Bersama Berjuang

Showing posts with label TBH. Show all posts
Showing posts with label TBH. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

JAHANAM: DAP Guna Modus Operandi Isu Teoh Beng Hock Untuk Siasatan BERSIH 3.0!



BERSIH 3.0 benar-benar memakan diri pembangkang. Sudahlah gagal dari segi jumlah sokongan, mereka juga gagal memutarbelit fakta untuk menunjukkan keganasan dimulakan oleh polis dan bukannya perusuh.  Akibat gagal, mereka terpaksa menuduh perusuh yang mengganas itu sebagai polis yang menyamar.   Untuk itu, blog-blog, laman web dan penyokong mereka jenuh  berpusing-pusing cuba menjustifikasikan keganasan yang dilakukan mereka.  

Bagi meredakan keadaan, kerajaan telah mengisytiharkan panel bebas untuk menyiasat BERSIH 3.0 yang kemudiannya diterima dengan sinis oleh pihak pembangkang.  Pada 12 Mei lalu, DAP mengisytiharkan pemboikotan panel bebas untuk menyiasat keganasan semasa Perhimpunan Bersih 3.0.

Nampaknya, sudah menjadi sikap semulajadi DAP di mana setelah membuat tuduhan itu dan ini terhadap musuh-musuh mereka, mereka akan mendesak agar siasatan dilakukan. Tetapi apabila usaha untuk menyiasatnya dibuat, mereka akan membuat berbagai helah untuk menolak atau memboikot panel siasatan dan juga hasil siasatan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka.  

Sebelum ini mereka telah membuat perkara yang sama dalam isu kematian Teoh Beng Hock.   Malah, jika diamati, isu BERSIH itu sendiri juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu menuduh SPR sebagai tidak bersih dan kemudiannya menafikan semua usaha SPR untuk penambahbaikan.  

Jika dalam isu kematian Teoh Beng Hock, DAP berbuat demikian kerana ingin mengalih dan menutup isu sebenar iaitu salahguna kuasa dan korupsi ADUN mereka, maka tidak salah kita mengesyaki taktik yang sama dalam isu BERSIH 3.0 iaitu untuk menutup kesalahan sendiri. 

Demo diatas menunjukkan sebahagian dari rakan mendiang yang mendesak agar tindakan diambil ke atas Ean Yong Hian Wah kerana didakwa bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock.  Ini adalah sebahagian dari kebenaran yang cuba ditutup oleh DAP.  

Berbalik kepada BERSIH 3.0, DAP memberi alasan mereka enggan menerima perlantikan Tun Mohammad Hanif Omar sebagai ketua panel siasatan, atas alasan beliau mengambil pendirian yang partisan terhadap Bersih dengan mendakwa bahawa golongan pro-komunis telah terlibat serta menyokong dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan.    

Walaubagaimanapun, dalam menuduh Tun Hanif sebagai partisan, DAP pula mencadangkan pihak yang tidak kurang bersifat partisan seperti Suhakam.  DAP juga menyokong pandangan Majlis Peguam Malaysia bahawa panel siasatan kekurangan rangka kerja perundangan dan tidak mengurniakan imuniti undang-undang kepada mereka yang terlibat dalam prosiding serta kekurangan kuasa undang-undang untuk memberi sepina kepada saksi-saksi atau menuntut dokumen-dokumen.  

Sedangkan sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Suhakam dan Majlis Peguam adalah dua badan yang tidak pernah bertindak adil, sentiasa berat sebelah, tidak professional serta penuh putar-belit demi untuk membela pihak penentang undang-undang dan kerajaan.  Kedua-duanya juga diragui mempunyai hubungan dengan anasir luar serta disyaki menerima dana asing.  

Justeru, jika kita perlu memilih antara dua pihak yang berpartisan, bukankah lebih baik kita memihak kepada Tun Hanif yang terbukti seorang yang berjasa pada negara, tidak berat sebelah, bersifat patriotik dan amat professional selama perkhidmatan beliau dalam menjaga keselamatan kita semua.   

