Bersama Berjuang

Showing posts with label HOM. Show all posts
Showing posts with label HOM. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

MESTI BACA: Pengalaman Ngeri 13 Mei Seorang Pejuang Yg Mesti Anda Ketahui !!!


13 Mei 1969 satu tragedi berdarah yang tercatit dalam sejarah hitam negara kita.Pada generasi baru atau generasi lama yang tidak terlibat secara langsung yang hanya mendengar cerita dari sumber bacaan atau penceritaan dari mulut orang mungkin 13Mei tidak membawa apa apa erti atau keinsafan dalam diri.Tapi pada mereka yang mengalami dan terlibat pastinya kesan nya amat mendalam sekali apatahlagi mereka yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi berdarah itu.



Aku berumor 9 tahun masa tragedi itu berlaku.Keluarga aku tinggal disatu perkampungan setinggan di Jalan Kelang Lama yang dipanggil Kg Sentosa B dimana Bandar Seri Sentosa berdiri hari ini.Penempatan bekas lombong ini mengandungi  2 buah perkampungan Melayu iaitu Kg Sentosa A & B serta satu perkampungan kaum Cina bernama Kg.Manggis.Kampung aku betul betul bersempadan dengan Kg Manggis ini dan rumah kami adalah rumah ke-5 dari sempadan kedua kampung ini yang hanya dipisahkan oleh satu anak sungai dan jambatan kayu.

Disempadan inilah tempat kami yang masih kanak kanak masa itu berkumpul untuk bermain kerana terdapatnya kawasan lapang disitu yang agak besar juga(masa kanak kanak semuanya nampak besar) yang aku kira seluas 2 gelanggang bola keranjang.Disitu terdapat sebuah kedai runcit yang dipunyai oleh seorang India Muslim yang aku panggil Pakcik Hamid dan diseberang jambatan sana dikawasan kampung Cina terdapat kedai runcit milik seorang apek Cina.

Jadi tak hairanlah kanak kanak suka berkumpul disini untuk bermain kerana kemudahan membeli gula gula dan 'Aiskrim Malaysia'(mungkin generasi sekarang tak tahu apa dia aiskrim ini) bila ada duit.


Saperti yang pernah aku ceritakan dalam entri aku sebelum ini atas tajuk yang sama,dari kawasan permainan inilah aku selalu melihat kaum Cina kampung sebelah sering membawa masuk lembing tajam dengan menaiki motorsikal lama sebelum tragedi ini terjadi.

Kekerapan Cina Cina ini mengangkut senjata tajam kedalam kampung mereka pernah aku ceritakan kepada ayahku,tapi masa itu cerita aku tidak diambil kisah sangat mungkin kerana memikirkan aku masih budak lagi.

Baca seterusnya DISINI

Monday, May 30, 2011

TOK HIM DIGERUNI ANWAR!!! ANWAR SEMAKIN TIDAK SELESA DENGAN PERKASA!


Rupanya Tok Him cukup digeruni oleh Anwar.  

Andai tidak, masakan Anwar melancarkan perang terbarunya terhadap Tok Him yang dilabelnya sebagai "ahli politik Malaysia paling buruk".  

Ini berikutan suara Tok Him selaku Presiden PERKASA ibarat membelah halilintar, yang mempertahankan Islam dan Perlembagaan Malaysia tanpa kompromi.  

Anwar mengambil peluang ini dengan menyatakan bahawa Tok Him melaga-lagakan Islam dan Kristian dengan mengistiharkan "jihad".  Seperti biasa, Anwar juga mendakwa suara Tok Him itu adalah dari restu UMNO.  Itulah Anwar, andai "kote"nya tidak mampu keras sekalipun, dia akan menuduh bahawa itu salah UMNO!

Kita semua tahu fakta sebenarnya, apatah lagi dengan laporan Polis dibuat oleh ahli DAP sendiri yang berada di majlis tersebut.  Biarkan Polis menyiasat, GT tidak mahu mengganggu.  

