Bersama Berjuang

Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

AWASSS... Untuk Bacaan Penjawat Awam Sahaja!!!


PUTRAJAYA 17 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji kemungkinan mengumumkan khabar baik kepada penjawat awam terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri nanti.

Perdana Menteri yang ditanya pemberita mengenai perkara itu kelihatan senyum dan memberi jawapan ringkas bahawa kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan soal tersebut.

"Nanti, kita akan melihat perkara ini. Ada masa lagi," katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam

(CUEPACS ), Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan setengah kepada 1.5 juta penjawat awam di negara ini iaitu setengah bulan dipertimbangkan dibayar sebelum Aidilfitri.

Omar berkata, pemberian bonus itu mengurangkan beban penjawat awam dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa pula percaya Perdana Menteri, akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti. - UTUSAN ONLINE

GERAKAN TIMUR:
Semoga ada berita baik untuk penjawat awam, waima ramai di kalangan mereka yang pro kepada LBGT dan seumpamanya..

Friday, March 29, 2013

PRU 13:Najib Razak Yakin Dengan 2/3 Majoriti... Apa Plan Terbaru Anwar Sulu?



Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini.  Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.  

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini. 

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.  Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.  

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah. 

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?  

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.  

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.  

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri.  Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.  

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.   

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman.  Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.   

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.  


Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini.  Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.  

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja.  Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020.  Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC. 

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.  

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan.  Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.  

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

Thursday, February 21, 2013

Video: Gula-Gula Rakyat? Gula Melaka? Gula Merah? Yang Mana Satu?



Gula-gula untuk rakyat?  Itu dakwaan pemimpin Fuckatan Harami yang gelisah akan konsep rakyat didahulukan. 

Bagi GT, samada gula-gula atau tidak, itu bukan isunya. Yang penting janji ditepati. Barulah tidak terjerumus dari apa yang dipanggil golongan munafik.  Nauzubillahiminzalik...

Kesimpulannya... antara Janji Ditepati vs Janji Kosong, yang mana satu pilihan anda?

Tuesday, October 2, 2012

Bajet 2013: "Man (-al) La Yashkurun-nasa La Yashkurullah"



Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya ‘berfungsi’ dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.

Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih ‘selesa’.

Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.

Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.

Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?

Thursday, September 27, 2012

Bajet 2013 - Kerajaan Tawar Kemakmuran, PR Tawar Bintang Dan Matahari!!! Lu Pikir Lah Sendiri!!! Jgn Jadi Badut!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.

Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.

Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sama sahaja, samada pilihan raya atau tidak.

Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang.

Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini.

Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara.

Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu.

Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.

Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.

Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya.

Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat.

Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.

Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang?

Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah.

Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan.

Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan.

Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad.

Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.

Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal?

Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga.

Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.

Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan? 

Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat.

Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.

Friday, September 21, 2012

Cerita Di Sebalik Kekecohan Netbook 1 Malaysia



Berhari-hari juga pembaca Sinar Harian disuapkan dengan kisah ketidakpuasan hati segelintir penerima bantuan Netbook 1Malaysia. Membaca keluhan yang disiarkan dan cara pemberitaan yang ditulis, kita seolah-olah mendapat gambaran betapa teruknya kualiti netbook tersebut.

Hakikatnya tidaklah teruk sedemikian rupa. Sehingga kini sudah lebih 470,000 unit netbook 1Malaysia diagihkan kepada para pelajar, pemimpin masyarakat dan penduduk luar bandar yang layak, cuma kurang dari 1% sahaja yang mengalami masalah.

Jika 300 orang yang termasuk dalam kategori penerima yang kurang bernasib baik (1%) diwawancara misalnya, tidak bermakna ia menunjukkan situasi sebenar bagi keseluruhan 472,000 orang yang sudah menerima bantuan netbook tersebut.

Jumlah 470,000 unit netbook yang telah diagihkan itu adalah sebahagian dari sasaran 1 juta unit netbook 1Malaysia yang diberikan percuma kepada kumpulan sasaran dalam usaha meningkatkan kemampuan celik IT dikalangan rakyat negara ini.

Program yang menelan belanja RM1 bilion ini dilaksanakan dalam beberapa fasa dan setiap netbook yang dibekalkan telah melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pun demikian, dalam mengendalikan proses pengagihan netbook tersebut yang membabitkan banyak pembekal, tidak dapat tidak perlu diakui juga ada kelemahannya di sana sini apatah lagi bila melibatkan jumlah unit yang banyak.

Ditambah lagi dengan kekurangan pengetahuan penggunaan netbook bagi penerima yang baru pertama kali menggunakan alatan komputer itu, tentulah ada komplen atau rungutan yang akan kedengaran.

Ada yang komplen hanya dapat guna sehari dua sahaja, ada yang komplen netbook yang diterima percuma itu hanya bertahan 2 bulan dan ada yang komplen 'rosak' sebab software trial sudah luput atau tiada software yang dikehendaki.

Tak kurang juga yang komplen kerana sistem windowsnya rosak selepas seminggu digunakan dan ada juga mengalami masalah kerosakan pada button, keyboard, lcd, mainboard atau harddisk.

Pendek kata macam-macam komplen tapi secara umumnya kerosakan yang diberitakan itu boleh dibahagi kepada tiga kategori. 

1) Rosak system windows sama ada disebabkan virus atau system boot fail & sebagainya
2) 'Rosak' applikasi sama ada sebab tempoh percubaan telah tamat atau belum dipasang (install)
3) Rosak perkakasan (hardware - button, keyboard, lcd, harddisk atau mainboard)

Untuk kategori kerosakan pertama, kerosakan yang berlaku melibatkan sistem windows kerapkali disebabkan oleh jangkitan virus komputer (trojan, spyware, malware, hijacker, cecacing/worm dan lain-lain).

