Bersama Berjuang

Showing posts with label Tengku Zafrul. Show all posts
Showing posts with label Tengku Zafrul. Show all posts

Friday, March 18, 2011

SERONOKNYA DIBAYAR GAJI UNTUK BALUN YANG MEMBAYAR GAJI!!!


Akhirnya YAB Perdana Menteri, DS Najib menerangkan kepada rakyat tentang isu perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru.  

Perlantikan TS Isa sebenarnya adalah dari pengalaman luasnya dalam pentadbiran, pengurusan dan  kemasyarakatan.  

Isu ini menjadi topik bualan yang hangat dikalangan pihak pembangkang berhubung dengan "sejarah" TS Isa Samad sewaktu pemilihan UMNO suatu ketika dulu.  

Cili kasi taruk!, muncul pula golongan-golongan "intelligent" dalam sektor ekonomi yang mengatakan perlantikan itu akan hanya mengundang malapetaka kepada pasaran.  Perkara ini turut menjadi peluru PAS sewaktu PRK Kerdau baru-baru ini.

Individu "intelligent" ini pula masih dan sedang menikmati jawatan dan gaji yang lumayan, dibayar oleh GLC milik kerajaan!!!  

Seronoknya andai dibayar gaji untuk menghentam pihak yg membayar gaji!  It is called an intelligent move!

Friday, February 25, 2011

DATUK SYED ALI ALHABSHEE BANTAI ZAFRUL!!!


Syed Ali cabar Tengku Zafrul meletakkan jawatan

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dicabar supaya meletakkan jawatan jika sudah tidak lagi selesa bekerja di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Tengku Zafrul dilihat seolah-olah memperlekehkan keputusan dan bidang kuasa Perdana Menteri yang melantik Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.

Sedangkan, kata beliau, Tengku Zafrul sendiri bekerja di bawah syarikat milik kerajaan (GLC) dan tidak wajar baginya untuk melemparkan kritikan keterlaluan terhadap sebuah GLC yang lain tidak kira atas dasar apa sekali pun termasuk peribadi.

"Malah bukan setakat keputusan Najib yang diperlekehkan Tengku Zafrul, beliau juga mempersendakan kelayakan dan pengalaman Mohd. Isa.

"Jika beliau mahu dilihat sebagai jaguh dan ingin bermain politik, maka saya cabar beliau melepaskan segera jawatan tersebut, tidak perlu berdolak-dalik dan bersembunyi di sebalik sehelai daun.

"Kalau Tengku Zafrul tidak faham politik, lebih baik diam dan tidak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah beliau tidak sehaluan dengan pentadbiran Najib," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, yang turut dimuatkan dalam blognya.

Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda apabila mengatakan ia memberi isyarat kepada pasaran saham sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof juga dilaporkan turut mengkritik pelantikan tersebut.

Syed Ali turut kecewa dengan jawapan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar tentang isu itu apabila menganggap kenyataan Tengku Zafrul sebagai satu pandangan peribadi.
Beliau menegaskan, Abdul Wahid tidak perlu memberikan pelbagai alasan hanya untuk menjaga kepentingan Tengku Zafrul.

"Saya nak tanya Wahid, apakah penganjur forum tersebut menjemput Tengku Zafrul atas nama peribadi atau atas kapasiti selaku CEO Maybank Investment Bank Bhd.?

"Itu soalan mudah yang perlu dijawab oleh Wahid, tak payah nak memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal," katanya.

Sehubungan itu, Syed Ali mahu Pengarah Urusan Khazanah Nasional (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar mengambil perhatian serius terhadap perkara tersebut.

"Kalau Wahid takut bertindak, saya desak Azman mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tengku Zafrul supaya dijadikan teladan kepada peneraju GLC supaya tidak mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut hanya kerana berasakan diri mereka terlalu pandai," katanya.

GERAKAN TIMUR:
Forum ekonomi, tentulah dipanggil berdasarkan kapasitinya dalam bidang ekonomi.  Tahniah kepada Datuk Syed Ali Alhabshee kerana membantai golongan yang tak tahu mengenang budi nih!!!


Wednesday, February 23, 2011

ZAFRUL ANAK EMAS WAHID? MAYBANK ANAK EMAS SIAPA?


Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato Seri Wahid Omar berkata bahawa kenyataan Zafrul terhadap perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi Felda adalah bersifat peribadi, dan bukannya atas kapasitinya yg mewakili Kumpulan Maybank.