Tidak dinafikan, PERKASA telah membuka mata dan minda orang-orang Melayu tentang Perlembagaan Malaysia, antaranya artikel 153 dan Islam sebagai agama persekutuan.  Keupayaan PERKASA ini sebenarnya menghakis ideologi durjana syaitanirrajim yang cuba dipopularkan oleh Anwar.  Hasilnya, kebangkitan ummat Melayu cukup ditakuti oleh Anwar, yang menyaksikan undi Melayu terhadap Fuckatan semakin menurun pada beberapa PRK yang lepas.  

Selaku si pengkhianat bangsa, sewajarnya Anwar rasa tidak selesa dengan perkembangan ini.  

Seperkara untuk pengetahuan umum, GT melihat apa yang dibuat oleh PERKASA hanyalah MEMPERTAHANKAN apa yang termaktub, hasil perjanjian pejuang-pejuang terdahulu.  Dan PERKASA bukanlah meminta lebih daripada itu.  

Selama ini, semua agama berhak dan diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing, walaupun ada upacara dalam agama itu mengakibatkan kesesakan teruk atau menghalang keselesaan umum.  

Tapi itu lah Melayu yang cukup pemurah, siapa kata agama lain ditindas?  Cuma dongengan Anwar dalam cita-citanya yang menghalalkan segala cara, untuk menjadi PM at all cost!  

GANYANG ANWAR!!!

PAS DILANDA NASIB "MENANG SORAK KG TERGADAI" - TOK HIM


KUALA LUMPUR, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan, komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan berhadapan dengan nasib “menang sorak kampung tergadai” di arena politik tempatan.

Sebaliknya, Ibrahim (gambar) yang juga Presiden Perkasa mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR.

“Yang tak tahu penyokong tegar PAS yang benar-benar ikhlas berjuang untuk Islam. Kesian kepada mereka,” kata wakil rakyat kerusi Parlimen Pasir Mas ini.

Pada 8 Mac 2008, Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS tetapi memutuskan untuk bertindak sebagai anggota Bebas di Dewan Rakyat selepas menang.

Dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, Ibrahim berkata, muktamar minggu depan yang turut menyaksikan pemilihan PAS merupakan ‘ajakkan’ PAS yang dulunya, walaupun ia parti politik, tetapi dakwah dan perjuangan Islam menjadi utama, menang kalah dalam pilihan raya umum tidak menjadi soal penting.

“Tetapi kini, PAS sudah menjurus ke arah menang pilihan raya tanpa mengira apa jadi, malah buat apa saja asal menang iaitu cara menghalal matlamat.

“Tetapi jika PAS menang dalam gabungan Pakatan Rakyat, ertinya menjadi parti dominan dalam PR, mungkin berbaloi dan boleh diterima. Boleh diberi alasan, ia strategi,” katanya sambil mendakwa “tapi nyata PAS bukan dominan macam Umno mengetuai BN.”

Katanya lagi, kejayaan PR membawa kepada dasar Malaysian Malaysia dan Anwar bakal perdana menteri.

“Ini benar walaupun pelik, macam mana PAS boleh menjual prinsip perjuangannya,” kata Ibrahim yang juga bekas ahli Umno dan bekas pemimpin S46 yang telah dibubarkan.
Ibrahim juga mendakwa apabila PAS menekankan hal Islam dengan kuat, DAP akan menyergah dengan kuat dan terbuka.

“Bila DAP dan ada golongan menyentuh hal Islam, PAS diam seribu bahasa.

“Oleh itu, pemilihan PAS kali ini boleh tentukan PAS penghujung jalan atau PAS hanya tinggal nama saja parti Islam dan Islam akan menjadi modal niaga politik yang sekadar untuk angkat calon PAS menang pilihan raya umum dan jadi wakil rakyat,” katanya lagi.

Mengenai bakal keputusan, Ibrahim meramalkan bahawa Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menang jawatan timbalan presiden.

