Bersama Berjuang

Showing posts with label PRK Tenang. Show all posts
Showing posts with label PRK Tenang. Show all posts

Friday, February 4, 2011

HADI AWANG MENGAMUK SALAHKAN ABANG DIN DI TENANG???


Hadi Awang mengamuk gila babas!!!  Puncanya, kekalahan teruk PAS di Tenang.  Ye la..  Dia kan orang yang paling menyokong Cikgu Mala sebagai calon.  Kalah teruk, maknanya kredibiliti dia pun tercalar juga.  Nak tutup malu diri sendiri, jadi terpaksa mengkambinghitamkan pihak lain.  Dalam isu ini, paling mudah salah kerajaan la. 

PAS kalah di Tenang.  Hadi Awang patut tanya Pengarah Jentera Pilihanaraya nya, mengapa taktik dan teknik perang saraf mereka tidak berjaya.   Di mana silapnya???  Salah taktik, atau teknik, ataupun pengarah jenteranya yang bersalah kepada parti... hehehehe...

Hadi Awang kata demokrasi di Malaysia berat sebelah.  Senarai pengundi tak bersih, bajet kerajaan besar, tiada sogokan, tidak telus dan pelbagai lagi alasan setaraf kanak2 taman asuhan PAStinya, bila kalah.

Tapi hairan, mengapa di Sibu, Bukit Gantang, Permatang Pasir tidak puja Hadi Awang terjerit2 pasal benda2 ni semua.  

Kenapa ya???

SELEPAS TENANG BHG AKHIR: PAS TEWAS ANGKARA MURID KESAYANGAN TUAN GURU???


Pas tewas dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU yang lalu.  Ramai yg tertanya-tanya malah di kalangan pemimpin Fuckatan, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada BN berikutan kekalahan ini.  

Namun mereka terlepas pandang bahawa doa Nik Aziz inilah yang membuatkan PAS tewas.  Terima kasih kepada "anak murid no. 1 serta kesayangan Nik Aziz", Jeffry Damien yang berjaya menterbalikkan doa asal kepada doa ini... Makbul!!! Aminnnnnnn... 

Anak murid kesayangan no 1 tu bro... hahahahahahahahahaha....

hahahahahaha...  PAS BODO... hahahahahahahahaha....

Wednesday, February 2, 2011

SELEPAS TENANG BHG 10: UMNO KETANDUSAN PEMIMPIN???


DS Dr. Rais Yatim antara pemimpin yg turun padang melanyak Anwar dan kuncu2nya.  Cara berceramah yang cukup padat, ringkas disulami dengan bahasa sastera, pantun dsb.  Orang lama, muda, wanita semua tertarik dengan cara dia menyampaikan hujah.  Berkhidmat dibawah 3 Perdana Menteri, otai tu beb!!!

Dalam temubual bersama Utusan, DS Rais Yatim mengutarakan keyakinan berikutan trend menang-terus-menang BN pada PRK termasuklah PRK Tenang baru-baru ini. 

UMNO tidak harus terus bergantung harap kepada orang lama semata-mata spt DS Rais Yatim.  Bukan menafikan sumbangan DS Rais Yatim, namun barisan pelapis UMNO harus disiapsiagakan. UMNO harus berani mengetengahkan ramai lagi pemimpin muda bagi mempersiapkan cabaran di masa depan.  Krisis yg berlaku di dalam Pemuda harus diselesaikan segera.

Menyentuh tentang isu orang lama, UMNO harus sedar terdapat beberapa nama yang seharusnya sudah ditukar kerana byk sgt isu kontroversi yg menyelubungi mereka.  Mereka orang lama, tapi juga liabiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional.  

Siapakah nama orang-orang lama ini ???  Tunggu pendedahannya nanti...

SELEPAS TENANG BHG 9: PENGUNDI INDIA SUDAH KEMBALI???


Pengundi India sudah kembali ke BN?  Itulah persoalan yang belum mampu dapat dijawab dengan konsisten kerana suasana di Johor adalah berbeza dgn negeri2 lain spt Selangor.  Walau bagaimanapun, keputusan di Johor menunjukkan bahawa undi kaum India sudah mula kembali ke pangkuan BN.  


