Bersama Berjuang

Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

KENALI CINABENG: Akhbar Milik MCA, Bersuara Persis DAPigs... Bagai Aur Dengan Tebing!!!


Kata orang, jika kita tidak belajar dari kesilapan maka kita akan dihukum mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali.  Jika kesilapan pertama menjadikan rumah kita retak, kesilapan seterusnya pasti akan membuatkan rumah kita runtuh.   Jika rumah kita retak kerana kontraktor tidak punya kredibiliti, apakah kita akan menyuruh kontraktor yang sama juga memperbaiki keretakan itu?

Kata orang bijaksana pula, perkara pertama perlu ada pada mereka yang ingin menceburi politik ialah ‘kematangan’ dan perkara utama yang tidak harus ada pada seorang ahli politik ialah sifat ‘naif’.  Sedar atau tidak, sifat naïf pemimpin yang tidak menyedari keadaan sebenar di peringkat rakyat serta cenderung menaruh kepercayaan kepada pihak yang licik, merupakan bibit-bibit awal yang membawa kepada terjadinya 13 Mei 1969. 

Kata orang berpengalaman, dalam menangani kelicikan musuh dalam selimut, kita tidak seharusnya mengambil sikap ‘apologetik’.  Dalam konteks politik Barisan Nasional, musuh dalam selimut itu, tidak lain tidak bukan ialah MCA.  Ini terbukti pada PRU-13 yang lalu apabila 97% orang-orang Cina menolak BN.  

Kita dapat melihat sendiri bagaimana sepanjang penggal lalu, MCA tidak begitu berminat untuk menambah ahli tetapi menumpukan sepenuh tenaga untuk mempopularkan Perdana Menteri, iaitu taktik yang pasti akan memakan diri apabila dilakukan keterlaluan.  Tidak mustahil taktik ini sebenarnya adalah satu bentuk sabotaj yang licik sekali. 

MCA semestinya menyangka bahawa orang-orang Cina pasti berjaya menawan Malaysia untuk kesekian kalinya dalam PRU-13 dengan membiarkan Pakatan Rakyat menang di mana DAP mendahului jumlah kerusi.  Namun, dengan kuasa Allah SWT, perancangan mereka tidak berjaya dan mereka terpaksa terus bersama BN walaupun sebahagian besar dari mereka telah mengundi DAP pada PRU lalu dan kemungkinan besarnya pada PRU akan datang juga. 

Lalu, kepada BN, MCA mengaku bersalah, meminta maaf dan bersedia memikul tanggungjawab dengan menolak sebarang jawatan kabinet. 

Namun, di masa yang sama, MCA meneruskan agenda Ketuanan Cina mereka melalui akhbar milik mereka iaitu The Star.  Lenguh sudah tangan-tangan blogger mendedahkan kelicikan MCA sebagai amaran kepada kepimpinan BN, namun sehingga kini BN masih mengambil sikap menutup mata terhadap permainan MCA melalui The Star.  Tiada amaran, tiada kenyataan tegas dari kepimpinan BN dan jauh sekali tindakan terhadap kebiadapan MCA.   

Dan hari ini, The Star mempromosi DAP lagi melalui laporan Mid Autumn Festival yang memaparkan gambar peniaga dengan maskot DAP.   Seperti biasa juga pemimpin BN melihatnya sebagai satu perkara kecil.    

The Star membawa suara DAP bukan lagi satu rahsia, dan semua orang tahu mengenainya.  Selain akhbar, MCA juga mengeluarkan produk pro-DAP melalui Universiti miliknya iaitu UTAR dan Kolej TAR.    

Jelas bahawa MCA dan DAP mempunyai hala tuju yang sama tetapi berjuang melalui platform yang berlainan bagi memastikan penguasaan yang lebih meluas dan bermakna iaitu dengan menguasai kedua-dua belah pihak.  Sedangkan, UMNO hanya melihat kemenangan dari segi undi terhadap BN,  bukan penguasaan yang sebenar. 

Mungkin kerana itu, UMNO berpura-pura tidak merasa tikaman MCA di belakang.  UMNO juga pura-pura tidak mendengar gelak tawa MCA terhadap kenaifan atau mungkin juga ‘ketamakan’ atau ‘kebebalan’ mereka. 

Hakikat bahawa MCA tidak lagi membawa aspirasi BN atau semangat setiakawan yang termeterai melalui kontrak sosial, langsung tidak menggusarkan BN.  

Sedangkan, dalam keadaan yang begitu rapuh, BN tidak boleh memilih untuk berdiri atas kekuatan musuh. Apatah lagi kini apabila telah terbukti bahawa UMNO boleh berdiri sendiri atas sokongan padu orang-orang Melayu jika kena strateginya.  Dan strategi menyimpan musuh dalam selimut bukanlah strategi yang tepat. 

Sudah sampai masanya UMNO mendesak MCA meletakkan garis yang jelas dalam perjuangan mereka.  Paksa MCA menyatakan di pihak manakah mereka berada.   Jika BN boleh memaksa para blogger menyatakan sokongan dengan tidak mengkritik BN, maka kenapakah MCA tidak boleh diberi layanan yang sama?  Apa ada pada MCA sehingga menyebabkan mereka boleh berbuat sesuka hati mempermainkan UMNO dan BN di dalam akhbar milik mereka?   

