Bersama Berjuang

Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Anwar Ibrahim Kantoi Lagi!!! Dasar Penipu, Penyokongnya Taraf Pariah!!!


Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa ‘pusing 180 darjah’ dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis Umno.

Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakan kenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk Keadilan Daily dan Malaysiakini. Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dan sebagainya.

Berikut adalah link kepada semua laporan yang dinyatakan tadi.

Straits Times Singapore
http://www.stasiareport.com/the-big-story/asia-report/malaysia-elections/news/story/foreigners-flown-malaysia-vote-bn-anwar-2013

Telegraph, UK
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10036283/Malaysias-opposition-leader-Anwar-Ibrahim-aims-to-seize-final-chance.html


Wall Street Journal
http://online.wsj.com/news/articles/SB10001424127887323687604578468953798092968
China Post
http://www.chinapost.com.tw/asia/malaysia/2013/05/03/377577/Malaysia-coalition.htm
The Economist
http://www.economist.com/node/21577375/comments
Korean Press
http://e.koreanpress.net/detail.php?number=1341&thread=


Sedangkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, pihaknya mempunyai segala rekod termasuk rakaman video tentang kenyataan Anwar berhubung kemasukan pengundi hantu dari luar menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Berhad (Air Asia).

"Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan.

Hakikatnya ini bukanlah kali pertama, dia berbohong kepada rakyat. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana Anwar berbohong kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.

Semalam media arus perdana melaporkan, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu memberitahu, pemimpin Bangladesh berkenaan turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam proses pengundian di negara ini.

Malah sebelum ini tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat.

"Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.

Paling menarik, Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming sebelum ini turut mengatakan bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar dan turut diakui oleh Pas.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebelum ini.

Malah kenyataan itu turut disokong oleh salah seorang pemimpin yang meminta agar namanya tidak disiarkan.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik, “ katanya.


Kesimpulannya, SPR perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim yang jelas merupakan BAPAK SEGALA PENIPU bagi mengelakkan perkara itu dari terus berulang.

SPR sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP berikutan dakwaan mereka tentang wujudnya 40,000 pengundi hantu pada pilihan raya umum Mei lalu. SPR sebelum ini mengatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap perkara tersebut.

Ini kerana menurut mereka masih banyak urusan lain yang perlu difikirkan dan tidak perlu melayan kerenah mereka yang tidak faham peraturan itu. SPR sebelum ini hanya membuat laporan polis pada 16 Mei lalu dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan bagi mendakwa Anwar.

Thursday, April 4, 2013

Tuduh SPR Tidak Telus Tetapi Pemimpin PR Konfiden Menang... Macam Haram Kan?



Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin PR yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil.

Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh PR dari hal undi pos, daftar pemilih, proses pengundian, pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil, tidak telus dan berat sebelah.

Pendek kata bagi pembangkang, SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN. 

Itu realiti pandangan yang sudah berakar umbi dalam fikiran pemimpin dan penyokong PR.

Peliknya di sebalik segala tohmahan itu, dalam masa yang sama boleh pula pemimpin PR mengwar-warkan kepada umum bahawa PRU 13 akan dimenangi oleh PR malah dengan yakin menyatakan 125 kerusi Parlimen dan 7 buah negeri bakal dikuasai mereka.

Orang yang waras akalnya tentu terdetik untuk bertanya, jika SPR adalah kuda tunggangan BN, tidak telus, tidak adil dan tidak bebas, kenapa pula pemimpin PR sibuk mahu bercakap mengenai kemenangan dan tawan negeri itu dan ini?

Yang akan mengendalikan PRU 13 tetap juga SPR, jadi ikut logik akal jika begitu buruk dan teruk kaedah pilihan raya yang dikendalikan SPR, apa gunanya lagi untuk PR berangan untuk menggapai kejayaan, bukan begitu?

Hakikatnya PR sudah lama menerima hakikat bahawa SPR sememangnya telus, adil dan saksama sedari dulu lagi. Jika SPR benar-benar pincang, tiada seorang pun pemimpin PR yang akan bertanding dalam PRU 13 dan sebelumnya. 
Tentu ada agendanya maka sebab itu SPR sering dijadikan punching beg dan dijadikan sebagai kambing hitam oleh pemimpin pembangkang.