IPF dan MIC dilihat berkerja kuat untuk menarik kembali sokongan kepada BN.  Ini dibantu dengan faktor yang kuat spt pengunduran sammy vellu, kezaliman di Kg Buah Pala dan faktor duit derma kpd Hindraf.  Konsep berkempen dgn menayangkan tragedi Kg Buah Pala mendatangkan hasil yang positif.

PRK kali ini juga GT dapat melihat sumbangan KIMMA, yg turut sama turun padang untuk memenangi hati pengundi untuk BN. 


Keputusan di peti undi kawasan ladang yg majoritinya India menunjukkan peningkatan mendadak sokongan mereka terhadap BN.  Cuma, golongan muda India masih lagi menyokong PAS.  BN harus tampil menyediakan pelan teratur untuk menarik undi muda ini. 

BN harus memastikan momentum sokongan kaum India berterusan pada PRU yang akan datang. 

Tuesday, February 1, 2011

SELEPAS TENANG BHG 8: JENTERA UMNO BELUM BERSEDIA!!!


Di Tenang, GT melihat UMNO Johor seakan selesa dengan kedudukan mereka selaku kubu kuat UMNO.  Perlu GT ingatkan, artikel ini adalah berdasarkan gerak kerja kempen yang dilakukan.  

Wanita UMNO seperti yg GT sentuh sebelum ini, mmg sayap parti yang wajib diberikan kredit dan pujian kerana mereka all out!!  Cara bekerja sistematik dengan statistik beserta semangat juang yg tebal spt yg ditunjukkan pada Gelombang Merah!!!  Dari strategi hingga perang saraf, Wanita UMNO sapu habis.  Tahniah kepada DS Shahrizat, Dato' Hamidah dan semua jentera Wanita UMNO PRK Tenang.  

Namun, dimana hilangnya keperkasaan Pemuda UMNO???  Sumbangan mereka sgt minima.  Adakah taraf Pemuda UMNO hanya memasang poster, bendera dan bermotorsikal sambil mengibarkan bendera???  Dimana kehebatan Gerak Gempur Pemuda BN??? 

Puteri UMNO tidak se gah pada kepimpinan yang lalu.  Apa sudah terjadi???  Adakah menjaga daftar pemilih dan IT sudah cukup???  Mengapa tidak ada program khusus dari Puteri untuk berkempen??? GT hanya nampak beberapa petugas Puteri di pejabat UMNO Labis.  Di tempat lain, tiada ternampak kelibat sang Puteri. 

BN, khususnya UMNO perlu membuat post moterm tentang sumbangan tiap-tiap sayap parti.  BN menang dengan majoriti yg lebih besar, ya, GT amat bersyukur.  Tapi, adakah UMNO terus-terusan berharap kepada jentera Wanitanya sahaja sedangkan sayap parti yang lain juga mempunyai kekuatan masing2.  

Maafkan GT andai ada yang terasa hati, ada yang tidak puas hati.  Ini pemerhatian GT selama 10 hari di Tenang.  Teguran ini adalah untuk mengembalikan kekuatan UMNO keseluruhannya.  PRU semakin hampir, dan semua jentera parti wajib bersiap sedia. 

Jangan terus dibuai mimpi indah atas kemenangan ini, sedangkan Merlimau menanti, PRU pula BN akan benar2 diuji!!!

SELEPAS TENANG BHG 7: PENDEKATAN BERKEMPEN OLEH BN


Pendekatan berkempen BN yang mempunyai "personal touch" lebih disenangi oleh rakyat.  Wanita UMNO terutamanya sgt aktif turun dari rumah ke rumah untuk memahami masalah rakyat.  



Masalah banjir yg melanda sebenarnya memberi ujian kepada Wanita UMNO.  Mujur, dgn statistik di tangan, mereka cepat memberi bantuan kepada mangsa banjir.  Waima, kawasan yg jauh didalam estet sekalipun mereka redah demi menyampaikan bantuan banjir secepat yang mgkin. 



Strategi Gelombang Merah nyata memberi impak yang sangat besar pada masyarakat di Pekan Labis.  Selain dari itu, walkabout pemimpin2 BN seperti TS Muhyiddin Yassin, Dato' Ghani Othman dll memberi peluang kepada rakyat untuk berasa dekat dengan pemimpin negara.  


