Bersama Berjuang

Showing posts with label Dr. Rani. Show all posts
Showing posts with label Dr. Rani. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Malam Ini Sejarah Akan Tercipta!!! Sebarkan...


Malam ini bakal berlangsung satu lagi program anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di DUN Meru. 

Sepengetahuan GT, inilah kali pertama CN Afghan, penulis buku-buku seperti Mat Sabu: Airmata Memali dan Kafirkah Aku? membuat penampilan di hadapan khalayak terbuka. Maknanya, inilah pertama beliau beliau berceramah di bumi Selangor. 


Pilihannya memang tepat, kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor yang terkenal dengan kenyataan-kenyataannya seperti "Lupakan Kerajaan Perpaduan", "Turun Pertahan Anwar Pada 901 Adalah Jihad", serta "Video Murtad adalah isu kecil berbanding Pengundi Hantu".


Pasti YB Rani Osman sedang kepanasan...

Insyaallah, andai diizinkan Allah, selepas selesai tugasan harian, GT akan bergegas ke lokasi malam ini. 

Ayuh... sama-sama kita dengar sendiri dari mulut CN Afghan, ahli PAS seumur hidup yang terpaksa mula membina semula Memali berseorangan, sedang tabung Memali tiba-tiba "ghaib". 

Hadirlah, agar kalian semua bisa mendengar, melihat, mencongak, serta berfikir. Bersikap adil lah kalian kepada diri sendiri, kerna akhirnya, kita semua... sujud kepada satu kiblat yang sama!



"Wahai orang-orang PAS, kita menentang PAS bukan kerana namanya PAS, kita menentang PAS kerana PAS mempertahankan pemimpin pro pluralisme dan liberalisme serta chauvinist, kita menentang PAS kerana bersekongkol dengan pembohong rakyat - manifesto bukan janji, khuatir jatuh ke lembah kemunafikan" - PAS Reform!!!

Monday, September 17, 2012

Hahahahaha... Khalid Ibrahim Dan Rani Osman Sama Spesis!!! Muahahaha...


Hahhaahahaha.... Sama, tapi tak serupa....

Kehkehkehkeh.... Dasar kepala hotak Fuckatan...

MB dan Perusuhjaya PAS, sama jer...... KLIK SINI 

Wednesday, July 11, 2012

PANASSS... Aktivis GMP DiSerang Dengan Parang Gara-Gara Debat Hasan Ali vs Rani Osman???!!!


GT baru sahaja dimaklumkan bahawa terdapat usaha yang terdesak dari pihak tertentu apabila menurunkan semua kain rentang untuk hebahan debat perdana seperti diatas.

Pagi tadi, dalam satu kejadian, seorang aktivis GMP (Gerakan Masyarakat Prihatin), yang terserempak dengan individu yang sedang menurunkan kain rentang program debat perdana itu telah diajukan dengan parang gara-gara menegur perbuatan yang tidak demokratik itu. 

GT difahamkan, satu laporan polis telah dibuat di IPK Klang Utara atas kejadian tersebut.  

Fuhhhhh.. panasssssss... jom turun, malam ini!!!  Kita tengok, siapa yang kenaaaaaa....


Wednesday, July 4, 2012

PANASSSS... Debat Perdana: Hasan Ali VS Rani Osman!!! SEBARKAN...


GT, dengan merendah diri, ingin menjemput seluruh ahlul PAS dan penyokong-penyokong PAS untuk hadir bagi mendengar sendiri, dari mulut yang empunya badan. 

Ahli UMNO tidak perlu hadir, kerana ini urusan dalaman PAS.  Kita mahu lihat, berapa ramai ahlul PAS yang sudi lapangkan dada, celikkan mata dan bukakan telinga untuk mencari kebenaran.

Atau, ahlul PAS lebih sanggup pejamkan mata, pekakkan telinga, dan bodohkan diri sendiri secara melantun-lantun agar minda mereka terus terkunci rapat di dalam kegelapan jahiliyah. 