Tak mustahil agenda PR dalam isu mempersoalkan kredibiliti SPR lebih kepada untuk menutup kelemahan sendiri kerana gagal menawan hati majoriti pengundi. Itu faktor utama yang tidak boleh disangkal sama sekali.

Kemungkinan lain, ada kebarangkalian ianya untuk melindungi penipuan yang ingin dilakukan oleh PR misalnya melalui manipulasi dakwat kekal dengan mencalit dakwat itu kepada pengundi berusia konon untuk tujuan demonstrasi.

Perkara sebegini boleh berlaku bila dilihat pada modus operandi penyokong pembangkang selama ini yang pernah mengutip kad pengenalan golongan tua bagi menghalang pengundi keluar menunaikan tanggungjawab ketika hari pengundian.

Atau kemungkinan juga untuk mengelakkan tumpuan umum kepada gerakan jentera PR yang sebelum ini giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan yang diyakini boleh dikuasai melalui kaedah tersebut seperti mana pernah dilaksanakan oleh PAS Kedah dan PAS Kelantan.

Malah semenjak SPR memperkenalkan pendaftaran pengundi yang dikenali sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) terdiri dari agen parti-parti politik, uniknya semenjak itu berlumba-lumba PR mendedahkan 'kepincangan' daftar pemilih mempertikaikan orang itu tak layak mengundi dan orang ini datanya diragui.

SPR pernah mengumumkan seramai 332 orang penolong pendaftar pemilih ditamatkan perkhidmatan kerana cuai atau sengaja mendaftarkan pengundi dengan maklumat yang meragukan.

Sebelumnya SPR pernah menolak permohonan seramai 71,184 pengundi yang didaftarkan oleh PPP kerana pelbagai kesalahan antaranya mendaftarkan pengundi yang telah berdaftar, warganegara yang belum layak mengundi, bukan warganegara dan pelbagai lagi kecuaian.

Menariknya kebanyakan kesilapan daftar pengundi baru yang ditolak oleh SPR ini didaftarkan oleh wakil-wakil PR dan tak mustahil ada antara puluhan ribu permohonan pengundi baru yang didaftarkan oleh PR ini yang terlepas pandang oleh sistem semakan dan digunakan pula untuk memburukkan imej SPR.

Di lihat pada sejarah PR, beberapa perkara yang didedahkan di atas tak mustahil berlaku dan tidak salah untuk kita membuat spekulasi kemungkinan PR sedang merancang untuk menipu dalam pilihan raya.

Tindakan mereka mengkambing hitamkan SPR sebelum ini hanyalah strategi serampang dua mata, pertama untuk membunuh imej dan kredibiliti SPR di mata umum dan kedua untuk melindungi penipuan yang sedang PR laksanakan.

Sedangkan dalam pemilihan CEC DAP dan pengundian dalaman PKR sendiri wujud penyelewengan, dan PAS pula penah aktif memindah pengundi ke sana ke mari, jadi apa sangatlah untuk mereka merancang penipuan dalam PRU.

Apa pun jika segala kemungkinan di atas tidak menepati senario sebenar, seeloknya PR hentikan sahaja propagandanya yang memperlekeh atau mempertikaikan kesungguhan SPR dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan PRU 13 kelak berjalan lancar.

Kiranya PR masih sibuk mempertikaikan SPR, itu salah ini tak betul, lebih baik pemimpin PR cermin diri sendiri untuk melihat betapa besarnya hipokrasi dalam diri masing-masing.

Atau jika pemimpin PR masih ada harga diri, kenapa tidak untuk julung kalinya, sebagai tanda protes dan ketidakyakinan dengan SPR, maka jangan sesekali walau seorang pun pemimpin PR bertanding dalam PRU 13 ini? Ada berani?

Thursday, November 8, 2012

Fuckatan Harami Pusing Keling Untuk Terus Persalahkan SPR!



Semasa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Seremban Sabtu lalu, beliau sekali lagi mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila menuduh daftar pemilih SPR dipenuhi dengan maklumat yang meragukan.

