Bersama Berjuang

Monday, January 20, 2014

Isu Kangkong: Siapa Yang Cuba Dilindungi???


Pasaran penawaran di negara ini diboloti oleh satu pihak sahaja. Apa-apa sahaja barangan yang dipasarkan, hanya golongan mereka sahaja yang boleh hidup, manakala seandainya ada campurtangan daripada pihak Kerajaan terutama sekali apabila memberi modal, mendidik dan menggalakkan Melayu-Bumiputera menceburi bidang tersebut, golongan yang sudah lama memonopoli pasaran kepenggunaan, akan segera bertindak, baik dengan cara kasar, mahupun dengan cara halus.

Perdana Menteri dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pemberian Bantuan kepada Mangsa-Mangsa Banjir Peringkat Negeri Terengganu oleh UMNO Pusat, telah menyebut tentang KANGKONG yang mengalami penurunan harga tetapi tidak langsung disebut dan penurunan itu juga tidak mendapat perhatian daripada para penyokong Pakatan Rakyat.

Hari ini, dunia maya bersepah-sepah dengan bahan ejekan yang dibuat khusus dan secara kreatif oleh para penyokong Pakatan Rakyat untuk mengejek KANGKONG dan perbandingan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Bagi mereka yang pernah hidup pada zaman inflasi dan kemelesetan ekonomi, kangkung meninggalkan nostalgia dan sentimen mendalam kepada mereka. Ini adalah kerana, ramai daripada mereka, terutama yang tinggal di perkampungan-perkampungan setinggan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, sanggup mengambil kangkong-kangkong longkang yang tumbuh meliar untuk dimasak dan menggantikan nasi yang berasnya tidak mampu dibeli.

Perkara pokok yang menjadi isu ialah KENAIKAN HARGA. Sudah berkali-kali diterangkan bahawa harga komoditi dan servis di Malaysia tidak tertakluk kepada kuasa kerajaan sebaliknya tertakluk kepada teori harga, penawaran dan permintaan. Malangnya, para pecacai Pakatan Rakyat yang sudah buta perut, gagal dalam subjek Ekonomi sewaktu di bangku persekolahan tetap cuba merealisasikan teori karut mereka iaitu KERAJAAN SEBENARNYA YANG MENAIKKAN HARGA, bukan kuasa pasaran.

Mereka juga gagal menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebahagian daripada sistem perdagangan dunia yang membabitkan kesemua negara di planet ini. Mereka sentiasa melihat dan menganggap Malaysia sebagai sebuah kawasan yang tidak mempunyai perdagangan luar, tidak mengeksport atau mengimport, tidak melakukan pertukaran barter atau tidak menjadi hub atau feedlot.

Dan lebih aneh lagi ialah apabila mereka berjaya pula meyakinkan ramai rakyat Malaysia bahawa semua barangan yang dikehendaki, tidak perlu diperolehi dari luar, sebaliknya tertanam di tanah Malaysia.

Tidak ada satu negara pun di dunia ini, sekarang ini mengalami penurunan harga, baik barangan, komoditi, makanan mahupun perkhidmatan. Walaupun beberapa negara seperti Greece dan Sepanyol memberikan subsidi yang besar kepada rakyat dalam usaha mempopularkan kerajaan yang memerintah, apa yang berlaku selepas itu ialah, kedua-dua negara tersebut berada di ambang kemusnahan dengan peluang pekerjaan hampir ke paras 0%. Kedua-dua negara itu kini hidup dalam keadaan muflis dan rakyatnya yang suatu ketika dahulu berbangga kerana negara mereka banyak memberikan subsidi, kini terumbang-ambing dan terpaksa mengharapkan belas ehsan daripada pihak luar.

Kangkung turun harga dan ianya memang berita benar. Siapa sebenarnya yang mengalami kerugian atau pengurangan keuntungan daripada penurunan harga kangkung? Apa yang perlu dilakukan untuk menaikkan semula kadar harga kangkung yang sudah turun itu?

Kangkung tiba-tiba menjadi peluru terbaik oleh para pecacai Pakatan Rakyat untuk menghentam Najib Abdul Razak dan UMNO sekaligus menutup ruang-ruang kritikan, cemuhan atau kebencian terhadap perbuatan Pakatan Rakyat dalam menaikkan sentimen permusuhan di kalangan rakyat negara ini menerusi polemik KALIMAH ALLAH, Bible Berbahasa Melayu, mahupun tindakan JAIS menyerbu premis The Bible Society of Malaysia yang sebenarnya sudah terkantoi besar bagi tujuan politik di Sarawak. Pakatan Rakyat dan jentera-jentera propaganda mereka gagal menjawab isu kereta mewah yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.

Justeru, apabila Najib Abdul Razak menyatakan tentang kangkung turun harga, inilah masanya untuk mereka mengalihkan perhatian. Isu kangkung telah digunakan dengan seluas-luasnya. Ramai yang terikut-ikut dengan permainan ini sehingga lupa apa sebenarnya yang sedang berlaku, terutama sekali kegiatan DAP di Selangor yang sedang giat merampas tanah-tanah yang telah dicabut status TOLnya dan menempatkan pelbagai premis entiti untuk masyarakat marhein.

Lebih menarik lagi ialah apabila para pecacai Pakatan Rakyat tidak langsung menghiraukan faktor penurunan dan kenaikan harga seperti yang dinyatakan oleh Najib Abdul Razak dalam ucapannya di Kemaman, sebaliknya melawak-lawakkan Kangkung yang bagi mereka merupakan makanan hina yang tidak penting.

Ada dua perkara yang boleh dirumuskan dalam isu KANGKUNG ini iaitu; pertama, Pakatan Rakyat terlalu terdesak sehingga perlu memutarbelitkan isu sebenar dan dalam isu KANGKUNG, mereka telah berjaya melakukannya; kedua, para pecacai Pakatan Rakyat memang dari jenis yang telah ditololkan dan langsung tidak faham teori serta konsep ekonomi, termasuklah ekonomi Islam yang turut membenarkan pasaran menguasai permintaan dan harga.

Disebabkan itulah, mereka tidak malu-malu untuk menjadikan KANGKUNG sebagai isu untuk membalun UMNO dan Najib Abdul Razak sekaligus membantu para pemborong yang membekalkan kangkung ke pasaran untuk menaikkan harga komoditi tersebut.

Justeru, maafkanlah mereka kerana kejahilan mereka yang sangat diperlukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya yang berjenama LGBT seperti Anwar Ibrahim mahupun yang berfahaman Islam songsang seperti pak-pak lebai PAS.

Sumber: MyKMU

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...