Penggunaan layar putih untuk menceritakan kedukaan kaum India di Kg Buah Pala yg dizalimi oleh DAP Pulau Pinang amat berkesan.  Janji yg dimungkiri, penipuan dan kezaliman DAP memerintah dapat dizahirkan dalam bentuk yg paling mudah difahami. 

Nantikan post moterm seterusnya...

SELEPAS TENANG BHG 6: FELDA PENGUNDI SETIA BN!!!


Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang telah pun berakhir. Setelah berkampung serta berkempen berminggu-minggu, akhirnya rakyat telah memilih calon dari Barisan Nasional iaitu YB Mohd Azahar Ibrahim sebagai wakil mereka.

Namun apa yang menarik pada pilihanraya kecil ini ialah terdapatnya 3 kawasan Felda di dalam DUN Tenang iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat. Pada pilihanraya umum 2008, wakil BN hanya memenangi DUN Tenang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi. Namun pada kali ini, majoriti BN telah bertambah ke 3,707 undi iaitu pertambahan sebanyak 1,215 undi.

Sebelum ini, Felda dan BN telah diserang dengan bertubi-tubi oleh pembangkang terutamanya PAS melalui Saudara Mazlan Aliman dan PKR melalui Saudara Suhaimi Said. Mereka telah di pertanggungjawabkan untuk mengubah pandangan peneroka serta generasi muda terhadap Felda dan kerajaan. Berbagai-bagai risalah, CD, buku, ceramah dan serangan melalui internet telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda. Alhamdulillah, segala usaha mereka ini telah dapat di bendung dan di tangkis oleh Felda dan kerajaan.

Akhirnya pada 30 Januari 2011, keputusan yang di perolehi adalah seperti berikut :-
Felda Tenang : BN - 795 (71.3%), PAS - 320 (28.7%)
Felda Chempelak : BN - 985 (87.7%), PAS - 138 (12.3%)
Felda Chempelak Barat : BN - 838 (85.5%), PAS - 142 (14.5%)
JUMLAH KESELURUHAN UNDI KAWASAN FELDA : BN - 2,618 (81.4%), PAS - 600 (18.6%)

Dari keputusan di atas, jelas menunjukkan bahawa Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN walaupun aktiviti-aktiviti tidak sihat oleh pembangkang telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda Felda. Isu yang di mainkan oleh Anwar untuk mengambil tanah dari Felda Plantation dan di berikan kepada generasi muda juga tidak berjaya mengubah sokongan padu mereka kepada BN.

Mengikut keputusan mengikut saluran pula, di dapati pertambahan yang mendadak untuk BN di ketiga-tiga saluran. Saluran yang paling ketara ialah saluran untuk generasi muda Felda. Keputusan ini merupakan mimpi mengerikan untuk Mazlan Aliman dan PAS kerana mereka telah di peruntukkan wang yang agak besar untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda untuk menentang kerajaan.

Kesimpulan yang dapat kita buat dari keputusan ini adalah seperti berikut :-
  1.  Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN
  2. Sokongan peneroka dan generasi muda Felda semakin mantap kepada BN
  3. Segala usaha yang telah di lakukan oleh Felda dan kerajaan telah di iktiraf oleh peneroka dan generasi muda Felda.
  4. Majoriti peneroka dan generasi muda Felda menolak cara pembangkang menghasut mereka
  5. Mereka semakin bijak di dalam menilai usaha murni yang dilakukan oleh Felda dan kerajaan
Walaupun keputusan pada kali ini semakin baik di kawasan-kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh mengambil ringan terhadap usaha jahat pembangkang untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda. Ini adalah kerana, selepas ini mereka akan bekerja lebih kuat untuk mengubah Felda yang menjadi kubu kuat BN.

Dikatakan, pembangkang terutamanya PAS dan PKR telah bersedia untuk menyerang Tan Sri Isa Samad secara peribadi (character assasination).

GERAKAN TIMUR:
Artikel ini GT ambil dari blog Anak Jati Felda.  Analisis yang cukup padat.  Layannn...

SELEPAS TENANG BHG 5: MCA GAGAL MEMANCING UNDI CINA???


Sepanjang 10 hari berkempen, GT dapat melihat sumbangan MCA yang sgt minima.  Perkara ini sgt menyinggung perasaan petugas2 UMNO yang bertungkus lumus berkempen demi memastikan kemenangan calon BN.

