Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily hari ini menggelapkan akhbar mereka sebagai menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi membantah keganasan yang dilakukan terhadap pihak media ketika BERSIH 3.0.
Ketua Pengarang Sin Chew Daily Pook Ah Lek berkata akhbar tersebut bertindak sedemikian kerana ramai pekerja media termasuk jurugambar telah dipukul ketika perhimpunan tersebut dan Ketua Pengarang, Nanyang Siang Pau, Chong Choong Nam pula berharap agar dengan ini pihak berkuasa diingatkan bahawa pekerja media perlu diberi perlindungan oleh pihak polis.
Akhbar-akhbar berbahasa Cina di negara ini terkenal dengan sikap berat sebelah kepada mana-mana organisasi yang menentang kerajaan.
Walaupun hakikatnya mereka terus wujud, dan bebas untuk menghasut para pembaca bagi mempercayai bahawa korupsi dan kekejaman kerajaan BN sudah tidak dapat diperbaiki lagi, mereka tetap melaung-laungkan bahawa tiada kebebasan media di Malaysia.
Jelas bahawa akhbar-akhbar ini hanya mengikut gerak langkah pembangkang dan telah dibutakan oleh sifat prejudis terhadap kerajaan. Bukanlah keterlaluan jika dikatakan bahawa laungan mereka sebagai media yang bebas, terbuka dan telus adalah karut semata-mata.
Sebelum kita terbawa-bawa dengan sentimen dan emosi seperti mereka, eloklah jika kita mengimbas kembali tujuan sebenar BERSIH 3.0.
BERSIH 3.0 sepatutnya adalah berkenaan 8 tuntutan untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil.
Jika akhbar-akhbar cina tersebut benar-benar bebas dan tidak berat sebelah maka mereka pasti telah berkali-kali mewar-warkan fakta di mana 7 dari 8 tuntutan BERSIH telah pun diluluskan. Tinggal satu tuntutan sahaja yang tidak dapat dipenuhi iaitu tempoh berkempen selama 21 hari dalam Pilihanraya Umum.
Bagaimanapun SPR telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh kempen dari 7 ke 10 hari. Ini kerana tempoh kempen yang panjang mampu membawa kepada scenario terburuk sepertimana ia menjadi punca tragedi 13 Mei 1969. Begitupun, bukan kita tidak tahu bahawa pihak pembangkang telah lama dan sentiasa berkempen, dan untuk mereka menuntut tempoh kempen selama 21 hari kelihatan seperti satu lawak jenaka yang menyedihkan.
Tentu sekali, dalam kes ‘membersihkan senarai undi’ terutamanya 42,051 nama yang dibangkitkan oleh BERSIH, SPR memerlukan kerjasama dari individu tersebut sendiri. Ini adalah proses berterusan yang mana, seperti juga semua negara yang mengamalkan demokrasi tiada jaminan dapat diberikan bahawa senarai pengundi adalah benar-benar bersih ‘sehingga menciutkan’.
Tetapi bagi BERSIH untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan hanya kerana 42,051 nama ini, adalah satu lakonan yang keterlaluan.
Jadi, BERSIH tidak berpuas hati dan masih ingin mengadakan bantahan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti rakyat yang mendambakan pilihanraya yang bersih bersinar-sinar.
Baiklah, maka mereka diberi Stadium Merdeka untuk ‘duduk dan bantah’ sepertimana yang dijanjikan.
Malangnya, atas sebab yang tidak diketahui, penganjur BERSIH 3.0 telah menolak tawaran ini.
Dan di sinilah puncanya kekecohan di mana akhbar-akhbar cina ini telah dengan sengaja, terlepas pandang.
Akhbar-akhbar ini patut bertanya kenapa BERSIH tidak menerima tempat yang ditawarkan? Dan kenapa ‘tempat’ menjadi isu penting jika benar mereka hanya ingin menunjukkan kekuatan jumlah penyokong? Akhbar mereka juga langsung tidak bertanya kenapa para peserta perlu berarak di jalanan dan mencabar pihak berkuasa?
Bukankah lebih mudah untuk mengira jumlah penyokong jika mereka duduk dengan tertib di dalam stadium? Bukankah ia akan lebih aman dan teratur? Jika ini dilakukan, tentunya pihak media tidak akan melaporkan perbezaan yang jauh dari segi angka sokongan sepertimana yang berlaku hari ini
Dan akhbar-akbhar ini juga tidak bertanya kenapa harus para peserta mencuba menceroboh Dataran Merdeka sedangkan mereka tahu ia telah diharamkan? Dan kenapa mereka terus merempuh sedangkan mereka dapat mendengar dengan jelas arahan polis agar bersurai?
Kenapa mereka perlu melanggar undang-undang?
Tidakkah akhbar-akhbar ini tahu bahawa dalam situasi huru-hara, polis ada hak untuk menundukkan perusuh yang tidak terkawal jika mereka enggan mematuhi arahan untuk bersurai.
Dalam BERSIH 3.0 arahan dan amaran diberi bukan sekali, tetapi tiga kali bagi mengawal keadaan. Dan telah menjadi pengetahuan umum bahawa polis punya hak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar arahan. Tidak mungkin pihak akhbar cina ini begitu naïf sehingga tidak tahu bahawa pihak media dan pemerhati juga tertakluk kepada arahan polis dalam situasi sedemikian?
Kesimpulannya, akhbar-akhbar ini tidak pun berminat dengan punca kekecohan tetapi hanya berminat untuk menghentam polis dan segala-galanya yang berkaitan dengan kerajaan. Seolah-olah, bagi Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily, profesionalisme dan etika atau mungkin juga undang-undang boleh dipersetankan, asalkan mereka dapat menembak sasaran yang amat dibenci mereka, iaitu, kerajaan.
Ni lah akibatnya kerajaan terlalu berlapang dada..
ReplyDeletewartawan pun ada kod etikanya..seharusnya mereka yg langgar kod etika diheret kemahkamah dan ditarik balik lesen kewartawanan mereka.
hanya 8 % chinese akan pangkah BN . selebihnya paham2 ajalah . Macam ni punya kira pon malaysia ditangga 239 kebebasan bersuara .dibelakang Ethopia. ishhhhh kesian kita kan
ReplyDeleteknpla bising sgt...sprm bukannya bole sesuka hati nak apdam nama 42,051org tu...
ReplyDeletebukankah senang bgini, time undi nanti, kalau ada org yg termasuk 42,051 tu dtg nak undi, pmbgkang boleh soal dan tanya mrk...
cth soalan: selama ni encik/cik berada dlm kubur mana? knp tiba2 datang?
namun dinasihatkn wakil pmbgkang yg bertanya tu agar pakai baju besi sbb dikhuatiri akn kena parang,lembing,sumpit atau buku lima oleh pengundi yg mrk panggil hantu tu.