Bersama Berjuang

Showing posts with label Nallakarupan. Show all posts
Showing posts with label Nallakarupan. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Dua Wajah Ceria Menceritakan Segalanya... Nalla Bikin Kacau!!!


Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.

Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.

Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.

Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.

Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.

Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.

Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.

Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.

Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.

Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.

Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.

Wednesday, March 21, 2012

TAK BOLEH TAHAN: Bapa Biseksual Saman Nalla!!!


Rakan sepermainan tenis Anwar Ibrahim, Nallakaruppan sekali lagi melepaskan bom, sasarannya tepat mengenai kepala Anwar.

Kata Nalla, Anwar sebagai biseksual tak layak menjadi Perdana Menteri. Satu kenyataan yang agak pedas & berapi yang bukan pertama kali membakar telinga Anwar.

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Pengerusi Malaysia United Indian Party (MIUP) Dato' Nallakaruppan tidak gentar jika Ketua Umum Pembangkang itu mengambil tindakan saman ke atasnya atas pendedahan yang dilakukan.

Beliau kelihatan cukup yakin apabila mendedahkan Anwar Ibrahim sebagai seorang manusia yang mengamalkan biseksual berdasarkan pengalamannya lebih 30 tahun mengenali Ketua Umum Pembangkang itu.

Nallakaruppan juga berkata beliau kenal dengan sifat dan perangai Ketua Umum Pembangkang malah yakin 99.99 peratus pelaku dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim.

- Klpos, 19 Mac 2012 -

30 tahun persahabatan Nalla dengan Anwar bukan satu tempoh yang singkat. Naik dan jatuh Anwar Ibrahim dalam dunia politik sama-sama dirasai oleh Nalla.

Di mana ada Anwar, di situ pasti ada Nalla. Bila Anwar memerlukan 'stok' pelepas nafsu maka Nalla yang akan berusaha mendapatkan 'stok' tersebut tanpa mengira siang atau malam, hari biasa mahupun di bulan puasa.

Bom yang dilepaskan Nalla kali ini bukan setakat menyebabkan Anwar Ibrahim kelu lidahnya, jauh dari itu tak mustahil bakal menyebabkan rakan sekatil Anwar dari Pas akan turut merasa tempiasnya.

"Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan tidak ada peruntukan juga untuk biseksual menjadi Ketua pembangkang. Saya amat hairan mengapa pembangkang boleh mengambil seorang biseksual sebagai ketua" - Nallakaruppan.

- Utusan Malaysia, 20 Mac 2012 -

Samaada Anwar ataupun keluarganya, tidak seorangpun yang akan berani bersuara apatah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman Nalla atas setiap pendedahan yang dilakukan.

Jangankan saman malu, bila Nalla ajak Anwar berdebat dan turut menwarkan dirinya sebagai saksi semasa perbicaraan liwat tempohari pun Anwar hanya mampu bersilat kata untuk mengelakkan diri dari menjawab cabaran tersebut.


Di antara empat orang musuh utama Anwar, yakni Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda Ali, yang paling ditakuti oleh Anwar ialah Nallakaruppan.

Tidak sedikit rahsia Anwar berada dalam genggamannya, disebabkan itulah hingga sekarang bila saja Nalla membuka mulut mendedahkan sedikit demi sedikit rahsia Anwar, tiada sebutir pun kata-kata pembelaan yang keluar dari mulutnya.

Diam bermakna setuju, tapi bagi Anwar diam itu satu keperluan penting terutama bila berhadapan dengan Nallakaruppan, demi untuk mengelakkan lebih banyak rahsia peribadi luar tabienya menjadi perhatian umum.

Dan hari ini, Anwar telah mengemukan saman kepada Nalla.

Maka akan bermula lah siri pembongkaran sifat terkeji seorang yang Nalla label sebagai biseksual, yang menjadi "Sahibus Samahah" penganut PAS!

Wednesday, April 6, 2011

NALLA KENAL ERTI TAUBAT!!! ANWAR RUPANYA SEMAKIN LIGAT!!!