Atau soalan yang lebih tepat ialah, berbaloikah segala pengorbanan memperbodohkan diri kepada MCA ini?  

Wednesday, September 11, 2013

MCA Gagal Total, Chua Soi Lek Arahkan Penyokong Bersama DAPigs ???


Walaupun prestasi begitu corot dalam Pilihanraya yang lepas, parti itu nampaknya masih tidak serius untuk melakukan perubahan dan pemulihan.  MCA masih lagi membawa pendekatan yang sama seperti sebelum pilihanraya iaitu santai dan tidak bersungguh-sungguh. 

Sehingga ke hari ini, selain dari usaha ‘membina imej Perdana Menteri 1Malaysia yang amat mesra Cina’, MCA tidak punya sebarang idea bernas untuk menarik kembali sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional.  Sebaliknya, apa yang dapat dilihat hanyalah usaha MCA untuk ‘meng-DAP-kan’ BN semata-mata.

Namun, ini tidak bermakna yang MCA tidak aktif berpolitik.  MCA masih aktif dengan politik dalaman parti.

Baru-baru ini, Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bertengkar secara terbuka dengan timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai.  Soi Lek menuduh Liow mendesaknya melepaskan jawatan dan desakan itu dibuat sebanyak 3 kali. 

Liow menempelak menuduh Soi Lek sebagai keterlaluan dan mengingatkan Presidennya itu bahawa kesabaran beliau mempunyai had.  Menurutnya, Soi Lek telah berjanji sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi parti pada 11 Mei bahawa beliau tidak akan bertanding dan akan menyerahkan jawatan kepadanya. 

Kita tidak tahu siapa yang berkata benar tetapi kita tahu bahawa pertikaman lidah antara kedua mereka tidak akan membawa kebaikan kepada parti mahupun ahli-ahli MCA.  Rakyat juga melihat krisis kepimpinan di dalam MCA ini sebagai jelek dan membosankan. 

MCA sering melihat dasar-dasar UMNO sebagai punca orang-orang Cina tidak menyokong BN.   Walhal, faktor yang lebih utama yang menjadikan MCA semakin tidak relevan di kalangan masyarakat Cina ialah masalah kepimpinan.  MCA tidak mampu menjadi pemimpin kepada masyarakat Cina sebaliknya sering kalah kepada asakan DAP yang membawa aspirasi bertentangan dengan semangat nasionalisme dan patriotisme. 

Tidak mampu menentang DAP, MCA sedikit demi sedikit menerima pemikiran DAP.  Ini menjadikan parti tersebut bertambah lemah sehingga hampir lenyap sama sekali. 

Untuk terus relevan di kalangan masyarakat Cina dan di masa yang sama menepati aspirasi nasional, MCA perlu mempunyai pemimpin yang mempunyai visi dan hala tuju yang jelas selain keperibadian yang teguh. 

Sesuai dengan sikap masyarakat Cina yang perlu dipimpin dengan cara yang tegas, seorang pemimpin MCA harus punya kaliber dan karisma yang tinggi agar mampu menarik masyarakat Cina agar menghormatinya, mendengar katanya serta mengikut rentaknya.  Beliau perlu berani meletakkan Malaysia dahulu dan Cina kemudian.  Beliau tidak boleh melihat yang beliau perlu memilih untuk menjadi Cina atau untuk menjadi orang Malaysia sekali gus mampu menerapkan perkara yang sama di kalangan ahli-ahlinya. 

Untuk itu, beliau sendiri perlu terlebih dahulu percaya kepada pendekatan ini serta tidak bersifat hipokrit. Pendek kata,  Presiden MCA harus meletakkan semangat setiakawan yang termeterai dengan UMNO dan MIC suatu ketika dahulu, di tempat paling tinggi.  Hanya dengan cara ini maka MCA mampu maju ke hadapan dan bukannya terumbang ambing mencari pegangan. 

Jika lidah rasmi MCA iaitu the Star juga seolah-olah sudah menjadi lidah tidak rasmi DAP, maka tidak salah jika kita menganggap yang MCA sebenarnya sudah pupus atau sudah mati. 

Jelas, Chua Soi Lek telah gagal menjadi Presiden MCA yang berkesan.  Akhir-akhir ini, MCA dilihat tidak lagi membawa semangat setiakawan yang sama seperti dahulu, tetapi lebih cenderung untuk bersuara senada dengan golongan yang menyanjung komunis, rasis dan chauvinis.  Roh MCA sudah dirasuk DAP.

Hakikatnya, MCA tidak mungkin dapat pulih kembali selagi ia membawa aspirasi DAP.  Justeru, Soi Lek perlu bersara bagi membolehkan MCA melantik kepimpinan baru yang mampu menghayati perjuangan asal parti. 

Hanya dengan cara ini maka MCA akan kekal relevan dalam arus politik negara. 

Wednesday, November 7, 2012

Nik Aziz Teresak-Esak Dek Penangan Chua Soi Lek ??? Amekawww... Hahahaha..



Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.

Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.

Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.

Tapi kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek.

Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini.

Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam. 

Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam.

Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam. Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan?

Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam.

Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan.

Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri.

Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas.

Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.

Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb. Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri.

Tuesday, May 3, 2011

BN PERLU GUNA KAEDAH B. APAKAH KAEDAH B ITU???

