Bersama Berjuang

Showing posts with label Tanggungjawab Sosial. Show all posts
Showing posts with label Tanggungjawab Sosial. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Jawapan Jurutera Kepada Para Pengkritik Kereta Nasional


APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. 

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut: 

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan. 

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham. 

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini? 

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah. 

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri. Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?” 

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur. 

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. 

Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka. 

Engr. Hj Norzafry B Norhalim Mantan Presiden Pembina. 

Sumber: Tengoktvonline.

GERAKAN TIMUR:
GT tetap berbangga dengan kereta nasional...

Masih teringat Leem Keet Siyal dan Kapal Sink gelakkan Tun M sewaktu idea pembinaan kereta nasional ini diutarakan. Kononnya Malaysia tak mampu membina kereta sendiri..

Thursday, August 1, 2013

WAJIB BANTU - JIHAD: Sokongan Anda Kepada Cikgu Mohd Nasir Mohd Nor Diperlukan... JOM LIKE!



Ini soal mempertahankan kebenaran...
Ini soal mempertahankan seorang pendidik anak bangsa yang dianiaya...

Apatah lagi jika sesama Muslim... mengapa perlu kita menikus tatkala kita di pihak yang benar? 

Kepada yang masih belum berbuat demikian, nyatakan sokongan anda kepada warga kepada Cikgu Mohamad Nasir Mohd Nor dengan "LIKE" page INI

Monday, March 12, 2012

AL-FATIHAH Buat Adik Nurul Nadirah...


JOHOR BAHARU : Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini,Isnin.

Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.

Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima,Bandar Seri Alam.Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

GERAKAN TIMUR:
Bermacam cerita "dibelakang tabir" yang GT dengar tentang kehilangan Adik Nurul Nadirah ini.   Apapun, semoga apa yang kita dengar itu menjadi tauladan kepada diri kita sendiri.  

GT ada siarkan artikel memohon bantuan semua untuk sama-sama memberi maklumat kepada pihak berkuasa sebelum ini agar adik Nurul ditemui. Dan pada sesiapa yang mempunyai maklumat terbaru berkenaan kes ini, jangan ragu-ragu untuk hadir ke balai polis yang berhampiran. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.  

AL-FATIHAH...

Wednesday, March 7, 2012

Blogger Prihatin: Malaysia, Adik Ini Telah Hilang Dari Pangkuan Keluarga!!!


GT bermohon pada semua rakyat Malaysia, samada anda pro kerajaan, pro pembangkang, kerjasama anda diperlukan demi kepulangan adik Nurul Nadirah ke pangkuan keluarganya.  

Hubungi no tel yang tertera sekiranya anda ternampak, melihat, atau mempunyai maklumat tentang adik Nurul ini.

Prihatin 1 Malaysia, demi kesejahteraan rakyat.  

Keluhan akar umbi, Gerakan Timur ambil peduli.

Monday, March 5, 2012

Blogger Prihatin: Malaysia, Bantulah Gadis Ini...!!!





SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik. 

Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan. 

Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar. 

Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.

Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.

Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.

Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.

Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila. 

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.

Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.

Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.

Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.

Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.

Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.

Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut. 

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan. 

Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila. 

Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!


Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281

Sunday, February 26, 2012

JOM: Kenduri Jom Daftar Undi Di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa!



KUALA LUMPUR 22 Feb. - Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. (Restoran Sekinchan) akan menganjurkan kempen pendaftaran pemilih ”Kenduri Jom Daftar Undi” di Laman Pengantin di Setiawangsa di sini pada Ahad ini.

Pengasas dan pemilik Restoran Sekinchan, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, kempen itu, yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), akan berlangsung dari 11 pagi hingga 6 petang.

"Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat Restoran Sekinchan dalam membantu SPR menambah jumlah pengundi ekoran jumlah rakyat Malaysia yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi masih tinggi”, katanya pada sidang media mengenai kempen itu di sini, hari ini.

Sambil mempelawa orang ramai mengambil peluang untuk mengundi, Jamal berkata, restoran itu juga akan membuat promosi menerusi Facebook, Twitter selain mengedar risalah di sekitar Lembah Kelang. - BERNAMA

GERAKAN TIMUR:
Bergegar mana pun komentar anda di blog ini, tidak akan ada makna sekiranya anda belum mendaftar sebagai pemilih.  

Berapi mana pun komentar anda di blog ini, tidak akan bermakna sekiranya ahli keluarga anda belum lagi mendaftar sebagai pemilih.  

Sekiranya anda dan ahli keluarga sudah layak untuk mendaftar, maka daftarlah sebagai pemilih.  Kerana anda adalah senjata, undi anda adalah peluru.  