“PAS Kelantan terutama (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz (Nik Mat) sudah menolak (penyandang jawatan) YB Nasarudin (Mat Isa) kerana dilihat properpaduan dan tidak agresif serta kurang karismatik.

“Bila Mat Sabu (Mohamad Sabu) tegas menawarkan diri sbagai calon timbalan presiden, puak ulama dan Erdogan amat risau. Mat Sabu bukan lulusan Timur Tengah, bukan juga profesional dan dilihat tidak sangat berjihad untuk Anwar sepert yang lain-lain,” katanya.

Oleh sebab itu, kata beliau, ada pihak tertentu merencana strategi bagi mengetepikan Nasharudin dan Mohamad dari memegang jawatan timbalan presiden.

“Manakala penyertaan YB (Datuk) Mohd Amar Abdullah sebagai calon naib presiden sebagai usaha menyekat YB (Datuk) Husam Musa. Diketahui umum, PAS Kelanyan dilanda krisis yang amat tenat tetapi tidak diketahui umun secara meluas. Ia kanser,” katanya lagi.

Jawatan naib presiden menjadi saingan antara Husam, Ketua Penerangan Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohd Amar, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Salahudin Ayub.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan penyandang jawatan itu.

GERAKAN TIMUR:
Aduhai malang pak kaduk.. ayamnya menang kampung tergadai...

Saturday, May 21, 2011

DAP PERLU DIBUBARKAN KERANA HORMAT PADA ISLAM DAN MELAYU!


Apa kurang jelas lagi wahai Melayu?  Apakah kamu percaya?  Adakah mereka benar-benar berubah?  

Jangan pernah percaya pada mereka.  Jgn pernah.  Mereka laksana syaitan, berpura-pura ada makna.  Kerana "yahudi asia" tidak pernah berhenti dari cita-citanya untuk menakluk dan menguasai Tanah Melayu ini.  Suatu ketika mereka pernah mencoba, namun putus bergelimpangan di amuk siapa?

Perhatikan strategi PAP sewaktu menawan Temasik, persis dengan apa yang sedang digunakan DAP waktu ini.

DAP punya agenda.  Untuk menguasai Malaysia.  

Mengapa perlu Melayu DAP? 

Kerana mereka perlukan boneka.  Boneka yg menurut tari laknatullah di pelbagai jabatan, di pelbagai peringkat, dan untuk mengisi jawatan-jawatan penting seperti MB dan PM.  

Dan boneka ini pastinya ibarat zombie zomba, mayat bernyawa yang mengikut kata TUANnya.  

Tapi orang Melayu mudah lupa, orang Melayu mudah percaya, orang Melayu mudah ditipu.  Orang Melayu, orang Melayu, apalagi yang diperlu untuk ku beritahu.

Dengar pesanku...  

Andai DAP sudah menerima Islam dan Melayu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan, PARTI ITU HARUS DIBUBARKAN KERANA PERJUANGANNYA TIDAK LAGI RELEVAN DI TANAH BERTUAH INI!!!

Sunday, May 15, 2011

TOK HIM MENGAMUK!!! NAK PERANG??? JOM...!!!

GOMBAK, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat di sini, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, beliau (gambar) bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Meskipun mengadu keletihan ekoran sembilan ceramah bermula dari Kelantan sejak malam kelmarin, Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

“Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan.

“Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

“Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi... jika mereka adakan perang salib, kami boleh,” kata ketua pertubuhan bukan kerajaan ini, yang mendakwa bergerak atas platform mahu membela kepentingan dan hak kaum Melayu.

Dalam ucapannya, Ibrahim juga memberi amaran agar bukan Islam tidak memandang mudah sikap berdiam diri umat Islam sambil menegaskan, umat Islam sebenarnya mengutamakan keamanan dan keharmonian.

“Kami sudah bersedia. Berdiam diri bukan bermakna kami takut, kami telah berdiam diri sebab kami utamakan keamanan dan keharmonian.