Perasaan bercampur baur melihat perkembangan terbaru dalam Barisan Nasional selepas PRN Sarawak yang baru sahaja melabuhkan tirainya bulan lepas.

Masyarakat Cina dilihat sepakat dalam memilih DAP sebagai wakil mereka, yang secara tidak langsung menunjukkan cita-cita mereka untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menguasai Malaysia. Inilah agenda utama yang diidamkan oleh PAP, si mentor nun di seberang tambak sana. Perkembangan ini jelas menunjukkan sesuatu yang tidak sihat untuk Malaysia, negara yang mempunyai keunikan dan sejarah tersendiri, sehinggakan satu formula terpaksa dicipta bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyatnya.

Kita harus belajar dari sejarah negara kita sendiri, bagaimana sebuah negara bangsa yang dibina semula atas tragedi berdarah 1969 yang sekian lama dipendam, jarang dibicarakan kerana boleh mengundang sensitiviti kaum. Berasaskan persetujuan kontrak sosial yg lebih merupakan “semangat perlembagaan”, maka lahirkan perlembagaan negara yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum utama, Melayu, Cina dan India. 

Selepas peristiwa berdarah 1969, Tun Abdul Razak memperkasakan perlembagaan Malaysia untuk kefahaman semua kaum serta menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya “Ketahanan Nasional” melalui kestabilan politik. Dan persetujuan serta saling memahami ini termeterai dengan penubuhan Barisan Nasional pada 1973.

Baca selanjutnya DISINI.

Monday, May 2, 2011

PANASSS... PERINGATAN DS NAJIB KEPADA PENGUNDI CINA!!!


Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau kehilangan wakil dalam Kabinet kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12.

Pada pilihan raya umum lepas, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut.

Najib berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan. - Bernama


Yessss... satu tindakan yang bijak dari Pengerusi BN setelah bersikap "dermawan" yg kadang-kala GT kategorikan sebagai tahap melampau.  Namun GT percaya DS Najib punya strategi sendiri.  

Keputusan di PRN Sarawak adalah isyarat jelas bahawa orang Cina menolak MCA seterusnya BN waima telah diberikan bermacam bantuan.  

Strategi ini kena pada masanya kerana BN, terutamanya UMNO telah menunjukkan semangat setiakawan yg tinggi dgn memberi jawatan Menteri dan meletakkan calon mereka di kawasan majoriti Melayu.  

MCA harus membuktikan bahawa mereka betul2 dapat mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada BN.  Dan tiada alasan untuk tidak kembali kepada konsep kontrak sosial dan perlembagaan yang menyaksikan persemuafakan semua bangsa telah membawa Malaysia sehingga ke hari ini.  Dan paling penting, mereka harus bersuarakan BN, dan bukannya DAP!!!

Saturday, April 23, 2011

MCA ITU TANGAN KANAN, DAN DAP ITU TANGAN KIRI !!!

Masyarakat Cina telah melaksanakan hak demokrasi mereka dalam pilihanraya.   Berselindung di sebalik perkataan demokrasi, mereka sebenarnya telah memilih untuk tidak lagi menghormati perjanjian dan pemaktuban perlembagaan sebagai asas negara ini.  

Masyarakat Cina telah beralih kepada DAP, parti perkauman chauvinist yang telah mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.  Seperti yang kita tahu, DAP adalah protege PAP, parti yang telah menguasai Singapork, merampasnya dari orang Melayu.  

Lucu apabila MCA, melalui Timb. Ketua Publisitinya, Loh  Seng Kok berkokok menentang slogan 1Melayu 1Bumi dan mendesak agar rakyat memulaukan akhbar Utusan Malaysia.  Alasannya adalah slogan ini dicipta sebagai satu bentuk hukuman kepada orang Cina yg tidak menyokong BN pada PRN Sarawak baru-baru ini.  Dan yang lebih menghairankan, ia ditentang oleh MCA, parti komponen BN yang pastinya akan beroleh keuntungan dari kewujudannya kelak. 

Nada yang dilihat menyebelahi DAP itu sebenarnya bukanlah asing pada pandangan rakyat marhaen spt GT.  Wujud ketakutan di kalangan ahli MCA sendiri dgn tertubuhnya slogan itu, kerana rancangan orang Cina untuk menguasai Malaysia pasti akan terganggu.  Orang Cina sedar akan permainan politik pemimpin mereka; apabila DAP menyerang, MCA akan berdiam, dan apabila MCA menyerang, DAP akan berdiam atau menyambutnya.   Orang Melayu harus bijak menilai permainan politik orang Cina yang tidak membezakan parti, asal sahaja sesuatu itu menguntungkan bangsa mereka. 

Sewajibnya MCA menentang sikap chauvinist DAP yang melampau sehinggakan mencetuskan rusuhan kaum 69, dan kempen2 berbaur perkauman mereka pada PRU dan PRN Sarawak baru-baru ini.  Namun MCA tidak tampil membelasah DAP kerana perjuangan chauvinist DAP juga menguntungkan MCA yang pastinya ahli mereka bukan terdiri dari masyarakat Melayu dan Bumi. 

Trend pengundian masyarakat Cina bermula dari PRK Hulu Selangor dilihat cuba mengasingkan masyarakat Cina dari kaum2 yang lain.  Pelbagai bantuan untuk mereka diberikan kepada mereka namun mereka masih tidak menyokong kerajaan.  Ini adalah bukti yang paling solid bahawa mereka tidak boleh dipercayai.  

