendirian masing-masing membantah filem Innocense of Muslim yang jelas jalan ceritanya bertujuan mencemarkan imej Islam itu.

Manakala Wisma Putra dalam kenyataan rasminya juga telah menyatakan bantahan rasmi berhubung perkara tersebut di masa yang sama mengecam sebarang bentuk keganasan termasuklah pembunuhan Duta AS ke Libya.

Sementara itu, walaupun belum ada kata putus secara rasmi dari sayap pemuda UMNO dan PAS berhubung cadangan bekerjasama meluahkan bantahan aman Jumaat nanti, tapi secara umumnya setakat ini ia mendapat respon positif dari kedua belah pihak.

Jika ia menjadi kenyataan tentunya akan membuka satu lembaran baru ke arah memperkukuhkan titik temu di antara kedua-duanya yang selama ini asyik bercakaran. 

Sesekali bersatu suara dan tenaga dengan mengetepikan seketika perbedaan politik tentunya manis untuk dikenang setidak-tidaknya dapat meredakan sedikit ngilu kesan luka gara-gara asyik tikam menikam sesama kita saudara seagama.

Dalam pada itu, tentunya kita tertanya-tanya mana perginya suara pemuda PKR (AMK) berkaitan isu yang sedang hangat dibicarakan sekarang ini. Takkan masing-masing ahli dan pemimpin PKR khususnya AMK hanya berpeluk tubuh sahaja.

Bila melibatkan isu politik, bukan main garang hingga ada kereta polis diterbalikkan oleh penyokong PKR yang bersekutu dengan NGO BERSIH, takkan disebabkan isu kali ini membabitkan kesucian Islam dan tak menguntungkan politik PKR maka parti yang berketuakan imam mahdi palsu itu ambil langkah mendiamkan diri?.

Sewajarnya dalam isu filem Innocense of Muslims ini, semua pihak tanpa mengira perbezaan parti yang disokongnya dapat berlapang dada dengan menyuarakan bantahan yang sama, inilah waktunya untuk buktikan umat Islam di Malaysia ini tetap bersaudara.

Seeloknya pemantauan dari pihak penganjur bantahan aman kelak perlu rapi kerana kita tidak mahu keganasan seperti yang pernah berlaku dalam demonstrasi BERSIH 2.0 dan 3.0 berulang. Tidak salah menyuarakan bantahan secara terbuka tapi pastikan tertib dijaga.

Thursday, September 6, 2012

Mat Sabu Sesak Nafas Kena "Jentik" Dengan Ustaz Nasharuddin!



Ura-ura kewujudan konspirasi untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sudah lama diketahui umum terutama sekali semenjak tercetusnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang hangat diperdebatkan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Walaupun bukan satu rahsia pencetus idea ke arah pembentukan UG datangnya dari Presiden PAS sendiri namun fokus kemarahan pemimpin lain yang pro Anwar Ibrahim (Anwarinas / Erdorgan) tetap terarah kepada Ustaz Nasharuddin disebabkan peranannya sebagai antara perantara penting yang membawa kepada pertemuan antara pemimpin UMNO dan PAS.

Tika ini sekalipun usaha mereka telah berjaya melumpuhkan lebih separuh kekuatan pengaruh Ustaz Nasharuddin, namun sisa-sisa pengaruh beliau diakui masih mampu mengancam perancangan kumpulan Anwarinas untuk menguasai sepenuhnya struktur kepimpinan PAS.

Lantaran itu apabila media perdana menyiarkan foto pertemuan Ustaz Nasharuddin dengan Perdana Menteri di Kota Suci Mekah bersama beberapa ulama Arab Saudi diikuti respon keras oleh Ustaz Nasharuddin yang mahu PAS mengkaji semula hubungan dengan PR khususnya DAP, peluang tersebut segera diambil oleh kumpulan Anwarinas bagi menekan pucuk pimpinan PAS untuk menyingkirkan terus Ustaz Nasharuddin dari parti.