Alasan DS Wahid ini saling tak tumpah seperti alasan2 yang diberi oleh pemimpin parti2 pembangkang apabila tersilap langkah.  Ini adalah nak cover!!!

Andai inilah alasan dari seorang leader GLC, maka selepas ini beliau layak untuk menghadiri forum pembangkang dan berkata bahawa DS Najib telah membuat keputusan yang salah dengan melantik TS Isa.  

DS Wahid kemudian boleh berkata bahawa ini adalah pandangan peribadinya, dan bukan atas kapasiti sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank!!!

Tidak dilupa bahawa KJ juga berhak memberi pandangan peribadinya seperti "Kalimah Allah???  Errr.. No komen!!!" atau "Saya menyokong saranan Tony Pua untuk menghapuskan kouta bumiputera untuk pemilikan rumah!  Ini pandangan peribadi saya, dan bukannya atas kapasiti sebagai KP UMNO!!!

Mohon maaf kepada pembaca sekalian, perumpamaan2  ini terpaksa GT gunakan untuk jawapan bodoh dari orang pandai.  GT sekolah atap jeerr...

Maaf dipinta atau maaf diberi, isunya disini ialah the damage has been done!!!

GT bersetuju dengan sahabat blogger Warisan 2057 yg menulis "Zafrul Anak Emas Wahid?".  KLIK SINI.

Thursday, February 17, 2011

MAYBANK WAJIB PECAT ZAFRUL KERANA MENGHINA PELANGGAN!!!


GT masih mengikuti perkembangan kisah Zafrul yg seharusnya sudah tidak harus berada bersama Maybank.  Namun sehingga kini, masih belum ada sebarang perkembangan dari Maybank.  

Felda wajib mengeluarkan segala deposit atau assetnya dari Maybank seandainya Zafrul masih lagi berada di dalam syarikat itu!!!  GT percaya byk lagi bank-bank yang mampu mengurustadbir urusan ini bagi pihak Felda.  Selagi Zafrul bersama Maybank, lupakan Maybank!!!

Felda harus ajar mana-mana pihak yang cuba memburukkan imej Felda itu sendiri!!!

Monday, February 14, 2011

KEMPEN NO MORE ZAFRUL, BOYCOTT MAYBANK!!!


Customers are always right dan Customer is king.  Dua istilah ini cukup popular apabila kita menceritakan hubungan bisnes dengan pelanggan.  

Tapi si Zafrul ini dah terlebih pandai.  Mgkin dia jenis bagi arahan je, tanpa menyelidik latarbelakang pelanggan2 nya.  Ataupun  mgkin ini adalah permainan "politik" terbarunya.  

GT menyokong saranan sahabat The Unspinner untuk kempen ini.  Felda harus menarik balik depositnya di dalam Maybank.  Felda tidak harus terus memberi keuntungan kepada institusi yang mempertikaikannya.  

No More Zafrul, Boycott Maybank!!!

SIAPAKAH ZAFRUL???


Siapa Zafrul?  Namanya tiba-tiba menjadi popular apabila mengkritik perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengurusi Felda yang baru. 

Menurutnya, perlantikan TS Isa Samad memberikan wrong signal pada pasaran.  

Menurut seorang pembaca, Zafrul adalah kepada Raja Zaharaton, bekas KSU EPU.  Jawatannya yang diperolehinya dikatakan bukan hasil dari genius, tapi menumpang tuah ibunya.  Zafrul pernah memegang jawatan penting di ECM Libra, CitiBank, Tune Money.  

Zafrul dikatakan  "key player" untuk perompakan korporat dari era kegelapan pentadbiran Malaysia yang dipimpin oleh Pak Lah dan KJ.

Byk lagi yang GT tak tulis.  Anda boleh membaca dengan lanjut di MyKMU, GAP dan The Unspinner.  Anda carilah kronologi peningkatan jawatan dia dari satu syarikat kepada syarikat lain.  

Adakah ini hasil dari dari otak geniusnya, atau hasil dari "manfaat" yang dimainkan untuk bAhlul politik?

Atau adakah ini permainan politik terbaru dari Zafrul?  Jika benar, dia bercakap untuk siapa?


p/s - nantikan ulasan penuh untuk SSDE di Paya Jaras jam 10.03 pagi ini!!! Panasssssss...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...