“Tetapi orang-orang ini, jika mereka merasakan keamanan yang mereka nikmati selama ini tidak cukup atau kestabilan dan kemajuan negara tidak cukup dan mereka mahu melakukan sesuatu yang kita tidak pernah terfikir, teruskan... kami bersedia,” katanya lagi.

Ibrahim mendakwa bukan Muslim kini seolah-olah berani dan tidak risau untuk bertindak sedemikian kerana mereka merasakan ada sokongan daripada ramai Muslim liberal dan pemimpin-pemimpin politik seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ini pandangan saya. Jika saya tidak tepat, ia hak saya. Jika saya kasar, saya minta maaf. Dosa saya, saya tanggung.

“Tetapi mengapa ini berlaku sekarang selepas 53 tahun? Jawapannya anda tahu, punca utama ialah Anwar,” katanya lagi.

Ucapan Ibrahim kali ini berkisar pada kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa paderi-paderi Kristian dan pemimpin-pemimpin DAP berkonspirasi mahu memansuhkan Islam sebagai agama persekutuan dan melantik orang Kristian sebagai perdana menteri.

Pemimpin-pemimpin DAP dan Kristian menafikan kandungan laporan sedemikian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian Khamis lalu bagi meredakan keadaan, tetapi Ibrahim menegaskan malam tadi bahawa laporan akhbar milik Umno itu adalah betul.

Ibrahim merujuk kepada laporan polis dibuat oleh seorang anggota DAP Islam kelmarin mendakwa dia tahu cerita sebenar apa yang berlaku ketika pertemuan di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Mereka menuduh Utusan Malaysia tetapi dari awal lagi, saya mengatakan ia sahih. Ia benar.

“Mengapa? Ini kerana Ahli Parlimen yang hadir pada pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi. Beliau Ahli Parlimen macam saya dan saya tahu dari lagak dan pertuturan yang dia gunakan,” katanya.

Ibrahim juga mengulangi dakwaannya minggu lalu bahawa anggota bekas Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan kumpulan lokal untuk berkonspirasi menggantikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.

Katanya, penyokong-penyokong PKM telah menyeludup masuk ke dalam parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan agama dan persatuan bisnes selepas ia meletakkan senjata pada 1989 bagi meneruskan aktiviti mereka.

GERAKAN TIMUR:
Allahuakbar!!!  Allahuakbar!!!  Allahuabar!!!

Sunday, May 8, 2011

MELAYU SELANGOR TERUS DITINDAS!!! HAK BUMIPUTERA DIRAMPAS!

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kira-kira 30 ahli Persatuan Kontraktor Melayu Selangor (PKMS) mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan pemimpin dan anggota DAP menggunakan nama- nama syarikat kontraktor bumiputera untuk mendapatkan projek kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan.

Demonstrasi diketuai Ahli Jawatankuasa (AJK) PKMS, Latif Wagiman itu diadakan di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wan di Pusat Komuniti Rakyat Serdang di Seri Kembangan dekat sini, hari ini.

Demonstrasi selama 30 minit itu digunakan oleh para kontraktor terbabit untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri Selangor khususnya DAP yang menganiaya kontraktor kecil bumiputera atau Kelas F.

Menurut Latif, kontraktor kelas F bukannya kontraktor 10 peratus atau 'ali baba' tetapi berkemampuan untuk melaksanakan keseluruhan projek yang diberikan oleh kerajaan.

"Sepatutnya kerajaan Selangor yang menggelar diri sebagai 'Kerajaan Kebajikan' membimbing kontraktor bumiputera yang masih belajar untuk berniaga tetapi sebaliknya menganiaya kontraktor kelas F ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada demonstrasi tersebut di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Selangor supaya bertindak segera menghapuskan amalan 'ali baba' dan mengamalkan sistem sebut harga secara terbuka atau undian.

Seorang kontraktor, Sharom Mohd. Sharif berkata, selama ini kontraktor bumiputera banyak membantu perniagaan bukan bumiputera dengan membeli bahan-bahan pembinaan daripada mereka.