Kekalahan teruk BN di peti undi yg terletak di kawasan bandar Labis yg majoritinya pengundi Cina menjadi bukti bahawa masyarakat Cina tidak memberi undi kepada calon BN.  Ini agak menghairankan kerana Labis adalah kubu kuat Soi Lek, yg juga Presiden MCA.  Ternyata, Soi Lek hanya pandai bercakap dan berlagak seolah-olah kuat bekerja.  Soi Lek gagal menzahirkan sokongan masyarakat Cina terhadap BN.

Namun GT tidak memarahi masyarakat Cina berikutan BN harus tahu dimana kesilapan ini berpunca, sehingga mereka menolak BN.  Bagi GT, MCA harus menjawab persoalan ini.  Sebagai rakan dalam BN, MCA harus memainkan peranan yang lebih proaktif untuk menarik undi masyarakat Tionghua ini, dan bukannya bersikap ambil mudah untuk menyalahkan UMNO semata-mata dalam apa juga isu.

Dan strategi UMNO-BN yang GT lihat di Tenang ialah berkomunikasi dengan masyarakat Tionghua ini dengan platform NGO-NGO mereka.  GT masih ingat pada satu majlis gotong royong atas nama NGO 1 Malaysia, dan mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat kaum Cina di Tenang.  Adakah ini bermakna mereka sudah benci dan hilang kepercayaan terhadap MCA??? 
  • Adakah masyarakat Cina menolak MCA sekaligus menjadi punca mereka menolak BN???  
  • Kenapa masyarakat Cina menolak MCA???
  • Dgn nada Soi Lek yg menyerupai DAP kebelakangan ini, adakah ini satu sabotaj dari MCA terhadap UMNO-BN???
Soi Lek mgkin lupa bahawa tidak mustahil selama dia memenangi kerusi pilihanaraya, orang Melayu adalah pengundi terbesarnya.  Soi Lek mgkin kalah andai bertanding di kawasan majoriti Cina.  Cabarlah Soi Lek dengan senario ini:  Letak calon UMNO-BN bertanding kawasan majoriti Cina dan letakkan calon MCA di kawasan majoriti Melayu.  Anda boleh tahu keputusannya nanti.  

Pemimpin UMNO mulai saat ini harus memikirkan cara terbaik untuk mendekati masyarakat Cina kerana Soi Lek selaku Presiden MCA mmg tidak boleh diharap.  Beban kerja pemimpin UMNO akan lebih oleh kerana terpaksa menjaga kaum Cina. Namun atas semangat Barisan Nasioanal, GT cadangkan agar pemimpin UMNO bermula dari NGO-NGO mereka.

Di Tenang, Chua Soi Lek telah gagal sama sekali!!!

Monday, January 31, 2011

SELEPAS TENANG BHG 4: FAKTOR CALON


Tok AI adalah gelaran kepada Azhar Ibrahim.  Calon BN ini dikatakan bukanlah calon favorite untuk bertanding di dalam PRK Tenang.  


Lahir dari latarbelakang keluarga yg terdiri dari pemimpin2 di Tenang, rupanya telah memberi impak yg sangat besar kepada beliau.  Arwah bapanya adalah bekas ADUN di kawasan itu yang telah banyak berjasa kepada penduduk setempat.  Oleh itu, budi baik arwah masih lagi dikenang oleh penduduk Tenang sekaligus menerbitkan rasa kepercayaan agar rekod baik dari arwah bapanya terus berkesinambungan.  


Lebih dari itu, moyang Tok AI, Tok Tenang rupanya pengasas atau orang yg bertanggungjawab membuka kawasan Tenang.  Mengikut sejarah, Tenang dibuka pada tahun 1806 oleh Tok Tenang.  Nama Tenang diberi selepas beliau selesai menunaikan solat: dan ketenangan kawasan itu menjadi sebab nama Tenang dipilih.  Ada juga versi menyatakan bahawa Tok Tenang telah mendamaikan pergaduhan di antara dua kumpulan.  Hasil dari perdamaian dan keadaan tenang yang dicapai, maka kawasan ini dinamakan sebagai Tenang.  

