Bersama Berjuang

Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts
Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Analisa Keseluruhan PRK Kuala Besut - Ramalan Ku Benar Belaka...


Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, Barisan Naisonal (BN) pasti tidak akan berdepan dengan laluan sukar, dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Ditambah dengan gerak kerja yang mantap dan menyeluruh, faktor calon yang merupakan orang muda, golongan professional dan datang dari keluarga yang berlatarbelakang agama dilihat antara faktor yang menyumbangkan kepada kemenangan tersebut.

Malah pendekatan BN dengan mengadakan program kemasyarakatan dan bertemu pengundi secara peribadi, lawatan dari rumah ke rumah juga dilihat berjaya mengukuhkan lagi sokongan pengundi terhadap calon BN yang mesra dipanggil 'Abe Ku'.

Berbanding dengan calon Pas selain mempunyai pelbagai isu, gerak kerja kempen yang dilakukan agak hambar dan kurang mendapat sambutan. Malah pendekatan Pas yang mengunakan kaedah lama melalui program ceramah yang diadakan pada setiap malam juga antara faktor kekalahan mereka. Ini kerana majoriti masyarakat Islam-Melayu lebih berminat untuk memberikan tumpuan dengan melakukan aktiviti berbentuk keagamaan.

Ditambah dengan faktor masalah dalaman yang dihadapi oleh parti itu dengan kumpulan ulama dan jentera muslimah, jentera dan para petugas mereka dilihat gagal menarik minat pengundi khususnya kumpulan atas pagar disebabkan gerak kerja yang tidak teratur dan lesu sepanjang tempoh berkempen yang dijalankan.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa. Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi, kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.

Selain nelayan faktor kakitangan awam juga turut menyumbang kepada kemenangan calon BN. Walauapun Kuala Besut bukan merupakan pusat bandar utama untuk daerah Besut, namun hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama yang berada di bawah UN Kuala Besut.

Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah golongan nelayan, pegawai kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan. Pada PRK ini, BN menetapkan slogan ‘Kuala Besut bertambah Biru’ untuk kempen manakala Pas tampil dengan moto ‘16-16’. Ia merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu sekiranya parti itu berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini.

Hakikatnya, ramai dikalangan pengundi akur isu DUN 'tergantung' kerusi 16:16 bukanlah suatu idea yang bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan dapat merangsang ekonomi Kuala Besut.

Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding 'carca marba' DUN di bawah pakatan pembangkang,

Pada PRU yang lalu, BN berjaya mengekalkan penguasaanya di Terengganu apabila berjaya memenangi 17 kerusi berbanding pakatan pembangkang yang hanya mempu menguasai 15 kerusi, iaitu 14 daripada Pas dan satu kerusi yang diwakili oleh PKR.

Ketika pilihanraya umum yang lalu, BN meletakkan calonnya Datuk A Rahman Mokhtar yang berjaya memenangi kerusi Kuala Besut  dengan majoriti 2,434 undi sekaligus menewaskan calon Pas Napisah Ismail. Allahyarham Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah yang terpaksa berpuas hati dengan 6,375 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu, Rabu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.

Lapan pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang kecuali pusat pengundian Pulau Perhentian ditutup lebih awal pada pukul 3 petang dengan 635 pengundi atau 86.6 peratus penduduk pulau itu telah keluar mengundi.

Perangkaan itu menepati jangkaan SPR yang menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai lingkungan 75 hingga 80 peratus. Pengundian berjalan lancar dengan jumlah yang keluar mengundi sejam selepas dibuka sebanyak 15 peratus dan meningkat sekali ganda pada pukul 10 pagi. Ia melebihi 50 peratus pada tengah hari.

Keadaan cuaca cerah antara faktor yang menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang tinggi walaupun ia berlangsung pada hari bekerja. Walaupun berlaku sedikit pengurangan dari bilangan peratusan yang keluar mengundi, namun ia adalah merupakan satu perkara yang memang telah dijangkakan. Ini kerana tempoh masa yang pendek antara pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pengundi luar merasa sedikit keberatan untuk pulang bagi mengundi buat kali yang kedua.

Ditambah dengan faktor sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan tidak lama lagi, ia turut menyumbangkan kepada penurunan ini. Ia kerana ramai dikalangan mereka ingin menyimpan cuti yang ada bagi digunakan untuk pulang ke kampung ketika Hari Raya nanti.

Ramai menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai sangat tenang dan perkara itu turut diakui oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengatakan PRK ini adalah yang paling tenang sejak beliau berkhidmat dengan suruhanjaya itu.

Pihak polis juga mengesahkan tiada laporan mengenai insiden yang tidak diingini kecuali satu laporan mengenai dakwaan 'pengundi hantu' yang menurut polis individu tersebut adalah seorang lelaki yang tidak siuman. Kira-kira 3,000 anggota polis termasuk 200 pegawai terlibat dalam PRK Kuala Besut bagi mengawal perjalanan kempen dan hari mengundi, sejak 12 Julai lalu.

PRK Kuala Besut: Wanita Ini Bakal Lari Bogel Keliling Kuala Besut Setelah BN Menang.. Jom Lari Bersama!!!


PRK N.01 KUALA BESUT

BEZA KEPUTUSAN PRU KE 13 & PRK

JUMLAH KELUAR MENGUNDI :
PRU KE 13      : 15328 (87%)
PRK K.BESUT :  13984 (80%)
* Turn out -7%

JUMLAH UNDI DITOLAK :
PRU KE 13      : 144
PRK K.BESUT :  125

JUMLAH UNDI DIPEROLEHI :
PRU KE 13     : BN 8809  PAS 6375 MAJ 2434
PRK K.BESUT: BN 8288  PAS 5696 MAJ 2592
BEZA              : BN + 521PAS -679 BN +158
* BN berjaya +158 undi


Sumber berita ini GT cilok dari Parpukari. Cuma kalau Parpukari nak lari bersama Damia Izara... errmmm... rasa-rasa berapa jauh si Parpu ni boleh pergi... hehehehe... 

Wednesday, July 24, 2013

PRK Kuala Besut: Senarai Fitnah-Fitnah Ini Sedang Berterbangan... Bersabarlah Wahai Abe Ku!

Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1.    Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2.    Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3.    Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4.    Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5.    Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6.    Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7.    Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8.    Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004  untuk  dijadikan ladang limau

9.    Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10.  Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

Bersabarlah wahai Abe Ku... Allah Bersama Kamu!

