Bersama Berjuang

Showing posts with label Ismail Sabri. Show all posts
Showing posts with label Ismail Sabri. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Usul Desak Ismail Sabri Percepatkan Assesibiliti Kedai 1 Malaysia Ke Seluruh Negara!!!


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dua lokasi iaitu Kelana Jaya dan Bandar Tun Razak, Kedai Rakyat 1Malaysia telah berjaya mengutip hasil jualan mencecah hampir RM1 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak mencatat purata jualan terbesar iaitu RM16,000 sehari sejak dibuka 21 Ogos lalu.

Sementara, katanya, Kedai Rakyat 1Malaysia yang terletak di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya yang dibuka pada 22 Jun lalu mencatat purata jualan sebanyak RM12,000 sehari.

"Sambutan terhadap kedua-dua kedai ini amat menggalakkan, bukan sahaja daripada penduduk setempat tetapi juga dari kawasan lain antaranya Gombak, Sungai Buloh dan sebagainya.

"Malah saya percaya, pembukaan cawangan terbaru nanti akan memberi faedah kepada para pengguna sekitar Lembah Pantai termasuk para penuntut universiti berdekatan.

"Oleh itu kita akan mempercepatkan lagi pembukaan kedai-kedai ini di kawasan lain dalam membantu mengurangkan beban rakyat terutama bagi menghadapi krisis kenaikan harga barang ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan cawangan ketiga Kedai Rakyat 1Malaysia di Kuarters Dewan Bandaraya (DBKL), Pantai Permai, Pantai Dalam di sini, hari ini.

GERAKAN TIMUR:
Desakan kos hidup yang tinggi membebankan rakyat.  Apa jua alasan, apa jua strategi tidak seampuh keupayaan meringankan bebanan rakyat.  

Poket rakyat sangat sensitif.  Mesir bergolak gara-gara kos hidup yang tinggi, pendapatan rendah yang akhirnya mengakibatkan kesukaran untuk meneruskan kehidupan.  Pendapatan seorang pensyarah di Mesir sekadar menyamai pendapatan anggota Polis biasa di Malaysia.  Nak makan pun susah...!  


Kedai Rakyat 1 Malaysia dilihat menjadi inisiatif terbaik setakat ini untuk meringankan poket rakyat. 

Perkara baik, mengapa perlu dilengahkan?  Semoga kenyataan dari Ismail Sabri di atas bukan retorik semata-mata, kerana rakyat menilai prestasi kerajaan.  

Kedai Rakyat 1 Malaysia WAJIB diperbanyakkan SEGERA!!!

Dan inilah usul mendesak dari saya, YB Isketambola...

Tuesday, March 1, 2011

PRK KERDAU: DS ISMAIL SABRI HANTUK NIK AZIZ KE DINDING!!!


Malam tadi GT terserempak dengan Dato' Seri Ismail Sabri.  GT sempat bertanya kepada beliau tentang kenyataan dari Nicky Arjis bahawa dia tidak minta dilahirkan menjadi Melayu.  Itu belum lagi GT kaitkan kenyataan-kenyataannya sebelum ini yang jelas tidak bersyukur menjadi Melayu. 

Jawapan dari DS Ismail cukup mudah.  

"Nik Aziz ni kalau hari ini dia boleh cakap macam tu untuk pancing undi bukan Melayu, esok lusa dia tidak mustahil dia boleh cakap dia bukan Islam untuk pancing undi bukan Islam!"

"Orang macam dia ni tak perlu kita cakap panjang2, atau kita nak explain pasal Perlembagaan dan sebagainya.  Sebab dia mmg tak nak faham!".  

Muaahahahahahaha... Tahniah DS Ismail Sabri!  Mmg kaw-kaw terkena batang hidung Nicky Arjis!!!

Monday, February 28, 2011

PRK KERDAU: WALKABOUT DATO' ISMAIL SABRI DI KUALA TEKAL!










Pemimpin bersama rakyat.  Melihat keramahan penduduk terhadap Dato' Ismail Sabri, GT dapat merasakan bahawa Dato' cukup disenangi dengan masyarakat setempat.  Popular!

Wednesday, December 15, 2010

ANJAKAN PARADIGMA PAK MENTERI, ISMAIL SABRI

Car Cow from Malacca - Mat Salleh "Sinar FM"

Ada menteri yang memberi cadangan untuk rakyat tanam sayuran bagi mengekang harga pasaran yang melambung.  Idea zaman pre-babyboomer ini sememangnya cukup "mengejutkan" apabila ianya diutarakan pada zaman teknologi di hujung jari anda, zaman globalisasi dunia tanpa sempadan. 

Ingin GT cadangkan agar rumah pangsa atau apartment ditambah keluasan kira2 10 kaki persegi di bahagian belakang rumah untuk cadangan ini.  Dan pemaju tidak boleh menaikkan harga sesuka hati mereka, kerana rakyat sedang bekerja keras menyambut saranan bertaraf "anjakan paradigma" ini. 

Apabila berjaya, bolehlah saling bertukar-tukar dengan jiran, jadi tak payahlah beli kat kedai.  Hasilnya, sayuran kat pasar borong tak laku, maka akan turunlah harga sayuran.  Bijak, ilmu ekonomi tingkatan 4 yang GT belajar dulu.  standard rules of economy, permintaan berkurang, lebihan supply, price will decrease. 

GT juga nak sarankan, untuk mengelakkan dari harga minyak yang semakin naik, apa kata korang semua guna je kereta lembu.  Leh jimat duit.  Selain itu, boleh juga kita kurangkan pencemaran dari hasil pembakaran enjin. 

Dibawah ini GT linkkan Laman Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung yang memberikan maklumat tentang bercucuk tanam. 

Selamat Bercucuk Tanam, KLIK SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...