Sebagaimana mereka berjaya menyingkirkan bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali atas alasan melanggar dasar PAS, demikian juga mereka yakin dengan alasan sama Ustaz Nasharuddin akan dapat disingkirkan.

Berjaya atau tidak usaha konspirasi kumpulan Anwarinas mempengaruhi kepimpinan PAS membuat keputusan yang keras dan muktamad itu banyak bergantung pada sejauh mana kemampuan Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS untuk mempengaruhi arah pemikiran ahli Majlis Syura PAS pada 9 Sep-tember nanti.

Nik Aziz yang sejak dulu diketahui agak condong kepada kumpulan Anwarinas dipercayai masih memiliki pengaruh peribadi dikalangan beberapa ahli Majlis Syura, tidak mustahil berupaya mencorakkan keputusan seperti yang dikehendaki oleh kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam.

Bagaimanapun, jika sebaliknya berlaku dan Majlis Syura PAS mengambil keputusan memihak kepada Ustaz Nasharuddin, bermakna selepas ini kita akan menyaksikan beberapa perkembangan menarik termasuklah kebangkitan semula Ustaz Nasharuddin dalam kepimpinan PAS selain merintis ke arah permulaan kejatuhan pengaruh Nik Aziz dalam mencorakkan arah tuju PAS di masa depan.

Imbas semula semasa Muktamar PAS yang ke-55 tahun 2009, usaha kumpulan Anwarinas untuk menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden pernah terbantut apabila ketua mereka, Husam Musa tewas dalam pertandingan tiga penjuru sekalipun tika itu Nik Aziz memberi sokongan kuat kepada anak buah kesayangannya itu.

Disebabkan kehadiran Mat Sabu sebagai calon kumpulan Syiah PAS bagi merebut jawatan yang sama, bukan sahaja telah menyebabkan undi kumpulan Anwarinas berpecah dua malah dimasa yang sama menyumbang kepada kemenangan bergaya kepada Ustaz Nasharuddin untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Menjelang Muktamar PAS tahun 2011 hasil iktibar dari kekalahan sebelumnya, kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam telah membuat percaturan taktikal dengan hanya bertanding jawatan Naib Presiden manakala bagi jawatan Timbalan Presiden sokongan diberikan kepada ketua kumpulan Syiah PAS iaitu Mat Sabu.

Mengikut perkiraan mereka, sekiranya Mat Sabu berjaya merampas jawatan tersebut dari Ustaz Nasharuddin, peluang untuk Husam merampas kerusi empuk Timbalan Presiden itu semasa Muktamar PAS ke-59 tahun 2013 kelak akan lebih mudah disebabkan 'aura' kepimpinan Husam diyakini jauh lebih hebat berbanding Mat Sabu.

Untuk itu perubahan taktikal tersebut dilakukan dengan fokus menjatuhkan dahulu Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden.

Pun demikian disebabkan karisma Mat Sabu kurang diyakini untuk menyatupadukan penyokong kedua-dua kumpulan tersebut, usaha memecahkan undi kumpulan 'ulamak' terpaksa dilaksanakan dengan mempengaruhi saudara terdekat kepada Mursyidul Am PAS yakni Tuan Ibrahim Tuan Man untuk melengkapkan pertandingan tiga penjuru yang diyakini akan memihak kepada Mat Sabu.

Hasilnya Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi mengalahkan Tuan Ibrahim yang mendapat undi 399 di kedudukan kedua manakala ustaz Nasharuddin yang gagal mempertahankan jawatan tersebut tewas dengan hanya mendapat sejumlah 224 undi sahaja.

Melihat pada imbasan tersebut ditambah lagi dengan senario terkini, ramai pemimpin PAS yang berlatarbelakangkan agama masih mengharapkan peluang kedua masih wujud untuk Ustaz Nasharuddin, jika ianya menjadi kenyataan bermakna impian mereka untuk menebus kekalahan memalukan di tangan kumpulan Anwarinas akan tercapai dengan mencalonkan kembali Ustaz Nasharuddin untuk bertanding semula jawatan Timbalan Presiden PAS.