Selain itu, Tok AI juga aktif dalam berpersatuan spt GB4B dsb.  Beliau rapat kepada penduduk apatah lagi menjawat jawatan ADO.  Pasti, pengalaman bertemu ramai orang dan bekerja di sektor awam diharap dapat membantu penduduk Tenang kelak.  Inilah perkara yang dimahukan dan diharapkan oleh rakyat, iaitu pemimpin yang boleh memberi perkhidmatan kepada mereka.   Bukan yg asyik sibuk dgn politiking dan hasutan semata-mata.  

Dari pengamatan GT selama 10 hari, ada juga beberapa perkara yg perlu Tok AI perbaiki spt keramahan dan senyuman agar rakyat tidak tersalah anggap.  Mgkin juga Tok Ai terlalu kepenatan lantas GT telah tersilap anggap!!!  Dalam sibuk memperkatakan tentang senyuman Tok AI, lensa GT ada snap gambar kandid Tok AI tersenyum.  Banyakkan senyum, Tok AI, supaya orang tak kata Tok Ai sombong.  


PERSOALANYA SEKARANG:

PERLUKAH GT MENULIS TENTANG CIKGU NORMALA???  RASANYA ANDA SEMUA SUDAH TAHU DAN MENGERTI...  KAN??? HEHEHEHE...

SELEPAS TENANG BHG 3: KREATIVITI MENYAMPAIKAN MESEJ


Senjata berkempen Barisan Nasional lebih efektif dan menarik berbanding cara-cara old school yang boleh sebahagiannya dikategorikan sebagai lapuk dan obsolete.  Gabungan cara lama dan baru ternyata mendapat respons yg positif dari kalangan rakyat.  



Antara bukti yang menarik ialah penggunaan visual aids, samada risalah atau kain rentang yang lebih kreatif dan berinformasi.  Teknologi dan idea terkini dalam pengolahan gambar dan mesej ternyata memberi kesan terhadap pengundi.  Pendekatan ini dilihat sesuai digunakan, samada secara terang-terangan atau psywar.  Visual atau gambar yang diolah dengan baik memberi mesej mudah tanpa penerangan berjela-jela seperti yg GT sedang terangkan ni..hehehehehe..


Penggunaan poster2 skema spt "Undilah Barisan Nasional" dgn lambang dacing besar telah diminimakan.  Digantikan dgn kreativiti yg lebih jelas, nyata dan terang untuk difahami

Nantikan kupasan tentang pendekatan berkempen BN dan post moterm yang lain.

SELEPAS TENANG BHG 2: PAS HINA MELAYU JOHOR!!!


GT pernah tulis tentang Melayu yang mengibarkan bendera/lambang DAP di Tenang DISINI.  Ini adalah bola tanggung paling awal, berlaku pada hari penamaan calon.  

GT sempat menyindir beberapa orang Johor "ishh... ramai betul orang Melayu kibar bendera DAP kat sini..".  Dengan muka yang merah padam, pakcik tu menjawab "itu bukan orang Johor.. orang Johor tak bodoh macam tu.".  "Itu orang luar... kawan tahu." jawapan dari seorang lagi.  


Mgkin PAS tidak memahami sentimen anti-komunis berbanding orang2 Johor yang masih lagi belum lupa pahit maung berjuang menentang komunis di Batu Pahat, Bukit Kepong dan kawasan sekitarnya.  Corak politik menghalalkan segala cara yang cuba dibawa masuk oleh PAS ke Johor sebenarnya telah membakar hati Melayu Johor.  


GT mmg terpegun dengan semangat Melayu Johor... jgn ada walau sebesar hama pendapat di hati mereka, bahawa DAP adalah rakan seperjuangan.  PAS telah melukakan hati dan menghina Melayu Johor dengan membawa masuk pecacai2 mereka dari luar untuk mengibarkan bendera DAP di tanah kelahiran PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU!!!


Apa beza komunis dan DAP??  Itu pantang Melayu Johor!!!

SELEPAS TENANG BHG 1: JABATAN PELAJARAN JOHOR DIKUASAI PAS ???


Cikgu Mala pada ketika ini sedang memikirkan masa depannya berikutan perletakkan jawatannya sebagai pendidik.  Beliau sebenarnya menjadi mangsa kerakusan politik pembangkang, yg akhirnya hilang punca pendapatan sedangkan kerjaya sebagai guru terjamin masa depannya.  Apapun, mmg Cikgu Normala seorang yang suka mengangkat dirinya menjadi pemimpin, andai tidak mengapa beliau mencalonkan dirinya sendiri di mesyuarat PIBG sekolahnya pada 2008???  Psiko bukan???

