Bersama Berjuang

Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

Khalid Ibrahim VS Azmin Ali - Berpatah Arang Berkerat Rotan! #PKRKacauBilau


Isu ‘perang dalaman’ yang melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya semakin memeningkan kepala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Walaupun dia sebelum ini dikatakan mampu menyelesaikan konflik tersebut, namun perkembangan terkini isu tersebut nampaknya semakin sulit untuk ditangani. Malah Ketua Strategi parti itu, Rafizi Ramli sebelum ini turut mengakui antara sebab utama mantan Adun Kajang meletakan jawatan adalah bagi membolehkan Anwar bertanding sekali gus menyelesaikan konflik tersebut.

Melalui pendedahan yang dilakukan sebelum ini, masalah dalaman yang melibatkan parti itu bukanlah perkara baru. Ia sebenarnya telah bermula sejak awal tahun lalu dan berterusan sehingga kini.

Isu ini bermula apabila Khalid dikatakan pro kepada kumpulan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, manakala Azmin dilihat tetap berdiri teguh di belakang Anwar. Bermula dengan episod sindir menyindir, perbalahan antara keduanya semakin berlarutan apabila keduanya saling ‘membogelkan’ dan menghentamkan secara terbuka antara satu sama lain.

Pelbagai kritikan pedas turut dilemparkan oleh Azmin sehinggakan Khalid dilihat lemah dan tidak cekap mengurus dan mentadbir negeri Selangor. Namun dengan sokongan kuat yang diberikan oleh Azizah, Khalid bingkas bangun dan membalas kembali serangan Azmin yang akhirnya menyebabkan Adun Bukit Antarabangsa itu dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS.

Tidak cukup dengan itu, Khalid turut meminta agar beliau dilantik sebagai Pengarah pilihanraya PKR bagi PRK Kajang. Sedangkan sekiranya mengikut amalan biasa, jawatan tersebut sepatutnya di sandang oleh Azmin yang juga merupakan Pengerusi PKR negeri Selangor.

Terbaru, Khalid turut mengumumkan akan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei ini.

Ekoran perbalahan yang semakin memuncak itu, Anwar terpaksa mengambil jalan selamat dengan menyokong kedua-dua kumpulan bagi mengelakkan para penyokong mereka memboikot kempennya di Kajang.

Malah portal pro-pembangkang turut mengambil pendekatan menyiarkan berita kononnya Azmin dan Khalid telah bersetuju untuk melakukan ‘gencatan senjata’ sehingga PRK Kajang selesai.

Pemilihan PKR yang akan diadakan ini, bakal menyaksikan pertembungan hebat antara dua kumpulan ini apabila masing-masing turut membawa calon pilihan mereka untuk bersaing merebut semua jawatan tertinggi parti.

Menurut sumber, Khalid dipercayai akan bergandingan dengan Nurul Izzah dan Tian Chua sebagai regu utamanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib. Bagi jawatan Ketua Wanita pula, kumpulan Khalid akan bergandingan dengan Adun Batu Tiga Rodziah Ismail dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sebagai Timbalan Ketua Wanita.

Bagi kumpulan Azmin pula, dia dikatakan akan menyokong ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin bertanding jawatan naib presiden. Shamsul yang sebelum ini merupakan Ketua Pemuda PKR Pusat dikatakan akan mengosongkan jawatan tersebut bagi membolehkan lebih ramai penyokong Azmin diserapkan di dalam jawatan tertinggi parti.

Untuk kerusi Ketua Wanita PKR pula, Azmin dikatakan akan memberikan sokongan penuh terhadap ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin yang juga merupakan penyandang bagi jawatan tersebut.

Seterusnya bagi jawatan Ketua AMK pula, Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari akan bergandingan dengan Adun Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin sebagai Timbalan Ketua AMK dilihat sebagai calon pilihan Azmin.

Kesimpulannya pemilihan PKR pada kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara dua kumpulan yang saling tamak dan dahagakan kuasa. Walaupun secara dasarnya PKR akan mendakwa pemilihan pada kali ini adalah merupakan sebahagian dari proses demokrasi parti, namun pada hakikatnya graf sokongan Anwar semakin kian menyusut.

Apa yang jelas, Anwar semakin hilang cengkaman pengaruhnya terhadap parti yang diasaskannya ini.

Wednesday, February 12, 2014

#PRKKajang: Anwar Munafik Jika Jadi MB Selangor? Atau Penyokongnya? #PKRkacaubilau



Keputusan Anwar untuk bertanding di PRK Kajang menimbulkan kemarahan rakyat termasuk dari pihak penyokong dan NGO rangkaian PR sendiri.  Rata-rata rakyat melihat ia sebagai langkah politik paling terdesak dan kotor kerana sanggup membazirkan wang rakyat sekali gus.  Keputusan ini membuktikan  yang parti pembangkang tidak mengambil peranan wakil rakyat sebagai sesuatu yang serius. 

