Bersama Berjuang

Saturday, April 20, 2013

PRU 13 - Gelombang Biru Merisaukan Pesuruhjaya PAS Selangor Di DUN Meru!!!


GT baru terima sms dari kenalan di N42 Meru. 

Katanya, seluruh jentera Gelombang Biru Meru sudah bersiapsedia untuk turun ke medan tempur untuk memastikan BN merampas kembali DUN Meru dari PAS. 

Lebih meyakinkan, tiada sebarang sabotaj atau boycott dari kalangan jentera, yang sudah sepakat "party comes first". Bukan itu sahaja, calon yang dipilih juga bersendikan "denyut nadi rakyat", iaitu anak tempatan. 



Calon BN untuk DUN Meru ialah Tn Hj Sukaiman Ahmad, Bendahari UMNO Bahagian Kapar, yang juga bekas Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional. Beliau juga berjawatan sebagai Timbalan Penyelaras Persekutuan DUN Meru yang kerap turun ke kawasan untuk berkhidmat kepada rakyat. 

Kenalan GT memberitahu, sepanjang 5 tahun Dr. Rani memegang jawatan sebagai wakil rakyat, tiada kesan signifikant terutamanya dari segi pembangunan. 

Masalah sampah, longkang tersumbat, banjir kilat dan jalan rosak gagal ditangani dengan baik oleh Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Sambil berseloroh, kenalan GT memberitahu apa yang boleh warga Meru banggakan berwakilrakyatkan Dr. Rani ialah pemasangan kain rentang, dan juga signboard PAS dan kerajaan negeri yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. 

Malah, ada suara-suara nakal yang memberitahu, Dr. Rani bukanlah YB Meru, tetapi yang YB Luar Negeri, berikutan kecenderungannya untuk ke luar negeri. Akibatnya, warga Meru terbiar.  

So, selamat berjuang, rakan-rakan di Meru. Doa GT mengiringi anda.... Allahuakbar!!!

18 comments:

  1. In Sha Allah...... Memang dah bosan degan orang PAS ni.....Ketua Kampung Budiman pun... harap janggut je... ntah apa pun di buatnya....Sepanjang 5 tahun jadi ketua kampung... warga emas cuma dapat sumbangan 100 je... itupun boucher raya yang bagi macam nak tak nak...kalau banjir datang sebelah malam dan mengadu kat ketua kampung.. jawabnya "esok pagi saya datang"!!! esok pagi air dah surut... nak buat hapa!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isk..isk...Kok dikaitkan dengan jenggotnye... apa maksud 'itupun boucher raya yang bagi macam nak tak nak'? ...

      Delete
  2. aku bdk meru. aku akan pangkah bn pasal tak tahan hari2 pas buat ceramah politik kt mesjid meru ni lepas maghrib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah hari-hari datang masjid waktu maghrib... takpe skrang pangkah BN mungkin belum faham... Teruskan istiqamah datang masjid... InsyaAllah kalau dah faham pangkah PAS.

      Delete
  3. Mintak maaf..aku ni dah duduk meru lebih 25 tahun...rasa rasa kalau hj sukaiman ni buat mcm lebih kurang si Jaie dulu tuh..baik kekalkan je dr rani kat meru... Kalau boleh maintain aktiviti islamiah atau buat lebih baik lagi, baru layak ganti dr rani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu aku setuju. Ms si Jaie tu pandai berjanji tp x ditepati. Aku ni dulu ajk pibg 1 sekolah kat area dun dia..janji nk bg 3k ms ada meeting pibg..tp 3 sen pun xde.. Klu kwsn kmpg lg la dia x kisahkan kmpg aku ni.. Lbh baik dr rani sll jgk turun pdg ke kmpg aku ni..mcm2 smbgan dia bg kat sekolah tu.

      Delete
    2. aku pon anak jati meru. mmg hj sukaiman takde isu tp isu yg aku pandang ialah dr pimpinan tinggi bn. jadi utk beri pengajaran kat bn tak dapatla aku undi hj sukaiman kali ni

      Delete
  4. Islam itu bersih....kalo sibuk nak berceramah saja sampai sampah tak terjaga tak guna jugak....Aku nak wakil rakyat yg boleh buat keje, bukan hanya tau ceramah saja.....

    ReplyDelete
  5. Betul ke byk benor ceramah politik kat masjid as syarif tuh? Aku tgk blog khidmat meru tu, penuh gakla aktiviti2 dr rani selain ceramah...balance la kot heheh...apa apa pun, aku doakan yang terbaik buat meru dan para penduduknya...yeahhh

    ReplyDelete
  6. Cakap yg di atas tadi ada betulnya. Tolak campur bahagi kali, BN tetap reliven. Islam Yes, Pas No. Akidah dijunjung, mengurus dunia ada ilmunya(Nabi Adam diturunkan ke bumi dgn ilmu dunia) Banyak Hadith Nabi meyebut yg sama. Jika urusan dunia ada adab ilmunya berpaksi akidah. Jika ilmu agama bersandar emosi PAS shj, lagilah xboleh pakai dgn campuran parasit PKR dan perkauman/benci Islam Dap. Undi dgn kewarasan bukan dgn emosi- anak Meru jati sejak 1958.(zaman perikatan YB Hamzah Alang.)Undi BN utk Meru, Selangor dan Malaysia. Akidah di junjung, urus dunia dgn adab Ilmu berwawasan.BN/Umno boleh!

    ReplyDelete
  7. blog syiok sendiri. adala 4-6 org support

    ReplyDelete
  8. Lagi satu aku tak suka dan benci giler kat Dr Rani ne.. Habis Pusat Kuda, Snuker, Rumah Urut diserbunya.. Apa.. Ingat Dia islamik sangat ker?.. KAlo berani pi la serbu Genting Highland tu.. Jaie juga terbaik.. Takde nak kacau2 orang nak lepak ke, judi ker... malah beromen kat meru pun takdehal....

    ReplyDelete
  9. Sebelum 2008 takde la byk tempat judi, snuker, rumah urut nk d serbu. Nk tau serbu atau tdk, tanya la JKK t'dahulu jgn main terjah je.... masa tu x de FB nk tunjuk2 buat keje atau tdk. Bila hati sudah benci, yg buruk sj nampak. Masjid Meru, Masjid bukit kapar yg besar lg selesa yg diaorg dok kemaruk guna kuasa x nk cakap. Masjid Meru lg buat karnival pompuan baju koprat sendat, tudung singkat , seluar ketat pun ble niaga lps solat jumaat. Klu nk cari yg buruk saje... senang.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Sy anak Malaysia. Sy anak jati Meru. Sy mencari rezeki y halal utk isteri dan anak2 di bawah naungan kerajaan BN. Isteri sy melahirkan lapan orang ank d Hospital Tengku Ampuan Rahimah dgn selamat dan layanan mesra. Bayaran ? purata tak sampai RM 20. Alhamdulillah sy dan keluarga masih dapat beribadat dgn selesa. Dpt memberi ank2 sesuap rezeki dgn selesa, memberi didikan kpd ank2 dgn selesa. . Sy masih ingin melihat ank2 sy membesar , berkeluarga dan membesarkan cucu2 sy dgn selesa. Sy yakin masa depan ank dan cucu sy terjamin d bawah pengurusan kerajaan BN dengan izinNya. Semoga ALLAH memberi yang terbaik buat kita semua. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan izinNya..

    ReplyDelete
  11. find out b1v71c5r72 replica louis vuitton replica bags sydney pop over here n1p79s1a33 bag replica high quality replica bags seoul replica bags london go to my blog m5d13m3f18 replica bags from turkey

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...