Virus boleh menjangkiti sistem windows sama ada melalui penggunaan internet, semasa pemasangan aplikasi yang tidak diketahui keselamatannya dan juga melalui penggunaan thumbdrive usb, external harddisk ataupun memory card.

Virus yang berpunca dari thumbdrive misalnya hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk merebak ke seluruh sistem windows seterusnya menghasilkan sendiri file exe, scr dan lain-lain seterusnya menyebabkan sistem menjadi lembap ataupun mengalami sistem boot fail.

Sementara virus yang berpunca dari internet sama ada yang tersebar melalui email, chat facebook, blog, web lucah, download dan lain-lain, biasanya menyebabkan sistem menjadi perlahan, ada tikanya menyebabkan antivirus sedia ada tidak berfungsi sekaligus memudahkan virus jenis lain menyeludup masuk ke dalam sistem.

Untuk mencegah risiko dijangkiti virus biasanya pengguna digalakkan memasang perisian antivirus yang sesuai misalnya kaspersky, avira ataupun nord antivirus. Jika sudah dijangkiti virus, penyelesaiannya sama ada segera melakukan scanning dan cleaning sistem ataupun cara paling mudah ialah reformat.

Kebiasaannya bagi pengguna yang baru memiliki komputer, laptop atau netbook tambahan pula baru berjinak-jinak dengan alam internet, kebarangkalian untuk menghadapi masalah sebegini agak besar dan perihal sebegini banyak bergantung pada tanggungjawab pengguna sendiri.

Dalam keadaan atau situasi berlainan, kerosakan windows juga boleh berlaku sekiranya tersilap melakukan installation atau memasang applikasi yang terlampau berat dan tidak sepadan dengan keupayaan bekerja yang ada pada netbook 1Malaysia.

Applikasi permainan misalnya Need 4 Speed atau lain-lain games yang memerlukan keupayaan graphic yang tinggi tentu tidak sepadan dengan netbook yang tugasan asalnya hanyalah untuk kerja-kerja ringan misalnya menaip, belajar dan melayari internet.

Berterusan menggunakan applikasi atau permainan yang berat (dari segi grafik) tentunya tidak elok untuk ketahanan netbook yang berkuasa rendah dan sistem windows itu sendiri.

Bagi kategori 'kerosakan' disebabkan tempoh percubaan sesuatu applikasi seperti Microsoft Office, Antivirus dan beberapa applikasi yang lain telah tamat, penyelesaiannya ialah dengan memasang perisian baru sama ada yang berbayar atau yang percuma.

Mana-mana komputer, laptop, netbook yang baru dibeli biasanya hanya disediakan sistem windows berlesen yang telah siap dipasang, manakala lain-lain applikasi penting biasanya hanya diberi tempoh percubaan selama 30 hari dan ada juga 60 hari.

Sebetulnya perkara sebegini bukannya satu kerosakan pun tapi bagi sebuah akhbar yang gemar bersikap 'terbuka', ada kalanya apa sahaja akan dianggap sebagai rosak bila mana tidak dapat digunakan walau sebenarnya yang berlaku tempoh percubaan sesuatu applikasi sudah tamat.

Manakala bagi kerosakan dalam kategori ketiga yang membabitkan masalah hardware, kerosakannya mungkin bermula dari kilang atau semasa pengendalian netbook tersebut diangkut dari satu tempat ke satu tempat. Dalam kes sebegini penerima dikira amat tidak bernasib baik dan satu-satunya cara ialah menuntut warranti.

Sementara itu, bagi yang sudah menerima dan sedang menggunakan netbook 1Malaysia serta pengguna lain, beberapa tip berikut boleh membantu anda untuk memastikan jangka hayat netbook atau laptop anda bertahan lama.

1) Elakkan penggunaan di atas tilam atau karpet tebal, ini bagi mencegah aliran udara netbook atau laptop dari tersekat dan habuk pula masuk ke dalam seterusnya menyebabkan suhu meningkat naik. Kesan buruk dari suhu tinggi tersebut bakal menjejaskan ketahanan mainboard selain turut memberi kesan sampingan pada harddisk dan processor itu sendiri.

2) Biasakan menggunakan coolant fan tambahan untuk melancarkan pengudaraan di bawah dan di dalam casing netbook atau laptop anda.

3) Jika anda jarang menggunakan netbook atau laptop atau hanya menggunakan beberapa jam sahaja seminggu, biasakan menanggal bateri. Tujuannya untuk mengelakkan kesan sampingan pada batteri, komponen dalaman netbook atau laptop sendiri.

4) Sewaktu anda mahu mula menggunakan netbook atau laptop, jangan sesekali terus mencucuk masuk pin power adapter terus ke power jack netbook atau laptop. Pastikan dulu suis berada dalam keadaan tutup (off). Kerap memasukkan pin adapter terus ke power jack ketika suis masih hidup (on), impaknya buruk terhadap netbook khususnya mainboard itu sendiri.

Serba sedikit tip di atas boleh membantu anda menggunakan netbook 1Malaysia atau laptop lain dengan lebih lama. 

Di masa yang sama kita harap pihak terbabit akan mengambil langkah bersesuaian dengan menukar mana-mana jenama netbook 1Malaysia yang didapati agak kerap mengalami masalah hardware.

Disamping itu bagi penerima bantuan netbook 1Malaysia yang termasuk dalam kumpulan 1% yang tak bernasib baik seperti dihuraikan secara ringkas ini, mungkin boleh imbas semula satu persatu untuk memastikan di mana salah silapnya, jika pasti bukan berpunca dari kesilapan penggunaan, segeralah menuntut warranti sementara masa jaminan belum luput.

Monday, September 17, 2012

Fahami "Man La Yasykurun-nasa La Yasykurullah"?


GT sangat setuju dengan artikel ini kerana ramai kawan-kawan GT yang berlonggok nun di sebelah sana menggunakan hujah pendek akal ini.  