Menurutnya lagi, wujud cubaan menipu dalam daftar pemilih terbaru SPR itu apabila sehingga suku keempat tahun 2011 terdapat kira-kira 1 juta pengundi baru hanya dalam jangka masa setahun.

Padahal sehingga Jun 2012, mengikut rekod SPR masih terdapat sekitar 3 juta orang lagi yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi sekalipun ramai daripada mereka yang usianya sudah mencecah 21 tahun dan ramai juga yang sudah berusia melebihi 30 tahun.

Agaknya jika lebih 70% daripada baki yang belum mendaftar itu berjaya didaftarkan, barangkali Anwar akan keliling kampung mendakwa mereka semua itu adalah pengundi hantu la gamaknya.

Pendek kata, bagi Anwar peningkatan pengundi baru itu agak tidak munasabah dan tidak masuk dek akal. Keraguan Anwar itu pernah diutarakan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim apabila sebelum ini juga pernah mendakwa pertambahan lebih 400,000 pengundi baru di Selangor adalah pengundi hantu.

Khalid bagaimanapun selepas itu mengakui lebih 80% pengundi baru tersebut adalah pengundi baru yang sah dan hanya baki sekitar 50,000 orang sahaja lagi yang masih diragui kerana gagal dijejaki. 

Dek kerana gagal dijejaki maka ia menjadi keraguan bagi Kerajaan PKR Selangor, walhal sebahagian besar daripada mereka tak semestinya mendiami di alamat yang sama dengan alamat kad pengenalan tambah-tambah lagi bagi mereka yang tela berpindah rumah, bekerja atau belajar di luar negeri Selangor.

Menariknya disebalik keraguan yang cuba ditimbulkan oleh Anwar terhadap kewibawaan dan kredibiliti SPR, hakikatnya hampir satu pertiga daripada pengundi baru yang didaftarkan itu adalah hasil kempen aggresif penolong-penolong pendaftar yang mewakili DAP, PKR dan PAS.

Di antara tiga parti pembangkang yang bersekedudukan dalam PR itu pula, DAP menduduki di carta pertama paling ramai mendaftarkan pengundi baru manakala PAS pula berada di kedudukan kedua paling aktif mendapatkan pengundi baru.

Sesuatu yang agak menarik juga, sejak wakil parti politik dibenarkan mendaftarkan pengundi baru, sejak itulah banyak betul kes-kes pengundi baru yang meragukan dijadikan isu oleh PR. 

Kebetulannya, banyak kes pendaftaran yang meragukan ini termasuk alamat mengarut, nama pengundi sudah meninggal dunia, tarikh lahir atau nombor ic mengelirukan, pengundi baru bawah umur serta mendaftarkan pendatang asing dan macam-macam lagi banyak melibatkan wakil-wakil dari parti pembangkang.

Rupanya sendiri bikin isu, sendiri cipta keraguan kemudian sendiri juga yang buat kalut ribut semata-mata untuk menjatuhkan kewibawaan, imej baik dan kredibiliti SPR.

Dua bulan lepas Anwar pernah menceritakan impiannya untuk menjadi PM bakal tercapai sambil berangan untuk memaksa SPR mengumumkan kemenangan PR seawal jam 2.30 petang hari mengundi pada PRU 13 nanti.

"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," kata Anwar semasa ceramah beliau di Ampang September lalu (lihat portal AntaraPos 10 September 2012).

Bila kita membaca kenyataan Anwar seperti yang disiarkan portal berita Antara Pos itu, ada dua tafsiran yang boleh kita fahami. Pertama, Anwar yakin dengan kemampuan dan kredibiliti SPR, dan yang kedua, Anwar sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat peribadinya, by hook or by crook.

Dalam pada itu, tatkala Anwar kembali kepada tabiat lamanya mempertikaikan kredibiliti SPR sebagaimana dapat dilihat dalam ceramahnya di Seremban Sabtu lalu, di majlis yang juga Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula secara terbuka mengumumkan bahawa PR mampu menawan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti.

Kata Mat Sabu, "kita jangkakan hari mengundi, pada jam 7 malam kita sudah mengetahui bahawa Wisma Negeri akan ditawan PR."