Errr... ahli UMNO yang mahu dengar boleh juga hadir kot... Untuk tambahkan pengetahuan, betapa PAS sudah lumat dan berkulat gara-gara penangan DAP laknatullah!

Sebarkan program ini ke seluruh pelusuk alam!!!

Jangan lupa bawa Pengetua Sekolah Menengah Meru sekali.. k... see ya!

Monday, June 11, 2012

PANASSS... Beranikah Pesuruhjaya PAS Selangor Sahut Cabaran Sekretariat Mobalisasi Ummah?


Di dalam ceramah anjuran SMU baru-baru ini, GT tertarik dengan lontaran yang dibuat oleh pihak sekretariat, iaitu mengadakan pidato terbuka di antara mantan Pesuruhjaya PAS Selangor dengan Pesuruhjaya PAS Selangor.  

Usaha ini dibuat atas dasar apa jua yang disensasikan di media-media, akan dijawab sendiri oleh mulut empunya diri.  

Ramai yang sebenarnya masih tertanya-tanya tentang isu yang melingkari kedua-dua individu ini.  Pelbagai tuduhan pula dilemparkan kepada Hasan Ali setelah pemecatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. 

Lucunya, gerakan JATI oleh Hasan Ali pula telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu, yang rupanya tidak senang duduk dengan apa yang cuba disampaikan olehnya.  

Bukankah Pesuruhjaya PAS Selangor, mengatakan "perginya" Hasan Ali dari PAS tidak langsung memberi kesan kepada PAS?  Siapa yang sebenarnya khuatir akan gerakan dari Hasan Ali?  UMNO? MCA? MIC? atau BN? 

Berbalik kepada cadangan pidato terbuka, mengikut maklumat, Dato Dr. Hasan Ali, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor telah bersetuju secara lisan untuk turut serta dalam pidato ini.  Dikhabarkan, Hasan Ali bersedia untuk berpidato atas apa jua tajuk yang dicadangkan nanti. 

Persoalannya, ia berbalik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor samada mahu menerima jemputan dari SMU.  SMU akan mengutuskan sepucuk surat jemputan bagi tujuan ini.  

Pastinya, rakyat Selangor khususnya, menanti pidato ini dengan penuh minat.  

Wednesday, June 6, 2012

Wowww... Pesuruhjaya PAS Selangor Pun Jenis Liat Nak Bayar Hutang? Padanlahh...


Belum pun isu mansuhkan PTPTN tamat, timbul pula cerita Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman didakwa berhutang.  

Takkan nak mansuhkan hutang ini juga, KLIK SINI

Thursday, May 31, 2012

Jemputan Majlis "Berkhatan" Pesuruhjaya PAS Selangor Oleh YB Senator Ezam. JOM!!!


Bila GT menulis perkataan "berkhatan", ia sebenarnya merujuk kepada maksud yang sama, itu bersunat, satu upacara wajib bagi kaum Adam yang beragama Islam. 

Tetapi, bukan itu tujuan maksud artikel ini.  Ia tiada kena mengena dengan ibadah tersebut. 

Orang dulu-dulu sering berkata "nanti aku sunatkan kau lagi baru tahu".  

Itu bermaksud, orang dulu cuba mengajar individu (selalunya si anak), yang tidak faham-faham, waima telah diberitahu berkali-kali.  

Orang Melayu memang begitu, bahasanya halus, kiasnya tersusun dengan makna terbahagi-bahagi, kadang-kadang sukar dimengerti oleh kaum lain.   

Dan untuk sekian kalinya, kini tiba giliran YB Senator Ezam Md Noor untuk "menyunatkan" YB Meru sekali lagi yang tak faham-faham akan ancaman yang sedang rancak untuk cuba menitiknoktahkan Agama, Bangsa dan Negara.  

Anda semua dijemput hadir untuk melihat bagaimana YB Dr. Rani Osman "dikhatankan" lagi.  Jom turun, esok!!!




