Bersama Berjuang

Wednesday, February 1, 2012

Aziz Bari Semakin Mempopularkan Dirinya Kepada DAP!!!


Gelaran akademik selalunya menunjukkan tahap, atau jawatan.  Ia seharusnya selaras dengan pemikiran. 

Dan Aziz Bari juga punya pemikiran, akan tetapi menafikan adat, norma, pegangan budaya yang sudah sebati dengan kehidupan masyarakat Malaysia. 

Apatah lagi sekiranya ia telah dilembagakan, dipiagamkan, satu keperluan untuk merentasi dunia moden, sekalipun institusi Raja-Raja Melayu telah berkurun melebarkan kedaulatannya di nusantara Melayu. 

Namun Aziz Bari tidak melihat semua itu.  Kononnya hanya berpandukan perlembagaan, maka dia layak untuk bercakap, tanpa peduli sensitiviti dan perasaan umat Islam dan Melayu, sekalipun berkongsi agama dan rumpun. 

Dan munculnya Aziz Bari ini sangat digemari oleh DAP.  Ia kerana isu yang dibawanya, mempertikaikan titah Tuanku Sultan Selangor berkenaan isu pemeriksaan JAIS terhadap DUMC. 

Betapa "mahal"nya Aziz Bari di mata DAP, kerana menentang arus budaya Melayu, kerana menderhaka kepada Sultan. 

Semalam Aziz Bari melatah.  "UIA ingin memalukan saya".   Nadanya marah.  

Bukankah pengagungan konsep kebebasan hak bersuara wujud dalam hatinya?  Mengapa perlu emosi, hanya kerana gelaran Professor nya ditarikbalik oleh UIA?  Apakah hak bersuara bermakna, Aziz Bari layak mengkritik sesiapa sahaja yang dimahukannya?  Apakah hak bersuara bermakna orang lain tidak boleh mengkritiknya pula?  Sungguh luas definasi demokrasi Aziz Bari. 

Aziz Bari, permata DAP!

Ada juga yang berkata Aziz Bari sudah sertai PKR.  

Bagi GT mudah...  Apa beza PKR dan DAP?  Sama-sama mughalazah!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...