Bersama Berjuang

Tuesday, May 29, 2012

Perghh..!!! Anwar Ibrahim Peroleh Dana Dari Petronas??? Wowww..!!!



Buku dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum.   Seperti yang penulis sentuh sebelum ini, iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran seperti penulis.  

Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya.  Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah didedahkan.   

Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai.  Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci.   Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan.  IIIT adalah diwujudkan oleh CIA.   Menurut beberapa sumber, hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus dan tersusun.   

Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam sebenar.  

CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental.   Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan pemberontakan.  

Apabila negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri,   barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara.  

Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri.   

Yang jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam IIIT.   Tidak mungkin beliau tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan CIA.

Selain wang dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas.  

Dan bagi pihak rakyat Malaysia keseluruhannya, penulis yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.

Menurut Smith, data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia.   Pada mulanya, pekerja bawahannya telah mengesan penjualan minyak petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah harga pasaran.  Namun, beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada waktu itu.  

Nama Hassan Marican kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK.   Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an.  Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa  tertinggi syarikat tersebut pada 1995.   

Tun Dr. Mahathir agak sangsi pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun, beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan Hassan.

Memainkan harga minyak hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini.  Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai berbillion pound.  

Dana dari rangkaian Wahhabi/CIA dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.  

Memandangkan Wahhabi atau CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih besar menangani mereka.  

Sebagai rakyat marhaen, kita hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara kita?  Dan benarkah Hassan Marican terlibat sama?  

Petronas dan Hassan wajib menjawab kemusykilan rakyat.

Sumber:  Beruang Biru & The Pola Bear

BERSIH 3.0: Orang Melayu Bersemangat Juang, Namun Ambiga Lebih Bijak Mengkudakan Mereka!



Keengganan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasen untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia terhadap rusuhan yang berlaku semasa himpunan pada 28 April lalu, menunjukkan belang sebenarnya.

Rusuhan yang sepatutnya telah gagal menggerakkan hati kecilnya untuk menyedari dan mengaku kesilapan yang telah beliau dilakukan terhadap rakyat negara ini.

Sebaliknya Ambiga dengan angkuh dan bongkak berkata beliau hanya mahu meminta maaf kepada generasi muda kerana tidak berjuang dengan lebih gigih untuk prinsip-prinsip Bersih 3.0.

Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, Ambiga bermaksud bahawa biarpun negara Malaysia yang dicintai terbakar atau punah sekali namun ini tidak penting.

Yang lebih penting Ambiga dan kuncu-kuncunya dari parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan dan keganasan.

Ambiga yang sudah menjadi sebati dengan jiwa pembangkang bercakap mengenai nilai-nilai murni seperti keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya ang bersih tetapi hakikatnya apa yang mereka rancang dan laksanakan dalam tiga perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 adalah menyimpang dan jauh sekali nilai-nilai yang mereka perjuangkan.

Sebenarnya, penyokong-penyokong PAS dan PKR gagal memahami bahawa tujuan sebenar Ambiga ialah untuk memecah belahkan orang Melayu.

Perlu ditanya mengapa dalam dua himpunan yang telah diadakan sebelum ini amat sedikit sekali penyokong Cina yang hadir malah daripda kaum India boleh dibilang dengan jari.

Hanya pada Bersih 3.0, peserta Cina meningkat secara mendadak dan seolah-olah berani menunjukkan kekuatan mereka.

Ini semuanya adalah perancangan parti rasis DAP yang kini beryakinan mereka boleh mengalahkan BN dengan memperkudakan pemimpin serta penyokong dari kalangan orang Melayu daripada PAS dan PKR.

Ambiga bersama-sama DAP secara licik berpakat untuk memecah belahkan lagi orang Melau kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil kerana ini akan memudahkan mereka melaksanakan dasar pecah dan perintah.

Melayu yang bersatu tidak mungkin dapat dipatah kekuatan perpaduan yang ada tetapi Melayu yang lemah dan rapuh perpaduan mereka akan menjadi amat senang bagi pihak musuh untuk meratah mereka.

Anwar serta pemimpin PAS seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz samada menyedari atau jahil terhadap senario yang membahayakan umat Melayu di negara ini telah menghulurkan leher mereka untuk disembelih oleh Ambiga dan DAP.