Tuesday, July 23, 2013

PRK Kuala Besut: Sememangnya Perangai Orang Kelantan Lebih Sudu Dari Kuah!


Ada satu perkara yang cukup menarik di PRK DUN Kuala Besut yang sedikit suam-suam kuku kehangatannya tika ini di mana sepertinya wujud satu kepercayaan dikalangan segelintir politikus akal sejengkal yang menganggap Kuala Besut dan Daerah Besut adalah sebahagian dari Kelantan.

Bertitik tolak dari kepercayaan itulah gamaknya membawa kepada idea dikalangan beberapa pimpinan PAS Kelantan untuk melobi seterusnya mengangkat Naib Presidennya iaitu Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK DUN Kuala Besut.

Mungkin isu perlantikan Husam sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut boleh dianggap isu enteng tapi umum tahu akibat perlantikannya itu telah meninggalkan kesan besar menyebabkan jentera PAS Terengganu menjadi kaku dan pegun seolah-olah telah ditawan oleh PAS Kelantan.

Dari A sampai Z segala-galanya diuruskan oleh PAS Kelantan semacam PAS Terengganu pula yang jadi tetamunya dan PAS Kelantan adalah tuan rumah yang berdaulat dalam menentukan gerak kerja pilihan raya. Bukankah ini satu bentuk penghinaan kepada PAS Terengganu?

Patutlah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut sampaikan rasa terpinggir sendirian dan akhirnya merajuk jauh membawa diri konon mahu menunaikan umrah tatkala perang sedang melanda dan askar-askarnya kebingungan tanpa Panglima Perang.

Husam juga selaku pengemudi PAS dalam PRK ini seperti sengaja membuatkan pentas PRK DUN Kuala Besut sebagai bahan eksperimen untuk melonjakkan imej sendiri di masa yang sama diarahkan pula jenteranya mengedarkan poster Menteri Besar Kelantan, Mat Yakob buat cenderahati pada pengundi Kuala Besut.

Poster tersebut tidak hanya disebarkan di sekitar Bazar Ramadhan, ia juga diberikan percuma kepada jemaah yang berada di surau dan masjid malah di mana adanya ceramah PAS sempena PRK DUN Kuala Besut ini pun poster yang sama dihulurkan kepada pengunjung.

Apa kaitan poster itu dengan PRK DUN Kuala Besut dan apa signifikannya dengan penduduk di Kuala Besut, pasti masing-masing hanya mampu menggeleng kepala. Apa nilai poster MB Kelantan itu pun langsung tak tercapai dek akal mereka.

Kot iya pun PAS mungkin beralasan poster tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada penyokong PAS Kelantan yang dibawa masuk beramai-ramai bagi memperlihatkan aktivitinya tetap hidup, ia masih tidak kena tempat dan masanya.

Jika diedarkan poster Hadi Awang ada musababnya yang kukuh kerana Hadi adalah Presiden PAS, hatta kalau dihulurkan poster Nik Aziz pun masih boleh diterima dek akal kerana orang tua mulut berus itu masih lagi Mursyidul Am PAS Pusat.

Di kalangan pemimpin PAS tempatan bukan tidak ada yang merungut membantah pengedaran poster MB Kelantan yang tiada hubung kait langsung dengan penduduk Kuala Besut, tapi disebabkan Husam adalah Pengarahnya masing-masing cuba memendam rasa menanti masa untuk diletuskan.

Pada mereka, poster tersebut adalah satu strategik membunuh diri sebenarnya yang menyebabkan pengundi di Kuala Besut kian jauh dari jangkauan PAS. Ia melambangkan percubaan PAS Kelantan untuk menjajah daerah yang sepatutnya dikendalikan oleh PAS Terengganu.

Realiti dulu dan kini, Daerah Besut adalah sebahagian dari Terengganu, meskipun ada sebahagian penduduknya bercakap loghat Kelantan bukan bermakna ia sebahagian dari jajahan Kelantan dan MBnya juga bukanlah Mat Yakob.

Iu hakikat yang Husam dan pemimpin PAS Kelantan gagal memahaminya. 24 Julai 2013 ini, jika PAS kekal kalah atau tewas lebih teruk, tidak susah untuk PAS Terengganu menuding jari pada siapa yang empunya sebabnya.

PRK Kuala Besut: OSTAK MEKDI Turut Sama Boikot PAS..?? Guane Gamok Ganu Kite..


Mengikut jadual sepatutnya malam tadi (22 Julai 2013), selebriti agama yang baru beberapa minggu ini menghabiskan bulan madu bersama isteri ketiganya yang muda trang tang-tang iaitu Azhar Idrus turut turun berkempen bersama Mursyidul AM PAS di Kampung Nail, Kuala Besut.

Azhar Idrus yang dikenali ramai sebagai Ustad Youtube sebelum ini pernah diura-urakan bakal menjadi calon PAS namun akhirnya tercicir dari senarai restu pimpinan parti selepas Naib Presiden PAS, Husam Musa melobi supaya memilih kroninya iaitu Che Long sebagai calon PAS di Kuala Besut.

Ikut perancangan, ceramah yang tidak menjadi kenyataan malam tadi itu dikira sebagai ceramah MEGA yang serba MEGAH, itu yang sepatutnya di mana akan menghimpunkan lebih 50,000 orang meskipun padang sempit itu hakikatnya hanya mampu menampung sejumlah 500 - 800 orang hadirin sahaja.

Tapi malangnya sehingga ke tengah malam membawa sampai ke dinihari padang kecil berdekatan markas PAS Kampung Nail itu tetap sunyi sepi dan gelap gelita, hanya kelihatan beberapa buah gerai yang masih menjalankan urusniaga disamping kelompok-kelompok jentera PAS dari Kelantan.

Entah mengapa ceramah serba MEGA itu dibatalkan tanpa sebarang alasan oleh penganjur sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi bergentayangan di sekitar markas PAS. Nak dikatakan Azhar Idrus enggan untuk bergandingan dengan Nik Aziz rasanya agak mustahil. Jadi apa sebabnya?

Adakah mungkin ada kebimbangan kalau-kalau PAS kedekut membayar upah berceramah atau kalau dibayar pun cuma secuit saja nilainya? Tak kot, lagi pun bukankah ceramah agama selalunya Lillahi ta'ala, upah-upah keduniaan ni main boleh, dok gitu?

Atau pun barangkali selebriti agama itu malu kot, maklumlah akhir-akhir ini walaupun Nik Aziz masih dianggap sebagai Mursyidul Am PAS namun popularitinya sudah semakin suram, jauh sangat bezanya berbanding dulu-dulu.

