Bersama Berjuang

Showing posts with label Aiskrim. Show all posts
Showing posts with label Aiskrim. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Adusssss... Dia Sudah Lari Pulak Dah!!! Camner Nih???



April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.

Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.

Jikalau tidak, tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Sebetulnya ramai pihak tertanya-tanya kenapa sehingga kini Azmin tidak membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mengetahui kebenaran foto tersebut.

Bukannya sesuatu yang sukar untuk melakukannya, cukup sekadar meluangkan sedikit waktu untuk ke Balai Polis berdekatan dan mengadu pada polis yang dirinya telah sengaja dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.

Lagipun jika sudah begitu yakin langsung tak terlibat dengan aktiviti 'jual beli aiskrim' di dalam tandas, apa nak ditakutkan sangat dengan risiko dituduh membuat laporan polis palsu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa maklumat dari sumber-sumber tertentu menyebut wanita 'peminat aiskrim' yang dikaitkan dengan Azmin Ali kini sudah lari dari Malaysia, betulkah?

Wanita tersebut dikatakan sengaja dihantar ke luar negara oleh seseorang demi mengelakkan kebarangkalian disiasat oleh pihak berkuasa disamping untuk melindungi lelaki yang dikaitkan dengan dirinya.

Setakat ini tiada kesahihan yang pasti berhubung maklumat tersebut, harapnya ia hanya sekadar khabar angin semata-mata. Maklumlah, entah-entah wanita itu cuma keluar melancong seketika bercuti merehatkan minda, mungkin juga.

Apapun, diharapkan Azmin Ali dapat mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk segera membuat laporan polis supaya kebenaran dapat diketemui dan lelaki 'penjual aiskrim' itu dapat segera dikenalpasti.

Monday, May 14, 2012

Sekitar Demo Aiskrim 1.0 - Demo Terbaik & Paling Aman!


Demo paling sempoi yang pernah GT sertai, atau yang pernah GT lihat.  

Demo santai ini menenggelamkan tanggapan ramai bahawa terdapat unsur-unsur lucah, namun sebaliknya.  Para pendemo berkeliaran menghadiah aiskrim kepada rakyat, dengan tagline "Makan Aiskrim Jangan Dalam Jamban!" ... Muahahahahaha...


Kelibat kereta dan motorsikal yang sporting memberhentikan kenderaan lalu menyambut baik huluran aiskrim sama sekali menafikan sebarang bentuk provokasi.  Malah, demo ini mendapat tumpuan dari ibu bapa, yang membawa anak mereka di dalam kenderaan.  


Aiskrim dan anak-anak memang tidak boleh dipisahkan.  Begitulah hubungan ibu dan anak, yang terpaut erat.  Mesej kedua dalam demo ini mudah, sesudah makan aiskrim, jangan pula derhaka atau lupakan ibu di rumah!  


Simbolik yang penuh sarkastik, atau sinis dalam usaha mendidik masyarakat cara sebenar menikmati aiskrim, iaitu DUDUK DAN JILAT!  


Peace no war... nantikan Aiskrim 2.0 dan 3.0 yang bakal berada di kawasan anda! The combination of education dan entertainment on how to eat dan enjoy an icecream will be delivered to you soon.  Be positive, cut n clear!

Sempooiiii.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...