Bersama Berjuang

Showing posts with label Ummi Hafilda. Show all posts
Showing posts with label Ummi Hafilda. Show all posts

Monday, May 7, 2012

VIDEO: Tangisan Seorang Ibu Apabila Syurga Dibawah Tapak Kaki Anwar Ibrahim !!!



(rakaman video di bawah artikel ini)

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.

Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.

Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.

Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.

Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.

Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.

Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.

Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.

” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.

Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.

“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom

Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.

” Saya tak pandang, saya tak nampak, kalau tak buat benda tak baik, kenapa tak nak menentang, kenapa tak nak buat sumpah laknat di masjid, berani kerana benar, takut kerana salah,” kata Che Tom.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.

” Parti Keadilan…di mana keadilan itu, dengan orang lain dia boleh ambil berat, dengan ibunya sendiri yang mengandungkannya, dia buat macam ni,” kata Che Tom.

” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.

Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.

” Saya yang mengandungkannya betapa punya susah, saya yang melahirkannya betapa punya sakit, mendidik dia dari tapak tangan dua jari hingga dewasa. 

” Tetapi kalau nak balik pertama pulanglah ke pangkal jalan, bertaubat dan berhentilah dari kumpulan itu.

” Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok, saya hidup pun tak nak tengok, nak mati baru nak tengok…tak payahlah,”  katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my)

Video Luahan Seorang Ibu..

Wednesday, April 6, 2011

TERIMA KASIH UMMI HAFILDA!!! KABUT YG MENYELUBUNGI KEBENARAN KIAN PUDAR...


GT ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ummi Hafilda.  

Pada sekitar 13 tahun yang lalu, Ummi mengambil keputusan yang cukup berani dengan mendedahkan salahlaku moral Anwar.  Gagahnya Ummi kerana perkara ini melibatkan keluarganya.  

Keputusan untuk membela agama, bangsa dan negaranya membuat Ummi tekad mengharungi getir hidup apabila terpaksa berhadapan dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar Ibrahim.  Tak perlu GT ulas apa yang telah Ummi alami, pembaca semua sedia maklum tentang itu.  

Kebenaran yang ditampilkan rupanya belum dapat memuaskan hati rakyat, terutamanya penjilat tegar Anwar. Masih ramai yang skeptikal tentang pendedahan yang dibuat oleh Ummi. Fitnah dan kutukan dilemparkan kepadanya, namun Ummi tetap sabar sehinggalah beliau muncul dari pertapaannya dan bangkit menentang Anwar sekali lagi pada hari ini. 

GT masih ingat, SSDE di Batang Kali, seorang makcik bersalaman dengan Ummi sambil berkata "Tahniah. byk betul fitnah yang engkau dah buat".  Namun Ummi tetap cool.  

Apa yang dikatakan oleh Ummi mmg GT percaya, kerana cabaran Ummi untuk Anwar menyaman beliau andai berbohong tidak berani disambut oleh Anwar.  
Keluar pula video di bawah ini sbgai bukti terbaru tentang masalah moral Anwar.  Hak rakyat untuk mengetahui kebenaran.  Dari rakyat, oleh rakyat untuk si Bangsat!!!  Mari tonton video ini:

Thursday, March 17, 2011

UMMI HAFILDA SAMAN BAGINDA MINDA DAN MALAYSIAKIN.. RASAIN LU!!!


Ummi Hafilda telah memfailkan saman terhadap Baginda Minda dan Malaysiakini sebanyak RM100 juta berikutan kenyataan Baginda Minda didalam Malaysiakini yang berunsurkan fitnah.  

Ummi juga menuntut injuksi mahkamah agar Baginda dan Malaysiakini dilarang untuk mengeluarkan sebarang ulangan artikel atau kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.  

Baginda Minda adalah individu yang dikatakan telah digunakan oleh peguambela Anwar untuk menjejaskan kredibiliti Ummi Hafilda sewaktu menjadi saksi utama kes liwat Anwar yang pertama pada 1998.  

Ummi telahpun mencabar Anwar untuk menyamannya, Anwar tidak berani...  

Kini, Ummi pula memfailkan saman dan injuksi kepada Baginda Minda dan Malaysiakini yang kelihatan cuba menggunakan taktik 1998, iaitu mencemar kredibiliti dan integriti Ummi. 