Kita tidak faham kenapa DAP perlu meragui Tun Hanif tetapi memberi kepercayaan kepada Suhakam dan mendengar cakap Majlis Peguam?  Sedangkan Majlis Peguam sendiri terbukti telah menyembunyikan fakta sebenar tentang keganasan BERSIH 3.0 sepertimana yang didedahkan oleh peguam Ranjit Singh Dhillon di Youtube.  

Pendedahan itu pula disokong dengan tindakan saman oleh seorang ahli Majlis Peguam iaitu Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa Majlis Peguam telah gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang professional apabila dalam tempoh kurang lima jam mesyuarat untuk memutuskan resolusi BERSIH 3.0, telah memaparkan dengan jelas terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui serta banyak lagi.

Jelas di sini, pihak yang dirujuk dan disokong oleh DAP amat tidak boleh dipercayai.  

Sikap DAP yang suka memihak kepada penjenayah, perusuh dan mereka yang melanggar undang-undang amatlah dikesalkan.   Dengan itu, salahkah kita menyatakan bahawa DAP sebenarnya takut dengan sikap professional dan tegas Tun Hanif dalam menerajui siasatan BERSIH 3.0.  

Tidak mustahil DAP punya sesuatu untuk disembunyikan mengenai BERSIH 3.0, seperti juga dalam kes Teoh Beng Hock. Mungkinkah DAP bimbang tangan siapa di belakang, dan dari mana datangnya dana serta bagaimana keseluruhan BERSIH 3.0 dirancang akan terbongkar dengan seluas-luasnya sekiranya siasatan menyeluruh diketuai oleh tokoh seperti Tun Hanif, iaitu seorang bekas penguatkuasa undang-undang yang amat dihormati dan dikagumi oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.   

Tuesday, October 11, 2011

TBH Sudah Tiada, Tetapi Si Binawe Ini Buat Hal Lagi!!! Skandal RM 63 Ribu!!!


GT rasa ramai yang belum lupa tentang wajah cinabeng binawe ini.  

Ada demo oleh kawan-kawan mendiang Teoh Beng Hock kerana mendakwa binawe inilah yang menjadi punca tekanan perasaan yang dialami oleh TBH. 

Binawe ini punya angkara, TBH terpaksa mengambil jalan singkat.  

Rupanya binawe ini mmg jenis yang tidak boleh dipercayai.  Dia dipercayai menipu MPKj yang membabitkan jumlah RM63,000.00.  

Padan lah TBH tidak tahan, rupanya punya bos lahanat DAP laknatullah macam si binawe ini.  

Baca pendedahan penipuan itu, DISINI

Friday, July 29, 2011

Rakan TBH Pun Setuju DAP Punca Kematian Mendiang!!! DAP mmg sial!!!

Sekumpulan rakan mendiang Teoh Beng Hock mendakwa DAP turut bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah itu.

Jurucakap kumpulan itu, Allan Liew Sin Kim berkata, Beng Hock sebagai ahli DAP terbeban untuk menguruskan dana bagi lebih 200 projek berkaitan parti itu di Selangor yang jelas melampaui kemampuannya sebagai seorang setiausaha politik.

Malah katanya, tiada seorang pun pemimpin DAP yang hadir untuk membantah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Beng Hock yang berlanjutan selama 12 jam sebelum mendiang ditemui mati.

"Bolehkah setiausaha politik uruskan 200 projek dan aliran keluar masuk wang? Sebagai manusia biasa, sudah tentu mendiang tidak dapat mengatasi tekanan itu yang dipercayai menjadi punca kematiannya.

"Beng Hock sepatutnya tidak terlibat menguruskan projek itu dan Ean Yong tidak patut mengarahkan mendiang untuk menguruskan perkara yang melampaui kemampuannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri lima lagi rakan Beng Hock yang berbaju kuning dengan mendakwa pemakaian baju itu sebagai usaha membersihkan nama mendiang.