Hatta ceramah Nik Aziz berampiran TUDM Gong Kedak akhir minggu lepas pun dihadiri kurang seribu orang, mujurlah ada ramai penyokong PAS dari Kelantan yang diimport khas, jika tidak mahunya ceramah itu cuma didengar oleh 200 orang sahaja seperti mana dialami Presiden PAS, Hadi Awang.

Mungkin atas perkiraan itulah agaknya yang memaksa Azhar Idrus tidak jadi datang, buat apa nak datang kalau digandingkan dengan orang lain yang ingin menumpang popularitinya, nanti jatuhlah standard jadi 'boddowlah' jawabnya, dok gitu boh?

Selain itu, ada juga penyokong PAS yang bersosek-sosek mengandaikan kemungkinan Utad Youtube itu sengaja memboikot ceramahnya sendiri gara-gara merajuk namanya disingkirkan  sebagai calon PAS untuk PRK DUN Kuala Besut. Ada juga logiknya.

Spekulasi di atas mungkin tersasar, hanya si empunya diri yang mampu menjelaskan perkara sebenar.

Tapi itulah yang difikirkan dan dispekulasikan oleh sesetengah penyokong PAS di Kuala Besut sampai naik beku dan kaku otak masing-masing mengupas sebab musabab keengganan Azhar Idrus untuk datang membantu PAS.

Namun demikian, ada satu perkara yang bermain difikiran penulis, mungkinkah hakikatnya Azhar langsung tidak tahu menahu jadualnya berceramah di Kuala Besut sebaliknya PAS pula yang beriya-iya memanipulasi nama selebriti agama itu untuk kepentingan politik?

PRK Kuala Besut: Kumpulan Jentera PAS Mula Tinggalkan Husam Musa dan Che Long Terpinga-Pinga..


Hanya sehari lagi berbaki sebelum hari pengundian PRK DUN Kuala Besut, gayanya PAS seperti sudah berputus asa apabila sudah kedengaran beberapa kumpulan jentera pilihan raya PAS khususnya dari daerah lain di Terengganu beransur pulang ke tempat masing-masing.

Turut terbabit beberapa kumpulan kecil dipercayai dari PAS Negeri termasuk Pahang dan Kedah. Setakat ini tiada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab musababnya kecuali satu penafian oleh PAS yang mendakwa jenteranya masih solid.

Menurut beberapa sumber yang rapat dengan PAS Terengganu, kebanyakan yang mengambil langkah pulang awal ini berbuat demikian sejak pagi dan tengahari semalam terutama selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil dalam dua ceramahnya di Kuala Besut pada malamnya (21 Julai) atas jemputan Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Barangkali tindakan ini dilakukan kerana tidak mahu bersekongkol dengan sikap hipokrit Anwar yang sejak lebih dua bulan lalu kuat menghentam SPR yang dituduhnya tidak telus atau mungkin juga kerana merasakan PRK DUN Kuala Besut sudah ‘diKelatekan’ oleh geng Husam.

Kehadiran Anwar pada malam itu walau pun sambutannya sedikit baik dari ceramah Presiden PAS, Hadi Awang namun sebahagian besar dari kira-kira 500 dan 600 pendengarnya di dua tempat berasingan itu merupakan penyokong dan jentera PAS yang diimport dari Kelantan.

Dalam ceramah tersebut Hadi Awang langsung tak kelihatan meskipun sepatutnya digandingkan bersama bagi memperlihatkan Presiden PAS itu masih dianggap sebagai tuan rumah kepada pemimpin PAS dan PKR dari luar Terengganu. Tapi ia tidak terjadi demikian.

Atau mungkinkah kegagalan Husam memberi muka kepada Presiden sendiri untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Anwar menjadi punca sebahagian jentera PAS dari beberapa daerah di Terengganu pulang awal? Sukar dipastikan walau pun ada kedengaran rungutan sebegitu.

Waktu ini kebanyakan markaz dan pos PAS lebih banyak diduduki jentera PAS dari Kelantan, sebab itu tidak sukar untuk melihat banyak kenderaan plet pendaftaran D atau pun sesetengahnya terpapar bendera Kelantan atau logo Royalti berwarna merah di bumper atau badan kenderaan.

Pun begitu, masih ada lagi segelintir sahaja ahli dan penyokong PAS tempatan terutama dari Kawasan Besut serta satu dua kawasan lain yang masih membantu kempen saat akhir barangkali sekadar menunjukkan muka.

Namun demikia, jika keadaan ini berlarutan sampai selesai tempoh berkempen jam 12 malam nanti, maka ia mengulangi peristiwa pemulauan oleh jentera PAS sama seperti yang pernah berlaku di PRK DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau sebelum ini.

Yang pastinya, apa yang sedang berlaku di Kuala Besut tika ini membabitkan jentera PAS ia seperti memberi isyarat jelas yang PAS bakal berdepan dengan kekalahan yang mungkin lebih bteruk berbanding PRU-13 baru-baru ini.

Apa pun, ini bukannya satu keadaan di mana BN dan UMNO sudah boleh berpeluk tubuh sambil menggoyang kaki, selagi mana belum tepat jam 12 tengah malam nanti selagi itulah kempen tersusun dari rumah ke rumah tetap perlu diteruskan supaya esoknya ramai-ramai keluar mengundi BN.

Paling penting, pastikan segala kemudahan pengangkutan untuk pengundi disediakan, jangan sesekali diabaikan walau seorang pun pengundi. Selagi mana dapat dikesan kedudukan mereka yang belum keluar mengundi maka usahakanlah hingga hampir pengundi BN menunaikan tanggungjawabnya.

PRK Kuala Besut: Fitnah Terbesar Dihadapi Abe Ku... Semoga Allah Lindungi Beliau dan BN dari Tentera Dajjal!!!


Islam telah menetapkan fitnah adalah merupakan salah satu perkara yang tergolong dalam dosa-dosa besar. Lebih menyedihkan apabila ia dilakukan dalam bulan penuh dengan kemulian, iaitu ketika seluruh umat Islam sedang melakukan ibadat puasa.

Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Namun itu semua tidak menghalang, pihak pakatan pembangkang dari melakukannya.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pihak pakatan, melalui portal propagandannya telah memfitnah calon Barisan Nasional (BN), bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut (DUN) Kuala Besut. Mereka mengatakan kononnya Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman pernah terlibat dengan kegiatan liwat semasa menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) pada akhir 90-an dulu.