Pastinya pertembungan tersebut akan mengulangi episod tahun 2009 yang menyaksikan Mat Sabu terpaksa berdepan dengan Ustaz Nasharuddin dan Husam Musa dengan jangkaan Ustaz Nasharuddin akan kembali memenangi jawatan itu sekaligus memulakan gerakan membersihkan semula imej PAS yang sekarang ini lebih sinonim dengan gelaran sebagai anjing DAP.

Apapun, senario sebenar hanya akan diketahui pada 9 September nanti, sama-samalah kita saksikan sama ada PAS masih mahu kekal sebagai anjing DAP ataupun masih ada sedikit sisa-sisa kesedaran untuk cuba memperbetulkan kembali landasan perjuangan mereka yang sudah jauh tersasar.

Tuesday, June 26, 2012

Reformasi Indonesia '98 - Ikhtibar & Teladan Buat Malaysia (Amaran Keras: Jangan Baca Sekiranya Anda Punya Sakit Jantung)



Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.

Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.


Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.

Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.

Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.

Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.

Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.

Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.


Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.

Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.

Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.

Friday, June 22, 2012

Pengajaran Untuk Penganut PAS - Jangan Membontoti Pemimpin!



Program Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan pada 16-17 Jun lalu amat bertepatan sekali di saat-saat umat Islam sering bertelagah sesama sendiri.    Jika semua umat Islam menghayati apa yang diseru oleh para Ulama dalam program tersebut, pastinya kita akan kembali bersatu dan semakin kuat.  

Kesimpulan yang paling penting yang didapati dari program ini ialah: masalah hudud dan masalah dosa pahala pemimpin tidak harus dijadikan penyebab untuk umat untuk berpecah dari kumpulan.  Pemimpin wajib ditaat agar negara boleh menjadi kuat dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk masuk dan menghancurkan segala nikmat.   

Selain dari pengajaran dari kertas-kerja yang dibentang, satu pengajaran tidak langsung yang mungkin ramai peserta terlepas pandang ialah bagaimana kita menilai Ulama.  

Ulama-ulama yang hadir di program tersebut adalah Ulama-ulama tersohor termasuk Syeikhul Universiti Al-Azhar sendiri.   Penyampaian kertaskerja mereka adalah berdasarkan kajian  mendalam selama berbelas atau berpuluh tahun.  Mereka juga bercakap mengenai pengalaman sendiri dengan melihat perpecahan yang berlaku di negara-negara Asia Barat.   

Namun, walaupun mereka semua terdiri dari pakar agama yang dihormati, mereka sentiasa berpesan di akhir pembentangan bahawa mereka mengalu-alukan perbezaan pendapat agar dapat diperbincangkan.    

Selain itu, dari segi keperibadian juga, mereka semuanya bersikap merendah diri, sentiasa bercakap dalam tonasi lembut, mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan keamanan.   Pendek kata, para hadirin dapat merasa ketenangan yang dibawa oleh Islam di akhir setiap pembentangan. 

Jika kita seorang yang gemar memerhati dan belajar dari persekitaran, kita akan mendapati bahawa semua ciri-ciri ini tiada dalam diri Ulama-ulama PAS yang sering mendabik dada sebagai ‘pemilik mutlak’ agama Islam.    

Dengan itu, penulis meminta agar para penganut PAS bertanya kepada diri sendiri, apakah Nik Aziz layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ulama-ulama tersebut?  Apakah Hadi Awang layak berbincang bersama mereka?  

Kita tahu, jauh di sudut hati para penganut PAS mereka terpaksa jua mengaku yang Tok Guru dan Tuan Guru mereka itu bagaikan langit dengan bumi kedudukannya dari segi ilmu dan akhlak berbanding Ulama-ulama tersohor tersebut. 

Selama kita mendengar ceramah-ceramah Nik Aziz atau Hadi Awang atau mana-mana Ustaz PAS, tiada ilmu yang kita dapat melainkan mendengar bagaimana mereka memuji diri sendiri dan menghentam semua orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka.  Selain dari memetik hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menepati kepentingan mereka, tidak ada kajian mendalam mengenai ayat-ayat terbabit yang mampu dihuraikan mereka dengan sebaiknya tanpa berbunyi politik kepartian.   