Allan pada masa sama mendesak Ean Yong supaya memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mendiang dan orang ramai kerana Exco Selangor itu telah membabitkan Beng Hock untuk menguruskan dana bagi projek di tiga kawasan di negeri itu.

Katanya, mereka percaya Beng Hock tidak bersalah dalam pengurusan peruntukan projek oleh DAP kerana mendiang hanya menjadi saksi bagi siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

"Di mana Ean Yong ketika Beng Hock disiasat SPRM? Beliau seharusnya berusaha menyelamatkan mendiang dengan melakukan protes kerana mungkin dengan usaha itu sekurang-kurangnya mendiang masih hidup.

"Kami amat sedih kerana hanya selepas Beng Hock meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM. Justeru, kita mahu Ean Yong beri penjelasan kepada masyarakat kerana tidak membantu mendiang pada ketika itu," katanya.

Allan juga berharap keluarga Beng Hock boleh menerima usaha mereka dan memikirkan secara di luar kotak punca kematian mendiang.

Katanya, kemunculan mereka selepas dua tahun kematian mendiang adalah kerana berasakan bukan masa yang sesuai bagi mereka membuat kenyataan sewaktu perbicaraan kes sedang berlangsung di mahkamah.

GERAKAN TIMUR:
Ini barulah pemikiran waras namanya.  Tak perlu berdolak-dalik, punca atau "root cause"nya adalah DAP laknatullah.  

Andai tindakan telah diambil terhadap pegawai SPRM berhubung isu ini, bagaimana pula dengan Ean Yong? 

Tuesday, July 26, 2011

Ean Yong Mencicit Lari Gara-Gara Dikejar 100 Orang Pendemo???

KUALA LUMPUR 25 Julai – Hampir 100 penduduk di Seri Kembangan dekat sini, hari ini berhimpun secara aman menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Ean Yong Hian Wah supaya bertanggungjawab terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Perhimpunan yang disertai rata-rata penduduk berketurunan Tionghua bermula pukul 11.30 pagi di pekarangan Dewan Serbaguna Seri Kembangan. Perhimpunan itu bagaimanapun hanya berlangsung selama 10 minit selepas polis meminta kumpulan penduduk tersebut bersurai kerana tidak mendapat permit untuk berhimpun.

Antara wakil penduduk yang hadir pada perhimpunan itu ialah bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong serta dua aktivis yang juga rakan mendiang Beng Hock iaitu Allan Liew Sin Kim dan Wong Jung Lik.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lum Yong semasa perhimpunan tersebut;
“Perhimpunan pada hari ini menuntut Yang Berhormat Ean Yong Hian Wah, bekas majikan mendiang Beng Hock supaya bertanggungjawab di atas kematian beliau.

Ean Yong telah berlaku kejam terhadap mangsa iaitu mendiang Beng Hock dengan membiarkan kematian beliau tidak mendapat pembelaan yang adil malah sanggup mendiamkan diri membiarkan pihak lain dipersalahkan. Ean Yong bersikap zalim apabila cuba menutup kesalahan beliau sendiri terlibat dengan mencari pihak lain untuk dipersalahkan.

Mendiang Beng Hock adalah seorang pekerja yang baik dan sentiasa mematuhi arahan majikannya. Sebagai pekerja mendiang telah bertindak mengikut apa yang sering diarahkan oleh majikan beliau.

Perhimpunan ini menuntut keadilan bagi keluarga mendiang Beng Hock yang telah kehilangan seorang anak yang baik dan pekerja yang sentiasa menurut perintah. Ean Yong ialah ‘pembunuh’ mendiang dan mesti bertanggungjawab membayar sejumlah pampasan kepada keluarga mendiang. Ean Yonglah sebenarnya memberikan tekanan berterusan kepada mendiang sehingga beliau hilang punca dengan tindakan majikannya yang tidak mahu bertanggungjawab di atas salah laku serta penyelewengan yang beliau lakukan sendiri. Mendiang terasa dirinya telah dikhianati oleh majikannya yang dipercayainya sendiri iaitu Ean Yong.