Hadirnya Normala ke kancah politik sebenarnya menunjukkan kelemahan pentadbiran Kementerian Pelajaran Johor kerana tertulis rapi di akurjanji sebagai guru bahawa mereka tidak dibenarkan terlibat secara langsung dengan parti politik, apatah lagi memegang jawatan Ketua Dewan Muslimah.  Perkara yang GT tekankan disini adalah akujanji seorang guru.  Suka atau tidak, perjanjian tetap perjanjian. 

Mengikut maklumat yang GT terima dari penduduk Tenang, laporan demi laporan telah dibuat berikutan perkara ini namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib. 

Persoalan ini harus disiasat dan diteliti sebaik mungkin kerana ini penting bagi memastikan tumpuan penuh guru dalam mendidik anak bangsa.  Saban hari kita kerap mendengar rungutan guru2 yang mengatakan beban kerja mereka semakin meningkat.  Jadi, adalah wajar untuk guru dihadkan dari berkecimpung di arena politik. Apatah lagi mereka berstatus sebagai penjawat awam.

Andai benar laporan-laporan telah dibuat tetapi tiada tindakan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, ADAKAH INI PETUNJUK BAHAWA PAS TELAH MENGUASAI JABATAN INI???

Sunday, January 30, 2011

CERITA TENANG: DATUK AHMAD MASLAN SELAMATKAN CIKGU NORMALA ???


Datuk Ahmad Maslan menyerlahkan sikap sayangkan rakyat.

Tok Mad dan team nya telah menyelamatkan muslihat-muslimat PAS dari menjadi korban banjir di Tenang.  Tok Mad dan team menyelamatkan sebuah kereta PAS PIS PUS yang dihanyutkan arus deras.  

Tidak pula kelihatan Cikgu Maarof membantu perayu undi Muslihat Pas itu.  Mgkin dia tidak dapat MC hari ini.

Tindakan pantas Tok Mad mmg GT puji.  Pemimpin berjiwa rakyat. 

Disaat ini, ketika anda membaca posting ini, GT dalam perjalanan balik dengan sahabat blogger spt Gerakan Anti PKR, Keris Putera dan Medan Info Kita.

10 hari berjuang di rantau orang, rindu pada isteri yang sedang mengandungkan anak pertama GT!! 

Mohon doa anda semua agar perjalanan pulang ini selamat hendaknya.. Aminnnn....


ALHAMDULILLAH!!! KITA MENANG!!! BN MENANG!!!


Syukur ke hadrat Illahi yang memberi kemenangan kepada calon BN, Tok AI dengan majoriti 3735!!!

Penat lelah kawan dan sahabat2 blogger siang malam pagi petang ke hulu ke hilir selama 10 hari ini mencari maklumat akhirnya terbalas dengan kemenangan bergaya ini.

Walaubagaimanapun, BN jgn terus dibuai mimpin kerana tugas yang berat menanti di PRK Merlimau dan PRU yang akan datang.  Insyaallah, kawan akan turun ke Merlimau bersama sahabat2 blogger yang lain. Jentera BN harus diperkemaskan di seluruh negara, terutamanya di negeri2 yang tewas pada PRU yg lepas. 

Kawan nak ucap terima kasih pada orang-orang Tenang yang sudi membantu sepanjang kawan berada di Johor.  Kawan nak ucap terima kasih yang membantu kawan dan sahabat blogger jalanan seperti kami.

Berjumpa kita di Merlimau, Melaka!!!

Majoriti 3735!!!

LIVE PRK TENANG: UNDI KG REDONG!!!

BN:  96
Pas:  175
Majoriti:  79

Ada sesuatu yang besar akan berlaku... Cikgu Mala akan mula mengajar di PASti esok...

LIVE PRK TENANG: KEPUTUSAN TERKINI!!