Sedar tak sedar, mereka semakin jauh dihanyutkan oleh permainan politik pembangkang.  Anda mesti baca dan wajib tahu tentang ini. 

"Man La Yasykurun-nasa La Yasykurullah" - KLIK SINI

Monday, July 16, 2012

Jelajah JANJI DITEPATI Kena Tepat Di Muka Pembangkang!!!



Pembangkang kini amat gementar dengan siri lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Jelajah Janji Ditepati yang bermula sejak April lalu.

Dalam masa hampir empat bulan, Perdana Menteri telah bertemu atau 'touch base' dengan rakyat daripada pelbagai lapisan di Johor hinggalah ke Sarawak, Perak, Kedah dan Melaka.

Sambil mendengar keluhan dan rintihan rakyat, beliau juga berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, bak kata pepatah sambil berenang minum air.

Malah slogan Janji Ditepati juga telah dijadikan tema sambutan perayaan 55 tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini.

Ketakutan pembangkang terhadap slogan tersebut terserlah apabila mereka menuduh ia sebagai propaganda politik Barisan Nasional dan usaha mengugut rakyat.

Malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan individu paling takut kepada pengaruh kuat Perdana Menteri sepertimana yang dilihat daripada sambutan hangat rakyat terhadap beliau.'

Kini ke mana sahaja Datuk Seri Najib berkunjung, Anwar pula akan menyusul.

Pada 12 Julai lalu Anwar berceramah di Selangor, diikuti sehari kemudian di Kedah dan ke Sarawak pula pada 14 Julai, semua destinasi tersebut telah dikunjungi Perdana Menteri.

Nampaknya Anwar kini keletihan atau capek mengejar program-program Perdana Menteri untuk melawan impak besar hasil daripada lawatan Datuk Seri Najib.

Rakyat boleh bandingkan antara kepimpinan dan ketokohan kedua individu tersebut.

Melalui pelbagai program seperti BR1M dan TR1M serta banyak lagi bantuan-bantuan terus kepada rakyat yang dijanjikan dalam Program Tranformasi Ekonomi, Perdana Menteri telah membuktikan bahawa janji-janji tersebut adalah benar dan telahpun ditepati.

Berlainan pula dengan Anwar dan pemimpin pembangkang lain yang bermodalkan janji kosong serta caci hamun dan fitnah sebagai daya tarikan ceramah mereka.

Tidak ada yang boleh diharapkan daripada pembangkang kerana tidak ada satu pun janji mereka boleh dipercayai seperti di Kelantan yang sehingga kini tidak mampu menyerdiakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu walaupun sudah memerintah lebih 20 tahun.

Di Selangor, lebih dahsyat pula penagan pembangkang; negeri paling kaya itu kini digugat dengan pelbagai krisis dari bekalan air di tahap kritikal kepada dakwaan penyelewengan dana awam ratusan juta ringgit.

Inilah yang ditakuti oleh Anwar kerana di setiap siri Jelajah Janji Ditepati, barulah rakyat di negara ini sedar bahawa di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, masalah yang membelenggu rakyat tidak dipedulikan, malah pembangunan pun boleh dikatakan tidak ada langsung.

Ambil sahaja contoh Lembah Pantai, di mana anak Anwar, Nurul Izzah menjadi ahli parlimen.

Beliau amat jarang sekali dilihat menyantuni rakyat di kawasan yang diwakilinya kerana siang dan malam hanya sibuk berceramah di merata tempat.

Tidak ada pembangunan yang di bawa oleh Nurul Izzah ke Lembah Pantai.

Kebanyakan projek-projek ekonomi seperti pembinaan Bazaria dan gerai peniaga dan pembaikan infrastruktur seperti jalan raya di situ semuanya adalah hasil kerja kuat Menteri Wilayah  Persekutuan dan Kesejateraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Baru-baru ini pula isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, merasmikan pembukaan Pusat Anak PERMATA Negara di Kerinchi.

Rakyat tertanya-tanya di mana Nurul Izzah yang bangga di gelar 'Puteri Reformasi' pada satu ketika dahulu tetapi apabila dipilih rakyat untuk mewakili mereka, yang mampu dibuktikan olehnya hanya janji-janji basi.

Hakikatnya, Anwar dan Pakatan Rakyat semakin menerima kenyataan bahawa mereka akan ditolak rakyat di peti undi pada PRU-13 nanti kerana tidak menepati janji-janji yang mereka lakar pada PRU-12 dahulu.

Membuat janji adalah perkara yang berat dan menggotakannya adalah lebih berat lagi, hanya kerajaan yang bertanggungjawab dan berwibawa seperti BN mampu melakukan kedua-duanya sekali.

Tuesday, June 19, 2012

Seminar Fiqh Taati Pemimpin: Ulama Sepakat Malaysia Negara Sekular???



PADA sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam.

Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman.  Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.

Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang  bersifat sekular.

Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.  Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia.

Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.

Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti.

Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.

Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.

Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa.  Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama.

Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir.  Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.

Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak mendengarnya.

Sumber: Beruang Biru & The Pola Bear

Tuesday, May 22, 2012

Gara-Gara Puji Najib Razak, Kini Tunku Aziz Pula Didakwa Terima RM50 Ribu Dari BN.. Pulak Daaah...



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang secara terbuka menyokong program transformasi Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang disiarkan oleh kebanyakkan media massa nyata mengundang perasaan kurang selesa dari kem pakatan pembangkang.

Menurut Tunku Aziz, "apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ini adalah betul dan tepat, kita perlu memberikan sokongan kepadanya". Satu kenyataan yang ringkas dan padat namun ianya pedas untuk diterima oleh pemimpin dan penyokong pembangkang.