"Apalah salahnya jika bumiputera diberi peluang mendapatkan projek kerajaan. Kita masing-masing menikmati keuntungan iaitu bersesuaian dengan konsep 1Malaysia," ujarnya.

Kontraktor wanita, Norliza Md. Dewa pula meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pejabat-pejabat daerah di Selangor kerana mendakwa wujud unsur rasuah semasa pemberian projek melalui pegawai kerajaan di situ.

Norliza mendakwa, dia mendapat maklumat bahawa terdapat pegawai dan kakitangan di pejabat daerah memiliki lesen konduktor kelas F dan mendapatkan sendiri projek bagi syarikat mereka.

Sebelum ini, peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mendakwa kontraktor, Lee Wye Wing mempergunakan nama-nama kontraktor bumiputera untuk mendapatkan projek kecil di kawasan DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

Beliau mendakwa, Beng Hock pula dikatakan turut memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ADUN Seri Kembangan itu.-Utusan Online
 
GERAKAN TIMUR:
Sebahagian dari cara pentadibiran Khalid ingin "membunuh" peniaga dan kontraktor Melayu di Selangor.   Kerakusan DAP hanya mampu dipandang oleh Khalid, boneka DAP laknatullah.  

Kes ini juga menyaksikan bagaimana TBH mati dan mengakibatkan siasatan terhadap ADUN DAP Selangor terpaksa diberhentikan dan ini amat merugikan SPRM yang sedang mengumpulkan bukti penyelewengan.  

Wang rakyat habis "dirompak", projek bumiputera habis "disapu", dan mereka terselamat... saksi sulah mati maaaa....itu SPRM misti tanggungjawab lorrrrr...

Friday, February 25, 2011

SEKOLAH CINA TOLAK AKHBAR MELAYU PERCUMA. SIAPA YANG RACIST SEBENARNYA?


Msiakini menyiarkan laporan tentang SRJKC Semambu, Kuantan telah menolak sumbangan akhbar percuma yang diberikan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dikalangan pelajar2 Cina.  

Goh Kim Fah, pengerusi lembaga sekolah berkata pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Keputusan menolak sumbangan ini difahamkan kerana desakan dari parti pembangkang dan bantahan kumpulan pendidikan Cina.  

Apa lagi yang boleh GT katakan.  Terserlah betapa racistnya puak2 Cina chauvinist ini.  Alasan yang dibuat adalah persepsi yang berjaya ditimbulkan oleh pembangkang terhadap Utusan Malaysia.  Puak2 Cina ini takut akan bahawa generasi muda mereka mengenal fakta dan isu2 hak milik yang terpatri rapi dalam perlembagaan.  Pasti ini akan menggagalkan usaha serakah mereka untuk menguasai Malaysia.  

Puak2 Cina chauvinist ini sebenarnya sudah lama cuba mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.  Sedikit pun tidak mereka berganjak untuk memilih terus bersama sekolah vernakular, sedangkan kerajaan secara ikhlas mahu membina perpaduan bangsa Malaysia melalui sistem satu sekolah untuk semua.  

Dan pada hari ini, terbukti mereka menolak Utusan Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantaranya.

Dari peristiwa 13 Mei sehinggalah sekarang, siapa yang bersifat racist sebenarnya?

Tuesday, December 14, 2010

WAN AZIZAH MESTI HUKUM MEREKA INI KERANA MENENTANG "ANUGERAH TUHAN"!!!

KATA TINGGALKAN KETUANAN MELAYU...
Amboi ... pakaian macam Bendahara Raja.

Sedia bersembah-sembah pulak.


Masa Kamalanathan cium tangan Muhyiddin, dikutuk hamba cium tangan tuan. Sekarang cium pulak. Ambil pulak anugerah gelaran Dato.


Suka pulak berpakaian bertanjak. Alah ... Komunis pun bertanjak?

KATA MEREKA, TAK PERAKUI DAN TENTANG KETUANAN MELAYU?

