Bersama Berjuang

Wednesday, February 15, 2012

Ke Mana Perginya RM2 Billion ++ Dari Federal Ke Kerajaan Selangor?


GT difahamkan kerajaan pusat telah menyalurkan sekitar RM2 Billion (sila betulkan jika anda ada angka yang lebih tepat), lebih kepada kerajaan negeri Selangor dari 2008 sehingga kini, sebagai dana penggerak untuk meningkatkan infrastruktur, juga membuat penyelenggaraan kawasan-kawasan.  Atau lebih mudah, kita sebut lah sebagai kos operasi untuk mentadbir sebuah negeri.  


Namun apa yang berlaku di Selangor cukup memalukan status negeri maju ini.  Sampah sudah menjadi suatu pemandangan yang lazim, bau "haruman" sampah pula sudah menjadi santapan aroma seharian penduduk, akibat masalah antara kerajaan negeri dan kontraktor-kontraktor.  


Rakyat Selangor cukup menderita ketika sedang memandu, kerana kebanyakkan jalanraya di Selangor yang banyak berlubang, dan permukaan turap yang tidak sekata.  Perhatikan apabila terdapat projek menampal, atau menggantikan dengan tar baru, setebal mana lapisan turap berkenaan?  2 inci?  

Ketebalan itu tidak mampu ditampung, apatah lagi lori-lori industri, atau kontena sering menggunakan jalan-jalan di Selangor ini.  Itu belum lagi diambil kira dari aktiviti keluar masuk lori-lori oleh penyamun-penyamun pasir "berlesen".  Tolak ketepi dulu soal pasir, yang akan GT paparkan selepas artikel ini nanti. 

Pembangunan infrastruktur hasil dari usaha kerajaan negeri sangat sukar dilihat.  Sedang janji Khalid untuk membina 40 ribu buah rumah kos rendah PKNS pun masih berbelum tertunai.  1 rumah pun masih belum dibina lagi. 

Itu baru sebahagian dari kehaprakan kerajaan PKR Selangor mentadbir.  Banyak lagi.  Setelah pemerhatian teliti, beserta kajian terperinci, GT telah dapat mengenal pasti "infrastruktur" yang telah dibangunkan oleh kerajaan negeri seperti dibawah:





Itulah yang mampu "dibangunkan" oleh kerajaan Selangor dengan skala yang besar, billboard, billboard dan billboard.  Dan anda boleh melihat billboard ini di serata Selangor.  Cukup maju Selangor dengan billboard.

Dengan maklumat yang GT terima, andai benar, ke manakah perginya RM2 Billion selama 4 tahun memerintah?  Alasan kerajaan Federal tidak membantu, sekadar untuk mendapatkan political mileage.

Apa kata Khalid?  

p/s - Panassss....Siapakah Pemimpin PAS yang dihalau dari sebuah surau gara-gara berpolitik dalam ceramah sempena majlis Maulidur Rasul?  Tunggu jam 4.03 petang nanti...

1 comment:

  1. Kerajaan dengan prinsip "Masuk bakul angkat sendiri" Takziah keatas negeri Selangor yang akan kehilangan kuasa pada masa yang terdekat ini.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...