Semua orang boleh mengagak keputusan tersebut adalah bagi membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.  Pada awalnya, Anwar telah menafikan hal tersebut dan menepisnya sebagai spekulasi. 

Namun, ternyata kini bahawa ‘menafikan’ sesuatu yang telah atau akan dilakukannya merupakan sikap semulajadi Anwar.  Dalam kata lain, Anwar adalah sejenis manusia yang tidak boleh berkata benar. 

Dalam wawancaranya dengan Australia Network’s Newsline kelmarin, Anwar mendedahkan strateginya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi membolehkan beliau menjadikan negeri  itu sebagai model kepimpinannya.   Menurut Anwar, Selangor adalah negeri paling kaya, paling berkesan dan paling popular dan beliau akan menggunakannya untuk menunjukkan bagaimana cara memerintah yang baik dan telus. Jelas, Anwar memang berniat dan merancang untuk menjadi Menteri Besar sejak dari awal. 

Sikap lidah bercabang Anwar membuatkan kenyataannya dipandang sinis oleh rakyat yang peka dengan permainan politik manusia Anugerah Tuhan ini.  

Selama perjuangan Anwar, kita lihat beliau sering memilih jalan belakang, gemar menafi tetapi kemudian membuat U-turn, sentiasa bercakap lain di hadapan satu pihak dan perkara yang bertentangan pula di hadapan pihak lain. 

Anwar boleh menjadi pro-Zionis dan pro-Islam sekali gus, Anwar boleh menjadi pejuang Islam dan pejuang hak LGBT dalam masa yang sama, atau pejuang Melayu dan pejuang penghapusan hak bumiputera mengikut masa dan tempat di mana beliau berada. 

Anwar boleh berkata yang beliau tidak ingin menjadi Menteri Besar pada satu ketika, dan kemudiannya berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar dua tiga hari selepas itu. 

Justeru, apa jaminan yang beliau mampu menunaikan janji untuk menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan yang baik dan telus sekiranya beliau berjaya menjadi MB? Apakah jaminan yang beliau tidak akan melakukan sebaliknya, iaitu menjadi pemerintah yang kejam dan korup? 

Sifat menipu dan korupsi tidak mungkin dapat dipisahkan.  Orang yang tidak telus dalam urusannya akan terpaksa hidup dalam penipuan bagi menutup kegiatannya. Memandangkan menipu dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan, maka tidak salah rasanya jika kita mempersetankan saja janji Anwar untuk memerintah dengan baik dan telus itu. 

Anwar punya peluang untuk membuktikan beliau seorang pemerintah yang baik dan telus pada suatu ketika dahulu.   Namun, peluang itu telah digunakannya untuk menjadikan dirinya dan sanak-saudaranya kaya dalam sekelip mata.  Beliau juga hampir membankrapkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada Amerika. 

Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu pula direbut dengan cara yang kotor. 

Jika niatnya kotor, caranya juga kotor, maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih? 

Persoalan kini ialah, apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat si munafik ini sebagai Menteri Besar?  Sudahlah munafik, peliwat pula.  Sudahlah peliwat, perasuah pula.  Sudahlah perasuah, tidak bijak ekonomi pula.   Pendek kata, Anwar mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya, beliau tidak mampu menjadi pemimpin yang berkualiti. 

Tanpa apa-apa jawatan, Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang gagal dalam hidupnya.  Inilah yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya untuk kesekian kali. 

Thursday, February 6, 2014

PRK Kajang: PAS Berani Rebut Kerusi MB Selangor? KahKahKahKahKah....


Di sebalik polemik perebutan kuasa dalaman yang melanda parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini, rakyat khususnya di Selangor sedang melihat mengenai ura-ura yang mengatakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baharu.

Isu tersebut turut dibangkitkan oleh kepimpinan Pas pusat dan Pas negeri Selangor yang menegaskan jawatan tersebut perlu diberikan kepada parti itu sekiranya PKR berhasrat ingin melakukan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Namun disebabkan penegasan itu juga, ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan, penyokong dan ahli PKR. Mereka mungkin merasakan kenyataan itu telah menghina Anwar yang selama ini telah digambarkan sebagai pemimpin yang hebat dan tiada tolok bandingnya.