Tangan Anwar, Abdu Hadi dan Nik Aziz berlumuran dosa perpecahan Melayu disebabkan tindakan mereka bersekongkol dengan DAP.

Mereka patut bertanya kepada diri mereka sendiri, mengapa tidak seorang peserta Bersih 3.0 daripada kalangan kaum Cina pun yang didakwa berkaitan keganasan yang berlaku? 

Mengapa gambar lebih 100 individu yang dikehendaki polis hanya terdiri daripada pemuda-pemuda berbangsa Melayu?

Jika benar orang Cina dan India ikhlas menegakkan keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya yang bersih, mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup berjuang berdepan dengan tindakan polis dan FRU?

Di manakah komitmen orang Cina dan India atau adakah mereka hanya merupakan golongan opportunis yang tidak sanggup berjuang tetapi menunggu untuk meraih hasil perjuangan orang Melayu sahaja? 

Pemimpin Melayu seperti Anwar sanggup melacurkan maruah bangsa sendiri kerana cita-cita peribadi untuk menjadi Perdana Menteri, sekalipun negara tergadai.

Pemimpin PAS pula sanggup menjual islam sebagai komoditi murahan kepada DAP dan PKR hanya kerana gilakan kuasa dan pangkat. 

Ambiga dan DAP pula mengeksplotasi sifat tamak dan gila kuasa yang bermaharajalela dan sanubari Anwar, Abdul Hadi dan Nik Aziz untuk memastikan orang Melayu akan terus bertelagah dan berpecah sehinggalah Tanah Melayu ini menjadai milik mereka suatu hari nanti.

Pada ketika itu objektif sebenar ketiga-tiga himpunan Bersih akan menjadi realiti kerana sememangnya pada masa itu ia akan menyapu bersih semua hak Melayu dan menjadikan bangsa ini sebagai pengemis di bumi mereka sendiri.

Wednesday, May 23, 2012

BERSIH 3.0: Mahkamah Mendakwa Anwar Kerana Motif Politik... Alahai.. Bosannya Alasanmu!!!



Sekali lagi pihak pembangkang melontar tuduhan terhadap kerajaan bahawa tindakan mendakwa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali berhubung himpunan Bersih 3.0 motifkan politik.

Rakyat Malaysia sudah muak dengan alasan yang diberikan Anwar setiap kali pendakwaan mahkamah dilakukan terhadapnya.

Pemecatan beliau oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dikatakan 'konspirasi politik peringkat tertinggi'.

Begitu juga dakwaan liwat, pertama kali 14 tahun lalu dan kali kedua pada 2008, juga dianggap 'konspirasi' untuk menyekat impian Anwar ke Putrajaya.

Malah bagi mengguatkan lagi hujah mereka, maka diseret pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa seperti Human Rights Watch untuk membuat menyokong Bersih 3.0 serta menghentam kerajaan.

Begitulah sifat dan perangai pimpinan pembangkang terutamanya Anwar dan kuncu-kuncunya yang sentiasa bergantung atas sokongan NGO dari Amerika Syarikat mahupun Eropah untuk mengabsahkan segala tindak tanduk politik mereka, walaupun perbuatan itu secara terang melanggar undang-undang negara ini.

Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya mahu dilihat bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja untuk menentang kerajaan tanpa apa-apa sekatan perundangan.

Ini termasuklah mengadakan siri ceramah tanpa permit sesuka hati mereka di seluruh negara serta menganjurkan perhimpunan yang berakhir dengan rusuhan. 

Di dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, bukan sahaja ramai peserta, malah petugas media serta anggota polis yng menjalankan tugas mereka turut tercedera.



Ini semuanya angkara Anwar yang dilihat di dalam paparan video memberi arahan supaya peserta merempuh halangan untuk menceroboh Dataran Merdeka yang sudahpun diisytiharkan sebagai zon larangan.

Begitu juga penganjur utamanya, Ambiga Sreenevasen seorang peguam kanan yang sepatutnya arif mengenai undang-undang tetapi bertindak lebih sebagai pemimpin pembangkang.

Pembangkang berfikir mereka bebas dari segala dosa dan kesalahan, justeru itu juga bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang. 

Malah mereka memperlecehkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diluluskan untuk menangani antara lain penganjuran serta protes jalanan seperti Bersih 3.0.

