Bersama Berjuang

Monday, August 22, 2011

TERKINI!!!: Kes Perbicaraan Saki Baki Kaum Luth... Anwarnirrajim!!!


Mahkamah  bermula kira-kira jam 9.22 pagi.

1- Anwar Ibrahim memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).
-         Mkini

2-  Turut hadir Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.
Pada 16 Mei lalu, hakim Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan bercakap benar dan saksi berwibawa. - KeadilanDaily

“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya Saya mahu mengatakan dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful ” – MInsider

“Dakwaan dia Saiful adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan ia akan dibuktikan demikian"

“Dalam hal ini biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun tetapi ambil kata-kata saya mereka tidak boleh menakutkan saya ” – Anwar MInsider.

3- Jam 10:47 - Anwar berkata Saiful membuat fitnah dan perjumpaan dengan PM dan Rodwan merupakan konspirasi. Menyatakan kenyataan Dr Siah dan Nor Idora dari Jabatan Kimia boleh dipertikaikan kesahihannya dan mempunyai perancangan tertentu terhadapnya. – The Unspinner>

4- Jam 10:52 - Anwar minta tangguh kerana penat bercakap.
Sambung jam 11.15.

Anwar duduk dbarisan kedua peguambela memandangkan dalam dock tiada ada microfon. Tetapi hakim setuju utk mengandaikan dalam rekod bahawa Anwar duduk dalam dock. - The Unspinner>

5- Anwar beri keterangan bela diri.

“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk”

“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks ” kata Anwar.

Anwar menambah apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah ”

“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam ” kata Anwar

Anwar menambah Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.

“Malah di peringkat ini pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk"


“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar dari kondominimum tetapi dia tidak melakukannya ” kata Awar.


“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan ” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta ”

Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri

“Dan di sini saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa

“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya ” kata Anwar 
- MInsider

6- Jam 11:47 - Anwar selesai beri keterangan bela diri.

7- Jam 11:48 - Karpal minta statement Anwar sebagai ditender. Dato Yusof minta masa untuk kaji keterangan berunsur politik Anwar di luar kandang (saksi). 

Karpal juga mohon sapina untuk panggil saksi. Hakim nyatakan kes sambung esok jam 9 untuk pakar forensik dan DNA dari luar oleh pihak pembelaan. The Unspinner>
 
GT pinjam artikel HHalem...

2 comments:

  1. Dulu tuduh konspirasi Tun M, sekarang tuduh konspirasi Najib pulak.

    Kata berani, tapi kenapa tak mahu disoalbalas. Taunya menceceh, tuduh orang berani tapi bila sendiri kena tuduh takut pulak.

    ReplyDelete
  2. Saya amat bersedih dengan nasib Anwar yg tidak sudah dihimpit malapetaka yg kononnya konspirasi UMNO. Adalah eloknya kisah hidup Anwar ini lebih sesuai ditayang dalam dokumentari "Animal Funniest Planet" atau jadi pelakon untuk filem "Anu dalam Chinadoll punya....". Untuk Saiful teruskan perjuangan..."Lawan tetap Lawan" sampai ANwar ditempat ke Hospital Bahagia dimana disitulah jawatan PM akan disandang oleh Anwar hingga ke akhir hayatnya.....amin.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...