Bersama Berjuang

Showing posts with label PKNS. Show all posts
Showing posts with label PKNS. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Demo Aman Selamatkan Padang PKNS, Esok!!! Sebarkan!!!


GT dimaklumkan bahawa esok, satu demo aman mempertahankan salah satu warisan negara, iaitu Padang PKNS di Kelana Jaya akan diadakan pada butir-butir berikut:

  • Tarikh:  3/6/2012 (Ahad) - Esok!!!
  • Masa:  9.30 pagi
  • Tempat:  Padang PKNS, Kelana Jaya
Himpunan ini bertujuan menyatakan ketidaksetujuan kepada Rejim Khalid Ibrahim yang jelas bercita-cita untuk menghilang salah satu mercutanda bersejarah negara dalam arena sukan bolasepak.  

Sikap untuk menghilang atau mengubah sejarah memang selari dengan strategi DAP dalam usaha mereka untuk menghilangkan Melayu di bumi bertuah ini.  

Kini, Khalid sedang ditunggangi dengan jayanya.  

Demo ini akan disertai oleh Badan Bertindak Selamatkan Padang PKNS, PERKASA dan beberapa lagi NGO lain

Ayuh..!!! Sebarkan dan kita turun!!! 

Monday, November 14, 2011

Amalan Double Standard Dalam Penjawat Awam Di Selangor!!!



Ini tidak adil!!!

Ini zalim!!!

Di mana janji-janji untuk bersikap adil kepada semua? 

Mana dia kesamarataan? 

Mengapa perlu pilih kasih??? 

KLIK SINI

Sunday, November 13, 2011

Bukti Selangor Negeri Berkebajikan... BN Jangan Putar Belit Fakta!!!


Negeri berkebajikan.  Itulah yang di"amin"kan oleh seluruh umat Islam di Selangor, pada setiap solat  Jumaat.  

Bukan sekadar retorik, negeri berkebajikan telah mula dilaksanakan sejak Fuckatan Harami mengambil alih pentadbiran negeri termaju di dalam Malaysia ini.  

Semua golongan merasai konsep kebajikan yang dilaung-laungkan.  Dan yang terbaru, penekanan kepada golongan ini membuktikan mereka tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri dalam makna, atau maksud berkebajikan.  

Siapakah golongan yang dimaksudkan?  

Apakah bentuk kebajikan mereka nikmati?  
KLIK SINI untuk jawapannya.  Kebajikan sangat la yeeee..

Friday, November 11, 2011

11.11.11 Bongkar Erti Sebenar Slogan "SELANGORKU"


Kenyataan Media GAPS

Pendedahan Ketua Pembangkang Selangor mengenai gaji dan bonus Pengurus Besar (GM) PKNS berjumlah rm1.4 juta selama 2 tahun adalah amat memeranjatkan rakyat. Gaji dan bonus sebanyak itu adalah tidak masuk akal boleh diterima oleh seorang kakitangan awam kalau bukan kerana kronisme, korupsi dan salahguna kuasa yang diamalkan oleh Menteri Besar.

GAPS berpendapat gaji dan bonus yang diberikan itu adalah sangat keterlaluan. Ia adalah 150% lebih tinggi dari yang pernah diterima oleh GM sebelum ini. Ini merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS ketika melantik GM ini.

Rm1.4 juta itu merupakan pendapatan GM itu dari gaji dan bonus untuk 2 tahun. Dengan gaji sebanyak rm40 ribu sebulan maknanya GM PKNS ini menerima rm160 ribu untuk bonus 2009 dan RM280 untuk bonus 2010.

Selain dari itu GAPS berpandangan perlantikan GM ini adalah tidak sah kerana Enakmen Pkns 1964 sek 9(3) menyebut pegawai Pkns adalah kakitangan awam. Kakitangan awam dinegara ini tertakluk kepada perintah am dan pekeliling perbendaharaan bermula dari perlantikannya sehingga lah tatacara tugas dan tanggungjawabnya.

Lebih jelas sebenarnya MB telah melangkaui batas undang-undang ketika melantik En Omar Osman sebagai GM Pkns. GAPS yakin MB langsung tidak merujuk Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara bagi mendapat kelulusan mereka dalam soal pemberian gaji dan bonus yang tinggi itu kepada GM ini.

Oleh kerana perlantikan GM itu tidak sah maka semua keputusan yang dibuat oleh GM ini atau mana-mana mesyuarat yang dihadirinya sebagai GM Pkns juga terbatal dan tidak sah.