Tindakan kerajaan mendakwa Anwar, Azmin dan lain-lain pemimpin pembangkang dalam isu ini patut dipuji dan dihargai.

Ia menunjukkan dalam hal menjaga keselamatan awam dan negara, kerajaan bersikap tegas dan tidak memilih bulu.

Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tidak kira apa kedudukan mereka dalam masyarakat, hatta Ketua Pembangkang sekali, tidak bebas melakukan perkara yang menodai kesucian perundangan negara.

Samada Anwar dan Azmin bersalah atau tidak, terpulang kepada kebijaksanaan mahkamah menentukan berdasarkan hujah dan bukti sediada.

Bak kata pepatah Melayu, siapa yang termakan cili, dialah yang merasa pedasnya atau dalam lingo anak-anak muda, 'sendiri buat sendiri tanggung'.

Muzarakah: Nik Aziz Pun Tidak Bermuzakarah Dengan Hadi Awang... Kenapa? Syiah Vs Wahabbi Ke?



Belum pun habis sinetron Hudud, kini timbul pula sinetron Muzakarah arahan Nik Aziz.   Kedua-dua skrip sinetron ini sama saja iaitu sekejap hendak, sekejap tak hendak dan kemudian salahkan UMNO.    Lepas itu, diam sekejap bila disergah DAP, dan salahkan UMNO lagi.  Bila pilihanraya makin hampir, timbul lagi dan kemudian salahkan UMNO lagi.  

Hudud dan Muzakarah timbul kembali akhir-akhir ini adalah bukti keterdesakan PAS.  Dengan maruah yang sudah tiada lagi, PAS bergelut untuk mengekalkan sokongan bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.   

Pengumuman Hadi Awang untuk tidak bertanding lagi seolah-olah bukti yang PAS sudah kehilangan semangat, buntu dan kecewa.  PAS menjadi mangsa kerakusan dan ketakburan serta kebodohan pemimpin-pemimpin sendiri.   

Jika orang Melayu berpecah dua iaitu Melayu PAS dan Melayu UMNO, tetapi PAS itu sendiri berpecah seribu.  

Yang ni nak muzakarah..

Ada yang berkiblatkan Anwar Ibrahim, ada yang berkiblatkan Syiah, Komunis, ada yang masih bermimpi berada di zaman Dato’ Asri, ada yang Wahhabi, dan ramai lagi yang buta tuli – tidak sedar Negara Islam telah dibuang dari perjuangan, tidak sedar membontoti belakang peliwat dan tidak kesah menyembah Dewi Murtad dan LGBT, Ambiga Sreevanesan.   

Penyokong-penyokong semuanya dibenarkan menyedapkan hati sendiri dengan membuat alasan sendiri dalam mempertahankan mana-mana pendirian atau keputusan parti yang bertentangan dengan keputusan dan pendirian terdahulu, mahupun yang bertentangan dengan Islam.  

Melihat kepada kecelaruan PAS ini, bukankah lebih afdal jika PAS duduk bermuzakarah sesama sendiri dahulu daripada bergebang mengacah untuk bermuzakarah dengan UMNO?   

Sedangkan, idea muzakarah ini juga nampaknya dibuat tanpa bermuzakarah.   Kerana itulah Hadi cakap lain dan Nik Aziz cakap lain pula.  

Hakikatnya, PAS telah membangkitkan soal muzakarah minggu lepas dan menegaskan bahawa mereka sanggup bermuzakarah dengan siapa saja termasuk UMNO.   Hakikatnya juga, UMNO telah menyarankan yang sama berkali-kali sebelum ini, tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS.  

Namun, demi perpaduan ummah UMNO tetap menghulurkan tangan untuk menyambut tangan Nik Aziz kali ini.  

Tidak semena-mena, Nik Aziz menarik balik tangannya, manakala Hadi Awang pula menyembunyikan terus tangan di belakang.   Lalu, kelihatannya hanya tangan UMNO yang masih terhulur dan dijadikan momokan oleh Nik Aziz konon UMNO yang terdesak terhegeh-hegeh inginkan perpaduan dengan PAS.   

Apapun, UMNO telah menjangkakan bahawa PAS hanya ‘bermain wayang’ dalam soal muzakarah dan tidak terkejut apabila PAS mengenakan berbagai syarat untuk tujuan itu.   

Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah ketegasan Nik Aziz mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika membincangkan soal muzakarah.  

Kata Nik Aziz, muzakarah ini harus berkenaan PAS lawan UMNO dan tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya tentang  perpaduan malah beliau mengulangi buat kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong perpaduan ummah antara PAS dengan UMNO.  

Yang nih tak mau pulak...
Jika mengikut kata-kata Nik Aziz maka apa yang disarankan beliau bukanlah muzakarah tetapi debat, iaitu di mana kedua-dua pihak menyatakan pertentangan pendapat dan prinsip masing-masing tanpa berniat untuk mencari jalan perdamaian.  

Justeru, apa yang dapat disarankan ialah, tepuk dada, tanyalah iman.  Apakah wajar seorang Ulama, Tok Guru atau Mursyid bermati-matian menentang perpaduan ummah? Malah mempersendakan usaha ke arah perpaduan?  

Untuk itu, kita jangan sekali-kali lupa akan pesanan Rasulullah S.A.W tentang kewujudan Ulama Suk (Ulama jahat) di akhir zaman:  

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Bakal Calon PRU13 Untuk PAS??? WOOOWWW!!!



DALAM keadaan sekarang, di mana imej pasukan polis dimata penyokong Pakatan Rakyat berada di tahap terendah, sudah tentu ramai yang terkejut dengan tindakan bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai salah satu parti komponen dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS.  

Ini bukan kita persoalkan kebebasannya yang dibenar dibawah amalan demokrasi untuk menyertai mana-mana parti politik.  Itu adalah haknya sebagai individu yang telah bersara dari pasukan polis.

Nak masuk parti mana pun kita peduli apa, tapi janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.  Apakah dia bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS, terlibat dengan kegiatan jenayah?

Itu satu hal.  Satu hal yang lain ialah, bagaimana cepat Fauzi melupakan segala sumpah seranah yang pernah dilemparkan PAS terhadap pasukan polis yang pernah disertainya dulu, terutama yang membabitkan tindakan polis mematahkan tunjuk perasaan dan jenayah lain yang dilakukan mereka sejak 1998?  

Malah kalau nak dilihat lebih jauh ke belakang, iaitu pada 1985 dimana berlakunya kejadian Memali yang menyaksikan penyokong PAS diketuai Ibrahim Libya, menyerang dan membunuh 4 orang anggota polis sebelum dia dan 13 pengikutnya yang lain dibunuh kerana tindakan tersebut, nescaya tidak ada alasan kenapa Fauzi perlu menyertai PAS.

Sebabnya, kejadian Memali menunjukkan bahawa kebencian PAS terhadap polis bukan setakat terhad kepada kata-kata nista dan kecaman, tapi lebih dari itu juga.

Lupakah Fauzi bahawa dalam kejadian itu semua ahli PAS yang mati, dikebumikan tanpa dimandi, dikafan dan disembahyangkan kerana didakwa mati syahid?  Syahid kerana mereka mati dibunuh oleh pasukan polis yang dituduh  kafir ketika itu?  Kalau Fauzi masih kurang yakin, tanyalah Hadi yang mengeluarkan fatwa tersebut.  Ironinya, Hadi juga yang hari ini menerima borang keahlian Fauzi – bekas pegawai kanan polis.

Dunia, dunia.

Secara rasminya, Fauzi baru 3 hari menjadi ahli PAS, boleh dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi.  Tapi satu yang pasti, ‘sumbangan’ PAS terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS, terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.

Dengan kekuatan pasukan polis ini diukur dari segi intergriti dan maruah, tindakan Fauzi ini tidak boleh diterima sama sekali - walaupun Fauzi memberikan alasan mahu menerangkan kepada penyokong PAS mengenai jasa dan sumbangan polis yang mungkin tidak diketahui penyokong parti tersebut (HarakahDaily, 20 Mei 2012).

Melalui pemerhatian setakat ini, persepsi penyokong PAS terhadap polis selepas penyertaan Fauzi masih sama, tidak ada apa yang berubah.  Majoriti dari yang ditemui, berasa ragu-ragu dengan tindakan Fauzi menyertai PAS.  Pada mereka, kalau dah sekali jadi ‘anjing kerajaan’ (polis), selamanya jugalah akan jadi ‘anjing kerajaan’ juga.  Kelihatannya mereka ini tidak berkongsi perasaan yang sama dengan kepimpinan tinggi PAS yang bangga menerima kemasukan ‘anjing’ ini ke dalam parti mereka.