Kita akan berperang tidak lama lagi, perang dunia moden yang menjadikan demokrasi sebagai ideologinya.  Jadi, apa tunggu lagi?

1 undi bermakna kemenangan!  JOM DAFTAR!!!

Thursday, January 26, 2012

Portal Terbaru Untuk Generasi Muda!!! Jadikan Ia Rutin Anda!!!


Suara Generasi Baru, satu portal yang GT difahamkan dibangunkan oleh anak-anak muda untuk mencambah pendapat mereka.  

Anak muda mahukan pendapat mereka didengari.  Opportunity to be heard.  Dan jangan pinggirkan mereka, kerana mereka yang akan menentukan kepimpinan masa hadapan.  
Jadikan ia rutin bacaan anda!!!  KLIK SINI

Monday, January 16, 2012

Surat Terbuka Kepada YB ADUN Meru!


Email ini telah GT terima beberapa hari yang sudah.  Lagi keluhan rakyat terhadap ADUN Meru, YB Dr. Rani.  Keluhan akar umbi, Gerakan Timur ambil peduli.

Salam Yb,

Kami merupakan satu pertubuhan belia yang berdaftar yang berada didalam kawasan jajahan Yb iaitu Meru, disini kami ingin meluahkan perasaan kekecewaan kami terhadap tindak tanduk Yb, yang mana Yb menyokong dan menyarankan ramai orang untuk berhimpun serta berdemo di mahkamah pada 9 Jan 2012 bertujuan untuk menyokong dan membela seorang pemimpin yang sedang dihadapkan muka keadilan.

Kami sedih dengan arahan yang Yb berikan kepada ahli ahli Pas dan juga orang ramai untuk turut serta didalam demonstrasi jalanan ini, yang mana dikhuatiri akan menjadi tidak terkawal dan mendatangkan ancaman kepada pihak pihak yang tidak terlibat.

Disini, kami generasi anak muda masa kini berfikiran, adalah lebih baik Yb dapat membimbing serta mendidik kami ke arqh jalan yang lebih baik serta diredhai.

Kami mencadangkan, tindakan yang lebih baik serta berilmu sekiranya dapat Yb serta barisan pimpinan untuk mempelawa semua rakyat untuk bersama dalam "solat hajat" memohon petunjuk dan hidayah dari yang maha ESA....

Kami juga merasa amat sedih kerana usaha Yb dalam menyokong seorang pemimpin adalah amat keterlaluan dari usaha Yb menghargai pengundi yang pernah mengundi Yb sebelum ini yang terhimpit dalam kemelut tapak perniagaan bazaar di Klang Sentral.

Kami, generasi anak muda masa kini ingin menegaskan bahawa, kami sudah tidak boleh terima dengan cara pimpinan serta pentadbiran Yb kerana Yb hanya menitik berat kepada ahli parti serta penyokong tegar Yb sahaja, ini kerana ada beberapa ahli kami yang telah kepejabat Yb untuk memohon sokongan didalam permohonan jawatan tetapi telah dihalau oleh kakitangan pejabat Yb, kami sedih kerana wakil rakyat kami yang berat sebelah dan hanya mementingkan parti sahaja berbanding rakyat yang diwakilinya...

Kami percaya, ramai rakyat dan pengundi dikawasan ini telah sedar dengan kesilapan yang mereka telah lakukan di PRU12 yang lalu....
 
-suara anak muda meru-
Kelab Belia Generasi Aktif

Sunday, November 6, 2011

SALAM AIDIL ADHA

Gerakan Timur mengucapkan selamat menunaikan ibadah qurban kpd semua.

Semoga ia menguatkan lagi ukhwah dan kerjasama di kalangan kita, umat Islam, umat Muhammad.

Published with Blogger-droid v2.0

Tuesday, October 11, 2011

Al Fatihah... Perginya Sebutir Bintang...


KUALA LUMPUR, 11 OKT 2011: Biduan Negara Datuk Ahmad Jais yang digelar sebagai Frank Sinatra Malaysia oleh pengarah muzik terkenal, Dato Ramli MS telah pun kembali ke rahmatullah, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Ahmad Jais yang dilahirkan di Kapar, Kelang, Selangor pada 28 Mac 1936 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam Selangor.

Datuk Ahmad Jais yang dikenali menerusi lagu Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka, Gelisah, Budi Setahun Segunung Intan (duet bersama Kartina Dahari) dan Juwita Ku Sayang (duet bersama Darin Rafeah Buang) meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan paru-paru.