Ketuanan Melayu itu adalah kedaulatan kuasa Raja-Raja Melayu. Kalau mahu faham, baca blog sini.


Yang ini, masih degil tidak mahu faham-faham. Mana boleh korek punggong dalam Majlis Upacara Diraja?

Sumber - The Antics of Husin Lempoyang

Wednesday, December 8, 2010

JGN PERTIKAI KETUANAN MELAYU!!!


Raja-Raja Melayu terus bertitah agar Ketuanan Melayu jangan dipersoalkan. 

Terbaru, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu berkaitan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.  Baginda bertitah "Semua diperuntukkan dalam Perlembagaan, orang Melayu dan bukan Melayu sudah diberi hak. Contohnya bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi atau agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain serta bangsa lain boleh mengguna atau mengamalkan bahasa serta agama mereka di negara ini," 

Selain itu,  Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah bahawa orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri.

DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!

Monday, November 29, 2010

SULTAN SELANGOR DUKACITA INSTITUSI RAJA MELAYU DIPERTIKAI!!!


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap orang Melayu yang mempertikaikan kerelevanan institusi raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.  

Presiden PKR mengistiharkan "tinggalkan ketuanan Melayu".  Satu ungkapan yang sinonim dengan Lim Kit Sial dan Kapal Tunda.  Bodoh!!! Apakah Wan Azizah sedar apa yang dia katakan itu???  Maka bertepuk tanganlah chauvinist DAPigs sambil yam seng... yam pui...  dan tercabarlah status quo, yang boleh mengakibatkan keamanan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia bakal tergugat.  Dan Melayu PKR adalah pengkhianat kepada Bangsanya... 

Nik Aziz tidak bangga jadi Melayu.  Mgkin dia orang Portugis, yang memperjuangkan "Isle" dan bukannya Islam.  Mgkin dia tidak tahu ikatan hubungan Islam dan orang Melayu di Malaysia ini. 

GT ada terbaca bahawa politik pembawaan PKR adalah "modern logic politics" ciptaan US.  Apa bangganya brand USA, sedangkan Negara kita tanggungjawab kita.  Negara kita, cara kita.  Pergi mampus dengan falsampah politik ungkapan dari Yusmadi Yusof , Balik Pulau dalam program Soal Jawab TV3, yang berkata "saya fellow kepada universiti terkemuka US."  Klu Agama, Bangsa sendiri pun takleh jaga, tak payah sembang melangit laaa...

Gerakan Timur menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Selangor, akan mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara selagi mampu.

Daulat Tuanku!!! 
Daulat Tuanku!!! 
Daulat Tuanku!!!

Thursday, November 25, 2010

TITAH YDPA TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN KEPADA WARGA UiTM


Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah pada Adat Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke 73, mengingatkan warga UiTM supaya sentiasa bekerjasama dan mengelak dari perpecahan sesama sendiri.  Baginda mahukan semua warga faham akan dasar dan pendekatan UiTM sekaligus menyokong hala tujunya.

Peringatan YDPA ini bagi GT adalah untuk memastikan anak Melayu dan anak Bumiputera agar mendapat kemudahan pembelajaran yang bagus, seterusnya dapat melahirkan graduan-graduan Bumiputera yang mempunyai daya intelektual yg tinggi.  

UiTM yang sebelumnya dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA sebenarnya adalah "hasil" dari kemerdekaan.  RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk Bumiputera.  Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951. 

Teringat GT pada satu babak dalam HATI MALAYA apabila Dato' Onn berkata pihak Inggeris sudah bersetuju untuk membantu menubuhkan RIDA.  

Inilah pusat pengajian Melayu yang tinggal, warisan dari kemerdekaan, namun cuba dibuka kepada warga immigrant oleh Kalid Gagap.  Mangkuk ayun punya kalid!!!  Awas, walaupun UiTM dapat dikekalkan hak miliknya, namun pembangkang telah lama bersarang didalamnya.  Lebih bahaya, GT mendapat tahu bahawa ada dikalangan warganya yang tidak segan silu menyebarkan fahaman politik songsang pembangkang, walaupun waktu itu mereka sedang dibayar oleh kerajaan untuk mendidik anak bangsa.  

