Bersama Berjuang

Saturday, June 2, 2012

LIVE: YB Ezam Md Nor Buat UPPERCUT K.O. Kpd Anwarista Di Meru!!!

Andai dibandingkan antara Ezam dan Dr Rani, bagai langit dan bumi, dari sudut perjuangan. Faktanya, Ezam berjuang utk banduan tak sedar dek untung sehingga dibebaskan.

Dr. Rani? Sekadar membontoti Anwar utk jawatan semata, itu isi ceramah Ezam.

Isu 6 kotak tahun 1998, isu hubungan Anwar dgn Zionis dsb.

Rupanya, Wolfowizt, kroni Anwar, pernah menjadi duta besar US ke Indonesia selama 10 tahun. Sebaik sahaja Wolfowitz keluar dari Indonesia, maka berlakunya Reformasi di Indonesia yg menyebabkan negara itu terpaksa merangkak semula membangunkan negara mereka. Oleh sebab itu, rakan2 Anwar di Indonesia sudah mula menolak Anwar apabila tahu hubungan Anwar-Wolfowizt. Apatah lg apabila Anwar secara terbuka menyokong keselamatan negara Israel.

Dr Rani?

Cita-citanya persis Anwar, cukup tinggi walaupun Dr Rani x brapa nak tinggi sgt, maka matlamat bisa menghalalkan cara.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 1, 2012

LIVE: Aksi Ghani Harun Bikin PASrasit Berdarah Telinga.

Bersiaran secara langsung, GT mmg menanti kesempatan utk hadir ke ceramah dari ahlul Majlis Syura TIBAI.

Sah!!! Mmg gaya mereka persis ceramah PAS. Ayat mereka sgt mirip ayat2 keras dan hamun gaya PAS. Mgkin ada yg pertikai cara mereka berceramah, so what? PAS bagaimana pula? Bukankah bagi penganut PAS, Allah juga mencarut?

Ayat "tagline" kita pada hari ini, sempena cinta mereka kpd Anwar, kenallah kelab pencinta Anwar iaitu:

Cinta Individu Bernama Anwar Ibrahim.

Shortformnya... Korang sebutlah sendiri.. Hehehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

Himpunan 100K PAS: Penentu Arah Tuju PAS Dan Nasib Azizan



Hari ini, 1 Jun 2012, PAS dijadualkan mengadakan Himpunan 100,000 di Alor Setar, Kedah bermula pada jam 4.30 petang sehingga ke malam.  Antara aturcara yang diwar-warkan di internet ialah kemunculan penyanyi Aisyah dan pelawak Bob Lokman.   

Mulanya program  ini disebut sebagai Himpunan Raksaksa, tetapi kemudiannya ditukar kepada Himpunan 100K PAS, pastinya setelah mereka kembali berpijak di bumi nyata dan menyedari bahawa percubaan menyaingi perhimpunan raksaksa ulangtahun ke-66 UMNO baru-baru ini adalah mustahil sama sekali.   Justeru, bagi mengelak malu, adalah lebih baik nama Himpunan ini ditukar sejak awal.  

Kebimbangan PAS sekiranya jumlah hadirin tidak menepati sasaran sememangnya berasas.  Ini kerana, program-program anjuran pakatan pembangkang akhir-akhir ini mengalami kemerosotan yang agak drastik dari segi jumlah hadirin.  Malah pemimpin ‘selebriti’ mereka seperti Anwar atau Mat Sabu juga gagal mengumpan hadirin.  

Ditambah dengan  pendedahan yang bertali arus mengenai salahlaku pemimpin mereka, pembangkang benar-benar tertekan sehingga memaksa ‘Ulama-ulama’ mereka mengeluarkan berbagai-bagai jenis fatwa sesat bagi menghalalkan atau menutup perbuatan tersebut.  Fatwa-fatwa sesat yang diharapkan dapat menyelamatkan mereka, nampaknya memakan diri sendiri apabila ia disangkal oleh Ulama-ulama tersohor termasuk Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram.  

