Bersama Berjuang

Showing posts with label JEFFRY KITINGAN. Show all posts
Showing posts with label JEFFRY KITINGAN. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

SAH!!! JEFFREY KITINGAN KELUAR PKR!!!


Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengesahkan keluar dari parti tersebut dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Disember lalu.
 
Beliau telah pun menubuhkan United Borneo Front, yang fokus kepada Borneo KLIK SINI.  Namun, itu adalah NGO sebagai kumpulan pendesak. 

Persoalannnya, ke manakah hala tujunya selepas ini???  Adakah beliau bersedia meninggalkan selamat tinggal politik???  Ataupun, KITA akan menjadi platform terbarunya???  

Kita tunggu dan lihat.

PKR SEMAKIN JAHANAM!!! HANCURRR..!!!

Friday, December 17, 2010

JEFFREY KITINGAN BENTUK BARISAN BERSATU BORNEO - ANUWAR TAK BOLEH HARAP!!!


PENAMPANG, 16 Dis (Bernama) – Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Katanya agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.

Jeffrey, yang menjelaskan beliau belum menyerahkan surat keluar daripada PKR, berkata UBF mahu kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain, beliau berkata UBF akan menyokong sesiapa saja yang dapat menjamin hak dan keadilan kepada penduduk Sabah dan Sarawak.– BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...