Nalla adalah orang yang paling rapat dengan Anwar.  Mereka telah berkawan selama berpuluh-puluh tahun.  Teman bermain tennis, dan juga pemandu Shamsidar untuk dibawa kepada Anwar.  

Nalla juga pernah dilokap gara2 setianya dalam persahabatan.  Namun akhirnya beliau tidak sanggup lagi melihat perlakuan jijik Anwar yg semakin menjadi-jadi waima telah keluar dari Bamboo River.  

Anwar tidak mengenal erti taubat, bahkan akan kembali pada kelakuannya sekalipun selepas mati.  

Skandal Anwar dan Shamsidar telah didedahkan juga oleh Nalla.  Dia cukup konsisten dengan ceritanya kerana tahu siapa itu Anwar.  Dan sudah tentu Anwar tidak berani menyamannya kerana Nalla punya bukti kukuh tentang salahlaku moral Anwar.  

PAS pula menutup mati, memekakkan telinga dan mematikan hati dari cuba mencari kebenaran.  


Video ini seharusnya melenyapkan segala kemusykilan pada dakwaan Nalla.  Jom kita layan...

Monday, March 28, 2011

PRINSIP ISLAM: DGR DARI KEDUA-DUA PIHAK. MENGAPA PAS MENOLAK?


GT selalu terfikir mengapa PAS, apabila berlakunya satu isu, tidak mahu mendengar dari kedua-dua pihak.    Paling jelas, kes Saiful Bukhari.  PAS lebih senang mendengar kelentong Anwar.  Mengapa PAS tidak mahu memberi peluang kepada diri mereka sendiri, agar mendengar cerita dari Saiful.  

Berdegar-degar dengan slogan membangun bersama Islam, disahut pula dengan lafaz pujian membesarkan Allah yang Esa, namun dari konsep pemahaman dan penerimaan prinsip Islam tidak pula diaplikasikan dalam konteks isu liwat Anwar terhadap Saiful. 

Terbaru, Nalla yang selama ini memegang rapi rahsia Anwar sudi untuk bertemu dengan PAS, dengan harapan agar ceritanya menjadi pertimbangan agar PAS tidak terus dikeldaikan oleh PKR.  Ini sudah tentu melibatkan agama Islam dan orang Melayu.  Bukan itu sahaja, ia juga melibatkan seluruh rakyat yang bernaung dibawah panji Jalur Gemilang.  

Sekali lagi, pendekatan tidak mahu mendengar dari sebelah pihak menjadi pilihan PAS.  Mat Put, Abg Din P, malah Idris Ahmad menyatakan nada yang hampir sama, tidak mahu melayan hasrat Nalla itu.  Sinisnya mereka berkata mereka "kenal" akan Nalla.  Bagaimana pula dengan Anwar?

Di manakah prinsip Islam, iaitu dengar dari kedua-dua pihak, diletakkan seperti yang mereka laung-laungkan?  Malang bagi penganut PAS kerana dihalang dari berfikir secara waras.  Jiwa "totok" yang telah meresapi mereka adalah acuan dari pemimpin2 mereka.  Kesetiaan itu penting, namun kebenaran itu lebih penting.  Lebih2 lagi dalam menentukan pemimpin, apakah sanggup dipimpin oleh manusia yang Nabi tidak mengaku umat?  Nauzubillahiminzalik!!!

Terbuktilah bahawa PAS hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka semata-mata.  Islam hanyalah alat, walhal hati mereka tidak berani berhadapan dengan kebenaran!!!

Adakah ini melayakkan kita menggelarkan mereka, MUNAFIK???

Monday, January 24, 2011

LIVE PRK TENANG: KENAPA ANWAR TIDAK BERANI HADIR KE PENAMAAN CALON???


Anwar kecut telur.   Ramai yang tertanya-tanya di mana Anwar sewaktu hari penamaan calon.  

Nalla datang rupanya... padanlah Anwar tak berani tunjuk muka!!!

Medan Info Kita mendedahkan DISINI.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...