Mungkin dalam menjunjung semangat perpaduan dalam soal perbezaan pendapat, Nik Aziz telah menolak pendapat para Ulama di dalam program Fiqh tersebut yang sepakat bahawa politik tidak seharusnya mempengaruhi niat untuk mengerjakan ibadah haji.  Tetapi, malangnya, Nik Aziz tidak mampu menghuraikan pendapatnya dengan menggunakan hujah-hujah ilmiah yang terperinci dengan rujukan-rujukan yang pasti.  Sebaliknya pendapat Nik Aziz hanya berasaskan fikiran dan emosi sendiri.  

Kita pasti, para penganut PAS yang membaca dan memerhati akan dapat mengenalpasti kesilapan ataupun lebih tepat, kesesatan yang dibawa oleh Nik Aziz.  Cumanya, kita tidak tahu berapa ramai di antara yang sedar itu yang akan kembali ke pangkal jalan.  Kita tidak tahu berapa ramai yang lebih rela berpegang kepada kebencian terhadap UMNO yang ditanam oleh Nik Aziz, berbanding berpegang kepada tuntutan Islam untuk bersatu padu dan mentaati pemerintah.  

Kerana itu, di harap program seperti ini diadakan lagi untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.   Untuk itu, eloklah dijemput Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali malah, Pak Sheikh Anwar Ibrahim juga, untuk duduk bersama-sama berforum dengan Syeikh Uthman AlMuhammady serta para Syeikh dari Tanah Arab dari program Fiqh ini, demi mencari titik penyatuan.   Dengan program seperti ini, kita akan dapat menilai sendiri, mana Ulama sebenar, mana Ulama jahat dan mana satu peliwat.

Tuesday, May 22, 2012

Muzakarah: Apabila Nik Aziz Ibarat Berkata Babi Itu Halal Dimakan...



Cadangan yang berpacul dari mulut Nik Aziz; Muzakarah antara UMNO dan PAS sebenarnya dilihat sebagai salah satu usaha untuk membentuk perpaduan Melayu oleh kebanyakkan rakyat, terutamanya mereka yang tergolong sebagai “atas pagar”.

Desakan naluri perpaduan ini bukan sahaja berpaut kepada ajaran Agama, malah rasa muak, benci dan meluat dengan politik semasa membuatkan ramai golongan ini mahu sesuatu diambil sebagai langkah permulaan.

Perpaduan Melayu terpecah sekian lama, dan semakin serius berpunca dari Anwar Ibrahim, selain api permusuhan Melayu yang dinyalakan oleh DAP, sebagai langkah memastikan Islam tidak bersatu.

Waima terdapat penolakan dari golongan hard-core masing-masing, samada UMNO atau PAS, itu adalah perkara biasa, kerana perbezaan ideologi dan matlamat menerbitkan perbezaan.  Malah, cita-cita politik mereka juga menjadi sentimen penting dalam menentukan keputusan.

Yang pasti, orang nombor dua UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyahut hasrat yang murni itu dengan berlapang dada, sebagai petanda bahawa UMNO senantiasa terbuka untuk sebarang muzakarah.

Baca seterusnya DISINI

Thursday, May 17, 2012

Skrip Terbaru PAS: UMNO Menolak Kerajaan Perpaduan! Alahai PAS.. Sudah-Sudahlah...


PAS, tatkala tersedar yang dirinya sudah tersepit dan ketinggalan, akan kembali bercakap soal hudud, negara Islam dan muzakarah dengan UMNO.  Ini adalah perkara ‘alami’ dan biasa berlaku bila PAS berdepan dengan penurunan sokongan.  Apatah lagi dalam keadaan sekarang, PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat, kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat juga semakin jauh, sesuai dengan status "pariah" PR.

Fokuskan kepada isu muzakarah ini.