Itu menjadikan kenyataan Fauzi kononnya untuk membetulkan pandangan ahli PAS terhadap pasukan polis adalah satu kenyataan yang mengarut.  Bukan penyokong PAS tak tahu yang polis hanya menjalankan tugas seperti yang dibenarkan dibawah undang-undang, mereka tahu, tapi semua penghinaan itu masih dilemparkan kerana mereka tidak berpuas hati niat mereka untuk membuat kacau digagalkan oleh polis.

Sepatutnya sebagai bekas pegawai tinggi polis, Fauzi perlu mempertahankan tindakan polis dan mengecam pihak yang melanggar undang-undang.  Ini tidak, Fauzi memilih untuk bersekongkol pula dengan mereka.

Kalau nak menambah ilmu agama dan sebagainya, ada lebih banyak badan-badan yang berkecuali seperti Perkim, YADIM atau JAKIM.  Kenapa PAS juga yang dicari?  PAS tidak langsung berkaitan dengan agama, kecuali dari sudut pakaian dan perkataan ala - ala arab.  

PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, tidak ada yang berkurang dari itu.  Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya, PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.

Sekadar persoalan untuk dikongsi bersama, mungkinkah kemasukan Fauzi ke dalam PAS adalah untuk mencari peluang dicalonkan dalam pilihanraya? Walaupun dia menafikan, itu bukan suatu yang mengejutkan.  

PAS dan munafik adalah pasangan kembar siam yang tidak boleh dipisahkan malah antara syarat utama untuk menjadi ahli parti tersebut (tidak terkecuali Fauzi) – kalau boleh dikatakan begitu.

UMNO Kelantan Buktikan PAS Apa Pun Tak Boleh!!! APTB!!!



Kebangkitan pasukan Bolasepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) sejak lebih 4 tahun lalu ternyata berjaya mencetuskan fenomena 'gila bola' pada hampir segenap lapisan masyarakat Kelantan tanpa mengira darjat keturunan dan sempadan politik.

Dek kerana kebangkitan tersebut juga, pelbagai pihak khususnya dari kalangan pemimpin parti politik berlumba-lumba menunjukkan keprihatinan mereka terhadap jatuh bangun pasukan TRW sekalipun berbelas tahun sebelum ini jejak kaki ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pun tidak pernah.

Saat meraikan kebangkitan pasukan bolasepak Kelantan, timbul satu persoalan yang penulis yakin sedang bermain-main di fikiran sesetengah kalangan kita. Dalam konteks politik Kelantan, pihak manakah yang bakal menerima tempias dan meraih sokongan khalayak khususnya golongan muda berikutan kebangkitan TRW sejak akhir-akhir ini?

Mungkin akan ada segelintir yang berpendapat persoalan tersebut langsung tiada kaitan antara sukan dan politik, dua bidang berlainan walau sebenarnya jika dinilai dari sudut urus tadbir dan kemampuan memacu daya saing ia berkait secara langsung.

Dan kita jangan lupa, setiap orang peminat sukan juga merupakan pengundi berdaftar yang juga akan menentukan arah mana trend sokongan untuk sesuatu parti politik. Atas sebab itu, logik persoalan ini ada meritnya untuk dibincang dan dirumuskan jawapannya.

Barangkali masing-masing pembaca sekalian sudah mempunyai jawapan yang mungkin berbeza dengan penulis, namun secara peribadi penulis melihat kebangkitan pasukan TRW Kelantan mempunyai kaitan rapat dengan keupayaan pengurusan dan corak kepimpinan yang dicernakan oleh Tan Sri Annuar Musa yang semua kita ketahui adalah salah seorang warlord UMNO Kelantan.

Walaupun acapkali pimpinan PAS negeri Kelantan cuba mengambil kesempatan menonjolkan diri mereka sebagai punca kebangkitan pasukan TRW, hakikat perjalanan jatuh bangun TRW menceritakan sebaliknya. 

Dulu sewaktu para pemain bergelut dengan masalah kelewatan pembayaran gaji serta tunggakan berbulan-bulan lamanya akibat masalah kewangan yang dialami Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA), tidak ramai pemimpin PAS yang sudi mengambil tahu masalah tersebut.