Semua ini membuatkan moral penyokong-penyokong mereka jatuh dan tidak kurang juga yang mula menyimpan niat untuk tidak lagi menyokong PAS atau pembangkang dalam PRU yang akan datang.  

Justeru, Himpunan 100K ini diharapkan dapat menyuntik semangat baru untuk menghadapi pilihanraya ini.   Sama ada jumlah tersebut mampu dicapai, tidak dapat dipastikan.  Stadium Darul Aman mempunyai kapasiti penonton berjumlah 32,387 dengan semuanya berkerusi.  Ini bermakna ramai yang akan terpaksa duduk di lantai dan di tengah padang jika benar yang hadir ialah 100,000 orang.  

Setakat artikel ini ditulis, kelihatan 4 – 5 buah bas di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar.   Beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Alor Setar juga dilihat menerima ‘tetamu’ dalam jumlah satu-dua biji bas, yang mungkin berehat atau bermalam di situ semalam semata-mata untuk menghadiri himpunan ini.  

PAS telah menyebarkan risalah perhimpunan ini jauh lebih awal.  Masjid-masjid dan surau-surau juga rancak mempromosi program ini sejak ia mula diumumkan.  

Pada 12 Mei lalu, ketika Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah berkata, “Stadium kita punya, saya Pengerusi takut apa. Dulu kita buat ceramah belakang rumah kat kampung kita, depa halau macam samseng.  Sekarang kita pegang.”

Menurut Azizan, UMNO sekarang yang dalam keadaan bimbang untuk mengadakan Pilihanraya. 

Kita faham bahawa kenyataan Azizan di atas adalah kenyataan politik yang bertujuan untuk menaikkan semangat penyokong yang semakin ‘cuak’ dengan perkembangan poolitik akhir-akhir ini.   Hakikatnya, Azizan tersangat  ‘cuak’ dan begitu juga pemimpin PAS secara keseluruhannya.   Jika tidak kerana bimbang atau ‘cuak’, tidak mungkin Hadi Awang akan mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kali ini.  Desas-desus dari dalam PAS juga kedengaran bahawa Azizan juga belum tentu akan bertanding lagi kali ini.    

Hanya penyokong-penyokong yang sama bingung dengan Nik Aziz sahaja yang masih bermimpi konon PAS mampu ke Putrajaya dan duduk sama tinggi dengan Anwar ataupun Kit Siang.

PAS melihat Himpunan 100K ini sebagai kayu-ukur kekuatan parti amnya, dan Azizan khasnya, dalam menghadapi PRU yang akan datang.  Dengan isu-isu Negara Islam, Hudud dan Perdana Menteri bukan Melayu masih menjadi tanda-tanya, maka himpunan ini diharap dapat memberi jawapan kepada ke mana arah tuju PAS  dalam Pakatan Rakyat.  

Jika Himpunan ini gagal mencapai sasaran maka beberapa langkah drastik perlu dilakukan oleh PAS bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka.  Antara langkah tersebut juga mungkin termasuk pengunduran Azizan.

Justeru, Himpunan ini bukan sahaja menjadi penentu arah tuju PAS tetapi juga Azizan.

Isu WWW1: "Woi RPK!!! Meh GT Jawabkan.."



WALAUPUN tidak secara terang atau secara terus seperti Nizar, artikel Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk Why is the Sultan so stupid? yang secara jelas mengkritik dan menghina tindakan DYMM Sultan Johor membida untuk mendapatkan nombor plat WWW1 itu memang tidak sepatutnya terlepas dari kecaman seluruh rakyat kita.

Idea yang diberikan RPK agar Sultan Johor meminta bantuan Datuk Seri Hishamudin dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hak memiliki nombor tersebut secara percuma (tanpa perlu membida), secara jelas adalah satu penghinaan yang dibuat secara terang.