Lebih menarik, mereka sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kononnya untuk mengunakan pendekatan kempen yang berhemah dengan tidak melakukan sebarang serangan berbentuk peribadi bagi menghormati bulan Ramadhan.

Malah menurut salah seorang ahli Jawatankuasa Pas Pusat jentera kempen Pas Besut telah diarah supaya tidak melakukan serangan peribadi terhadap calon BN. Malah mereka juga pernah mengatakan untuk menolak sebarang bentuk tindakan keterlaluan sepanjang tempoh berkempen.

Menarik bukan, mereka mengatakan akan mengunakan pendekatan kempen yang berhemah namun di masa yang sama terus melemparkan tuduhan fitnah dan dakyah bagi menyakinkan pengundi agar memilih calon mereka.

Apa yang boleh dikatakan, tindakan mereka yang menyerang peribadi calon BN dengan melemparkan tuduhan fitnah ini sudah cukup membuktikan bahawa parti itu sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak.

Sedangkan, sekiranya mereka benar-benar ikhlas ingin membantu rakyat seperti yang sering dicanangkan di atas pentas-pentas ceramah yang diadakan, Pas sepatutnya memberikan fokus untuk menerangkan dasar dan hala tuju yang ingin dibawa demi untuk kesejahteraan rakyat di Kuala Besut.

Ia juga semakin menguatkan andaian, Pas sedang berdepan dengan saat-saat yang paling kritikal. Ini kerana sepanjang tempoh berkempen semua program dan aktiviti yang dilakukan telah GAGAL untuk mempengaruhi pengundi. Malah program ceramah yang diadakan juga semakin hari semakin susut dengan jumlah kehadiran penngundi.

Itu belum lagi dikira dengan faktor sabotaj yang membawa kepada krisis dalam ekoran dari masalah calon tidak yang diterima oleh golongan ulama dan kumpulan Muslimah.

Apa yang diharapkan, pengundi di Kuala Besut dapat membuat keputsan yang bijak ketika melakukan proses pembuangan undi esok. Pilihlah calon yang benar-benar ikhlas ingin membela nasib rakyat dan bukannya mereka yang ingin membayar gaji kepada pembantu bagi melakukan tugas dan amanah yang ingin diberikan.

Selamat Mengundi

Monday, July 22, 2013

PRK Kuala Besut: Pengarah PKR Negeri Sahkan Jentera Fuckatan Harami Boikot PAS PIS PUS???


Tidak berpuas hati dengan sikap tamak haloba dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pas di peringkat negeri dan pusat, wakil PKR Terengganu hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menyelar rakan sekutu mereka itu. Ketika bercakap di hadapan media pagi tadi, Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Terengganu, Yahya Zakaria mengatakan sebenarnya tidak wujud sebarang kerjasama di dalam Pakatan Rakyat di Terengganu.

“Sebenarnya walaupun di perintkat pusat wujud satu (kerjasama parti) pakatan, tapi di Terengganu, pakatan tidak wujud malah ia tidak pernah berpakat. Dia bukan pakatan tapi lebih merupakan pakat-tang (merujuk kepada istilah pengkhianatan sesame sendiri). Dia (Pas) kata kita lemah, orang sikit dan sebagainya, sebab tu dia pakat-tang kita. patutnya yang lemah dibantu.

“Ia (kerjasama tersebut) hanya berlaku di kawasan pantai barat, di mana Pas lemah. Namun di kawasan pantai timur, di mana Pas mempunyai kekuatan, mereka tidak memerlukan PKR. Oleh itu kerjasama Pakatan di Terengganu tidak wujud” katanya di program sidang akhbar yang diadakan di Primula Beach Resort.

Menurut Yahya lagi, disebabkan Pas mempunyai kekuatan dan sokongan ahli yang ramai, parti PKR seperti tidak dipedulikan. Malah ketika pilihanraya umum yang lalu, mereka turut menerima, 5 memorandum bantahan yang mengesa agar PKR memulangkan kembali beberapa kerusi yang telah diperuntukkan sebelum ini.

Malah menurutnya lagi, sebagai contoh di dalam pilihanraya umum yang lalu Pas langsung tidak memberikan kerjasama kepada PKR.

“Kawan yang khianat ini lebih teruk dari lawan kita lawan dengan secara berdepan” tegasnya lagi.

Ketika diminta mengulas mengenai kerjasama untuk pilihanraya kecil di Kuala Besut ini, Yahya menegaskan PKR Terengganu langsung tidak dipanggil untuk sama-sama berbincang bagi merangka strategi terbaik bagi menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN).

Malah menurutnya lagi, langsung tidak wujud sebarang penyelarasan bagi membantu jentera kempen dan sebagainya. Tambah mengecewakan mereka apabila, jadual dan penyusunan program berhubung lawatan Anwar ke Terengganu pada malam tadi turut tidak dimaklumkan.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semalam hadir buat pertama kalinya di Kuala Besut bagi membantu jentera kempen Pas. Namun begitu program ceramah yang diadakan pada malam tadi turut tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Kenyataan Yahya itu juga secara tidak langsung, telah menjawab semua persoalan berhubung jentera PKR yang langsung tidak kelihatan sebelum ini. Ketiadaan jentera PKR sebelum ini telah mebimbulkan pelbagai spekulasi khususnya di kalangan petugas media.

Di sebalik persoalan tersebut, rupa-rupanya PKR Terengganu langsung tidak diendahkan oleh Pas yang merasakan sudah cukup kuat dan mampu untuk bernewaskan calon dari BN secara bersendiri. PKR negeri bukan sahaja telah di anaktirikan oleh Pas, malah kehadiran mereka di atas pentas politik Terengganu juga dilihat pengacau yang perlu disingkirkan.

Maka sesuailah dengan jawapan yang diberikan oleh Yahya yang secara sinis mengatakan ‘pandai-pandailah’, berhubung persoalan mengenai sokongan ahli PKR dan pengundi terhadap PKR Kuala Besut ini.

Jawapan terbaik, Undilah Calon Barisan Nasional, Ayuh Gelombang Biru

PANASSSS... Calon PKR DUN Bukit Besi PRU13 Saman Hadi Awang Kerana Memfitnahnya!!!


Ekoran telah terlalu lama menahan sabar dan memendam rasa, calon PKR, bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 ketika pilihanraya umum yang lalu, tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang. Ia ekoran dari kenyataan bekas menteri besar Terengganu itu ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang yang mengatakan “ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis’.

Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.

Menurut Shamsul disebabkan kenyataan itu juga, dia sering diejek dan diaibkan oleh masyarakat di kampungnya. Malah nama baiknya dan keluarga turut terjejas, mengalami masalah kemurungan di samping menjejaskan perniagaannya. Beliau yang tidak dapat menahan sebak, terpaksa berhenti beberapa kali ketika membacakan kenyataannya.

“Disebabkan kenyataan tersebut, ia telah menjatuhkan maruah saya, malah masyarakat (di kampung) mengangap saya adalah pengedar pil kuda. Tuduhan tersebut sangat berat…. (terpaksa berhenti seketika kerana sebak) dan serius.

“Saya perlu membersihkan nama nama baik saya dari angkara fitnah ini. Justeru itu, saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai seorang pemimpin politik” katanya ketika sidang media tergempar, pagi tadi.

Shamsul yang ditemani oleh bapanya  dan Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Negeri Terengganu, Yahya Zakaria turut menjelaskannya tindakan itu langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia semata-mata dilakukan bertujuan untuk membersihkan nama baik keluarganya.

Menurut Shamsul yang juga merupakan seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selain beliau dua lagi bekas calon dari PKR Terengganu akan turut mengambil tindakan yang sama dalam masa yang terdekat.

PRK Kuala Besut: Kamaruddin Jaafar Menelah Akan Lemasnya Punggok & Bulan Dibadai Gelombang Biru!


PAS telah menyerah kalah dan tidak lagi berharap untuk memenangi kerusi dun Kuala Besut. Mereka juga merasakan usaha mereka untuk mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 sebanyak 2,434 undi merupakan satu usaha yang sia-sia.

Mengikut kata mereka, tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa majoriti besar yang dimenangi BN boleh dikurangkan apabila terdapat beberapa faktor yang telah menumpaskan mereka sebelum gelanggang pertarungan dibuka.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, yang juga Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar telah mengatakan hari pengundian yang berlangsung pada hari Rabu (hari bekerja) sebagai faktor pertama yang akan mengurangkan pengundi luar . Ramai diantara mereka tidak dapat pulang untuk mengundi pada hari Rabu.

Yang keduanya, kehadiran pengundi tempatan pun tidak lah sebanyak mana kerana ianya adalah hari sabtu, dan juga kerana di dalam bulan Ramadhan.

“Walau bagaimanapun, kami tetap akan berusaha, kerana kami masih lagi belum tewas.” Kata Datuk Kamaruddin Jaafar kepada pihak kami.

PAS sememangnya tertinggal jauh kebelakang berbanding BN, dan dengan hanya 3 hari lagi sebelum hari mengundi, kehadiran ceramah mereka setiap malam tidak lebih daripada 150 orang sahaja. Kecuali Mursyidul Am Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat di mana ceramahnya dihadiri 1,000 orang, namun kehadiran itu disebabkan oleh rakyat negeri Kelantan yang hadir dan bukannya pengundi Kuala Besut.

Bermula dari tiga hari lepas Nik Aziz tidak dapat hadir kerana beliau tidak sihat dan hanya bercakap selama 15 minit diatas pentas. Ucapan beliau telah dihentikan kerana beliau berasa kurang sihat pada malam tersebut.

Ketua PAS Terengganu yang merupakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya hadir dua hari selepas kembali dari Umrah, meninggalkan jentera PAS Terengganu tanpa Jeneral di dalam peperangan yang kononya boleh mengubah nasib PAS di Terengganu.

Parti tersebut sebenarnya telah jauh ketinggalan di belakang pada hari pertama kempen, manakala BN pula melancarkan perang besar-besaran terhadap kawasan DUN. Menteri dan timbalan menteri hadir bertali arus berjumpa dengan pengundi siang dan malam.

Ceramah pula diadakan secara kelompok dimana, tidak lebih 100 orang dijemput hadir. Penerangan terhadap polisi kerajaan dan apakah bantuan yang boleh diterima oleh rakyat dalam pelbagai sektor diadakan secara berterusan. Manakala majlis-majlis rasmi diadakan setiap hari diwaktu pagi. Ini menunjukkan kuasa dan kesepakatan BN dalam meraih pengundi dikawasan DUN tersebut.

PAS pula, terlalu lambat untuk menjalankan gerak kerja mereka, ini berlaku kerana PAS Terengganu telah diletakkan sebagai pengemudi kedua, dan PAS Kelantan pula diberikan kuasa penuh kerana wakil mereka dari Kelantan telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya kecil Kuala Besut-Datuk Husam Musa. Kebanyakkan jentera juga berasal dari PAS Kelantan dari Pasir Puteh yang hanya 20 minit dari Kuala Besut.

Dengan senario sedemikian rupa, Kamaruddin benar dalam mengagak situasi yang dilanda oleh parti beliau di dalam peperangan ini.

PRK Kuala Besut: Lembu & Kambing Penuhi Ceramah PAS... JAMNAPARI STYLES!!!


Dengan masa untuk berkempen masih berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat semakin gelisah apabila melihat sambut masyarakat khususnya pengundi di Kuala Besut semakin merosot. Walaupun pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh unit-unit penjumlahan undi (UPU) mereka, namun ia hanya dihadiri oleh para petugas dan ahli-ahli parti sahaja.

Malah strategi mengunakan khidmat pimpinan tertinggi untuk berceramah juga hanya dipandang sepi oleh masyarakat setempat. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini kehadiran Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden parti itu, malah Mursyidul Am sendiri, juga tidak mampu menukarkan pendirian pengundi yang dilihat semakin sebati dengan Gerakan Gelombang Biru.

Tambah menarik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria baru-baru ini berhubung permohonan permit ceramah yang dikemukakan oleh Pas. Dari 8 permohonan yang dibuat, pihak penganjur terpaksa membatalkan 6 permit di saat akhir.

“Enam ceramah dibatalkan oleh pihak penganjur di saat-saat akhir walaupun permit yang dipohon diluluskan. Hanya dua permit ceramah yang digunakan, itupun berbentuk tayangan video " katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah baru-baru ini.

Apa sudah jadi? Sekiranya merekalah yang paling kuat menyalak kononnya polis cuba sabotaj gerakan kempen pembangkang dengan tidak mengeluarkan permit. Namun kini, permit yang telah diluluskan tidak mampu untuk digunakan kerana GAGAL menarik sokongan.