1 Malaysia adalah gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia, manakala 1Melayu 1Bumi adalah gagasan untuk orang Melayu dan Bumiputra yang diilhamkan oleh pejuang bangsa.

MCA ibarat tangan kanan, dan DAP ibarat tangan kiri, satu memukul satu selindung, kiri menumbuk kanan menyorok.  Dan inilah sebenarnya situasi yang sedang dihadapi oleh Tanah MELAYU!

Tuesday, March 15, 2011

SATU LAGI LIABILITI PALING BESAR PERNAH DITANGGUNG BN!!!


Raja Porno, watak yang seharusnya dibuang dari Barisan Nasional.  Terlampau banyak sgt kenyataannya  yg membunuh semangat setiakawan BN.   

Dari kes ekuiti 30% bumiputera, isu berjabat tangan oleh Nurmala Sudirman, dan baru2 ini bersuara tentang isu al kitab.  Kononnya ini menghalang hak warganegara Malaysia beragama.  Tapi, adakah Presiden MCA tahu tentang kepentingan Islam spt yang termaktub di dalam perlembagaan?

Dia ni mmg liabiliti paling besar yg wujud dalam BN.  

Baca kupasan menarik tentang lahabau al lahanat porno  KLIK SINI

Tuesday, January 25, 2011

TENANG JADI GEMPAR: PENGASAS KELUAR PARTI. PKR MENUJU KEHANCURAN!!!




Ng Lum Yong adalah antara pengasas PKR.  Beliau adalah ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.  Hari ini, beliau membuat sidang akhbar khas untuk mengumumkan keluar PKR.  

"PKR hakmilik Anwar dan matlamat perjuangannya untuk membebaskan Anwar".  Itu secara ringkasnya.  

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Senator Ezam, Sdr Zahid Mat Arip dan Presiden MCA, Chua Soi Lek.

KLIK SINI

Monday, January 17, 2011

PEGUAM MCA MOHON MAAF !!!


Peguam MCA minta maaf.  Jgn ulangi lagi kerna isu itu sgt sensitif kepada umat Islam.  

Terima kasih kerana tidak bermuka-muka membuat penafian macam DAPigs. 

Wednesday, January 12, 2011

INTERLOK TIADA ELEMEN RASIS - DS DR CHUA SOI LEK


Presiden MCA, DS Dr. Chua Soi Lek berkata bahawa novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis.  

"MCA sudah meneliti novel ini dan kami berpandangan ia sebuah novel yang memupuk perpaduan serta keharmonian antara kaum dan tiada langsung elemen rasis seperti didakwa pihak-pihak tertentu."

"Ia menceritakan kisah pada tahun 1910, istilah yang digunakan adalah cerminan pada zaman itu.  Janganlah dipolitikkan, baca dengan penuh perspektif dan rasional."

Akhirnya dapat juga GT dengar sesuatu yang bernas dari Presiden MCA setelah sekian lama membuatkan hati GT panas membara.  Untuk perkara ini, GT gembira dengan kenyataan beliau namun belum cukup untuk mengubat luka dihati ini.  

Apapun, GT ucapkan terima kasih, DS Dr. Chua Soi Lek!!!

MIC, PPP dan Makkal Sakti bagaimana??? Sudahkan membacanya dengan penuh perspektif dan rasional???

Sunday, December 19, 2010

TOLONG!!! KANAK2 DICULIK!!!

A Green or white Perodua Viva kidnapped MCA Youth Chief from Kuantan Division. His daughter age 8 at their home in Kuantan she was playing outside the house. Just happened in front of him and b4 his eyes. Suspect wear cap and suspected is a chinese. Alert! Pls help

Thursday, December 16, 2010

GEMPAR!!! KELUARGA INDIA YG DIBELA THE STAR BELA BERUK DALAM FLAT!!!

 - Sekadar Gambar Hiasan -

Ini berita terbaru yang GT dapat dari blog Berita Lembah Pantai.  Ishhh... ishhhhh... sampai tahap camni skali DBKL bersabar....  Tak pulak The Star ceritakan yeeee....  Jom fahamkan sama2...

Berikutan email pagi tadi dan mungkin sebab Berita Lembah Pantai blog paling awal yang pecah isu, kami dapat satu lagi emel dr orang yang sama, bernama Adam.

Emel kali ini lebih detail, menurut Adam dia dari persatuan Penduduk.

Kata Adam, penyewa yang kena buang ni masuk tahun 1998 dan tak pernah bayar bil air sejak 1998. Tunggakannya lebih dari 7 ribu dah pun iaitu tepatnya RM7,145.

Anak penyewa iaitu budak India kurang ajar yang duduk kat flat ni pulak dah 2 kali kena tangkap direct curi kabel, banyak masa lain memang dah suspek kuat dia curi kabel tapi dia sempat lari dan tak dapat nak tangkap. Bukan saja curi kabel, kes dadah pun budak ni ada.

DBKL memang dah lama pantau kes ini tapi tak ambil tindakan sebab kesian dan sebab tak mahu dikata aniaya kaum India.

(apa lah DBKL, kaum apa pun kalau dah curi kabel tu tendang je lah keluar, simpan buat apa, itu duit rakyat!)

Kata Adam lagi, semua ni kalau tak percaya boleh hubungi Persatuan penduduk atau hubungi DBKL terus.