Tak percaya??? Tanya Blogger McTheory kat SINI.  Tanyalah dia punya pengalaman...

Tuesday, October 19, 2010

Melayu Penang Terus Di Tindas!!!


15 Ogos 2010, kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang. Semalam, 100 orang penduduk di Kampung Genting telah membantah cadangan Lim Guan Eng untuk mengambil tanah orang Melayu dan membina kampus University Nanyang.

'Kami tak mahu P. Pinang jadi macam Singapura, ada faham!!', 'Mana CAT hang Guan Eng, cakap tak serupa bikin' dan 'Kami tak rela tanah kami dirampas, langkah mayat kami dulu! Guan Eng perampas tanah Melayu', berikut adalah antara sepanduk yang dipaparkan oleh penduduk kampung yang marah terhadap Lim Guan Eng.

DAP mahu membayar harga tanah yang murah dan rendah berbanding pasaran kepada penduduk kampung. SPRM perlu menyiasat kenapa pemaju mahu membeli dengan harga yang rendah. Pembinaan Universiti Nanyang ini adalah satu pelan terancang untuk mengusir keluar orang Melayu dari Pulau Pinang. Sila lihat siapa yang kuasai Universiti Nanyang (baca sini). Balik Pulau adalah parlimen yang majoritinya Melayu di bahagian pulau. Usaha DAP untuk membina Universiti Nanyang atas nama Education Hub sebenarnya adalah untuk menguasai keseluruhan kawasan pulau agar DAP boleh menguasainya secara mutlak. DAP semakin rakus untuk berkuasa. Apa yang memalukan, yang membantu usaha DAP ini adalah orang Melayu sendiri. Kerana umpan kemewahan, tanah Melayu akan tergadai.
Sumber - Idealis Malaysia
GERAKAN TIMUR:
Ni lagi satu kerja DAPigs laknatullah. Apa lagi yang perlu dikatakan.  Tidakkah kita semua nampak perkara ini jelas di depan mata?  Apa lagi yang diperlukan untuk memberitahu orang Melayu bahawa mereka sedang diusir dari Pulau Pinang secara halus.  Orang Melayu akan terus berjaya dibodohkan oleh Khalifah Father LGE biawak,  yang dipuja oleh Melayu PKR dan Pas.  Kambing2 amPas dan PKR nampaknya sedang mengukir  nama dalam sejarah Melayu - menyahkan orang Melayu dari tanah tumpah darahnya sendiri.  Andai orang Melayu pun sanggup bersubahat, janganlah menaruh harapan pada GERAKAN dan MCA!!!  Peluang perniagaan dinafikan, sekarang pula tempat tinggal...  satu pergerakan persis ke arah republik singapork!!!  Pembinaan Universiti itu adalah sekadar alasan untuk merampas tanah Melayu.  Mengapa kawasan tempat tinggal Melayu yang dijadikan sasaran???  Apakah tiada kawasan lain???  Matlamat menghalalkan cara....

Begitulah hinanya PKR dan Pas itu...

Tuesday, September 7, 2010

JGN BUTA SEJARAH - PROF EMERITUS TS KHOO KAY KIM



Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

“Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

“Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud,” katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

“Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini,” katanya.


Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

“Orang tak faham (Perlembagaan)…jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,” katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

“Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda,” katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ‘hak orang Melayu’ yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

“Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu,” katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

“Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa,” katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

“Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

“Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka,” katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

“Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

“Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak,” katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

“Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire,” katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah “terlajak sejarah” iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

“Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan),” katanya.

Beliau berkata fenomena “terlajak sejarah” itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.

Sumber – Bernama 

GERAKAN TIMUR:
Salah satu artikel pencucian "akidah" untuk bAhlul pas dan keldaian yang masih belum sedar lagi.  Of course, sasaran utama kepada DAPigs...

