Bersama Berjuang

Showing posts with label armand azha. Show all posts
Showing posts with label armand azha. Show all posts

Friday, April 1, 2011

BUKTI ARMAN BERGADUH DENGAN TOK HIM???


Perletakan jawatan Arman Azha Abu Hanifa sebagai Ketua Wira Perkasa Selasa lalu telah mencetuskan pelbgai spekulasi tentang pertubuhan NGO Melayu itu.Ada yang membawa mulut kononya beliau ada masalah dengan Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Namun siapa yang berpeluang melihat senario di bilik rehat Ahli Parlimen petang Khamis dapat membuat kesimpulan cerita itu semua mengarut.

Arman yang datang ke Parlimen kerana suatu urusan terus menyapa Ibrahim yang kebetulan berada di situ sambil salam dan mencium tangannya.

Kedua mereka duduk bersama sambil bersembang dan bergelak ketawa.

"Biarlah orang nak cakap apa...Perkasa tetap steady,"katanya ringkas.- AD 
 
GERAKAN TIMUR:
Tutup mulut busuk yang mengatakan wujud masalah antara Tok Him dan Armand.  GT ucapkan selamat berjuang kepada Armand, jgn kau masuk PR sudah.  GT shoot kau giler babas kalau kau jadi penjilat Al Jub!

Thursday, March 31, 2011

ARMAND PERKASA! BERJUANG DAN TERUS BERJUANG!

Gempar apabila Armand Azha meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Perkasa Malaysia.  Perkasa bakal kehilangan pemimpin muda yang vokal dalam memperjuangkan tujuan dan matlamat penubuhannya.  

Seperkara yang menarik bagi Armand ialah beliau muncul dengan imej radikal, dan tidak pernah bertolak ansur andai Perlembagaan diperkotak-katikkan.  Dgn imej radikal itulah yang menyebabkan cukup disenangi oleh golongan muda Melayu dan dibenci oleh chauvinist dan pro hindraf!  

Masa berubah, dan keadaan berubah.  Dalam memperjuangkan hak agama, bangsa dan negaranya, dia menyedari sesuatu yang penting dan wajib ada untuk melakukan perubahan, atau mengekalkan kemakmuran rakyat berbilang bangsa di negara ini.  

Ramai yg membuat spekulasi tentang pengundurannya.  Antaranya bertelingkah dengan Tok Him, masalah dalam Perkasa dan sebagainya.  Armand menafikan khabar2 angin ini, dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat NGO tidak dapat memenuhi tujuan dan matlamat tanpa kuasa politik.

Bagi GT, Armand telah menyampaikan satu mesej yang paling penting kepada seluruh anak Melayu, iaitu pentingnya kuasa politik dalam menentukan survival Islam dan Melayu di dunia ini. 

Semoga anak-anak Melayu mengerti maksud tersirat perletakkan jawatannya.  GT mengucapkan selamat maju jaya kepada Armand, dan tetap berdiri teguh menyokong beliau selagi agama, bangsa dan negara menjadi tunjang perjuangannya. 

Berjuang dan terus berjuang, sahabat!

Thursday, March 24, 2011

DATUK SYUIB LAZIM BERTINDAK ATAS DASAR PERIBADI, BUKAN PERKASA!!!


KUALA LUMPUR, 24 Mac — Perkasa mempertahankan tindakan “Datuk T” termasuk bendaharinya yang menayangkan  rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR).

Datuk T terdiri daripada tiga individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Tayangan video seks itu ditayangkan pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

“Ini satu pembongkaran dan kita nak tahu siapa yang terlibat kerana ia (video seks) itu tidak ditunjukkan kepada umum.  Salah tetap salah . . . betul tetap betul . . . siapa yang lebih berdosa pembunuh atau yang dituduh membunuh, siapa yang lebih berdosa?” kata Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah.

Kata beliau, pihaknya tidak menuduh siapa individu dalam video seks tetapi satu siasatan segera perlu dilakukan bagi menyiasat kebenaran video seks itu.

Justeru, menurut Arman Azha, pihaknya tetap berpendirian agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks itu.

“Sebab itu kita nak kerajaan tubuhkan suruhanjaya diraja, kita tak tuduh sesiapa dan kita juga tak tahu siapa yang terlibat.

“Kita juga tidak mempertahankan mana-mana pihak baik di pihak Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN), tapi kita mahu individu yang terlibat dalam video seks itu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata sekiranya individu dalam video seks itu terbukti pemimpin kanan Pakatan Rakyat maka individu tersebut perlu meletakkan jawatan serta-merta.