Yang paling bestnya kata Adam, memang sejak dari mula lagi keluarga India ni langgar perjanjian. Kes pertama mereka yang diambil tindakan oleh DBKL ialah sebab memelihara binatang(beruk) didalam rumah tersebut!

Biar betul, ulang baca balik.

Ya. Mereka pelihara beruk dalam rumah tersebut.

Maka memang patut lah keluarga ini diusir. Zaman ni tak ada orang yang suka kat beruk.

PANAS!!! THE STAR MEMBURUK-BURUKKAN MELAYU LAGI ???

Tahniah kepada Blogger Berita Lembah Pantai yang berjaya menelanjangkan akhbar The Star.  Jelas, akhbar ini mempunyai agenda yang tersembunyi.  Sikap "bias" reporter nya membuatkan seolah2 DBKL sangat zalim.  Bijak, reporter ini hanya memberi laporan sebelah pihak.  Dah macam Malaysiakinibabi bunyinya... Baca dan gunakan minda anda sebaiknya... jgn letak daya fikir anda setaraf dgn mahfuz omar...

The Star jijik, jadi jurucakap Hindraf! Bangsat!

The Star bahagian Metro semalam melaporkan kisah sedih siap dengan gambar muka sedih lagi satu famili bangsa India yang dibuang dari PPR Desa Tun Razak sebab anak famili ini terkantoi curi kabel (kes curi kabel ini telah berlaku berulangkali yang dilakukan oleh orang yang sama).

Star buat isu ini besar-besaran. Siap ada petikan komen dari Uthayakumar Hindraf lagi.

The Star buat artikel tu bunyinya macam DBKL kejam terhadap orang India. Implikasinya sbb DBKL tu kebanyakannya Melayu maka ini soal perkauman. Konon Melayu rasis pada India.

Bangsat The Star ni. Buat artikel tak macam suratkhabar yang dah ada nama.

The Star tak laporkan perkara berikut:-

1. Persatuan Penduduk, rukun tetangga dan pihak RELA PPR ini sendiri mahu keluarga India ini keluar dari PPR Desa Tun Razak.

2. Persatuan Penduduk akan bantah jika kunci dan unit yang sama dikembalikan kepada famili ini.

3. 2 keluarga Melayu juga terlibat dengan penyingkiran sebelum ini atas alasan langgar ketenteraman penduduk lain dan atas komplen penduduk lain (keseluruhan keluarga terlibat adalah 3 iaitu 2 melayu dan 1 india). Kedua-dua keluarga tersebut telah keluar dari unit tersebut sebelum ini.

Mana pembelaan The Star kalau kononnya membela atas dasar kemanusiaan?

4. Kenapa The Star tidak pula double-check dengan dbkl tentang isu sebenar?

5. Gambar yang dipaparkan The Star dalam artikelnya ada gambar cucu-cicit keluarga tersebut, sedangkan budak-budak tu tidak tinggal di rumah tersebut. Mereka datang dari rumah mereka sendiri dan bagi menagih simpati secara berlebihan, mereka dimasukkan dalam gambar supaya DBKL dapat diburukkan lagi. kenapa The Star tak check yg budak2 ni tak duduk sini, atau memang dah tahu tapi masih salah lapor?

6. The Star juga tidak juga mengambil initiatif untuk berhubung dengan persatuan penduduk untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

7. The Star juga tidak highlightkan isu 'kesengsaraan' yang dialami oleh 1800 keluarga / penghuni / unit di kawasan tersebut akibat kehilangan dan kerosakan yang diakibatkan oleh penghuni rumah ini iaitu anak Achi tersebut (mencuri kabel lif dan telefon) yang berulangkali berlaku. Bila bangsat penjenayah ni curi kabel, elektrik putus. Besar sangat ke budak India ni sampai kebal tak boleh dihukum?

8. The Star juga tidak bangkitkan isu kerugian yang dialami oleh pihak kerajaan terutama dbkl dalam menangani masalah vandalisme.

9. The Star juga tidak bangkitkan isu berapa kali anak famili ini ditangkap polis akibat jenayah yang telah dilakukan termasuklah masalah dadah dan gengsterisme. Surat dari Persatuan penduduk mendakwa budak ini terlibat mengedar dadah. Tak percaya boleh hubungi Persatuan Penduduk.

10. Penyewa yang diusir ni dah bertahun-tahun tak bayar sewa dan bil air pada DBKL. Sewa hanya RM124, tapi dah tertunggak sampai dekat RM7,000. Bayangkan berapa bulan tak bayar. Kalau kat Singapura yang diagung-agungkan puak macam penulis The Star bangsat ni, dah lama dah keluarga ni kena tendang, merempat dalam longkang, mampuslah kau. Tapi ini di bawah Kerajaan BN dan DBKL yang kesian kat depa bertahun-tahun, dia bagi balik pulak DBKL yang salah.

Bangsat punya reporter.

11. Mengapa The Star tidak bangkitkan juga isu tentang elemen kemanusiaan yang telah DBKL berikan kepada keluarga ini (beberapa kali notis amaran dan lanjutan tempoh penyewaan).