Hanya selepas pengurusan KAFA diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2007 barulah sedikit sinar harapan buat pasukan TRW dan penyokongnya apabila ia mula menonjolkan peningkatan mutu permainan seterusnya menggapai satu demi satu kejayaan termasuklah menjuarai Piala Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2010 dan terbaru menjuarai Piala FA.

Ruang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu yang sekian lama sunyi kini meriah tiap kali adanya perlawanan bolasepak. Para peniaga kecil meraih tambahan pendapatan bagi asal saja bila adanya pertembungan bolasepak di stadium tersebut. Persekitaran stadium yang sebelumnya hidup segan kembali rancak meraih tempias dari kebangkitan TRW.

Bayangkan daripada sebuah pasukan belasahan yang pernah menjadi satu-satu pasukan negeri terpaksa turun taraf bermain dalam Liga FAM pada tahun 2005 berikutan kemerosotan prestasinya, kini dalam jangka waktu 4 tahun lebih TRW di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa telah menjadi satu kuasa baru dalam dunia bolasepak tanahair.

Tidakkah ini nyata membuktikan wujudnya kualiti dan kemampuan pemimpin UMNO dalam merungkai permasalahan seterusnya merencana kemajuan - ia satu perbezaan jelas jika dibandingkan 22 tahun retorik dan propaganda slogan yang selama ini menjadi zikir harian pemimpin PAS dan tidak membawa kita ke mana-mana.

Justeru itu, mengambil teladan dari kebangkitan skuad bolasepak Kelantan TRW, tidak menjadi satu kerugian untuk rakyat Kelantan memanfaatkan kualiti dan kemampuan para pimpinan UMNO untuk manfaat negeri Cik Siti Wan Kembang dengan mengangkat mereka untuk memerintah kembali Kelantan dalam pilihanraya umum nanti.

Psstt... GT hardcore Red Giant, Pintu 10!

Airmata Darah Bercampur Keringat: Karpal Singh Akan Beri Taraf Bumiputera Kepada Cina & India!!!



DAP nampaknya masih belum dapat menerima dengan tenang keputusan Tunku Abdul Aziz Ibrahim untuk keluar parti.   

Di kalangan pemimpin DAP, ada yang meluahkan kekecewaan, ada yang bertindak menghamun Tunku Aziz dan memperlekehkan sumbangan beliau kepada parti tersebut dan ada yang tercungap-cungap mengerahkan balaci menepis dan memperbaiki imej yang terserlah sebagai kukubesi dan korup.   

Tidak ketinggalan juga cubaan memulihkan imej dan mengalihkan isu oleh akhbar-akhbar yang ‘bersimpati’ dengan perjuangan DAP, termasuk the Star.  

Namun, Tunku Aziz wajar memahami bahawa rakan-rakannya bukanlah kecewa kerana tindakannya keluar parti, tetapi mereka kecewa kerana beliau telah membuka pekung DAP.   Kekecewaan mereka berganda apabila beliau kemudiannya menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri dan memuji program-program transformasi.

Akibatnya, DAP terus lupa akan hakikat bahawa Tunku Aziz adalah seorang yang lurus, berintegriti dan berprinsip serta akan sentiasa berkata yang benar.   Kualiti inilah yang menyebabkan  mereka ‘menyambutnya’ ke dalam DAP dahulu,  dan kualiti ini jugalah yang menyebabkan beliau keluar dari DAP hari ini.  

Antara yang lantang menempelak kenyataan ikhlas dari Tunku Aziz ialah Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan.   Menurut Karpal, pelan transformasi Datuk Seri Najib hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih mendalam.  

Bagi Karpal, untuk mendalami pelan transformasi tersebut, langkah pertama yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah “mengembalikan status bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos 1957, iaitu tarikh kemerdekaan negara ini.”  

Intipati dari kata-kata Karpal ini hanyalah satu, iaitu menghapuskan hak keistimewaan bumiputera.  

Kita tidak terkejut dengan kenyataan Karpal kerana kita tahu ia sudah menjadi matlamat utama perjuangan DAP, iaitu melenyapkan penguasaan Melayu di bumi Malaysia ini.   