Tidakkah terfikir oleh RPK kalau Sultan Johor meminta nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda, rakyat akan kehilangan hasil sebanyak lebih RM 500,000?  Tidak terfikirkah oleh Raja Petra bahawa bukan baginda seorang sahaja yang ingin menggunakan nombor tersebut, dan adakah adil kepada pihak-pihak lain yang mengintai peluang sama jika nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda?

Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka gagal menggunakan nombor tersebut kerana tidak berupaya membida dengan harga lebih tinggi.

Isu initidak sepatutnya menjadi isu kalau bukan dibangkitkan oleh melayu derhaka bernama Nizar Jamaludin.  Entah apa dibisikkan DAP di telinga Nizar sehingga dia tidak segan silu menghasut rakyat supaya membenci institusi beraja di negara ini – buat kesekian kalinya dengan menjadikan bidaan nombor plat ini sebagai alasan.

Kali pertama sudah tentulah ‘sembah derhaka’nya ketika mempertikai tindakan DYMM Sultan Perak menolak permohonannya untuk membubarkan DUN Perak pada 2009.

Jadi alasan RPK bahawa rakyat tidak mempertikaikan soal pembelian ini dari segi pembaziran yang konon dilakukan Sultan Johor, adalah tidak benar sama sekali.  Kalau diikuti betul-betul Twitter Nizar, jelaslah dia memang mahu rakyat membenci Sultan Johor kerana menggunakan ‘wang rakyat’ sebanyak itu untuk membida nombor tersebut.

Sedangkan  hakikatnya Sultan Johor tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya wang baginda sendiri untuk tujuan itu.  Mesej inilah yang disampaikan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail, sebaik Twitter derhaka Nizar mula menjadi isu nasional.

Sebenarnya, inilah yang Nizar mahukan.  Komen-komen dan pandangan negatif seumpama inilah yang mahu diterapkan Nizar di pemikiran rakyat Malaysia.  Ini hanya permulaan kepada agenda yang lebih besar iaitu menubuhkan sebuah Republik Malaysia.

Kebetulan, selepas pilihanraya 2008 lebih ramai rakyat di negara ini semakin lupa asal usul masing-masing, termasuk kenapa mereka memiliki kerakyatan automatik walaupun dari sejarahnya mereka bukanlah penduduk asal negara ini – sekurang-kurangnya selepas sistem berkerajaan wujud di negara ini.

Sebab itu timbal balik kepada ganti kerakyatan automatik iaitu menerima sistem beraja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (sekadar menyebut beberapa), semakin tidak dipedulikan.  Yang depa tahu, asal ibu bapa warganegara Malaysia, secara automatik mereka juga warganegara Malaysia.

Itulah yang membawa kepada beberapa tindakan kurang ajar seperti menghina sistem beraja negara ini dengan menggunakan segelintir ‘melayu sesat’ sebagai kuda tunggangan, nak buat sendiri takut pulak.

Kebetulan, Nizar adalah antara beberapa kerat melayu yang sanggup jadi alat DAP untuk melaksanakan agenda republik yang tersirat disebalik slogan Malaysian Malaysianya.

Nafilah sebanyak manapun, memang itulah agendanya.  Peluang dan kesempatan dari kebebasan menggunakan internet di negara ini, digunakan sebaik mungkin untuk menghasut pemikiran generasi muda hari ini agar menolak sistem raja berpelembagaan melalui tindakan seumpama ini.

Sebagai manusia yang tidak bernegara, RPK memang boleh semahu-mahunya mengkritik sistem di Malaysia ini dari jauh.  Tapi tindakannya itu secara jelas adalah perbuatan seorang pengecut dan lebih kepada penghasut.

Jelas?

Kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor di TIBAI!!! Malam Ini..


Klik Imej klu masih lagi tak berapa jelas.. hehehe..

Semakin Gersang, PAS Gunakan Talian Hayat Terakhir??? Jamnapari Sungguh!!!


Mulanya kerajaan PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa menjangkakan pengumumannya untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) pada Ogos 2011 lepas dapat dimanipulasikan sepenuhnya dalam PRU 13 yang diramalkan akan berlangsung pada November 2011.