Sejak menghambakan dirinya sebagai anak seni, Ahmad Jais sudah merakamkan suara menerusi lebih 100 lagu dalam 15 album. Kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Beliau juga pernah menjuarai anugerah Juara lagu asli pada 1959 dan 1960, Juara lagu pop (1962) dan Juara lagu asli (1962), Anugerah Sepanjang Zaman Papita 2011 serta Anugerah Budian Veteran menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2002).

Selain itu, beliau juga pernah diberi kepercayaan untuk mengadakan beberapa konsert yang besar. Antaranya, Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Beliau juga turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang diPertuan Aging Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari keputeraan Seri Paduka Baginda yang ke-63 pada 2006.
 
GERAKAN TIMUR ingin mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar buat seluruh industri hiburan tanah air.  Hilang sudah salah seorang favourite artis GT...

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah...

Tuesday, October 4, 2011

Al Fatihah... Datuk Roslan Md Yusof (BN-Johol) Kembali Ke Rahmatullah


KUALA LUMPUR, 4 Okt — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol, Negeri Sembilan Datuk Roslan Md Yusof meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Pada 8 Mac 2008, Allahyarham Roslan dari Barisan Nasional (BN) menewaskan Kamarudin Md Tahir dari PAS dengan majoriti 1,263 undi.

Wakil rakyat penggal kedua ini menjalani pembedahan spina dua tahun lalu dan bergantung pada kerusi roda selepas terjatuh di rumahnya Ogos lalu, lapor Star Online.

Jenazah Roslan akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Wednesday, September 7, 2011

Memoir Abdullah CD Mengesahkan Status Mat Syabu si Pecacai Komunis...!!!


Ini buku yang terus menelanjangkan Ayatollah Mat Syabu!!!

Memoir Abdullah CD adalah buku yang dihasilkan oleh Abdullah CD, antara pemimpin terawal PKM, dipercayai seangkatan dengan Chin Peng.

Dan ianya merupakan rujukan utama bagi mereka yang ingin mengetahui tentang PKRM PKM,  berikutan kredibilitinya sebagai pemimpin PKM, yang pastinya lebih tahu tentang latarbelakang pergerakan itu. 

Abdullah CD menulis pada muka surat 112 sehingga 120 tentang Mat Indera, iaitu ketua rejimen ke 4 Komunis Melayu Johor.

 
GT mohon agar PAS beli buku ini untuk Mat Syabu, buat pedoman agar kembali ke jalan yang benar. 

Dan bersyukurlah kita kerana PASTI tidak mempunyai subjek sejarah, andaikan ada, maka punah sudah pemikiran kanak-kanak itu diselewengan oleh pembohongan dari Timbalan Presiden PAS PIS PUS, Ayatollah Mat Syabu!

Mat Syabu terus tertunduk malu, dek keceluparan mulut yang berasaskan otak udang!

Sunday, September 4, 2011

Al-Fatihah... Sampaikan Ucapan Takziah Anda di FB Tribute To Noramfaizul!!!

Sampaikan ucapan Takziah anda DISINI

Al Fatihah...

Video Suasana Pilu Menyelubungi Rumah Arwah Noramifaizul Md Nor




Tangisan pilu seorang ibu apabila kehilangan anaknya yang terkorban dalam misi kemanusiaan Somalia.

Itupun Latheefa Koya cuba politikkan... sial punya betina!!!

TERKINI!!! Konvoi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia Tiba Esok!


Konvoi Misi Kemanusian Kelab 1 Malaysia yang diketuai oleh Datuk Azeez Rahim dijangka akan tiba esok jam 9.00 pagi di Lapangan Terbang TUDM Subang.  

Perdana Menteri pula dijadualkan tiba pada jam 9.30 pagi.  

Kepada yang berkelapangan, hadir lah untuk memberi sokongan anda kepada konvoi ini, juga penghormatan terakhir kepada pejuang, Noramfaizul.  



Latheefa Koya pergi mampus!!!

Monday, August 29, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432 HIJRAH DARI GERAKAN TIMUR!!!


GT mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala ketelanjuran, kesilapan, tersalah bahasa, atau tersilap ludah dengan gaya penulisan gaya GT kepada semua sahabat bloggers dan pembaca yang budiman samada penyokong BN atau pembangkang.  

Semoga berbahagia di samping orang yang tersayang di hari yang mulia ini.  

Salam Lebaran Minal Aidil Wal Faizin...

Maaf Lahir Bathin...

Gerakan Timur.. Panji Hitam Di Ufuk Timur

Saturday, August 27, 2011

Ya Allah!!! Engkau Rahmatilah Sahabat Berhati Waja Yang Akan Berjuang Di Jalan Mu Ke Somalia!!!