Monday, May 14, 2012

Pesuruhjaya PAS Selangor Perlu Buktikan Dakwaannya! Ada Bran?


Tuduhan yang berat, apatah lagi menuduh ia hasil kerja UMNO.  Tetapi, demi keuntungan politik, segalanya boleh.  Al halalku, wal haram mu, itulah bait-bait terbaik bagi menggambarkan apa yang sedang dipraktikkan oleh PAS amnya.  

Rupanya, Pesuruhjaya PAS Selangor tidak mahu rakyat di kawasannya celik politik.  Dia risau kerana rakyat sudah bijak menilai hak mengundi mereka.  Pertambahan jumlah pengundi baru ditohmah segala mungkin, dengan menuduh pula wujudnya pengundi warga asing yang disifatkan sebagai "hasil kerja UMNO" di Dewan Undangan Negeri Meru.  

Berat tuduhan ini, seperti DISINI

Friday, May 11, 2012

MESTI BACA: Laporan & Foto Ceramah Hasan Ali Vs Ceramah Parasit di Meru! Siapa Unggul???









Kawasan Perusuhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman, terus digempur oleh pejuang-pejuang Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.  

Yang menariknya, kira-kira 35% hadirin adalah di kalangan anak muda.  Walaupun mereka malu untuk duduk di bawah khemah, sekadar duduk di atas kapcai masing-masing sudah cukup menunjukkan mereka ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.  

Maaf, foto GT kurang memuaskan, kerana masih belum ada sponsor dari NED, IMF ataupun Republik Rakyat China untuk mendapatkan kamera canggih.  

Jangkaan GT tidak ramai, sekitar 1000 orang sahaja.  Bagi GT, itu adalah petanda yang baik, dan signal penolakan rakyat terhadap PAS di Dewan Undangan Negeri Meru.  Jangan kita terlupa, bahawa YB Dr. Rani berkata pemecatan Hasan Ali tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS!  

GT difahamkan, ada 5 kain rentang untuk mempromosikan ceramah ini, hilang dalam terang. Itu bukti, bahawa seseorang berasa tidak selesa dengan perjuangan Islam, Melayu dan Raja-Raja ini yang dibawa oleh Hasan Ali.

So, sekarang, siapa yang terkesan?  

Mungkin pada Pesuruhjaya PAS Selangor, angka 1000 orang hadirin belum menghadirkan gerun pada keangkuhan dan kesombongannya.  

Tetapi, mari kita lihat, renung dan fikirkan, ceramah PAS yang diadakan berhampiran dengan lokasi ceramah Hasan Ali sebelum ini.  





Izinkan GT menjual pantun kepada semua pembaca yang budiman...

Anwar Ibrahim menari-nari,
Dr. Rani, suka membontoti,
Wahai pembaca yang bijak bestari,
Apakah pentanda, berdasarkan bukti?

Haaa.. jawab... jawab....

Friday, April 20, 2012

Video: Pesuruhjaya PAS Selangor "Payung" Warga Asing???



Setelah 4 tahun, apakah YB Meru tidak tahu akan isu kedai haram yang dijalankan oleh warga asing? Sedang peniaga tempatan dikenakan peraturan oleh MPK, video diatas menggambarkan peniaga warga asing dibiarkan  bermaharajalela.

Apa gunanya seorang wakil rakyat seandainya tidak membantu masalah rakyat?

Peniaga warga asing didahulukan, anak tempatan dipinggirkan.  

Siapa penyambung warisan, bumi bertuah ini?

Monday, April 9, 2012

PANASSS... Video Lelaki Mengamuk Dengan Parang Gara-Gara ADUN & Ahli Majlis Tidur!



Suara rintihan rakyat di DUN Meru yang saban hari berhadapan dengan ketidakefisienan MPK.  GT difahamkan elaun ahli Majlis yang mana sekadar RM750 pada waktu pemerintahan terdahulu, kini dinaikkan ke RM2,500 seorang.  Cukup tepat dengan konsep "Mengkronikan Ekonomi Selangor".  