Sebelum ini, Tunku Aziz juga pernah mencetuskan kemarahan ramai pemimpin pembangkang terutama dari DAP apabila mengecam perhimpunan Bersih 3.0 yang disifatkannya sebagai tindakan yang sengaja mahu mencabar undang-undang dan sukar untuk berlangsung dengan aman.

Tidak sedikit respon negatif diterima dari kalangan penyokong tegar pembangkang yang mengganyang kenyataan Tunku Aziz itu. Rata-ratanya menyifatkan Tunku Aziz sebagai pengkhianat dan tidak berpendirian teguh.

Pun begitu, respon negatif pembangkang tidak sukar dimengertikan kerana hampir kebanyakkan penyokong pembangkang memahami peranan sebagai pembangkang hanyalah dalam konteks sentiasa bangkang apa saja tanpa mengira baik atau buruk sesuatu perkara.

Namun telahan Tunku Aziz terbukti betul apabila di saat-saat akhir perhimpunan Bersih 3.0 telah berlaku perlanggaran undang-undang setelah peserta-peserta di barisan depan yang diketuai oleh Unit Amal PAS dan beberapa kelompok lain terlibat secara langsung menceroboh masuk ke Dataran Merdeka sehingga memaksa FRU bertindakbalas menyuraikan mereka.

Dalam hal sokongan Tunku Aziz menyanjung agenda transformasi yang diterajui oleh Najib sebenarnya menunjukkan kematangannya sebagai pembangkang yang rasional dan bukannya dari jenis bangkang dari longkang. 

Perbezaan nyata seorang yang rasional dan berakal berbanding dengan golongan bangkang dari longkang. Sokongan beliau adalah satu pengiktirafan atas usaha penat lelah PM menerajui kerajaan dan ia tentu saja memberi makna besar kepada kerajaan BN.

Dari satu sudut, kenyataan Tunku Aziz juga merupakan satu manifestasi betapa urus tadbir kerajaan BN sudah berada di landasan yang betul untuk memacu pembangunan dan kemajuan negara selain tanda aras penting yang membuktikan kemampuan Najib sebagai pemimpin negara.

Jika kita fahami secara tersirat kenyataan Tunku Aziz itu, mungkin bertepatan kalau kita tafsirkannya sebagai pengiktirafan rasmi dari beliau terhadap kemampuan Najib untuk terus memimpin negara selain menepati kriteria sebagai pilihan utama rakyat berbanding pemimpin politik berjiwa retorik seperti Anwar Ibrahim.

Wednesday, May 9, 2012

PM & BN Selangor Lancar 4 Acara Serentak, Esok! PM Kerja Kuat, Bukan Temberang Kuat!



SHAH ALAM, Selasa, 8 Mei 2012 – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan merasmikan secara serentak empat acara anjuran BN Selangor termasuk Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) di pejabat UMNO negeri di sini pada jam 12.30 tengah hari Khamis ini.
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, Perdana Menteri akan turut melancarkan lagu Sayangi Selangor Yakini BN , penubuhan Persatuan Barisan Artis Nasional (BRAN) peringkat nasional dan flag-off teksi-teksi tempatan.
Beliau berkata, hadiah istimewa disediakan bagi pemanggil bertuah yang dapat bercakap dengan Perdana Menteri ketika majlis perasmian PAKAR BN Selangor yang dijadualkan antara jam 1.30 petang dan 2petang.
Penduduk tempatan boleh menelefon PAKAR BN Selangor di talian 1300-22-2626 untuk menyampaikan sendiri sebarang aduan mengenai pelbagai masalah di negeri ini kepada Perdana Menteri yang jugaPengerusi BN Selangor.
Lagu Sayangi Selangor Yakini BN  akan dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Lim Kok Wing manakala pelancaran BRAN bakal menampilkan artis-artis terkemuka tanah air termasuk  Erry Putra,  Lutfya AF dan Ayu OIAM,
Perdana Menteri juga akan melakukan flag-off sekumpulan pemandu teksi anggota Persatuan Pemandu Teksi Selangor yang berpakaian baju BN dan memasang bendera BN pada teksi masing-masing.

Sunday, April 15, 2012

Anwar Pening Lagi! Waris Malaya Terjemahkan Ketakutan Anwar Menjadi Kenyataan!


GT sudah lama mengikuti perkembangan Waris Malaya.  Tatkala mula menapak sebagai NGO pro BN, Waris Malaya sering muncul bersama-sama GAPS bagi acara demonstrasi, mahupun membuat kenyataan akhbar berhubung isu-isu di Selangor, dan isu nasional.  


Waris Malaya dipengerusikan oleh Sheikh Wesal Sheikh Ahmad, seperti gambar diatas yang diambil dalam satu laporan polis berkenaan perhimpunan haram Bersih 2.0.  

Apa yang membanggakan, Waris Malaya mensasarkan golongan mat rempit sebagai kumpulan yang perlu diberi perhatian tentang perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.  Perlu diingatkan, stigma masyarakat yang selalu memandang negatif terhadap golongan ini sebenarnya tidak membantu dalam memberi kesedaran.  

Mungkin ramai yang tidak tahu, Waris Malaya sebelum ini telah berjaya mengadakan 7 program memberi kesedaran kepada mat rempit sekitar Kota Raja, Shah Alam, Klang dan Kapar.  Dan dalam program motivasi itu, ada di kalangan mat rempit ini yang menitiskan airmata apabila mengetahui betapa gentingnya nasib Islam dan Melayu di bumi bertuah ini.  


Sehubungan dengan itu, GT sangat-sangat menyokong usaha yang dipelopori oleh Sheikh Wesal dan barisan jentera Waris Malaya ini. 

Menariknya, kebangkitan yang ditunjukkan oleh anak muda melalui Waris Malaya merupakan ancaman besar kepada Anwar Ibrahim.  Mengapa GT berkata demikian?  