Misi bantuan kemanusiaan kelolaan BAKTI dengan kerjasama Kelab Putera 1 Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah.  Sukar... cukup sukar. 

Tahniah kepada Datin Seri Rosmah Mansur, dan Datuk Azeez Rahim selaku "front liner" dalam misi ini.

Untuk makluman, tiada satu pun pesawat komersil yang sanggup terbang ke Somalia kerana risiko yang cukup berbahaya.  Apatah lagi syarikat insurans yang berani menandatangani kontrak dengan sahabat-sahabat yang akan ke sana.  Jangan harap!!!

Jadi, risiko adalah atas mereka sendiri!!!

Begitulah murninya erti sebuah perjuangan apabila ada golongan yang sanggup berdepan dengan maut, apatah lagi akan mengorbankan Aidilfitri bersama insan tersayang.  

GT difahamkan ahli misi terpaksa dikurangkan berikutan isu pesawat yang terpaksa ditukar, dari pesawat komersil Air Asia kepada pesawat TUDM Charlie C-130.  


Dugaan pertama yang dihadapi oleh konvoi, yang terpaksa terbang tanpa kekuatan seperti perancangan awal.  Namun, ahli misi telah bertekad, kerana masa adalah musuh utama, kerana pada setiap 6 minit, seorang kanak-kanak akan menemui ajal!!!  Dan 300 ribu bakal menghadapi ancaman ini!!!  

Hayati video yang cukup menyayat hati ini... 



Dan misi ini akan disertai oleh para sahabat, juga seorang sahabat blogger, yang GT cukup hormat akan pengorbanannya demi Agama, dan atas dasar kemanusiaan.  Biarlah yang empunya badan membuat pengumuman itu nanti.

GT mohon doa dari kalian semua, pembaca, samada dari UMNO, PAS, PKR mahupun yang atas pagar, agar misi ini berjaya hendaknya, atas dasar kasih sesama saudara Islam.

Bismillahi Allahuma... 

Ya Allah... Dengan kemulian Ramadhan yang engkau kurniakan kepada umat Muhammad, Aku bermohon kepada Mu ya Allah, rahmatilah, berilah perlindungan kepada sahabat-sahabat pejuang

Ya Allah... berikan kekuatan hati dan jasmani mereka, agar teguh berhadapan dengan dugaan Mu...

Ya Allah..  Iringi mereka dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Mu, agar sahabat-sahabat pejuang selamat pergi dan selamat pulang...

Ya Allah... Hanya Engkau yang kami sembah, dan Engkau tempat kami memohon pertolongan...

Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Dari GT


Kembang Melati Sungguhlah Indah,
Di Tengah Taman Jadi Hiasan,
Harum Ramadhan Tercium Sudah,
Salah dan Silap Mohon Maafkan...

Bunga Telangkai, Terikat Tali,
Mengikat Hati Si Mawar Berduri,
Beningnya Hati Indah Sekali,
Ramadhan Hadir Sucikan Diri,

Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.  

Salam Ramadhan Al - Mubarak dari Gerakan Timur kepada pembaca blog picisan ini dan seluruh muslimin dan muslimat. 

Friday, July 29, 2011

Tahukah Anda Polling Agent Mampu Selesaikan Pengundi Hantu? Ambiga Tidak Tahu!!!


Ramai rakyat tidak tahu bahawa sistem yang diamalkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya sudah mencukupi bagi mengatasi samada masalah pengundi hantu atau warganegara asing atau warganegara yang berumur 100 tahun lebih ke atas.
 
Mari kita lihat prosedur yang telah diamalkan oleh SPR mengenai PACA (Polling Agent & Counting Agent)

Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding samada pembangkang atau pihak kerajaan untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi bagi pihak calonnya.
 
Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.
 
PACA dikehendakki mengisi Borang A yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada Ketua PACA 3 hari sebelum hari pengundian. Salinan Borang A hendaklah disimpan oleh setiap petugas PACA.
 
Ketua PACA dikehendakki membawa semua Borang A yang telah lengkap semasa hari pengundian.
 
Petugas PACA dikehendakki berpakaian kemas tanpa logo parti serta membawa MyKad, pensil/pen, pembaris, pemadam untuk tujuan mengawasi senarai nama-nama pengundi bukan tidur dalam tempat mengundi.
 
Apakah Tugas Polling Agent
• Petugas Polling Agent mengikut shif yang ditentukan bermula jam 7 pagi 
 
Mereka akan pastikan semua tong undi kosong kemudian ditutup dengan lilin cair warna merah.
 