Perkiraan PAS Kelantan cukup mudah, peristiwa menang nyawa-nyawa ikan di PRK Manek Urai (Julai 2009) dengan kelebihan hanya 65 undi serta kekalahan PAS di kerusi DUN Galas (Okt 2010) dengan majoriti lebih 1,000 undi menyedarkan PAS dari lamunan panjang.

Kekuatannya dikalangan pengundi dalam negeri semakin merosot manakala sokongan pengundi luar pula kian merudum. Disebabkan itu apabila ramai pemerhati meramalkan pilihanraya bakal berlangsung dalam bulan November 2011, PAS mengambil langkah segera mengumumkan pembinaan lebuhraya tersebut pada Ogos 2011.

Dengan langkah tersebut PAS percaya akan mampu menarik kembali sokongan majoriti pengundi luar sekiranya projek tersebut dapat dimanipulasikan sepanjang kempen pilihanraya sekaligus dapat menampung kemerosotan sokongan dari kalangan pengundi dalam negeri.

Tanpa sokongan besar pengundi Kelantan yang berada di luar negeri agak sukar untuk PAS meneruskan hayat pemerintahannya di negeri tersebut tatkala asakan gelombang merah semakin kuat merobek kekuatan PAS di Kelantan.

Soal pembinaan lebuhraya tersebut mampu direalisasikan atau sebaliknya, bukan persoalan penting kerana baik Husam mahupun kerajaan PAS Kelantan mereka tahu pembinaan jalan baru menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai sememangnya akan direalisasikan juga oleh Kerajaan Pusat sebagaimana termaktub dalam perancangan Central Spine Expressway.

Bagaimanapun hasrat PAS untuk mengabui mata umum gagal dengan kehendak Allah s.w.t apabila pilihanraya umum tidakpun berlangsung dalam bulan November 2011. Berikutan itu selama beberapa bulan isu pembinaan lebuhraya KB-KK tenggelam begitu sahaja.

Apabila khabar angin pilihanraya umum kembali bertiup kencang pada awal tahun 2012 yang menjangkakan pada bulan Jun 2012 parlimen akan dibubarkan, PAS melalui Husam Musa sekali lagi tampil dengan idea pembinaan lebuhraya tersebut.

Setelah PAS pasti parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012, maka mereka segera bermesyuarat menetapkan tarikh majlis pecah tanah sebagai monumen bukti penting lebuhraya tersebut benar-benar akan dilaksanakan.

Pun demikian, setelah majlis pecah tanah selesai dilaksanakan oleh Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012, keesokan harinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 akan dilakukan pada 28 September 2012 yang menandakan pilihanraya umum hanya akan berlangsung selepas pembentangan tersebut.

Kini PAS pening kepala mencari idea untuk membuktikan projek lebuhraya tersebut tetap akan dilaksanakan juga tanpa perlu menunggu tempoh tiga empat bulan lagi sementara menanti tarikh pasti pilihanraya umum ke 13.

Melihat pada gerak tari politik PAS kita boleh menjangkakan banyak cara yang mereka akan lakukan untuk mengabui mata masyarakat bagi tujuan memanfaatkan talian hayat terakhir ini, namun di hujung sandiwara itu kelak akhirnya Kerajaan Pusat juga yang akan dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan janji politik PAS. 

Isu Air Selangor: MB Selangor Cakap Guna Kepala Lutut!!! Muahahahaha...


Muahahaha... tergelak GT membaca tajuk artikel ini.  Tepat, padat dan dihalakan straight forward kepada Khalid Ibrahim.  

Ada yang kata bebal... ada yang kata bodoh... ada yang kata mangkuk ayun... 

Bukan GT yang kata, orang yang kata... akan tetapi, pastinya ada penjelasan mudah terhadap label yang diberikan kepada MB Selangor ini.  

Tak percaya? Cuba anda KLIK SINI untuk mencari kesimpulan terbaik untuk Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...