Bersama Berjuang

Showing posts with label skandal seks. Show all posts
Showing posts with label skandal seks. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Memahami Taktik Psywar Fuckatan Harami Dalam Kontroversi Pelampau Chauvinist Vivian Lee dan Alvin



Anda baca kembali perenggan-perenggan tersebut, dan lihat helah muslihat dalam modus operandi mereka. Inilah ungkapan yang disebut dalam istilah perang saraf berbunyi “If you can’t convince them, confuse them”.

Begitulah cara mereka berpolitik, matlamat menghalalkan cara. Dosa belakang kira. Dan “perjalanan filem ini” dijayakan dengan penuh teliti, bukannya satu kebetulan.

Pada hemat anda, siapa pula si “Tuan Direktor” nya?

Baca seterusnya DISINI

WOWWW... Apa Hubungan Vivian Lee Dengan Wan Azizah??? Adakah Nurul Izzah Sepupu Vivian Lee???


Vivian Lee yang mengajak umat Islam berbuka dengan Bak Kut Teh serta bangga mempertontonkan aksi lucahnya di internet, pernah bergambar bogel dengan memegang bendera BN dalam usaha provokasi PRU-13.

Tidak lama selepas itu, gambar beliau bersama Nurul Izzah pula tersebar.  Jelas dari gambar tersebut, mereka begitu mesra sekali.   Tidak mustahil mereka sudah kenal lama dan saling berhubung kerana Nurul Izzah merupakan pejuang kebebasan mutlak atas nama hak asasi manusia.   Oleh itu, tindakan Vivian bolehlah dibela atas nama hak asasinya.

Apa yang menarik ialah, apabila isu Bak Kut Teh meletup, tiba-tiba saja ada usaha di laman-laman sosial untuk menunjukkan yang Vivian dan Alvin, pasangannya, sebagai penyokong Barisan Nasional. Ini berdasarkan snapshot laman sosial mereka yang konon menyatakan sokongan kepada konsep 1Malaysia.

Namun, snapshot tersebut tidak mampu menandingi impak dari gambar Vivian bersama Nurul Izzah.  Malah, provokasi yang dilakukannya dengan memegang bendera BN sambil berbogel membuktikan bahawa Vivian adalah penyokong pembangkang, bukan BN.

Usaha pembangkang untuk memperlihatkan Vivian sebagai penyokong BN membuktikan yang mereka sememangnya pencetus kepada budaya biadap ini dan mereka menjadi bimbang yang ianya sudah berada di luar kawalan.

Vivian bukan orang pertama yang menghina atau mencabar orang-orang Melayu Islam.  Malah, sebelum beliau sudah berpuluh-puluh lagi yang melakukannya tanpa dikenakan tindakan.  Paling hebat, Namewee yang menjadi pelopor kegiatan ini bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tetapi dinobatkan pula sebagai ikon serta diberi peluang berkarya yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh karyawan lain yang setia dan taat pada Raja dan Negara.

Hari ini, Namewee mungkin mengaku menyokong konsep 1Malaysia juga, tetapi percayakah kita kepadanya?

Apabila kerajaan tidak mampu mengambil tindakan terhadap mereka, kita mengharapkan PAS sebagai pembangkang akan bangun mendesak kerajaan agar berbuat sesuatu.  Bukankah itu tugasnya pembangkang iaitu menegur dan mengkritik kelemahan kerajaan?  Namun, pelik sekali kerana ini tidak berlaku, malah PAS bagai tidak tersentuh sangat dengan perbuatan mereka-mereka yang menghina Islam.


Nampaknya PAS lebih gusar jika hati DAP yang tersentuh, pastinya kerana semua yang menghina Islam itu adalah penyokong-penyokong DAP.

Sebenarnya, apa yang dilakukan Vivian dan Namewee adalah sama saja tahap kebiadapannya.  Namewee mempermainkan azan dalam ‘karyanya’ dan Vivian pula mengajak kita berbuka puasa dengan babi.   Tetapi, Namewee mendapat pembelaan MCA manakala Vivian pula turut ditempelak oleh MCA dan juga DAP. Malah, DAP turut membuat kenyataan mendesak agar beliau dan pasangannya dikenakan tindakan.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa pemimpin kaum Cina juga semakin gusar dengan tindakbalas orang Melayu terhadap kebiadapan penyokong mereka dari produk SJKC.   Namun, itulah realitinya bahawa anak-anak produk SJKC memang biadap!   Dan mereka yang biadap inilah yang menyokong pembangkang.