Sekiranya pada 5 hari di permulaan kempen, kehadiran penonton yang hadir untuk mendengar cerita ‘penglipur lara’ parti itu masih lagi sekitar angka 200 – 300 orang. Namun di penghujung hari-hari berkempen ini, kehadiran penonton jatuh merosot dengan secara mendadak, sehinggakan pada satu-satu ketika para penceramah dilihat seperti sedang bercakap seorang diri.

Nasib baik program ceramah diadakan pada waktu malam dan dalam suasana yang gelap. Kerana sekiranya ia dilakukan di tempat yang terang, sudah pasti kita dapat melihat jumlah kehadiran lembu dan kambing jauh lebih banyak mengatasi jumlah orang.

Nampaknya analisa dan pandangan yang diberikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad ada kebenarannya. Ini kerana menurut beliau, Pas, akan lebih berjaya, sekiranya  bersendirian dalam PRU-14 sebab telah kelihatan potensi sebagai Politikal Islam yang sederhana cerah di seluruh alam Islam.

Tetapi disebabkan Pas terus dilihat oleh majoriti Melayu/Islam sebagai sebuah parti yang “di prop-up” oleh DAP dan PKR, demi 'electoral strategy' maka Pas, sebagai parti yang lebih tua dan lebih teruji, akhirnya akan rugi 'electorally' seperti telah berlaku padanya dalam PRU-13. 

Kesimpulannya rakyat tidak perlu menunggu sehingga ke PRU-14, PRK Kuala Besut ini seakan telah membuktikan analisa yang dilakukan itu. Disebabkan tunduk dan akur untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP, parti yang kononnya berjuang atas nama Islam itu semakin ditinggalkan oleh orang Islam sendiri.

Buat ahli dan penyokong Pas, bertindaklah untuk membuat perubahan, atau bersedia untuk menjadikan lembu dan kambing sebagai teman akrab di setiap program ceramah yang diadakan.

Saturday, July 20, 2013

PRK Kuala Besut: Anwar Ibrahim Malu Ke Kuala Besut... Atau Tersesat Ke Felda Besout???


Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut yang sudah masuk hari ke-8 hari ini masih tenang dan penduduk setempat pun masih selesa meneruskan kehidupan harian seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang menarik sepanjang kempen berlangsung.

Kecuali, ada satu dua perkara berkaitan PRK yang sedikit mendapat perhatian penduduk Kuala Besut ialah berkenaan rungutan mereka apabila ada beberapa surau dan masjid yang dimanipulasi oleh penyokong PAS untuk berkempen.

Begitu juga mengenai tindakan NGO pro PAS terutama dari Kelantan yang berceramah di Bazar Ramadan menyebabkan ramai yang merungut geram kerana ia dianggap satu gangguan pada penduduk untuk membeli juadah berbuka puasa.

Dalam pada itu, ada sesetengah penyokong PAS yang merupakan pengundi di Kuala Besut melontarkan pertanyaan mengenai misteri di mana Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berada tika ini. Persoalan itu timbul berikutan jadual ceramah PAS di Kuala Besut langsung tidak menyenaraikan nama Anwar, menjadikannya satu misteri nusantara.

Ada yang membuat spekulasi nakal mengandaikan Anwar sebetulnya malu dan takut untuk menunjukkan mukanya di Kuala Besut kerana bimbang diperlekehkan kehadirannya gara-gara kelancangan mulut Ketua Umum PKR itu sebelum ini yang banyak mempertikaikan kewibawaan SPR.

Kata mereka, kot kalau Anwar bersungguh-sungguh menghambur kempen nista di atas pentas untuk membantu calon PAS yang proksi Husam itu tapi kemudian keesokannya jadi bahan kempen oleh BN dan dijadikan pula bahan senda gurau penduduk tempatan, haru dibuatnya.

Rasanya logik juga andaian mereka, lagi pun hanya orang gila meroyan yang tak tahu malu saja sanggup datang berkempen dalam pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR yang dianggapnya sebagai penipu dan tidak telus dalam mengendalikan PRU-13.

Dalam Islam pun ada disebut, malu itu sebahagian dari iman. Sebab tiada iman maka Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan selambanya datang semasa penamaan calon sebagai tanda menyokong PAS meski pun hampir dua minggu sebelumnya anak lelaki sendiri meminta PRK DUN Kuala Besut diboikot.

Tapi Anwar tak macam Kit Siang sebab Anwar seorang muslim, cuma penulis ada sedikit was-was samada jenis manusia muka tembok macam Anwar ni reti kena apa itu perasaan malu? Ikut pada sejarahnya sejak dulu dan kini sama je perangai Anwar, selalunya soal malu belakang kira.

Friday, July 19, 2013

PRK Kuala Besut: Serangan Peribadi - PAS Tidak Pernah Kota Kata


PRK selalunya membawa aura yang berbeza dari segi kemeriahannya. Ia disebabkan fokus seluruh negara akan tertumpu di kawasan tersebut. Samada dari segi sosio-budaya, suasana, waima bentuk muka bumi yang memperlihatkan keindahan dan keunikan masyarakat setempat akan menjadi “bahan” dalam mana-mana terbitan media cetak mahupun elektronik.

Fokus utama pastinya kepada tempoh waktu berkempen. Kisah suka duka jentera, sepak terajang politik menjadi perhatian ramai. Tidak terkecuali, kenyataan-kenyataan politik yang “panas” dari pemain-pemain politik yang terlibat. Malaysia cukup berbeza, di mana masyarakatnya berpolitik 24 jam sehari, 7 hari seminggu menjadikan “suhu politik” di negara ini tidak kurang pada 50 darjah Celsius setiap saat.  ”Suhu yang melampau” ini selalunya membawa kepada perlakuan politik terlampau.

Baca seterusnya DISINI

PRK Kuala Besut: Artis Popular Mana Dapat RM50K Berceramah Atas Pentas PAS???


Pada PRU-13 lepas umum mengetahui ada sekelompok artis yang sudah hilang seri popularitinya terlibar secara aktif membantu kempen parti pembangkang seperti PAS dan PKR. Jumlahnya boleh dikira dengan jari tapi bagi pembangkang kehadiran artis-artis ini dikira satu publisiti murahan untuk kempen mereka.

Antara artis yang terlibat itu termasuklah bekas pelawak yang dikenali sebagai Bob Lokman yang kini menjadi ostad jadi-jadian serta Leman Raja Lawak, pelakon filem seperti Hairie Othman, Pak Jambit, Mustapa Kamal dan Abby Abadi serta penyanyi Faisal Tahir, Aisyah dan Dayangku Intan.