Makna kata, Mat Sabu menaruh keyakinan terhadap sistem pilihanraya yang SPR seliakan di masa yang sama soal keraguan pada daftar pemilih SPR pun tidak timbul. 

Kontradik betul. Amat berbeza dengan pendirian Anwar yang meragui daftar pemilih SPR, walaupun 2 bulan sebelumnya yakin bakal menjadi PM melalui sistem pilihanraya yang sama.

Mana satu pendirian sebenar PR? Yakin atau terus meragui kewibawaan dan kredibiliti SPR?

Apapun, melihat pada pelbagai pendirian yang bercanggah diantara pimpinan PR ini, telah membuktikan sesuatu pada kita rakyat Malaysia. Desas-desus dan khabar propaganda kononnya SPR tidak telus, tidak adil atau tiada kewibawaan menguruskan pilihanya yang saksama sebenarnya hanyalah polemik politik semata-mata.

Lagipun, jika benar SPR tidak adil, adalah lebih baik semua negeri dan kerusi yang telah dimenangi oleh PR diadakan semula pilihanraya, tidak begitu?

Alang-alang PR mempertikaikan kesaksamaan dan kewibawaan SPR, kenapa masih lagi mahu berpaut pada kuasa yang telah diperolehi dari sistem pilihanraya yang diragui. Bukankah hipokrit namanya tu?

Tuesday, May 22, 2012

Elvis Presley Adalah Pengundi Berdaftar di Malaysia... Pergghh!!! SPR Cari Nahas!!!



Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah.  

Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti ‘main-main’ atau rekaan.  Antaranya, ‘S’, ‘Atas Jalan’, ‘Tepi Jalan’, ‘Machine Gun’, ‘Boeing’, ‘Elvis Presley’ dan macam-macam lagi.   Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah.  Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama.  Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.      

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka.  

Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka.  

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini.  

Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih.  

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali.  Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama.  Selain itu, dengan meletakkan status sebagai ‘senarai meragukan’ tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah.  

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan.  Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.   Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi?  

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud?   

Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH.  

Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini.  

Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin.  Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya.  

Sunday, February 26, 2012

JOM: Kenduri Jom Daftar Undi Di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa!



KUALA LUMPUR 22 Feb. - Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. (Restoran Sekinchan) akan menganjurkan kempen pendaftaran pemilih ”Kenduri Jom Daftar Undi” di Laman Pengantin di Setiawangsa di sini pada Ahad ini.

Pengasas dan pemilik Restoran Sekinchan, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, kempen itu, yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), akan berlangsung dari 11 pagi hingga 6 petang.

"Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat Restoran Sekinchan dalam membantu SPR menambah jumlah pengundi ekoran jumlah rakyat Malaysia yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi masih tinggi”, katanya pada sidang media mengenai kempen itu di sini, hari ini.

Sambil mempelawa orang ramai mengambil peluang untuk mengundi, Jamal berkata, restoran itu juga akan membuat promosi menerusi Facebook, Twitter selain mengedar risalah di sekitar Lembah Kelang. - BERNAMA

GERAKAN TIMUR:
Bergegar mana pun komentar anda di blog ini, tidak akan ada makna sekiranya anda belum mendaftar sebagai pemilih.  

Berapi mana pun komentar anda di blog ini, tidak akan bermakna sekiranya ahli keluarga anda belum lagi mendaftar sebagai pemilih.  

Sekiranya anda dan ahli keluarga sudah layak untuk mendaftar, maka daftarlah sebagai pemilih.  Kerana anda adalah senjata, undi anda adalah peluru.  

Kita akan berperang tidak lama lagi, perang dunia moden yang menjadikan demokrasi sebagai ideologinya.  Jadi, apa tunggu lagi?

1 undi bermakna kemenangan!  JOM DAFTAR!!!

Monday, July 18, 2011

DEBAT PERDANA: SPR Vs BeerShit - Dibawakan LIVE oleh Sinar Harian!!! Semua Dijemput Hadir!!!

Klik gambar untuk besarkan imej
Anda semua dijemput hadir.  

Wacana selepas Rusuhan BeerShit 2.0!  Jom dengarkan hujah dari SPR dan Ambiga sendiri. 