Apa yang si mangkuk Baginda ni... Anwar pun tak berani saman Ummi, dia pulak yang susah2.  Kan sekarang dah kena... kene la cari funder nampaknya.. huhuhuhu..

DI MANA LETAKNYA TANDA LAHIR DI TUBUH INI ANDAI KAU PERNAH MAIN DENGAN AKU...


"Kalau betul dia pernah membuat hubungan seks dengan saya, beritahu dimana letaknya tanda lahir di badan saya!!!"

Itu cabaran Ummi kepada Baginda Minda yg membuat pengakuan pernah berasmaradana dengannya.  Siapa Baginda Minda?  Watak belaan Anwar ini muncul utk terus menjadi "balaci", penjilat tegar.

Laporan Polis pernah dibuat sebelum ini terhadap Baginda Minda oleh Ummi berhubung dengan fitnah yang dilemparkan oleh pecacai Anwar ini.  Ummi juga tidak teragak-agak untuk membuat satu lagi laporan polis berhubung dengan perkara ini.  

Untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, Ummi bersedia melafazkan sumpah muhaballah!!!  Sepengetahuan anda, siapa takut untuk bersumpah???

Baca kenyataan Ummi DISINI.

Saturday, March 12, 2011

PANASSS.. SIAPA ORANG POLITIK YG MAHU MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS UMMI HAFILDA???


Ummi Hafilda, nama yang menjadi cemuhan selama 13 tahun.  Beliau bersendirian, tanpa ada pemimpin baik dari parti politik atau NGO untuk yg tampil mempertahankan.  Selama waktu itulah beliau terpaksa melalui pelbagai pahit getir tanpa ada sesiapa yang mempedulikan nasibnya, walhal beliaulah wanita yg telah menumbangkan si durjana Anwar Ibrahim, Timb. Perdana Menteri ketika itu.  

Hari ini Ummi bangkit, bertemu rakyat untuk mendedahkan siapa dia sebenarnya Sheikh Anwar Al Juburi!!!  Cita-citanya yang dilafazkan sewaktu PC pertamanya di Subang Jaya, iaitu turun untuk membuat roadtour bagi mendedahkan kebenaran akhirnya tercapai.  

Namanya kini menjadi bualan hangat diseluruh pelusuk negara, apatah lagi beliau telah berjaya membuat Anwar lari lintang pukang sewaktu di Kerdau.  Sebut sahaja Ummi Hafilda akan turun berceramah, pastinya kehadiran rakyat tidak akan mengecewakan.  Blognya iaitu Srikandi 7 mempunyai pengikut yg ramai dalam masa yg sangat singkat!

Populariti Ummi rupanya cuba ditumpang seseorang.  GT difahamkan terdapat seseorang yg menghubungi Ummi kononnya mendapat arahan dari pemimpin negara.  Arahan itu ialah segala program Ummi mulai sekian tarikh mesti melalui seseorang ini.   Akhirnya satu pertemuan telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di KL diantara Ummi dan seseorang.  

Seseorang ini mendakwa telah mendapat mandat dari pemimpin negara melalui pertemuannya dengan pemimpin berkenaan di Parlimen.  "Mulai saat ini, segala program U mesti melalui I".  Ummi tidak mudah terperangkap lalu bertanya soalan perangkap "Berapa pemimpin berkenaan hendak bayar saya?" Seseorang itu menjawab "Eh... ini perjuangan".  Ummi menyambung "Kalau macam tu, bawa saya bertemu dengan pemimpin yang berkenaan".  Seseorang pula menjawab "Tak boleh.  Kena buat kerja dulu, buktikan...". 

GT tidak mahu menuduh seseorang itu.  Namun, terdapat keraguan kerana selama ini, Ummi bergerak tanpa memerlukan "manager".  Dan GT percaya, andai ia arahan dari "pemimpin berkenaan", beliau tidak perlu menggunakan orang tengah, sebaliknya beliau boleh menghantar Setpol atau Pegawai Khasnya!  Dan yang peliknya, seseorang ini kelihatan gabra apabila Ummi menyatakan untuk bertemu dengan pemimpin yang dimaksudkan.  