Semua kertas undi mempunyai nombor siri yang betul dan berturutan, tiada berulang, tidak licin, terutama dibahagian pangkah calon.
 
Mereka akan catatkan no. siri dan jumlah kertas undi.
 
Tandatangan Borang 13 setelah semua kertas undi telah diperiksa dan simpan 1 Salinan Borang 13 untuk simpanan.
Senarai nama mereka yang periksa dan gariskan
• Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. 

Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan.
 
• Polling Agent akan pastikan umur dan bangsa pengundi adalah munasabah
 
Contoh jika No KP 370110-05-2020 sepatutnya berumur 70 tahun tapi yang datang berumur 30 an, angkat tangan dan buat aduan pada Pegawai SPR supaya pengundi tadi disiasat. Atau jika namanya disebut Melayu tapi yang datang berketurunan bukan Melayu minta pegawai SPR sahkan.
 
• Tidak sesiapa pun di benarkan masuk dalam tempat mengundi kecuali Petugas SPR, polis bertugas, calon dan wakil calon yang bertanding sahaja.
 
• Yang berada di tempat mengundi adalah Petugas SPR, petugas parti lawan, pengundi tidak memakai baju atau lambang parti.
 
• Polling Agent tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkan tempat mengundi terutamanya waktu akhir 4 ptg – 5 ptg walaupun keluar merokok sebentar.
 
• Jika mereka nak hendak keluar juga perlu  hubungi Ketua PACA untuk diganti sementara.
 
• Apabila tamat tempoh mengundi petugas PACA akhir catatkan no siri yang telah digunakan dan no siri kertas undi yang tinggal. Kertas undi lebih akan dimasuk dalam sampul surat 1 dan ditutup. Kertas undi telah dikoyak akan dimasukkan dalam sampul surat 2 dan ditutup. Kedua-dua sampul 1 & 2 akan dimasuk dalam tong undi dan ditutup.
 
• PACA akan pastikan Borang 14 diisi, iaitu Jumlah kertas undi dikoyak dan jumlah kertas undi baki. Pastikan maklumat dalam Borang 14 dan Borang 13 sama.
 
• Jam 5 ptg – 6 ptg ialah waktu rehat. Polling Agent tidak dibenarkan meninggalkan tempat peti undi.
 
SPR akan beri cara menganggar Umur dari MyKad contoh Tahun semasa 2007
• Nombor MyKad bermula 0 umur antara 98 – 107 tahun
• Nombor MyKad bermula 1 umur antara 88 – 97 tahun
• Nombor MyKad bermula 2 umur antara 78 – 87 tahun
• Nombor MyKad bermula 3 umur antara 68 – 77 tahun
• Nombor MyKad bermula 4 umur antara 58 – 67 tahun
• Nombor MyKad bermula 5 umur antara 48 – 57 tahun
• Nombor MyKad bermula 6 umur antara 38 – 47 tahun
• Nombor MyKad bermula 7 umur antara 28 – 37 tahun
• Nombor MyKad bermula 8 umur antara 18 – 27 tahun
 
Setiap kali pilihanraya SPR akan bentangkan Nombor Mykad bermula contohnya 87, 88, 89, 90 dan seterusnya adalah tidak layak untuk mengundi pada tahun 2007 kerana berumur kurang 21 tahun.
 
Persoalannya sekarang:
1. Kenapa masih wujud lagi pengundi hantu, jika ada sudah semestinya polling agent pembangkang akan terus membantah.
2. Kenapa perlu ada pengundi berumur lebih daripada 100 tahun kerana polling agent pembangkang akan memastikan senarai nama dan no kad pengenalan
 
Apa yang boleh saya katakan di sini sistem yang diamalkan oleh SPR sebenarnya sudah lengkap dan memadai cuma polling Agent yang dilantik oleh pembangkang memang jenis tak tahu nak buat kerja atau tidur semasa proses pengundian dijalankan.
 
Kemudian bila kalah mereka terus menyalahkan kerajaan. Pembangkang sepatutnya Bersihkan dahulu Polling Agentnya sebelum membuat berbagai dakwaan yang tidak masuk akal.
 
Kita tunggu apakata Ambiga mengenai polling agent ini.
 

GERAKAN TIMUR:
Itulah masalahnya pembangkang yang sekadar ingin mencipta isu.  Apatah lagi perkara ini diwar-warkan pula oleh mereka yang tidak pernah bertugas sebagai polling agent.  

Polling agent mereka pula seolah-olah berdiam diri tentang perkara ini.  Apakah mereka mahu menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan umum?  

Atau mereka tidak tahu tugas sebagai polling agent...  bodoh barangkali? hehehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...