Bagi mencapai matlamat ini, DAP sering memomokkan bahawa hak istimewa bumiputera itu adalah satu bentuk diskriminasi terhadap warganegara bukan bumiputera.  Kononnya warganegara bukan bumiputera tertindas, dianaktirikan dan terpinggir dari kemudahan-kemudahan dan bantuan-bantuan kerajaan.  

Sedangkan walaupun dengan wujudnya hak istimewa bumiputera, warga bukan bumiputera telah berjaya menghalau 18,000 bumiputera di Pulau Pinang, lalu bagaimana agaknya nasib bumiputera jika hak mereka tidak dilindungi oleh kerajaan?  

Sedangkan walaupun dalam melaungkan nasib diri yang ‘tertindas, terpinggir dan dianaktirikan’,  warga bukan bumiputera tega bermegah mendabik dada punya kuasa untuk mengawal ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia.   Justeru, bagaimana agaknya nasib bumiputera jika ekonomi mereka tidak dibantu oleh kerajaan?

Hak bumiputera telah digariskan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia sebagai melindungi bumiputera, terutamanya dari segi ekonomi dan pemilikan tanah.  Ini kerana, di era penjajahan, kaum bumiputera telah tidak diberi peluang yang sama dari segi pendidikan dan sosial oleh penjajah British sehingga mereka jauh ketinggalan dan sukar untuk meningkatkan diri, apatah lagi bersaing dengan kaum-kaum pendatang.   Tanpa pendidikan dan pendedahan sosial, kaum bumiputera terdedah kepada manipulasi dan kehilangan hak-milik mereka di bumi ini.  

Tindakan British mengekang peluang pendidikan dan sosial kepada kaum bumiputera adalah untuk memastikan tiada kebangkitan semangat patriotik dan pemberontakan.   

Kaum pendatang pula dianggap tidak punya sifat patriotik terhadap negara ini dan tidak akan memberontak.  Justeru, peluang pendidikan dan pekerjaan untuk mereka adalah terbuka kerana British memerlukan mereka sebagai pekerja atau penyelia kepada kaum bumiputera.  

Tragedi 13 Mei 1969 kemudiannya menyerlahkan sifat sebenar kaum pendatang yang tidak patriotik, tidak ikhlas malah angkuh dan suka menindas kaum bumiputera.   Bertitik-tolak dari itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi memantapkan lagi usaha meningkatkan taraf hidup dan daya saing bumiputera dan mengelak berulangnya tragedi berdarah itu.  

Hakikatnya, kaum bumiputera sendiri merasa tidak selesa dengan kewujudan hak istimewa mereka.  Namun, hakikatnya juga, kaum bumiputera perlu mempertahankan hak ini selagi wujudnya keangkuhan dan sifat menindas di dalam diri kaum bukan bumiputera atau berhadapan dengan risiko merempat di negara sendiri, kalau pun tidak satu lagi tragedi.  

Walaupun DAP menafikan yang mereka bersifat perkauman dan sering melaungkan hak samarata, namun, rekod sejarah politik DAP  atau kaum Cina itu sendiri membuktikan betapa mereka kekal cenderung, malah tegar untuk menindas kaum lain apabila berkuasa.   Keangkuhan yang ditunjukkan dalam tragedi 13 Mei tidak pernah padam.   Ini terbukti dari cara mereka mengurus syarikat swasta dan perniagaan yang diterajui mereka di mana kaum bukan bumiputera diberi keutamaan sementara peluang bersaing untuk bumiputera disempitkan.  

Justeru, walaupun kita semua ingin menghapuskan ‘diskriminasi kaum’ yang tertulis dalam perlembagaan tetapi selagi kita tidak mampu menghapuskan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis di syarikat-syarikat swasta dan perniagaan, Malaysia tidak ada pilihan selain dari terus mempertahankan Artikel 153.    

DAP sebenarnya sedia maklum mengenai kewujudan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis dalam ekonomi  Malaysia yang diterajui kaum Cina tetapi DAP tidak berniat untuk menghapuskannnya.    Lebih buruk lagi, DAP sememangnya memperjuangkannya iaitu untuk memastikan kaum Cina mengawal semuanya – politik, ekonomi, pendidikan, perniagaan dan segala-galanya.  

Inilah yang membuatkan Tunku Aziz tidak sanggup lagi duduk bersama mereka, dan kenapa Karpal begitu terdesak untuk menutup mulutnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...