Sebagai contoh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat yang tidak bersetuju sekiranya Anwar diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

“AMK Johor juga tidak nampak sekiranya DSAI (Anwar) diangkat menjadi Menteri Besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri. Kita tawarkan pemimpin berpengalaman luas untuk negeri Selangor dan secara tidak langsung akan memantapkan lagi kerjasama parti pendukung PR khususnya di Selangor,” katanya.

Suhaizan sebelum ini menegaskan Pemuda Pas menyokong Anwar sebagai calon PKR untuk kerusi DUN Kajang, namun itu tidak bermakna, Pemuda Pas turut bersetuju dengan cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.

Gusar dengan perkembangan tersebut, Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar segera meminta agar isu ini segera dihentikan. Menurutnya ia bagi menjaga air muka Khalid yang masih menyandang jawatan tersebut.

"Kamu jangan jatuhkan maruah MB (Khalid). Hormat beliau. Beliau masih MB Selangor. Kita boleh bincang apabila tempat itu kosong. Sekarang kita bincang tentang PRK Kajang sebab tempat itu kosong," katanya semasa sidang akhbar semalam.

Menurut Mahfuz isu mengenai siapa calon Menteri Besar Selangor yang baharu hanya akan dibincangkan sekiranya kerusi yang menjadi rebutan itu kosong.

Status Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mula dipertikai sejak bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh bertindak mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwa.

Keputusan itu diambil dipercayai bagi merintis jalan kepada Anwar untuk menggantikan Khalid.

Kesimpulannya Pas dan PKR saling berbalah bagi merebut jawatan. Malah perebutan itu juga secara tidak langsung membuktikan Pas sudah tidak lagi percaya dengan ketokohan Anwar sebagai pemimpin seperti yang sering diwar-warkan sebelum ini.

Pada mereka, Anwar bukanlah seorang tokoh pemimpin yang hebat seperti yang disangka. Ini kerana sekiranya aura Anwar masih lagi kuat, masakan Pas selaku rakan sekutu di dalam PR menentang cadangan untuk melantik Anwar sebagai MB.

Itu pun kalau PAS berani setelah dibuktikan berkali-kali bahawa mereka "samikna wa atokna" kepada Anwar. 

Wednesday, February 5, 2014

Kerusi Menteri Besar Adalah Strategi Terbesar Anwar Ibrahim Untuk Runtuhkan SEGALANYA!


Dalam kita memperkatakan politik Malaysia yang ‘huru-hara’,  kita sering terlupa kepada perkara yang lebih besar iaitu hala tuju negara, identiti dan pengisian jati diri anak bangsa.  Kedua-dua pihak yang bertelagah kelihatan sibuk mencari publisiti, membina imej dan mempromosi diri bagi mencari populariti.  Akibatnya, rakyat menjadi celaru, haru-biru dan buntu. 

Dalam kegilaan politik ini, tidak mustahil kita terlepas pandang bahawa musuh telah pun mengambil tempat masing-masing tanpa kita sedari.  Tidak mustahil juga mereka telah bersedia menuju ke puncak dengan berjalan betul-betul di hadapan mata sang papparazi. 

Memerintah negara memerlukan kepimpinan yang mampu menyusun strategi.  Seorang pengatur strategi yang baik pasti tahu bahawa perkara yang paling utama ialah ‘jangan sekali-kali memandang rendah akan kemampuan musuh’.  Justeru, adalah tidak salah kita berfikir atau berimaginasi tinggi dalam menjangka strategi musuh.  Adalah lebih baik dianggap ‘paranoid’ daripada gagal membaca strategi musuh.   Namun, apa yang lebih penting dari itu ialah kita harus tahu siapakah musuh kita dan apakah yang membezakan kita dengan mereka.  Dari situlah kita boleh mengukur kekuatan dan kelemahan masing-masing. 

Dalam politik Malaysia, BN dan musuhnya PR, sudah tentulah berbeza dari segi gaya pemerintahan dan idea-ideanya. Sekiranya kedua-duanya membawa aspirasi yang sama, apa perlunya mereka bersengketa, bukan begitu? 

Oleh itu, apakah yang membezakan BN dan PR?  Apakah yang menyebabkan BN kekal memerintah sejak sekian lama?  Siapakah yang mengundi BN dan kenapa? 

BN yang dikenali oleh rakyat adalah parti yang berpegang teguh kepada perlembagaan dan yakin dengan formula yang menggariskan Hak Istimewa Bumiputera.  BN meletakkan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu sebagai tonggak utama.  Identiti Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang maju, bebas namun santun beradab, sejajar dengan adat resam Melayu, Asia dan juga agama Islam yang menjadi agama rasmi negara. 

