Bersama Berjuang

Wednesday, March 28, 2012

EDISI DEDAH: Tahukah Anda, Apa Itu Pustaka Ilmu Islam???


Pustaka Ilmu Islam adalah medan untuk sahabat-sahabat yang berjuang menegakkan syiar Islam kepada seluruh umat, terutamanya di bumi bertuah ini.  

Buku-buku yang diterbitkan adalah sebahagian dari cara untuk menjana ekonomi sahabat-sahabat kita ini dalam berdakwah.  

Sekurang-kurangnya, tanggungjawab sahabat-sahabat kita ini terhadap diri dan keluarga dapat diselesaikan agar misi dakwah mereka tidak dibebani permasalahan kewangan.

Apakah bunyinya agak materialistik?  Jangan salah faham tulisan GT ini, kerana hakikat duit bagi meneruskan kelangsungan hidup tidak boleh ditolak secara mentah-mentah.  Dan bukan cara sahabat-sahabat ini, untuk datang memberi ceramah, dan kemudian mengutip derma yang sebahagian besarnya digunakan untuk membiayai penceramah!

GT mohon support anda semua, sekiranya memerlukan buku-buku rujukan agama, bolehlah layari laman web berkenaan, yang dibina untuk menjual buku-buku agama, bukan JUAL agama!  Dan buku-buku karangan mereka ditulis dari perspektif yang cukup luas, dari bab tauhid, hinggalah sudut ekonomi Islam.  Tidak sama sekali mengkafirkan antara satu dengan yang lain.

Sahabat-sahabat ini sangat hampir kepada anda, pembaca semua, dan berlatarbelakangkan pendidikan agama yang diiktiraf, samada dalam atau luar negera.  

Dan inilah sumbangan yang termampu dari GT, dengan meletakkan link di atas sebelah kiri blog ini, sebagai pautan.  

Jangan risau, tiada unsur-unsur Wahdatul Ujud, khawarij, syiah, ajaran Ayah Pin mahupun komunis dalam kitab-kitab mereka.  Kualiti dijamin terbaik!

GT sedang terfikir, agak-agak koranglah, klu Parpukari tulis buku agama tu, camner la agak bunyinyer ye.. hehehe.. Jangan mare arrr.. Mr. Parpu... 

Pustaka Ilmu Islam, sumber kitab online anda!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...