Amaran Keras Tahap 1!!!  Jangan dok buat leceh pi demo dan merusuh.. mmg GT sauk santak ke dinding!!!  

Ini nak berhujah!!! Faham???

Friday, March 11, 2011

KETUA PEMUDA PAS KEHABISAN IDEA UNTUK TERUS POPULAR!


Berotak tungau!!!  Itulah yang GT labelkan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin ini.  Ancaman Bersih 2 ditujukan kepada kerajaan atas beberapa tuntutan yang mesti dipenuhi, atas dasar kononnya berlaku ketidakadilan dalam pilihanraya.  

5 negeri dikuasai oleh Fuckatan pada PRU yang lalu, bukankah itu menunjukkan ketelusan SPR?  5 negeri, bukan 5 kariah atau 5 kampung.  PRK2 sebelum ini yang dimenangi oleh PAS, yg menjadi tajuk depan kitab suci penganut PAS, Haramkah selama 7 hari 7 malam, bukankah itu menunjukkan bukti BN mampu dikalahkan?  Terbaru, Sibu.  Itupun tiada sebarang pujian kepada SPR. 

PAS sebenarnya sudah gentar untuk menghadapi PRU yang akan datang berdasarkan trend kemenangan BN di beberapa PRK baru-baru ini.  Lebih2 lagi kemenangan BN dgn majoriti yang lebih besar menunjukkan signal yg jelas;  Fuckatan semakin ditolak rakyat!!!  Terdapat khabar angin mengatakan akan berlaku satu PRK lagi yang mana akan ada kerusi yang dikorbankan demi untuk mencari kemenangan bagi  menaikkan moral penyokong dan jentera Fuckatan. Kita tunggu dan lihat!!!

Bagi Nasruddin sendiri, beliau harus membuat "kerja" bagi meningkatkan populariti agar dapat bertanding pada PRU yang akan datang.  Kewibawaan dalam PAS semakin dipersoalkan oleh penyokong2 muda mereka setelah dihentam lunyai oleh pemimpin2 parti berikutan isu Valentine's Day.  Dewan Pemuda PAS yg sebelum ini lantang rupanya terpaksa mengikuti jejak pemimpin2 tertinggi mereka;  penjilat tegar Anwar dan DAPigs!

Sebaiknya program Bersih ini dilancarkan kepada parti2 sahabat mereka terutama PKR yang jelas bermasalah dan menipu dalam pemilihan mereka sebelum ini.  Himpunan aduan dan rungutan yang tidak dapat diselesaikan oleh Saifudin Nasution, Setiausaha Agung PKR boleh menjadi titik permulaan membersihkan PKR yg sinonim dengan nama Parti Kelentong Rakyat, Parti Kencingkan Rakyat, Pembohong Kepada Rakyat dsb.

Apabila PAS dan rakan-rakannya sudah "bersih", maka eloklah dipanjangkan kepada orang lain pula!  GT tak boleh bayangkan apabila BN menguasai dan memenangi PRU yang akan datang, maka jangan hairan andai tuduhan2 yang maha dashyat hadir dari puak2 ini!

Tuesday, February 15, 2011

DAFTAR PEMILIH: ALAHAI MELAYU....


PRU semakin hampir.  Namun sikap orang Melayu masih lagi di takuk lama.  GT menyentuh tentang kesedaran orang Melayu dalam isu daftar pemilih.  

Tadi GT berjalan2 di pusat membeli belah.  Cari baju untuk baby pertama GT yang akan dijangka akan lahir pada 25 April ni.  Fuhh... tak sabar nak jadi ayah nih..hehehehe..

Back to the topic, GT dan isteri sempat membuat semakan SPR.  Yesss.. nama kami mmg ada dalam list.  Anda semua dah buat semakan ke??  Buat bro.. apapun boleh terjadi.  Mana lah tau dalam SPR ada lipas fuckatan yang hilangkan data... Mgkin kan? Mgkin...

GT sempat juga bertanya beberapa soalan kepada petugas SPR di kaunter itu.  Mereka mengakui bahawa masih ramai orang Melayu yang tidak sedar akan pentingnya mengundi.  Ada yang menempelak mereka, ada yang kata tak payah, ada "buat" muka.  Alahai Melayu... bila nak berubah!!!