Kalau Malaysian Insider atau Mkini tulis macam ni kita fahamlah sebab depa ada agenda, tapi ini The Star. Memang Kerajaan patut pantau sikit suratkhabar MCA ni, dan pemimpin-pemimpin MCA kena pekalah dengan laporan yang bad faith sebegini. Babi lah lu The Star.
Macam ni lah komen yang kami di Berita Lembah Pantai dapat pagi-pagi ni dalam ruangan komen. Panas!! Walaupun bukan kes Lembah Pantai, sidang mesyuarat pagi ini putuskan masukkan juga, sebab nak tunjukkan bagaimana DBKL diburukkan oleh The Star, supaya dpt disebarkan berita ini bagaimana orang Melayu diburukkan tanpa sebab. Lain kali kalu baca paper jangan percaya semua.

Thursday, August 26, 2010

KELUARGA 4 REMAJA - "SOLLI LOOORRR..."


SEREMBAN: Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di sini, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.

Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi tadi.

KLIK SINI untuk berita selanjutnya.

GERAKAN TIMUR:
Permohonan maaf bagi meredhakan kemarahan di hati Gerakan Timur akan dipertimbangkan.  Indahnya orang Melayu spt GT ni adalah kami bangsa yang bersikap pemurah, tolak ansur dan bersifat pemaaf lagi memaafkan.  Peristiwa hitam spt 13 Mei tidak kami bangkitkan kerana menghormati sensitiviti orang Cina.    Perarakan kaum Cina dalam menyambut acara2 keagamaan pun kami izinkan.  Namun, apabila rumah ibadat kami dibakar, masihkah perlu kami bersabar dengan alasan seperti ini?:

" Demi perpaduan kaum, saya mengatur pertemuan ini supaya mereka yang terbabit memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," kata Dr. Yeow - MCA.

Ohhhh... rupanya masih ada yg tak sangka perkara ini sensitif...  padanlah pertikai hak melayu sesuka hati.. tak sangka kot perkara 153 tu pun sensitif... Percaturan politik yang bijak dari orang Cina, perangai serupa DAPigs, MCA turun kasi settle.  Namawee kata sorri, orang Melayu kata maaf diberi.  Orang Melayu pun kene lagiiii...  Sebab itu kita memerlukan 1 SEKOLAH UNTUK SEMUA, agar saling memahami, jalinkan perpaduan, kayakan budaya dgn 1 bahasa, minimakan perasaan syak wasangka.  Tapi siapa yg menolak idea sekolah ini?  Siapa yg mohon rm2 billion untuk sekolah2 cina?  Jadi, siapa yang rasis?

HISHAMUDDIN!!! PERMOHONAN MAAF ADALAH UNTUK MEREDAKAN KETEGANGAN KAUM, NAMUN YANG BERSALAH, TETAP BERSALAH.  SIASATAN HARUS DIJALANKAN, PERTUDUHAN MESTI DIKENAKAN DAN HUKUMAN WAJIB DIJATUHKAN!!! 

Wednesday, August 25, 2010

KDN GAGAH BERANI!!!


SEREMBAN: Empat remaja lelaki berusia antara 16 hingga 18 tahun ditahan malam kelmarin dan awal pagi semalam, berhubung kejadian surau Taman Pulai Impian, Sikamat di sini, yang disimbah cat merah dan dibaling botol arak.

Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, yang melawat surau itu semalam, berkata pihaknya akan memastikan suspek dikenakan tindakan tegas kerana kejadian itu sangat sensitif.

Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam, berkata pihaknya akan menganjurkan jamuan berbuka puasa dan menjemput semua kaum di taman perumahan itu hadir untuk merapatkan hubungan.

Untuk berita selanjutnya, KLIK SINI.


GERAKAN TIMUR:
Kenapa MCA mahu menganjurkan jamuan berbuka puasa utk merapatkan hubungan?  Adakah 4 orang suspek itu Cina?  Takkan Melayu yang buat, MCA yang anjurkan jamuan berbuka?  Jadi, diorang cina ke???  Kenapa semalam DAPigs melalui Father Kalifah Lim dan Kit Sial cepat2 counter statement?  So, mmg orang Cina punya kerja ye? 

2 beradik yang didapati  bersalah melontar bom petrol telah dijatuhkan hukum.  Cepat betul.  Tangkas!!!  

Apa tindakan KDN dalam hal ini?  tindakan tegas?  Apa dia?  Amaran keras? keras sahaja?  keras yang akhirnya lembik seperti yang diwarisi oleh Pemuda UMNO sekarang ini?  Atau terus dgn sikap pemaaf sperti yang dinikmati oleh Namawee babi?  Tindakan yang tegas - simpang renggam, atau penjara wajib dikenakan walaupun motif berbeza, kerana rumah ibadat adalah satu isu yang sensitif.  

DS Hishamuddin.....ada brani ka???

Tuesday, August 24, 2010

PUNGUTAN SUARA - TINGGAL 6 HARI LAGI!!!


Pungutan Suara terhadap MCA yang Gerakan Timur lancarkan pada 19 Ogos 2010 telah masuk hari ke  6. ANDA masih mempunyai 6 hari lagi untuk melaksanakan tanggungjawab ini.  Terima kasih yang telah bersusah payah menggunakan hak anda sebaik mungkin.  Kepada yang masih belum mengundi, apa ditunggu lagi? 

Nyatakan pendirian anda itu!  Sila KLIK SINI

Friday, August 20, 2010

"BELAJAR DARI SEJARAH" - PROF. TAN SRI DR. KHOO



KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diminta menghentikan kenyataan atau serangan ke atas segala perkara yang membabitkan kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang buat kali ketiga.