Ean Yong seharusnya berasa malu dengan perbuatan kejam, zalim dan berniat jahat membiarkan pekerjanya sendiri menerima tekanan akibat perbuatan beliau umpama ‘Ean Yong makan nangka, Beng Hock dapat getah’. Malah Ean Yong tanpa segan silu mengheret rakyat Malaysia dengan berdiri di belakang nama parti ke dalam permasalahan kes rasuah dan salah guna kuasa beliau.

Tindakan kejam ‘membaling batu dan sembunyikan tangan’ Ean Yong sebenarnya adalah lebih teruk daripada ‘binatang’ kerana langsung tidak bertanggungjawab terhadap mendiang yang selama ini merupakan seorang pekerja yang selalu mentaati dan menurut arahan majikannya.

Perhimpunan ini juga menuntut Ean Yong memohon maaf secara terbuka kepada semua kontraktor bumiputera apabila beliau secara terang-terangnya melakukan salahguna kuasa menyekat tender-tender kontraktor bumiputera dengan memberikan kepada pihak yang berkepentingan serta untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata.

Keluarga mendiang Beng Hock wajib dibayar pampasan!”

GERAKAN TIMUR:
DAP puncanya TBH terbabit dalam masalah rasuah di kalangan ahlinya.  TBH menjadi mangsa. DAP harus bertanggungjawab!!!

Monday, July 25, 2011

DAP Punca Kematian TBH, Duit Rakyat Pula Dibazirkan!!! Gampang Punya DAPigs!!!

Ramai yang telah mengikuti perkembangan kes TBH yang penuh dengan "opera cina".  Ia cukup memualkan, politik gampangan DAPigs dan membazirkan duit rakyat!!!

KLIK SINI.

Thursday, July 21, 2011

GEMPAR!!!: Lim Kit Siang Terkantoi Sahkan Bahawa DAP Punca Utama Kematian TBH?

Suruhanjaya Diraja telah memutuskan bahawa TBH telah mati akibat membunuh diri.  Setelah bertahun sehinggakan menimbulkan muak kepada rakyat kerana dihidangkan dengan "opera cina", akhirnya keputusan telah dicapai dengan cukup meyakinkan.  Ia berdasarkan latarbelakang panel-panel yang dilantik di dalam suruhanjaya itu. 

Dan kali ini, semoga ia membuka mata pihak yang selama ini dipergunakan secara mudahnya oleh DAP laknatullah.  

Dan DAP tidak lagi punya modal untuk terus berpaut kepada modal politik busuk seperti ini untuk meraih simpati rakyat.  Namun, GT tidak harap yang DAP tidak akan memainkan isu ini lagi.  

Belum habis ayam berkokok, DAP muncul lagi.  Mereka terus ingin mengaitkan kematian TBH dengan SPRM.  Terdesak sungguh walaupun panel Suruhanjaya mendapati TBH membunuh diri, bukan dibunuh oleh DAP!!!  Mengapa?

Hari ini Lim Kit Siang telah membuka pekung di dadanya.  Kenyataan akhbarnya yang menuduh tekanan dari sessi soal siasat SPRM juga menjadi punca penyebab bunuh diri telah membuka lagi persoalan.  

"Teori yang menarik" dari LKS ini membuatkan GT ingin bertanya kembali kepada LKS.  Sebelum dia menyalahkan kononnya tekanan yang diterima oleh TBH dari SPRM sebagai punca bunuh diri, LKS harus duduk bersemedi dan bertafakur agar boleh memahami soalan ini:

BUKANKAH TBH DISIASAT OLEH SPRM GARA-GARA PENYELEWENGAN DAN PERBUATAN RASUAH YANG BERLAKU DI KALANGAN WAKIL RAKYAT PARTI ITU???

Maka, DAP adalah punca segala kehancuran yang berlaku.  Dan atas pendapat ini, DAP juga harus dipersalahkan kerana mengakibatkan kematian TBH!!!

Dan faktanya ialah kematian TBH telah menyelamatkan maruah DAP!!!

LKS menyerlahkan teori yang sebenar...  terima kasih aarrr apek!