Malaysia di bawah BN tidak perlu tunduk kepada sesiapa, apatah lagi kuasa besar yang menyembelih dan menindas umat Islam di serata dunia.  Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang mengambil sikap berkecuali tetapi terbuka menerima nilai-nilai murni dari mana-mana negara atau tamadun serta menolak budaya barat yang tidak membawa apa-apa kebaikan untuk anak bangsa.   Pun begitu, Malaysia di bawah BN bukanlah negara yang ekstrem dan rakyat Malaysia bebas berpesta dan bergembira asalkan tahu batasnya. 

BN bukan parti pesta muda-mudi yang meletakkan ‘gaya’ di tempat utama tetapi sebuah parti yang bertanggungjawab yang meletakkan khidmat bakti sebagai tiangnya. 

PR pada dasarnya adalah seratus peratus berbeza dari BN. 

Parti DAP di dalam PR meletakkan penghapusan Hak Istimewa Melayu sebagai tonggak utama.  DAP juga diketahui menentang Raja-raja Melayu.  DAP secara terbuka menyuarakan hasrat untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara.  DAP ingin menjadikan Malaysia seperti Singapura iaitu sebuah Republik tanpa Raja.  

PKR pula secara terbuka mendokong kebebasan total ala barat.  Pemimpin PKR tanpa segan silu duduk bersama-sama pejuang murtad dan LGBT.  Malah, pemimpin tertinggi PKR sendiri menyatakan yang undang-undang Islam yang mengharamkan homoseksual adalah lapuk.  Beliau juga terkenal dengan pendirian pluralisme iaitu menganggap semua agama adalah sama. 

Selain itu, pemimpin tertinggi PKR juga merujuk kepada Paul Wolfowitz dan Al-Gore iaitu dua personaliti yang terlibat secara langsung dalam penyembelihan umat Islam di negara Arab sebagai ‘sahabat’.  Kedua mereka ini juga telah beberapa kali menghulur bantuan kepada pemimpin tertinggi PKR itu dalam berbagai cara; antaranya, memberi beliau pekerjaan sebagai Pensyarah di Amerika, berkempen menyokongnya di barat, memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia dan berbagai-bagai cara lagi yang sukar untuk dibayangkan oleh seorang rakyat biasa dari Malaysia. 

Parti PAS, sebaliknya, membawa aspirasi yang langsung berbeza dengan DAP mahupun PKR kerana ia membawa slogan Negara Islam dengan undang-undang hudud sebagai matlamat utama.  PAS berpendekatan ekstrem di mana parti itu ingin menghapuskan segala bentuk hiburan di dalam negara termasuk merobohkan kilang arak. 

Walaubagaimanapun, itu cerita lama. 

PAS hari ini sudah terlalu keliru, buntu dan tidak tahu lagi mana hendak dituju. Pemimpinnya telah tersesat jauh membontoti DAP, sementara penyokongnya pula termangu-mangu di belakang Anwar Ibrahim.  Hari ini, PAS telah memilih untuk bersama pejuang murtad, LGBT, Kristian dan pastinya turut menikmati wang Yahudi.   PAS sudah tiada pendirian mahupun maruah dan harga diri kerana semuanya sudah digadai, terbarai dalam kegilaan untuk merampas kuasa dari BN. 

Hakikatnya, kewujudan PAS di dalam PR hanyalah sebagai pembekal pengundi dan penyokong buta tuli kepada gabungan parti pembangkang itu.  Justeru, apapun pendirian PAS tidak akan membawa apa-apa makna kepada sesiapa.  PAS boleh bertakbir, melalak dan berlakon apa saja, tetapi parti itu tidak mungkin dapat menentukan hala tuju negara sekiranya PR mengambil alih pemerintahan.   

Secara ringkasnya, sekiranya PR menjadi pemerintah, maka Malaysia akan dibentuk mengikut acuan DAP dan PKR iaitu menjadi sebuah negara republik yang berpegang kepada pluralisme agama dan berfahaman liberal yang mana 100% berbeza  dari pemerintahan BN. 

Pendirian dan gaya pemerintahan inilah yang memastikan BN menang dalam setiap PRU.  Malangnya, BN pada hari ini, tidak lagi sekuat dahulu. 

Kedudukan BN menjadi rapuh apabila rakyat mengesyaki yang adanya usaha untuk mengubah pendirian dan gaya pemerintahan serta cenderung menyamai PR.   Semakin perubahan itu ketara, semakin BN menjadi lemah sehingga akhirnya mencatat keputusan pilihanraya paling buruk dalam sejarah pada PRU-13.

Perubahan di dalam BN tidak mungkin berlaku secara semulajadi.  Ia pastinya dibawa oleh pemikiran-pemikiran pro-PR yang kini, entah bagaimana, berada di dalam BN.  Usaha mengubah BN menjadi PR cukup jelas apabila satu demi satu tuntutan PR dan NGO-NGO yang didalangi mereka dituruti oleh kerajaan, sekali gus menyebabkan rakyat semakin menolak BN.