Sejarawan negara, Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata kaum Cina terutama golongan seusianya bimbang dengan tindakan Dr Soi Lek itu dan pemimpin lain yang seolah-olah tidak faham sejarah penubuhan negara dan sanggup memberi kenyataan menghiris hati kaum lain atas alasan untuk keadilan semua pihak. 

Sebagai pemimpin parti, tegas beliau, Dr Soi Lek perlu menghormati perlembagaan sedia ada dan memberi penjelasan sebenar kepada kaumnya bagi mengelak sebarang kekeliruan bukan bertindak menjadi wira demi kepentingan peribadi sendiri.  

Katanya, serangan ke atas orang Melayu walaupun membabitkan isu kecil seperti pemberian ekuiti 30 peratus adalah sesuatu yang sensitif dan tidak menjamin sokongan dan kemenangan berpihak padanya pada masa akan datang.

Hentikan serangan itu, ia tidak bawa hasil positif, kalau duduk berbincang dan bertolak ansur seperti mana yang diamalkan Barisan Nasional (BN), mustahil ada konfrantasi, sebab itu BN ditubuhkan supaya parti komponen boleh duduk bersama berbincang masalah rakyat.

BN ditubuhkan selepas 13 Mei, tapi semua sudah lupa, pemimpin terus bergaduh, kalau sentiasa tumpu kepada hubungan kaum, langkah tidak diambil untuk rapatkan kaum, saya takut, bimbang berlaku rusuhan 13 Mei lagi, selepas kejadian pada 1945 dan 1969.

Oleh itu, dia kena jawab apa yang MCA mahu, supaya rakyat tidak keliru, benda ini (ekuiti 30 peratus) tidak perlu dipersoalkan lagi, kalau kita perhatikan banyak orang miskin di negara ini masih orang Melayu, mereka perlu dibantu, tak perlu menjerit-jerit untuk kurangkan hak mereka, tak guna... apa yang penting pujuk mereka (Melayu) untuk dapat sokongan, bukan cari gaduh dengan mereka, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Dr Soi Lek yang masih mempertahankan pendiriannya terhadap cadangan untuk mengurangkan ekuiti Bumiputera 30 peratus dalam semua sektor ekonomi secara berperingkat selain kenyataannya yang melahirkan perasaan kecewa terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkannya supaya tidak membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan dan prasangka terhadap kaum lain.

Sumber - Berita Harian

GERAKAN TIMUR:
Prof. Tan Sri Dr. Khoo adalah antara favorite GT bila sentuh bab Sejarah.  Gayanya bersahaja.  Korang buatlah kesimpulan sendiri selepas baca statement di atas oleh beliau.  Pesan GT, bangsa yang bodoh adalah bangsa yang tidak pernah belajar tentang sejarah bangsanya sendiri, sehingga peristiwa2 lalu berulang kali menghancurkan bangsa itu sendiri.

Thursday, August 19, 2010

PUNGUTAN SUARA!!! SINGKIRKAN MCA!!!


Dikala PRU 13 menjelang tiba, wajib bagi BN mengenakan strategi yang tepat untuk menghadapinya.  Berdasarkan senario terkini, MCA nampaknya sudah bersetubuh dengan DAPigs.  Maka, semangat setiakawan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah dinodai oleh kerakusan Chua Soi Lek, si Raja Porno!!!  

Gerakan Timur ingin mendapatkan keputusan yang tepat, tanpa ada "tanam tebu di tepi bibir", terutamanya penasihat-penasihat kepada DS Najib yang selalu memberi nasihat se pariah Punahsihat Selangor, Sheikh Anwar Al J*b*r*!!!  Bila sahaja ditanya "Ok boss, 100% mesti kita menang!!"  "Saya gerenti kita menang boss" "Semuanya terkawal, kemenangan di tangan kita". Sibu menunjukkan isyarat yang jelas.  Ini semua sekadar penyedap bila berhadapan dengan DS Najib.  Puaka sial pada yang takut memberi gambaran sebenar kepada PM.  Ini soal perjuangan, mengapa mesti sembunyikan kenyataan!!!

Oleh itu, Gerakan Timur menyeru semua Bloggers, Pembaca atau sesiapa sahaja yang melayari Blog ini untuk memberikan undi anda:  HUMBANKAN MCA KELUAR DARI BN!!!  setuju atau tidak.  Sila rujuk dibahagian kiri atas blog Gerakan Timur.  Satu pungutan suara yang adil, tanpa ada sebarang kepentingan pada kita.  Ia berkepentingan untuk ORANG MELAYU!!!  Pungutan suara ini berjalan selama 12 hari, tepat pada jam 7.00 petang, 30 Ogos 2010, ia akan ditutup, menjelang KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 53!!!

AYUH SAHABAT, UNDI ANDA DIPERLUKAN!!! 

SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKYAT, MOHON KERJASAMA SAHABAT SEMUA!!!!

ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!

DAULAT TUANKU!!!

Wednesday, August 18, 2010

CHUA SOI LEK SIALAN!!!