Walaupun Nik Aziz hari ini menyebut, yang dipetik “sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja, termasuk UMNO”, ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO.  Ayat yan dilafazkan penuh berhati-hati, kerana dikhuatiri pepatah "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong" melekat, gara-gara terhegeh-hegeh  untuk muzakarah dengan UMNO, setelah begitu tebal "kekafiran dan kekufuran" di"fatwa"kan kepada UMNO sebelum ini.

Kenapa ianya “memang semata-mata ditujukan kepada UMNO”? Lihatlah senario politik PAS di Malaysia hari ini, siapa ingin muzakarah dengan PAS?  MIC, MCA, PPP?  Siapa?  Tidak akan ada parti lain, kecuali UMNO.  Abaikan DAP dan PKR kerana mereka berada diluar tajuk atas sebab kerjasama dengan PAS sudah bermula tanpa muzakarah.  Andaikan berlakunya muzakarah, ia berbentuk secara tidak langsung, dan bukan dalam konteks ‘rayuan’ yang dibuat terhadap UMNO sekarang.

Persoalannya, tidakkah PAS merasa malu dengan meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka lakukan terhadap UMNO selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu sebelum ini, terutamanya sepanjang 4 tahun yang lepas? Di mana maruah Nik Aziz dan PAS?  Beberapa hari sudah, Hadi Awang juga mengungkapkan perkara yang sama, tapi itu tidak boleh diterima pakai kerana Hadi sekadar patung berhias yang mana kata-katanya tidak memberi apa-apa makna, zahir dan batin.  Pendirian PAS mesti berlandaskan kata-kata Nik Aziz.

Terjawablah sudah seperkara, mengapa Anwar begitu beria-ia mahu mengambil alih PAS secara halus.  Anwar sebenarnya risau muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Rakyat yang diwujudkan Anwar akan lebih terkebelakang tahap relevansinya.  Sudah tentu apabila muzakarah ini diadakan, perbincangannya  terarah mengenai politik dan pembahagian kuasa andai kerjasama wujud.

Anwar tidak mahu ini berlaku.  Serendah mana pun kedudukkan PAS dibanding dengan UMNO sekarang, PAS masih punya sokongan akar umbi yang kuat, dibanding dengan PKR dan DAP yang banyak bergantung kepada pengundi cina dan melayu atas pagar yang bergantung kepada isu-isu tertentu untuk menentukan sokongan.

Justeru, UMNO mesti mengelak dari terperangkap dengan permainan licik PAS ini.  Soal muzakarah ini bukan baru dan niat disebaliknya pun bukan suatu yang rahsia.  Apa sekalipun, ia hanya akan menguntungkan PAS dan memberi sedikit kelebihan moral kepada BN dan UMNO.  Yang diintai PAS bukan perpaduan tapi keuntungan politik yang boleh dicapai dengan kerjasama ini, seandainya ia menjadi kenyataan.

Pemimpin UMNO perlu mengimbas kembali penyertaan PAS dalam Barisan Nasional suatu ketika dahulu menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada PAS semata-mata. Kalau apa yang dimahukan itu tidak boleh dicapai, PAS tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjasama yang telah dipersetujui di awalnya.  Sekali lagi, perpaduan bukanlah matlamatnya, tetapi keuntungan politik.

Itulah PAS.

Sedangkan dalam keadaan ‘bekerjasama erat’ dengan PKR dan DAP sekarang pun, PAS berani membuat cadangan untuk bermuzakarah dengan UMNO, apakah jaminan masalah yang sama tidak akan berulang  sekiranya muzakarah dengan UMNO nanti membawa kepada penyertaan PAS ke dalam BN seperti dekad 70-an dahulu? 

Apapun, terpulang kepada UMNO untuk perhalusi.  Jangan mudah terperangkap dengan drama ini.  Plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui sebelum pengambaran itu bermula sekalipun.

Thursday, September 1, 2011

MESTI TONTON: Dr Ridhuan Tee Dedahkan Langkah Pertama Ke Arah Perpaduan Islam & Melayu!!!


Cari titik pertemuan untuk langkah pertama, dan bukannya sentiasa berpegang kepada perbezaan.  

Dan seperti yang GT laungkan, selagi blog ini terus berkarya, idea perpaduan Islam dan Melayu tidak akan pernah pudar...

