Bersama Berjuang

Showing posts with label KBS. Show all posts
Showing posts with label KBS. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

HBN2012: Video Anak Muda Serang Putrajaya! Siapa Beri Greenlight???






Khusus untuk semua anak muda, bahawa anda diberi peluang terbaik untuk berada di Putrajaya dalam satu acara terbesar sebagai satu pengiktirafan generasi muda.

Sebanyak 500 acara telah dijadualkan, menanti kehadiran anda untuk sama-sama sertai dan memeriahkan acara terbesar ini.

Putrajaya dibenarkan untuk menjadi tuan rumah, khusus untuk program belia. Golongan lain tak dapat bro...

Terima kasih PM!

Jom turun... siapa nak tempur dengan team paintball GT?  Ada bran?




Tuesday, March 6, 2012

Mahfuz Bakal Jual "Bandaraya Pokok Sena" Gara-Gara Shabery Chik !!!



Mahfuz atau lebih dikenali sebagai Professor Serba Tahu ini sememangnya dikenali sebagai "penghujah hebat."  

Sebutlah bidang apa sekalipun, dari astronomi ke ekonomi, waima permasalahan metafizik yang melibatkan atom, atau dalam bahasa tasawwuf boleh dirujuk sebagai "nur", mampu dihuraikan secara terperinci dan ilmiah oleh Mahfuz.

Tidak hairanlah apabila dia berjaya mengangkat martabat Pokok Sena kepada status bandaraya berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.  Dan cita-citanya untuk menjadi PM adalah selaras dengan "kelayakkan" yang ada padanya dalam bidang ekonomi persis yang diajar di Oxford.

Namun kali ini, Mahfuz mungkin terpaksa menjual "bandarayanya", gara-gara kenyataannya menuduh KBS menyediakan dana sebanyak RM30 juta untuk menaja gerakan JATI yang dipimpin oleh Dato' Dr. Hasan Ali.  

Sebelum ini, Dato Dr. Hasan Ali juga telah menyatakan hasrat yang sama terhadap Mahfuz.  

Tuduhan yang amat berat ini boleh membawa tanggapan negatif kepada Kementerian Belia Dan Sukan.  Menterinya, Dato Seri Ahmad Shabery Chik berkata tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah seperti sama, sekiranya Mahfuz masih mengemukakan dakwaan tanpa asas.

GT percaya, kenyataan dari Mahfuz ini hadir dari anugerah "kebijaksanaan" yang dimiliki.  Pastinya, Mahfuz punya sebab untuk berbuat demikian.  Apatah lagi, setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dikawal oleh otak yang bernas, yang mampu menelaah permasalahan hidup, dari segi ekonomi, rohani dan jasmani.  

Walaupun dikhabarkan sekadar berpendidikan SRP, itu bukan halangan untuk Mahfuz, kerana he is gifted!  Bukti yang nyata, sehingga hari ini, rakyat Pokok Sena mahukan pemimpin "berfikiran jauh" dan "berwawasan" seperti Mahfuz ini.  Jasa Mahfuz membawa "pembangunan ekonomi dan infrastruktur" di Pokok Sena menunjukkan dia seorang yang "bijaksana"!


Kepada Dato Seri Ahmad Shabery Chik, GT cadangkan, jangan berlengah kerana dakwaan oleh Mahfuz ini, seandainya dibiarkan berleluasa bakal membenarkan dakwaannya.

Pembohongan seharusnya tidak diberi peluang untuk berlegar-legar di arena politik Malaysia.  

Sebelum sempat dia merealisasikan kata-kata kepimpinannya untuk menjual Putrajaya, pastikan Mahfuz terpaksa "jual" Pokok Sena terlebih dahulu!

Friday, February 24, 2012

PANASSS... Tun M Kata Buang Masa Layan Anwar!!!


Pada sidang akhbar, sejurus selepas tamatnya program Bicara Minda Bersama Tun M - Transformasi Kepimpinan Belia Meniti Cabaran Wawasan 2020, Tun M ditanya oleh seorang wartawan berkenaan dengan cabaran debat oleh Anwar Ibrahim terhadap DS Najib, berhubung dengan isu pelaburan asing dan keadaan ekonomi dunia.  