GT jangkan BN akan menang dengan majoriti 2130

SMK Kamarul Ariffin
BN:  365
Pas:  801
Majoriti:  436

Tenang Station
BN:  3147
Pas:  1092
Majoriti: 2050

Felda Tenang
BN:  950
Pas:  160
Majoriti:  790

Bukit Dato
BN:  350
Pas:    99
Majoriti:  251

Bandar Labis Tengah
BN:    90
Pas:  209
Majoriti:  119

Bandar Baru Labis
BN:    64
Pas:  123
Majoriti:   59

Pekan Air Panas
BN:  220
Pas:    48
Majoriti:  172

Ladang Labis Utara
BN:  152
Pas:    40
Majoriti:  112

Undi Pos:
BN: 115
Pas:     3
Majoriti:  112

LIVE PRK TENANG: PAS SUDAH HIDU KEKALAHAN DI TENANG???


Pusat Pengundian telah ditutup.  Mgkin Fuckatan telah menghidu akan kalah maka otak2 jahat mereka telah cuba mencari isu untuk diputaralamkan demi menunjukkan bahawa Kerajaan zalim.  GT percaya isu ini akan akan dimainkan di media-media jahat mereka seperti Malaysiakini dan blog-goblog mereka:  

Tony Pua dengan niat jahatnya menulis di Twitternya:


Bukti bergambar ini GT dapat dari blog CTS:

Siapa kata kerajaan tidak sediakan bot di Pekan Labis?  Tonya Pua memang celaka!!! 

Dan Mahfuz Omar terjerit-jerit memohon agar SPR menangguhkan hari pengundian berikutan hujan lebat dan banjir.  Spt biasa, mulut jahatnya juga berkata SPR tidak harus menjaga kepentingan UMNO dan Barisan Nasional sahaja.  Dasar mulut busuk.  Smlm puak2 PAS lah yang menentang sgt idea menunda hari pengundian nih.


LIVE PRK TENANG: BANJIR !!! BANJIR !!! BANJIR !!!


Info terbaru yang diperolehi menunjukkan bahawa 69 % pengundi Tenang telah menjalankan kewajiban masing2.  

Kami bloggers jalanan terpaksa melarikan diri dari kawasan Labis berikutan air sungai yang melimpah menyebabkan banjir di kawasan Labis.  Terima kasih kepada petugas-petugas BN, anak-anak muda BN yang memberi pertolongan kepada kami dalam misi menyelamatkan diri ke kawasan selamat.  

Kelihatan beberapa trak polis sudahpun memasuki kawasan Labis bagi memberi bantuan pemindahan anggota dan juga orang awam.  

Lebih serius, di kawasan2 rendah di Felda, Tenang Station dan Paya Merah, pihak keselamatan terpaksa menggunakan bot dan sampan bagi memindahkan penduduk dan menghantar pengundi yang masih belum membuang undi.  

Kepada semua, sahabat2 blogger, rakan2 dan juga penduduk di DUN Tenang dan sekitarnya,  Sila jaga keselamatan anda.

Mohon doa dari seluruh rakyat Malaysia agar tiada apa-apa insiden buruk yg berlaku, dan hari pengundian dapat berjalan dengan jayanya...

Nantikan berita terkini di Gerakan Timur..

LIVE PRK TENANG: TERKINI!! SEBARKAN MESEJ INI SEGERA!!!


Menurut blog RBF, tersebar sms yang mengatakan bahawa SPR telah menangguhkan proses pembuangan undi di DUN Tenang berikutan hujan lebat.  

Perkara ini tidak benar dan proses pembuangan undi dijalankan seperti biasa walaupun hujan sgt lebat pada ketika ini.  

Ini adalah taktik PAS untuk mengurangkan undi BN dan seterusnya akan memberi kelebihan kepada mereka nanti. 

Kepada anda semua, doakan kejayaan BN di Tenang!!!  Semoga hujan hari ini adalah hujan rahmat!!!

LIVE PRK TENANG: UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!


JOM KELUAR MENGUNDI!!!

Pesan GT kepada semua:
  1. Keluar dari rumah awal menuju ke pusat mengundi
  2. Bawa dokumen pengenalan diri anda
  3. Jgn serahkan dokumen pengenalan diri kepada pihak lain
  4. HATI-HATI DENGAN ORANG SAKIT JIWA DI TENANG.  PASTIKAN JARAK ANDA 50 METER DARI DIA
Undilah calon BARISAN NASIONAL !!!
Undilah Tok AI !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...