Jika kalah PRU juga penyokong pembangkang begitu biadap, bayangkanlah sekiranya mereka menang dan menjadi pemerintah.  Agak-agak apakah jenis penghinaan yang akan mereka lakukan terhadap Islam dan Melayu?

Dan jika belum berkuasa juga kita tidak punya kuasa untuk menghukum mereka, bayangkan sekiranya mereka berkuasa.  Agak-agak apalah agaknya yang produk SJKC ini akan lakukan kepada kita?  Tentulah lebih dahsyat lagi mereka bermaharajalela. 

Antara Vivian Lee, Wan Azizah dan Nurul Izzah tiada apa-apa hubungan persaudaraan. Mungkin apa yang bisa menghubungkan mereka ialah persamaan dari segi soal moral yang bejad secara total!

Tuesday, April 2, 2013

Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa: AMK Rela Digelar Angkatan Muda KELDAIAN!



Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.

Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu.

Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll, mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar.

Kini masing-masing terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak pemimpin yang dipuja-puji selama ini. Mereka tahu wajah yang mirip Anwar itu memang sah milik Anwar.

Senario ini agak membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR, lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk pimpinan PKR.

Tambahan pula rata-rata di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan rakyat sejak akhir-akhir ini, dari hari ke hari kedatangan penyokong PKR dan juga juga semakin berkurangan. Itu petanda jelas semakin ramai yang menjauhi PKR dan PR.

Jika ia berlanjutan demikian, bermakna lambat laun ahli parti sendiri akan mula bangkit mempersoalkan akhlak dan morak Anwar seterusnya ia akan meletakkan PKR dalam keadaan bahaya menjelang PRU 13. 

Apatah lagi tika ini kepercayaan PAS terhadap Anwar juga kelihatan kurang meyakinkan apabila sebahagian pemimpin dan penyokongnya sudah berani menolak Anwar sebagai Perdana Menteri disebabkan faktor akhlak dan moral yang melingkari sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Selain itu, penggerak-penggerak PAS yang menguasai masjid dan surau juga seboleh mungkin cuba mengelakkan penyertaan Anwar dan pemimpin PKR yang lain dalam sebarang majlis munajat dan solat hajat kerana masing-masing bimbang ia akan memberi impak buruk terhadap imej PAS.

Bila ahli parti sendiri semakin meragui akhlak dan moral pemimpinnya ditambah lagi dengan kesangsian rakan sepakatan, kelihatan agak sukar untuk Anwar dan PKR meraih semula kepercayaan sebahagian ahli dan penyokong mereka.

Mungkin tertekan dengan keadaan inilah mendorong jentera propaganda PR mula sibuk merekayasa cerita untuk mengaitkan penyebaran video itu dengan UMNO dengan harapan dapat meraih simpati umum. 

Tak cukup dengan propaganda sebegitu, PKR cuba pula membuat video palsu bagi mencipta persepsi umum kononnya semua video dan gambar-gambar Anwar sebelumnya adalah rekaan semata-mata. Mungkin kaedah ini mampu menipu penyokong totok PR, tapi orang ramai tidak semudah itu untuk menerimanya bulat-bulat.

Friday, March 29, 2013

WIKILEAKS Sex Scandals: Fuckatan Harami Suka Dengan Benda-Benda Haram... Sedap Kot?



Skandal peribadi sememangnya sukar dipisahkan dengan pemimpin politik di negara ini dan yang pastinya ia bagaikan cukup sinonim dengan Pakatan Rakyat (PR), seakan akrab bagaikan aur dan tebing. 

Mengikut sebuah artikel di Wikipedia bertajuk "Malaysian Politician Sex Scandals" terdapat sekurang-kurangnya 6 orang pemimpin PR pernah popular dengan skandal peribadi yang menjadi perhatian umum.

Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Elizabeth Wong, Nurul Izzah dan Badrul Amin yang mana kelima-lima mereka merupakan pemimpin kanan PKR. Manakala seorang lagi merupakan pemimpin PAS iaitu Mat Sabu.

Ada yang cukup dekat dengan aktiviti liwat dan berseksual, ada yang selesa beraksi dalam tandas, ada juga yang pernah bermesra dengan pegawai parti malah ada yang galak dan nakal dengan pensyarah. Pun ada juga seorang dua yang ditangkap khalwat dengan isteri rakan baik sendiri.

Pendek kata macam-macam ada, serba warna-warni kehidupan mereka. Patutlah ramai golongan LGBT dan pendukung liberalisme serta pluralisme agama lebih selesa bersama PR.

Walau pun begitu artikel di Wikipedia bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang wajib diperakui, namun kompilasi pendedahan yang tercatat itu menarik untuk dianalisis kerana ada antaranya kes yang disebut turut disertakan rujukan sahih yang lain.

Lagi pun dalam artikel tersebut, semua skandal peribadi yang diperkatakan oleh Wikipedia sudah menjadi pengetahuan umum malah ada antaranya pernah dibicarakan di Mahkamah. Itu pun ada yang sepanjang proses perbicaraan dilakukan asyik meminta penangguhan kes dengan pelbagai alasan.

Satu perkara yang cukup menarik dalam semua skandal melibatkan pemimpin PR itu, pasangan masing-masing merupakan orang yang mereka kenali rapat sekian lama. Ada yang merupakan bekas pemandu peribadi, adik angkat, isteri rakan seperjuangan dan individu yang rapat dengan parti.

Uniknya bila diimbas kembali skandal yang mereka alami, masing-masing tidak mengaku salah dan lebih gemar mengambil pendekatan menyalahkan pihak lain. Di masa yang sama, pemimpin politik yang beragama Islam juga enggan melakukan sumpah laknat (mubahalah) bersaksikan pengadilan Allah S.W.T.

Sama ada sukar bagi mereka menyebut kalimah "Wallahi, Wabilahi, Wataallahi" atau pun memang masing-masing tiada keyakinan terhadap keadilan Allah S.W.T yang menjanjikan sesiapa yang bersumpah palsu akan menerima laknatnya, sukar ditentukan.

Terpulang pada diri pembaca untuk mentafsirkannya, tapi pepatah Melayu ada menyebut, "berani kerana benar, takut kerana salah" maka jika kita berada di pihak yang benar apa perlu untuk takut bersumpah laknat. 

Lagi pun sejarah Islam pernah menceritakan kisah seorang ulama, Ibn Hajar Al Salam as Qalani yang melakukan sumpah laknat yang berakhir dengan kematian mengaibkan seorang sufi palsu dari golongan Mulhid.

Malah seorang ulama India iaitu al-Syeikh Abi al-Wafa Thana al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang juga berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Melihat pada kompilasi skandal pemimpin PR seperti yang didedahkan oleh artikel di Wikipedia itu, tentunya ada sesetengah kita tak menyangka sebegitu ramai pemimpin utama pembangkang yang terjebak dengan skandal peribadi. 

Barangkali ia terjadi sedemikian dek kerana gabungan parti-parti pembangkang itu sendiri bergerak secara haram maka sebab itu perkara haram seperti skandal sebegini sering dekat dengan mereka. Tapi bagi segelintir orang, benda yang haram itulah yang sedap, betulkah?

Thursday, March 28, 2013

Video Seks Nurul Izzah: Puddin Gerutu Punya Hal, UMNO Pula Yang Salah???



Tidak semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang.  UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.  

Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.  Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.  

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya.  Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.  

Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan?  Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?  

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.  

Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO.  Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.  

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.  Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota.  Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.  

Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR.  Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.  

Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez.  Kita tahu Azmin menentang Khalid.  Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin.  Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya.  Kita tahu Anwar sayang semuanya.   Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.  

Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN.  Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja.  Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.  

Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri.  Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.   

Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka?  Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?  

Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.  

Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik?  

Wednesday, March 27, 2013

Laman Web Pro PR Sahkan Anwar Angkat Sumpah Nafi Liwat!!!



Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.  

Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur.  Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara.  Ia dijangka menjadi ‘bom’ untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti. 

Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.  

Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara paksa’ telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.  Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?  

Ini kerana isu di sini bukan ‘rela atau paksa’ tetapi ‘liwat atau tidak’.  Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat. 

Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP.   Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.  

Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme.  Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.  

Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme.  Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya.  

Keputusan Anwar untuk bersumpah akan ‘kesucian’ dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan.  Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan lagi.  Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata “sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”  

Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’.  Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.  

Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah.   Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah.  Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.  

Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.  

Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.  

Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.  

Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata.  Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.  

Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.  Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut.  

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong.  Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.  

Friday, March 22, 2013

TERKINI!!! Papa Gomo Dibelasah Teruk Di Segambut!!!




GT tetap bersama Papa Gomo. 

Gomo bukan politician, apatah lagi nak jadi Perdana Menteri. 

Kenapa perlu sampai diperlakukan sedemikian rupa? Mengapa perlu takut kepada kebenaran... Andai benar tidak wujud video seperti dakwaan Gomo, sebetulnya pihak nun di sebelah sana tidak perlu takut. 

Difahamkan Gomo kini berada di HKL... 

Bangga bila seorang sahabat GT dipukul gara-gara menentang Anwar Ibrahim. Demi rakyat!  Takut kerana salah bro... 

Berita terbaru...


"Akibat itu, hari ini individu tersebut yang dipercayai pengendali blog PapaGomo seperti yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di datangi dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi. Salah seorang daripada lelaki yang menaiki motosikal tersebut memukul individu yang dipercayai PapaGomo secara melulu."

"Berkemungkinan besar, kejadian tersebut  ada kaitan dengan pendedahan video Anwar Ibrahim oleh pengendali blog PapaGomo semalam. Video tersebut yang mendedahkan perilaku homoseksual Anwar Ibrahim bersama seorang Mahasiswa dari Sabah. "

"Kejadian insiden individu disyaki pengendali blog PapaGomo di pukul di sekitar Segambut ini telah mengakibatkan berlaku pendarahan di kepala dan beliau sekarang mendapat rawatan di HKL."

Wednesday, March 20, 2013

Apa Khabar Bang Non Pagi Ni? Pening Lagi..?? TikTokTikTokTikTok... Hehehehe...



Apa khabar agaknya Bang Non pagi nih... Masih pening kepala lagi ke? 

TikTokTikTokTikTok... hehehehe.... 

Wednesday, July 18, 2012

Adusssss... Dia Sudah Lari Pulak Dah!!! Camner Nih???



April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.

Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.

Jikalau tidak, tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Sebetulnya ramai pihak tertanya-tanya kenapa sehingga kini Azmin tidak membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mengetahui kebenaran foto tersebut.

Bukannya sesuatu yang sukar untuk melakukannya, cukup sekadar meluangkan sedikit waktu untuk ke Balai Polis berdekatan dan mengadu pada polis yang dirinya telah sengaja dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.

Lagipun jika sudah begitu yakin langsung tak terlibat dengan aktiviti 'jual beli aiskrim' di dalam tandas, apa nak ditakutkan sangat dengan risiko dituduh membuat laporan polis palsu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa maklumat dari sumber-sumber tertentu menyebut wanita 'peminat aiskrim' yang dikaitkan dengan Azmin Ali kini sudah lari dari Malaysia, betulkah?

Wanita tersebut dikatakan sengaja dihantar ke luar negara oleh seseorang demi mengelakkan kebarangkalian disiasat oleh pihak berkuasa disamping untuk melindungi lelaki yang dikaitkan dengan dirinya.

Setakat ini tiada kesahihan yang pasti berhubung maklumat tersebut, harapnya ia hanya sekadar khabar angin semata-mata. Maklumlah, entah-entah wanita itu cuma keluar melancong seketika bercuti merehatkan minda, mungkin juga.

Apapun, diharapkan Azmin Ali dapat mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk segera membuat laporan polis supaya kebenaran dapat diketemui dan lelaki 'penjual aiskrim' itu dapat segera dikenalpasti.

Monday, June 25, 2012

Video Seks Anwar Yang Mana Terlepas Dari Simpanan Perisikan Singapura?



Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.  

Kenyataan itu berdasarkan ‘perisikan teknikal’ iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi.  Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa “ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya”. 