BN dilihat ‘takut’ untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak penentang kerajaan, penghasut perkauman dan juga pencabar perlembagaan yang hampir semuanya mempunyai rangkaian terus kepada PR. 

Walaupun PR dilihat semakin ‘berkuasa’ di dalam BN, namun parti itu tidak mampu bertindak lebih jauh melepasi halangan Raja-raja. 

Dari situlah kita perlu mengambil serius akan idea si Hishamuddin Rais bahawa antara faktor utama Anwar Ibrahim ingin menjadi Menteri Besar Selangor ialah beliau ingin ‘dekat’ kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.  Idea Hishamuddin Rais ini kemudiannya dipetik pula oleh Lim Kit Siang di dalam blognya melalui tulisan Augustine Anthony. 

Dengan minat yang ditunjukkan DAP mengenai Raja-raja secara tiba-tiba, maka kita sewajarnya memberi perhatian penuh kepada PRK Kajang.  Walau betapa kecilnya kemungkinan yang Anwar mampu memberi kesan kepada Institusi Raja sekiranya beliau menjadi Menteri Besar, kita tidak harus mengenepikannya. 

Jika ini benar, ia bermakna musuh telah berada di garisan pertahanan terakhir dan hanya menunggu masa untuk ‘check-mate’.  Dengan dana Selangor yang begitu banyak, tiada apa-apa yang mustahil lagi bagi orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim. 

Mungkin ada yang berkata bahawa imaginasi penulis terlalu jauh dan tidak masuk akal, namun adalah lebih baik bagi kita untuk membaca segala kemungkinan dan bersedia menghadapinya -  kecualilah, jika kita benar-benar tidak peduli atau sengaja ingin merelakannya. 

Sekiranya kepimpinan BN serius untuk menentang Anwar dan ideologi PKR-DAP maka BN perlu terlebih dahulu mengembalikan kekuatan parti.  Dan satu-satunya cara untuk mengembalikan kekuatan itu adalah dengan meletakkan Malaysia kembali di atas paksi asalnya. 

Rakyat telah menolak PR kerana rakyat tidak gemar dan tidak yakin dengan aspirasi parti itu.  Oleh itu, BN tidak perlulah meniru-niru parti yang ditolak kerana akibatnya BN akan turut ditolak.  Ingatlah, golongan liberal, plural, LGBT bukanlah majoriti.  Begitu juga dengan golongan korporat, konglomerat atau taikun-taikun - mereka bukannya mewakili majoriti.  BN tidak perlu terikut-ikut cara PR mengambil hati mereka ini. 

Cara BN sebelum ini sudah cukup baik dan terbukti membawa hasil yang berpanjangan kepada golongan korporat, konglomerat dan taikun-taikun tersebut serta seluruh rakyat dan negara. 

Maka yakinlah dengan diri sendiri dan berdiri megahlah atas paksi yang dibina oleh datuk nenek moyang kita di dalam UMNO, MCA dan MIC.  Tidak perlu diubah apa-apa yang tidak rosak - hanya perlu perbaiki

Wednesday, January 29, 2014

Faekah Husin Belasah Anwar Ibrahim... Boleh Tahan Pedas Dia Punya Ayat!



Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, daripada PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan turut mendapat perhatian bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Asri, tindakan tersebut hanya akan mengorbankan duit rakyat.

“Berapa banyak wang rakyat terkorban jika YB asyik letak jawatan. Jika alasan kukuh takpa. Ini apa alasan?” katanya di dalam laman twitter rasminya malam semalam.

Selain Asri, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin turut dilihat mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial twitter miliknya, dengan ‘menyerang’ mereka yang dilihat cuba untuk menyingkirkan bosnya.

Faekah melalui tweet lewat malam tadi meminta mereka yang berada di luar Selangor agar meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959. Dia turun mengingatkan ‘mereka’ tindakan itu boleh dilihat sebagai menghina Sultan Selangor.

“Politician outside Selangor, do study State's Constitutions, the process and procedure. Don't insult Sultan and never overestimate yourself,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mereka yang ingin memecat Khalid itu sebagai ‘bernafsu besar’.

“Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?” soalnya.

Kerusi Dun Kajang N25 bakal menyaksikan pilihan raya kecil apabila bekas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan media tiga perenggan  Isnin malam, Lee antara lain hanya berkata keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat (PR) berkhidmat untuk rakyat Selangor'.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang semalam yang mengatakan akan memaklumkan secara kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Yeoh turut berkata, dia telah menerima surat peletakan jawatan Lee.