Jawapan "tak boleh, kena buat kerja dulu" juga amat melucukan.  Ini kerana satu Malaysia tahu bahawa Ummi sudah mula pusing satu Malaya untuk buat kerja!  Bukti apa lagi???  Anwar lintang pukang di Kerdau, siapa punya kerja???  Apa yang cuba disembunyikan oleh seseorang ini sebenarnya? 

Teori GT ialah seseorang ini cuba mengambil kesempatan disebalik populariti Ummi.  Dia cuba mengawal Ummi atau mgkin cuba menjadi "manager" Ummi agar dapat menjadikannya modal utk kepentingan politik dan peribadinya.  Untuk makluman anda, seseorang ini adalah orang politik.  Pastinya, dia punya cita-cita politik.  Untuk kepentingan peribadi pula, tidak mustahil seseorang ini akan menggunakan Ummi untuk menyakau duit... siapa nak Ummi datang, kena bayar!!!  Itu belum claim sana sini.  Atau worst come to worst, dia punya hati pada Ummi??? Nak tackle kot?  huhuhuhu...

Politik, mmg begini.  Kita sudah terbiasa mendengar perkataan-perkataan dibawah:

"Eh...Saya kenal dia Dato',  dia tu bawah saya"
"Dia budak saya"
"Dato', bawah saya ada 30 bloggers.  Saya boleh uruskan mereka"
"Dato' Seri, Ummi bawah jagaan saya, dan kita akan buat ceramah lebih hebat selepas ini.  Saya jamin.  Saya akan uruskan".  

Dalam senario jual nama spt diatas, siapa yang dapat kredit??? 

Pada yang cuba mengambil kesempatan ke atas Ummi Hafilda, GT nasihatkan tak payahlah.  GT tak sebut nama sebab hormat.  Masih ingin beri peluang kepada seseorang ini.  One thing for sure, bloggers are watching you...

Henti-hentikanlah perangai mengambil kredit dari usaha orang.  Jual nama pemimpin pulak tu... tak pasal2 nama pemimpin tu jadi busuk nanti....

Thursday, March 3, 2011

PRK KERDAU: GEMPAR!!! BERANIKAH ANWAR BERHADAPAN DENGAN UMMI DI RUMPUN MAKMUR?


Berita panas yang GT terima ialah pertembungan Ummi Hafilda dan Anwar malam ini.  Anwar yang sepatutnya berceramah pada esok hari menukar tarikh itu ke hari ini bagi mengelakkan diri dari Ummi.  

Namun Ummi bingkas pantas menyusun strategi agar dapat menjejaki Sheikh Anwar Al Juburi.

Anwar telah membatalkan sessi ceramah yang sepatutnya berlangsung esok berikutan dia tahu Ummi akan berceramah di tempat yang sama.  

Adakah Anwar akan membatalkan sessi ceramahnya malam ini?  Sanggupkan Anwar berhadapan dengan Srikandi 7 secara berhadapan???  Adakah Anwar berani???

Anwar bakal dibogelkan malam ini.  Tunggu laporannya dari GT.  Panassss... Panasss...

Tuesday, February 22, 2011

VIDEO PANAS: SHAMSIDAR!!! KAU BETINA SUNDAL!!! JALANG!!!


Luahan rasa WANITA yang telah menumbangkan Anwar Ibrahim.  Dia dizalimi dan dianiaya.  Kini, dia bangkit mengejutkan Malaysia dan membuatkan Anwar semakin mental!!!

Ummi telah berazam untuk memastikan bahawa peliwat dan manusia bermoral keldai tidak akan menjadi Perdana Menteri.  Nantikan kemunculan Ummi di tempat anda!!!

DARI UMMI HAFILDA : "SHAMSIDAR!!! KAU BETINA SUNDAL!!!"


Panas suasana di Batu Gajah!!!  Yg menggelengkan kepala, yang beristighfar dan yang mengurut dada akibat dari pendedahan Ummi Hafilda terhadap perlakuan jijik seorang kakak ipar yang menggadaikan maruahnya kepada Anwar. 

BENARKAH UMMI BERKATA KEPADA SAMSIDAR: 

"KAU BETINA SUNDAL!!!"?




Sahabat blogger MIK punya butir, KLIK SINI.

Thursday, February 17, 2011

BERGEGOR BATU GAJAH!!! UMMI & GOBALA NAK DATANG WEEIII.. CECITE.. CECITE..


