Bersama Berjuang

Showing posts with label PRK Pelabuhan Klang. Show all posts
Showing posts with label PRK Pelabuhan Klang. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

BADRUL HISHAM BERJAYA MENGEKALKAN STATUSNYA


Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa Badrul Hisham masih lagi ADUN yang sah untuk Pelabuhan Klang.  

Walaubagaimanapun, Teng akan cuba akan cuba memfailkan permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi selewat-lewatnya hujung minggu depan.  

Sudahlah Badrul, adalah lebih baik anda letak jawatan.  Kemenangan "rakyat" yang anda laungkan selepas keputusan mahkamah adalah palsu semata-mata.  Tiada suara vokal untuk mempejuangkan rakyat, kerap dilanda masalah kesihatan, rungutan suara-suara rakyat dari Pelabuhan Kelang tentang performance anda.  

Rakyat perlukan pembelaan.  GT pernah tulis DISINI

Friday, February 11, 2011

ANDAI PRK PELABUHAN KELANG, UMNO AKAN HADAPI CALON HEAVYWEIGHT PKR !


GT terdengar khabar bahawa mmg sah bahawa kuasa untuk mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Selangor adalah milik mutlak Speaker.  Ini bermakna Badrul bakal kehilangan kerusi tersebut.  Bagus untuk rakyat!!!  Apapun, kita kena tunggu keputusan dari Mahkamah 17hb nanti. 

Sementara itu, di kem PKR nampaknya sedang sibuk melobi calon walaupun pada saat ini Badrul adalah pemilik kerusi DUN Pelabuhan Kelang yg sah.  Antaranya ialah Dato' Sheikh Ahmad bin Hj. Sheikh Sadarudin. 

Dato' Sheikh Ahmad merupakan Ketua Cabang PKR dan merupakan orang yg telah lama berjuang bersama UMNO.  Beliau adalah bekas Timb. Ketua UMNO Bahagian Klang.  Dengan pengalaman beliau di dalam politik, beliau dilihat sebagai calon heavyweight - sesuatu yang akan membuatkan UMNO menghadapi kesukaran untuk merampas DUN Pelabuhan Klang.

Namun, tiada apa yang mustahil.  Lawan tetap lawan.  Hancur...  Hancur...  Hancur PKR!!!

PRK DUN PELABUHAN KELANG SELEPAS MERLIMAU???


GT tak minat langsung dengan Badrul Hisham.  Kenapa???  Sebab rungutan dari rakyat, waima penyokong Fuckatan sendiri bahawa Badrul lgsung tak perform.  Walaupun dia dari PKR, wajib bagi seorang wakil rakyat yang dilantik agar turun melihat keadaan pengundi di kawasan Pelabuhan Klang.  Rakyat didahulukan.

Tiba-tiba politik negara digegarkan dengan keputusannya keluar parti.  Menjadi bebas.  Misteri kehilangannya terjawab apabila dia dikatakan mengalami masalah kesihatan.  Itulah sebabnya dia sukar ditemui oleh rakyat yg ingin memohon bantuannya.  


Seperkara yang GT tidak setuju ialah penyertaannya ke dalam UMNO.  Bagi GT, penyertaannya tidak memberi impak yang besar, samada sumbangan kepada UMNO.  Dia sebenarnya adalah liabiliti kepada UMNO. Badrul adalah masalah PKR, yg ternyata meletakkan calon "cincai" yg tiba-tiba menang.  Dan secara tiba-tiba juga UMNO mahu membela "liabiliti" ini. 


Mengikut kefahaman GT, mmg isu pengisytiharan kekosongan DUN yg dibuat oleh speaker dewan adalah sah.  Bukan niat GT untuk menyokong Maharaja Teng, namun kali ini Teng dilihat melaksanakan tugas mengikut prosedur yang betul.

Badrul Hisham tidak perform. Beliau sering mengalami masalah kesihatan sehingga menjejaskan keupayaannya sebagai wakil rakyat.  Jadi, mengapa perlu Selangor menyimpan YB yang "not fit for employment"?  

