Bersama Berjuang

Tuesday, April 24, 2012

PANASSS.. Din Pudu Terangkan Dari Mana Datangnya Gelaran Pudu, Malam Ini!


Malam ini, Ust Hasan Basri selaku mantan Ketua Penerangan PAS Selangor akan menggempur DUN Meru.  Ia sebahagian dari kesinambungan kemunculan pertamanya bersama Dato Dr. Hasan Ali beberapa bulan yang lalu.

GT masih ingat betapa panasnya sessi itu, yang mana hadirin tergamam mendengar libasan mauuuut Ust Hasan Basri pabila bercerita soal menggadaikan akidah demi undi.  

Seeengat Ust Hasan Basri sungguh berbisa, sehinggakan Pesuruhjaya PAS Selangor telah merangka program untuk membayangi program Sekretariat Mobalisasi Ummah malam ini.  YB Dr. Rani telah membawa masuk Abg Din Pudu dan Rafizi Ramli yang GT anggap sebagai satu strategi bagi menghalang ahli PAS Meru untuk hadir mendengar ceramah Ust Hasan Basri. 

Taktik yang bagus, untuk menutup kebenaran dari dicernakan oleh penyokong-penyokong PAS.  

Yang melucukan ialah tajuk ceramah PAS, iaitu PTPTN dan BERSIH.  Kedua-dua topik ini sebenarnya sudah mendapat penjelasan dan pencerahan yang berganda-ganda dari pelbagai pihak.  Kita tahu, PTPTN itu Anwar punya angkara, dan tuntutan BERSIH telah 90% dituruti oleh SPR.  

Dan benarlah bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor kini menjadi penjilat tegar Anwar Ibrahim, yang teruk "dibelasah" oleh PAS dan DAP di dalam mesyuarat Pakatan gara-gara memainkan isu PTPTN.  Tetapi, Pesuruhjaya PAS Selangor mahu isu itu dibangkitkan di kawasan dewan undangan negeri Meru.  Sangat kontra dengan pendirian PAS sekiranya apa yang terjadi di dalam mesyuarat itu diambilkira.  Tetapi YB Dr. Rani peduli apa dengan pendirian PAS, kerana turun mempertahankan Anwar adalah JIHAD!  

Jadi, orang Meru, Kapar, Sementa, Batu Belah, Klang, Jeram, Kuala Selangor, jangan lupa malam ini, meneruskan tusukan-tusukan fisabilillah kepada mereka yang menjadi liabiliti kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja.  

Jom turun...!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...