Cecite.. Cecite...  Teman nak khabor berita panas weeeiiii...!!!
Cecite.. Cecite...  Bukan Kg Pisang tapi Batu Gajah weeiiiiii...!!!
Cecite.. Cecite...  Ummi ade, Rahimi ade... Gobala pun ade weeiii...!!!

Bile gamaknye tu yob? 
Cecite.. Cecite...  20 Februari 2011, di Arena Square.

Apa yang deme nak khaborkan yob?
Cecite.. Cecite...  Deme nak khabor pasal si Nuar le..  
Cecite.. Cecite...  Deme nak khabor pasal temberang si Nuar tu ha..

Ye ke Yob... sebelum orang lain dengor, baik teman yang dengor dulu... 
Moh le kite turun ramai-ramai!!!  Bergegor Batu Gajah Yob!!!

Tuesday, February 15, 2011

ANWAR ITU BOHONG DAN BOHONG ITU ANWAR!!!


Pembohongan yang dicipta oleh Anwar sejak 13 tahun lalu bakal terungkai.  Srikandi 7 bakal membuatkan Anwar terkencing hancing hanjing.

Sunday, February 13, 2011

CERAMAH EDISI PANAS JAHANAM BUAT ANWAR DARI UMMI HAFILDA MLM INI!!!

 
Malam ini ada 3 ceramah di 3 lokasi yang berlainan.  2 ceramah SSDE spt yang GT post pkul 12 tadi.  Dan 1 lagi edisi panas jahanam buat Anwar di:

Tarikh:  13 Februari 2011 (Mlm Ini)
Masa :   9.00 malam
Tempat: Padang awam Taman Setia, Johan Setia.

Penceramah: 
YB Senator Ezam Mohd Nor dan Ummi Hafilda

Anwar terjerit-jerit histeria di Washington akibat kepanasan... 

TURUN DAN DGR SENDIRI... 

Thursday, February 10, 2011

GEMPAR!!! UMMI HAFILDA DEDAHKAN SIAPA BELI KONDOM UTK BIG BOSS!!!


Ummi Hafilda menggegarkan Jln Kebun.  Pendedahan yang membuatkan Anwar diserang sawan babi lagi.  Jom hayati kata-kata Ummi malam tadi.

"DRIVER DATO' NALLA YG BERNAMA RAJU SEBUT - SAYA SELALU BELI ITU KONDOM SEBELUM BIG BOS MAIN SAMA ITU SAMSIDAR!"

Pendedahan ini telah membuatkan orang2 lama di Jln Kebun mengurut-urut dada mereka, tanda terkejutnya dan betapa jijiknya perlakuan ini.  

Siapa Big Boss yang dimaksudkan???  Anwar lah.. siapa lagi.  

Press conference telah diadakan selepas itu dan sesuatu yang memeranjatkan sekali lagi apabila Ummi memberitahu Azmin berkata di hadapan arwah bapanya bahawa Anwar mmg berhasrat untuk menghapuskan kuasa raja-raja Melayu dan menjadikan negara ini sebagai republik sekiranya mereka dapat menawan Malaysia!!!

Jelas maksud dan perbuatan mereka selama ini.  Anwar dan kuncu2nya harus disingkirkan dari arena politik tanahair!!!

HANCUR!!!  HANCUR!!! HANCUR ANWAR!!!

GT tidak berkesempatan hadir ke ceramah ini malam tadi berikutan masalah peribadi yg tidak dapat dielakkan.  Terima kasih kepada sahabat yang memberi maklumat terkini tentang intipati medan tempur di Jalan Kebun semalam.  

Diberitakan bahawa Ummi Hafilda akan turun di medan tempur yang kedua dalam masa terdekat ini.  Maklumat akan disebarkan kemudian setelah dapat confirmation. 

Wednesday, February 9, 2011

CERAMAH PANAS BERAPI!!! MALAM INI!!! JOM TURUN!!!


CERAMAH TERHANGAT!!!  

Tarikh:  9 Februari 2011 (Rabu)  MALAM INI!!!

Masa:   8.30 malam

Penceramah:
1.  YB Dato' Satim Diman
2.  Ummi Hafilda Ali  (Srikandi 7)
3.  Sdr Rahimi (bekas SU Sulit Anwar Ibrahim)

Lokasi:  
Rumah Hj Kamal Ariffin Kainin
Lot 3746, Lorong Hj Soeb,
Jalan Kebun, Klang

Anwar akan dibogelkan... kurap, panau dan kudis buta dibadannya bakal terdedah!!  Jom Turun!!!