Walaupun selera seks atau mungkin juga ‘ketagihan’ seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini. 

Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega.  Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet.  Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah ‘basi’ atau tidak benar sama sekali.  

Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.  

Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan.  Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia. 

Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara.  Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.  

Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya.  Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih. 

Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.  

Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali.  Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.  

Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan.  Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya. 

Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai ‘keupayaan’ manusia Anugerah Tuhan ini.  Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar.  Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.  

Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya

Wednesday, May 30, 2012

"Aku Selalu Memikirkannya, Siapa Dia Sebelum Daku" - Betty Chew ?



Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang.

Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng. 

Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi.

Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah? 

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu.

Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.

Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.

Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng.

Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai.

Tuesday, May 15, 2012

PANASSS... Lagi Video XXX Pemimpin PKR Didedahkan! Dasar Parti Seks Bebas!


Sudah memang menjadi ruji mereka, apabila skandal seks samada tabiee atau luar tabiee pemimpin PKR didedahkan satu persatu.  

Bukan isu seks pacak langit yang ingin GT utarakan, tetapi soal moral pemimpin.  Andai standard dan praktik ahli politik seluruh dunia, pemimpin yang berskandal atau didedahkan kegiatan tidak bermoral mereka, pasti akan meletakkan jawatan, atau disingkirkan oleh rakyat.  

Begitulah hinanya pemimpin PKR sekarang.  Dan andai pemimpin bermoral seperti itu, masih diangkat sebagai pemimpin, sehina manakah penyokong-penyokong mereka?  

Tetapi, juak-juak murahan PR ini tetap memandang isu ini isu seks, lucah dan porno.  Itu sebenarnya memberi konotasi pemikiran yang berlegar-legar di dalam otak mereka, iaitu seks.. seks... dan seks, tanpa terbuka kepada persoalan lain.  

Like leader, like follower...  Cuba anda bayangkan, yang di dalam video itu dari kalangan pimpinan BN.  Adakah mereka akan membiarkan sahaja perkara ini?  

Ikuti pendedahan skandal seks terbaru kepimpinan PKR seperti terjahan Master Dedah DISINI

Sunday, May 13, 2012

Demo Aiskrim 1.0 : Duduk Dan Jilat! Anda Dijemput Hadir!!!


GT difahamkan akan ada satu demo aman yang bakal diadakan di Dataran Shah Alam, esok jam 11.30 pagi.  

Demo yang dipanggil Aiskrim 1.0 itu bakal mengajak orang awam untuk menikmati aiskrim beramai-ramai dengan tema "Duduk dan Jilat".  

Jangan lupa, pakaian rasmi esok adalah baju warna biru muda  :) 

Ajak kawan-kawan semua.  Pesta Aiskrim di Selangor...!!! 

Friday, May 11, 2012

WAJIB TONTON: PANASSS... Video Pendedahan Siapa Wanita Aiskrim Assmin Alee Oleh Idola GT!!! Yeehaaaa...!!!


Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip Berkata Wanita Itu Doktor Timbalan Presiden PKR,Yb Azmin Ali.

Beliau Menjawab Mengenai Isu Dalam Gambar Menyerupai Timbalan Presiden PKR Dan Juga Ahli Parlimen Gombak,Yb Azmin Ali.

Beliau Berucap Di Batu Caves,Gombak Dalam Roadshow Pertama Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).  

Dan memang, GT akui, Zahid Md Arip antara individu yang sangat berpengaruh dalam terbinanya blog Kalam Timur yang "syahid", kemudian dikenali sebagai Gerakan Timur.  

Terbaeeeekkkk... dari Mursyidul Am TIBAI!

Wednesday, May 9, 2012

Adakah Kamera Yg Dipegang Ini Punca Azmin Ali Enggan Membuat Laporan Polis???



ADA hikmahnya juga dari terbongkarnya banyak kes-kes salah laku seks melibatkan pemimpin pembangkang tertentu kebelakangan ini, terutama yang membabitkan Timbalan Presiden PKR sekarang, Azmin Ali.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Azmin ini pada penulis sangat berat kerana melibatkan maruah dan intergriti sebagai pemimpin politik.  Justifikasi bagi menyokong tuduhan tersebut juga lengkap (ada gambar dan video).  Semua ini memerlukan satu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berwajib bagi menentukan pihak mana yang salah, pihak mana yang benar.