Di mana "effectiveness & efficiency", selaras dengan kenaikan berganda elaun itu?

Itu belum pula dikira dari konsep "Memfaraidkan harta rampasan perang".  

Di mana ADUN Meru? Bukankah tugas "wakil rakyat" untuk menyelesaikan masalah rakyat?  

Wednesday, April 4, 2012

PAS Semakin Jauh Menyimpang... Nauzubillahiminzalik!!!


Akibat sekian lama bersekongkol untuk menjayakan dasar liberal dan konon mahu menyamatarafkan semua warganegara setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya PAS secara terbuka mengisytiharkan dasar perjuangannya kini tidak lagi mempedulikan masalah murtad yang melanda segelintir orang Islam.


Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad. Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan 'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk difikirkan.

Teringat kisah dulu-dulu saat PAS amat sensitif dan pantang dicuit dengan masalah segelintir orang Islam yang tergelintir akidah, lantang sungguh pembawaan PAS tika itu. Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.

Tapi itu kisah dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan. Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti yang dimimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.

Kata orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.

Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar tipudaya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik. 


PAS JAHANAM !!!

Ingat PAS, ingat zina...
Ingat PAS, ingat Peliwat...
Ingat PAS, ingat murtad...

Jom kita penuhkan Sri Pendamar malam ini, demi Agama, Bangsa dan Negara!

Tuesday, April 3, 2012

MESTI TONTON: Video Hasan Ali Dedahkan Siapa Dr. Rani Sebenarnya!





Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menjelaskan,beliau kesal dengan kenyataan Dr. Rani yang tidak mahu melayan isu yang beliau bangkitkan akan tetapi menganggap lebih banyak isu yang lebih penting untuk diketengahkan di Negeri ini seperti soal Pengundi Hantu. 

Beliau mendakwa isu Murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh ditolak ansur dan setiap Pemimpin Islam apatah lagi yang lahir dari PAS seperti Dr. Rani wajib memastikan isu ini dijadikan masalah utama dalam membangunkan sesebuah Negara.

Seperkara yang Datuk Dr. Hasan Ali harus mengerti ialah, Dr. Rani bukanlah lahir dari usrah-usrah PAS seperti mana yang pernah dibawa oleh Almarhum Ust Fadhil Noor sewaktu mengepalai PAS. 

Dr. Rani adalah seorang opportunist, yang menyertai PAS pada menjelang PRU 1999 dengan harapan bertanding atas tiket parti itu.  

Sekadar mengimbas kembali, GT difahamkan borang keahlian "ke syoorga" PAS yang diisi oleh Dr. Rani telah dihantar terus kepada Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu ceramahnya di Meru pada 1999.

Dr. Rani cuba mendapatkan keahlian segera, dengan niat untuku bertanding kerana aura Reformasi 98 yang cukup kuat pada masa itu.

Dr. Rani mmg seorang opportunist, dan GT pasti, Datuk Dr. Hasan Ali mengerti, bagaimana permainan politik Dr. Rani sewaktu bergelar YDP Kapar.  

Apapun, murtad adalah "perkara kecil" bagi PAS. Dan sekiranya inginkan syoorga, si pemurtad barangkali cukup hanya dengan undi PAS untuk memastikan syoorga menjadi milik mereka.  



Tahniah PAS!


Monday, April 2, 2012

EDISI GILA BABI: Pesuruhjaya PAS Selangor Anggap Murtad "Perkara Kecil"



Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.

“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu. - SH

GERAKAN TIMUR:
Kenyataan yang GT ambil dari Sinar Harian ini menyerlahkan lagi sikap dan pendirian Pesuruhjaya PAS Selangor dalam menangani isu murtad di negeri Selangor.  