Saturday, January 15, 2011

PERSAMAAN ANWAR DAN NAMRUD!!!




Anwar kata Ummi ibarat nyamuk.

Tapi dia lupa, sejarah menceritakan seekor nyamuk telah membunuh Namrud.

Anwar pasti tersungkur rebah di pinggiran jamban!!! 

ANWAR SENTIMENTAL, ATAU SAKITMENTAL??? HEHEHEHE...

 INI WAJAH RAHIMI YANG SUDAH BERTAUBAT...

 NI WAJAH AZMIN WAKTU MUDA-MUDA


Anwar ni sentimental jugak rupanya...  dan juga sakitmental ...heheheheh...  KLIK SINI

Friday, January 14, 2011

SIDANG AKHBAR UMMI HAFILDA FINAL EPISODE - ANWAR IBARAT TANGKI NAJIS YG AKAN MELEDAK!!!



Dalam Final Episode utk sidang akhbar Ummi Hafilda, GT ingin merumuskan beberapa perkara.  

Pertama, kemunculan semula Ummi di arus media Massa akan memberi fakta-fakta sebenar tentang peristiwa yang berlaku dalam kes liwat Anwar yang pertama.

Kedua, pembohongan dan fitnah liar yang dimainkan oleh Anwar akan dipatahkan, dengan bukti dan saksi yang akan Ummi tampilkan.  

Ketiga, kejahatan dan kezaliman manusia bernama Anwar Ibrahim akan terbongkar.

Keempat, impak paling baik kepada generasi muda, yang mungkin pada ketika itu berumur 10 dan belum mengerti cerita sebenar.  Membesar pula dengan pembohongan2 yang dibuat oleh Anwar dan kuncu2nya.  Pasti, comeback yg dibuat oleh Ummi dapat melenyapkan pembohongan Anwar kepada rakyat Malaysia.  Generasi ini tidak akan terus disongsangkan oleh Anwar dan kuncu2nya. 

Dan GT mohon kepada pihak Polis, agar dapatlah kiranya memastikan keselamatan Ummi, kerana pengalamannya membuatkan dia cukup mengerti akan risiko-risiko yang bakal beliau hadapi.  

Andai DS Hisham boleh berbangga dengan kejayaan Polis membanteras jenayah pada tahun 2010, ditambah pula dengan kejayaan menghantar seramai mgkin anggota pada Perhimpunan Aman di hadapan pejabat Suhaimi Penderhaka, DS Hisham juga wajib memastikan keselamatan Ummi Hafilda kerana UMMI HAFILDA BUKAN PENDERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU!!!

SIDANG AKHBAR UMMI HAFILDA EPISODE 5 - UMMI HAFILDA CABAR ANWAR BERDEBAT!!!

Semua ana bohooooonggggg!!!!
Anwar Ibrahim diakui merupakan a good speaker, atau seorang yg petah berkata2 atau dalam bahawa mudahnya kaki putar alam, kelentong tak ingat.  Tun M juga mengakui bahawa Anwar seorang pemidato atau penceramah yang baik.   Terbaru, Anwar mahu berdebat dengan DS Najib.  Anwar sedar sokongan rakyat kepadanya semakin terhakis secara dramatik, maka dia cuba mencari isu baru untuk meraih populariti.  

Sidang Akhbar Ummi Hafilda semalam semakin panas dgn tepukan dari penyokong Ummi apabila Ummi dgn yakin, MENCABAR ANWAR UNTUK BERDEBAT DENGANNYA!!!  Bagi Ummi, Anwar harus berdebat dengannya sebelum layak berdebat dengan DS Najib.   Jangan kita lupa, Nazri Aziz pun mencabar Anwar berdebat dalam isu APCO!!!

ANDAI ANWAR ANAK JANTAN, ATAU ANAK TAK JANTAN, ATAU 2 DALAM 1 SEKALIPUN, ANWAR WAJIB SAHUT CABARAN UMMI INI!!!

ADAKAH ANWAR BERANI???

Nantikan Final Episode sidang akhbar Ummi Hafilda pada posting GT hari ini.  Anwar bakal hancur!!!