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penganalisis politik yang melihat peletakan jawatan itu bagi membolehkan ‘kemelut’ dan ‘pergolakan politik’ PKR Selangor di selesaikan. Malah ada yang merasakan tindakan itu bagi membolehkan Anwar bertanding di peringkat DUN sekali gus mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Mungkin kerana ingin mengampu dan membodek Anwar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan media yang menyokong Ketua Pembangkang itu diletakkan sebagai calon.

Melalui kenyataan 5 perenggan yang dikeluarkan petang tadi, dia mengatakan HANYA Anwar yang sesuai menjadi calon.

“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang,” ujarnya.

Tuesday, January 28, 2014

TERKINI: Anwar Ibrahim Sah Bertanding di DUN Kajang!!! Bakal MB La Weeeiiii....


ANWAR ialah calon PKR untuk pilihanraya kecil DUN Kajang.Ia diumum sebentar tadi dalam PC di Hq PKR dihadir Anwar dan MB Khalid-Agendanews

Monday, January 27, 2014

PANASSS... Khalid Ibrahim Berundur Rabu Ini, Anwar Ibrahim Bakal Menteri Besar Selangor Jika Menang PRK !!!


Dalam kemelut konflik antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, The Star Online hari ini melaporkan bahawa Khalid Ibrahim telah bersetuju untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Apa yang memeranjatkan ialah laporan berkenaan, yang didakwa bersumberkan dalaman PKR memberitahu bahawa pengganti kepada Khalid Ibrahim ialah Anwar Ibrahim!

Apakah ini bermakna Khalid Ibrahim juga akan meletakkan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang (N46)? Perkara ini difahamkan telah dipersetujui pada pertemuan di antara kedua-duanya pada hari Ahad yang lalu.

Baca seterusnya DISINI

WOW!!! Jepun Cipta Alat Halang Anwar Ibrahim Masuk Ke Negara Tersebut!




Tonton video teknologi alat terbabit seperti diatas...

Friday, January 24, 2014

Kisah Pilu Suami Nurul Izzah Dizahirkan Di Laman Twitternya... Tajam Menikam!!!


Bukan kepalang rindu si suami,
Mengharap kasihnya seorang isteri,
Sayang dan kasih disangka bersemi,
rupanya hujan di tengah hari...

Ikuti luahan rasa suami Nurul Izzah yang menghidu akan kehilangan isterinya.

Wednesday, January 22, 2014

Memahami Isu VISA Jepun Yang Anwar Ibrahim Tak Faham... Such An Idiot!


Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Rujuk Undang-Undang Kerajaan Japan: CHAPTER II ENTRY AND LANDING, SECTION I ENTRY OF AN ALIEN (Entry of an Alien)

Article 3 Any alien who falls under any of the following items shall not enter Japan.

(ii) A person who intends to land in Japan without receiving a seal of verification for landing or undergoing the recording of the prescribed data pursuant to the provision of Article 9, paragraph (4), or without obtaining authorized permission for landing (hereinafter referred to as "permission for landing") from an immigration inspector (except for those set forth in the preceding item).

(xiv) In addition to those persons listed in items (i) to (xiii), a person whom the Minister of Justice has reasonable grounds to believe is likely to commit an act which could be detrimental to the interests or public security of Japan.

(2) Even in cases where an alien seeking to land in Japan does not fall under any of the items of the preceding paragraph, if the country of which he or she is a national or citizen denies landing to a Japanese national therein for any reasons other than those set forth in the items of the same paragraph, the Minister of Justice may deny his/her landing for the same reasons.

**Rujuk Section ii Landing of an Alien

Bagi yang tertanya-tanya kenapa sebelum ini Anwar bebas memasuki Japan pada 2006, 2009 & 2012, anda perlu sedar ketika itu memang permohonan VISA merupakan syarat wajib, jadi semestinya dia masuk ke Jepun menggunakan VISA. Yang menjadi masalah sekarang, apabila dia menyangkakan kelonggaran tidak memohon VISA laku untuk diri dia juga. 

Thursday, November 21, 2013

Anwar Ibrahim Kantoi Lagi!!! Dasar Penipu, Penyokongnya Taraf Pariah!!!


Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa ‘pusing 180 darjah’ dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis Umno.

Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakan kenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk Keadilan Daily dan Malaysiakini. Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dan sebagainya.

Berikut adalah link kepada semua laporan yang dinyatakan tadi.