Sunday, August 22, 2010

PUISI UNTUK BONDA SRIKANDI


PUISI UNTUK BONDA SRIKANDI

Duhai Bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama 

Bonda Hajah Siti
Kau titipkan segala ilmu
Bekalan hidup penuh berliku
Kepandaian
Rahsia alam muslihat insan
Ilmu agama ilmu dunia

Bonda Hajah Siti
Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor anak bangsa 
Di belenggu jahiliah kau tempuh dengan berani

Bonda Hajah Siti, 
Kaulah lambang wanita srikandi
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang Malaysia mencipta sejarah

Bonda Hajah Siti
Andaikan engkau gugur kerna pertiwi
Namun jasamu ku kenang selalu
Ku mahkotakan ke puncak dunia

Bonda Hajah Siti
Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihi anak bangsamu
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya

Friday, August 20, 2010

"BELAJAR DARI SEJARAH" - PROF. TAN SRI DR. KHOO



KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diminta menghentikan kenyataan atau serangan ke atas segala perkara yang membabitkan kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang buat kali ketiga.

Sejarawan negara, Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata kaum Cina terutama golongan seusianya bimbang dengan tindakan Dr Soi Lek itu dan pemimpin lain yang seolah-olah tidak faham sejarah penubuhan negara dan sanggup memberi kenyataan menghiris hati kaum lain atas alasan untuk keadilan semua pihak. 

Sebagai pemimpin parti, tegas beliau, Dr Soi Lek perlu menghormati perlembagaan sedia ada dan memberi penjelasan sebenar kepada kaumnya bagi mengelak sebarang kekeliruan bukan bertindak menjadi wira demi kepentingan peribadi sendiri.  

Katanya, serangan ke atas orang Melayu walaupun membabitkan isu kecil seperti pemberian ekuiti 30 peratus adalah sesuatu yang sensitif dan tidak menjamin sokongan dan kemenangan berpihak padanya pada masa akan datang.

Hentikan serangan itu, ia tidak bawa hasil positif, kalau duduk berbincang dan bertolak ansur seperti mana yang diamalkan Barisan Nasional (BN), mustahil ada konfrantasi, sebab itu BN ditubuhkan supaya parti komponen boleh duduk bersama berbincang masalah rakyat.

BN ditubuhkan selepas 13 Mei, tapi semua sudah lupa, pemimpin terus bergaduh, kalau sentiasa tumpu kepada hubungan kaum, langkah tidak diambil untuk rapatkan kaum, saya takut, bimbang berlaku rusuhan 13 Mei lagi, selepas kejadian pada 1945 dan 1969.

Oleh itu, dia kena jawab apa yang MCA mahu, supaya rakyat tidak keliru, benda ini (ekuiti 30 peratus) tidak perlu dipersoalkan lagi, kalau kita perhatikan banyak orang miskin di negara ini masih orang Melayu, mereka perlu dibantu, tak perlu menjerit-jerit untuk kurangkan hak mereka, tak guna... apa yang penting pujuk mereka (Melayu) untuk dapat sokongan, bukan cari gaduh dengan mereka, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Dr Soi Lek yang masih mempertahankan pendiriannya terhadap cadangan untuk mengurangkan ekuiti Bumiputera 30 peratus dalam semua sektor ekonomi secara berperingkat selain kenyataannya yang melahirkan perasaan kecewa terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkannya supaya tidak membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan dan prasangka terhadap kaum lain.

Sumber - Berita Harian

GERAKAN TIMUR:
Prof. Tan Sri Dr. Khoo adalah antara favorite GT bila sentuh bab Sejarah.  Gayanya bersahaja.  Korang buatlah kesimpulan sendiri selepas baca statement di atas oleh beliau.  Pesan GT, bangsa yang bodoh adalah bangsa yang tidak pernah belajar tentang sejarah bangsanya sendiri, sehingga peristiwa2 lalu berulang kali menghancurkan bangsa itu sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...