Raja Porno terus-menerus menyerang hak orang Melayu.  Tanpa segan silu, atau perasaan bersalah seperti mana dalam video porno itu, dia mula bermain dengan api.  Kalipa LGE dan Kit Sial pasti bertepuk tangan melihat senario ini.  Kerja mereka telah dibuat oleh chua soi lek!  Gerakan Timur pasti bahawa ungkapan CSL "MCA tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP" adalah titik permulaan deklarasi kerjasama MCA-DAP, yg mungkin sebenarnya telah menjalinkan hubungan terlarang ini sebelum PRU yg lepas lagi.  Melihat kepada pola tuntutan MCA, tiada apa yang boleh diselindungkan lagi bahawa MCA itu DAP!  CSL menyatakan bahwa dia tidak boleh disalahkan kerana itulah tuntutan kaum immigran cina.  Perlu CSL hayati tentang penubuhan MCA dan kemasukan parti itu ke Perikatan, seterusnya BN.  Adalah menjadi tanggungjawab CSL sebagai presiden MCA untuk menjaga sensitiviti kaum ; semangat setiakawan yang sekian lama disemai oleh Pejuang-Pejuang dahulu. 

Bayangkan senario ini.  Katakanlah pada PRU 13 nanti, MCA dicalonkan dan menang di kawasan yg majoritinya orang Melayu UMNO yg mana demi persahabatan, UMNO rela beri kerusi itu pada MCA.  Apabila menang, MCA umum keluar BN dan bersenggama dengan DAPigs, PKR dan PAS - foursome style!.  BN hilang kerusi, dan juga kerugian undi Melayu UMNO.  Strategi yg memakan diri.  Apakah MCA membenarkan BN meletakkan calon Melayu pada kawasan Cina?  Tidak mungkin.  Pada Gerakan Timur,  MCA tidak akan keluar dari BN.  Ini kerana merekalah yang menyerang dari dalam, sambil DAPigs terus menyerang dari luar.  BN/Umno diserang setiap sudut!!!!  Inilah permaianan politik bijak kaum cina ultrakiasu laknatullah!  Kepentingan bangsa anak cucu mereka lebih utama dari semangat kepartian, bijak. 

UMNO perlu membuat pendirian tegas.  UMNO harus memberi kata dua kepada MCA,  SAMADA MAHU TERUS KEKAL DENGAN SEMANGAT SETIAKAWAN BN; ATAU MAHU BERSETUBUH DENGAN DAP!  dan ini mestilah dilaksanakan secepat yang mungkin!  Kerna situasi ini tidak membantu orang Melayu.  Apabila kita tau siapa rakan siapa musuh, maka mudahlah papan keyboard ku ini halakan serangan itu.  Mengapa perlu dihiris hati orang Melayu dgn terus mengiktiraf CSL sbg sahabat? Pemimpin UMNO harus BERANI mengambil risiko.  Perjuangan harus ada pengorbanan.  Kejayaan harus ada pengorbanan.  Dan pengorbanan itu sama sekali bukanlah Hak Istimewa Orang Melayu!!!  Dalam soal ini, TIADA KOMPROMI!!!
 
Sdr Zahid Md Arip, si suara lantang berkata DISINI

Tuesday, August 17, 2010

MUHYIDDIN - AMARAN UNTUK MCA

 

Muhyiddin beri amaran MCA kekal dengan semangat BN

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin memberi amaran kepada MCA hari ini agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) apabila memperjuangkan kepentingan komuniti Cina. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar sensitif kepada keperluan kaum-kaum lain.

- Sumber:  The Malaysian Insider KLIK SINI

GERAKAN TIMUR:
Bagi rakyat yang mengikuti perkembangan politik tanahair, anda pasti tahu bahawa suara yang dibawa oleh MCA adalah senada dengan DAPigs.  Inilah permainan politik bijak kaum kiasu yang cuba menghiris hak istimewa orang Melayu.  Gerakan Timur merasakan bahawa bagi UMNO, sakitnya bukan kepalang, kerana hirisan-hirisan ini dilaksanakan dari dalam, bukan dari luar.  Sedang DAPigs menyerang dari luar sambil dibantu oleh dua parti kasta bawahan bertaraf keldai tunggangan  iaitu PAS dan PKR.  MCA menjadi duri dalam daging, yang menyerlahkan betapa "semangat setiakawan" Barisan Nasional adalah lakonan semata.  Gerakan Timur masih teringat membaca rencana tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang menyatakan bahawa MCA dibawah pimpinan Ong Tee Kiat lebih bertolak ansur, dan memahami semangat setiakawan, yg berasaskan perlembagaan.  Tapi apakan daya,  MCA telah memilih pelakon filem XXX untuk menjadi president mereka.  Jadi, lupakan tentang tatamoralisasi ya!!! 

Mohon pada TS Muhyiddin, perkara sebegini, tanganilah sebaiknya.  Gerakan Timur faham bahawa undi mereka diperlukan, tapi kalau undi mereka ditukarkan dengan hak istimewa Melayu, maka lupakan sahaja permintaan melampau kaum immigran itu.  Apakah jaminan kemenangan jika meletakkan calon UMNO di kawasan MCA?  Atau UMNO masih terpaksa memilih calon MCA di kawasan majoriti Melayu, atas semangat setiakawan yg jelas pada akhir2 ini dikhianati oleh MCA sendiri?  Barisan Nasional sedang menghadapi gelora yg paling mencabar, namun diharap pada para pemimpin, jgnlah sampai "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...