Bersama Berjuang

Showing posts with label Harun Din. Show all posts
Showing posts with label Harun Din. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

MUKTAMAR PAS: Haron Din Memang Orang Yang Berilmu... Tetapi Bila Agaknya Beliau Akan Keluar Dari "Kelambu"???


Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din di dalam Berita Harian hari ini menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Haron Din menempelak Karpal Singh atas kenyataan pemimpin DAP itu mengenai parti berasaskan agama wajar diharamkan.  Menurut Haron Din, Karpal tidak faham agama Islam dan Karpal tidak wajar masuk campur dalam urusan rumahtangga PAS atau tidak wajar ‘masuk ke dalam kelambu’ PAS. 

Analogi ‘kelambu’ yang digunakan Haron Din membawa makna yang mendalam sekali. 

‘Kelambu’ selalunya dikaitkan dengan keintiman dan menyatakan bahawa DAP telah masuk ke dalam kelambu PAS membayangkan betapa DAP telah mengetahui segala-galanya tentang PAS.  Tiada lagi rahsia PAS yang tidak diketahui oleh DAP. 

Apa yang pelik ialah, walaupun DAP atau Karpal telah masuk ke dalam kelambu PAS, Karpal masih lagi tidak faham Islam, sepertimana yang disahkan oleh Haron Din sendiri. 

Jelas, apa yang ada di dalam PAS tidak mampu menarik Karpal ke arah Islam, jauh sekali memahamkannya mengenai agama suci ini.  Ini kerana apa yang dapat dilihat di dalam kelambu PAS hanyalah kekeliruan antara menjaga hati bukan Islam, mengambil hati umat Islam, memerangi sesama Islam, membela Syiah, menyokong komunis dan ketidakpastian mengenai LGBT. 

Justeru, tidak hairanlah Karpal semakin jauh dari Islam dan bukannya semakin tertarik dengan Islam sejak DAP ‘masuk ke dalam kelambu PAS’. 

Apa yang lebih melucukan ialah kenyataan Haron Din itu membayangkan beliau marah-marah kerana Karpal menceroboh kelambunya. Mungkin Haron Din terlupa bahawa PAS yang menjemput Karpal duduk sekelambu. 

Sehingga ke tahap ini juga, PAS yang kelihatan enggan berpisah dengan DAP sedangkan DAP sudah pernah mengugut untuk keluar pakatan sekiranya PAS terus mempertahankan Negara Islam dan Hudud.   Tetapi, PAS tidak pernah mengugut keluar pakatan sekiranya DAP terus mempersoalkan Islam.  Sebaliknya, PAS sering menganggap kenyataan DAP adalah kenyataan peribadi pemimpin tertentu dan enggan mencari gaduh dengan parti itu.  Selamanya, PAS yang terus mengalah, mengharapkan kesetiaan DAP kepadanya. 

Kini setelah DAP berada dalam kelambu yang sama, Haron Din pula yang berpura-pura baru tersedar. Apakah Ulama ini selama ini buta? 

Jika beliau boleh melihat makhluk halus yang manusia biasa tidak dapat lihat, kenapakah beliau tidak boleh melihat makhluk ‘kasar’ iaitu Karpal Singh di dalam kelambunya?  Atau Kit Siang dan Guan Eng di dalam kelambu PAS?  Hanya kerana mereka berwajah Mat Sabu, mereka tetap Kit Siang, Guan Eng dan juga Karpal berdasarkan tindak tanduk dan kenyataan yang dibuat.  Apakah Haron Din tidak nampak mereka di sebalik wajah Mat Sabu itu sedangkan seluruh negara boleh melihatnya?

Itu belum lagi Ambiga Sreevanesan atau mungkin juga Bridget Welsh yang didakwa sebagai agen CIA yang juga pernah dijemput masuk dalam kelambu PAS.  Apakah Haron Din terlepas pandang akan mereka juga? 
Hakikatnya, kelambu PAS itu sudah koyak.  Semua orang boleh melihat apa yang berlaku di dalamnya termasuk hubungan terlarang mahupun songsang. 

Kebusukan PAS sudah terdedah luas dan tidak hairanlah apabila Karpal menyuruh PAS membuang saja nama agama pada parti. Sememangnya, PAS sudah terlalu jauh dari landasan Islam.

Tuesday, October 29, 2013

PRK Sg Limau: Nik Aziz Dipulaukan Oleh Jentera PAS Kedah? Wooowwwww...!!!


Hairan bin Ajaib! Walaupun hari berkempen sudah memasuki ke hari ke-7, namun sehingga kini tiada satu pun poster Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan di sekitar kawasan Sungai Limau.

Berbanding sebelum ini, Nik Aziz sering dijadikan sebagai modal utama kempen bagi menarik sokongan pengundi yang dikatakan menghormatinya sebagai seorang ulama.