Tuesday, June 28, 2011

PANASSS... Bukti Pesuruhjaya PAS Selangor Terkeliru Dgn Isu Teoh Beng Hock!!!


A picture speaks more than words.. Itulah peribahasa JAWA yang paling mudah untuk menggambarkan betapa gambar di atas menceritakan segala-galanya.  

Rupanya YB Dr. Rani pun tergolong dalam golongan yang diperkudakan oleh DAP untuk kepentingan bangsa harbi semata-mata.  

Mgkin YB Dr. Rani tidak tahu bahawanya mendiang TBH adalah saksi kepada SPRM.  Kematiannya mengakibatkan SPRM terpaksa menghentikan siasatan terhadap ADUN Selangor.  Pastinya, ia sangat merugikan rakyat.  

Gambar diatas menunjukkan YB Dr. Rani agak kabur tentang situasi sebenar.  Mohon warga Meru, tidak kira UMNO, MCA, PPP, IPF, PAS, PKR, DAP, PDI-Perjuangan, tolong beritahu perkara ini kepada YB Meru ini.  

Sudah menjadi lumrah PAS dan PKR untuk "dilembukan" oleh DAP.  Jangan esok DAP make-upkan kambing, pakaikan skirt dan dijadikan calon, PAS dan PKR undi, sudahlah!!!

Mgkin lepas ini YB Dr. Rani boleh melawat kawasan2 Tionghua di Meru sambil gantung gambar TBH di tengkuk.  Jgn lupa panggil GT untuk snap shot yang terbaaaaiiikkk... 

Say, "Cheeeesseeeee..."  



Sunday, May 8, 2011

MELAYU SELANGOR TERUS DITINDAS!!! HAK BUMIPUTERA DIRAMPAS!

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kira-kira 30 ahli Persatuan Kontraktor Melayu Selangor (PKMS) mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan pemimpin dan anggota DAP menggunakan nama- nama syarikat kontraktor bumiputera untuk mendapatkan projek kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan.

Demonstrasi diketuai Ahli Jawatankuasa (AJK) PKMS, Latif Wagiman itu diadakan di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wan di Pusat Komuniti Rakyat Serdang di Seri Kembangan dekat sini, hari ini.

Demonstrasi selama 30 minit itu digunakan oleh para kontraktor terbabit untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri Selangor khususnya DAP yang menganiaya kontraktor kecil bumiputera atau Kelas F.

Menurut Latif, kontraktor kelas F bukannya kontraktor 10 peratus atau 'ali baba' tetapi berkemampuan untuk melaksanakan keseluruhan projek yang diberikan oleh kerajaan.

"Sepatutnya kerajaan Selangor yang menggelar diri sebagai 'Kerajaan Kebajikan' membimbing kontraktor bumiputera yang masih belajar untuk berniaga tetapi sebaliknya menganiaya kontraktor kelas F ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada demonstrasi tersebut di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Selangor supaya bertindak segera menghapuskan amalan 'ali baba' dan mengamalkan sistem sebut harga secara terbuka atau undian.

Seorang kontraktor, Sharom Mohd. Sharif berkata, selama ini kontraktor bumiputera banyak membantu perniagaan bukan bumiputera dengan membeli bahan-bahan pembinaan daripada mereka.

"Apalah salahnya jika bumiputera diberi peluang mendapatkan projek kerajaan. Kita masing-masing menikmati keuntungan iaitu bersesuaian dengan konsep 1Malaysia," ujarnya.

Kontraktor wanita, Norliza Md. Dewa pula meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pejabat-pejabat daerah di Selangor kerana mendakwa wujud unsur rasuah semasa pemberian projek melalui pegawai kerajaan di situ.

Norliza mendakwa, dia mendapat maklumat bahawa terdapat pegawai dan kakitangan di pejabat daerah memiliki lesen konduktor kelas F dan mendapatkan sendiri projek bagi syarikat mereka.