GT merujuk kepada kata-kata Zahid Mat Arip, bahawa sesungguhnya Anwar Ibrahim cukup benci apabila melihat kebangkitan anak muda yang pro kepada BN.  Dan kebangkitan dengan puluhan ribu anak muda hadir membuktikan kebenaran T.I.B.A.I!  Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim!  Pastinya, Anwar bakal menemui kesukaran untuk mencari "anak ikan" yang baru.. muahahahahaha...



Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Perdana Menteri menunjukkan komitmen PM terhadap golongan muda, yang suatu ketika nanti menjadi waris bumi bertuah ini.  PM sporting, siap bonceng motorsikal bro.. 

Tahniah juga kepada penaung Waris Malaya, Sdr Raouf Mokhtar.

Tahniah dan terima kasih kepada pemilik Dataran Reformasi, yang telah bertukar kepada Dataran Transformasi, Sdr. SD Johari.  

Lu orang rocks the nation la bro.. terbaeeeekkk...!!!  

Lagi foto2 menarik DISINI

Tuesday, April 3, 2012

Pengusaha Burung Walit Terkesan Dgn Lawatan PM ke China. Terima Kasih PM!



MUNGKIN laporan penarikan semula larangan penjualan sarang burung dari Malaysia oleh kerajaan China yang diumumkan semasa lawatan Perdana Menteri ke Nanning, China, Sabtu lepas, kelihatan kecil pada sesetengah pihak. Maka itu tidak hairan kenapa tidak banyak portal berita yang mahu menyiarkan berita ini apatah lagi memberikan ulasan yang bersesuaian mengenainya.

Itu mudah difahami kerana dalam keadaan semua pihak menanti tarikh pembubaran parlimen bagi membuka laluan kepada pilihanraya umum, berita yang tidak ada sensasi politik memang kurang mendapat perhatian pembaca.

Hakikat yang sebenarnya, berita ini mempunyai impak yang besar kepada semua pengusaha burung walit (majoriti masyarakat cina) di Malaysia ini kerana China adalah pasaran terbesar dunia untuk produk sarang burung yang dikatakan mempunyai khasiat dari segi perubatan di kalangan orang cina.

Pendek kata, banyak manfaat yang boleh diperolehi pengusaha sarang burung tempatan dengan penarikan semula larangan ini

Berapa besar manfaat itu? Sukar nak dinyatakan kerana tidak ada satu angka rasmi yang boleh dijadikan petunjuk, tapi dengan nilai sarang burung tersebut yang mencecah harga antara RM 2,000 hingga RM 12,000 sekilogram, impaknya memang besar. Apatah lagi dilihat dari ramainya yang menjadi jutawan dalam senyap melalui perusahaan ini.

Kerja keras Perdana Menteri ini selayaknya mendapat penghargaan dari semua lapisan masyarakat cina, sama ada yang mengusahakan perusahaan burung walit ini atau tidaknya. Setidak-tidaknya, kerja keras Perdana Menteri ini berjaya memastikan ekonomi masyarakat cina terbela kerana perniagaan sarang burung ini mempunyai kaitan rapat dengan banyak industri berkaitan yang lain. Paling tidak industri pembinaan (untuk membina rumah burung walit).

Semua ini adalah hasil usaha dan hubungan baik Perdana Menteri dengan kerajaan China yang telah terjalin sejak ayahanda beliau memulakan hubungan diplomatik dengan negara tembok besar tersebut pada 1971 lagi.

Walaupun penarikan semula import burung walit ini bersyarat (jumlat nitrat perlu dikurangkan), tapi itu adalah isu operasi yang boleh diselesaikan oleh semua pengusaha. Yang utamanya ialah meyakinkan kerajaan China bahawa Malaysia mampu menyelesaikan semua isu yang membawa kepada pengharaman tersebut. Ini bukan perkara mudah kerana sebagai negara pengguna, China mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan bekalan sarang burung, tidak semestinya dari Malaysia sahaja.

Tapi itulah yang dilakukan Perdana Menteri, sesuai dengan jawatannya yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, tidak kira keturunan dan agama anutan.

Sepatutnya sekarang tidak ada lagi cakap-cakap politik yang mengatakan kerajaan BN tidak membantu masyarakat cina di Malaysia. Perdana Menteri tidak sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada masyarakat cina dalam soal-soal tempatan sahaja malah dalam soal perniagaan di peringkat antarabangsa juga.

Kalau helah pembangkang dijadikan panduan, sepatutnya kerajaan BN membiarkan sahaja pengusaha sarang burung walit di Malaysia menyelesaikan sendiri masalah ini atau membiarkan parti-parti pembangkang yang kononnya prihatin dengan nasib pengusaha burung walit ini, menyelesaikannya mengguna apa saluran yang termampu oleh mereka.

Tapi ternyata tanggapan itu meleset, Perdana Menteri rupa-rupanya memandang serius nasib pengusaha sarang burung yang terjejas ini dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya – walaupun tanpa gembar gembur yang hebat, mahupun publisiti yang meluas.

Kalau ini bukan budi seorang pemimpin kepada rakyatnya, apa lagi yang layak kita gelarkan?

Monday, March 26, 2012

Bahasa Melayu, Dong Zhong Dan Segenggam Penumbuk!!!


Sebagai negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, tentulah bukan sesuatu yang pelik,dan jauh sekali satu kesalahan jika majoriti rakyat hanya fasih kedua-dua bahasa ini sahaja.

Walaupun kaum Cina dan India mewakili kaum yang kedua dan ketiga ramai di Malaysia, Bahasa Mandarin ataupun Tamil tidak pernah dinobatkan sebagai sama taraf dengan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Kedua. Ini adalah amalan biasa bagi mana-mana negara yang bermasyarakat majmuk agar negara dapat mencapai matlamat perpaduan yang jitu.