Kerna akhirnya, kita semua, sujud kepada satu kiblat yang sama!!!

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

Hidup Melayu!!!

Wednesday, June 15, 2011

PANAS JAHANAM!!! USTAZ HARUN DIN "TENAT" GARA-GARA "PENGHAPUSAN ETNIK ULAMA" ???


Hanya tinggal segelintir "etnik Ulama" dalam PAS.  Ustaz Harun Din antara yang masih bernafas... bernafas dalam lumpur!!! 

PAS menafikannya!  

Namun perkembangan terkini hasil dari pemerhatian berbulan-bulan lamanya tentang kemelut-kemelut yang menyelubungi Partai Isle Se-Malaysia menyatakan hakikat sebuah perjuangan!  

Ustaz Harun Din bakal menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali?  

PAS bakal menafikannya!!! 

PAS bakal berkata ianya fitnah!  Amat sukar untuk PAS membezakan antara analisis dan fitnah!  

Ustaz Harun Din sedang "tenat"!!!  KLIK SINI.

Thursday, May 26, 2011

MUBARAK: KERJASAMA UMNO-PAS BERGANTUNG PADA PEMILIHAN PAS

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden 

Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.

Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu.

“Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.

“Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud,” kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.

Beliau bagaimanapun tidak mahu meramalkan siapa yang menang bagi jawatan itu.

“Saya tidak mahu masuk campur, itu terserah kepada PAS untuk menentukannya,” katanya.

Mubarak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri bekas wakil rakyat dan mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang seluruh negara.

Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Husam memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum pukul 5 petang esok.

Pada sidang media itu juga, Abdul Aziz berkata konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh diperkuatkan sekiranya Umno dan PAS bekerjasama.

“Soal Melayu itu tunggal, kekuatan orang Melayu dan 1 Malaysia tidak boleh diperkuatkan jika orang Melayu berpecah.

“Jadi kekuatan 1 Malaysia itu bergantung kepada kekuatan satu Melayu, 1 Malaysia adalah satu Melayu dan ia boleh dijayakan sekiranya orang Melayu ini bergabung,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada Barisan Nasional (BN) akan kembali memperoleh kemenangan dua pertiga dalam Parlimen, Abdul Aziz berkata berdasarkan transformasi yang dilakukan Najib, ia boleh.

“Berasaskan kepada transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, BN boleh (mencapai kemenangan dua pertiga).

“Kalau kita lihat ia ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil yang mana pengundi-pengundi muda, pengundi Cina, pengundi India sudah kembali selepas pilihan raya umum 2008,” katanya.

Bagaimanapun tegas beliau, kemenangan itu tidak seharus diletakkan di atas bahu Najib tetapi keseluruhan parti komponen BN.

“Tapi untuk meraih sokongan ini tidak boleh hanya diserahkan kepada Datuk Seri Najib sahaja, beliau ada populariti tapi apa yang diperlukan adalah populariti calon-calon yang akan bertanding.

“Selain itu, MCA, Gerakan dan MIC perlu memainkan peranan yang lebih agresif untuk menjelaskan transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib, ini bukan kerja beliau seorang... ini kerja semua parti komponen BN. Transformasi yang dilakukan ini sudah dapat diterima, komponen parti BN juga perlu ada transformasi dan ia perlu dilakukan dengan segera,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan kemenangan dua pertiga BN dalam Parlimen selain berjaya merampas Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Namun pada 16 pilihan raya kecil yang diadakan, BN dan Pakatan Rakyat berjaya memenangi lapan kemenangan.

GERAKAN TIMUR:
Jangan pernah kita padamkan semangat "perpaduan" ini.  Berpeganglah dengan kesamaan, bukan perbezaan.  Mulakan dengan kerjasama, cari keserasian...  Insyaallah, perpaduan itu bukanlah sesuatu yang mustahil!

Saturday, May 7, 2011

MAHFUZ SAHKAN DIA ADALAH AGEN PERPECAHAN UMMAT ISLAM!