Azmin dari segi perundangannya patut membersihkan diri dari semua dakwaan tersebut, bermula dengan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.  Tapi kenapa Azmin sampai sekarang enggan buat laporan polis?  Itu yang ramai dari kita musykilkan.

Nak kata Azmin tak tahu? Mustahil. Nak kata Azmin tak diberi nasihat perundangan secukupnya? Tak mungkin. Ada segerombolan besar peguam disekeliling Azmin, yang bersedia pada bila-bila masa membelanya di mahakmah tanpa bayaran (pro bono), atau dibayar tapi menggunakan wang rakyat Selangor – seperti kes ADUN Seri Muda kerana menghina Sultan Selangor.

Yang kita cakap ini, laporan polis sahaja pun, bukan teknikal mana sangat.  Kata tak terlibatkan, jadi apa yang susah sangat nak buat laporan polis.

Alasan penyokong Azmin seperti Shamsul Iskandar dan Zuraida Kamarudin bahawa tidak guna membuat laporan polis kerana akhirnya akan menerima nasib seperti Anwar dalam kes video lucah dengan seorang pelacur dari cina, tidak boleh diterima sama sekali.  

Dalam kes Anwar, laporan polis yang dibuatnya berjaya menyebabkan pelaku yang menayangkan video tersebut dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman.  Tindakan perundangan yang bakal dikenakan Anwar pula kerana dalam laporan polis sama, dia menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam rakaman tersebut, sedangkan kajian pakar menunjukkan 99.9% dialah lelaki itu. 

Ringkasnya, Anwar buat laporan palsu, nafi kata pelaku itu dia sedangkan kajian pakar menunjukkan sebaliknya.  Adakah Azmin juga berada dalam situasi sama sehinggakan dia takut untuk membuat laporan polis tersebut?

Apa sekalipun, selepas ini Azmin jangan salahkan masyarakat kalau keengganan membuat laporan polis ini dianggap membuktikan semua tuduhan ke atas Azmin itu adalah benar belaka.  Yang dia memang individu lelaki yang didakwa sedang melakukan aktiviti kelucahan melampau dengan seorang wanita dalam video tersebut.  Enggan buat laporan polis sebab takut polis siasat dan jumpa kebenaran.

Itu saja alasan yang terfikir oleh penulis kenapa Azmin enggan buat laporan polis, setelah alasan takut menerima nasib seperti Anwar itu, tidak boleh diterima langsung.

Tuesday, May 8, 2012

GEMPARRR... Tian Chua Buntingkan Gadis Melayu??? Lu Manyak Hamsap Laa..


Pendedahan ini dibuat oleh Raja Petra, nama yang cukup sinonim dengan penulisan maya. Sekian lama menghanjingkan diri kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya, kini Raja Petra bertindak menyerang bekas tuannya.  

Skandal seks terus menghantui kepimpinan pembangkang yang hilang sudah moral mereka.  

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/49169-episode-30-a-declaration-of-war  
Andai benar dakwaan Raja Petra ini, apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana seks bebas, seks songsang dan gila seks memang dipraktikkan dengan cemerlang oleh barisan kepimpinan pembangkang.  Maka tidak hairanlah, seorang bapa boleh menutup mata apabila anak gadisnya dibuntingkan oleh "si hanjing penggigit polis" ini.  

Malangnya, yang menjadi mangsa adalah kandungan itu, yang jelas tidak bersalah.  Lebih malang, gadis Melayu pula yang dijadikan tempat melampias nafsu hanjing.  

Sekiranya diperhatikan, apa yang dilakukan oleh Raja Petra bukanlah sesuatu yang menghairankan, kerana saban hari ramai pemimpin, mahu pun ikon pembangkang yang sudah tidak lagi mahu bersama Anwar.  Puncanya, pastinya sifat Anwar sendiri, dari segi perjuangan, akidah malah janji-janji yang tidak ditepati.  

Yang tinggal, hanyalah najis politik, dan juga budak-budak hingusan yang dahaga belaian seorang gay tua.  