Berdasarkan hakikat ini, maka memenuhi kehendak ektremis Dong Zhong agar semua guru-guru yang dihantar ke sekolah Cina wajib fasih berbahasa Mandarin tentulah sukar dipenuhi. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kaum Cina sendiri kurang berminat menjadi guru dan begitu sedikit sekali yang menghantar permohonan untuk menjadi guru.

Justeru, bagi memastikan anak-anak Cina tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran Malaysia, guru-guru yang tidak fasih atau tidak tahu berbahasa Mandarin terpaksa juga dihantar ke sekolah Cina untuk mengajar beberapa matapelajaran lain, terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu.

Namun, sudah menjadi kelaziman mana-mana ektremis seperti Dong Zhong untuk tidak dapat berfikir secara rasional dan enggan menerima penjelasan yang diberikan kerajaan. Sebaliknya mereka mengambil sikap degil dan keras kepala inginkan tuntutan mereka dipenuhi walaupun ianya mustahil.

Oleh yang demikian, inilah disarankan agar kerajaan membenarkan Dong Zhong membuang sahaja semua guru-guru di sekolah Cina yang tidak boleh berbahasa Mandarin dan tidak perlulah membekalkan guru-guru Bahasa Melayu kepada mereka lagi selepas ini.

Biar mereka memaksimakan masa pengajaran beberapa kerat guru-guru yang fasih berbahasa Mandarin yang ada dalam negara bagi memenuhi keperluan pengajaran semua matapelajaran di sekolah-sekolah mereka. Jika perlu, mungkin mereka perlu menimbangkan kemungkinan seorang guru perlu mengajar di dua atau tiga buah sekolah.

Dan kemudian, kita lihat sahaja bagaimana anak-anak mereka akan membawa diri di Malaysia setelah tamat sekolah kelak. Bagaimana mereka berurusan dengan pelanggan Melayu, pekerja Melayu, kerajaan, pihak berkuasa seperti polis, imigresen dan sebagainya terutama apabila mereka menghadapi kesulitan.

Mungkin Dong Zhong terlalu yakin yang mereka boleh hidup dalam dunia terasing mereka sendiri, membawa aspirasi negara asal nenek moyang mereka dan tidak mengambil bahagian langsung dalam pembentukan Bangsa Malaysia.

Hari ini, bukan sedikit warga Cina Malaysia yang tidak fasih berbahasa kebangsaan mahupun bahasa Inggeris. Lihat sahaja bagaimana begitu banyak perniagaan kaum ini yang meletakkan iklan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang hancur lebur.

Penulis sendiri pernah beberapa kali ‘naik angin’ dan menghempaskan telefon apabila pegawai berbangsa Cina yang menjawab telefon tidak dapat berkomunikasi dengan baik sehingga menimbulkan kekecewaan dan kemarahan penulis sebagai pelanggan.

Sikap ini menunjukkan keangkuhan atau ‘chauvinism’ yang tegar di mana kaum Cina merasakan yang mereka tidak lagi memerlukan kaum lain untuk hidup di Malaysia.

Sedangkan masalah komunikasi yang buruk mampu menggugat sesebuah syarikat sehinggalah ke sebuah negara.

Contohnya, walaupun ekonomi Negara China sedang berkembang pesat, tetapi masalah komunikasi kekal menjadi masalah berat bagi syarikat-syarikat dari negara itu. Dari pengalaman kerja penulis sendiri, penulis menyaksikan bagaimana pegawai-pegawai dari syarikat negara itu diketawakan atau dicemuh kerana tidak memahami apa-apa di dalam mesyuarat dan akhirnya gagal menepati syarat dan prosedur yang dikenakan. Keadaan ini menyusahkan, menambahkan kos serta membuang masa semua yang terlibat.

Menyedari hal ini, Negara China akhir-akhir ini juga telah berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat mereka. Walaupun ia masih menjadi masalah sehingga kini tetapi kita boleh memaafkan mereka kerana masalah ini berakar umbi dari dasar negara mereka.

Tetapi, kita tidak boleh memaafkan mana-mana warga Malaysia yang sepatutnya fasih berbahasa kebangsaan dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik tetapi mempunyai masalah komunikasi yang sama sepertimana warga China.

Sedangkan dasar negara ini tidak pernah meletakkan Bahasa Mandarin sebagai bahasa utama dan tidak ada sebab kenapa seseorang yang mengaku sebagai warganegara Malaysia lebih fasih berbahasa Mandarin dari bahasa kebangsaan negaranya sendiri.

Kadang-kadang kita merasa letih mengenangkan walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka, soal bahasa Mandarin tidak habis-habis menjadi isu. Masalah ini tidak lain tidak bukan berpunca dari kewujudan ektremis seperti Dong Zhong yang enggan berpijak di bumi nyata dan enggan mengiktiraf langit yang dijunjung.

Selagi wujud ektremis seperti Dong Zhong, eloklah kaum Cina berhenti bermimpi yang Malaysia akan menerima mereka sebagai rakyat setaraf dengan bumiputera selama-lamanya.

Thursday, March 22, 2012

INFO 1 Malaysia: Memahami Skim Rumah Pertamaku Yg Diperlekehkan Oleh Msiakini!


Artikel ini GT tujukan sebagai seorang sahabat, yang katanya masih tidak faham tentang Skim Rumah Pertamaku, sungguhpun bekerja sebagai ejen hartanah selama beberapa tahun. 

Katanya "Aku pun masih confused lagi, cari kat internet, takde maklumat".  

Nah.. ini untuk kamu, cuma kamu tidak tahu siapa GT.. hehehe.. 


Memahami Skim Rumah Pertamaku & Menjawab Propaganda Malaysiakini

Pada 8 Mac 2011 kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) bertujuan membantu golongan muda berpendapatan rendah & sederhana memiliki rumah sendiri.

Skim tersebut adalah kesinambungan inisiatif Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibentangkan pada akhir tahun 2010.