Apa Tun M jawab?  

"Wasting of time!". "Ini kerana DS Najib ada pandangan, dan Anwar ada pandangan tersendiri. Yang penting, pelan ekonomi negara sedang berjalan". 

Begitulah mudahnya Tun M menjawab. Bagi GT, cabaran ini hanyalah cara untuk Anwar meraih populariti murahan. Dan janganlah hendaknya DS Najib membuang masa melayan manusia meroyan itu.  

Andai benar hebat, Anwar seharusnya menyelesaikan janji-janji pilihanraya 2008 Pakatan di Selangor. Bukankah Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor? Harta anak syarikat negeri habis terjual, nilai simpanan tunai semakin merosot, pelaburan asing semakin menurun.  

Cuba pulihkan Selangor dahulu.  Jangan cakap tarak serupa bikin!

"Full House" di Bicara Minda Membuktikan Tun M Tokoh Negarawan Yang Dihormati!!


GT ingin ucapkan syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan, yang dipimpin oleh Datuk Ahmad Sabery Chik, yang mengambil inisiatif dalam mendekatkan golongan kepimpinan persatuan belia kepada tokoh negarawan tersohor, Tun M.  

Foto diatas membuktikan betapa sambutan luar dugaan ini adalah petanda Tun M mendapat perhatian serius di peringkat pemimpin pelapis.  Mengikut penganjur, mereka menjangkakan seramai 1000 orang belia akan hadir, namun jangkaan meleset, apabila seramai kira-kira 1500 wakil belia yang memenuhi ruang Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC pagi tadi.  Penganjur terpaksa membuka satu lagi dewan, bersebelahan dengan Dewan Tun Dr. Ismail ini bagi menampung jumlah hadirin.

Dalam ucapan pembukaan, Datuk Ahmad Sabery Chik mengimbas kembali kejayaan Tun M dalam menentukan halatuju negara.  Bukan itu sahaja, Tun M juga dilihat sebagai pemimpin yang berjaya mentadbir negara dengan cara tersendiri, sehinggakan negara-negara lain mengikut cara dan pendekatan yang diambil oleh Tun M.  

Tun M pula, dalam ucapannya secara terbuka menyatakan bahawa golongan pimpinan belia adalah pelapis kepimpinan negara.  Dan mereka seharusnya diberi ruang dan peluang untuk menyumbang idea untuk pembangunan negara.  Sedikit teguran, budaya mencantas pemimpin muda yang berkaliber harus diminimakan, dan pemimpin yang sedia ada perlu sedia berundur apabila tiba masanya, bukan terus-terusan berada di tampuk kuasa.  

Paling menarik, sesi soal jawab, di mana Datuk Ahmad Sabery Chik bertindak sebagai moderator.  Dan respons dari hadirin sangat menggalakkan, sehingga terpaksa menghadkan soalan-soalan berikutan kekangan masa.  Siapa yang tidak teruja, apatah lagi golongan belia, apabila diberi peluang untuk melontarkan soalan tentang kepimpinan dan halatuju belia kepada negarawan tersohor negara.  Tun M sendiri menjawab soalan-soalan itu.  

GT merasakan aura kehebatan seorang pemimpin, yang pastinya menjadi ikon kepada setiap warga belia yang hadir pagi tadi.  

Dan kehadiran yang ramai itu sebenarnya memberi petanda atau isyarat yang sihat kepada KBS, kerana satu acara terbesar untuk belia, iaitu Himpunan Sejuta Belia 2012 di Putrajaya pada bulan May nanti.  

Syabas KBS, program bersama Tun M ini, GT klasifikasikan sebagai berjaya!  Semoga kejayaan ini dapat menjadi benchmark, untuk bersiap sedia, May menanti.

Foto2 Program Bicara Minda Bersama Negarawan Tersohor, Tun M, Pagi Tadi!!!









Laporan dan ulasan GT selepas ini... Tungguuuuu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...