Monday, May 7, 2012

PANASSS... Setelah Foto Azmin, Video Mustapha Ali Pula Bakal Didedahkan???


Tiba-tiba muncul pula nama Kamaruddin Jaafar, si pecacai Anwar yang telah lama berlegar-legar di dalam kepimpinan PAS, sehinggalah parti itu benar-benar dikuasai oleh Anwarista.  

Dikhabarkan, Kamaruddin Jaafar bakal membuat satu lagi rampasan kuasa dengan menyingkirkan penyandang Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali.  Mustapha Ali secara terbuka tidak bersetuju dengan jawatan yang disandang oleh Anwar sebagai Ketua Pembangkang, dan ini adalah sebab terbaik mengapa perlu dilakukan penyingkiran terhadapnya.  

Pastinya, akan ada bukti dan "bahan" yang kuat untuk Kamaruddin Jaafar berbuat demikian.  Apakah yang dipunyai oleh Kamaruddin dalam usaha terbarunya ini?  

Apakah "bahan" itu seperti yang dilaporkan DISINI ?

Friday, May 4, 2012

WHOOAAA... Khalid Ibrahim "Mastermind" Skandal Assmin Aiskrim?



Apa yang sedang berlegar di dalam blog-blog bukanlah memeranjatkan, sekiranya moral pemimpin-pemimpin PKR dibandingkan satu persatu, sehelai demi sehelai.

Dari Elizabeth Wong, si pencetus revolusi kerendahan moral yang diterimapakai oleh kepimpinan PKR dan penyokong mereka, termasuklah yang berkopiah dari PAS, sehingga kepada Penasihat Ekonomi, kini “madu” Azizah, iaitu Azmin Ali menjadi penyambung warisan porno hanya baru 4 tahun diberi mandat sebagai kerajaan negeri.

Tipikal Anwarista, UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan, demi menghalalkan kelakuan moral buruk pemimpin mereka.  Walhal, politik dunia tidak pernah memberi ruang dan peluang kepada mereka yang terbabit di dalam skandal seks untuk terus berada di dalan lanskap politik semasa. Hairan, di Malaysia, ramai muka tidak tahu malu terus diberi peluang, dan yang memberi peluang tentunya lebih pariah dan hina kerana membiarkan perkara ini berlaku.  Idea Barat yang menjadi kiblat mereka rupanya bersifat “selective”, dan bukannya bersifat telus.

KLIK SINI untuk pencerahan selanjutnya.

Wednesday, May 2, 2012

Portal Pembangkang Sahkan Lelaki Aiskrim Itu Adalah Azmin Ali!


Bagai sungguh tidak disangka, apabila portal pro pembangkang secara terang-terangan mengeluarkan artikel yang mengesahkan bahawa Azmin Ali adalah individu terbabit.  

Bagai menongkah arus, keberanian portal itu untuk bersifat adil kepada rakyat amat menarik kerana setakat ini, tiada satu pun portal pro pembangkang yang cuba memberi ruang kepada ketelusan dan keadilan maklumat.  

Ia jelas bertentangan dengan kenyataan penafian Azmin di Malaysiakini sebelum ini.

Demi rakyat, portal itu menyuarakan pandangannya DISINI

Tuesday, April 3, 2012

Cinta 3 Segi Gila - Siapa Bakal Bunuh Diri? Azmin Atau Shamsidar?