Dua daripada mereka yakni Aisyah dan Dayangku Intan telah diangkat sebagai calon PAS dan PKR tetapi tewas, namun ia tetap satu peningkatan taraf berbanding sebelumnya hanya berceramah, manakala yang lainnya menjadi penceramah jemputan sebagai satu daya tarikan yang tak berapa nak menarik.

Di antara kesemua mereka ini, Abby Abadi boleh dikira paling kontroversi kerana tangan gatalnya yang gemar tweet sana sini dengan komen separa masak dan tak cerdik, sementara Bob Lokman pula diingati ramai disebabkan pernah mengkafirkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura.

Samada Abby mahupun Bob Lokman, kini kedua-duanya sudah tenggelam selepas berakhirnya PRU-13, semacam sudah hilang peranan dalam PAS seolah-olah habis madu sepah dibuang atau lebih tepat lagi selepas diperalatkan oleh PAS masing-masing kini hidup umpama kain buruk yang terbuang.

Malah menjelang hari pengundian 24 Julai 2013 untuk PRK DUN Kuala Besut juga sampai kini nama mereka langsung tak kedengaran, kecuali Aisyah yang ada juga satu dua slot berceramah tapi yang lain-lainnya senyap sunyi macam sudah ghaib dari dunia politik yang baru setahun jagung mereka kenali.

Barangkali PAS tahu nasibnya dalam PRK DUN Kuala Besut amat kelam dan tak mustahil jurang perbezaan undi majoriti yang memihak kepada BN akan lebih besar berbanding sebelumnya, mungkin itu faktor utama kenapa PAS terpaksa melupakan selebriti artis yang bukan kepalang upah khidmat bakti mereka.

Tapi kot iya pun dah tahu kemungkinan besar akan kalah teruk, setidak-tidaknya bagilah peluang semua artis pro pembangkang yang malang itu beberapa slot ceramah, supaya ada juga sekupang dua wang poket buat meringankan bebanan kehidupan.

Tapi inilah hakikat politik terutama sekali melibatkan PAS, waktu masih baru dan fresh bukan main lagi diusung ke sana ke mari sampai tak cukup tidur dibuatnya mengelilingi negara demi menabur bakti untuk parti, alih-alih kain buruk juga jadinya.

Itulah agaknya sebab utama yang mengakibatkan bekas pelakon filem Leftenan Adnan melenting tak keruan baru-baru ini apabila kehidupannya selepas PRU-13 terumbang ambing sehingga terpaksa merayu meminta simpati PAS supaya prihatin dengan nasib yang menimpa dirinya.


Dulu-dulu sewaktu menjadi artis sepenuh masa, baik Hairie mahu pun artis yang lain adalah juga kerjanya mencari rezeki walau tak kerap menerima tawaran berlakon atau undangan menyanyi sekurang-kurangnya tidaklah sampai mati kutu dibuatnya macam sekarang terbiar tanpa pembelaan selepas selesainya PRU-13.

Kasihan, tapi dah nasib badan akibat mudah tertipu dengan propaganda PAS, terima sajalah. Harapnya tak usahlah para artis yang pernah tertipu dengan janji manis PAS sebelum ini terlalu melayan sangat rasa kecewa.

Tak dapat cari makan melalui PAS atau di negeri yang ditadbir PR tak mengapalah. Manalah tahu kot selepas ini dek kerana pernah berkhidmat bersama PAS dulu kemudiannya mendapat pembalasan menerima ‘kunci syurga’ bukankah berbaloi namanya tu, tak gitu?

PRK Kuala Besut: Azhar Idrus Bersetuju Dengan Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin - Jgn Jatuhkan Kerajaan BN!!!


Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan ‘Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka’ di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.

Sebelum kita ulas secara panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili rahimahullah (wafat: 371H).

"Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam - Maktabah Syamilah)

Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.

Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan, didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.

Seterusnya mari kita lihat ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.

Imam Masjid Nabawi, Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.

Seterusnya Naib Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara maju.

Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.

Selain dari itu ramai dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi.

Malah negara kita juga pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut
kagum dengan kestabilan Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.

Presiden Guinea, Alpha Conde ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu, beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara ini.

Semua komen dan pandangan yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemimpin negara ini.

Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka menempah ke Neraka.

Kepada para pengundi di Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah calon dari Barisan Nasional

Thursday, July 18, 2013

PRK Kuala Besut: WOWW..!! Che Long@PAS Punya 54 Saman Trafik Belum Dibayar Sejak 1999!!! GILA BABAS BEB!!!



hebat betul calon PAS nih...  KLIK SINI

PRK Kuala Besut: Calon PAS Adalah Tergolong Dari Golongan ZUHUD??? Muahahahahahahaha...


Di dalam tempoh berkempen ini, sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi. Ada yang mengunakan pendekatan konvesional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan ‘reverse psychology’ bagi mengelaburi pandangan rakyat.

Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan @ Endut mengunakan penampilan seperti ahli Sufi bagi menipu para pengundi. Sejak bermulanya aktiviti kempen, dia dilihat cuba berlagak alim dengan gaya seperti seorang ahli agama sehingga ada dikalangan penduduk di Kuala Besut yang mengatakan dia seorang yang zuhud.

Namun ternyata itu semua adalah merupakan helah politik semata-mata, kerana majoriti penduduk yang mengenalinya secara dekat mengatakan calon Pas ini tak ubah seperti seekjor sesumpah.

Ini kerana penampilan dan gayanya amat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini. Rata penduduk yang mengenalinya mengatakan ‘calon cari makan’ ini adalah merupakan seorang yang kaya raya. Selain mempunyai rumah banglo yang besar dia juga dikatakan mempunyai puluhan kereta mewah.

“Ini semua politik. Sebelum jadi calon dia hidup bermewah-mewah, tapi lepas dipilih jadi calon penampilan dan gayanya terus berubah seperti seorang ahli Sufi yang zuhud.

“Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf, tidak ada seorang pun ahli Sufi yang diceritakan hidup atas kemewahan harta. Betul, Islam tidak menghalang umatnya untuk mencari kekayaan, malah ada dikalangan sahabat Nabi Muahammad saw yang kaya.