Semalam Abdul Rahim mengaku Shazry, Shuib dan dirinya adalah individu yang digelar Datuk T yang berada di belakang tayangan video seks itu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.

Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.

“Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.

“Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu,” katanya.

Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.  - TMI
 
GERAKAN TIMUR:
Kalau terbabit pun apa salahnya, kerana Melayu macam Anwar wajib ditentang habis-habisan!!!

Friday, February 11, 2011

GEMPAR!!! ANWAR MAHU PLAN KEMALANGAN SENDIRI DAN LARI KE LUAR NEGARA!!!


Saya Selaku Ketua Wira Mewakili PERKASA Msia, Akan Membuat Laporan Polis Terhadap Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim Di Balai Polis Dang Wangi (Campbell) Pada 11hb Feb 2011 Jam 3.30ptg. Berani Menegak Keadilan Kerana Benar: Arman Azha Hj Abu Hanifah (Ketua Wira Perkasa Msia)
Berani Kerana Menegakkan Kebenaran

 Pendedahan diperolehi daripada Seseorg document bertarikh 9 FEB 2011 jam 1700 bertajuk Bila Dan Bagaimana Anwar Akan Larikan Diri - Bahagian 1 dan 2 [Akhir] ada kebenarannya dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak keselamatan.

 Perbicaraan DSAI akan bersambung pada 14 FEB 2011 tetapi belum ada sebarang tanda-tanda ianya dapat diselesaikan. Ini berdasarkan tindak-tanduk DSAI yang sering menangguhkan perbicaraan dengan mewujudkan pelbagai alasan.

 Dia kini bebas ke luar negara khususnya Amerika Syarikat dan Turki di mana diketahui dia mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin negara tersebut.

 Ada kemungkinan DSAI akan disabitkan dengan kesalahan meliwat dan dipenjarakan. Sehubungan itu, kemungkinan dia mengatur strategi tertentu untuk melepaskan diri tidak boleh diketepikan. Antara strategi tersebut sebagaimana yang didedahkan oleh the Unspinner adalah seperti berikut :-

 Melarikan diri ke kedutaan asing seperti Kedutaan Turki yang mana sebelum ini dia telah bersembunyi di kedutaan tersebut semasa laporan polis pertama dibuat keatasnya oleh Mohd Saiful Bukhari iaitu mangsa liwat,

 Melarikan diri ke luar negara sebagaimana yang dilakukan oleh Thaksin Sinawarta, bekas Perdana Menteri Thailand;

 Mewujudkan suasana huru-hara dengan membangkitkan kemarahan rakyat menerusi demonstrasi jalanan sepertimana yang berlaku di Thailand. Trend yang sama pernah berlaku sebelum ini seperti perhimpunan Baju Kuning [BERSIH] di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat;

 Paling serius adalah rancangannya membangkitkan kemarahan penyokong berbangsa India dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya melalui insiden kemalangan jalan raya sebagaimana yang dibincangkan semasa perjumpaan bersama pemimpin PKR India di Ibu Pejabat PKR pada 2 FEB 2011

 Tujuan Saya membuat laporan polis ini adalah untuk mendesak pihak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan passport antarabangsa DSAI bagi mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara untuk menjadi pemimpin buangan. Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh DSAI kepada rakyat jika ada sesuatu perkara buruk berlaku ke atasnya. Umum mengetahui, sebelum ini DSAI pernah beberapa kali membuat penipuan kepada rakyat dengan mendakwa dia telah diracun dengan arsenic, aids dan sakit tulang belakang [slip disc]. Tujuannya adalah untuk meraih simpati kerana sedar tidak dapat lari daripada pertuduhan liwat yang sedang dihadapi. Sekian.

Berani Menegakkan Keadilan, Jika Benar2 AnuWar Perjuangkan Dasar Keterbukaan. Maka Saya Desak AnuWar Buat Perbicaraannya Secara Terbuka Kerana RAKYAT PERLU TAHU KEADILAN DAN KEBENARAN..

14hb FEB 2011 Valentine AnuWar Buat Saiful Atau Azizah?????

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. 

Sumber:  ArmandPJU


GERAKAN TIMUR:
GT teringat lagu Drama King oleh Meet Uncle Hussien.  Lagu yang memang sesuwei sgt buat Nuar Al Jub ini.  

Peguam Negara!!!  Shadap you... Shadap you..

Peguam Negara wajib keluarkan arahan untuk menahan passport Al Jub.  Itu pun klu peguam negara ada telor.  Bila berhadapan dengan Anwar, Peguam Negara jadi patung... Jangan takut bertindak hanya kerna dia bernama Anwar Ibrahim!!!

Kalau tak tau makna berani... tanya Armand!!!  Steady bro...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...