Tujuan asal SRP pada mulanya untuk membolehkan golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah memiliki rumah bernilai RM100,000 hingga RM220,000 sahaja.

KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.

Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Rujukan: Utusan Malaysia

Kemudiannya, pada 7 Oktober 2011, semasa membentang Bajet 2012, PM telah mengumumkan kenaikan had maksimum harga rumah daripada RM220,000 kepada RM400,000 dengan syarat pinjaman pembiayaan dilakukan secara bersama (gabungan gaji suami isteri).

Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku, dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

"Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan bajet 2012 di Dewan Rakyat petang ini.

Rujukan: Malaysiakini

Bagaimanapun pada 5 Mac 2012 yang lepas, portal pro pembangkang, Malaysiakini (MK) telah menyiarkan satu berita berkenaan Skim Rumah Pertamaku (SRP) dengan menggunakan fakta separuh masak, bersifat propaganda & berniat jahat bertujuan untuk memperkecilkan usaha kerajaan BN dalam membantu rakyat memiliki rumah sendiri melalui .

Kesan penyiaran artikel tersebut menyebabkan ramai pembaca (tentunya pro pembangkang) yang tidak mengetahui hujung pangkal matlamat SRP telah menganggap skim tersebut sebagai satu bentuk penipuan dan harapan palsu semata-mata.

Pelan pemilikan rumah - Skim Rumah Pertamaku - yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Mac lalu, kini di ambang kegagalan kerana belum ada satupun permohonan untuk mendapatkan pinjaman 100 peratus diluluskan oleh mana-mana bank.

Intipati utama skim itu, adalah kerajaan akan membantu menyediakan 100 peratus pinjaman bagi pembeli rumah muda yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, bagi membeli rumah yang bernilai sehingga RM400,000.

Laporan akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada muka hadapanya memetik beberapa bank sebagai berkata adalah mustahil membekalkan kemudahan pinjaman itu manakala mereka yang sepatutnya menikmati manfaat daripada skim itu pula menyifatkannya sebagai "angan-angan".

Rujukan: Malaysiakini

Untuk menepis propaganda tersebut, berikut adalah point-point penting untuk memudahkan pemahaman anda supaya tidak terkeliru dengan agenda jahat Malaysiakini.

Plot Propaganda

- Sin Chew Daily (SCD) menyiarkan berita di muka depan yang bersifat memperkecilkan SRP.

- Malaysiakini (MK) memetik berita tersebut dan diulas semula dalam gaya untuk memperlekeh SRP bertujuan menanam perasaan curiga pembaca terhadap keikhlasan kerajaan BN.

- SRP digambarkan oleh Malaysiakini & Sin Chew daily sebagai satu angan-angan & skim penipuan.

Fakta & Penjelasan

1. MK & SCD: Tiada satu pun permohonan diluluskan sejak perlancaran skim tersebut.

FAKTA:
- Sehingga Januari 2012, sejumlah 1,623 permohonan telah diterima melalui Skim Rumah Pertamaku.

- Daripada 1,623 permohonan, 280 pinjaman telah diluluskan setelah menepati syarat & kriteria yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR 13 Mac — Sebanyak 1,623 permohonan bagi mendapatkan jaminan di bawah Skim Rumah Pertamaku telah diterima sehingga Januari tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Daripada jumlah itu, sebanyak 280 pinjaman telah diberikan jaminan dengan nilai RM41.1 juta, katanya dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia & Bernama

2. MK & SCD: Mustahil bank akan membekalkan kemudahan pinjaman kepada pembeli / pemohon berpendapatan kurang RM3000.000 bagi rumah bernilai RM400,000.000

FAKTA:
- Dengan gaji RM3000.00, seseorang pemohon hanya layak membeli rumah bernilai RM100,000 hingga sekitar RM220,000 sahaja.

- Lagipun tujuan asal Skim Rumah Pertamaku pada mulanya bermatlamat untuk membantu golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah memiliki rumah berharga RM100,000 hingga RM220,000.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Rujukan: Utusan Malaysia / "Skim Rumah Pertamaku Dilancarkan" / 08 Mac 2011

- Untuk membolehkan pemohon membeli rumah bernilai RM400,000 maka permohonan MESTI secara bersama dengan pasangan masing-masing (gabungan gaji suami isteri atau pasangan).

- Misalnya, seorang suami yang bergaji RM3,000 sebulan dicampur dengan gaji isteri RM3,000 sebulan, gabungan kedua-dua gaji tersebut memboleh mereka membeli rumah yang bernilai RM400,000.


3. MK & SCD: Skim Rumah Pertamaku hanya angan-angan

FAKTA:
- Tujuan asal Skim Rumah Pertamaku untuk membantu golongan berpendapatan di bawah RM3,000 untuk memiliki rumah yang bernilai RM100,000 hingga RM220,000.

- Had masksima dinaikkan ke RM400,000 pada Oktober 2011, dengan syarat pembelian rumah dilakukan secara bersama suami isteri (kombinasi gaji kedua-duanya).

- Jika dengan gaji RM2,000 atau RM3,000 sahaja memanglah satu angan-angan gila untuk membeli rumah bernilai RM400,000. 

- Tapi bila permohonan secara bersama (suami & isteri) atau bersama pasangan anda (tunang misalnya), gabungan kedua-dua gaji anda jika menghampiri jumlah RM6,000 dan komitmen lain pula kurang, maka anda layak membeli rumah bernilai RM400,000 dengan pinjaman 100% (termasuk 10% jaminan kerajaan).

4. MK & SCD: Rumah bernilai RM400,000 dengan tempoh pembayaran 30 tahun membebankan pembeli yang hanya bergaji RM3,000 sebulan.

FAKTA:
- Seperti dijelaskan di atas, kalau gaji RM3,000 hanya layak membeli rumah bernilai RM100,000 hingga RM220,000 sahaja (matlamat asal SRP).