Kalau PRU bulan 6 atau 7, maka tarikh terakhir untuk melayakkan ada mengundi pada PRU akan datang ialah Mac ini.  

Apa???  Belum daftar lagi???  Pergilah daftar... jihad tu bro... asal jgn undi Fuckatan je.. hahahahahahah..

Monday, January 3, 2011

SPR SILA BERI PERHATIAN!!! INI SERIUS!!!


GT terima rungutan dari rakan-rakan dalam UMNO yang bertugas untuk mendaftarkan pemilih baru.  

GT difahamkan bahawa terlampau banyak sangat masalah dalam urusan mendaftar.  Banyak pendaftaran yang dibuat tidak didaftarkan oleh SPR.  Nama-nama mereka tiada dalam daftar pemilih sedangkan sudah berkali-kali didaftarkan.  

Apa sudah jadi SPR???

Tidakkah SPR tahu bahawa yang bergerak di akar umbi ini sukar untuk menjelaskan perkara sebenar yang belum mendaftar, sedang berkali2 mengisi borang dan memberi salinan fotokopi .  Apa kata mereka???

"Berapa kali nak isi borang???"
"Berapa kali nak kasi i/c fotostate???"
"Korang tak buat kerja ke???"
"Alah.. lantak ko lah.  Aku tak payah undi pun hidup!!!"
"Ko nak tak undi aku... daftarkanlah!!"

Ada yang kena maki, kena tengking.  Sebab, yang belum mendaftar tak tahu masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan GT ni.  Bukan GT nak tuduh, tapi adakah ini satu usaha pihak-pihak tertentu untuk sabotaj pendaftar pemilih baru yang dibuat oleh UMNO???  

SPR kena bersih, telus.  Setiap pendaftaran baru harus diproses.  Tanpa mengira UMNO, DAPigs, Pas Pis Pus, PKR, PPP, Gerakan, MCA atau KITA dsb.  

GT mohon SPR turun dan lihat perkara ini kerana ianya sangat penting!!!

Friday, August 20, 2010

DAFTAR PEMILIH - MAJLIS BELIA MALAYSIA


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (wakil pertubuhan) bagi membolehkan pertubuhan itu membantu mendaftarkan golongan belia sebagai pemilih.
Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata pelantikan itu juga membolehkan MBM membantu SPR daripada segi menimbulkan kesedaran kepada golongan belia akan kepentingan mendaftar sebagai pengundi.  

MBM juga akan berperanan memberi penjelasan berhubung isu-isu berkaitan dengan pendaftaran pemilih dan juga perjalanan pilihan raya, katanya dalam satu kenyataan, di Putrajaya pada Khamis.

Bernama melaporkan kenyataan itu dikeluarkan sebagai hasil pertemuan antara Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada Khamis.
Sabri berkata sehingga suku pertama tahun ini, kira-kira 4.2 juta atau 37 peratus pemilih yang berdaftar dengan SPR adalah kategori belia iaitu berumur antara 21 dan 40 tahun.  Sehingga suku pertama tahun ini juga masih terdapat 4.3 juta atau 28 peratus warganegara yang layak belum mendaftar sebagai pemilih, katanya.

"SPR yakin bahawa MBM boleh memainkan peranan secara berkesan memandangkan MBM mempunyai rangkaian dengan belia-belia di peringkat negeri dan daerah di seluruh negara," katanya.- 19/8/2010
Sumber - Agenda Daily

GERAKAN TIMUR:
GT menyambut baik usaha ini.  Mohon pihak MBM merangka strategi ampuh untuk mendaftarkan pengundi-pengundi baru terutamanya dari golongan muda Melayu yg masih ramai di luar sana.  MBM memikul tugas besar, perlantikannya bukan satu kejayaan.  MBM harus ada penanda aras (benchmark) tentang target pengundi baru yang akan didaftarkan. Jgn jadi ibarat mencurah air di daun keladi, perlantikan sahaja, hasil tak jadi...  Anda semua, JOM DAFTAR...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...