Lebih buruk dari itu GM Pkns ini juga merupakan salah seorang dari 2 orang Lembaga Pengarah Worldwide Holdings Bhd (WHB)sekarang. WHB merupakan sebuah subsdiari yang punyai beratus juta ringgit asset rakyat selangor. Perlantikan GM Pkns ini sebagai Pengarah WHB juga tidak sah kerana jawatan hakiki itu tidak sah sedari awal. Ini sekali gus menjadikan setiap keputusan dan mesyuarat yang dihadiri oleh GM Pkns ini dalam WHB juga tidak sah dan terbatal.

Pkns sebenarnya merupakan lubuk penyelewengan dan korupsi MB Selangor. Ia merupakan bom jangka yang pada bila-bila masa boleh meletup akibat salahguna kuasa yang sangat keterlaluan oleh MB, Exco dan kroninya dalam Pkns.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

11.11.11

GERAKAN TIMUR:
Selangorku???  Lebih baik Khalid GAGAL kata Selangor.. Aku Yang Punya!!!

Wednesday, September 21, 2011

SELANGOR MENANGIS: "SelangorKu For Sale"!!! Harta Negeri Terus Digadaikan!!! SIAAAALLLL..


Kenyataan Media GAPS

Pendedahan blogger Darul Ehsan Today DISINI mengenai penjualan 3 bangunan komersial milik PKNS menguatkan lagi cerita 'SelangorKu' untuk dijual sebelum pilihanraya umum ke 13.

Laman blog itu memuatkan surat PKNS yang mengesahkan 3 bangunan komersial PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya kini dalam proses pengambilalihan oleh ARREIT, sebuah konglomerat pelaburan.

Apa ertinya semua ini ? GAPS mengambil pendirian ini merupakan penyelewengan dan rasuah terancang kolar putih yang melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi PKNS.

Peniagaan buluh kasap - dapat pangkal hujung lesap. Atas nama pelaburan dan penyusunan semula korporat, PKNS kini kehilangan hak keatas 3 bangunan komersial yang strategik apabila ianya diambilalih sepenuhnya ARREIT mulai 1 Januari 2012.

Penyelewengan ini adalah serupa dengan dengan Skandal Talam Corporation oleh MB Diperbadankan yang melibatkan penyelewengan  wang negeri berjumlah lebih dari RM600 juta ringgit dari khazanah negeri Selangor pada tahun lalu.

Yang akan menangung kerugian dari penyelewengan MB Selangor ini adalah rakyat. Sebagai contoh kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam akan dinaikkan sehingga 100%. Peniaga dan penjaja yang menyewa tentunya akan meraung kerana kezaliman pentadbiran Kerajaan Dap-Pkr-Pas Selangor ini.

Kesan yang amat mendalam adalah kepada peniaga dan penjaja kecil melayu yang berjumlah lebih 80% yang mencari rezeki berniaga di kompleks PKNS ini. Kerajaan negeri Selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang Melayu mengadu nasib untuk berjaya dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang khususnya dalam dunia peniagaan.

Road Map 'SelangorKu' For Sale. MB telah merangka jalan penyelewengan dan rasuah 'the way forward' yang akan merugikan seluruh rakyat jelata di Negeri Selangor ! Inilah dia negeri kebajikan yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
20 September 2011.

Monday, May 16, 2011

INILAH BAPAK PENYANGAK YANG SEMUA ORANG MESTI TAHU!!!

Siapa dia nih?
Bapak penyangak

Kenapa digelar begitu?
Sebab dia suka menyangak

Apa yang disangakkan?
Harta rakyat...  

Rakyat mana?
Rakyat Selangor...

Macam mana boleh jadi begitu?
Sebab dia kesayangan Khalid Gagap...  

Ceritakan sikit tentang bapak penyangak ni?
KLIK SINI

Friday, May 6, 2011

SELANGOR MENANGIS... STRATEGI TERBAIK "MEMBUNUH" PENIAGA MELAYU & KHALID DPT LEPAS TANGAN!


Semakin hari semakin byk asset kerajaan negeri yang tergadai akibat dari sikap tidak mahu bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah.  

Alasan yang diberi pastinya operasi itu tidak menguntungkan dari segi perniagaan.  Jadi, menjualnya adalah alasan terbaik dari kaca mata seorang bekas keparat korporat.  Dia mungkin lupa bahawa majoriti yang berniaga di situ.  Ataupun buat2 lupa, atau pun mmg itulah arahan dari bossnya, DAP laknatullah dalam misi menyahkan orang Melayu dari penguasaan ekonomi yg tidak seberapa ini.  

Peniaga melayu yang selama ini membayar sewa yang berpatutan dgn hasil jualan nampaknya terpaksa bersedia untuk menghadapi kenaikan kadar sewa oleh pemilik yang baru.  Tidak mampu membayar sewa yang baru, pergi mampus sama lu!  Berambus!  

Khalid pula "Maaf, kita sudah menjualnya dan tiada kuasa untuk membuat sebarang keputusan".

Selangor menangis di SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...