SIDANG AKHBAR UMMI HAFILDA EPISODE 4 - SAMAN SAYA ANDAI SAYA BERBOHONG!!!



Keadaan semakin panas apabila Ummi mencabar agar dia disaman andai segala yang dikatakannya adalah fitnah semata-mata.  Ia memberi gambaran yang jelas Ummi bertindak atas kebenaran, berpandukan bukti-bukti dan saksi-saksi yang beliau miliki.  

Ummi dengan lafaz Bismillah diikuti dengan "Wau'allahi Wabillahi Wa'taullahi bahawa saya, Ummi Hafilda Ali, tidak pernah menerima sebarang bayaran daripada Tun M," sambil merujuk kepada dakwaan bahawa dia dibayar untuk berkonspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim pada kes liwat Anwar yang pertama dulu.  

Ummi seterusnya memcabar Anwar, Azmin, Shamsidar  dan Wan Azizah untuk bersumpah laknat at anytime, anywhere, you name it!!! demi membuktikan siapa benar dan siapa salah.  Oleh disebabkan itulah, Anwar tidak berani bersumpah laknat sehingga ke hari ni.  Sebaliknya, Anwar menjadi sesumpah.

boleh pun bersumpah, bersumpah laknat kenapa susah sgt!!!
GT pernah menulis tentang sumpah laknat Ummi vs Anwar DISINI.

Cerita lagi panas bakal menyusul pada episode 5.. 

SIDANG AKHBAR UMMI HAFILDA EPISODE 3 - AZMIN... BERTAUBATLAH!!!


Ummi Hafida menceritakan bagaimana Azmin, saudara se ayah dan se ibu sanggup berlaku keji terhadapnya.  Bukan niat untuk memburukkannya, demi kemewahan, darjat dan pangkat.  Jangka waktu 13 tahun bersabar kerana menuruti pesan bondanya, kali ini Ummi mohon restu dari bondanya untuk keluar dan berhadapan dengan umum, demi sayangnya kepada Negara.  Ini gara-gara sikap Azmin yang semakin hari semakin melampaui batas.  Ini diterjemahkan sewaktu Azmin berangkat ke Mekah, dengan bondanya berpesan "AZMIN, BERTAUBATLAH!!!".

Cerita menarik dari Ummi adalah bagaimana Azmin yang dahulunya cukup disayangi oleh Tun M dan diambil sebagai anak angkat.  Sewaktu Azmin sakit, masalah pada buah pinggangnya, Tun M (pada ketika itu DS Dr. M) telah melawatnya dan mengelap badan Azmin.  Begitulah kasihnya Tun M terhadap Azmin.  Namun rupanya Azmin lebih menggilai pangkat dan wang ringgit yg ditaburkan oleh Anwar Al Juburi, yg akhirnya Azmin bertindak memusuhi Tun M.  

Inilah watak sebenarnya Azmin, asal jadi duit.  Hatta "anugerah" Allah kepada seorang yang bergelar suami pun sanggup digadaikan.

Azmin... bertaubatlah!!!

Terus panas bersama Episode 4.  Tungguuuuuuuu....

SIDANG AKHBAR UMMI HAFILDA EPISODE 2 - HUBUNGAN TERLARANG ANWAR - SHAMSIDAR AKAN DIDEDAHKAN!!!??




Pada sidang akhbar ini juga, Restauran Padang Mahkota menjadi gamat seketika dengan sorakan penyokong2 Ummi apabila beliau berjanji untuk mendedahkan hubungan terlarang diantara Anwar dan Shamsidar.

Ummi juga mempunyai dokumen bukti perlantikan Shamsidar sebagai Lembaga Pengarah sebuah syarikat kewangan di Malaysia, yg dipercayai sebagai habuan dari "seorang pembesar negara".  

Afifah juga menjadi soalan yang hangat dari wartawan yang hadir.  Ummi mendedahkan betapa Afifah dipaksa lahir sebelum waktunya, hanya kerana mahu sama dgn tarikh lahir "papa"nya - seorang pembesar negara!!!  10 Ogos... itulah tarikh keramatnya...

Azmin...  kedayusanmu bakal terserlah.  Anwar pula mgkin sedang diserang sawan babi tonyok di ketika ini... 

Nantikan sambungannya di Episode 3!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...