Straits Times Singapore
http://www.stasiareport.com/the-big-story/asia-report/malaysia-elections/news/story/foreigners-flown-malaysia-vote-bn-anwar-2013

Telegraph, UK
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10036283/Malaysias-opposition-leader-Anwar-Ibrahim-aims-to-seize-final-chance.html


Wall Street Journal
http://online.wsj.com/news/articles/SB10001424127887323687604578468953798092968
China Post
http://www.chinapost.com.tw/asia/malaysia/2013/05/03/377577/Malaysia-coalition.htm
The Economist
http://www.economist.com/node/21577375/comments
Korean Press
http://e.koreanpress.net/detail.php?number=1341&thread=


Sedangkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, pihaknya mempunyai segala rekod termasuk rakaman video tentang kenyataan Anwar berhubung kemasukan pengundi hantu dari luar menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Berhad (Air Asia).

"Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan.

Hakikatnya ini bukanlah kali pertama, dia berbohong kepada rakyat. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana Anwar berbohong kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.

Semalam media arus perdana melaporkan, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu memberitahu, pemimpin Bangladesh berkenaan turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam proses pengundian di negara ini.

Malah sebelum ini tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat.

"Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.

Paling menarik, Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming sebelum ini turut mengatakan bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar dan turut diakui oleh Pas.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebelum ini.

Malah kenyataan itu turut disokong oleh salah seorang pemimpin yang meminta agar namanya tidak disiarkan.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik, “ katanya.


Kesimpulannya, SPR perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim yang jelas merupakan BAPAK SEGALA PENIPU bagi mengelakkan perkara itu dari terus berulang.

SPR sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP berikutan dakwaan mereka tentang wujudnya 40,000 pengundi hantu pada pilihan raya umum Mei lalu. SPR sebelum ini mengatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap perkara tersebut.

Ini kerana menurut mereka masih banyak urusan lain yang perlu difikirkan dan tidak perlu melayan kerenah mereka yang tidak faham peraturan itu. SPR sebelum ini hanya membuat laporan polis pada 16 Mei lalu dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan bagi mendakwa Anwar.

Tuesday, November 19, 2013

Kenapa Strategi Anwar Ibrahim Tiba-Tiba Bangkitkan Isu Pengintipan Amerika? Ada Sebab Tu Derrr...!!!


Ketika semua masyarakat Islam dunia khususnya Malaysia sedang memberikan tumpuan serius terhadap tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango), Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilihat cuba mengalih perhatian masyarakat dengan mengadakan sidang akhbar bagi membangkitkan isu lain.

Bertempat di Parlimen semalam, dia mengatakan kerajaan Barisan Nasional, pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan berhubung kegiatan intipan yang dilakukan. Konon atas dasar prihatin, dia mengatakan kerajaan Malaysia seharusnya bangkit mempertikaikan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Namun, persoalannya ialah, sekiranya benar Anwar prihatin terhadap isu dan masalah negara, mengapakah dia langsung tidak menyentuh berhubung tuntutan yang dikemukakan oleh Comango? Bukankah isu tersebut juga tidak kurang pentingnya, tambahan pula ia menyentuh sensitiviti agama Islam? Atau mungkinkah Anwar juga turut bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan oleh Comango itu?

Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks LGBT, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini selain mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Selain daripada itu, Comango juga secara spesifik mendesak Seksyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan jenayah liwat dan enakmen-enakmen jenayah syariah yang bertujuan menyekat gejala LGBT, murtad serta penyebaran ajaran Syiah dimansuhkan.

Kerajaan sebelum ini memberikan jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuklah Comango. Ia disifatkan sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai oleh Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) dilihat turut memainkan peranan yang proaktif bagi mendesak tindakan terhadap Comango.

Malah media arus perdana semalam melaporkan, MuslimUPRo akan menghantar memorandum kedua bagi mencadangkan penubuhan satu pasukan khas ke Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) bagi menangani isu Islamophobia dan isu hak asasi manusia yang terkeluar dari landasan Islam.

Delegasi MuslimUPRo sebelum ini telah memantau tuntutan yang dibuat oleh Comango termasuk dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober lalu.

MuslimUPRo dianggotai pertubuhan Islam utama negara antaranya Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 

Anak perempuan Anwar, Nurul Izzah sebelum mengatakan tuntutan Comango itu tidak membahayakan negara. 

Kesimpulannya sebagai Ketua Pembangkang, Anwar seharusnya berani untuk tampil bagi menyatakan pendiriannya berhubung tuntutan yang dikemukakan itu. Apa guna berlagak alim, sekiranya takut untuk menyatakan pendirian pakatan pembangkang dalam isu Comango.

Denial Syndrome: Sekali Lagi Semuanya Salah UMNO!!! Cari Idea Lain Lah Woooiiiii...!!!