"Banyak lagi perkara besar" - begitulah antara kenyataan dari Dr. Rani, yang sekaligus membayangkan maksud bahawa ancaman murtad bukanlah perkara besar yang perlu ditangani.  Mungkin Dr. Rani perlu mengimbas kembali mengapa dan kenapa Allah mengutuskan Rasullullah, iaitu membina akhlak mulia, dan menyebarkan syiar Islam, dengan menjadikan tauhid kepada Allah sebagai paksi.  

Peristiwa murtad di Selangor bermakna ianya bertentangan dengan apa yang Rasullullah sampaikan.  Seharusnya Dr. Rani mengambil peluang untuk bekerjasama, atau mendapatkan maklumat terkini dari apa yang Hasan Ali dedahkan melalui videonya.  

Tentang si Suhaim Penderhaka pula, apa yang hendak dihairankan?  Dia bukannya anak Selangor pun, maka apa yang terjadi di negeri ini bukanlah urusan atau berkepentingan dengannya.  

Sultan Selangor adalah ketua agama Islam, dan Suhaimi pula ada kes derhaka kepada Sultan Selangor.  Jadi, apa kisah Suhaimi tentang ancaman kepada Islam?

Tuesday, March 27, 2012

BONGKAR!!!: Bukti Ajaran Islam Tidak Diikuti Oleh Pesuruhjaya PAS Selangor!



Di dalam Islam, kita sering diajar agar "tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri".  

Ia merujuk kepada perbuatan menghulurkan bantuan kepada orang susah tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. 

Ertinya dia tidak mengistihar sedekah dikhalayak ramai, sebagai contoh,  menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya, atau meletakkan nama penyumbang seperti foto di atas.   Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Menjadi riak, dan berkepentingan.

GT pernah melihat amalan yang sama diaplikasikan oleh Teng Chang Kim.  Kini, Dr. Rani juga mengikut jejak Teng Chang Kim.

PAS katanya berasaskan Islam.  Tetapi, mengapa soal di atas tidak pula mengikut ajaran Islam?

Gambar diatas menceritakan segalanya.  Jom kita layan lagu, yang juga pesanan dari Wak Herman:

Monday, March 19, 2012

PANASSS... Video Pesuruhjaya PAS Selangor "Bela" Sampah!!!



PAS terus mencipta persepsi yang bagus untuk imej mereka dengan mewujudkan Zon Bersih.  Namun, apa guna punya Zon Bersih tetapi kebersihan yang sebenarnya tidak menyeluruh.  

Itu namanya politik.  

Method yang sama apabila kerajaan negeri menggunakan kain rentang dan billboard untuk menyampaikan segala jenis "kononnya" kebaikan yang mereka buat untuk rakyat.  

Walhal, ia hanya sekadar retorik, dan bukannya realiti.  Video di atas adalah sebahagian dari bukti bahawa kerajaan negeri sekadar "menanam tebu di tepi bibir".  

Warga Meru semakin tidak berpuas hati dengan masalah sampah di "Zon Bersih".  

Keluhan akar umbi, Gerakan Timur ambil peduli!

Friday, March 16, 2012

PANASSS.. Foto Demo Penduduk Meru Minta ADUN dan MB Jangan TIDUR!!!

Kilang di bahagian belakang itulah yang dikatakan turut menyumbang kepada masalah udara di situ




Debu putih kelihatan di belakang taman permainan anak-anak ini

Tu diaaaaa....

Rumah penduduk yang tertutup rapat, namun kesan debu masih lagi tidak dapat diatasi 
Melampau... Itulah yang boleh GT katakan kerana dari 2008 sehingga sekarang, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa seperti MPK, Jabatan Alam Sekitar mahupun mana-mana pihak yang berwajib.  

Persatuan Penduduk telah cuba mendapatkan bantuan dari wakil rakyat beberapa tahun sudah, ADUN Meru iaitu YB Dr. Rani, namun beliau hanya datang dan lihat, tanpa sebarang penyelesaian terhadap isu ini.  Lebih memeranjatkan, ada suara-suara sinis penduduk yang berkata "Dia jaga Palestin dan Lebanon bang.. bukan Meru".  