Tambah memelikkan apabila, kelibat Nik Aziz langsung tidak kelihatan atau setidak-tidaknya hadir untuk memberikan tazkirah di masjid atau surau. Apa sudah jadi? Nampaknya selepas Nik Aziz digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan, khidmat dan auranya turut hilang.

Lebih menyedihkan, khidmatnya sebagai penceramah juga langsung tidak diperlukan oleh jentera Pas Kedah, walaupun pemerhati politik merasakan parti itu bakal berdepan dengan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dun di Sungai Limau.

Malah melalui sembang-sembang di kedai kopi, ada yang mengatakan Nik pada ketika ini sedang sakit tenat dan sukar untuk dibawa ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen. 

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak bersetuju dengan pemilihan Azam Samad sebagai calon Pas. Ini kerana Azam dikatakan bakal dijadikan sebagai boneka kumpulan liberal di dalam parti itu sekiranya menang sekali gus bakal menjadi kumpulan penentang terhadap kelompok pimpinan ulama Pas.

Walau bagaimanapun, dalam banyak isu yang dibangkitkan terdapat satu isu yang agak menarik untuk dikongsikan. Iaitu penolakan secara total oleh jentera Pas Kedah khususnya di Sungai Limau terhadap kehadiran Nik Aziz. 

Ini kerana rata-rata di kalangan mereka dikatakan sangat terkesan dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat menyebelahi Phahrolrazi dan Mahfuz. Malah Nik Aziz juga dikatakan langsung tidak membela Azizan ketika belaiu dijadikan sebagai sasaran oleh para pengikut Pas kerana dikatakan ‘Mesra BN’.

Sikap berdiam diri itu, akhirnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengikut Azizan yang merasakan tindakan berdiam diri Nik Aziz itu telah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk dengan pelbagai fitnah dan cacian. Sedangkan sebagai seroang Musyidul Am, Nik Aziz sepatutnya mengambil pendekatan untuk menenteramkan suasana.

Disebabkan itu, ada yang mengatakan Nik Aziz telah dinasihatkan agar tidak turun ke Sungai Limau bagi mengelakkan jentera Pas kawasan Jerai mengambil pendekatan boikot.

Selain dari Nik Aziz, turut menjadi tanda tanya ialah treler Pas yang digunakan ketika pilihanraya umum yang lalu. Sekiranya sebelum ini mereka begitu berbangga dengan kehadiran treler yang dikatakan canggih itu terutama ketika program-program ceramah. Namun ketika kempen PRK di Sungai Limau ini jangankan treler, kereta sorong pun tak nampak bayang.

Kesimpulannya, PRK Sungai Limau ini telah menyebabkan Nik Aziz tidak lagi dianggap relevan sebagai umpan atau model yang boleh membantu kemenangan calon parti. Nampaknya gambar Nik Aziz menangis itu, amat sesuai dengan keadaannya pada ketika ini yang tidak ubah seperti kereta sorong buruk

Thursday, October 11, 2012

Ustaz Haron Din.... Tolonglah Jangan Menipu Diri Sendiri!!!



Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.  

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung.  Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.   

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India. 

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia.  Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.    

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’ ini.  

Kata Harun Din, “Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,”  

dan, 

“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”

Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.  

Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini.  Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.  

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.  

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.   

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.   Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.  

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.  

Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP.   Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.  

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri.  

Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua.  

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen.  Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.  

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.  

Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi.  Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.   

Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din.

Monday, October 24, 2011

PANAS... HARUN DIN KLASIFIKASIKAN POLITIK PAS SEBAGAI MUNAFIQ?



Timbalan Mursyidul Am PAS, Prof. Datuk Dr. Haron Din mahu kesemua Pemimpin PAS yang didakwa Pro Sekular agar menghentikan serta merta niat 'baik' mereka untuk meliberalkan dakwah Islam PAS. Liberalisasi yang dibawa puak berhaluan kiri PAS ini dilihat semakin mencemar imej dan maruah Parti tersebut dengan mengambil sikap keterbukaan yang melampau sehinggakan Perjuagan parti sendiri dipijak parti kawan makan lawan. 

Penentangan keras beberapa Pemimpin PAS terhadap Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) misalannya adalah 1 pendirian yang terpesong dari perjuangan parti yang sememangnya mahu akidah diletakkan sebagai landasan utama dalam perjuangan parti. 

"Tidak salah jika tidak mahu hadir ke Perjuangan itu. Akan tetapi menentang HIMPUN pada tahap yang melampau adalah salah kerana jelas matlamat utama HIMPUN adalah bagi mempertahankan kekuatan akidah ummah. Perkara ini mesti diperbetulkan kerana dikhuatiri akan memesongkan akidah penyokong2 Parti. Dalah erti kata lain, tidak seharusnya pihak mereka ini berkempen memboikot Perhimpunan sedemikian." 