Beberapa hari ini ramai di kalangan pimpinan pembangkang ‘menjerit-jerit’ di dalam laman sosial Twitter menafikan penglibatan mereka terhadap kewujudan sebuah blog ‘Negara Pakatan Rakyat’ (www.negarapakatanrakyat.blogspot.com). Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di dalam twitternya baru-baru ini mengatakan kononnya blog tersebut bukan milik pakatan pembangkang tetapi ditaja oleh Umno.

Yang menghairankan ialah, mengapa Anwar menyalahkan Umno di dalam isu ini? Sedangkan sekiranya diteliti semua kandungan yang dipaparkan di dalam blog terbabit, secara jelas mengkritik kerajaan. 

Dengan mengambil contoh isu video seks dahulu yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak mengheret ahli perniagaan itu ke mahkamah sebaliknya hanya membuat laporan polis.

Katanya, apabila hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar, beliau pula menyatakan itu adalah satu konspirasi serta memperlekehkan kredibiliti polis.

Itu belum lagi diambil kira tindakan Anwar untuk menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan berhubung dakwaannya mengenai 40,000 pengundi hantu yang kononnya di terbangkan secara khas dari Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu. Apabila siasatan dilakukan, ternyata ia hanyalah merupakan cerita rekaan pembangkang untuk menghasut rakyat menolak keputusan pilihan raya. 

Selain Anwar, Pengarah Komunikasi parti itu, Fahmi Fadzil turut dilihat cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno. Malah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya turut mengambil pendekatan sama dengan mendakwa ia adalah merupakan perbuatan macai @ cybertroopers Umno. Mudahnya mereka menyalahkan orang lain.

Pembangkang, nampaknya mempunyai satu pendekatan yang ‘standard’ untuk menyalahkan Umno dan kerajaan dalam semua perkara. Sebagai contoh pendedahan video seks Anwar suatu ketika dahulu, turut dikatakan salah Umno, DAP bermesyuarat tanpa mengikut perlembagaan parti, sehingga terpaksa menjalankan semula pemilihan CEC, dikatakan sebagai salah Umno. Tidak ketinggalan yang terbaru perpecahan dalaman Pas antara kumpulan Ulama dan Liberal turut menjadikan Umno sebagai kambing hitam.

Sedangkan semua yang dinyatakan tadi adalah merupakan kesilapan mereka sendiri, namun disebabkan ingin memperbodohkan rakyat buat kesekiaan kalinya Umno dikaitkan dalam semua hal. Seolah-olah penubuhan Umno hanya untuk mengenakan pembangkang di negara ini.

Namun apa yang peliknya ialah, sehingga ke hari ini, tiada satu pun laporan polis yang dibuat bagi menafikan penglibatan pakatan pembangkang terhadap blog tersebut. Atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan undang-undang.

Kesimpulannya, ini hanyalah merupakan taktik murahan Anwar bagi mengalihkan perhatian masyarakat. Ini kerana, banyak artikel-artikel yang disiarkan, banyak mengkritik pimpinan rakan sekutu mereka.

Persoalannya ialah benarkah pimpinan pakatan pembangkang tidak terlibat di dalam menaja blog tersebut? Atau ia sebenarnya adalah merupakan gerakan perang saraf mereka untuk memastikan semua pimpinan pakatan selari dengan pendirian dan keputusan yang dibuat Anwar.

Friday, October 11, 2013

Kenapa Anwar Ibrahim Mahukan Shabery Cheek Disingkirkan Segera Dari UMNO?


Dengan tidak semena-mena, tiba-tiba kita lihat Anwar Ibrahim cukup lantang dan mahukan siasatan ini dipercepatkan? Beriya-iya gaya dia berkata-kata.  Dengan tersenyum sinis penulis terfikir, bukankah kita tahu, siapa yang cukup suka melengah-lengahkan perbicaraan kes mahkamah? Apa muslihat di sebalik perkara ini?

Baca seterusnya DISINI

Video: Zahid Hamidi VS Anwar Ibrahim!!!


Post by Sebtv.


Monday, October 7, 2013

Thursday, September 19, 2013

Tawaran Kerajaan Perpaduan Anwar Kepada Najib Berkaitan Dengan Pemilihan UMNO Yang Akan Datang???


Jawatan penting seperti ketua pemuda, ketua cawangan mahupun jawatan-jawatan di peringkat UMNO bahagian termasuklah jawatan Ketua Bahagian menjadi sasaran pengikut-pengikutnya.  

Apatah lagi, kuasa memilih ketika ini cukup terbuka berbanding sistem kuota sebelum ini.  Keadaan ini membuka potensi besar kepada Anwar untuk melebarkan pengaruhnya melalui proksi-proksinya di peringkat tertinggi UMNO.

Baca seterusnya DISINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...