Pihak penduduk juga mendakwa perkara ini telah dibawa ke Ahli Parlimen dan Menteri Besar Selangor, namun masih juga tiada tindakan diambil oleh mereka.  

Begitulah nasib kira-kira 500 orang penduduk Taman Daya Maju, Meru yang telah mengalami masalah debu terlampau yang berpunca dari jalan yang tidak berturap, dan kilang yang jaraknya kira-kira tidak sampai 50 meter dari kawasan kediaman mereka.  

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Daya Maju, Muhamad Haswar Ewan berkata, pihaknya sudah menghantar pelbagai aduan kepada pihak bertanggungjawab sejak 2008.

“Namun aduan itu seolah-olah tidak diendahkan dan dipandang sepi kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Kami sudah hantar pelbagai surat kepada Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Alam Sekitar Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor semenjak 2008, tetapi tiada tindakan diambil pihak berkenaan,” katanya.

Haswar berkata, pihaknya pernah dihalang pekerja ketika ingin berjumpa dengan pemilik kilang itu.

“Kami pernah bersemuka dengan pemilik kilang itu dan pemilik kilang itu pernah berjanji akan memindahkan operasi kilangnya.

“Namun janji tinggal janji dan pemilik kilang itu sehingga kini gagal memindahkan operasi kilangnya,” katanya.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan yang tegas mengenai isu ini secepat mungkin bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bantulah anak-anak kita ini, demi mendapat udara yang segar di persekitaran mereka.  Jaga anak-anak kita, jangan sampai jadi hamba, jaga anak-anak kita, kita ini orang MERDEKA!

Keluhan akar umbi, Gerakan Timur ambil peduli.

Thursday, March 8, 2012

PANASSS.. Hasan Ali Terus Disabotaj !!! Pesuruhjaya PAS Selangor Panas Bontot!!!


GT masih ingat tentang ceramah Hasan Ali pertama yang dianjurkan selepas pemecatannya.  Kira-kira 1000 orang memenuhi ruang dewan MPK Meru, namun pulang hampa setelah Hasan Ali tidak mahu bercerita tentang hal ehwal politik gara-gara menghormati tajuk majlis.

Kali ini, Hasan Ali kembali ke Meru, atau lebih spesifik, Kg Bukit Kapar, untuk siri gempuran keduanya seperti yang telah dijanjikan oleh beliau pada ceramah kali pertamanya tempoh hari.  Dan kali ini, ceramahnya akan menyentuh soal politik dan kuasa ketiga.  

Padanlah Pesuruhjaya PAS Selangor, yang juga ADUN Meru sedang memikirkan strategi terbaik bagi mengimbangi kehadiran Hasan Ali.  

GT telah dedahkan usaha sabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang "mengghaibkan" kain rentang pada ceramah pertama Hasan Ali di DUN Meru.  

Kali ini, GT diberitakan PAS telah merancang untuk menganjurkan ceramah dengan menjemput parasit no. 1, Khalid Samad, di lokasi yang berhampiran dengan lokasi ceramah Hasan Ali.  

Ia adalah satu strategi halus bagi menghalang ahli PAS, atau atas pagar hadir ke ceramah Hasan Ali.  Cuma, pendekatannya dilihat lebih profesional.  

Tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap juga akan hadir di satu lagi program di Meru pada tarikh dan masa yang sama!  

2 program Fuckatan menentang 1 program Hasan Ali.  

Bukankah itu signal Dr. Rani sudah "panas bontot"?

Tuesday, January 24, 2012

Video Ustaz Hasan Basri Cabar "Exco" Agama Islam Selangor Pimpin Khutbah & Solat Jumaat!!!


Video ucapan oleh Ustaz Hasan Basri di Bicara Memurnikan Aqidah Ummah di Dewan MPK Meru.  

Kepada penyokong PAS dan sekutunya, jangan dengar ucapan ini kerana bisa membuatkan gegendang anda pecah, dan telinga berdarah..

Jom layan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...