Itu dakwa salah seorang anak murid Haron Din yang turut menjelaskan Pengasas Darul Syifa' itu turut kecewa dengan tindakan Pemimpin2 tersebut. Beliau merujuk tindakan Khalid Samad yang bersikap melampaui batasan kuasa politik sehinggakan menafikan dakwah yang membawa kebaikan kepada umat Islam. 

"Jangan pula disebabkan HIMPUN turut disertai Kumpulan yang tidak seteru dengan PAS, kita terus beranggapan HIMPUN 1 program yang tidak sihat. Yang salah kita kritik. Yang benar kita sokong dan pertahankan. Tidak kira ianya berkaitan ideologi politik ataupun sebaliknya. HIMPUN telah terbukti tidak menyebabkan berlakunya kekacauan malah berakhir dengan baik. Ini bermakna persepsi puak2 ini ternyata salah dan PAS sewajarnya tidak punyai masalah untuk turut bersama dalam Perhimpunan tersebut di masa akan datang." 

Menurut beliau yang juga bergiat aktif di dalam PAS Kawasan, puak2 Pro Sekular di dalam PAS dilihat terlalu menjaga kepentingan kerjasama Pakatan sehinggakan sanggup mengenepikan prinsip perjuangan Parti. Bagi beliau, kerjasama Pakatan tidak salah malah 1 strategi positif, namun dalam mengutarakan isu berkenaan Prinsip Perjuangan Islam, ianya tiada tolak ansur dan ketegasan mesti digunakan bagi memperlihatkan ketelusan dan konsisten dalam PAS. Haron Din juga katanya amat khuatif dengan perkembangan mutakhir politik dalaman Parti yang semakin berkecamuk dan tidak terkawal dalam mengejar kuasa mengatasi rujukan Piagam PAS. 

Khalid Samad sebelum ini dikatakan bakal mengepalai desakan agar seteru beliau di dalam PAS, Dr. Hasan Ali diambil tindakan oleh Jawankuasa Tertinggi Pakatan atas tindakan beliau menyertai HIMPUN yang menunjukkan rasa tidak hormat dengan pendirian Gabungan tersebut.

Sumber: Gelombang Rakyat

GERAKAN TIMUR:
Fuhhh... berat tu.  Ingatkan nak sama-sama kita tentang golongan harbi laknatullah, namun si munafik masih ramai rupanya.  Si munafik inilah menjadi benteng kepada harbi laknatullah.  

Untung betullah DAP...

Tuesday, September 13, 2011

PANASSS... Pro Ulama PAS Fatwakan Mat Sabu Sebagai Munafik???


Mat Sabu, yang terkini hadir dengan isu yang cukup sensitif kepada rakyat Malaysia telah menyebabkan golongan pro ulama PAS telah bertindak keluar parti terutamanya di Kedah.  

Mereka pastinya tidak menyangka bahawa orang no. 2 dalam parti itu sanggup memutarbelitkan fakta sejarah, demi sokongan undi, terutamanya dari bukan Melayu.  

Mat Sabu yang diketahui di kalangan golongan ulama PAS sebagai pro DAP dan Anwar Attarturk telah sama sekali mengubah halatuju parti berkenaan, apabila memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS.  

Imej PAS telah teruk terjejas gara-gara kegopohan Mat Sabu berpolitik, segopoh insiden seandainya perbualan telefon intimnya dengan isteri orang dijadikan panduan!

Harun Din dikhabar marah dengan perlakuan bodoh melantun-lantun oleh Mat Sabu, dan menimbang untuk keluar dari parti ajaran sesat itu.  Setelah berjaya "melacurkan" kalimah Allah, sujud dan patuh kepada harbi laknatullah, Harun Din sudah tidak mampu menahan kesabaran apabila serangan tidak lagi tertumpu terhadap sentimen anti-Islam gara-gara telah berjaya mencapai "damage" yang diperlukan.  Mood serangan telah menjalar kepada sentimen pro komunis pula, yang sekaligus membawa maksud anti Melayu!

Mungkin Mat Sabu hanya terikat kepada baiah talak tiga PAS, dan bukannya baiah perjuangan.  Maka, komunis pun sanggup diangkat sebagai hero, dengan menidakkan pengorbanan anggota polis Bukit Kepong!  

Namun apakan daya, Harun Din pada PAS kini ibarat sekadar pokok yang rendang, bukan menjadi tempat berteduh lagi, akan tetapi menunggu waktu untuk ditebang!!!

Dan Hasan Ali hanya mampu mengalirkan airmata, kerana tidak menyangka parti islam yang diperjuangkan sehingga bertapak kukuh di negeri Selangor telah bertukar ideologi dalam sekelip mata!  