Kisah cinta tiga segi gila Anwar-Shamsidar-Azmin bukan lagi rahsia.
Walaupun bekas rakan baik mereka iaitu Nallakarupan berkata akan mendedahkan lagi kisah mereka, tetapi bagi rakyat Malaysia, kita merasakan yang kita telah mendengar semuanya dan apa yang kita dengar sudah cukup teruk, jijik sehingga sukar untuk dipercayai jika ia tidak beserta dengan bukti-bukti mahkamah.
Namun, dari satu segi, kita juga percaya bahawa kerana ia terlalu jijik sehingga sukar dipercayailah maka kita percaya ianya benar, kerana seorang rakan atau ahli keluarga, mahupun seorang asing sekali pun tidak mungkin dapat mereka-reka cerita yang pelik lagi jijik sebegitu terhadap sesiapapun.
Cuma, yang kita sangsi hanyalah jika benar ada lagi kisah yang lebih jijik yang belum diceritakan oleh Nallakarupan mengenai ketiga-tiga manusia ‘istimewa’ ini. Maksud penulis, sejauh dan sehina mana lagi ketiga-tiga manusia ini sanggup lakukan?
Setelah bertahun-tahun kisah cinta tiga segi gila ini diperkatakan, hanya dalam masa seminggu ini kisah ini kembali hangat iaitu apabila Anwar memfailkan saman terhadap Nalla dalam keadaan terdesak dan terpaksa.
Bertambah pelik kisah ini apabila pihak yang bakal disaman, iaitu Nalla dan bukannya pihak yang ingin menyaman iaitu Anwar, yang bertindak menghangatkan lagi soal saman ini dengan membuat sidang akhbar. Nalla dan sekumpulan bekas-bekas ahli dan pemimpin PKR serta rakan-rakan Anwar telah ‘bersatu’ menyatakan kesediaan menerima serangan dari Anwar berikutan pendedahan mereka selama ini.
Anwar yang kita kenal amat suka mempesar-besarkan isu terutama isu beliau menyaman musuh-musuhnya. Hairan sekali setelah memfailkan saman terhadap Nalla, beliau tidak pula membuat sidang akhbar, mencabar kesemua mereka dengan lantang sepertimana yang dilakukan oleh Nalla terhadapnya.
Nampak benar Anwar begitu keberatan untuk mengundang publisiti dalam isu ini.
Lebih menghairankan lagi ialah apabila Anwar masih tidak menyerahkan saman tersebut terhadap Nalla setelah memfailkannya. Ini menyebabkan kes ini tidak boleh dibawa ke mahkamah.
Memandangkan Anwar mengambil sikap ‘pasif’ dalam isu menyaman Nalla ini, maka adalah wajib bagi Shamsidar dan Azmin untuk tampil membersihkan nama mereka yang telah tercemar teruk akibat pendedahan Nalla.
Sebenarnya, Azmin dan Shamsidar lebih teruk terjejas dari pendedahan Nalla kerana mereka adalah suami isteri yang kedua-duanya sekali dibabitkan dalam skandal seks Anwar Ibrahim. Mereka tidak boleh menganggap pendedahan Nalla ini hanya melibatkan Anwar dan langsung tidak terasa terpukul olehnya.
Seharusnya, Shamsidar dan Azmin membuat sidang akhbar untuk mempertahankan diri, membersihkan nama dan meniup gendang perang terhadap Nalla. Kita juga menjangkakan drama air mata Shamsidar sebagai wanita baik yang telah difitnah dengan teruk sekali serta drama kemarahan Azmin membela diri dan membelasah semua orang yang mengaibkan isterinya bagi membuktikan beliau bukan dayus seperti yang disangka.
Ini kerana, jika benar ini semua fitnah, ia adalah fitnah yang amat sangat keterlaluan.
Adalah mustahil bagi mana-mana pasangan suami isteri di dunia untuk membiarkan sahaja nama dan maruah mereka dan keluarga mereka diaibkan sebegitu rupa jika segalanya fitnah belaka. Bayangkan bagaimana mereka boleh bersemuka dengan anak-anak, rakan-rakan serta guru-guru anak mereka, jiran-jiran dan sanak saudara tanpa menjawab fitnah besar tersebut?
Melainkan ianya bukan fitnah maka suami isteri yang terbabit akan mengambil sikap berdiam diri bagi mengelak aib yang lebih besar.
Justeru, sikap Shamsidar dan Azmin yang bukan sahaja tidak membela diri tetapi seolah-olah berpura-pura tidak mendengar segala cabaran, ejekan dan jelingan jijik terhadap mereka dengan sendirinya membuktikan bahawa segala apa yang didedahkan oleh Nalla sebagai benar dan tidak ada yang lain melainkan yang benar belaka.
Jika tidak, maka samanlah Nalla. Itu saja yang kita minta. Tidak mungkin itu juga sukar untuk dibuat sedangkan parti PKR dipenuhi dengan peguam-peguam tersohor negara.
Mungkin wajah ceria dan sugul seperti foto diatas memberikan anda sedikit bayangan tentang siapa yang terkorban nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...