Di bawah Artikel 69 Undang-undang Tubuh Negeri, Teng berkata, kuasa mengisytiharkan kekosongan kerusi terletak pada Speaker, dan bukannya SPR.  Dan menurut Artikel 70(5) perlembagaan negeri, SPR tiada pilihan lain kecuali memanggil pilihan raya kecil dalam 60 hari.  

Andai telahan GT benar, keputusan Maharaja Teng mengistiharkan DUN Pelabuhan Kelang kosong bakal menyaksikan satu lagi PRK akan terjadi selepas Merlimau!!!

Friday, January 21, 2011

BILA MAHARAJA TENG DAPAT KUASA...


Badrul Hisham mahu menggunakan saluran undang2 dalam mempertahankan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandangnya.  Beliau mahu memfailkan permohonan di Mahkamah.

Ini berikutan dakwaan dia menjadi mangsa kekejaman politik oleh Fuckatan.  

Penasihat undang2 UMNO, Datuk Hafarizam Harun menjelaskan bahawa Speaker DUN tidak mempunyai apa-apa kuasa utk menentukan kekosongan kerusi DUN.  SPR yang bertanggungjawab dan berkuasa dalam penentuan hal ini dan bukannya Maharaja Teng.

Dek disebabkan niat yang jahat, walau dia peguam sekalipun dia tak nampak peraturan yg sebenar.  Akhirnya, kebodohan dan kejahatannya terserlah!!!

Kalaulah diorang perintah Malaysia, apa nasib anak cucu kita???

Wednesday, January 19, 2011

DUN PELABUHAN KLANG: APA NIAT TERSEMBUNYI FUCKATAN???


Kerusi Adun Pelabuhan kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham untuk hadir ke sidang selama 6 bulan.  Itu alasan speaker DUN, Maharaja Teng.  

Badrul Hisham pula dalam kenyataannya, menafikan bahawa beliau gagal tanpa sebab.  Badrul mendakwa sudah memaklumkan keadaan kesihatannya kepada Teng.  Bahkan, sijil MC telah dihantar ke Teng berikutan masalah kesihatan yang di alaminya.  Secara peribadi, bagi GT, andai seseorang wakil rakyat itu mmg uzur dan tidak dapat menjalankan tugasnya, lebih baik berundur.  

Apa sebenarnya motif "dikosongkan" DUN Pelabuhan Klang ini???

Pada pandangan GT, yg pertama, pada 24hb nanti akan diadakan sidang tergempar DUN.  Fuckatan memerlukan 2/3 undi untuk meminda sebarang perkara di dalam undang2 tubuh kerajaan negeri. Dengan dikosongkan satu lagi undi yang memihak kepada BN, maka tugas mereka untuk meminda undang2 tubuh semakin hampir tercapai.  Fuckatan haram memerlukan 37 undi, sedangkan sekarang mereka sudah ada 35.  Andai Fuckatan menang PRK ini, undi mereka menjadi 36.  Dan jangan terkejut anda usaha2 untuk membeli ADUN BN dilancarkan secara besar-besaran selepas itu.  

Kedua, suasana PRK sememangnya menjadi bualan hangat oleh semua pihak.  Fokus pada masa ini tertumpu di Tenang, sehingga ke akhir bulan ini.  Demam PRK akan bersambung di Selangor, yang GT pasti pertarungan maha hebat akan berlangsung. 

Sedang semua dibuai kelekaan, Anwar Ibrahim pasti tersenyum kerana fokus rakyat tidak kepadanya.  Petualang ini pastinya mahukan perkara2 begini sehingga ke PRU akan datang.  Bahasa mudahnya, isu ini digunakan untuk melengah2kan perbicaraan dan mengalihkan fokus kes liwatnya!!!  

Adakah pengumuman kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang ini satu kebetulan, atau perancangan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...