Kepada Harun Din dan Hasan Ali, cegah sebelum parah.... andai tidak mampu, waktunya untuk mufaraqqah dari saf komunis era baru timbalan presiden mereka merangkap Jeneral Bintang 3! 

Monday, August 1, 2011

PANASSS.. Ustaz Harun Din Dimasukkan IJN Gara-Gara Tekanan Yg Diberikan Oleh Golongan Erdogan???

Nampaknya usaha golongan Erdogan untuk membunuh terus saki baki pengaruh ulama semakin menghampiri kejayaan.  

Golongan ulama sememangnya bersetuju dengan idea perpaduan UMNO-PAS, selaras dengan ajaran Islam yang termaktub di dalam kitabullah, Al - Quran.  

Ini amat tidak dipersetujui oleh DAP dan Anwar kerana pengaruh mereka akan lenyap berikutan fahaman politik yang berbeza.  DAP dan Anwar tidak mengutamakan soal moral.  Mereka liberal, pluralisma serta matlamat menghalalkan cara. 

PAS sendiri telah diperkuat dengan golongan pro Anwar yang dikenali sebagai Erdogan.  Fasa pertama mereka telah berjaya dengan meletakkan proksi-proksi utama Anwar di kepimpinan tertinggi PAS.  

Fasa kedua bermula sebaik sahaja selesai muktamar PAS.  Langkah pertama ialah dengan penyingkiran Hasan Ali di tampuk pemerintahan PAS Selangor dan yang terbaru, layanan "buruk" yang diterimanya sewaktu majlis pelancaran slogan SelangorKU mungkin membuatkan hati Ustaz Harun Din tersentuh, sekaligus memberi gambaran akan usaha penghapusan etnik ulama di dalam PAS sedang rancak dijalankan.  

Ini memberikan tekanan kepada Ustaz Harun Din, yang merupakan simbol ulama paling berpengaruh di dalam parti itu.  

Golongan Erdogan tahu tentang keadaan kesihatan Ustaz Harun Din berikutan beliau pernah dikejarkan ke IJN berikutan masalah yang sama.  

Teknik "membunuh" yang halus ini persis seolah-olah strategi yang sama diperlakukan oleh DAP terhadap Ustaz Azizan.  Apakah ianya sekadar kebetulan, atau satu perancangan khusus dan sulit demi menzahirkan cita-cita Anwar yang tidak boleh bergantung harap kepada panglima cicak mengkarungnya di dalam PKR. 

Ustaz Harun Din adalah benteng terakhir golongan ulama. YB Hasan Ali juga tergolong di dalam kumpulan pro ulama.  Foto di atas menceritakan segala-galanya.  Hasan Ali merupakan yang terawal melawat Ustaz Harun Din.  Dan golongan Erdogan tahu tentang pengaruh Ustaz Harun Din di dalam PAS. 

Andai ditakdirkan Ustaz Harun Din sudah tiada lagi, pastinya golongan Erdogan akan bersorak riang kerana Erdogan telah menguasai PAS secara TOTAL!

Dan kehadiran mereka pada pengkebumiannya nanti adalah sekadar formaliti, untuk mempolitikkan keadaan.  Jangan pernah percaya kepada sebarang kata-kata mereka nanti, kerana itu adalah dusta semata.  

Perhatikan apa yang telah berlaku kepada golongan ulama di dalam PAS, apakah golongan Erdogan layak berbicara simpati atau memuji Ustaz Harun Din, walhal ketika Ustaz masih hidup sekarang tidak pula dihormati atau dihargai.  

Begitulah celakanya mereka yang beraltarkan Al Sheikh Al Jub!

Doakan agar Ustaz Harun Din sembuh, dan cita-cita melihat umat Islam dan Melayu bersatu menjadi kenyataan.  Kalau tidak sewaktu hayatnya, tidak esok, lusa atau suatu masa, pasti ianya akan tercapai.  

Sahabat... Jangan pernah putus harapan...

Wednesday, June 15, 2011

PANAS JAHANAM!!! USTAZ HARUN DIN "TENAT" GARA-GARA "PENGHAPUSAN ETNIK ULAMA" ???


Hanya tinggal segelintir "etnik Ulama" dalam PAS.  Ustaz Harun Din antara yang masih bernafas... bernafas dalam lumpur!!! 

PAS menafikannya!  

Namun perkembangan terkini hasil dari pemerhatian berbulan-bulan lamanya tentang kemelut-kemelut yang menyelubungi Partai Isle Se-Malaysia menyatakan hakikat sebuah perjuangan!  

Ustaz Harun Din bakal menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali?  

PAS bakal menafikannya!!! 

PAS bakal berkata ianya fitnah!  Amat sukar untuk PAS membezakan antara analisis dan fitnah!  

Ustaz Harun Din sedang "tenat"!!!  KLIK SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...