“Tetapi bukan di kalangan ahli Sufi yang zuhud, kerana jalan hidup seorang ahli Sufi adalah meninggalkan semua bentuk yang bersifat keduniaan dan hanya menumpukan kepada ibadat menuju akhirat” tegas salah seorang penduduk yang ditemui di pecan Kuala Besut petang tadi.

Mengikut rekod, perkataan sufi berasal dari Suffah (para sahabat Nabi Muhammad saw yang miskin dan hidup di sekitar masjid Nabawi di Madinah). Ia adalah kata asal dari perkataan Suf/kulit (kambing) sebab ramai dikalangan mereka hanya memakai pakaian yang diperbuat dari kulit kambing.

Malah di dalam riwayat juga pun ada yang mengatakan ramai sahabat Nabi Muhammad saw yang menyertai perang Badar, memakai pakaian dari bulu kambing.

Menurut Zainab Besah, 53 sebagai pengundi dia mengharapkan calon yang menawarkan diri, untuk memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai bentuk hala tuju dan isu yang ingin diperjuangkan dan bukannya berlakon dengan gaya seperti ustaz.

“Saya bukan berniat untuk menghina, kalau betul pun nak kempen gunakanlah cara yang lain. Bukannya berlagak alim dengan perwatakan seperti ustaz dan ahli agama.

“Rakyat Kuala Besut kenal sangat dengan Che Long ni. Dia orang kaya, sibuk uruskan perniagaan. Tapi bila jadi calon, terus berubah watak. Patutnya dia jumpa pengundi dan bagi tahu khidmat dan isu yang nak dibawa. Bukan menipu pengundi dengan gaya dan penampilan” tegasnya lagi.

Wednesday, July 17, 2013

PRK Kuala Besut: Video Gugurnya Airmata Calon BN, Abe Ku Di Kuala Besut... Apa Yang Sudah Terjadi???




Airmata sumpah janji demi sebuah perjuangan... semoga Allah bersama Abe Ku dan Barisan Nasional!

Tuesday, July 16, 2013

PRK Kuala Besut: WALAWEEIIII... Video Calon PAS Mohon Rakyat Besut Jangan Undi Dirinya!!!



Kenyataan yang sangat tulus dan ikhlas dari calon PAS, iaitu Endut @ Azlan a.k.a kontraktor berjaya hasil dari kestabilan kerajaan BN di Terengganu. 

Beliau hanya mahu tumpukan pada perniagaannya, dan akan mengupah pengganti dirinya yang bakal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Wowww... tentunya ini yang dimahukan oleh warga Kuala Besut. 

Undi beri kepada Azlan, tetapi Husam Musa yang menjadi wakil rakyat.. kehkehkeh...



Dalam erti kata lain, Azlan sebenarnya menggunakan "bahasa halus" yang membawa maksud mohon rakyat Besut pilih wakil rakyat BN, dan bukan dirinya yang sibuk berbisnes sana sini. 

PRK Kuala Besut: PAS Paksa Calon Mereka Berbaiah Depan Umum... Kenapa Dan Mengapa? Jeng.. Jeng.. Jeng..


Walaupun melafaz baiah sudah menjadi amalan PAS sekian lama, tetapi tindakan PAS menyuruh calonnya bagi PRK Kuala Besut iaitu, Azlan @ Endut Yusoh melafazkan baiah di khalayak ramai, dilihat sebagai masalah ‘kurang keyakinan diri’ yang kronik bagi parti itu.  Selama ini, PAS hanya menuntut calon melakukannya secara tertutup di dalam bilik dengan dihadiri pemimpin-pemimpin tertentu sahaja.  Inilah kali pertama parti itu menuntut lafaz baiah secara terbuka di hadapan orang ramai. 

Akur dengan arahan parti, Azlan telah pun melafazkan baiah bahawa beliau akan dilaknat Allah SWT jika melompat parti sekiranya PAS menang di Kuala Besut. 

Persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah kenapakah PAS mengambil pendekatan berbeza terhadap Azlan?  Kenapa beliau tidak dituntut berbaiah secara tertutup sahaja?  Apa signifikannya baiah tersebut diperdengarkan kepada umum? 

Satu-satunya penjelasan ialah PAS meragui kesetiaan Azlan.  Harapan PAS, Azlan tidak akan berani melanggar baiah sekiranya terlalu ramai saksi yang telah mendengar beliau melafazkannya.   

Azlan merupakan kontraktor bangunan dan kejuruteraan awam – Kelas A.   Ini sekali gus meletakkan beliau sebagai salah seorang yang mendapat manfaat langsung dari kemajuan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional di negara ini.  Malah, kita tidak hairan jika kebanyakan projek-projek yang membolehkan beliau menjadi ‘orang kaya’ di Kuala Besut, merupakan projek-projek kerajaan BN sama ada secara langsung atau tidak langsung.  

Dalam kata lain, Azlan kemungkinan besar telah terlalu banyak memakan budi UMNO.  Justeru, PAS amat khuatir jika beliau bertindak ‘membalas budi’ UMNO dengan cara lompat parti.   

Jika benar Azlan telah memakan budi UMNO sehingga dinobatkan sebagai orang kaya, maka tindakannya untuk bertanding atas tiket PAS di Kuala Besut boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan. 

Ini kerana PAS sering mencemuh dan menuduh BN sebagai ‘tidak berbuat apa-apa’ untuk membantu Melayu walaupun telah lebih sedekad berkuasa.   PAS juga sering menuduh UMNO memberi projek kepada kroni sahaja dan membiarkan rakyat jelata hidup susah, tertindas dan sengsara. 

Namun, kewujudan Azlan, seorang kontraktor PAS yang kaya dengan sendirinya menafikan segala tuduhan tersebut.  Tidak mungkin Azlan kaya tanpa UMNO memainkan peranan untuk menyediakan peluang perniagaan kepadanya, termasuk syarikat-syarikat pembekalan atau sokongan bagi membolehkan perniagaannya maju.   Persekitaran dan peluang perniagaan sebegini hanya boleh diwujudkan oleh kerajaan yang cekap dan prihatin. 

Atas hakikat inilah maka kita tidak hairan jika PAS begitu meragui kesetiaan Azlan. Pada bila-bila masa saja Azlan boleh ‘terkenang’ kembali akan budi UMNO kepadanya.  Atau Azlan mungkin juga perlu mengharap budi UMNO lagi di masa depan bagi membolehkan perniagaannya terus berkembang maju.  Di waktu itu, perkara utama bagi Azlan pastinya mengenai ‘survival’ diri dan bukan lagi ‘survival’ PAS. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...