Sebelum ini, peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mendakwa kontraktor, Lee Wye Wing mempergunakan nama-nama kontraktor bumiputera untuk mendapatkan projek kecil di kawasan DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

Beliau mendakwa, Beng Hock pula dikatakan turut memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ADUN Seri Kembangan itu.-Utusan Online
 
GERAKAN TIMUR:
Sebahagian dari cara pentadibiran Khalid ingin "membunuh" peniaga dan kontraktor Melayu di Selangor.   Kerakusan DAP hanya mampu dipandang oleh Khalid, boneka DAP laknatullah.  

Kes ini juga menyaksikan bagaimana TBH mati dan mengakibatkan siasatan terhadap ADUN DAP Selangor terpaksa diberhentikan dan ini amat merugikan SPRM yang sedang mengumpulkan bukti penyelewengan.  

Wang rakyat habis "dirompak", projek bumiputera habis "disapu", dan mereka terselamat... saksi sulah mati maaaa....itu SPRM misti tanggungjawab lorrrrr...

Saturday, April 9, 2011

PILIHANRAYA SARAWAK: ISU TBH DIMAINKAN SEMULA OLEH DAP UTK MENGALIHKAN FOKUS RAKYAT TERHADAP ISU RASUAH???

DAP cuba mengambil kesempatan dari kes terbaru berkenaan kematian pegawai kastam dengan mengaitkannya dengan kematian TBH dalam kempen ceramahnya di Sarawak.

TBH dipanggil sebagai saksi tentang kes penyelewengan ADUN Selangor.  Saksi beerti orang yang dapat memberi maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku.  Saksi beerti orang itu akan menyebelahi pihak SPRM.  Matinya TBH beerti SPRM telah kehilangan orang yang mempunyai bukti kukuh tentang kes yang sedang disiasat.  Oleh yang demikian, kematian TBH bermakna SPRM tidak dapat meneruskan siasatan ke atas ADUN berkenaan.  Kesimpulannya, kematian TBH "menguntungkan" ADUN yang sedang disiasat oleh SPRM.  

Jelas???  

Pentadbiran DS Najib yang telah berikrar untuk memerangi rasuah rupanya menemui kesukaran berikutan kematian seorang pegawai kastam.  Usaha untuk memerangi rasuah bukanlah perkara yang mudah, namun GT berharap kerajaan konsisten dalam perkara ini.  

Kita tidak mahu isu kematian ini membantutkan usaha kerajaan untuk menyiasat kehilangan RM108 billion. GT tidak menafikan bahawa kastam berjaya memungut RM28 billion setahun, namun ia bukanlah menjadi kayu ukuran sedangkan kutipan hasil itu seharusnya melebihi dari angka 28 billion.  Jadi, kehilangan RM108 billion wajib disiasat.  

Kerajaan pastinya mempunyai dasar yg kukuh dengan melakukan siasatan ini.  RM108 billion menunjukkan rasuah telah berakar umbi dan bertunjang di dalam Kastam itu sendiri.  Pastinya terdapat penyelewengan dan rasuah terutamanya "permainan under declare" berhubung nilai cukai yang wajib diistiharkan.  

GT faham tugas Kesatuan Kastam;  memberi perlindungan untuk ahlinya.  Namun desakan untuk membersihkan nama Sarbani dari dakwaan "membunuh diri" sebenarnya satu permintaan yang tiada dasar.  Mereka mendesak, namun lebih penting kita berpandukan hasil siasatan. 

Kini, terdapat pula khabar angin bahawa ada pihak di dalam Kastam dan Forwarding Agent mahu melaksanakan mogok.  Ini sebenarnya satu sabotaj terhadap perdagangan negara dan juga satu ugutan kepada Kerajaan.  

Nampaknya, ada pihak-pihak yang sudah panas bontot melihat mereka yang terlibat sudah mula ditahan dan didakwa di mahkamah.  Pihak-pihak ini cuba menggunakan kematian Sarbini untuk mengugut kerajaan.