Mahfuz Omar, agen antai-perpaduan hari ini mengesahkan statusnya sebagai batu penghalang untuk melihat Islam dan Melayu terus relevan di bumi bertuah ini.  

Berdarah keling Gujerat, dia yang dikenali dengan nama Mr. Bean sekali lagi menyerlahkan gaya politik ala PKR yg kelihatan tidak disedari oleh kebanyakkan ahlul PAS. 

Menurutnya jangan samakan perpaduan Hamas dan Fatah kerana mereka sedang dizalimi oleh Zionis.  Maka dengan alasan ini kita tahu bahawa Mahfuz mahukan negara ini ditadbir oleh DAP, dimana Islam dan Melayu ditindas, barulah perpaduan boleh digunakan pakai. 

Mr. Bean juga menyatakan bahawa UMNO mempersendakan Islam, sedang Islam cukup mekar dibawah UMNO dgn pelbagai pengiktirafan mahupun prasarana yg dibina bagi memenuhi keperluan ummat Islam.  Kemunafikan PAS dalam perjuangannya jelas dgn janji-janji yg tidak bertunai, di Selangor, Kelantan dan Kedah.  Itu belum diambil kira dari pandangan-pandangan terbaru pemimpin PAS sendiri tentang hudud, negara Islam dsb.  

Nampaknya, Mr. Bean takut kepada perpaduan, yang semestinya akan memberi peluang kepada PAS sendiri untuk melontarkan pendapat dan pandangan apabila mentadbir bersama nanti.  Dan waktu itulah PAS seharusnya mengambil peluang untuk memperbetulkan kelemahan UMNO seperti yang didakwa oleh mereka. 

Kelemahan dan perpecahan ummat Islam di Palestin yang mengakibatkan mereka dijajah oleh yahudi selama berpuluh-puluh tahun tidak pernah diambil sebagai pengajaran.  Bukan itu sahaja, nasib Islam dan Melayu di Singapura juga tidak pernah diambil sbg teladan.  Punca berlakunya 13 Mei apatah lagi.  

Begitulah peribadi seorang pemimpin yang tidak pernah mahu belajar dari sejarah agama, bangsa dan negaranya sendiri.  

Friday, May 6, 2011

AZIZ BARI MELEKEHKAN HUJAH MUFTI YG BERDASARKAN NAS AL QURAN. HEBAT BETUL YA PROF !!!



Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam. 

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.

Rupanya gabungan UMNO dan PAS sgt ditakuti oleh Aziz.  Mengapa?  Hanya dialah yang tahu jawapannya.  

Bukankah dia harus tahu bahawa waima dengan gabungan ini, masing-masing boleh saling mengingatkan, dan mengurangkan pergeseran sesama Muslim.  Malah, mekanisme dan imbang lebih senang dibuat atas dasar kerjasama, yg sama sekali menjauhkan sikap condong kepada memegang perbezaan, yg selama ini sering dimainkan oleh golongan2 anti perpaduan.

Dan kalau dia mengambil sejarah politik keluarnya PAS dari UMNO, mengapa dia, seorang PROFESSOR, tidak mampu melihat lebih jauh dari itu, iaitu zaman Rasullullah dan 4 sahabat.  

GT tidak boleh menolak fakta sejarah politik dua-dua parti itu, tapi perhatikanlah seruan Islam.  Jgnlah bersikap dangkal dengan ilmu duniawi yang dikurniakan tanpa melihat kepada nas Al Quran.  

Dan GT tidak pernah hairan kalau pimpinan PAS melenting soal perpaduan ini, kerana mereka menganut PAS yg memperjuangkan Isle.  So what???

PERPADUAN HAMAS - FATAH : UMNO - PAS BILA LAGI???


Hamas dan Fatah telah menandatangi perjanjian perdamaian. Ia adalah satu era baru dalam hubungan kedua-dua pihak yang selalu berperang waima masing-masing punya musuh yang sama. Zionisme, jelas, nyata dan terang.

