Bersama Berjuang

Sunday, April 21, 2013

PRU 13 - Fuyyooooo.... Calon BN Seri Serdang Guna ParaGlider Untuk Turun Ke Pusat Penamaan Undi!!!



Masih lagi berlegar kepada kisah penamaan undi yang berlangsung semalam. 

Calon BN Seri Serdang, iaitu Mohd Yusof Mohd Yassin (berbaju Melayu di foto di atas) nampaknya terkesima dengan gimik yang dibuat oleh Jentera BN Puchong apabila ParaGlider BN berlegar-legar di ruang angkasa Dewan MPSJ Puchong Indah sebagai tanda menyambut kedatangan calon BN di pusat penamaan undi. 

Kelibat ParaGlider BN itu disambut dengan tepukan gemuruh dari calon dan juga penyokong BN yang hadir. Gempak beb!!!  

Mohd Yusof adalah Setiausaha UMNO Bahagian Puchong, dan salah seorang tokoh pemimpin yang dihormati di DUN Seri Serdang. Lebih menarik, pencalonannya direstui oleh ketua bahagiannya, merangkap mantan wakil rakyat, Dato' Satim Diman. 

Bagi GT, Dato' Satim memang gentleman. Faham kehendak dan suasana politik semasa.  Sedikit pencerahan, Dato' Satim masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat di Seri Serdang. Mujur Dato' Satim mengutamakan parti berbanding kepentingan peribadinya. 

GT doakan yang terbaik buat Mohd Yusof Mohd Yassin.  

Hehehe... tajuk artikel ini gempak jer... Mohd Yusof tak turun dari paraglider tu pun.. hehehehe..

1 comment:

  1. Kepada dato Dr Satim Diman, jgn risau.
    Sabar dan bersyukur

    Tidak jadi calon bukan bermakna tiada masa depan.

    Mungkin Najib akan lantik jadi senator dan boleh jadi menteri...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...