Bersama Berjuang

Wednesday, August 24, 2011

PANASSS... Siapa 3 Menteri Yg Mahu Singkirkan Dr. Khir Toyo Dari Politik Tanahair? Klue nya Ialah...


Heboh di seluruh Selangor apabila Dr. Khir dalam blognya mendedahkan terdapat pergerakan untuk membunuh karier politiknya.  

Ia berhubung dengan kes perbicaraannya yang bakal bersambung pada 26 September nanti.  

Umum sedia maklum, andai diteliti fakta-fakta kes yang sudah dihujahkan sebelum ini sangat meragukan, sehingga satu tahap saksi sendiri tidak mampu mengecam dokumen miliknya yang diserahkan kepada pihak SPRM.  Lucu, apabila empunya dokumen tidak dapat mengenalpasti dokumen syarikat sendiri...

Bukan itu sahaja, saksi didapati lebih banyak mengarut, dan tidak fokus kepada persoalan pokok.

Blogger sudahpun menghidu terdapat "sesuatu" disebalik perkara ini, sehinggalah Dr. Khir sendiri telah membuat pendedahan yang amat mengejutkan ini. 

Terdapat percubaan untuk mempengaruhi kehakiman, yang pastinya mahukan hukuman dikenakan semaksima mungkin, agar menutup terus peluang Dr. Khir untuk terbabit di dalam senario politik tanahair.  

Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa pengaruh Dr. Khir masih kuat dan utuh, sehinggakan "orang dalam" sendiri yang cuba menyingkirkannya.  Ahli politik, bercita-cita, bernafsu besar, pastinya ketiga-tiga mereka tahu bahawa andai kembalinya Dr. Khir ke medan politik, peluang mereka bakal menipis.  

Jadi, hit him hard while you can!

GT memilih untuk menilai fakta-fakta kes, dan GT harap anda juga begitu.  Jangan sekadar membaca muka depan akhbar yang menyiarkan RM juta-juta untuk pengubahsuaian, sedangkan itu tiada kait mengait dengan pertuduhan yang dibacakan.  Standard orang meniaga, tulis juta-juta agar orang beli suratkhabar diorang!

So, anda ingin tahu siapa dalang utama?  Betul?  GT akan beri dalam bentuk point:

1.  Menteri
2.  Orang UMNO
3.  Lelaki

Ok tak "clue" yang GT beri? Hehehehehe... 

Untungnya Pakatan, terutamanya DAP, kerana agenda penyingkiran Dr. Khir sudah bermula dari kalangan sahabat-sahabatnya.  Bertambah mudah lah tugas DAP, kerana andai konspirasi ini berjaya, mereka tidak perlu risau lagi dengan kehadiran Dr. Khir di sidang DUN, yang telah menyaksikan Dr. Khir cukup konsisten membalun DAP sebelum ini!

Baca luahan Dr. Khir tentang Hikayat 3 Jerung 1 Mangsa ini, DISINI

1 comment:

  1. bro, kalaulah NOH Omar jadi dalang, aku takan sokong dia lagi PRU akan datang...diakan menteri penuh...

    ape pun aku masih berharap, dia tak terlibat...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...