Pemerhati politik melihat perjanjian ini sebagai rapuh, dan tidak stabil. Dan ini bukanlah satu kerisauan kerana kesimpulan diambil berdasarkan hari pertama perjanjian. Semestinya banyak lagi perkara yang harus diambil kira, dari segi prosedur dan ketetapan yang semestinya memerlukan tolak ansur dan pengorbanan dari kedua-dua pihak.

Ia bukanlah suatu yang mudah kerana mereka bukan sahaja berbeza dari pandangan dan pegangan, malah mereka telah berada di tahap PERANG SAUDARA, menggunakan senjata dan byk jiwa yang terkorban.

Perpaduan yang dipatri ini seharusnya difikirkan dan difikirkan sedalam-dalamnya oleh dua parti yang bertunjangkan Islam dan Melayu iaitu UMNO dan PAS. 

baca seterusnya DISINI

Wednesday, May 4, 2011

PANASSS...MENGHALANG PERPADUAN ISLAM ADALAH PENGKHIANAT AGAMA!!!

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. 

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.

Korang tahu tak siapa yang menolak perpaduan Islam ini?  Jawab sendiri, sebab ianya jelas, nyata dan terang....

Saturday, April 23, 2011

UMNO KONSISTEN DGN ISLAM - MAHUKAN PERPADUAN UMMAH. PAS BAGAIMANA?


Pintu rundingan antara Umno dan PAS berhubung kerajaan perpaduan tidak pernah ditutup, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata Umno sememangnya sentiasa menunggu tibanya hari orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara dapat bersatu dan tidak lagi berpecah belah kerana parti.

"Sekiranya PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang idea mengenai kerajaan perpaduan," katanya. - AD

Alhamdullillah...  ternyata UMNO sgt konsisten dalam menginginkan perpaduan sesama ummah, seiring dengan tuntutan Islam.  

Tatkala Allah menguji ummat Islam di Malaysia dengan tumbangnya kuasa Islam Melayu di Perak, terdapat segelintir ummah Islam yang menentang keras perpaduan spt yang dituntut oleh ajaran Islam itu sendiri.  Allah sebenarnya memberi peluang kepada hambanya untuk bersatu, namun bisikan syaitannirrajim lebih kuat dari iman mereka!!

PAS bagaimana? 

Sunday, February 13, 2011

MASIH ADA SINAR UNTUK KERJASAMA UMNO - PAS


Dalam simposium Dilema Melayu anjuran Aspirasi di PWTC baru-baru ini, TS Isa Samad telah berkata bahawa gabungan antara UMNO dan PAS adalah satu cita-cita yang sukar untuk direalisasikan.  Walau bagaimanapun, masing-masing boleh memainkan peranan dalam isu yg melibatkan Melayu dan Islam.  

GT bersetuju dengan pendapat beliau ini.  Kedua-dua parti politik ini sebenarnya mempunyai sejarah "rivalry" yang panjang.  Berkisar dari keluarnya PAS dari UMNO.  

GT menganggap gabungan antara UMNO dan PAS adalah hampir mustahil berikutan masing-masing mempunyai pemimpin yang pastinya bernafsu besar;  untuk menjadi ketua dalam mentadbir negara ini.  Walau bagaimanapun, gabungan bukanlah satu-satunya pilihan yang ada.  

Kerjasama atau perpaduan sebenarnya lebih praktikal di mana bergabung tidak diperlukan, namun portfolio atau bidang kuasa/tugas masing-masing dibuat dengan jelas, nyata dan terang.  GT tidak pernah putus asa untuk melihat kerajaan perpaduan di antara UMNO - PAS, yg menjadi tunjang perjuangan Melayu Islam dan juga bumiputera di negara ini.  

Anda bayangkanlah kekuatan ummah pada ketika itu, yang pasti akan membuat kafir dzimmi atau harbi tidak mampu untuk bertindak sewenang-wenangnya.  Malah, tidak mustahil mereka juga akan menyokong, disebabkan mereka sedar kekuatan kita, dan menentang kita bukanlah satu pilihan yang bijak.  

Semoga Allah memberi petunjuk agar perpaduan ini dapat dibina. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...