- Untuk membeli rumah bernilai RM400,000 caranya ialah melalui pembelian secara bersama. Yakni kombinasi gaji suami yang bernilai RM3,000 dicampur dengan gaji isteri RM3,000 sebulan dan bayaran bulanan ialah sekitar 2000 sebulan.

- Jika hanya suami sahaja yang bekerja dan gaji pula ialah RM3,000 sebulan, penyelesaiannya ialah membeli rumah yang berharga RM100,000 hingga RM220,000 sahaja.

- Had maksima tempoh pembayaran pula bukannya 30 tahun tapi 40 tahun, sila rujuk soal jawab di laman web Skim Rumah Pertamaku

5. MK & SCD: Bank Negara memperketatkan syarat pinjaman dan hanya membenarkan pihak bank meluluskan pinjaman berdasarkan pendapatan bersih.

FAKTA
- Tujuan Bank Negara mengenakan syarat tersebut untuk mengelakkan pembeli yang mempunyai komitmen tinggi terperangkap dengan masalah kewangan 

Foto2 Ribuan Mahasiswa Bersama PM Di UiTM Shah Alam - Mana Adam Adly?









Wednesday, March 21, 2012

LIVE: Amanat PM Kpd Mahasiswa Pewaris Kepimpinan Negara

Sambutan hebat yg diberikan kpd Menteri adalah petanda mahasiswa bersama slogan 1 Malaysia.  Mahasiswa yg hadir mewakili universiti masing2.

PM sedang memberi amanatnya, yg berharap aset intelek iaitu mahasiswa membawa kpd masa depan negara agar cemerlang.

Matlamatnya ialah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Mahasiswa disuntik semangatnya agar berbakti kpd negara, bukan huru hara!

Esok GT upload foto2 ye.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 16, 2012

Padanlah Anwar Marah Sangat Dengan Najib...


Hasil kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre minggu lalu yang menunjukkan populariti Perdana Menteri melonjak 10 peratus kepada 69 peratus mengesahkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya mantap diterima oleh setiap lapisan negara ini.

Malah dalam satu kajian ang berkaitan yang dibuat lewat tahun lalu oleh badan penyelidik yang sama menunjukkan Perdana Menteri lebih popular dari segi ketrampilan diri daripada ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Populariti Datuk Seri Najib bukan sekadar kepada nama ulung ayahandanya, Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, tetapi adalah hasil daripda usaha kuat, berterusan serta gigih beliau membina sahsiah sebagai seorang tokoh dan pemimpin negara yang disegani dan dihormati.

Walaupun pelbagai badai melanda kerana ditohmah dan difitnah oleh pembangkang sejak memegang tampuk utama negara, Perdana Menteri tidak pernah melatah mahupun gentar menghadapi semua cabaran tersebut.

Rakyat sedar apa yang dihadapi beliau adalah asam garam kehidupan sebagai seorang ahli politik yang memimpin parti dan ketua eksekutif pentadbiran negara.

Yang dilihat rakyat ialah kepimpinan dan ketokohan beliau yang diterjemahkan di dalam visi pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

Kajian terbaru membuktikan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menyalurkan sebanyak RM500 secara tunai kepada setiap isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000.

Program ini popular dan menerima maklum balas yang positif daripada rakyat bukan sahaja kerana idenya adalah inovatif tetapi pelaksanaannya sebagai mengota janji bahawa rakyat di utamakan dalam setipa perancangan dasar kerajaan.

Rakyat semuanya gembira kerana Perdana Menteri dan kerajaan amat prihatin terhadap masalah kekangan kewangan negara kerana terkesan daripada krisis ekonomi global.

Yang tidak gembira hanyalah sekelompok golong yang digelar sebagai pembangkang.

Aapa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu meringan keperitan hidup rakyat akan dipandang serong dan dipolitikkan untuk kepentingan mereka.

Malah BR1M untuk membantu meredakan sedikit kos kehidupan yang kian meningkat di tuduh sebagai gula-gula politik.

Gagal mengemukan sebarang ide dan dasar yang positif dan membangun, pembangkang terpaksa memilih jalan menyerang dan menfitnah Perdana Menteri dan kerajaan yang dipimpinnya.

Anwar umpamanya didapat menerima Datuk Seri Najib lebih popular dan diyakini sebagai pemimpin daripada beliau.

Bagaimana rakyat mahu menerima pemimpin seperti Anwar sekiranya peribadi, moral dan akhlaknya sentiasa dipertikaikan dan dianggap rendah.

Dakwaan terlibat dalam jenayah liwat sebanyak dua kali dalam tempoh 10 tahun sudah tentu menjadi jelas kepada rakyat bahawa pemimpin seperti ini 'tidak boleh dipakai'.

Apatah lagi sikap beliau yang menyokong Israel secara terang-terangan telah mencerminkan bahawa Anwar tidak mampu menjaga kepentingan Islam dan maruah umat Islam sekiranya menjadi pemimpin negara ini.

Rakyat mahu seorang pemimpin yang mampu mengalas tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi.

Rakyat menolak pemimpin yang rosak akhlaknya, khianat kepada agama dan bangsa sendiri malah bersekongkol pula dengan musuh Islam.

Datuk Seri Najib diyakini akan terus diberi mandat dan tanggungjawab memikul amanah rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Hari-hari yang mendatang akan terus menjadi bukti bahawa beliau mengotakan setiap janji yang dibuat bukannya seperti pembangkang yang hanya pandai menanam tebu di bibir mulut.

Sesuatu yang pasti, Perdana Menteri dan menteri-menteri serta kakitangan awam wajib meningkatkan momentum yang baik ini demi denyut nadi rakyat.  

Dan jangan leka dibuai indah gara-gara kajian oleh Merdeka Centre kerana madu yang diberikannya mungkin juga racun di dalamnya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...