Persoalannya, siapakah pihak-pihak ini?  Adakah mereka  takut atas kesalahan rasuah masing2 akan terbongkar?  Mengapa pula forwarding agent masuk campur dalam urusan pembersihan rasuah terhadap Kastam?  Siapa di sebalik forwarding agent ini???  Apakah terdapat hubungkait antara forwarding agent dan pegawai kastam dalam isu kehilangan berbillion-billion duit rakyat ini? 

Ada pihak yang cuba menyelamatkan diri dengan memanipulasi isu kematian Sarbini untuk mengaburi mata rakyat.  Pihak ini juga dilihat disertai oleh pembangkang terutamanya DAP yang seolah-olah panas apabila misi membersihkan rasuah di dalam KASTAM.  Mereka seolah-olah mahu mengalihkan fokus rakyat dari isu utama disini iaitu RASUAH!!!

Persoalannya, mengapa terasa panas???

Soal Sarbini biarlah pihak berkuasa yang tentukan, bukannya Kesatuan.  Desaklah walau Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sekalipun, GT akan menyokong.  Namun, jgnlah bertindak dengan emosi, tanpa melihat kepada hasil siasatan.  Dan kita harus teruskan fokus untuk membanteras RASUAH yang mengakibat berbillion wang rakyat hilang!

DAP mengambil kesempatan ini untuk menghidupkan semula sentimen TBH dalam kempen mereka! 

Rakyat Sarawak dan seluruh rakyat Malaysia jangan terpedaya!!!

Friday, March 25, 2011

KEMATIAN TEOH BENG HOCK MENYELAMATKAN 2 ADUN SELANGOR???


Dengan kematian TBH, SPRM terpaksa menghentikan siasatan penyelewengan wang peruntukan oleh 2 ADUN Selangor mengikut kenyataan Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail kepada Suruhanjaya Diraja. 

Mengapa terpaksa dihentikan, sebab hanya TBH PUNYA MAKLUMAT TENTANG PENYELEWENGAN INI.

Oleh sebab itu pihak SPRM memanggilnya sebagai SAKSI UTAMA.  

Adakah logik andai SPRM MEMBUNUH SAKSI UTAMANYA?  

Dengan kematian TBH, siapa yang terselamat???

Korang nampak tak "game" siapa sebenarnya nih?  

Nampak?  Bagus...  

Tapi macam mana nak fahamkan jenis manusia yang camni???

Saturday, February 19, 2011

PROSIDING DIPULAU: APA LAGI YANG DIMAHUKAN OLEH KELUARGA TEO BENG HOCK?


Isu TBH semakin membosankan.  Ini kerana keluarga mendiang cuba bermain "politik" dengan memulaukan prosiding suruhanjaya siasatan.  

Perlu diingat bahawa mereka yang menuntut suruhanjaya ini ditubuhkan berikutan tidak dapat menerima hasil siasatan awal.  Kerajaan memberi komitmen agar perkara ini diselesaikan segera, dgn mengikut permintaan mereka.  

Kini mereka pula yang cuba melengah-lengahkan perkara ini.  Mengapa? Kerana ini adalah satu strategi untuk mengheret isu ini ke PRU yang akan datang.  Akan berlegar-legarlah anjing2 DAP sambil menyangkutkan gambar TBH di leher mereka. 

Cukuplah drama airmata dari keluarga mendiang.  Datang ke majlis orang dengan membuat kacau, menangis memohon simpati.  

Teruskan sahaja prosiding ini.  Jangan dilayan lagi mereka ini.  

Bagi GT, mendiang TBH dipanggil oleh SPRM untuk menjadi SAKSI terhadap salahlaku manusia durjana.  MANA MUNGKIN SPRM MEMBUNUH SAKSI MEREKA SENDIRI?

Hanya mereka yang bodoh sahaja memikirkan sebaliknya. 

Terbaru, penyiasat tempat kejadian, Cif Inspektor Mazli mengesahkan bahawa tiada sebarang kesan pergelutan di tingkap tingkat 14.  Andai anda hendak dicampak dari atas bangunan, adakah anda berdiam diri sambil merelakan perbuatan ini??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...